Julai 05, 2012

Car Review : Perodua Myvi Part 01

Kenapa ramai beli Perodua Myvi? Itu satu persoalan yang selalu bermain kat kepala aku. Kenapa ramai orang Malaysia beli Perodua Myvi?


Adakah sebab kereta tu cantik? Aku tak rasa sebab tu. Rupa dia macam katak mencangkung. Sebab dia murah? Lagilah tak. Harga Myvi adalah harga kereta premium di oversea...tapi "murah" di Malaysia. Kalau kau tanya orang negara maju nak ke tak dia beli kereta harga 50 ribu, mesti diorang kata "you are buying a luxury car there, mate?"

Aku tak rasa ramai orang beli Myvi sebab dia suka Myvi. Aku rasa ramai orang beli Myvi sebab dia terpaksa beli Myvi. Sebab apa? Sebab choice lain yang tak setara wujud perasaan gentar nak beli. Waktu aku nak beli kereta dulu, aku survey 5 bijik. Myvi, Saga, Persona, Savvy dan Hyundai i10. Oleh kerana aku adalah antara golongan minoriti yang lututnya akan tersangkut dekat dashboard dan gear bila duduk tempat driver...aku terpaksa tolak Savvy dan i10. Persona juga mempunya masalah yang sama di mana bila aku duduk, kaki aku terkena dekat central dashboard yang membuatkan sekarang ini aku lega sikit sebab bila aku bawak Persona, aku terpaksa tarik kaki aku daripada resting camtu aje membuatkan aku lenguh.

Jadi tinggal dua choice aje aku ada..Myvi..atau Saga.

Kebetulan pulak, ada member aku, pakai Saga. Banyak jugak problemnya (ini Saga baru model lama sebelum facelift) Jadi..choice aku hanyalah Myvi.

Aku...terpaksa beli Myvi. Kalau nak beli kereta 75 ribu ke atas, aku tak mampu sebab aku akan kena bayar installment rumah. Satu benda yang aku suka dengan Myvi adalah barang2 dalam tu dah dekat 3 tahun...tak pernah buat problem langsung...dan tempat duduk pemandu dia agak besar. Kaki aku tak kena dashboard.

Tapi apa yang sangat2 obviousnya mengenai Perodua Myvi ini adalah...kereta ini sebenarnya direka untuk orang perempuan...atau lelaki yang bersaiz kenit. Seat dia SANGAT2 tak supportive untuk orang bersaiz agak besar. Even armrest driver juga diletakkan sangat2 rendah membuatkan kalau nak drive rilek2, aku tak boleh nak letak tangan kanan aku atas armrest sebab dia ke bawah sangat.

Sebelum aku kutuk, aku ulang lagi sekali, Perodua Myvi adalah sebuah kereta yang sangat reliable.

Tapi masalahnya, itu aje lah good trait Perodua Myvi. Reliable. Tapi jiwa kereta dia tak ada. Perodua Myvi adalah sebuah kereta yang sangat2 basic dan sangat2 boring. Kalau nak compare...kita comparekan lah M.Nasir dan Eddie Hamid. M.Nasir buat lagu sekali-sekala..sedap, layan dan bakal kekal evergreen sebab punya jiwa. Eddie Hamid buat banyak gila lagu dan lagu2 dia popular (dan pada aku sedap) tapi lagu tu kurang soul yang nak jadikan lagu dia jadi lagu evergreen.

Lagu Eddie Hamid = Perodua Myvi. Popular, semua orang suka, semua orang mampu beli, tapi ada sedikit perasaan cheesy yang membuatkan orang tak berapa ambik serius sangat. 

Esok, aku sambung lagi tulisan ni sebab aku ada kerja nak buat. Untuk hari ini, persoalan aku adalah...adakah kau beli Myvi sebab kau suka atau kau beli Myvi sebab kau terpaksa?Persoalan kedua aku adalah, kenapa dekat Malaysia ramai orang beli Proton tampal Mitsubishi dan beli Perodua tampal Toyota?  

54 ulasan:

adam berkata...

oi oi oi

bukan anon berkata...

sebagai pengguna myvi model facelift 2008, aku rasa berpuas hati. Maintenance tak mahal, lower fc, kokpit luas, selesa, power stering ringan,dll.
Hal yang tak best adalah bonet yg kecik, suspension yg x best bila layan selekoh, tak laju sangat, enjin yg bising sikit bila tengah panaskan kereta.
Sebab apa aku pakai myvi...sebab aku nk bjimat, nak save duit banyak sikit. Ikutkan gaji, aku memang mampu nak pakai honda city. Ke tempat kerja pun takde tol (aku duk kat bangi, keje kat cyber),parking free. Tapi memandangkan aku nk kawen cepat tapi taknak buat loan, dan tiap2 bulan pun kena bagi duit kat parent kt kampung,maka aku cut cost la kat part kereta.
Kenapa aku x pilih saga?..sebab plastik sgt. Cat persona kaler silver pun cepat jahanam.

myatiqah berkata...

terpaksa pd awalnya..tp skg jatuh cinta..mne tak jatuh cinta, tu jela kete yg ade pon...kalo aku mampu beli honda pasni, jtuh cinta ngn honda le pulok...masalahnya xmampu...so, aku terima myvi seadanya...=)

anak bapak berkata...

kalau ikut suka memang la nak honda dgn toyota..

tapi poket nipis je..kena la ukur baju di badan sendiri..ye dak......

bapak aku kata kalau duit banyak lagi elok labur untuk rumah..tak yah dok rumah sewa..kalo ada rumah maksudnya hidup tak merempat..kereta tu beli asalkan mudah nak pegi mana2 je..tak payah menunjuk sgt..

ni kereta besar..tapi gi kedai mamak teh tarik segelas pun kedekut nak belanja..org kereta kecik la jugak yg selalu belanja (perli anak kete beso gamaknya takde nak hulur2 langsung..yg selalu hulur & belanja maka bapak selalu yg harta tak bape nak nampak..)

*baiklah bapak..anakanda ikut aje mana yg bapak rasa elok.............

sal adyza berkata...

interesting review ;)

sy pengguna dn pemilik myvi.

dulu..
terpaksa amik myvi sbb tkde choice yg membolehkan matlamat utama sy - tknk terbeban dgn hutang yg byk + pnjg, maintenance yg tk over budget dlm masa yg sama masih bole wat saving tiap2 bulan.. di samping membayor hutang2 lain sedia ada.. hhuhuu..

skrg..
bila dh byk yg digodek sana dn sini kt si myvi,ku suda jatuh syg plak..

masa depan..
honda jazz is still my dream car..

tk sabar nk tunggu Part 02

arioss..

Syafinaz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
apenzz tensai berkata...

Yup,

Aku mengaku aku memang terpaksa angkat MYvi walaupun hajat di hati lebih kepada Lancer 2.0 (tapi sekarang ni dah kurang sebab proton rembat design dan kelaurkan Inspira),

Tak dinafikan yang design Myvi memang untuk perempuan, bonet kecik, ambik corner rasa macam nak tercampak,

tapi sebagai rakyat Malaysia yang disogokkan untuk bersyukur dengan apa yang ada, aku tetap bersyukur kerana masih mampu untuk berkereta dan tak perlu bersesak dan berhimpit untuk menaiki kenderaan awam, dan jugak tak panas sangat dan basah kena hujan,

Aku bersyukur dapat hidup selesa sebagai rakyat Malaysia walaupun aku tau pak menteri dan kroni hidup TERLAMPAU selesa jika nak dibandingkan dengan apa yang aku dapat kini,

1Malaysia Rakyat DiDUNGUkan, Kroni DiuTAMAKkan

norshakeela berkata...

aku naik civic tapi aku rasa myvi okje.dan aku rasa banyak lagi kereta bagus dari civic.see, manusia mana reti nak bersyukur.

PELiK berkata...

Walaupun aku mampu nak beli Myvi atau mana-mana kereta yg bawah 50k, aku beli Versys sebab aku tak perlukan kereta. Motorsikal lebih praktikal untuk cara hidup dan kerja aku.

kentang putar berkata...

aku beli myvi sebab nak jimat. myvi ni jimat minyak la jugak aku tengok. kos maintenance pun tak mahal dan jarang2 buat hal.

tapi kalau ikutkan hati mesti la nak amik kereta yang best2 dan power...
tapi...kena fikir bajet dulu...

aiez berkata...

masa nak beli keta dulu, aku dok pilih antara wira or waja..tp tgk wira rendah sgt plak aku tgk asyik sangkut je bila jumpa jalan benjol haha...plus nak keta yg gak luas so angkatlah waja...sory aku mmg xminat myVi terlalu feminine

Tanpa Nama berkata...

saya pengguna kelisa. Masa mula-mula survey nak beli kereta, myvi baru beberapa hari keluar. tapi disebabkan aku minat sgt kereta ala2 kereta mini, aku beli kelisa. lagipun myvi dulu masa keluar, design dia mcm katak ready nak lompat. especially myvi kaler hijau. menci. x lawa. wekk.. tapi skrg myvi byk yg dah smart pulak aku tgk.

Leyanita Craft Studio berkata...

Pakai myvi sebab antara kereta yg reliable (jgn compare dgn kete2 yg 50k ke atas) xbyk mslh, servis xmahal sgt. ruang dlm kete luas (mak saya duduk bersilang kaki kat seat blkg...hehehe) kete wira dgn waja, xmuat kalau mak nk silang kaki.

Papa Dom berkata...

myvi 1.5 terbaik.

sumpah osem

Tanpa Nama berkata...

haih.

aku pakai myvi sebab takde duit yg bayar deposit 10% kereta jenis lain.

bank islam offer yg grad punye scheme. kali ni aku rasa scroll degree aku berguna selain dr mintak kerja. tak payah bayor deposit. tp monthly tinggi. RM622... tinggi le tu utk aku bergaji ciputs ni.

ok bai.

Tanpa Nama berkata...

tak mampu beli myvi pun. beli saga fl jek. berbelah bahagi jugak dulu masa myvi facelift keluar, tapi sebab kereta beli untuk keluarga, amik saga Fl je lah. balik kampung sumbat semua beg+toto+selimut+bantal dalam tuh. haha

bak kata kawan aku yang pakai myvi, at least ada kereta yg boleh lindung hujan dan panas :)

kasih berkata...

aku pon pakai proton.. tapi proton yg aku pakai,mantot tak pernah sebut pon.. ko ada tertinggal apa2 keta proton yang lain tak mantot????

Tanpa Nama berkata...

kualiti part & fitting myvi lg bagos dari saga...tu pendapat aku...wlpn myvi x praktikal sbb xde bonet tp still ramai yg dh berkeluarga beli myvi berbanding saga blm/fl sbb kualiti part & tech myvi lg best...

wlpn aku pakai preve...tp aku tetap rasa best bila naik myvi abg aku...kalu myvi jenis ada bonet besar mcm saga aku rasa sale myvi lagi kencang

Prince of Noob berkata...

ntah aku tak beli myvi sbb aku tak suka myvi... myvi mcm kau ckp la hanya memenuhi taste orang perempuan, tak sporty langsung. btw aku beli mitsubishi lancer tapi covert bodykit inspira, patriotik tak aku?

Tanpa Nama berkata...

Napa ramai pemandu myvi bawak laju tak ingat dunia? Agaknya bila pandu keta ni macam bawak keta lumba ya?

buruh berkata...

rasanya kereta perodua tak banyak kerenah sangat. dulu aku pakai kancil. praktikal. takde la menyusahkan.

kecuali satu hari, aku gi woksop, pomen tu silap pasang brake aku. nak replace, kena tunggu 3 hari order baru dapat. jadi terpaksa la aku bawak kereta brake pakai hand brake, pastu aku bawak ko jamming kat bangsar sampai ko mancarut sebab aku tak cakap kat ko awal2 kete takleh brake. hahahahaha.

skang aku pakai myvi. bulan depan aku nak beli bmw lak. hahahahaha

Tanpa Nama berkata...

Keta paling besttt utk rega under 50k.sgt jimat dan sesuai jd second car.mmg performance berbeza dgn honda tp sesuweiii ler ngan rega nyer tu.RM kita jauh beza ngan Pound@Yen sbb tu la rega kat malaysia 50 dpt myvi jek tp kat uk dpt beemer.

morovlizki berkata...

gua penah pakai savvy. macam haramjadah.pempaham la enjin renault.mentenen tinggi.dulu pada tahun 2006 gua nak beli myvi or kelisa asal nya.tp myvi time tu kene tunggu 6 bulan beb.gua pun mengikut nafsu syaitan sebab tak sabar sangat mau pakai kete, terus sambar savvy.hahaha.dahla huduh.menyesal gua beb.skang dah 2 tahun gua pakai nissan sentra seken hen thn 2001 penya. gua dah tobat nak pakai kete proton yang mcm haramjadah tu beb. gua rugi banyak trade in savvy gua tu. cine apek kapitalis amik murah jer. nyesal gua tak beli fake toyota passo a.k.a myvi dulu.sepanjang gua pakai savvy, gua sering dicemuh oleh rakan2 sbb savvy kan huduh. hasil dari kejuruteraan rekabentuk proton yang bangang taknak wat kajian pasaran dulu sebelum produce kete.untuk rekod savvy antara model yang merugikan proton selepas tiara n juara. fak proton. hahahaahahaha

Tanpa Nama berkata...

aku pake datsun jer....x bising2 pown....

Johann berkata...

Dulu aku pakai Kenari. Pastu dah 4 taun menahan sakit hati, tiba2 Myvi pun launched. Tapi aku dah nekad TAKKAN beli lagi kete Malaysia last2 aku beli Hyundai/Inokom Getz. Jauh puas hati dari beli Myvi. Walaupun kecik sket utk badan besar cam aku ni tapi lebih baik dari bertahun2 melayan sakit telinga dengar mcm2 bunyi kluar dari Myvi. Aku rasa ramai x realized, Getz walaupun mahal sket dari Myvi TAPI interest rendah 2.6% jek banding ngan Myvi masa tu 4% so monthly Getz x sampai 600 sbulan.

Akhir kata sbenarnya kalo korang survey betul2 n study selok-belok beli kete, x berbaloi langsung beli kete Malaysia. Dahla mahal, xde kualiti, interest mahal. Tang mana bagusnye? Ada org kata kete Korea kuat makan minyak. Getz 1.4 aku bleh jalan 550km ngan minyak rm60 xkan tu x kira jimat kot? ;)

un-har berkata...

Myvi, satu2 nya compact car Malaysia yang luas dan 'comfy' dan berbaloi untuk beli. Aku pon ada masalahnya mcm mantot gak, lutut sangkut bukan saja dashboard tp nk tuka gear pon kacau. So myvi adalah yang paling selesa la tuk kategori compact car untuk jalan jauh. Lagi satu satria tapi satria mahal sangat.

Tanpa Nama berkata...

bg aku antara myvi dgn proton dua2 xbest..drp beli keta malaysia yg baru baek aku simpan duit dlu ps2 nnt dpt beli keta import yg mahal..#skang pkai toyota le abah aku..dh lebih 20taun dh masih mantoppp...hehehehe

Syakir Zainol berkata...

kalau ditakdirkan aku terpaksa pilih antara myvi dgn saga, aku akan pilih saga... hanya kerana 1 sebab;

Aku ada family anak 3. Boot kereta ialah satu kemestian kalau tak aku akan suffer.

Tanpa Nama berkata...

kebanyakan driver myvi mmg berlagak.bajet hebat mencucuk blakg kete.sekali kena vtec tercirit tepi jalan.
proton tampal/convert ke evo lg la klakar.umpama penyanyi melayu buat plastik surgery untuk jd kpop.

LydSunshine berkata...

4 tahun menahan sakit hati sbb pakai kenari ke myvi?

morovlizki berkata...

member gua pakai hyundai elantra tapi logo inokom.hahahaha
rege kete tu 1.6 dkt rm100k jgk.baru je die beli bulan lepas.
kalu kat u.s.a kete tu rege usd15k je lebih kurang untuk cc 1.8.

http://autos.aol.com/cars-Hyundai-Elantra-2012/overview/

kete korea tapi kat u.s.a regenye masuk akal dgn perkapita rakyat negara diowang.kat malaysia macam haramjadah.hasil bumi banyak tapi duk cekik cukai dari rakyat lagi.tak kreatif langsung.pastu berhutang berbillion rm.belanjawan setiap thn asyik defisit je.haramjadah ape.bn n umno ni pandai ke tak urustadbir duit negara,duit rakyat???wasatiyah ala najib mmg macam haramjadah.arini najib dtg tempat gua rasmi mini MAHA.naek helikopter.kak mah xtau la ikut ke tak.malas aku nak gi tengok haramjadah tu.

Master Yoda berkata...

den tak mau beli savvy pasal den bonci bonar dgn proton masa tu...so, den boli myvi...design pon ado mcm Transformers sikit kalau tgk botul2

Tanpa Nama berkata...

aku pakai lancer...ape kelasss pakai myvi

lemon berkata...

aku beli/guna myvi sebab..

masa tu aku nak beli honda city dengan harga sama, tapi aku taknak pindah kat langkawi/labuan.

tapi takpala. dengan cukai-cukai tu semua la maka ada duit lebih untuk br1m, tr1m, kr1m ke hape benda entah.

Tanpa Nama berkata...

Wa sebagai peminat n ada sales kereta sket menyifatkan myvi adalah kereta hybrid.... Body kereta tetapi pemanduan sampan, byk yg beli myvi sebab tu je choice yg ada, cuba kalo jazz sama harga ngan myvi....

Tanpa Nama berkata...

entah la..
tp hakikatnya org kita mmg selepas saje dapat kerja terus saje nk beli kereta..alasan..kemudahan..
nk pakai kereta tp xpernah nk pikirkan expenses yg bakal menjadi overhead dlm kehidupan..
minyak = daily
parking n tol = daily
installment = monthly
roadtax n insurans = annually
maintenance = periodically

tp ROI..hanye lah sebagai transport
yg xkena hujan n panas..

bercerita psl myvi..
xbest lgsung!
sekiranya ruang dalaman bkn faktor perbandingan..kancil lg best dr myvi!

siti berkata...

knp kebykkan myv, wiper blkg slalu terkulai layu? sama mcm myv aku. body lak bila sandar, mcm sandar kat tin milo heheh

apat berkata...

myvi cucuk vtec orait je...siap leh potong..ape kes??sumpah mantot xtipu

Tanpa Nama berkata...

Aku pkai peugeot, bini aku pkai myvi..ble aku anta bini g keja kt jem, bg aku myvi lebey best sbb kalo nk mnggeliat time jem, xdehal sbb myvi luas sket..sket jela..huhu...

Plg penting minyak jimat, kalo nk drive jauh, comfort n utk pickup, ktorg naik peugeot..best

Sekian

-peugeot-

Tanpa Nama berkata...

kacil850 tahun 1997 aku jugak tetap best...wakaka..

Tanpa Nama berkata...

Dgn price range rm55k n below,myvi 1.5 better dr saga flx SE dlm byk aspek...
- lebih tahan (reliability)
- byk features mnrik mcm GPS,retractable side mirrors,DVD,bluetooth,dashboard n speedometer yg cantik,electric power steering,byk cup holders,underseat tray,dll
- lebih safety (brake pedal intrusion,collapsible steering rack,brake assist (BA),3-point safety belt utk pnumpg tgh,)
- pkai timing chain compare to saga yg pkai timing belt (kne tukr pas 100k km)
- color lg mnarik bbnding saga SE ad 2 color jer
- servis kt perodua better cket dr proton
- seat blkg bley lipat (sebelah @ dua2) klu nk but bsr,mcm sy pnh pndh umh,bwk myvi nie jer,mmg snang,bley msuk kotak2 bsr,almari,meja,kipas,rak,dll
- myvi nie mmg ssuai sgt utk sy yg bkeje kt KL n jln2 dgn kwn2 kt ibu kota nie,snang u-turn,parking,selit
- bkn slalu nk jln jauh,misal nyer blik kmpug @ trip jauh,bley jer smpai dgn myvi nie even kurg la selesa bndig dgn kete sedan
- enjin dr toyota yg mmg dh tbukti kualiti dy
- seat blkg mmg dh direka khas ltk seat baby
- psl but tu jgn la jd isu bsr,bkn nyer stiap kali kuar umh nk guna but tu sgt pn,xder nk sumbat brg byk2..klu nk sumbat pn,bley ltk kt ruang kaki blkg,luas tu...

yop berkata...

Gua rase myvi corner ok aje kot. Gua tekan selekoh 150kmh ok aje..

Tanpa Nama berkata...

Kepada smua pengomen,BUTOH PAK HANG...

ai stalk. ai read. ai digest. berkata...

saya pemilik myvi. Beli 2007. Kaler olive green yang batch ateh2 nieh. So far 6 tahun pakai, x da problem. Serbis murah enjin pon tiptop lagi. A great city car. Tapi nak rempit tu, x leh la. Nanti enjin melahu.

Ada jugak hasrat nak tukar kete. Honda Jazz. Walau gaji ni mampu beli, rasa tak perlu. Malas nak berhutang.

Tambahan lagi, kete mudah susut harga. Tapi rumah, harga makin melambung. So, Saya opt for rumah.

Ovrall, Myvi is a nice city car. =)

trigyy berkata...

pening jgk nk beli kreta ni... haha

nur misuari ibrahim berkata...

salam.. aku nk share citer aku ckt jer..byk2 kete yg pernah aku ligan.. myvi is the best car!! jimat, dan tahan lasak..tu je. sekian tq

Tanpa Nama berkata...

Aku nak beli myvi sbb myvi bonet kecik. Isteri aku tak dpt nak sumbat segala mak nenek ke dlm bonet setiap kali pulang ke kampung....Bawa yang perlu dan bawa pulang yang perlu shj...

Tanpa Nama berkata...

VTEC...electronic cvtc + turbo

Tanpa Nama berkata...

antra myvi 1.3 cc dgn hyundai i10 2.35cc
mn lg ok...
termasuk semua aspek la..hrga..enjin.body.minyk.ruang..dll
pls help me!!!

Tanpa Nama berkata...

berlagak lak ai.. poket org lain2.. tu je mmpu.. hdup mcm roda.. mmg skrg awk sng .. esok lusa blom tahu.. beringt sikit bro

TheLeagueoffailure berkata...

Aku rasa MyVi ni okay je. Kalau ada masalah, aku beli parts2 dia dekat http://ikutkiri.com la kot since member aku cakap tempat tu bagus. Dia duduk KL, so dia order hari tu, dapat hari yang sama jugak. Kira kalau MyVi aku rosak, tak payah la nak serabut kepala nak cari tempat website2 jual parts ni

Tanpa Nama berkata...

Aku pakai skyline... apa kelasss pakai lancer

Tanpa Nama berkata...

Memantat dlm myvi mmg best sbb luas...xcaya cubalah...

Tanpa Nama berkata...

Kenapa muka mantot macam kepala ×××××!!