Julai 01, 2010

Selepas 6 Bulan Berkahwin...

Aku dah kawin 6 bulan lebih.Sekejap gila masa.Sedar-sedar haritu wife aku bagitau aku,"18 hb Jun,dah 6 bulan kita kawin.Tak nak gi mana-mana ke?"Aku sebagai seoang suami yang pemalas dan lebih gemar duduk kat rumah,berkata malas la,nanti dulu.Lagipun aku busy.Busy GILA BABI waktu tu sampai la ke hujung bulan Jun.Nasib baik wife aku datang sini weekend hari tu sebab dah 2 minggu aku tak jumpa dia.

Adakah ada apa-apa perubahan pada diri aku lepas berkahwin?

Kalau aku cuba menilai diri aku sendiri,daripada segi "ke-pervetan" aku,aku tak rasa ada perubahan.Aku masih lagi gemar melihat punggung-punggung gadis atau mana-mana cleavage yang terpampang.Aku masih lagi mengagumi mana-mana awek yang lawa dengan berkata dalam hati "Ya Allah lawanya amoi itu!" dalam hati kemudian mata terus turun ke bawah leher dari muka dia.

Lihat pula dari financially,aku ada sedikit struggle sebab sebelum ni weekend aku jarang keluar tapi sekarang weekend aje aku akan keluar.Wife punya pasal TAKDE HAL beb!Dari segi pengurusan hidup pulak,sebab aku tinggal berjauhan,jadi banyak urusan-urusan makan minum dan tempat tinggal masih lagi aku setelkan sendiri.Ni semua Kerajaan punya pasal,mintak transfer takkan dapat punya tak pakai kabel2 ni.

Tapi aku sedar ada perubahan drastik dalam hidup aku.Aku tak suka tidur berseorangan.Kadang-kadang aku cuba peluk diri sendiri tapi tangan aku tak mempunyai sentuhan lembut yang aku dahagakan.

Kahwin la.Best gila.

PS - Tu bukan gambar aku.

34 ulasan:

kyo_9 berkata...

gud luck bro..
at least ko masih kt Malaysia..
cube bayang student luar negara yg tinggalkan bini anak sume ntk menuntut ilmu.. lagi sadis dowh (bukan ak yerk) ;)

mashi berkata...

syg bini..sweet bro

Myth berkata...

aku nak kawen, tapi banyak masalah. Damn!

ejaMaria berkata...

hahahaha...
susah nak tido sorang-sorang kan?

single23 berkata...

hahaha lwk syial post ko ni...
nnt aku kawen..hheheh

zuhdi berkata...

aku pon bru kawen mantot..
sama cam ko kena tinggal berjauhan dan bini aku cikgu..memang best bila kawin ni.xkisahla kita tinggal berjauhan.bila sekali jumpa,perasaan tu sangat best.kawinla cepat2 orang muda.

Hasmora berkata...

salam.. kawe 10 bln kawin, alhamdulillah posting sekali di sabah, sbb mintak.. so xpelu guna kabel.. sbb bkn tapak tangan dan nyiru dah, tapi besen diorang tadahkan.. best woo kawin.. bulan 8 ni insyaAllah timang anak.. alhamdulillah..

N@d0x $i k0d0x berkata...

waaarrrgghhh nak kawen gak...tapi susahnye nak pilih laki zaman sekarang....

selepot berkata...

aku dah kawen..dan dah punya anak..yang lebih baik kami duduk bersama..apa yg jiwa dan emosi kita sama adalah pada melihat pungkoq² gadis..bini org yang bulat..kalau bahagian depan dari leher sampai ke kaki..perhh..pelik ka aku ni..atau itu sebahagian jiwa lelaki normal..

Tanpa Nama berkata...

mmg tak best tdo sorg2.. hsbnd ku di penang.. seb bek da ade 4mths baby.. buat peneman... haih

Lina Rahim berkata...

La..saya pun baru kahwin 6 bulan lebih. Kahwin best, sebab terasa hidup ada matlamat.

Tanpa Nama berkata...

aku nak kawin lah camnih. esok aku g daftar...hahahhahah - suaka

SHE berkata...

AKU SUKE PART KERAJAAN XKAN BG TUKAR KLU XDE KABEL.... 150% AGREED... KLU XDE KABEL XYAH LA NK HARAP SGT...KLU KRONI DYORG... KEJAP G SANE..KJP G SINI...SENANG GILE JE NAMPAK DYORG LEH TUKAR...WADEHEL??

Sue Anna Joe berkata...

Ada anak lagilah. Buat perabih duit beli katil baby, dia tidur kat kami jugak, tak sampai hati nak biar dia tidur sorang dalam katil.

Btw, takutknya dengar korang masih suka tengok pungkok dan lurah dendam org lain walaupun dah kahwin. Tapi, masalahnya, aku yang perempuan ni pon suka tengok. So, hahahaha.

Tanpa Nama berkata...

nk kawen gakkkkkkk~~~~
tp byk nk pakai duit r..
haihh..

.silent reader.

Unknown berkata...

Aku juga baru kawen 6 bulan...perubahan yang amat ketara sselepas kawen...aku dah solat jemaah lima waktu tak tinggal ....aku rasa aku dapat anugerah yang tidak ternilai.....isteri yang mementingkan solat.

Ami Scott berkata...

Hoh sue...yeke...sama pervert ngan aku hahahaha...aku dah married 5 tahun...this year anak ke 3 bakal kuar...my hubby still pervert dan memiliki kekasih gelap yang aku kenal (lantak arr asalkan dia balik umah jaga aku and anak2)....men are like that...so let them be sambil2 pantau langkahnya ke mana...jangan jauh sangat udah

Tanpa Nama berkata...

Aksessori perempuan yang best ialah dua benda bulat di hadapan, dua benda bulat di belakang. Kalau itu pun dah best giler, bidadari punya mesti giler-giler best.

nerdy nadea berkata...

erk..hape la korang nih..jujur sangat..ahahaha

zakzak berkata...

aku nak cepat2 abiskan study ni balik kawin ngan tunang aku woohhhhhhh.

kecewa berkata...

aku dah ade keje, dah ade duet n stabil. awek aku pun dah ok.

tp mak awek aku kate nak kawen dgn anak die kene ade degree :(

Aslina berkata...

nak kawen. tunggu abang aku kemukakan senarai calon-calon yang layak.

nak harap adik dia cari sendiri?

layan moto lagi baik.

de_nataLie berkata...

aku nk kawen gak!!..huhuhu..tp lmbt lg la..ish3

Tanpa Nama berkata...

6 bulan baru lagi...tengah hangat bercinta lepas kahwin. harap berkekalan selama-lama.

Mantot berkata...

kecewa,
kalau aku jadi kau,aku kawin dulu dengan orang lain.

Call me, Eyka berkata...

hahaha. macam sweet je bila mantot citer pasal life dia. siann..bini jauh yer..hehehe. btw, try la jadi suami yang lagi sweet lepas 6 bulan dah kawin nii..takkan nak same je perangai dari 1st smpai abes..juz pandangan dari seorg perempuan belum kahwin..lalala

Hello World berkata...

Aku dah kawin masuk 5 taun..
lepas kawin..
perangai masih sama masa muda2 dulu..(masa bercinta-jadi diri sendiri-jgn hipokrit)

bab tengok lenggok awek2 masih di tahap 8-10..standard aaa..

fatian athiea berkata...

kahwin tu mmg best..
tp xleh ckp jgk lau smue cam xckp..
tp agk mnakutkn lau still ad bad attitude..
mnusia kan..mmg ssh nak lkukan trnsfrmasi.
ansur2..
smoge bhgie:)

Tanpa Nama berkata...

Hukum memandang perempuan

* Sunat sebelum meminang seorang itu memandang perempuan yang hendak dijadikan isteri walau pun ketiadaan izinnya, kerana memadai dengan izin syarak serta beberapa syarat

i.diharapkan terima pinangannya.

ii.lihat pada muka dan dua tangannya sahaja.

iii.Semasa melihat ada serta perempuan walinya.

* Harus mengulang lihat perempuan yang hendak dipinang atau yang telah menjadi tunang.
* Haram lelaki baligh melihat perempuan ajanabi (bukan mahram) yang merdeka yang telah besar yakni yang telah sampai had sahwat samaada takut fitnah atau tiada.
* Tidak haram melihat perempuan pada cermin jika tidak takut fitnah
* Tidak haram mendengar suara jika tidak takut fitnah tetapi makruh.
* Tiap-tiap yang haram lihat ketika berhubung haram lihat ketika bercerai seperti kuku perempuan, rambut perempuan, bulu ari-ari lelaki dan perempuan dan lain
* Tiap-tiap haram melihat haram menyentuh samaada berhubung atau bercerai, kerana menyentuh terlebih bersangatan membawa kepada keinginan daripada melihat.
* harus memandang kepada kanak-kanak perempuan yang belum sampai had sahwat melainkan farajnya.
* Memandang perempuan kepada lelaki ajanabi (mahram) sama hukumnya memandang lelaki kepada perempuan ajanabi.

Tujuh keadan lelaki memandang perempuan

* Haram bagi lelaki memandang perempuan yang bukan mahramnya.
* Harus bagi lelaki memandang isteri atau hambanya yang tidak berkahwin pada seluruh angota melainkan farajnya, adapun memandang faraj keduanya makruh.
* Harus bagi lelaki memandang mahram atau hambanya yang telah berkahwin pada sekelian tubuh melainkan antara pusat dan lutut.
* Harus bagi lelaki memandang bukan mahram kerana hendak dijadikan isteri pada muka dan dua tapak tangan.
* Melihat kerana mengubati harus memandang pada tempat yang hendak diubati sahaja.
* Harus memandang muka sahaja kerana penyaksian dan muamalat seperti jual beli.

KunisaaKay berkata...

cutenyer...as a hubby. awk sgt sweet dlm post ni..haha

Fariza berkata...

apalah ko ni.
ajaklah g jalan2.
menghangatkan rumah tangga selepas berkahwin.
jaga pdngan mata ko tu tot.
kawin, kawin juga.
ekekekekekekeke

mak cik berkata...

auw, part last tu mcm pak cik. so sweet!

Nurul Firdaus berkata...

Aku pon dok jauh ngan hubby.Da 6 Bulan kami kawen.Weekend wife...Tapi kalo sampai ari Jumaat, semangat nak balik memang berkobar2...Dalam kes kitorang, aku yang berulang sebab Rumah kitorang kat sana, Rindu tu memang pasti tapi sangat best bila dapat lepas rindu tu....hahahah...berbaloi simpan rindu 5 hari...hari yang paling tak best adalah Isnin, sebab kena balik KL semula...Memang susah nak mintak tukar, Kalau ada kabel bawah tanah, bule kot?

abanglong berkata...

dah kawin almost 16 tahun... hobi masih tetap sama.. keh keh keh.