Julai 27, 2012

Awkward Agama : Lebih Baik Bercinta Daripada Berkahwin

Bukak radio sehari dua ni, ramai yang bercerita pasal kisah suami isteri yang baru saja berkahwin dalam usia suami 16 tahun dan isteri 14 tahun. Banyak jugak la pandangan orang ramai dikeluarkan dan majoritinya... membantah.

"Eeeiii...akak sangat tak setuju la dengan tindakan diorag.." kata seorang pemanggil. "Ini zaman sekarang, mana sesuai lagi kita buat macam tu...ish ish ish.." keluh seorang lagi pemanggil.

Apa yang kelakarnya, sepanjang perbualan DJ radio tu dengan pendengar dia, dua DJ ni asyik bertanya, "adakah kahwin awal ini jalan penyelesaian nya untuk mengurangkan gejala sosial dan pembuangan bayi?" Yang lagi sorang akan menyahut, "Habis, apakah jalan penyelesaiannya?" atau "Apa sebenarnya jalan penyelesaiannya?" atau "Adakah ini jalan penyelesaiannya?"

Rumusannya, sepanjang segmen tu, majoriti kata, pasangan tu ;
Tak matang.
Tak bersedia.
Tak habis sekolah.
Tak cukup tua.


Cuba kita tanya balik dengan orang2 yang mempertikaikan perkahwinan diorang ni, berapa umur nenek dia atau mak dia kahwin dulu. Adakah nenek kau tak matang masa dia kahwin dulu2? Cuba kita tanya balik kalau benar zaman dah berubah dan perkahwinan bukan penyelesaiannya, berapa umur yang sesuai untuk berkahwin?

Kalau dia kata kenalah tunggu umur dua puluh-an atau lewat dua puluh-an... cuba kita tanya mereka balik, mana lagi bagus, bercinta sampai umur lewat 20- an atau berkahwin pada umur belasan tahun?

Masyarakat kita beramai2 cuba memikirkan apa sebenarnya jawapan kepada masalah sosial yang melanda remaja...tapi bila ada jawapannya....kita cuba pulak deny jawapan itu dengan tuntutan2 yang kononnya kontemporari....kononnya dia tak matang. Adakah sebab mereka tidak matang jadi mereka patut dibenarkan bercinta bukan mahram tapi tak patut dibenarkan berkahwin?

Yang paling aku menyampah, ada seorang caller kata kita tak boleh biar diorang tinggal sendirian sesama diorang..kita kena pastikan mereka ni duduk sekali dengan mak bapak diorang...

Kalau dah WALI dia sendiri setuju nak kahwinkan diorang...siapa pulak kita nak membantah apa yang WALI dia sendiri nak. Pandai2 la wali dan besan dia tanggung budak2 tu.

Samalah macam aku baca minggu lepas, lepas Irma Hasmie kahwin, keluar pulak gambar husband dia rupanya dah pernah berkahwin. Ramai2 pakat gesa Irma Hasmie rectify "betul ke husband dia tu dah pernah berkahwin?"What the hell punya masyarakat. Suka hati dia lah dia nak kahwin dengan bekas suami orang.Yang kau nak suruh dia explain dekat kau kenapa?

Benda buruk kita sanggah...benda baik pun kita nak bantah. Takkanlah sampai satu masa nanti, kita prefer yang horny pegi onani, asalkan mereka tak pilih nak kahwin lagi?

Dan surely...kat luar sana..mesti ramai yang menunggu detik2 keretakan rumah tangga budak2 tu...dengan harapan agar mereka dapat sebut, "haa...kan aku dah cakap hari tu diorang tu muda sangat lagi!" 

Julai 24, 2012

Seorang Designer Dari Kaca Mata Kerajaan

1. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah lama menyedari pentingnya industri kreatif merangkumi perfileman, muzik, animasi, kandungan penyiaran, multimedia, permainan video selain seni, budaya dibangunkan secara komersial dan tersusun kerana potensinya bukan saja daripada sudut ekonomi tetapi juga untuk pembangunan sahsiah rakyat negara ini.

2. Datuk Seri Najib Tun Razak mahu peluang dan persekitaran yang kukuh diwujudkan bagi meletakkan industri kreatif Malaysia pada kedudukan paling kukuh di peringkat dunia. Perdana Menteri berkata untuk itu pelaburan dalam jenama tempatan perlu dilakukan bagi memberi dorongan kreatif. “Kita mesti melibatkan diri dengan bakat muda terbaik negara bagi memperlahankan penghijrahan mereka,” memetik Bernama Online dalam ucapan Najib pada Anugerah Putra Brand Award 2012.


3. Seperti yang ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2010 bahawa industri kreatif wajar dimajukan untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Katanya, ia meliputi seni persembahan dan muzik,reka bentuk, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan. Kata Najib, DIKN berupaya membuka lebih banyak peluang kepada pelbagai kumpulan karyawan sedia ada, generasi akan datang dan industri-industri sampingan untuk mencetus lebih banyak idea, kreativiti dan inovasi yang boleh dikomersialkan.


...................


3 artikel di atas menceritakan harapan PM kesayangan kita dengan penggiat industri kreatif.


Aku rasa ramai kat luar sana yang terlibat dengan industri kreatif paham macam mana rasanya dealing dengan orang dari Jabatan Kerajaan....kerana mereka sebenarnya lagi kreatif daripada korang yang memang grad industri kreatif, kan?

Tapi agak menghina sebenarnya bila Najib punyalah mencanangkan nak majukan industri kreatif tapi bila bab logo sambutan kemerdekaan....dia approvekan this super monstrosity.

Dah tengok logo sambutan kemerdekaan tahun ni? Ni aku letak. Jangan tengok kalau masih tengah puasa. Nanti muntah.  Sebab kalau kau tengok dan kemudian kau termuntah..kau dah sengaja muntah. Aku dah  warning dulu. Batal puasa.....


NAH!





BUWEKKK!!

...dan aku rasa ramai sebenarnya penggiat industri kreatif tak terkejut logo sebegitu diapproved. Ramai yang tak tau kot unofficial code of conduct nak design untuk Jabatan Kerajaan...


"Buat seburuk mungkin dan secincai mungkin dan surely itu la yang diorang approved. Design gila2 pun takde guna. WAJIB ada emboss tebal2 biar shining. Semua benda kena ada outline. Kalau buat video, mesti BANYAK GILA EFFECTS dan TRANSITION PAGE PEEL. Font mesti banyak jenis dan fancy. "

Julai 23, 2012

Mukadimah Ramadhan


Cepat benar masa...aku rasa macam baru aje raya tahun lepas. Jadual aku baru lapang. Beberapa hari lepas, satu fakta yang aku sedari adalah, rupanya dalam mana2 Jabatan Kerajaan....ramai sebenarnya pakar multimedia.

Kalau dah ramai sangat pakar multimedia dalam negara...kenapa perlu kerajaan promote pembukaan kolej dan universiti yang khusus kepada bidang tersebut? Kita boleh save cost dengan pakai mereka2 yang dah sedia adalam dalam perkhidmatan awam, kan?

 Selamat berpuasa semua.

Julai 19, 2012

"Pening Kepala Abang Ni Mah! Majoriti Pakat Namakan Kucing Kita Tu Altantuya!"


Sudahkah anda berikan cadangan dan idea anda kepada PM kita? (link)

Sebagai seorang PM yang mudah didekati rakyat dan akan membantu sedaya upaya apabila rakyat datang menjenguknya seperti dalam kes biasiswa seorang pelajar Uniten tempohari, ini adalah peluang kepada anda untuk berkomunikasi secara tidak direct (kerana surely bukan PM yang check benda ni) ...

Walaubagaimanapun, dikhuatiri ada kemungkinan kerajaan sekarang tidak mampu melaksanakan cadangan kita semua jika mereka menjadi Pihak Pembangkang. 



Diharapkan agar tidak ada wang peruntukan kerajaan dikeluarkan untuk menghasilkan discussion ini yang ditaja khas oleh Google seperti kes Kementerian Pelancongan mengeluarkan Rm1.8 juta untuk menghasilkan laman rasmi Facebook Kementerian Pelancongan.

Tapi at least, beri cadangan anda walaupun satu. Jangan maki hamun. Jadi civilized. Nak kutuk orang, gi kutuk artis yang bakat ada satu, buah dada ada dua. 


 ps - aku sangat bz. Apa yang ada dalam kepala aku hanya kerja, kerja, meeting merepek dan golongan2 yang tidak bernasib baik yang terpilih menyertai PLKN.

Link ke Google Moderator Untuk Anda Beri Input Kepada Pembangunan Negara, Andalah Wira Negara!


Kemudian...ketawa terbahak-bahak. Orang bangsawan tak pernah pakai helmet...

Julai 17, 2012

Mimpi Dipeluk Justin Bieber Jadi Kenyataan


Dalam pada itu, Arina yang ditemuramah setelah berakhirnya sidang akhbar mengatakan bahawa dia seperti tidak percaya dan seolah bermimpi apabila dipilih untuk naik kepentas dan mendapat pelukan daripada idola ternama dunia tersebut.



Tahniah dik. Pencapaian besar tu.Mak bapak tak halang, kenapa masyarakat nak halang, kan? Tapi jangan jeles dik, pakcik boleh peluk Justin Bieber berapa lama pakcik suka, tak salah. Asalkan pakcik tak mendapat ereksi.

Hepi besday kepada diri sendiri hari ni.Agak janggal jadi pakcik.Hari tu aku dengan niat murni tegur budak makan ayam popcorn curi2 dekat bahagian makanan Carrefour sebab budak tu main sauk pakai tangan sambil bapak dia ada kat sebelah.Bapak dia boleh biar aje anak dia ambik dan makan.

Lalu aku berpesan kepada diri sendiri, kalau anak aku buat camtu, aku nak report kat guard. Baru dia boleh paham maksud," jangan makan makanan bukan kita punya." Cegah rasuah mesti dari awal. Nak cegah apa2 yang buruk mesti dari kecik. Dah sekolah menengah ni dah liat.

Dah tua..lagi lah susah nak berubah sebab dah tepu.

Julai 16, 2012

KIta Beli Kereta dan Kita Hidup Untuk Survive dan Bekerja


Kalau kau ikut apa aku tulis dari awal2 lagi...ko mesti dah tau aku cukup marah pasal cukai kereta...tapi ada satu benda yang dari dulu sampai sekarang aku wondering. Kalau kau tengok list harga kereta local, cukai kerajaan agak rendah, dalam range 3 ribu ke 7 ribu....tapi, kenapa....harga kereta Proton Persona kat Middle East RM30 ribu lebih? 


Point yang aku wondering?

1. Berapa sebenarnya kos pembuatan sebuah kereta Proton tu kalau diluar dijual lagi murah dari local market?

2. Adakah kereta Malaysia dapat dijual lagi murah di international market sebab rakyat Malaysia yang subsidi kan harga dia dengan bayar hampir double di tanahair tercinta KR1M FR1M BR1M JR1M FL1M ini?

Kepada yang masih menggunakan hujah "tempat lain tax lagi tinggi bro!" atau "Bro!Cukai pendapatan kita rendah bro!" kau cuba kira balik, kalau kau beli kereta non-local paling cap ayam yang paling popular..iaitu Toyota Vios J (atau ada orang panggil dugong)...kau sebenarnya dah bayar/ akan bayar RM20 ribu lebih untuk cukai.

Tak kiralah kau bayar 5 tahun,7 tahun atau 9 tahun..kau still bayar tax Rm20 ribu lebih untuk tempoh installment kau. Tu baru kau seorang.

Pendapatan kau bawah 3 ribu pun kau kena bayar 20 ribu tu bro....patut ke kerajaan kenakan cukai ke atas kau kalau pendapatan kau bawah 3 ribu tapi kau nak pakai Vios sebab kau tak nak pakai kereta local?

RM20 ribu...tu berapa bulan installment rumah? Semua kereta susut nilai. Rumah? Jarang yang ada susut nilainya. Aku bukak tingkap rumah aku, aku nampak Klinik Kesihatan zaman perang dengan nurse tak cukup dan bas yang datang sejam setengah sekali lalu. Tapi bermewah-mewahan dan buat projek mega..kerajaan kita nombor satu.

Dengan Rm20 ribu, berapa orang kerajaan mampu sponsor untuk BR1M dan kemudian claim..itu duit kerajaan?





Berdasarkan pengalaman aku buat kerja dengan kontraktor yang dapat tender2 government ni, sudah pastilah, satu sticker tampal atas LRT atau MRT tu harganya puluihan ribu...untuk satu panel. Kalau ada orang conteng tambah janggut ke tanduk ke...nak replace makan puluhan ribu lagi.

Tukar. Kita kasi tukar sama dia.

Julai 11, 2012

Orang Bangi Mengalami Kemasukan Warga Asing Secara Serius Dalam Sehari




Editor : Eh bro..mana cukup 20 ribu. Esok, kau up sket jadi 80 ribu.

Wartawan : Tapi bos, 80 ribu tu nampak sangat overexaggerate nya.

Editor : ....hummm....kau bagi naik jadi 50 ribu.

Wartawan : Saya ada situ bos, yang datang ada la sekelumit compare dengan sambutan masa ceramah Azhar Idrus kat Majid Hijau hari tu.

Editor : Fuck Azhar Idrus! Kau photoshop gambar kasi nampak ramai. Gambar semua kau crop biar rapat2 supaya tak nampak background. Ada faham?

Wartawan : Saya tak suka menipu ni bos. Masyarakat kita perlu tau yang orang Bangi tak suka BN lagi dah.

Editor : Kau nak ada gaji atau kau nak menganggur? Anak kau nak makan pasir? Pasir pun kena ada duit baru boleh beli tau. Jap, aku tanya kau..siapa bos?

Wartawan : Encik bos. Baik bos.

Editor : MELAYU!HIDUP MELAYU! Bersatu, Kita Bersatu, Dengan Setia Berganding Bahu, Jiwa Teguh Berpadu, Kita Rumpun Melayu! Jeng jeng jeng!

Julai 10, 2012

Najib = PM, Kerani, Mat Despatch, Coffee Boy dan Member Orang Ramai

Jelajah Janji Ditepati Selangor ini bermula awal pagi lagi, apabila PM bersarapan dan mendengar aduan dari penduduk Bangi di Pasar Awam Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Perdana Menteri yang tiba tepat jam 9.00 pagi meluangkan masa kira-kira satu jam setengah mendengar permasalahan rakyat.

Acara santai mengadu sambil menikmati makan pagi bersama Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya memang berkesan, ramai yang beratur panjang untuk bertemu dengan Najib. Apa yang menarik adalah, Najib bukan sahaja mendengar bahkan cuba menyelesaikan masalah tersebut di situ juga.

Kes E. Yellappan dan isterinya N Ranee (gambar bawah) adalah contoh jelas, N Ranee, 53, cacat anggota dan sudah disitiharkan tidak boleh bekerja sejak 10 tahun lepas, namun beliau menghadapi masalah untuk mengeluarkan caruman Perkesonya, semua dokumen lengkap tetapi kerenah birokrasi menyukarkan beliau.

Depan PM masalah diadukan, selepas mendengar dengan teliti, memeriksa dokumen-dokumen yang dilampirkan, dengan bersahaja PM menulis nota ringkas atas kertas, "YB Datuk Sri Subramaniam, Menteri Sumber Manusia, saya bersimpati dengan kes ini, harap dapat dipertimbangkan bayaran Socso (perkeso)," tandatangan dan tarikh.

"Pergi jumpa ini menteri...," kata Najib pada N Ranee, merujuk kepada Naib Presiden MIC Datuk Seri S Subramaniam yang kebetulan merupakan Menteri Sumber Manusia.Mudah, bersahaja dan berkesan.

Ramai yang melihat situasi tersebut, tergamam, macam tidak percaya, tengok gaya PM berkerja.

....................

Nampak perkataan "kerenah birokrasi" ?

Aku tak pernah faham kenapa masyarakat kita mengagungkan sangat budaya bekerja "mesti kenal dan jumpa seseorang baru benda berjalan."

Kalau masalah 10 tahun setel hanya selepas dapat jumpa PM, itu bukan bermakna PM tu bagus. Itu maknanya sistem yang ada sekarang macam cilaka dan dysfunctional. PM terpaksa bagi nota tulisan tangan nak suruh Menteri bawah dia bekerja, tu bukan bagus, tu bangang namanya.

Tapi alih2...orang tu jugak la yang dia lantik jadi menteri. Kenapa? Sebab PM kita sayangkan pengaruh politik Menteri yang hanya bekerja lepas dapat nota tulisan tangan untuk setelkan masalah 10 tahun.

Kalau masalah Perkeso pun PM kena campur tangan, menteri kena campur tangan...penyelesaiannya hanya satu...sebab dah terang2 sistem sekarang tak dapat nak govern Malaysia dengan sistematik.

Bila benda tu dah berlaku terlalu lama itulah sebabnya rakyat yang kena carik pemimpin, bukan pemimpin yang pegi tengok rakyat. Padahal, title job diorang....wakil rakyat pada asasnya

Julai 09, 2012

4 Persoalan Mengenai Baju Mandi dan Underwear

Aku selalu tertanya-tanya dan terbayang dalam diri sendiri...

1. Kalaulah aku pegi berenang dekat swimming pool dengan memakai swimming trunk versi spender, aku akan berasa amat malu sekali dan sure segan nak mati. Bagaimanakah perasaannya berada di khalayak ramai dengan hanya memakai swimming trunk atau bagi perempuan, berbikini? Adakah tidak ada langsung wujud perasaan segan sebab bila2 masa macam2 boleh "terkeluar" ?

2. Bagaimanakah untuk mendapatkan keberanian sebegitu rupa? Apakah persediaan yang perlu dilakukan? Adakah aku perlu mulakan dengan membiasakan diri berjalan di public dengan memakai sleeveless?

3. Dalam seni fotografi, kenapa perempuan berbikini two piece itu normal dan dianggap satu bentuk foto biasa tapi perempuan yang hanya memakai bra dan seluar dalam biasa dianggap lucah atau sensual?

4. Kenapa tidak ada mufti yang mengeluarkan komen mengenai gambar yang aku sertakan di atas yang kerap kali terpampang di mana2 shopping kompleks?

Julai 06, 2012

Awkward Agama : Jangan Di Minum Air Terlarang Itu Wahai Rakyat!


Mana lagi untung? 

1. Arak dijual secara terbuka di pasaraya.

2. Arak hanya boleh dijual dikedai2 makan Cina dan pub.

3. Arak? Tak boleh masuk Malaysia langsung.

Takde siapa yang larang kau beli arak dan minum arak. Paling kuat sekali...ada signboard "Arak Haram Di Sisi Islam." Tapi, kenapa bila kau kena tangkap minum arak, kau kena bayar denda?  

Kalau pemerintah letakkan di bahu orang ramai pilihan sama ada nak atau tidak minum arak, kenapa pemerintah hukum anda kalau anda ditangkap minum arak? Apa role pemerintah kita sebenarnya?




Julai 05, 2012

Car Review : Perodua Myvi Part 01

Kenapa ramai beli Perodua Myvi? Itu satu persoalan yang selalu bermain kat kepala aku. Kenapa ramai orang Malaysia beli Perodua Myvi?


Adakah sebab kereta tu cantik? Aku tak rasa sebab tu. Rupa dia macam katak mencangkung. Sebab dia murah? Lagilah tak. Harga Myvi adalah harga kereta premium di oversea...tapi "murah" di Malaysia. Kalau kau tanya orang negara maju nak ke tak dia beli kereta harga 50 ribu, mesti diorang kata "you are buying a luxury car there, mate?"

Aku tak rasa ramai orang beli Myvi sebab dia suka Myvi. Aku rasa ramai orang beli Myvi sebab dia terpaksa beli Myvi. Sebab apa? Sebab choice lain yang tak setara wujud perasaan gentar nak beli. Waktu aku nak beli kereta dulu, aku survey 5 bijik. Myvi, Saga, Persona, Savvy dan Hyundai i10. Oleh kerana aku adalah antara golongan minoriti yang lututnya akan tersangkut dekat dashboard dan gear bila duduk tempat driver...aku terpaksa tolak Savvy dan i10. Persona juga mempunya masalah yang sama di mana bila aku duduk, kaki aku terkena dekat central dashboard yang membuatkan sekarang ini aku lega sikit sebab bila aku bawak Persona, aku terpaksa tarik kaki aku daripada resting camtu aje membuatkan aku lenguh.

Jadi tinggal dua choice aje aku ada..Myvi..atau Saga.

Kebetulan pulak, ada member aku, pakai Saga. Banyak jugak problemnya (ini Saga baru model lama sebelum facelift) Jadi..choice aku hanyalah Myvi.

Aku...terpaksa beli Myvi. Kalau nak beli kereta 75 ribu ke atas, aku tak mampu sebab aku akan kena bayar installment rumah. Satu benda yang aku suka dengan Myvi adalah barang2 dalam tu dah dekat 3 tahun...tak pernah buat problem langsung...dan tempat duduk pemandu dia agak besar. Kaki aku tak kena dashboard.

Tapi apa yang sangat2 obviousnya mengenai Perodua Myvi ini adalah...kereta ini sebenarnya direka untuk orang perempuan...atau lelaki yang bersaiz kenit. Seat dia SANGAT2 tak supportive untuk orang bersaiz agak besar. Even armrest driver juga diletakkan sangat2 rendah membuatkan kalau nak drive rilek2, aku tak boleh nak letak tangan kanan aku atas armrest sebab dia ke bawah sangat.

Sebelum aku kutuk, aku ulang lagi sekali, Perodua Myvi adalah sebuah kereta yang sangat reliable.

Tapi masalahnya, itu aje lah good trait Perodua Myvi. Reliable. Tapi jiwa kereta dia tak ada. Perodua Myvi adalah sebuah kereta yang sangat2 basic dan sangat2 boring. Kalau nak compare...kita comparekan lah M.Nasir dan Eddie Hamid. M.Nasir buat lagu sekali-sekala..sedap, layan dan bakal kekal evergreen sebab punya jiwa. Eddie Hamid buat banyak gila lagu dan lagu2 dia popular (dan pada aku sedap) tapi lagu tu kurang soul yang nak jadikan lagu dia jadi lagu evergreen.

Lagu Eddie Hamid = Perodua Myvi. Popular, semua orang suka, semua orang mampu beli, tapi ada sedikit perasaan cheesy yang membuatkan orang tak berapa ambik serius sangat. 

Esok, aku sambung lagi tulisan ni sebab aku ada kerja nak buat. Untuk hari ini, persoalan aku adalah...adakah kau beli Myvi sebab kau suka atau kau beli Myvi sebab kau terpaksa?Persoalan kedua aku adalah, kenapa dekat Malaysia ramai orang beli Proton tampal Mitsubishi dan beli Perodua tampal Toyota?  

Julai 03, 2012

Ramai Mahasiswa Melayu Baligh Paksa



Aku dah tulis panjang2 lepas tu aku tak tau hilang mana tulisan aku. Ni la masalahnya menaip menggunakan "smart tv unofficial" ni. Takpelah. Esok aje la aku tulis. Aku nak cat rumah. Ciow. Esok, topik bersambung daripada topik aku semalam.

Julai 02, 2012

10 Model Kereta Terbaik Dengan Harga Bawah RM55 Ribu Yang Perlu Anda Miliki Mengikut CNN

1. Dodge Dart RM50,638.09 

2. Hyundai Veloster RM54,769.55

3. Fiat 500 RM49,070.99

4. Mazda 3 RM48,121.22

5. Chevrolet Sonic RM48,121.22

6. Ford Fiesta RM41,789.48

7. Honda Fit  RM48,232.03

8. Kia Soul RM44,005.59

9. Scion iQ RM48,327.01

10. Volkswagen Jetta RM49,118.47

....................

Kereta terbaik di Malaysia bawah RM55,000.




TERBAIK!