Julai 10, 2012

Najib = PM, Kerani, Mat Despatch, Coffee Boy dan Member Orang Ramai

Jelajah Janji Ditepati Selangor ini bermula awal pagi lagi, apabila PM bersarapan dan mendengar aduan dari penduduk Bangi di Pasar Awam Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Perdana Menteri yang tiba tepat jam 9.00 pagi meluangkan masa kira-kira satu jam setengah mendengar permasalahan rakyat.

Acara santai mengadu sambil menikmati makan pagi bersama Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya memang berkesan, ramai yang beratur panjang untuk bertemu dengan Najib. Apa yang menarik adalah, Najib bukan sahaja mendengar bahkan cuba menyelesaikan masalah tersebut di situ juga.

Kes E. Yellappan dan isterinya N Ranee (gambar bawah) adalah contoh jelas, N Ranee, 53, cacat anggota dan sudah disitiharkan tidak boleh bekerja sejak 10 tahun lepas, namun beliau menghadapi masalah untuk mengeluarkan caruman Perkesonya, semua dokumen lengkap tetapi kerenah birokrasi menyukarkan beliau.

Depan PM masalah diadukan, selepas mendengar dengan teliti, memeriksa dokumen-dokumen yang dilampirkan, dengan bersahaja PM menulis nota ringkas atas kertas, "YB Datuk Sri Subramaniam, Menteri Sumber Manusia, saya bersimpati dengan kes ini, harap dapat dipertimbangkan bayaran Socso (perkeso)," tandatangan dan tarikh.

"Pergi jumpa ini menteri...," kata Najib pada N Ranee, merujuk kepada Naib Presiden MIC Datuk Seri S Subramaniam yang kebetulan merupakan Menteri Sumber Manusia.Mudah, bersahaja dan berkesan.

Ramai yang melihat situasi tersebut, tergamam, macam tidak percaya, tengok gaya PM berkerja.

....................

Nampak perkataan "kerenah birokrasi" ?

Aku tak pernah faham kenapa masyarakat kita mengagungkan sangat budaya bekerja "mesti kenal dan jumpa seseorang baru benda berjalan."

Kalau masalah 10 tahun setel hanya selepas dapat jumpa PM, itu bukan bermakna PM tu bagus. Itu maknanya sistem yang ada sekarang macam cilaka dan dysfunctional. PM terpaksa bagi nota tulisan tangan nak suruh Menteri bawah dia bekerja, tu bukan bagus, tu bangang namanya.

Tapi alih2...orang tu jugak la yang dia lantik jadi menteri. Kenapa? Sebab PM kita sayangkan pengaruh politik Menteri yang hanya bekerja lepas dapat nota tulisan tangan untuk setelkan masalah 10 tahun.

Kalau masalah Perkeso pun PM kena campur tangan, menteri kena campur tangan...penyelesaiannya hanya satu...sebab dah terang2 sistem sekarang tak dapat nak govern Malaysia dengan sistematik.

Bila benda tu dah berlaku terlalu lama itulah sebabnya rakyat yang kena carik pemimpin, bukan pemimpin yang pegi tengok rakyat. Padahal, title job diorang....wakil rakyat pada asasnya

12 ulasan:

bulohhijau berkata...

haih.... bila la pm nak mari kampung aku... aku nak mintak mcm2 ni...

Tanpa Nama berkata...

yg lagi best siap bole main pass-2.mule-2 suruh p jmpe org ni,then mntk tnda tgn pegawai tu,then mntk pengesahan ketua kg...bla..bla..bla..mcm haremmm

adam berkata...

Terima hakikat kerenah birokrasi ini memang payah dibasmi. Macam post Mantot dulu tak silap, pasal pegawai datang memantau siapa mengular, baru kerja nak berjalan. Kalau tidak tak dapat la..

mirul berkata...

ini lah dinamakan sistem mengagungkan 1hero.

bukan ke najib nampak bergaya bila buat macam tu.

kakaka

The Hilmans berkata...

Nak mintak kerja/interview government pon macam tu.. sape ade surat sokongan menteri lagi senang dapat keje.. main kabel mesti yang besar2 punya!

Irfa berkata...

smti

Prince of Noob berkata...

terima kasih wahai pak najib dan bik rosmah mansor kerana telah menunaikan janji ditepati… eh ada ke janji2 dalam manifesto BN masa PRU12 sampai ia semua ditepati? BR1M, KAR1SMA, baucar buku, kedai ikan semua tu mana ada dalam manifesto BN PRU12… so ia bukannya janji2 ditepati… ia hanyalah inisiatif kerajaan baru2 ni je lepas Najib naik jadi PM… manifesto2 BN masa PRU12 tu adalah dibuat masa Pak Lah jadi PM… ok aku ambik contoh beberapa perkara dalam manifesto tu:

- Melaksanakan pelan pembangunan lima koridor ekonomi -> yang ni dah senyap je lepas najib naik, takde koridor2 dah so janji tak ditepati
- Menangani isu pendatang asing tanpa izin -> makin ramai je warga afrika datang buat kacau dan pelacur2 dari china datang, tak caya tgk je blog mazidul akmal sidik
- Meningkatkan keselamatan di sekolah-sekolah, taman-taman permainan dan tempat-tempat awam -> ada je kes jenayah kat tempat awam, budak kena culik pun ramai
- Menyediakan rumah lebih bermutu dengan harga yang mampu dibeli -> pernah ke dengar harga rumah menurun… semua rumah sekarang harga mahal… kalau kat lembah klang tu rumah 18×65 pun dah lebih 200K apa cerita?
- Membina persefahaman lebih baik tentang Islam kepada seluruh rakyat melalui Islam Hadhari -> wujud lagi ke Islam Hadhari lepas najib naik???
- Meningkatkan usaha dialog isu-isu antara agama -> mana dialog dan forum2 mengenai isu2 antara agama tak dak pun???

So berdasarkan janji manifesto BN PRU12, byk lagi yang tak dilaksanakan, so apa yang JANJI DITEPATINYA??????

Unknown berkata...

Ini namanya magic hands.

power betul PM. sebab tuh dia suruh kita selalu bersyukur.

keh keh

Unknown berkata...

mampus la kalau 2 juta rakyat malaysia nak kena dapatkan tandatangan najib utk selesaikan masalah masing masing..

aku tak tau najib yang mampus ke diorang yang mampus dulu..hahaha..

Tanpa Nama berkata...

p.ramli lagi hebat jadi pelakon sejak 1950an lagi,najib dah dekat nak mati baru nak belajar belakon.

tokine berkata...

tok sah kate nak mintak keje..nak mintak tukar ke tpt yg kite nak pun ssh..nak kene gune org dalam...buatnye kite x knl sape2..tak ke haru?

Tanpa Nama berkata...

Setau sy, dah xde istilah kabel utk keje dgn kerajaan (persekutuan) skrang ni.
Setiap pmohonan bersiri. Tak blh potong Q sesuka hati.
Utk 1 jabtan yg saya tau, ada 14000 permohonan utk x smpai 10 kekosongan ketika ini. Anggap la masih blom ada rezeki.