Julai 02, 2010

Aku,Senior,Junior,Warden dan Hostel

Membaca mengenai budak yang meninggal kena ragging tu mengingatkan aku kepada benda-benda yang aku dengan member-member aku pernah kena dulu.Waktu aku sekolah menengah,masa aku form one,aku telah kena benda-benda camni :

1. Cuba berdiri kemudian angkatkan tangan anda menghala ke depan.Bengkokkan lutut anda sehingga lutut dan punggung sama level.Tahan macam tu 3 jam dengan tangan anda yang diluruskan tadi menampung dua biji bantal.Bantal jatuh atau ada percubaan berdiri,akan disepak dari belakang.Ini dipanggil "Enjut-steng."

2. Merangkak bawah katil dengan baju sekolah putih ramai-ramai kerana bilik tak bersih sekeliling bilik.Ini adalah hukuman "komando."

3. Buat kurang ajar dengan senior?Senior akan meletakkan tapak tangan mereka ke muka dan kemudian akan menarik jari hantu mereka laju-laju dan lepaskan.Ini digelar "starlight."

Waktu form 2 aku takde benda kena sangat sebab senior aku best kecuali ada sekali aku bergaduh dengan member aku dalam bilik dan senior aku denda kitorang cium pipi masing-masing.Hahahahaha.Waktu form 3,aku telah dibelasah oleh 5 orang senior aku sebab aku keluar malam tak mintak lesen diorang (nak buat jahat,cthnya isap rokok atau keluar malam kena mintak izin dulu).Kemudiannya aku jugak pernah lah dibelasah sebab aku terbakarkan seluar senior.Aku pekena dia balik kemudian2 dengan meludah dua tiga kali ke dalam air yang dia suruh aku ambik dari water cooler.Peluang beb nak balas dendam.Sedap aje dia minum. (Nasihat aku,jangan sekali-sekali suruh junior anda ambik air untuk anda.Aku tak pernah sekalipun suruh)

Bila naik form four,nak buat jahat pun pandai-pandai sendirila.Tapi bila bergaduh,bergaduh ramai-ramai dan takde dah main denda-denda ni.Bertumbuk dan sparring.Masa ni aku dah tak terlibat dah,aku lagi suka lepak dengan member aku dan isap rokok kongsi-kongsi atau keluar malam selalu.

Adalah beberapa kejadian lagi bila kena tampar dengan warden sebab ponteng prep class atau kena tampar masa tengah tidur sebab tak bangun subuh atau kena tampar 7 kali berturut-turut sebab kena tangkap keluar malam.Bayangkan..kau tengah tidur sedap-sedap ada orang tampar kau!Warden pulak tu!Ada keluar paper cerita tu?

Bila kenang-kenang balik,sebenarnya budaya senior membuli junior ni,pada aku,satu benda yang memorable bila benda tu tak serius sangat.Maksudnya,niat dia sekadar nak mendidik bukan nak membelasah. Dari situ aku belajar respek orang tua (senior) dan belajar macam mana nak survive sendiri.Sapa lagi nak tolong kalau bukan orang2 yang ada dalam hostel kan?

Tapi sayangnya lepas kitorang masuk form 3,sekolah asing-asingkan bilik ikut tingkatan.Positifnya di sini adalah kitorang jadi lagi rapat dengan member dan takde lagi dah kes ragging kecil-kecilan tapi negatfinya sebenarnya terlalu besar;

a. Junior tak kenal senior dan sebaliknya
b. Semangat abang adik takde
c. Bila ada hal nak setel,kau kena pegi bilik senior,lagi gerun.
d. Bergaduh antara form.

Jika kau tanya aku,kenapa budak-budak sekarang ramai macam cilaka; aku akan jawab sebab diorang tak independent.Silap sikit,mak bapak turun.Silap sikit,wartawan turun.Sampai budak tu sendiri jadi terlalu berani buat apa yang diorang suka.Manja.Baju terpakai pun tiap2 weekend hantar balik rumah suruh mak basuhkan.Kaki buli memang akan ada.Itu normal bila kita bercakap mengenai sekolah asrama tapi bila terlalu banyak langkah-langkah yang diambil untuk mengawal kehidupan pelajar sekolah asrama,diorang akan jadi terkongkong.Jadi seorang yang tidak normal.

Aku rasa sekolah sepatutnya terus mengamalkan hidup campur-campur antara senior dan junior kerana ini akan memberikan tanggungjawab kepada senior yang ada supaya protect junior2 sebilik mereka dan junior pulak akan bergantung harap kepada senior-senior.Biarkanla budak-budak tu membesar secara normal.Kitorang dah la terkongkong daripada dunia luar,terkawal daripada apa yang jadi kat luar sana dan yang paling tak best,kitorang LANGSUNG tak bergaul dengan perempuan.

Tapi bila wujud kes buli sampai mati...buang dia sekolah dan masukkan dia ke sekolah pemulihan.Tak kiralah dia siapa,walaupun bapak dia pengerusi PIBG sekalipun.Sebab mana-mana budak yang buat salah memang wajib kena hukum.Tapi kat sekolah aku,aku kena gantung dua minggu sebab hisap rokok.Anak pengerusi PIBG belasah budak?

Tak kena apa-apa.Jangan pilih kasih dalam menghukum yang salah dan biarkan budak-budak tu membesar normal.

PS - Gambar sekadar hiasan.

41 ulasan:

Nerzhul berkata...

dulu selalu kena gi amik air kat dewan makan. sorang-sorang tengah malam.huuu

ouda berkata...

Masa form 1, aku kena menari sambil menyanyi lagu dangdut untuk dapatkan tandatangan senior. Lepas minggu orientasi, aku dah tak kena buli sebab senior bilik aku jaga, deorang tahu aku tak sihat sangat masa tu.Heee

Tapi bila senior bilik takde ada senior lain suruh ambil air kat dewan makan, aku ambil air yang paling banyak megandungi lalat..Hahahaha

mie berkata...

aku setuju sangat dgn ko mantot..sekolah aku pun dulu campur2, tapi skang da asing2 senior dgn junior. kononnya nak cegah budaya ragging..

kesannya, first , budak2 kuat semangat asabiyah atau semangat 'perkauman' yg tinggi mengikut tingkatan. senior tak kenal junior, junior pun tak kenal senior. semua buat hal sendiri. kalau jalan kat mana2 n terserempak, semua buat muka 'don't know' je...takde nak bagi salam ke, bertanya khabar ke, atau berkenalan sekalipun. pendek kata macam ko kata tot, ukhuwah dan kasih sayang adik-abang takde..peratusan pengambilan abang n adik angkat setiap tahun pun makin menurun...huhu

second , budak2 junior jadi tak matang langsung. perangai budak2 terbawa2 sampai abis sekolah. diorang takkan dpt belajar erti hidup sebenar sebab masing2 dikongkong atau dikumpulkan dlm satu bilik yg ahli2 biliknya adalah member2 sendiri yg baru nak belajar erti hidup gak. kebanyakannya tak reti langsung nak kemas bilik, sapu sampah sebab takde abang2 yg tegur n suruh. sampai ada gak yg terkencing atas tilam pun tak dibasuhnye..

third, junior2 takkan dapat dididik dgn baik..nasihat menasihati dan tegur menegur tak dpt disuburkan. kalau junior mencuri misalnya, takde sapa nak tegur atau sekurang2 nye piat telinga dia untuk mengajar bahawa benda tu salah. so, perbuatan mencuri tu akan berterusan dan tidak dianggap salah oleh dia dan silap2 boleh jadi tabiat lak.

aku bengang sgt kalau alasan asing2 student asrama boleh cegah budaya ragging. hakikatnya, kalau junior keluar dari bilik diorang, tetap ade gak senior suruh tolong amekkan air...haha..tu lah warna warni kehidupan di sekolah asrama. betul, benda ni jadi kenangan indah utk dikenang bila dah tua nanti.

tapi, ragging zaman kita dulu takde laaa sampai ade yg mati kan..

BTW, aku tak penah kena ragging macam ko tot sebab aku baik masa sekolah dulu..haha

Tanpa Nama berkata...

KSAH....alma mater

life4hire berkata...

bro..apsal bunyi cam sama ngan sekolah aku jer ni...haha...smp yang diorang asingkan form tuh pon sama...di manakah sekolah anda?

Aslina berkata...

starlight... hahaha... aku selalu kene dulu dengan senior laki...senang dia nak starlight sebab aku obviously rendah dari orang lain... dekat upnm... memorable gila sebelum kena buang... keh keh keh...

aku pun personally kurang setuju bila asing2kan senior dengan junior... sebab biasa2 pun dalam umah sendiri yang jenis adik beradik ramai tu... ada ke mak ayah nak letak asing2 adik lelaki dengan abang2 atau adik2 perempuan dengan kakak2??? lain la umah besar...

kalo ikut secara logik, mana2 pun mesti ada budaya seniority... even dalam family sekalipun... bila dah duduk asing2 macam tu... macam takde sape nak tegur kalo perbuatan seseorang adik tu salah atau... buat seseorang adik tu kurang menghormati orang lebih tua dari dia...

standard la buli tu... macam la dalam adik-beradik ramai dalam family takde buli2...

tapi kalo buli2 sampai mati tu... kire teruk sangat la dah... amik je la tindakan kat pembuli terlampau tu...

so far dulu2 bila takde asing2 camtu... takde plak aku dengar buli sampai mati... semua membesar sihat je elok jadi orang.

ceksumolek's berkata...

alhamdulillah tak pernah kena buli.. hehee..

Lili Sakina berkata...

setuju part mak bapak n wartawan tuh...senior buli sebab nak kasi kita ingat muka dia, hormat/takut kat dia...lama2, aku ni jadi hati kering sbb senior2 mcm tu, kena marah pon tak kesah

rompa berkata...

apsal sejarah idup ko ko same dgn aku mantot?? wakakaka!! yg pasti aku byk kali kantoi isap rokok tp tak penah kene gantung..aku anak org biasa..bapak aku takde power..hahahaha...

rompa berkata...

kalau aku terpost 2 kali, maknanye intenet macam haramm..hahaha..

kyo_9 berkata...

teringat dulu pernah kene sebat sebab dituduh ponteng prep.. padahal ak tengah demam time tuh~ -_-"

N@d0x $i k0d0x berkata...

wahahahah.....aku penah kene buli tym asrama dulu....kat dewan makan aku kene diri atas meje pastu kene tiup lampu kat atas sampai padam...bende paling bodoh...seb bek la ade senior lelaki yang baek ati tolong padamkan suis lampu tu...ape2 pun memang kenangan terindah tu beb...!

iskandar berkata...

Mantot,

City of Angles... ada ingat ka? wakakaka... siot la girang, elok lepas melepaskan hajat kat longkang tepi bus stop, tiba2...

Assalamualaikum...

Alexia Aqram berkata...

Betul! bab ni aku setuju.

Campur kan aje.

Tapi yang senior kena beringat lah. Nak buli pun agak-agak juga lah.
Jangan lebih2. setakat starlight tu ok lagi.

tapi, bab belasah ramai2 ni gua tak setuju lah. nak fight, biar one by one beb. baik senior atau junior. baru betul, taklah di panggil bacul sebab balun ramai2.

oni berkata...

diorg pegi new school skg lg dh budaya mengarut2 dh mantot. dgn satu batch ramai nk mampus. old school gak style.

emak. bukan penari tiang berkata...

dulu time orientasi aku kena task cari 8 senior laki pastu cakap gini 'i love u, do u love me too?' nasib baek 8 -8 orang balas 'yes i love u too' aku taw laa aku comey! hahahah! pastu ada sekali kena starlite gak kat dahi dengan kakak senior satu dorm pasai tarik bedsheet tak licin...babi sungguh! merah dahi aku dah macam aci punya nandey!! la ni laki aku la slalu kena starlite ngan aku kalau dia mangkit tidoq lambat..huhu

gman berkata...

haha kena buli mmg ingat la sampai bila2. dulu aq mmg berbaldi2 jugak baju kena basuh, kena marah sebab seterika baju pastuh terbakar, denda dgn warden byk kali la...tapi sebab2 bodoh la bukan merokok atau apa, aq budak baik hehe.

tapi aq x buli pn budak.

dulu junior sekolah aq, dia mengadu kat mak ayah dia senior suh amik air kat dewan makan. senior batch aq plak tuh, ala...biasa la suh amik air sirap kat kaunter kan. siap ckp minta tolong lagi. habes mmg kena basuh dgn cikgu malam tuh. agak geram la jugak. manja lebih2...nak2 skang sekolah dah kaya, seme menda mampu beli. dulu waktu kitorang, gelas dewan makan tu ratio gelas:pelajar = 1:15 kot.

haih, memori2...rindu huhu

Tanpa Nama berkata...

ada pihak yang tak dapat nak bezakan ORIENTASI dengan BULI.

bagi aku orientasi peringkat universiti tu just untuk formaliti je, yang orientasi un-official (yangs enior2 buat tuh) adalah untuk bonding senior-junior, junior-junior.

kesan tak kena orientate dengan senior ni sedikit sebanyak mempengaruhi life kat universiti (which is tempat untuk kita belajar untuk mingle, socialize dengan orang).

yang kena orientate tu normally senang la nak interact dengan orang lain (yang berbeza umur, latar belakang), tak segan2.

bab excessive body contact tu je yang susah nak define tu. terlajak sikit, bole jadi macam yang baru2 ni, yang budak meninggal tu.

ape lagi yang kerajaan nak manjakan generasi baru ni? dalam kes plkn pun aku rase same je. tiap2 tahun makin tak military aku tengok. (macam lari topic lak point aku yang last ni, lantak le :)

Tanpa Nama berkata...

tot, ko sekolah alam shah cheras erk dulu?

aishah berkata...

ak dulu SBP gk.kene buli gak.bile dh senior, junior kene cuit skt.tak cuit pun xde physical cntct.mrh skt, dh mengadu sampai mak bapak turun padang.nama2 senior naik pibg.kene gantung bagai.mende kecik jek.kenangan la katekan...

tp part ludah air tu aku slalu buat.tak pun tadah air basuh tgn ke.letak air selipar skt ke.hakhak.

keropok segera berkata...

Aku masa form 1 selalu tido kena ikat kat katil .
warden aku pulak kalau tak bangun sebuh selalu simbah air paling teruk aku kena ketuk telur sebab x bangun

dah senior sikit aku buat kat junior aku plak..hahaha

ps:budaya ni patut ada,cuma jgn terlampau berat.barulah hormat menghormati dan respek orang lebih senior

brat2104 berkata...

kat sekolah ko pon ada starlight eh? ingat sekolah aku je.. biasa buat kat dahi..

aku setuju pe ko ckp.. ragging yg x melampau itu perlu.. baru indah hidup.. hehe..

tp yg melampau tu, sila hukum..

Tanpa Nama berkata...

Like!

AnAk BuGis berkata...

dulu asrama kitorg asing2 ikut form gak, betul2 jadi pasal gaduh antara form (f2&3 vs f4) haha.. time tu budak2 giler pkai rantai anjing, tali pingg kepala besar la, mcm 2.. main hayun jek.. baik xd yg kronik.. (pukul org sakit tangan je wei.. xpayah la..)

ps: aku plg benci dgn senior yg suruh aku potong rumput kt ampaian dgn gunting.. ada k patut...)

LailaAlfisyahr. berkata...

makin lama makin manja :(

macam mana nak independent?

Intan Syuhada berkata...

kalau org lame2, kes buli adalah sangat best.
bagi org baru2, kes buli mcm puaka.
nak cerita psl sendiri kena buli, mmg banyak. baca kat komen org laen pon boleh enjoy gelak. ^.^
because all that thing happened, we take it as a valuable experiences.
budak2 zaman sekarang ni, perangai pelik.
*amek ayat dari lagu hafiz ashari*
kena xde pape pon padahal, tapi macam2 action dorang buat.
report polis bagai.
haihhh~
padanla budak2 sekarang ni lembik, lambat matang.
umur berapa baru baligh pun xtau la.

Tanpa Nama berkata...

hg xpenah kena pumping CICAk...lg sedap!! 3x bicep hg dh cm malik noor....

ellkay berkata...

aku tak pernah buat but ada member aku cuci toilet bowl guna berus gigi senior. hahaha. jadi aku selaku senior yang dibenci, aku sorok bekas toiletries aku, utk keselamatan. and air ludah tu mmg aku tau gak. jadi aku suh beli air tin je.muahaha.

Shazree berkata...

Standard la.. Kene Buli Dan membuli.. Time kene tu mmg rase cm haram smpi rase nk pindah sek. But in a way it tought us to be tahan lasak & indipendent.. sigup/lados/isap rokok kat sek mmg thrill.. Sorok2.. Dlm toilet smpi berkepul2 asap kuar.. Sbtg rokok 5-10 org tong2.. Fly?! Hmm sepanjang 5 thn kat sek, aku xpenah kene kantoi since form1 (time form 1 aku kuar ikut jln blkg without knowing bende yg aku wat tu "Fly") except ngan member suwe aku. Hahaha.. Fly nk beli rokok.. Nsb baik sempat campak rokok.. Kalo x 2 kesalahan & bye2 sek..bf tu aku dah ade case.. But not quite sure ape.. Yep, that's all mmg memorable gile.. Wish can turn the clock around.. Part time form 5 la!!! Hahaha

Muhammad Ijam berkata...

aku sokong sume pendapat ko... budak2 zaman skang sume perangai cam lahnat sbb tiada didikan daripada parents... yg parents taw,nk backup jek padahal anak2 depa tuh da wat salah...

mase aku sek men dulu,nk isap rokok pon kne nyorok bawah kontena tanak bg kantoi dgn mak apak aku... tuh pon kantoi gak... tp dak2 skang nie,isap rokok depan mak apak pon rilek jek... cam aram!!

dengan ini,aku ingin menyarankan supaya aktiviti2 denda mcm yg ko ckp tuh diwujudkan semula supaya budak2 zaman skang tahu menghormati org lain...

sekian

xordy berkata...

oh, kat sekolah aku, "enjut-steng" tu kitorang panggil "pasola". aku kena time form 1. ade dekat 2 jam kot, tak letak bantal, konon prefect baik sket la, lepas 2 jam pasola, kena cangkung (punggung takley kena lantai) dalam 3 jam. abes je semua tu, kaki habis lemah, malam tu tido kaki menggeletar, hahaha. 1 batch kena, sebab ade mamat pakai short kot. time form 1 semua suci lagi, so kena islamik sket. haha. masuk form 2, sebab kantoi guna maggi yang dah bersemut untuk senior, pastu member aku plak letak taik idung yang super besar, siap ade bulu sehelai lagi (sebab tu la kantoi), kena pasola 45minit, ngan kayu hoki kat tangan, 45 min jek sebab warden datang rush, kali ni tangan plak menggeletar, haha. those days.

Verdict berkata...

aku lagi best..

dalam minggu time spm, warden halau satu batch balik. ceyt...! seb bek aku tinggal satu paper je lagi..kesian giler batch kitaorg..

aku siap kena gantung seminggu sebab lambat solat subuh jemaah.. ini junior punye pasal..tak reti cover aku - senior 'kesayangan' diaorg nie.. ahhahaa

Verdict berkata...

tapi aku bangga la..

naik turun court aku setel sendiri.
kena gantung asrama pon aku tak bgtau parents aku. tahu2 aku da ada kat umah. alasan, warden tak de kat asrama so semua stud cuti.hahahaha

CyCra~ berkata...

aku pon pelik la ngan bebudak skang..tp aku setuju..mayb parent terlalu protective and sebenarnye bebudak ni x prepare or tak exciterd nk masuk sekolah berasrama..sb tuh bile masuk je jadi kerek..kene usik ske dah buat perangai..aku igt lagi dulu2 salah satu impian aku nk masuk sbp..sb tu apa yg jadi pon spjg 5 thn hidup sorunk2 jauh nun di N9 aku x amik port n survive...


adik2 aku pon survive their yrs kat asrama..apa yg dia x kene waktu di MTD..stakat sparring tu dah biasa ..patah tgn? pon besa,,kene lempang ngan warden?perkara biasa..but they teach him well..

bg aku memori kene ragging tuh la buat aku rapat ngan senior2 n junior2....smpi skang leh keep in touch

budak2 skang manja sangat...

WhiTeWiTch berkata...

aku tak taw nak ckp betapa setujunye aku dgn post ko nih.

kalau la pengetua skolah aku sekarang nih-sekolah yg kononnye nak kekal maintainkan standard paling hebat kat johor-ade blog or facebook yg aku boleh link kan blog ko,aku dah buat dah.biar terbuka sikit mate.

batch aku dulu,masuk kadet laut,kena buli siang malam time form 4,siap ade kene operate2 lagi,takde pon bwk kes ke pengetua.batch bawah aku..kena denda sikit..siap telan2 panadol nak bunuh diri agknye,sampai kementerian campur tgn.bodoh ke xbodoh budak2 ni?

hoya berkata...

tot, apsal time form 3 tak cite klu tak puas hati dgn member sendiri.. ajak gaduh dkt bilik lps sahur dkt blik 2B3.. hahaha

Tanpa Nama berkata...

kat sekolah dlu aku kne tulis nama gune bontot.....

ザ-sylver- S berkata...

kalo aku tk kene raging,sumpah aku tak kenal senior aku sekamceng skrang kot..
mcm tu gak junior2 aku yang kami dok buli2 dlu..hahaha

buli-membuli mengerat ukhuwah (di masa depan)

geniousboy berkata...

kalo stakat buli2 manja, xde masalah bg aku. stakat mntk makanan, tlg kemas bilik, tlg gosok baju. ape la sgt. tp aku x stuju bile mlibatkn kekerasan fizikal. ramai2 blasah sorg budak. mmg la x patot camtu. kna ade had la nak ragging pon. teringat mase form 1-2, senior grg gile. tp sbb sistem adik-abg angkt, still rpt ngn senior. bile da form 4-5, still ade lg, tp junior manje, kurg ajr, xde dah bg salam bile jmpe senior. sampai ade member aku pnjm tupperware x pulang, junior report kt warden, member aku kna rotan..

Amir Said (dapurmalaysia.com) berkata...

aku pernah kena gak benda2 ni semua... asam garam hidup kt asrama..

ketua warden berkata...

aku tak pernah duk asrama..but bile masuk u je duk hostel biaselah kan tak de rules bile grad je trus posting kene jadi warden then trus jadi K W hahahah banyak lah kes2 ..biaselah budak ni memang selalu nak kene igtkan ynag penting ade ketegasan...buli tu memang takan pernah lenyap as it is HOstel Life suma memang lumrah part paling susah when the parents join turun padang mmg berpeluh nak jawab nak cover sane cover cni..kekadang mende remeh jek...dia senang agaknyer warden ni nak jage beratus2 anak....kat hostel trylah mak bapak jage anak 10 org rase macamane...tu suma utk benefit their children 2 b more independent ...n kebanyakkanyer they will learnt their lesson well...