"Tot,ending dia,sedih beb!"
"Ko mesti nangis tengok ending dia.."
"Sebak aku dalam wayang,nasib baik gelap.."
Macam tu la komen-komen yang aku dapat daripada member aku bila aku tanya pasal Toy Story 3.Sebagai seorang lelaki yang agak mudah tersentuh hati dia,aku pun berazam nak tengok filem ni waktu dah tak ramai tengok dan time office hour.Kebetulan pulak ofis aku ada event apa benda tah minggu lepas jadi itu adalah peluang terbaik aku menyelinap keluar.Aku beli tiket dan combo meal pop corn large dengan air large dua disertakan sekali bekas air bergambar Buzz Lightyear,weehheeeee!
Aku masuk dan duduk dalam wayang.Tak ramai orang,nasib baik.Aku ambik seat tepi sekali sebab kaki aku tak lepas dan senang nak lari ke bilik air kalau2 air mata aku tak berenti2.
Layan punya layan punya layan,bila dah masuk klimaks cerita tiba-tiba hati aku sayu.Cilaka.Ada air mata bergenang kat mata aku.Aku peluk beg aku rapat2.Mangkuk ayun yang belakang aku duk sepak kerusi pun aku tak berani nak sound sebab aku takut dia nampak mata aku berkaca-kaca.Bila dah masuk epilog cerita,makin lama makin sedih dan sayu sebab ending dia mempunyai maksud yang mendalam...membuatkan aku terkenang balik mainan Panthro Thundercats aku yang dah hilang tah ke mana atau apa la nasib bekas air aku yang aku terlepas jatuh atas jalan dari bas sekolah masa aku darjah satu.
Tidak!Aku tidak boleh menangis.Aku tidak boleh menitiskan air mata dalam panggung wayang.Habis aje kredit filem,aku laju2 bangun dan terus berjalan pantas ke bilik air sambil mataku fokus ke arah lantai kerana aku tau,mata aku merah.Masuk bilik air cuci muka terus aku ke ofis.
Balik rumah aku terus duduk kat meja dan renung Rex atas meja aku."Rex,kalau kau mampu berkata-kata,berbicaralah dengan aku sekarang..aku janji aku takkan lupakan kau.."
Tidak mudah untuk kita melupakan zaman kanak-kanak kita bukan?
Rating : 10/10

28 ulasan:
aww..
i used to hv all of these toys u know. then we moved out of the house. the next thing i know, my mom tossed em out. damn i miss my batman n power rangers. n heck im a girl i dont even hv a barbie doll ^^
tot..bekas air yang ni ko sayang x? ko xnak ke dia berkata-kata dengan ko? :)
http://cursingmalay.blogspot.com/2010/06/letak-gambar-manusia-dalam.html
serious best ke mantot?
tot...
itulah bezanya cerita kartun mat saleh ngn cerita katun kita... byk maksud tersurat dan tersurat... diorg buat keja serius walaupon cerita tu cerita kartun tau...
aku pon sedih tot T.T
ps: lu tgk cerita UP la... lagi sedey tot...
apenzz tensai...
UP?
tak start cerita,baru abis intro gua dah sayu masa bini dia meninggal
sweet gile post nih bro, nak2 part ckp dgn Rex..
i pun sayu gak tgk citer ni, sebak je tgk mata Woody time Andy berangkat nk gi kolej =')
aku kecik dulu tadek maenan..dulu asik main tuju selipar dengan batu seremban je..tadek plak aku maw bercakap dengan selipar tuh..tah mana mak aku buang..
sedih jugak citer ni. Sedih bila part si teddy bear pink gemok tak nak tolong selamatkan diorang sume =(
best kan cerita tu?Me and my friends tengok and bertiga menangis.Rasanya siapa yang tengok Toy Story 1 & 2 je yang faham kenapa sedih sgt Toy Story 3 :'(
tot, aku time kecik2 dulu era 79' 80' ada mcm2 set koboi, tp aku dh tanamkan 'mayat' diorang dlm tanah sbb 'mati' kna bunuh tentera Jerman. Pastu aku ada koleksi Ultraman pelbagai bentuk, superman dan batman yg diperbuat dr getah dlm bdnnya ada dawai, snang nk bengkok2 tgn kakinya, Ninja yg boleh di tanggalkan bajunya..rega satu dlm RM5 masa tu (duit sekolah yg aku kumpul). Satu hari aku nangis sehari semalam sbb patung Superman aku tu ilang terjatuh dlm sungai. Aku nangis bkn apa, sbb aku rasa di minta tlg tp aku tak leh nak tolong..aku kata kat diri aku, dia reti terbang tapi tak reti berenang...hmmmm.
sedih...sobss..teringat mase teddy bear aku yg hanyut time banjir..aku tade kat umah time tuh..aku balik2..dah gone. nangis douh nyesal pasal tak balik utk selamatkan die time tuh.
anyway..aku tipu je tu. ...
aiseyh. tak tengok lagi citer toy story tu...
citer up pun aku tacing jugak... rasa sweet sangat citer tu time awal2...
walaupun aku ganas, aku juga sayu..huhuhu..
UP dan TS3 adalah animasi untuk dewasa, bukan kanak2..kanak2 akan depressed tgk cite camni..huhuhu..
sekian terima kasih..
aiseh aku tumpang sedih bila baca komen korang..
bila la dvd pirate nak kuaq citer ni?
baik aku nangis di umah je...
pasai mainan..huhuhu umur aku dah 35 tahun..ada yg simpan ada yg ilanggg..
aku baca entry ko je dah sayu... huhu.. always like ur entry.. especially yg sentimental n jiwang gini.. huhuhu
hhuhu aku pon sayu gak layan citer nie.. psl citer nie sejak zaman sekolah lg.. Andy tue aku rase sama umur ko..
serious sayu citer ni
bini aku kat sebelah pun tanya aku
"yang, ada tisu tak?"
aku dengan cool nya jawab
"buat apa tisu, lap je dengan jersi Netherlands aku ni.."
first time ko kasi rating filem 10/10 kan mantot? (kalau tak silap aku la)
aku pun kasi 10/10.
grafik tak boleh blah beb.
entry yang wat cheq nak pi tengok citer nie....
kena bawa tisu laa ekh banyak2x.. kang tak yah larik pi toilet
aku tergelak dengan komen Raina Affan.
hahaha! aku dulu pun takde mainan. Atau aku lupa ke apa tah aku pun tak pasti. Yang pasti kalau tiap kali arwah abah bawak gi kedai ahben, aku mesti nak beli Tora atau Dindang. Abang aku rajin belikan aku warna caryon. So dinding rumah ialah platform permainan aku.
nak tengok movie ni dengan my bf... nanti kalau sedih, leh nangis kat bahu dia :(
jgn letak perasaan pada barang...takda untung.
aku nangis gile time climax tu. sedih nak mati siyal.
mat saleh's work..mmg mantop
Ceta ni memang best gla n sedih sgt.. tgok byk kali pun still menangis.. huhuhu.. 2 pun cover2 tkt bf nampak.. ni smpai sgup tgok yg biasa skali 3D skali .. nasib bf layan je.. coz dah ajar dia lyan ceta kartun n tgok dulu toy story 1 & 2 sblm tgok yg ke 3 ni.. hehehe..
comel betul lah ko ni...bergenang mata tgk kartun...so sweet tauu..
sedih time tgk dorg nak masuk dlm tempat bakar besi tu! nasib baik alien the claw dtg cpt
tersentuh jgk baca entri ni. mmg sedih toy story 3.... zaman kanak2 mmg best bila kita ingat2 balik.
baca benda ni teringat movie tu. terus rasa sedih balik. huhu
Catat Ulasan