Jun 24, 2013

Bantuan Topeng Rakyat 1Malaysia Diperlukan. Gila Tercemar Udara!


Putrajaya, 24 Jun - Selaras dengan dasar transformasi kerajaan yang dijanakan melalui cetusan minda Datuk Seri Najib Tun Razak, orang ramai kini boleh mula mendapatkan penutup muka versi istimewa 1Malaysia tanpa sebarang bayaran di klinik-klinik kerajaan, hospital, balai polis dan mana-mana kedai rakyat 1Malaysia mulai esok hari.

" Langkah ini perlu kerana kerajaan merasakan tahap indeks pencemaran udara berada pada satu tahap yang sangat kritikal jadi pihak kementerian kewangan telah meluluskan peruntukan RM5 juta ringgit untuk membekalkan topeng muka kepada seluruh rakyat Malaysia secara percuma," ujar jurucakap Jabatan Perdana Menteri, Haris Mustapa.

"Topeng yang dibekalkan ini istimewa kerana topeng ini dicetak dengan bahagian mulut pada wajah pemimpin-pemimpin negara seperti Datuk Seri Najib sendiri, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah dan juga barisan menteri kabinet," sambung beliau.

Beliau menjelaskan perkara itu ketika menghadairi majlis perasmian Topeng Muka 1Malaysia atau BATR1M yang dirsamikan oleh isteri Perdana Menteri. Para hadirin yang menghadiri majlis tersebut adalah antara penerima paling awal topeng muka 1Malaysia dan mereka dianggap bertuah kerana memiliki topeng cetakan istimewa.

"Ini adalah cetakan istimewa hanya untuk pengunjung majlis ini," ujar Haris Mustapa sambil menunjukkan kepada wartawan kami topeng muka istimewa tersebut. Apa yang menariknya, pada topeng tersebut dilekatkan satu suis dan apabila suis tersebut diaktifkan, kotak suara yang dipasang dalam topeng tersebut akan menyebut frasa-frasa bersemangat nasional, antaranya "Kita mesti hidup bekerjasama" dan "Saya Sayang PM." Ada juga versi eksklusif yang mempunyai penapis udara elektronik yang berkuasa bateri.

Idea asal topeng muka 1Malaysia ini adalah untuk memupuk rakyat Malaysia supaya menuturkan kata-kata yang positif dalam pembentukan masyarakat yang mampan. Penggunaan imej Pemimpin yang menutupi mulut rakyat adalah supaya rakyat menyamakan diri mereka seolah pemimpin dan hanya mengeluarkan perkataan yang baik sahaja, menjadikan pemimpin sebagai teladan.

"Ada beberapa idea lain yang sedang dipelopori syarikat pembekal topeng ini, antaranya topeng yang mempunyai suis suara orang mengangkat sumpah laknat. Ada juga idea yang kami terpaksa tolak seperti topeng berwajah Anwar Ibrahim yang mempunyai mesej mengajak orang ramai "menimbulkan anarki" tetapi kami terpaksa menolak cadangan tersebut," sambung beliau lagi.

Topeng Muka 1Malaysia boleh didapati di semua premis yang disebutkan di atas secara percuma, khas untuk semua warganegara Malaysia. Jika ada diantara yang berminat untuk membeli topeng istimewa dengan peti suara bina dalam, kosnya hanya RM5 satu unit dan setakat ini, hanya ada dua corak yang dikeluarkan, corak berwajah Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah.

"Untuk pengumbul barang-barang unik, tunggu pengumuman kerajaan minggu depan," kata beliau.

ps - kepada perokok, apa yang anda rasa ketika ini, adalah apa yang dirasai semua orang yang berada sekeliling kau masa kau hisap rokok. Seksa kan?


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mohon adakan face mask dilengkapi gambar mulut menganga melopong luas...

Amir berkata...

org perempuan kalu nak murah n free, x payah pakai topeng muka 1Malaysia.. pakai jer purdah/niqab.. aurat tertutup, jerebu x masuk

Ahmad Arba'in Ali berkata...

http://literallycryptic.blogspot.com/2013/06/a-gift.html
saya nak bg hadiah. free singgah!

Tanpa Nama berkata...

Oo aku igt soh ttp pakai bra..hahaha

Tanpa Nama berkata...

banyak benda bmanfaat boleh fikir then tulis, tapi tulis benda bodoh ntah pape2, betul la org kata "Great minds discuss ideas, average minds discuss events, small minds discuss people".. sebelum peminat mantot kata aku macai ka pecacai ka, ingin aku jelaskan aku benci BN dan UMNO, dlm pda masa yg sama aku jugak benci org yg perah otak semata2 nak tulis benda yg ntah pape, tak berilmu,, puiii,

Unknown berkata...

salam anon 7:51
aku setuju point kau..tapi perlu ingat..blog ni percuma dn x berbayar..jd sukati penulis blog nk tulis apa..even wikipedia tu pun sukar kita nk bg derma even though byk manfaat ambik.
aku dulu suka komen mcm hang..tp aku sedar bab "free" info ni aku da x komen mcm hang.

Tanpa Nama berkata...

anon atas aku.tula.ko ni mcm average manusia skrg la.itu yg ko.baca itu yg ko tgkap.xkn bpikir sket pn.last2 tkluar la statmt bodoh dr ko.ko xrasa ke apa slh kjaan bg topeng muka free skrg darurat aku rasa tu bnda yg penting skrg utk kjaan.ko baca balik apa si.montot ni tulis dpt la.ko tgkap apa dia nk vkp sbnany.tp kalau otak tipis mcm ko xnmpk aku rasa.huhu

Tanpa Nama berkata...

lawak sarcasm mantot is getting old...sbb dh byk sgt lawak mantot yg sama je mcm ni,aku rasa makin lama makin bosan dan tak lawak.maybe u shud consider early retirement...

Tanpa Nama berkata...

Bini Mantot cuti. Seronok la tu.

maw berkata...

jangan bn/umno bagi mask pada yang ngundi depa udahle.tak gitu kate pak mentri dinegri penyu menangeh?.apa pun rakyat jugak kene beli mask,beli ubatan kalau dah sakit,nampoknye nambah lagile berbelanjaan rakyat.apa yang gerenti harge barang dah tak bersempadan naiknye.dulu seghatuih penuh bakuil,lanie satu jari aje ringanye pulak.kalau lanie tak melawak mau ghasenye,hidup segan mati tak mau..dalam jeghebu banyak angkara tak bersih giat berlaku.

Tanpa Nama berkata...

BLOGSERIUS

Tanpa Nama berkata...

Aku pon pk cam tu...haha