Mei 03, 2010

Sebuah Kisah Cinta Agung Bahagian 02

(Jika anda tertanya-tanya siapa Lin,sila baca Bahagian 01.Terime kasih!)

Aku tidak mempunyai keberanian memperkatakan kepada Lin yang aku ingin mengenali dia secara lebih dekat jadi aku senyap sampai lah satu hari tu apabila kitorang pegi makan dan sambil makan ramai-ramai tu,member aku yang minat kat Lin tanya dia,"Kau ada boifren ke?"

"Ada.Kat Parit Buntar." (Lin orang Penang.)"Dah lama ke kau berkawan dengan dia?"tanya aku berminat secara tiba-tiba."Dah lama,sejak form four.Family semua dah kenal dah." Aku tidaklah begitu hancur sangat perasaan aku sebab masa tu aku dah mampu move on,cuma aku nampak member aku ni,yang mulut tak pernah diam,tak pernah bercakap sopan santun,terdiam.Frust agaknya.Aku balik bilik dan member aku balik bilik dia.Semenjak hari tu tak pernah langsung dia cakap dia suka kat Lin lagi.Aku?

Aku macam biasa.Mencari haluan hidup.Sehinggalah sampai satu masa bila aku sedar,aku bukan programmer.Orang lain sibuk belajar pasal Fizik,pasal Matematik (dua subjek yang aku tak minat langsung dari form 4) aku dok sibuk belajar macam mana nak buat animation guna Adobe Image Ready.Budak lain belajar C++,aku belajar macam mana nak buat kartun menggunakan internet yang pada masa itu sangatlah terhad maklumat yang ada.Dan dalam diri aku,aku sedar,aku menyampah gila dengan Calculus.Pada aku,semua tu takde point.Aku nak melukis.Aku nak buat kartun dan aku berenti belajar situ aku sambung tempat lain.Aku berenti dan aku tak bagitau sesiapa pun kecuali member aku sorang ni.

...........

Dah habis satu sem kat tempat baru,aku gi melawat tempat lama tu.


Niat aku nak jumpa dengan kawan-kawan aku yang aku tinggal.Nasib aku baik sebab masa aku pegi tu member2 aku semua ada.Jadi,aku pun duduk dan borak-borak dengan diorang.Tapi,Lin takde situ.Member dia kata,dia balik kampung.Mak dia sakit (ke makcik dia,aku tak sure).

Member aku dua orang dah jadi semakin rapat.Dah couple pulak,agak terkejut aku dengar cerita.Yang tak seronoknya ada jugak member2 pempuan aku ni yang dah "belajar" bukak tudung.Aku pelik sebab aku punya kepercayaan ultra konservatif tapi lantaklah,dia punya choice.Mula-mula aku tak cam,lepas tu dia tanya aku,"Kau tak cam aku ke Tot?Ni Peah aaa!" kata dia.Barulah aku sedar tu dia.Cute jugak dia.Aku pun buat-buat la tanya pasal Lin.Lepas tu macam-macam lah dia cerita.Lin sekarang ni dah tak rapat sangat lah,Lin sekarang ni dah ada boifren baru lah,macam-macam lah update pasal Lin yang aku dapat.Lepas tu dia tanya aku,direct dan agak spontan,"Kau suka dia ke dulu?"

"Err....errr.....errr...apsal kau tanya camtu?Kau nak kena baling dengan helmet?"tanya aku menampakkan sifat rempit aku yang semakin menebal."Takde apa.Aku rasa kau suka dia.Kau la bangang,"kata Peah.

"Apsal aku bangang?"tanya aku,membuktikan aku bangang."Aku rasa kalau dulu kau try tekel dia ada chance la,"jawab dia."Mana kau tau?"tanya aku lagi."Dia kata kau cute.Lepas tu dia kata sebab kau orang Kedah,lepas tu macam-macam lagila."

Terpinga-pinga aku.Terang Peah lagi,"senang cakap,kalau kau tak penakut dulu,kau ada harapan." Sakitnya hati ini dipanggil penakut.Waktu tu mata aku merayap2 mencari lipas nak takutkan dia balik sebab aku rasa ramai pempuan takut lipas.Tapi sebab takde lipas,aku terpaksa senyap dan dengar aje lah apa lagi yang dia ceritakan yakni,semua benda yang aku dah terlepas.

"Dah lah,aku nak balik.Pedih hati ini mendengar ceritamu itu,"kata aku kepada Peah.Nasib baik waktu tu ada dia aje sebab member aku lain dah kena ke kelas."Nanti aku datang la melawat lagi.." kata aku dengan muka sedih buat2.

Aku pakai helmet start motor dan terus memecut laju,sehingga merasakan motor aku seolah-olah berjalan atas udara,semuanya gara-gara ada pempuan kata.....aku cute.Itulah kali pertama aku dengar seorang perempuan lain men"describe" rupa aku.Cute.Jadi la tu.Aku idamkan pempuan gelarkan aku macho,tampan atau gagah (semua lelaki begitu).Tapi,cute pun sudah memadai pada waktu itu.Aku terus memecut pantas dengan helmet menutupi wajah aku yang cute,seperti kata Lin,meninggalkan terus semua ingatan "apa yang mungkin terjadi jika aku lebih berani" yang diceritakan oleh Peah tadi.

Terus aku tutup chapter Lin di situ.Lin pun hilang dari hidup aku tanpa sempat aku mengucapkan terima kasih pada dia kerana mengajar aku,"kena jadi berani kalau suka.Kalau tak,melepas."

Biar try daripada tak try langsung.Kalau ending tak elok pun takpe,at least kita tau.
At least kita tenteram daripada persoalan. (Bersambung)

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ppehhhh!!
rugi bro!
sape suh tak luah.
kalau tak kau dah jadi ayah dah sekarang.

afiqsiddhartha berkata...

Dah macam baca onemanga. Tak boleh tahan nak tunggu entry seterusnya. Cepat la beb.

brat2104 berkata...

yup! kalau kita suka kat seseorang, sila bagitau.. especially kalau anda lelaki.. bagitau je.. kalau anda pompuan, pikir 2-3 kali dulu ye..

tp ko dah kawin.. hehe

sambung.. sambung..

LANN berkata...

Oh ko student TH multimedia eh. Tak habis study kat FTSM ke brader mantot?

Rara berkata...

ade sambungan lagi?menunggu lagi. ^_^

Tanpa Nama berkata...

betul kite kene luah perasaan tu..takut2 kite akan menyesal bile tahu dia sukekan kite tapi dah terlamabt untuk miliki dia..huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

tumpang tanya..
apa beza yg jantan ke betina gmbr monyet tu ek?

n`mie berkata...

Betul tu..klau suka bagi tau..tgk, dh melepas..hehe

tk sabar baca seterusnya..hehe

Mantot berkata...

aku rasa monyet tu dua-dua jantan

bobo berkata...

yg 'kalau suke, kene berani' tu apply kt laki je kan. pompuan xsgt kn?

gary berkata...

perggghhhh.com!!!

shahirahkhairudin berkata...

tau takpe..bek try dari tak try lansung..pasyuh ape jadi? cepatttt...

azmie berkata...

slow sket bawak moto tu. kena tembak plak karang

intan berkata...

ad satu movie indonesia, tajuk cerite brownies kalau xsilap.tagline cerite 2 pon sesuai ngn moral of story untuk entri ni-berani mengungkapkan rasa.

Tanpa Nama berkata...

entry ni cute. macam orangnya la. kot.

Aslina berkata...

woww!!!

*saja*

Nerzhul berkata...

ai melepasss lah lagii...

azka berkata...

salam, mantot

hang blaja kat mn dulu, mcm amek sains com jer, setahu aku ramai sains com menyampah dengan calculus

ada sambung lagi cite ni, bertahun2 siap siri lagi tu

milo boyd berkata...

cute? wtf.