Julai 23, 2010

Bahagian 2 : Kerja Untuk Survival

Satu masa dulu,waktu aku tak dapat gaji dekat 3 bulan,sampai satu tahap aku dah give up dan aku apply kerja kat Giant jadi Display Artist.Aku dapat kerja tu.Jadi aku borak la pasal gaji dan elaun.Kakak yang interview aku tu pun cerita panjang lebar pasal skim gaji kat situ.

"Sini ni dik,Display Artist ni dibayar lebih sket.Kalau jadi staff2 biasa macam cashier ke,jaga stock ke,kitorang bayar RM600 campur elaun RM100.Kalau adik ni,kita akan bayar RM700 campur elaun Rm100.Minggu depan mula kerja ya!" kata kakak tu gembira sebab dapat seorang mamat yang dah la talented,hensem pulak tu kerja situ. Aku perasan ada beberapa orang gadis melambai2 tangan ke arah aku dan ada jugak sorang dua pekerja lelaki Bangladesh mengenyit mata ke arah aku.

Jadi,bila balik,aku pun berfikir...gila.Sewa rumah aku aje dah RM275 sebulan (aku kongsi ngan member aku,RM275 tu bahagian aku).Motor aku 2 bulan kena servis.Terbang RM40.Minyak?Makan?Bil letrik?Bil air?Tak tolak lagi duit rolling government iaitu duit EPF.

Kerja dari 8:00 pagi sampai 7:00 malam.Itupun kalau takde display atau board kena buat.
Untuk RM800.

Aku sure benda dilema camni paling dirasai oleh mereka2 yang bergaji RM1000 dan ke bawah.Bekerja punyalah panjang masanya,dapat pun ciput aje,tolak2 hutang dan bil,lepas la beli maggi untuk buat bekal makanan (Cuba tengok berapa besar rak2 mee segera kat shopping kompleks menunjukkan betapa lakunya mee segera ni kat Malaysia.Penduduk Jepun juga menggunakan kaedah menijau harga mee segera untuk meramal keutuhan ekonomi rakyat Jepun yang dipanggil Ramen Index.Makin mahal mee segera,makin mahal kos makanan secara keseluruhannya)

Takpelah,daripada takde gaji langsung at least lepas la untuk survive.Aku nekad la nak ambik kerja tu tapi dengan tiba-tiba kompeni aku buat magik bayar gaji sebulan daripada 3 bulan yang dia hutang tu.Lepas la hidup untuk dua bulan sementara aku gi interview merata-rata lagi.

Cuba fikirkan,dalam ramai-ramai menteri,menteri mana yang ambik peduli pasal orang-orang yang kerja kat bawah-bawah ni?Kita boleh cerita pasal kadar ekonomi naik,pasal kadar KDNK yang pesat atau tahap pelaburan yang meningkat....but those thing do not matter at all to those who work for a pittance.Takkan ada orang2 politik yang peduli.But the biggest problem of all is that...kita semua pun tak peduli pasal diorang ni.

Mesti ada yang pernah maki cashier kat shopping kompleks kalau minah tu kira barang slow2 masa kau nak cepat.Mesti ada antara kita yang bengang dengan mamat tukang potong ayam kalau ada queue panjang masa kita nak timbang dan potong ayam.Mesti anda akan rasa annoyed kalau tengah2 shopping,isle barang tu diblok oleh seorang mamat yang tengah susun stok barang. Aku pernah nampak seorang cashier di maki "stupid idiot" sebab harga kat cashier dengan display lain dan bila cashier tu ditanya dia tak tau nak jawab apa.Diorang tu hanya dibayar RM700 untuk mengadap muka korang dan layan perangai korang yang kadang2 tak serupa manusia.

Gaji ribu-ribu tapi troli pun tak reti nak letak balik kat tempat kumpul troli!Apa kau ingat pekerja2 kat situ yang dibayar RM700 juga bertugas untuk mencarik troli kat merata-rata tempat yang kau sepahkan?Bila troli takde reti pulak mengamuk...

Apa point aku?

Ada ramai orang susah dalam Malaysia yang kerja dekat shopping kompleks.Hidup diorang dah memang susah,apa kata kita,jangan susahkan hidup diorang lagi.Tak kira lah situ ramai pekerja Bangladesh ke,local ke..Kalau orang senang tak mau tolong kita...kita orang yang susah mesti tolong orang susah.Mereka bekerja dengan gaji yang sangat minima. RM700 beb!

PS - Kalau ada sapa2 nak kata,"bersyukurlah dengan apa yang diorang ada" ataupun "mungkin gaji diorang tu cukup untuk diorang" aku akan tulis awal2 kat sini "Fuck off...jangan amal mentaliti Kerajaan Barisan Nasional"

75 ulasan:

zakzak berkata...

mantop, kena betul article ko ngan article pasal tahap kemiskinan kat malaysia ni.
kalau ko nak tau, RM800 ke bawah tu melayakkan ko dipanggil orang miskin.

cuba tgk link ni.

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/how-poor-are-we-really/

tapi sebenarnya,mengikut penulis tu RM1500 ke bawah pun dah patut dipanggil miskin.

nak tau kenapa? kalu RM800 = 3.8% tahap kemiskinan.
kalau RM1500 = 21.5% tahap kemiskinan.

lies, damned lies and statistics
hahaha

kyo_9 berkata...

pergh.. thanks bro sebab ajar pasal ramen index tuh~

AliceAqram berkata...

mantot, ada sorang menteri yang ambik peduli pasal orang-orang yang kerja kat bawah-bawah ni, TAPI tak di senaraikan oleh Najib.

Dato shahrir samad.

dia steady dan hal ehwal kebajikan rakyat dalam parlimen johor bahru banyak jugak dia berjasa.

bila jadi menteri pengguna, minyak petrol turun ape, harga barang pun turun, dia orait pe?. tapi tulah, rosmah puaka tak suka dia kot. ke muhyiddin tak suka? entahlahhh.

the sastraboy berkata...

statistik tu semua nak sedapkan hati menteri2 ni je. tgk ekonomi ok, kdnk ok, jadi rkyt pn konon ok.

aih..

che bone berkata...

aku tgk artikel hg ni mantot.. aku naik marah btoi... macam tau tau ja hari2 aku dok merungut pasal menda yg hg cakap nie... isk apa la nasib kan.. malaysia boleh!!!

deus X machina berkata...

Mungkin sudah tiba masanya gaji minimum diperkenalkan....RM1500 mungkin

~ Muhamad Nor Haqim ~ berkata...

ni baru shopping complex, belum masuk part security guard yg keje 12jam takde cuti langsung..haih~

Tanpa Nama berkata...

mantot aku setuju sangat dengan article ko ni....
gov ni blood suker...
dia org x kisah pon pasal rakyat...

Tanpa Nama berkata...

gila sadis la....mang payah nk survive ngn gaji tu...klu takat dak2 SPM yg menunggu result leh la...
uish..klu aku pn,xsggup...aihhhh....

bagus2!!!...aku salute ko!!!...

yeah!!..buang mentaliti sempit kerajaan Baziran Nasional...FUCK OFF!!

Adlilatun Nur berkata...

sedihnya jadi rakyat mesia... huhuhu....

ouda berkata...

Aku pun pernah kerja sementara 2 kali kat shopping complex.

Masa cuti semester time belajar dulu, aku kerja bungkus hadiah. Seorang customer ni marah2 aku sebab aku tak nak bungkus hadiah dia. Apa aku boleh buat, aku kena tengok resit dulu baru boleh wrap hadiah tu.

Lagi sekali bila dah abis degree, aku kerja jadi tukang gosok baju kejap.Baju banyak so memang patut la aku sentiasa guna iron, dah kerja aku gosok baju. Ada seorang senior ni marah2 aku sebab conquer iron. Wah..aku betul2 tak faham..

Betul.. Masa kerja sangat panjang dan memenatkan tapi upah sikit.Aku dapat pengalaman dan kenal macam2 ragam manusia.Banyak orang selfish dan pandang rendah kat orang lain.

Sekarang, bila aku pergi pasaraya aku cuba untuk tak marah2 dan menyusahkan pekerja2 kat situ. Sebab aku pernah berada di tempat mereka.

castillas berkata...

betul...ada gak rakyat malaysia suka memarah kat cashier yg keja kat pasaraya2..huhu..kesian

kalau keja kat restoran pon dahsyat gak..dulu aku part time kat teganu kerja dari pukul 7pg sampai 10/11 mlm..gaji sebulan rm500 aje...WTF?? padahal restoran untung ribu2 setiap hari..Pastu tokey tu bangga je kata aku kena kerja baik2, jangan kerja sekejap je nak berenti.. sape yg tahan kerja restoran 15 jam dan gaji plak ciput gile babai? amat memenatkan !! nak2 kerja kat restoran yg sentiasa ramai customers..tokey goyang kaki sambil perah keringat pekerja..
amek order aku, tukang basuh pinggan pun aku, tukang anta makanan aku, tukang lap meja aku, lap lantai aku, tukang buat air (kadang2) pun aku...kira 6 dlm 1 tu bai!!
belum lagi kena kutuk dengan customers..lambat amek order kena marah, lambat anta makanan kena maki (padahal bukan kita yg jadi tukang masak!!), semua orang berada termasuk awek2 yg datang makan pandang rendah kat pekerja restoran cam aku ni..huuuu

Anne M. berkata...

TERBAIK LAH BAI!
terharu aku..
haha

ejaMaria berkata...

Anon : nko kutuk gomen cekik darah... aku pun keje ngan gomen tau... tapi dah nasib aku ni kumpulan sokongan je... gaji takat ni la jugak... yg kaya nye pak menteri... kalau ktorg bising2 pun takat macam anjing menyalak bukit - itu diorg gelarkan ktorg tau...
la ni segala benda nak naik harga... gaji ktorg mcm tu jugak... klu bagi bonus sebulan gaji - diorg pun dapat sama jugak...
ktorg pun makan hati gak - cuma dah letih nak 'menyalak'

Lina Rahim berkata...

Percaya tak saya pernah kerja dengan title dalam offer letter PENSYARAH di IPTS dengan gaji RM1600.tolak KWSP tinggal lebih kurang RM1400. walaupun saya ada dua degree..sedih, tapi terpaksa.kalau RM1500 di paras kemiskinan memang saya ni miskin tegar la..

teratotech berkata...

Saudara Mantot,

Saya rasa P/S kat bahagian akhir artikel ini perlu diperbesarkan. Lebih besar dari semua huruf-huruf lain.

Terima kasih.

hideYUShi nakata berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
☺[ai][sUmi]☺Chan berkata...

org yang gaji lebih pun terasa xcukup lagi.. lagi besar gaji lagi besar kemahuan diri.. hurm,,

hideYUShi nakata berkata...

PS - Kalau ada sapa2 nak kata,"bersyukurlah dengan apa yang diorang ada" ataupun "mungkin gaji diorang tu cukup untuk diorang" aku akan tulis awal2 kat sini "Fuck off...jangan amal mentaliti Kerajaan Barisan Nasional"

Tot..bab ayat akhir tuh aku sgt la setuju dan mmg patut diperbesarkan hurufnya..supaya melayu2 yg mudah lupa nih..bley bukak mata besau2 bile bace ayat nih...hahaha...

Tanpa Nama berkata...

sokong mantop 1000 persen..kapitalis mmg betul-betul SUX

budak telinga capang berkata...

megi pun mahal kot...

aku tiap kali pegi shopping complex mesti pening2 telek harga megi.

siap gigih cari megi paling murah, dan ada extra paket di dalam.

ekceli aku respek jugak ngan orang2 macam cashier ni semua. sebab aku pernah skali keje part time skejap. tak sampai seminggu berenti sebab malas nak layan kerenah manusia yang tak serupa manusia...

at least cashier tu lebih gigih dari orang yang keje customer svcs sebab selalu cashier kene maki depan2 muka dan gaji dorang untuk kene maki adalah pada tahap paling minimum.

kay berkata...

Huhuu..aku memahami perasaanmu itu.serius!!aku tak tau apa kaitan kadar ekonomi naik,kadar peningkatan pelabur asing masuk malaysia,sebab hidup aku tak berubah pun!

Bila tengok movie,drama,blog-blog, aku pelik kenapa kehidupan yang dipertontonkan tak sama pon macam aku..

Yang paling dekat kat aku pun cerita P.Ramlee je..cerita bujang lapok..tu je yang aku rasa sebijik sama dengan kehidupan aku..

Tanpa Nama berkata...

aku penah keja sbg salesman, mmg mcm2 ragam la customer ni, depa kdng2 xtau sst bnd tu tp xmau tny pastu bl ada mslh mai mrh2 plak, aku setuju la ngan artikel oleh mantot ni, sm2 la kita sling hormat-menghormati ant 1 sm lain sbb kita sm2 manusia yg lemah n x brdaya tnp bantuan dr-NYA, jd knp nk brlgk???? manusia ni xdak apa pon, smuanya hak Allah SWT.

johor johor kite berkata...

1. cuba peratikan berapa 'PULUH' barang yg ada promosi harga melalui flyiers tesco, giant dll....

2. bila masuk hypermarket ada berapa 'PULUH RIBU' barang yg tak promosi malah harga turun naik dlm seminggu....

3. bila berbelanja penuh satu troli... 'PELIK' satu barang pun tak de kat dalam flyers....

4. pada awalnya nafsu berbelanja adalah kerana 'PROMOSI' tersebut....

5. eh... kena jugak akhirnya!!!

Laici berkata...

aah,mmg camtu pun

member aku,sama umur ngan aku,baru jer abis sem 6..dlu praktikal kat lembaga pertanian, so boss dia mntak dia sambung kerja kt situ..tapi, takder gaji, cuma ada elaun RM100 sebulan..WTF??? ingat student yg baru graduate nih apa

nik berkata...

aku paling suka PS ko... well said!

Khairi berkata...

aku nak cuba berfikiran BN ni. jap ek. aku rasa aku akan ckp mcm ni.

dah tu mmg kelayakan diorang keje kat situ. nak buat mcm mana?

ok tak?

kalau ok, okeh, aku apply form masuk BN besok.

Daripada gaya 'dewa-dewa' tu bercakap, mereka seolah-olah sedang bela ayam aje kan.

Master Yoda berkata...

Laici| well said....tu bukan memrah keringat lagi, dah macam hamba andi dah namanye...bayar RM 100???!!! mcm har

mantot| well said for ur P/S...kah kah kah...

p/s: wanna find FREE Hong Kong's comic, just surfing my blog http://masteryoda1983.blogspot.com/

Student IPT berkata...

Aku student lagi..tapi terpaksa buat keja part time cashier sebab yuran pengajian dan macam2 yuran mengarut membuatkn aku terpaksa ikat perut.Gaji yang aku dapat pun belum tentu cukup untuk bayar yuran pengajian yang semakin meningkat.

mungkin smua ni ader kena-mengena dengan
PS bro mantot agaknya..hurrmmm~

Tanpa Nama berkata...

DAMN UMNO!...

DAMN PEMIMPIN UMNO!...

cakap besar konon pro rakyat... tapi munafeeq semata2...

cakap paham kesusahan rakyat... tapi tak de praktikal solution atasi kesusahan rakyat...

Masa PRU 13 nanti... Pikir sendiri laa... rumah rakyat camne kecik2? ... rumah pemimpin2 UMNO nie camne besar? kereta pemimpin2 UMNO brape mewah... berapa kecil plak kereta rakyat guna... Pemimpin Umno hantar anak blajar skolah uni bagus kat oversea... kita rakyat dibebankan dengan blaja dalam negeri... dah laa padat... yuran mahal... kena berhutang sana sini semata2 nak blaja...

Kalau undi BUSUK NAJIS (BN) UMNGOK nie... makna nya ANDA MASIH BO-DOH!...

Allah SWT pun dah warning awal2... Kehidupan kaum takkan berubah kalau kaum tue sendiri takut berubah...

Try option Barisan Alternatif... mana tau lebih prihatin kepada rakyat?...

InsyaAllah

J. Love berkata...

aku pernah kerja berdepan dengan customers. nasib baik tuan kedai mengamalkan dasar 'customers are not always right.'

orang berbudi, kita berbahasa. orang memaki, kita mengata.

tapi, kalau fikir-fikir kan, dengan current taraf kehidupan kat KL ni, aku rasa kalau gaji rm1500 tu sebenarnya sakit jugak. tak cukup lah. asek makan megi je. gugur rambut.

dah lah yun nam hair care tu mahal nak mampus.

Tanpa Nama berkata...

aku ader idea bernas..time skolah kiter pulun blajar btol2.msk 'u' dpt degree or even better master.so xyah nak keje kat shopping complex dah.amacam?

Tanpa Nama berkata...

bukan x setuju tapi nak bagi pendapat sahaja ye..
klu gaji minimum 1500 senangnye semua org dgn spm je pun boleh dapat gaji mcm tu silap2 x yah sekolah pun takpe kut. jgn la pulak salahkan ibu bapa kita org susah sbb tu x abis blajar la, x dapat gi tuisyen la smpi x dapat hidup senang skarang. dah ramai anak petani, nelayan, driver teksi etc yg score dgn cemerlangnye masa exam (report dalam paper). dan klu la itu terjadi nilai 1500 itu akan jadi sama nilainye dgn 800 skarang sbb harga barang akan dijual mengikut nilai mampu beli. dah semua org gaji at least 1500 kan... so barang semua lagi naik harga la kan..

Other Malaysian berkata...

"dah rezeki depa mcm tu.. nak buat camna.."

"tu la.. time blajar tanak blaja btol2, kan dah keje camtu.."

"ala. ni msti org2 yg malas nak blaja. sbb tu keje camtu je.."

"kalau dah semua nak jadi menteri, sape nak jadi cashier?"

p/s: hasil koleksi yg aku temui. *rofl*

Tanpa Nama berkata...

orang slalu pndang mereka yg kerja d shopng cmplx ni xda degree,diploma.sbnarnye bukan mcm tu.kt shopng cmplx pn ade executive n non exec.sy grad last year n pernah bkerja d shpng cmplx.gaji basic 1800.sbb degree.klu dip 1500.tp keje mmg sgt2 bz.kdg2 x cuti lgsg dlm sbulan.tp klu staf mmg lg teruk.elaun yg 100 tu cuma dpt klu xpnh ade mc atau leave, punctual.bru dpt.pastu OT slalu xbyr.dgn alasan OT bulan tu disekat.padahal staf kne keje lbh masa jgk.bkn lbh masa yg ckt.smpi 14 jam.

nak kne lyn custmr yg teruk lg.custmr yg suke pndg rendah.ade customer pnh tye sy dtg naik ape,sy jwb sy drive kete. then pakcik tua tu jwb -o.keje giant pon blh bwk kete eh.-mcm sial je pakcik tu.rse nk pukul kt ctu jgk.

JePh berkata...

yup! gua sokong kata2 mantot!

Duku berkata...

Anonymous said...

aku ader idea bernas..time skolah kiter pulun blajar btol2.msk 'u' dpt degree or even better master.so xyah nak keje kat shopping complex dah.amacam?..

BODOH SIAL....lu ingat keje kat shopping complex je mesti takde degree ke.... aku penah keje giant, ada degree... first class lagi.... ohh btw degree aku in health science...

helena berkata...

Thank you for giving such a nice blog.I regularly visit your blog.I like Kerja Untuk Survival very much.Than u for sending his photo.


bookmarks

fafa berkata...

terbaek!

Tanpa Nama berkata...

tengok la. yang kerja kat shopping mall smua tu melayu.

DAH MELAYU YANG PEMALAS KAT SEKOLAH, MELAYU YANG REMPIT, MELAYU YANG PERANGAI MCM HARAM, MELAYU YANG SELALU NAK JALAN CEPAT&MUDAH AND MELAYU JUGAK LAH YANG TAK BOLEH NAK DITEGUR.

JANGAN NAK COMPLAIN LA GAJI SERIBU KE APA. TAK PAYAH NAK COMPLAIN, FIKIR SENDIRI. JANGAN NAK SEDIH2 KE APA. kalau sendiri tak usaha dari awal, kalau sendiri pemalas, kalau sendiri perangai cm haram. mcm mana Allah pun nak memberi.

(i am not referring to anyone in particular, just fikir2 lah)

Tanpa Nama berkata...

bodohnya anon July 25, 2010 12:37:00 AM GMT+08:00 ni

ni bukan nak attack melayu yg bangang/bodoh tu.ni nak tegur org melayu yg dah berusaha ,tp duit semua asyik bayar tol/cukai oleh gomen.
ko mesti baca utusan malaysia 24 jam kan

Tanpa Nama berkata...

ok hang ingat gomen tu nak tukaq ka??
tak semudah tu kan.
so kerja la keras lagi BAGI CUKUP NAK BAYAQ SMUA TU, BAGI CUKUP NAK HIDUP. setakat nak complain apa dapat??


IF THERE'S A WILL THERE'S A WAY. KALAU DAH PEMALAS, TAK BOLEH NAK BUAT APA.

Tanpa Nama berkata...

ok hang ingat gomen tu nak tukaq ka??
tak semudah tu kan.
so kerja la keras lagi BAGI CUKUP NAK BAYAQ SMUA TU, BAGI CUKUP NAK HIDUP. setakat nak complain apa dapat??


IF THERE'S A WILL THERE'S A WAY. KALAU DAH PEMALAS, TAK BOLEH NAK BUAT APA.

Tanpa Nama berkata...

ok hang ingat gomen tu nak tukaq ka??
tak semudah tu kan.
so kerja la keras lagi BAGI CUKUP NAK BAYAQ SMUA TU, BAGI CUKUP NAK HIDUP. setakat nak complain apa dapat??


IF THERE'S A WILL THERE'S A WAY. KALAU DAH PEMALAS, TAK BOLEH NAK BUAT APA.

Tanpa Nama berkata...

ok hang ingat gomen tu nak tukaq ka??
tak semudah tu kan.
so kerja la keras lagi BAGI CUKUP NAK BAYAQ SMUA TU, BAGI CUKUP NAK HIDUP. setakat nak complain apa dapat??


IF THERE'S A WILL THERE'S A WAY. KALAU DAH PEMALAS, TAK BOLEH NAK BUAT APA.

Tanpa Nama berkata...

ok hang ingat gomen tu nak tukaq ka??
tak semudah tu kan.
so kerja la keras lagi BAGI CUKUP NAK BAYAQ SMUA TU, BAGI CUKUP NAK HIDUP. setakat nak complain apa dapat??


IF THERE'S A WILL THERE'S A WAY. KALAU DAH PEMALAS, TAK BOLEH NAK BUAT APA.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya ini citer pasal kta ni kena ada moral yg tinggi. malaysia ni kaya..tapi negara x bersih. sampah merata-rata, sungai keruh, kedai mkn x bersih, merokok x kena tempat, tandas awam x bersih dan byk lagi la..
bukan pasal gaji, gaji tu bpe2 yg ko dpt..pandai2 la ko bvelanja dan simpan kalo nk kaya. jgnla gaji 800 tapi nk pakai iphone. jgn jadi tamak ok.

Tanpa Nama berkata...

aku keja exec pun gaji tadak sampai 1500 pon.

ish..kesian aku.tp mmg boleh cukup makan saja kt sini.
yala.bujang buley lg.nk pinang anak orang kalo tadak 10k dlm tgn hantaran,JGN MIMPI

Tanpa Nama berkata...

masuk MLM.

Tanpa Nama berkata...

Rezeki dari sumber yg halal menjamin kebahagiaan & keharmonian masyarakat...nih asek ngutuk pemimpin kaya nak diorg sama taraf rakyat jelata...rasa mcm X kena gaya. Masing2 ada peranan & tanggungjwb...gunakan saluran & pendekatan yg betol klau nak tegur pun...
Thanks Mantot for this superb platform & alternative source utk release tension.
Drp,
Rakyat Yg Setia mcm Haiwan Peliharaan.

Tanpa Nama berkata...

kalau kat malaysia nie yg pandai tindas orang baru boleh kaya

Azlan berkata...

hahahhaa sebab tu ko jadi lecturer kan mantot? xleh cari makan kt luar kan? kan? kan? HAHHAHAHA pastu dok nk komplen tu ini, kalau ko tukar gov pun sama je la mantot oiiiii~ :D

Aku yg Kelakar berkata...

To anon2 yg ckp psl attitude 'pemalas'. Btul, u have a point over there.. Attitude main peranan.. Masing2 ade peranan.. But Cuba la hang pk org2 yg xbernasib baik..yg mak bapak Pon org Susah.. Yg xde the right connection.. Mmg la bole usaha.. Insyallah, kalo diizinkn, rezeki tu dtg la.. But environment Pon main peranan.. Healthy ke idak competition.. Cuba hang pk, nape kat Msia ni yg kaya, senang sgt nk jd makin Kaya but yg miskin, masyallah!!! Yg xpedulik haram, halal, rasuah, Zina senang aje nk dpt projek but yg xbuat bende2 maksiat tu susah benar nk dpt eventho competent!!! Xde rase somethg fishy ka? Kalo xde, tu hang mmg bahlul la!! Gua ade kwn, fanatik nk mampos ngan Umngok.. Tertanya2 jgk la napa? Rupe2 nye member dah biase cari rezeki/projek camtu.tambah2 plak org kuat Umno..project senang masyuk.. Xksh nk guna kwn2 but make sure la competent & service or end product tu berkualiti..bkn bile dah dpt duit service bg cam haram.. Lagi satu, ubah la mentality drp yg kotor kepada yg sihat. Usaha dgn cara atau ke arah yg btul.. Bkn dok bg rasuah etc. Ethic, accountability, responsibility & moral awareness kat Msia cam haram. Dok canang gile Babi nk jd sama taraf ngan negara2 maju.. Tp Cara kerja penuh ngan corruption.. Makin kebelakang ade la.. Nk harapkn Gov skg yg dah puluh tahun amalkn bende2 ni semua utk ubah?!! Xdpt jack..... Dah parah sgt.. Kroni2 mane nk accept Kalo dah biasa sgt isi tembolok ngan Cara senang camtu.. Sbb tu la xhbs2 diorg guna modal usaha la!! Jgn la jd 'pemalas'. Tuhan Pon xkn bg rezeki kalo malas.... Pk2 la iye.....

budak telinga capang berkata...

kepada anon July 25, 2010 12:37:00 AM GMT+08:00...

beb... tak semua keje bagus2 tu orang betul2 qualified dapat keje. bleh kata ramai pun pakai kabel. tu mukadimah.

tak semua yang keje cashier tu belajar malas. kawan aku degree engineering, grad IPTA, cpa 3.87, takde rasa segan silu pun nak keje sebagai cashier as his first job. katanya nak buang paradigma budak2 graduate memilih keje.

rileks je kan?

lu pun tergolong dalam golongan "suka pandang rendah" dekat orang yang keje camni2 kan?

banyak sangat baca utusan malaysia yang sibuk condemn budak2 lepas grad malas nak pilih keje.

alhamdulillah la membe aku tu lepas 5 bulan keje situ baru dapat offer keje bagus2 sikit. kena dengan bidang.

kadang2 yang keje situ tu bukan semua takde lulusan. pikir dalam2 dulu beb sebelum condemn. bangsa lain tak keje situ, yes. dorang lepas grad pun kadang2 certain family punya company dah sedia gempak. tunggu abes blaja keje je.

melayu? dalam drama je kot. berapa kerat je yang ada syarikat hebat2 secara real. so, kalo dah abes grad, family susah, ko lagi pikir nak susahkan family ke dengan menganggur??

DIN berkata...

salam mantot. aku dok UK nak dekat setahun, teman org rumah aku belajar. byk beza mentaliti org2 negara bkn islam ni dgn org2 di Malaysia yg mengaku beragama Islam. kat sini aku kerja cleaner kat universiti. nak buat camna, tu je keja part-time halal yg ada. nak kerja full-time nanti mengganggu masa study org rumah pulak.

selama aku kat sini, aku tak pernah nampak cleaner, cashier atau org yg kerja low-class kena marah customer, unless kalau diorang mmg betul2 problematic dan pemalas. diorang ni sangat menghormati satu sama lain hatta yg kerja cleaner mcm aku sekalipun. tiap2 hari time aku kerja, tak pernah miss, mesti diorang akan greet aku 'good morning, good afternoon etc' walaupun pangkat diorang Dr, professor dan aku cleaner. siap senyum lagi tu. sebagai manusia, tentulah aku rasa dihargai. tu org bukan Islam tu. nak compare dgn kita, aku rasa jarang nak senyum hatta nak bagi salam kat org2 kerja low-class kat Malaysia ni. patutlah Nabi saw bagitau menyebarkan salam ni boleh menambah kasih sayang antara manusia.

kalau di jalanraya, sepanjang 10 bulan aku kat sini, boleh kira dgn jari berapa kali aku dgr org HON kereta kat orang lain. tahap kesabaran diorang mmg high-class. tak boleh challenge la org Malaysia kalau bawak kereta. pantang lampu dah hijau org depan lambat jalan, tangan tu laju je nak tekan hon.

byk benda sebenarnya yg aku compare esp. sikap org Malaysia dgn org UK ni. in short, aku boleh katakan sikap diorang ni (org UK) lebih islamik kalau nak banding dgn kita yg beragama islam.

serius!

milo boyd berkata...

me like this 8 juta kali!!!!

Scott Republic berkata...

Aku nengok anon2 pengecut yang dok kata mika2 yang keje kat pasaraya pemalas ke hape.....lu sape nak judge orang...lu tu dah baik sangat ke....aku ni keje gomen bawah kump sokongan 1 KKM gaji starting aku dulu rm1300 je.....!!!!! nak dapat OT susah, claim perjalanan susah....nak gi kursus pun susah...patient aku ramai ada degree last2 tau wat keje apa....dok umah jadi suri rumah...sebabnya takde job...apply macam nak giler tapi takde rezeki....adik ipar aku ada diploma last2 keje Pembantu Pengurusan Murid N17....apply pakai result SPM je....so what.....nko ingat seme orang senang nak dapat keje zaman skang....doktor kerajaan pun gaji bawah....kalu tak pandai survive memang merana....

Luca De Ketiak berkata...

kalo semua nak keje best2?

sape nak jadi kuli?

Tanpa Nama berkata...

sapa suruh nak kerja government? aku xphm, tu je ke choice ada skang utk korg? dunia ni bukan kecik, apahal tengok malaysia je? apahal tak pandang luar. tak payah nak bagi alasan susah nak dapat kerja, DALAM SATU DUNIA, TAKKAN LA SATU PUN TAKDA. jgn dok pikiaq negative. its either ko terpilih atau tak, and usually kalau tak tu sama ada sebab kau tak boleh ckp english atau tak reti berkomunikasi. like i said, org melayu ni bengap. yes fine, kau takda duitnak pergi luar negara, kau org susah, just fucking apply and you'll find other ways later la bangang. tau nak kutuk gomen je. dah tau tak cukup JUST SHUT THE FUCK UP AND FUCKING MOVE ON LA PANTAT.

Tanpa Nama berkata...

"melayu? dalam drama je kot. berapa kerat je yang ada syarikat hebat2 secara real"

please, step into the real world already!! banyak org melayu yg dh successful.


"kalo semua nak keje best2?

sape nak jadi kuli?"

hangpa ni insecure lebih, its not your job to think about that. so what are you trying to say? ko nak "mengalah" sbb smua dah keja best2?.. just aim for the best, the highest baru pikiaq benda lain.

its not too late to wake up. work harder.
and honestly, aku bukan org umno or wtv shit.

peace out!

Tanpa Nama berkata...

kepada manusia yang ada otak tapi tak tahu pakai/mengaku berilmu/kononnya komen ko tu 'pandai'. ini pendapat aku ya untuk perasan bagus tak tau syukur tu. bodoh punya manusia kalau dah berjaya kaya (kononnya erti sebenar berjaya haha, ketawa iblis dengar) tu bg la lebih sikit kat kuli? kuli pun ada perasaan manusia. otak ko ni mcm binatang. setiap manusia dikurniakan rezeki dan diuji. setiap usaha adalah urusan Allah untuk mengkabulkan. Manusia di beri rezeki mengikut kehendakNya. Ada orang usung Degree/Diploma pendidikan DUNIA sana sini last2 keje guna SPM and terpaksa bersengkang mata keje partime nk byr loan blaja. yang beruntung kene sedar diri ko sdg diuji dgn keberadaan cara syukur ko tu antara lain mengamankan saudara ko! bodoh, ingat kejayaan dunia berupa kekayaan tu menjamin kejayaan akhirat ke? yang kwn senasib aku, sabar ye kurangkan merungut, x elok dah la tgh susah, makin jauh dr rahmat pulak nnti sbb fail nk terima ujian. ok. kita sdg diuji dgn kekurangan 'sampah-sampah dunia' sebenarnya, tetapi rezeki makanan, tpt ibadat etc yg penting2 untuk kita survive kt dunia ni ttp Allah beri kan? InsyaAllah ikhtiar terus. jgn putus asa. Semua ada hikmah.

Tanpa Nama berkata...

org susah biasanya kalau ditegur 'malas', senyap je, dengar, angguk2 konon paham ckp kita. teguran rahmat bg dia. sbb mereka x ego kot.
org senang biasanya kalau ditegur apa2 contoh "gaji lebih sikit bos" , rahmat tuhan utk sedarkn dia ada sedara dia yg kesempitan, dimaki kita sbb x setaraf ngan dia (pendidikan dunia, pemikiran-perasaannya aje tu). ego le tu.

ego=bongkak/angkuh=sifat iblis - perasan lebih mulia x sedar diri hamba abdi Tuhan. kubur esok tau la kau. mmm enjoy slagi boleh ya. tp hati2, takut ter'mati' kt memana nnti x sempat taubat lak. ish umur bukan ukuran dh dekat pintu kubur ke tak tau... ke tak tau? tau? ke nk ayat2 bunyi agama? heh cam dak skolah lak.

Pakcik Luar Otak berkata...

Anonymous said...

sapa suruh nak kerja government? aku xphm, tu je ke choice ada skang utk korg? dunia ni bukan kecik, apahal tengok malaysia je? apahal tak pandang luar. tak payah nak bagi alasan susah nak dapat kerja, DALAM SATU DUNIA, TAKKAN LA SATU PUN TAKDA. jgn dok pikiaq negative. its either ko terpilih atau tak, and usually kalau tak tu sama ada sebab kau tak boleh ckp english atau tak reti berkomunikasi. like i said, org melayu ni bengap. yes fine, kau takda duitnak pergi luar negara, kau org susah, just fucking apply and you'll find other ways later la bangang. tau nak kutuk gomen je. dah tau tak cukup JUST SHUT THE FUCK UP AND FUCKING MOVE ON LA PANTAT.

July 31, 2010 5:59:00 PM GMT+08:00

Sedap komen dia ni. Terbakar aku. Okeh. Kerja. Kerja. Kerja. Oh. Kalau dapat kerja tak best, atau gaji ciput, atau balik2 merungut antara keduanya, pergilah buat kerja lain. Otak ada, pakai. Berniaga lah. Nabi kata 9/10 punca rezki kan berniaga. Nabi yang kata. Nabi. Na. Bi. Tak paham tak tau lah. Cerdik.

Dan ya. Akan ada yang tulis semula, kalau semua berniaga siapa nak makan gaji? Takde siapa2 lah. Semua jadi privatised. Mutu kerja pun bagus. Pantas. Berkualiti.

Dan pasti, akan ada soalan, bukan semua minat berniaga. Ya. Betul. Tapi semua ada benda yang diminati kan? Pun boleh jadi bisnes apa. Kalau nampak duit masuk, minat berniaga akan ada la tu.

Dahlah. Kalau selalu cari alasan, sampai sudah lah macam tu.

Hani. S berkata...

Bila kau buat pasal post2 macam ni, aku sangat suka. You are revealing a reality that been neglected and ignored by so many people, especially those who don't know how it is to survive with such condition, am sorry to say mostly those who are rich. Aku pernah juga rasa hidup susah, itu pun nasib baik aku membesar kat luar bandar, kalau dari kecik dok bandar mmg ntah mcm mana la aku ni. Living cost tggi gila. Kadang2 org senang ni tak tau menau langsung pasal hidup org yang average or susah ni.

Tanpa Nama berkata...

aku jadi cashier ni memang muke dah tahan maki dah,
bangsat nye manusia,
kaya sikit pandang aku mcm semut je, xboleh nk ckp bahasa melayu dh, ye lah, pakai bb ngn iphone bwk ipad khulu kehilir,
malu la bai ckp melayu, xde kelas la kn,

seksyen sembilan,

ajib berkata...

banyak lak aku tengok komen2 anon yang mcm bagus..lupa agaknye rezki ni tuhan yang bagi..ye betul usaha tu penting tapi rezki tu ketentuan tuhan..dah masuk dalam mulut pon boleh keluar balik..jgn lupe eh..pada aku mantot cuma nak ketengahkan isu attitude/mentality rakyat & government malaysia terhadap pekerja kelas bawahan ni..mmg x patut langsung bagi sebuah negara yang mengaku nak jadi negara maju serta rakyatnya yang kononnya berfikiran maju..berak kat public toilet pon x reti nak flush..pfffft!

ajib

pingu berkata...

Salam..ramai lak aku tengok anon2 yang komen mcm bagus ...lupa agaknye yang rezki ni datang dari tuhan..mmgla kena usaha baru dapat rezki tapi semua tu ketentuan Dia..dah masuk mulut pon boleh keluar balik..jgn lupe eh..ingat keje bagus sikit dah bagus la??org keje kuli dah boleh treat mcm sampah??melayu dah ramai successful?pakai skala apa successful tu?kelakar la korang...

Tanpa Nama berkata...

aku penah keje the store shah alam jadi promoter brand bum dengan bangganya mengumumkan aku ada degree bachelor of law masa aku keje kat situ.sapa kata keje kat pasaraya tadek kelulusan?bengong!

Muhaimin berkata...

kita sedekahkn al-fatihah je utk diaorg bergaji rendah

Tanpa Nama berkata...

Suruh rakyat berjuta berkorban dlm masa sama beli hartanah sendiri di luar negara guna harta negara, lepas pencen duduk luar negara.. hoho.. mmg bangang sapa yg kata 'patriotik utk negara' tu.. ni semua idea mahathir bodoh tu.. g mati la ingat rakyat bodo mcm ko.. anak bini dia cukup mkn mewah2, kita yg bilangan berjuta disuruh kais2.. fuck off from my country.. zaman khalifah umar abd aziz x da org pun layak dpt bantuan zakat.. kere jaan bangang cth baik ada,masih nk ikut cth jepun la etc fak.. depa semelih kita abis2 pastu bikin keturunan luar negara.. jgn bg chance sama diowang pru13 ni.. ini demi masa depan anak2 kita.. tax melampau beri kesan berantai yg bnyk dan buruk belaka.. guna otak fikir tuan/puan.. freemason bnyk kt malaysia ni.. freemason ni anjing iblis.. buat kajian ekonomi cara islam sikit, jgn copy paste barat mcm beruk2 kere jaan skrg buat.. skrg guna google mcm2 boleh tengok, purata gaji la, belanja la etc.. dahla publik transpot mcm haram.. tau nk penuh perut keturunan sendiri je.. aku x halal, akhirat sok aku tuntut hak aku kalau x dpt skrg.. Astaghfirullah..

aiinaini berkata...

ak penah keje mydin, dapat rasa camna bergaji 700 tu..huhu

mohd.hafidz berkata...

Aku suka artikel ni...

Lagi aku suka orang2 yang komen untuk artikel ni... Idea banyak...

By the way, mantot,

Aku suka p/s kau tu, well said man!

Tanpa Nama berkata...

wlupun dah 3 tahun berlalu.. aku nak comment.. jugak.. drp gaduh2.. baik aku cerita sikit.. aku jugak memahami kerana pernah kerja kedai baju gaji 200 (10 thn lalu) kedai letrik 230..mcdonald 400., kedai jam 600.. kerani kat supermarket 700.. kini kerja kat bank barulah merasa gaji 2k keatas.. pengalaman lalu buat aku menjadi seorang yang sgt bersyukur... Dan sokong kalau kjaan naikkan gaji minimum seiring kos Sara hidup masa kini

Tanpa Nama berkata...

Bersyukur adalah suatu kehidupan kita. Yg penting adalah "fight" untuk sesuatu benda, saya jamin, walaupun saya bergaji 600 ratus untuk permulaan, saya takkan mati kebuluran. Cumanya SATU kita sebagai manusia, MENGHORMATI pekerjaan seseorang. Dan fikir semula, adakah semua itu kejam? YA. Kejam yg tak terlihat. Dan dari kekejamanlah kita kena "fight" bukannya "lari".

aenhusna zulkiflee berkata...

gaji pekeja mydin bayar melalui acc apa ye