Julai 22, 2010

Bahagian 1 : Cukai-Cukai Di Malaysia Yang Kita Separa Sedar Kewujudannya

Cukai jualan atau sales tax adalah satu bentuk cukai yang dikenakan hanya pada satu peringkat  kepada barangan import dan beberapa jenis produk tempatan apabila produk itu sudah diimport masuk,atau pada ketika barangan itu dijual.

Kadar bayaran :
a. 5% untuk buah-buahan import,bahan makanan dan bahan binaan
b. 10% untuk barangan harian
c. 20% untuk barangan alkohol
d. 25% untuk produk tembakau

Cukai servis atau service tax adalah cukai yang dikenakan kepada barangan-barangan dan servis2 apabila dijual atau disediakan dalam premis-premis tertentu seperti hotel dan sbg.Produk yang dikenakan cukai servis adalah produk tembakau,produk beralkohol dan minuman.(Sebab tu makan minum kat hotel mengarut2 harga dia)

Servis-servis yang disediakan yang dikenakan cukai servis pula adalah :

1. penyediaan bilik sebagai tempat penginapan
2. penyediaan premis untuk meetings, conventions dan persembahan fesyen dan budaya
3. health services
4. professional and consultancy services provided by legal
5. engineering
5. surveyor,
7. architectural
8. accounting
9. advertising
10. consultancy
11. provision of accommodation and food by private hospitals and credit cards companies.

dan BANYAK LAGI .....firms, insurance companies, motor vehicles service and repair centers, telecommunication services, security and guard services, recreational clubs, estate agents, parking space services, courier service firms, dentists, veterinary doctors

............

Tapi,sebab nak senang punya pasal,aku listkan lah macam ni aje cukai2 yang aku tau sebab benda2 ni yang aku rasa setiap masa.

1. Cukai kereta yang maha tinggi
2. Jika cukai kereta maha tinggi,cukai motorsikal super maha tinggi
3. 5% tiap-tiap kali makan Kentucky,McDonald dan lain-lain francais makanan
4. Duti hiburan 20% yang ada setiap kali anda tengok wayang
5. Cukai pendapatan kepada mereka2 yang bergaji lebih RM2500
6. Cukai pintu kepada pembeli rumah
7. Kredit kad servis tax RM50
8. Cukai kepada harga rokok
9. Cukai jalan dan insurans
10. Tol adalah satu bentuk cukai bila jalan percuma macam gampang.

Kalau ada sesiapa nak kata Pembangkang poyo sebab janji macam ni?Biarlah dia nak poyo sekalipun.At least diorang memikirkan sesuatu yang menguntungkan rakyat.Always pick the lesser evil.Point aku post benda ni senang aje;

"Mana-mana cukai sekalipun walaupun yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat itu sendiri,biasanya yang membayarnya adalah kita, pengguna."


Ada sesiapa nak tambah lagi cukai-cukai yang kita kena sehari-hari?


47 ulasan:

Nurul Binti Ibunya berkata...

cukai?
hampagas.
gerak sikit cukai.
orang-orang yang buat cukai bayar cukai tak?
ke dorang bukan pengguna?musykil jugak..

hikari berkata...

kt msia ni silap2 duk lam utan pun kena cukai jugak..

mr edz berkata...

cukai buang taik

buruh berkata...

http://abdullahbukhari.blogspot.com/2010/04/adakah-mengutip-cukai-haraaammmm.html

Tanpa Nama berkata...

cukai shopping bik mama kat paris...hehehehe

Tanpa Nama berkata...

cukai untuk bayar biasiswa dan maintain bonxxx saifool..hehehehe

Tanpa Nama berkata...

bukan pembangkang tapi PR!

Khairi berkata...

income tax bhai. semua cukai ini mmg akan kena pada end user iaitu pengguna.

Tanpa Nama berkata...

cukai tanah ade ke?

hmm...ape ke name nye cukai yg bayar kat polis tu? hehe..

Tanpa Nama berkata...

1 MALAYSIA!!!!!!

a mi parecer berkata...

cukai? kalau aku seorang pekerja, aku tak kisah bayar cukai. cukai tu bagus. penduduk perancis bayar cukai sebanyak 22% dari gaji tahunan mereka, so kalau gaji mereka 24k euros setahun, so diorang kena bayar 5280 setahun. memang banyak, tapi..

1. perubatan di Perancis adalah percuma. doktor & ubat tak disekalikan. contohnya, kau sakit pergi jumpa dr. ambil prescription, pergi farmasi ambiklah ubat. kena sakit apa pun tak kisah. pendek kata, free..

2. sekolah di perancis juga free, bukan konon2 free mcm kat m'sia yang kata yuran dihapuskan tapi kalau ada 10 ringgit boleh anak kau sekolah? atok la free, yuran kerusi, tshirt sekolah, pibg, apatah, kalau di perancis, kolej komuniti ke, sorbonne ke, semua free. lepas qualification, masuk la U, sebab tu orang Perancis ade 2-3 degree pun susah dapat kerja, tapi adakah mereka merempat?

3. public transportaion tak yah cerita lah. sangat efisyen, anda tak perlukan personal transportaion kecuali nak bergaya.

4. cuti MC, Medical certificate di perancis ialah unlimited, dan company akan bayar gaji kau termasuk elaun2!. ye lah, kalau dah aku sakit, boleh ke aku limitkan sakit aku tu sebanyak 14 hari je setahun? kalau tak sakit, kita pun takkan mengada2 nak ambik mc kan?

5. 30 hari cuti berbayar akan diberikan pada setiap individu untuk pergi bercuti. Sebab untuk mengelakkan stress. Wajib ambik dalam setahun.

6. Waktu kerja maksimum seminggu utk rakyat perancis ialah 35 jam sahaja. kerja lebih? balik rumah. cuti

( rujukan dari buku micheal moore, mike's guide to election 2008 & stupid white men)

Kalau hidup macam ni aku tak kisah pun pasal tax aku kena bayar kat kerajaan. Memang rumah/real estate kat sana mahal gila, tapi buat apalah rumah besar2 tapi aku takut kalau aku kena heart attack, ambulance tak sampai2 sebab rumah aku jauh, public transportation langsung takde, pastu bila bawak kat hosp, hospt taknak terima aku kerana takda kad insurance( banyak terjadi kat m'sia ye, kita je tak didedahkan dengan cerita2 nih). homeless pun tak apa.

tak perlu cerita pasal tax makanan la, sebab sumber tu kita tak boleh nak control, basic health care & education dulu. aku tak harap la negara kita sampai ada cuti vacation berbayar tu tapi kalau education & health care ni betul2 free, memang lepas lah beban paling besar yang kita tanggung.

sebab tu aku doubt bila pakatan rakyat kata nak hapuskan cukai, peniaga2 ( kesatuan yang kontrol harga barang, kau ingat kerajaan yang buat? malam sikit) akan cakap, orang dah banyak duit sekarang, mari kita naikkkan harga barang, kalau memang betul peniaga2 ni patuh dengan kerajaan, kenapa bila ada pm umumkan gaji kakitangan kerajaan naik, harga barang pun naik jugak?

apa gunalah semua orang gaji 5000 tapi value duit tu kecik, lama2 duit kita jadi rupiah, pm gomen sekarang cuba bodohkan orang dengan kata nak naikkan gaji, apalah rasanya naik gaji kalau semua barang keperluan naik sama ?

kyo_9 berkata...

pergh.. best giler hidup kt peranchis!

Tanpa Nama berkata...

cukai pendapatan utk org RM2500 ke atas tu skang dah tak relevan.

kat kedah pun buleh senang skit..
kalo duk kt kl..leh botak kepala..

barang plak asek naik2..
kesiannn..

Tanpa Nama berkata...

anon July 22, 2010 11:28:00 AM GMT+08:00

bukan barang naik la bro,

barang kena LARAS je...hehehehe

Tanpa Nama berkata...

HAIH...

ISA SAMAD NIE TAK JAGA KAWASAN KE? AL MAKLUMLAH DAPAT BINI BARU..

DIA DOK LARAS 'BARANG' DIA KOT...HEHEHEHEHE

LUKUT: Workers at Siliau Estate, near here, are angry with the Barisan Nasional for being fork-tongued in its pledges.

During the Bagan Pinang by-election last year, the BN government had promised to build as many as 150 low-cost houses under its Hardcore Poor Development Project (PPRT).

The houses were to be sold to the estate workers.

Ann berkata...

betulll aku takkan berkira bab tax kalo perkhidamatn pun superb...

espcially bab pdidikan, pgangkutan n perubatan...

kalo kat jepun, mana2 famili yang melahirkan anak siap dapat imbuhan lagi dari gov tak kira orang tu rakyat jepun or bukan..ini pgalaman lecturer yang pernah belajar kat sana

Ami Scott berkata...

Taktik perniagaan....kalau tanak bayar cukai banyak2 bagi kat costumer bayarkan

Alexia Aqram berkata...

to a mi parecer

memang lah best dengar kemudahan rakyat perancis dapat. tapi, semua tu kena melalui satu peristiwa lampau yang menjadikan sesama perancis bunuh membunuh antara pihak kerajaan dan rakyat. revolusi perancis. takkan tak ingat? itulah peristiwa yang menjadi punca utama kebebasan hak asasi rakyat perancis, tapi, di bayar dengan harga mahal iaitu nyawa.

try tengok sanggupkah kau nak mati dan bergadai nyawa demi hapuskan cukai?

mie berkata...

aliceaqram:

tak perlu berbunuhan sesama kita..kita cuma perlu ajar BN dalam PRU 13 je untuk realisasikan revolusi malaysia...

Tanpa Nama berkata...

BRO MIE..

SETUJU!

KEPADA YANG BELUM DAFTAR MENGUNDI..SILALAH SEGERAKAN PENDAFTARAN ANDA...:)

Tanpa Nama berkata...

aliceaqram:

Mmg kita x harap PR nanti kalau memerintah boleh hapus semua cukai tapi at least yg besar2 mcm toll ka boleh kurang or lagi baik boleh hapuskan dari sekarang?

x perlu sampai berbunuh2 punn..kerajaan kalau dah lama sgt memerintah mcm BN dia akan sesuka hati je rembat duit.

Kita kena cuba tukar kerajaan.For sure kerajaan baru akan jaga dia org punya kualiti untuk PRU yg akan dtg kan..

x cuba x tahu ma..kita rakyat bagi peluang then kita decide next PRU apa macam?

berubah untuk kebaikan

syu berkata...

malaysians esp. malays tak jemu2 ke undi BN? 53 tahun dah bagi chance pd diorang utk tingkatkan taraf hidup rakyat..janji itu ini untuk 12 kali PRU yg lalu..habuk pun tarak..kroni je makin kaya..rakyat makin miskin..kenapa takut sangat nak berubah? tuhan takkan ubah nasib sesuatu bangsa kecuali kita yg berusaha untuk berubah!!

sape cakap kuasa melayu hilang kalau kita tukar kerajaan?? yang cakap macam tu TUHAN ke? camne dia tahu dan boleh ramal apa yg berlaku di masa hadapan?? adakah melayu di indonesia, brunei, singapore hilang kuasa bila melayu malaysia hilang kuasa?

ingatlah bukan kuasa melayu yang akan hilang kalau kita tukar kerajaan, tapi kuasa UMNO yg hilang!!

demi Allah aku dan rakyat sume takkan redha kerajaan kaut harta kita sume..walau 1 sen pun..jawablaa di akhirat kelak..dan kami takkan redha rakyat yg sebangsa dgn kami menyokong kerajaan yg zalim dlm PRU sehingga kami diheret sama ke dalam kezaliman kerajaan yg mengaku sebangsa dan seagama dgn kami !!

..

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa bahawa kita orang melayu ada darah pahlawan/pendekar yg mengalir dlm diri masing2..pendekar melayu takkan biarkan bangsa mereka dizalimi sesuka hati..pendekar melayu akan bangkit menuntut hak hingga ke titisan darah terakhir..apatah lagi bangsa melayu dikurniakan satu lagi mutiara kehebatan iaitu Islam !! Sepatutnya kehebatan Islam semakin menjadikan bangsa melayu lebih hebat dan dihormati..sudahlah berbangsa melayu, Islam lagi!! lupakah bahawa bangsa kita pernah melalui zaman kegemilangan satu ketika dulu? Sanggupkah kita biarkan bangsa melayu ditindas dan diperbodohkan oleh UMNO di tanah air sendiri? Sebenarnya UMNO lah pengkhianat bangsa, bukan DSAI, bukan PAS, PKR..
Bukti? PSMI, pemansuhan tulisan jawi, SAR, rasuah, penyelewengan harta negara utk kepentingan diri dan kroni, penarikan subsidi, penyerahan blok minyak pada Brunei, penyerahan tanah di Johor kpd Singapore, Pulau batu putih, dll..masih tak cukup kah?

Takkan melayu hilang di dunia? melayu pasti hilang jika masih dikuasai oleh rejim BN !!

Berubahlah ke arah Malaysia yg lebih sejahtera tanpa BN !!

anon gak berkata...

AliceAqram,

Kau lebih rela tidak menggadai nyawa dan hidup dulu, kini, dan selamanya semata2 untuk membayar cukai yang tinggi kepada KERAjaan Barisan Nasional yang diakui parti lubuk rasuah oleh Tun Mahathir sendiri, daripada berkorban walaupun sedikit untuk menghapuskan cukai??

Aku lebih rela tidak menggadai nyawa TAPI mengundi Pakatan Rakyat yang memberi jaminan untuk menghapuskan cukai selama 5 tahun demi rakyat..

So, mana lebih afdal?

a mi parecer berkata...

alice aqram,

tak perlu nak gadai nyawa, kita boleh belajar dari sejarah, habis tu takkan la kita nak hidup macam sekarang sampai bila- bila, sampai bila nak merungut, satu hari nanti bila kau ada anak dan perbelanjaan kau tak cukup, kau akan tahu

kita buat revolusi cara terpelajar, waktu revolusi perancis tu belum ada status negara maju, tapi itulah kemajuan pemikiran orang perancis zaman tersebut,adakah mereka membunuh untuk diri sendiri? ayat kau diatas meng emphasize pembunuhan bukan revolusi? c'mon weh, orang zaman ni bukan bodoh, during zaman tersebut apa yang berlaku kat tanah melayu?, raja menyorok sebab taknak hilang kuasa dengan penjajah, rakyat jadi hamba, ada raja kau keluar nak tolong?

senang je sekarang, ada kuasa, vote, aku sayang Malaysia, aku nak negara aku maju & berubah, jangan cepat give up & menyerah!

Aslina berkata...

sebenarnya...

apa fungsi cukai ni dalam MALAYSIA?

banyak sangat aku membaca sampai jadi blur sekejap.

sila la bantu aku segera sebelum aku merepek bukan-bukan.

Alexia Aqram berkata...

kepada semua, especially a mi paracer.

pernah dengan peristiwa Hartal tak? ada versi cerita hartal berjaya. dan ada versi cerita hartal menyebabkan rusuhan dan pembunuhan di pulau pinang. semuanya kerana satu perkara, tak puas hati pada cukai, bekalan dan perniagaan monopoli.

seriously, sapa2 pun termasuk gua, tak suka cukai. tapi cukai juga penting untuk kewangan negara.

so, kalau menukar kerajaan pada next election, jawapannya tetap sama. cukai masih berjalan.

dan gua, tak suka mengharap. apa pasal nak tukar kerajaan lepas tu mengharap kerajaan baru hapuskan cukai? what the f? kalau harapan tu tinggal harapan? kalau kerajaan baru menambah lagi cukai? sapa nak jawab? sapa nak jamin? angpa semua? kalau gua susah, anak2 gua tak cukup makan, angpa ka nak tolong? tolong sembang bolehlah.

lebih baik berpiket atau berdemo terhadap kerajaan sekarang. itu lebih berkesan. desak kerajaan kini hapuskan cukai tak berfaedah..

selepas merdeka. kita belum pernah pun berdemonstrasi besar-besaran sebab cukai. yang pernah kita berdemo sebab anwar, sebab pilihanraya, sebab palestine, sebab teoh, dan sebab2 yg tak menepati keseluruhan hak rakyat. ya lah, bukan semua sokong anwar, bukan semua pangkah pembangkang, bukan semua sokong palestine.

tapi kalau sebab cukai, gua yakin dan gerenti. semua orang mahu cukai tak berfaedah di hapuskan. jadi, berdemo lah kita, biar kerajaan dengar suara kita. ini main sembang dalam blog, macam lah PM nak baca blog ni. aiseyyy.

Mantot berkata...

hihihihihi...

mmg la PM tak baca blog ni.tapi aku tau ramai orang kerajaan yang baca blog ni.

budak felda berkata...

AliceAqram, jangan rendahkan sumbangan blog bro..sebab blog2 dan portal berita alternatif la Selangor, Kedah, Penang, Perak dulu jatuh ke tangan PR..sejarah juga tercipta di Johor apabila ada kawasan yg berjaya ditembusi PR..

jangan terlalu suka menggunakan perkataan "kalau"..sebab itu akan menyebabkan kita takut utk berubah walaupun utk tujuan kebaikan..

kita tak cuba ubah kerajaan maka kita takkan tau efeknya..aku tak sanggup lagi tgk kezaliman terhadap rakyat berterusan berlaku tanpa sebarang usaha utk menghapuskannya. kita ada kuasa, tanpa kita kerajaan sekarang takkan mampu jejakkan kaki di putrajaya!! jangan nanti kita dicemuh oleh anak cucu kita hanya kerna kita tidak mencuba langsung utk ubah nasib bangsa dan negara , pasrah dengan kerajaan yg menjerut leher rakyatnya...

kerajaan sekarang mengutip cukai bukan demi memperjuangkan hak rakyat, tapi jelas sekali wang yg kita bayar disalahgunakan dengan projek2 yg membazir serta tiada kepentingan utk rakyat. sedangkan kita digesa utk ubah cara hidup, pemimpin2 kita tidak pernah bersama rakyat mengubah cara hidup, malah hidup bermewah-mewahan dan merampas wang rakyat utk dibahagikan kepada kroni2 dan keluarga sendiri.

terus terang cakap, dulu aku pun sokong kerajaan membabi buta, tapi lepas aku cuba baca blog2 tulisan penyokong PR selain akhbar2 arus perdana, aku dapati banyak percanggahan maklumat yg aku dapat, dan lebih mengejutkan sebahagian berita yg aku baca di blog2 ni termasuk salah laku pemimpin2 tak tertulis langsung dalam akhbar arus perdana. paling memberi kesan pd aku adalah isu apco yahudi, mula2 kerajaan nafi terlibat dgn apco melalui pdrm, tapi setelah diasak oleh PR, akhirnya baru diorg mengaku..Akhirnya aku simpulkan bhw apa yg media perdana laporkan tidak semestinya betul, memandangkan media di malaysia memang dipegang oleh kerajaan demi menjaga kuasanya.. akibatnya persepsi aku terhadap PR semakin berubah dan aku yakin 100 percent bahawa PR mampu bawa perubahan yg diharapkan oleh rakyat selama ni..

Alexia Aqram berkata...

sedara budak felda..

cuba memang tak salah. yang ada ni dah cuba, pun sama rebah, melingkup. selangor? apa cerita pasir? Kelantan, apa cerita KOHILAL? Kedah, apa cerita Kulim Hi-tech? Penang, apa cerita barangan mentah naik lebih tinggi kalah negeri lain?

gua anti-parti. menolak demokrasi. itu PAS, UMNO, PKR, DAP, PR dan BN boleh pegi jahanam. gua mahukan REVOLUSI ISLAM. tu je. jadi jangan memekak pasal kebaikkan PR kat telinga gua. termasuk BN sekali.

setel.

gman berkata...

revolusi islam mcm mana tuh?

de_nataLie berkata...

hehe..tp, klu gov xamek cukai, cmne gov nk survive, tp yg lg mslhnye, cukai byk sgt..sbb pe byk sgt cukai? sbb rmai x byr zakat..2 je sbb nye..

Harris berkata...

Haah..Mcm mane revolusi islam tuh?Terangkan la secara detail..Bleh gak aku nak taw nambah2kan pengetahuan utk diri aku ni..

Tanpa Nama berkata...

syoknya ada cukai, KERAjaaan jgk la yg kaya

AliceAqram berkata...

REVOLUSI ISLAM akan bakal mengakhiri sifat kepartian, liberal dan demokrasi barat. ia memulakan skop baru dalam ketakwaan kita terhadap Allah Yang Maha Esa.

yang pasti akan menghapuskan terus cukai yang membebankan. kerana pemimpin yang mendukung revolusi islam akan membawa kemakmuran dan melimpahkan kemewahan kepada seluruh rakyat seperti yang di janjikan Tuhan.

Tanpa Nama berkata...

aku pro malaysia

parti2 kejadah spt BN,PAS,PKR,DAP ke menda semua aku tak support sebab bagi aku...tak kisahlah parti apa, objektif utama masih pasal mengaut kekayaan. ckp je macam2.

so...isu aku, aku nak kerajaan berubah utk jadi lebih mengutamakan rakyat. rakyat susah dibantu, basic needs : education, medical and others.

kalau buat pelbagai jenis cukai tapi in the end, aku sebagai rakyat tak nampak apa yg aku bayarkan...atau benefits of all the shits that i paid for maka aku marah.

btw, aku ok je buat riot...pasal cukai, pakai harga barang tapi kalau nak suh aku buat riot pasal anuar...sory, aku byk kerja lain. berbunuh tuh aku tak sampai hatilah...some more own malaysian, tak kisahlah race apa pun :)

-suaka-

Master Yoda berkata...

Bayar ZAKAT lagi AFDAL daripada bayar CUKAI

Bayar ZAKAT = WAIB = disoal dek ALLAH Ta'ala

Pasal tu gua RELA bayar ZAKAT tinggi2 drpd bayar CUKAI psl dah ade golongan2 yg memang dah diketahui arah dan hala tuju duit ZAKAT tu pegi...MELAINKAN org2 ZAKAT plak yg jadi TUKANG SONGLAP...

Kalau bayar CUKAI, pastu claim kerajan guna tuk wat jln, wat itu ini, bla bla bla...Jln pon mcm haram gak...Lubang sana sini...Ape JKR engineer wat..Tak reti ke nak wat research cane nak turap jln tuk tempoh yg lama?? Asik dok guna cara lama je..Guna la otak tu sket...DEMN....

Dan lagi satu, zaman dah nak kiamat ni, MUFTI pon dah tak macam MUFTI, macam UFTI ke UNTA?? OOOPSSS, gua dah terlebih....Gua tak PEDULI, berani kerna benar, takut kerna salah

Kalau org PAS ke PKR ke DAP ke wat perangai mcm haram, depa sume m\pon gua hantam...pasal ape, pasal nak depa tau, yg depa tu naik sbb UNDI kite...

Marz Nafri berkata...

Hahaha... berpiket ngan berdemo pasal cukai... tak yah mengundi sape2, pastu gi berpiket ngan berdemo je... cadangan apa tu... mu ni tak pernah dengar pasal ISA ke?

Tanpa Nama berkata...

Isu pasir selangor?
bukankah kes rompakan pasir dah berlaku sejak zaman khir toyol lagi? khalid ibrahim skang yg terpaksa basuh taik si khir ni...tu laa...suka sangat baca utusan meloya ngan berita hairan...

Tanpa Nama berkata...

susah la nak cakap, politik kat malaysia ni mmg hampeh..ditelan mati anak diluah mati bapak..nak sokong BN pun susah, nak sokong pembangkang pun susah...pokok pangkalnya takder politik yg bersih, semua hampeh..ujung2 rakyat juga yg kena..
sbb tu heran dgn penyokong2 mana2 politik, takder kerja laen, sngup bermusuh2 sesama bangsa sbb politik yg tah ape2...

Tanpa Nama berkata...

kte biarkan je melayu dijajah cina. lpastu jgn la bising2 kalo melayu hanya layak bli rumah flet kos rendah, sekeping tanah hanya tgl mimpi, bunyi azan tgl kenangan. penulis ni hanya byk komplen hidup serba serbi xkena kerana hidup melarat dibandar, kenapa dr bangku sekolah tidak berusaha bersungguh2? seperti cina yg tahu y mereka hanya pendatang.

Tanpa Nama berkata...

melayu sekarang lekea, hanya tahu bermusuh sesama sendri, pergi la duduk di negara mana skalipn cukai mmg tetap kene bayar,

Tanpa Nama berkata...

say no to racism !!

nationalistpunk berkata...

senang cerita

cukai ni benda di paksa, tak mcm zakat,kena bayar

so kita haramkan duit cukai tu

Kiamat tuntut balik kat org2 kerajaan ni.

paling koman 100 tahun Neraka

Tanpa Nama berkata...

mcm bodoh kan? asyik2 cukai. xder cara lain dah nak kaut duit rakyat selain dari amik cukai. dasar kerajaan lintah!

Unknown berkata...

Do something la rakyat..jgn smpai nk tanam mayat pn kne cukai tanah nnt..

Tanpa Nama berkata...

1 komen sj yg boleh pkai. Yg lain someone said hampeh that's d word. Bg org melayu penang dan selangor yg tahu dan sdar diri memang sgt faham cukai dan keadilan di bawah pkr. Yr little picky minds wont help u. Yeh try living under pkr where d chinese rule. They work d jewish way jewish brain jewish plans jewish art of crushing d people of islam religion. Yr comments r loads of whinings.