1. Lihat sekeliling,ada berapa ramai rakan anda ada DSLR?
2. Buat sedikir survey,tanya mereka apa yang membuatkan mereka membeli DSLR?
3. Jika mereka katakan,brand X membuatkan gambar lagi clear dan brand Y gambar lagi sharp,anggukkan kepala anda sahaja.
4. Selepas puas mereka memberikan hujah,tanya kepada mereka,jika mereka pengguna brand X kenapa tak pilih brand Y dan sebaliknya.Anggukkan kepala bila mendengar hujah2 mereka sambil senyum.
5. Minta pendapat mereka mengenai kelemahan DSLR yang
tidak dibeli oleh mereka.Sila tunggu sebentar kerana penjelasan ini agak lama.Pastikan anda senyum.
6. Untuk mendapatkan respons yang lebih baik,jika rakan anda itu pengguna brand X,beritahu mereka anda nak beli DSLR brand Y dan begitu juga sebaliknya.Provoke response mereka.
7. Katakan kepada mereka,brand yang mereka beli tidak berkualiti.Lihat reaksi mereka.
8. Bila nampak rakan anda itu sudah jadi terlalu defensive mengenai kamera mereka dan hasil fotografi mereka,tanyakan soalan ini,
" f stop tu apa dia?"
9. Jika dia mampu menjawapnya,tahniah,rakan anda sekurang2 nya tahu apa yang dia cakapkan.Jika dia kata f stop adalah
" keinginan untuk menyebut the F word tapi berjaya distopkan terlebih dahulu oleh hati..." cari kawan lain.
10. Ulangi langkah 1 dengan mencari rakan anda yang lain yang mempunyai DSLR.Langkah ke 9 boleh divariasikan dengan soalan2 lain seperti;
a. Apa itu bokeh?
b. Apa itu aperture?
c. Apa itu shutter speed?
d. Apa itu Rule of Third?
e. Apa itu ISO?
f. Apa hubungan antara aperture dengan bokeh?
g. Apa hubungan antara shutter speed dengan motion blur?
h. Apa hubungan ISO dengan environment?
i. Apa hubungan aperture dengan shutter speed?
j. Apa itu Sunny 16 Rule?
k. Mana aperture yang besar,2.8 ke 22?
dan beberapa soalan lain yang lebih menarik seperti;
a. Aku tengok gambar kau biasa aje,kau pakai henfon ke DSLR kau?
b. Apsal gambar longkang ada bunga pun kau nak taruk watermark "Photography by.." kau?
c. Kau tak rasa kalau hardware paling best macam mana pun kalau tukang tangkapnya tak reti,takde guna ke?
Anda juga boleh menggunakan langkah2 yang diberikan dengan gadget selain DSLR,seperti henfon,laptop,kasut,kereta dan sebagainya.
Good luck mencuba mengenal pasti mana satu yang tulen dan yang mana satu mat atau minah hardware semata-mata.Ramai benar sekarang ni yang baru beli DSLR terus berminat nak buat wedding photography sebab dengar income buat wedding ni masyuk.