Mei 31, 2010

Visi Malaysia Baru : Menjelang Wawasan 2019

Malaysia,Sebuah negara yang punya...


Bekas bangunan tertinggi di dunia
Litar F1 yang canggih
Koridor pembangunan merata-rata
Lapangan terbang yang antara terbaik dunia
Pengeluaran kereta sendiri
Pemilik Lotus,sebuah syarikat kereta yang ternama
Bekas pemilik MV Augusta
Angkasawan sendiri yang kacak
Stadium bola sepak yang mampu memuatkan 100 ribu orang
Syarikat pembuat motorsikal sendiri
E-Village yang dirasmikan oleh Jackie Chan
Satellitte sendiri yang memberikan broadcast kepada Asia
Michelle Yeoh
Jimmy Choo
Air Asia,model sistem penerbangan murah yang pertama di dunia
Multimedia Super Corridor
Dua buah Masjid yang sangat mewah di Putrajaya
Petronas
Pavilion,Kuala Lumpur
Pelbagai hotel-hotel bertaraf 5 bintang
Kasino di Asia,tak banyak negara ada kasino ni
Negara yang paling ramai orang ada title berjela-jela
Eyes on Malaysia pinjam orang lain...

Tengok list tu...mesti kita rasa Malaysia ni dah level negara maju sebab kadang-kadang negara maju punya projek pun tak se-grand projek kat Malaysia.Tapi....Singapore baru aje bukak first kasino dia awal tahun hari tu,bulan 2.Selama ni aku ingat kat Singapore ada kasino sebab tu dia maju,kasino kan penting untuk pembangunan negara?Rupanya Malaysia dah lagi advance...Wawasan 2020 tah ke mana.Sekarang ni dah ada wawasan baru..Wawasan 2019 dengan tema,"Malaysia Ke Arah Negara Yang Bankrap."

Kalau dah takde duit,membangun la dengan cara takde duit.

Suruh rakyat berjimat...elaun2 menteri dengan kerabat tu takde ke proposal nak potong?Seorang potong 2 ribu,ada 50 orang dah potong 100 ribu.Setahun  dah 1.2 juta....banyak tu saving.Buat rumah murah untuk rakyat dapat 30 bijik setahun.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haha..besela la 2..menteri didahulukan, rakyat merana xtentu psl...

Besi Karat berkata...

kat malaysia ni kemajuan diukur dari segi bangunan tinggi2,bangunan besar2,kompleks beli belah merata-rata,masjid berjuta-juta ringgit mungkin?

potong je elaun menteri tu.kurangkan g ke luar negara duk sertai forum,perbincangan kosong.melabon je lebih.

Lun berkata...

klw mcm tu mentri letak jawatan la. mana ad mentri ikhlas berkhidmat. semua menteri mau duit ma. gaji sikit takpe bia elaun berkepul

Aslina berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

uihh...

beberapa tahun yang lepas, aku pernah tercengang depan tv bila dengar list-list elaun tun dr. mahathir masa dia jadi perdana menteri dolu-dolu.

punyaaa laaa banyakkk... tu baru dia sorang...masa tu laa...

belum lagi yang lain.

pada aku, apa yang aku nampak, dorang memang dah hidup senang-lenang. perlu ke elaun lagi? elaun plak jenis tak hengat dunia plak tu dia punya value.

tapi orang punya kuasa besar-besar ni... selambe je buat apa pun TAKPAAA... janji rakyat tu... kena berjimat-jimat...

tapi nak jimat celah mana kalo kebanyakkan barang-barang keperluan harian pun bergantung pada barang import. tak semua barang-barang keperluan paling-paling asas tu dikeluarkan kat sini.

jadi nak tak nak kene jugak berjimat. err... jimat yang macam mana ye??

menteri-menteri dengan kerabat semua pun berjimat macam mana ah?

sumpah aku teringin nak belajar nih.

Alexia Aqram berkata...

nama pun menteri.

kalau menteri yg baik, hidup tak mewah. tidor tilam bujang pun jadi. makan atas lantai takdak hal. baju kemeja beli kat reject shop. kot pun kot warisan bapak. kereta asal boleh jalan, hentam je labu. kalau bercakap pun sempoi2, takdak berlagak.

menteri yang tak baik, hidup nak mewah. apa barang pakai proton, BMW baru kelass. rumah sebesar tidak, tapi anak sorang. pakai kot tu kalau boleh tengah padang pasir pun sanggup. cakap berdegang-degan tapi habuk pun tarak. tak main la tuala tesco, kena pakai baju tuala baru mcm artis.

aiseh. apa nak jadi negara aku.

izinkan aku nyanyi lagu Negaraku, mantot.

"Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup bersatu dan maju,
Rahmat bahgia Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertakhta.."

thanks.

p/s: 'raja kita selamat bertakhta'. so, takdak can lah anwar nak buat negara republik mahupun nik aziz berangan nak buat sistem khulafah.

N berkata...

sokong sangat!

patutnya government unneccessary expenditure yang kena cut dulu.

Keluang Man berkata...

"raja kita selamat bertakhta"
hakhak..
boleh sesiapa yg bijaksana disini tolong bg tahu, apakah significance nye negara kite ni masih mempunyai sistem sultan n raja nih semua?

Keluang Man berkata...

"raja kita selamat bertakhta"
hakhak..
boleh sesiapa yg bijaksana disini tolong bg tahu, apakah significance nye negara kite ni masih mempunyai sistem sultan n raja nih semua?

Keluang Man berkata...

"raja kita selamat bertakhta"
hakhak..
boleh sesiapa yg bijaksana disini tolong bg tahu, apakah significance nye negara kite ni masih mempunyai sistem sultan n raja nih semua?

Amirul Idham berkata...

pembangunan memang banyak.
hutang lagi la banyak.
so tak heran la ada prediction yg malaysia bakal bangkrap 2019

so, apa relevannya pulak kita nak hantar satu lagi angkasawan kat iss tahun 2011? nak suruh dia makan gulai nangka kat iss ke?

cik Siti berkata...

kawan saya kerja di shipping company untuk baju-baju branded yang kebanyakkannya dijual di Pavilion/butik ternama. dia kata banyak juga baju-baju yang di tempah oleh menteri-menteri dan orang-orang besar.

"Belilah barangan buatan Malaysia" ke?

Nerzhul berkata...

Britain negara maju pun dah potong gaji menteri...

Aslina berkata...

hoh? gulai nangka??

aku nak jadi angkasawan jugak la.

eh. angkasawati. heh.

Call me, Eyka berkata...

takde sape nak dengar suara rakyat..tu lah dunia..dunia macam macam....

Unknown berkata...

aku akan 21 tahun ni, ayah aku dah bising suruh aku nanti pergi daftar mengundi. okeh, tu takpe.

masalahnya, kalau tiba pilihan raya bagai nanti, sumpah aku mati akal nak pilih mana. sebab aku rasa politik ni, menteri menteri ni, parti parti semua macam hidup segan mati xmau, 2 kali 5 je semua. haih.

ape nak jadi dengan malaysia ni?

Tanpa Nama berkata...

kerajaan malaysia sombong tapi bodoh. Nak tunjuk kepada dunia ada macam-macam yang hebat. Tapi kepakaran, teknologi dan tenaga kerja semua dari luar. Dulu aku bangga jugak sebab kerajaan malaysia telah mengaku membina terowong SMART. Last sekali.. HAMPEH BETUL, bila aku tengok dalam ASTRO, yang buat terowong tu semuanya orang luar. Rakyat malaysia cuma sorang mandor berbangsa india. Tipu rakyat betul kerajaan ni.

Tanpa Nama berkata...

Akan wujudkah kerajaan yg benar2 akan menjaga kebajikan dan kestabilan hidup rakyat, menghapuskan korupsi dan pengikisan harta kerajaan (aka duit rakyat) satu hari nanti?

PRU 13 mungkin? =)
ameen..

WanitaMustanir berkata...

kenapa ia menjadi biasa bagi Malaysia?

sebab biar rakyat byk kebuluq dan takde rumah, asalkan org negara luar nampak 1Malaysia sebuah negara maju.. padahal, duit takde..

pencapaian negara di mata dunia didahulukan..kroni2 kerajaan diutamakan.. rakyat dibiaq hidup terumbang ambing..

slogan 1Malaysia yg diperkenalkan Najib memang tak boleh guna dah.. sebab realitinya tak seindah yg dicanang2kan..

wallahualam..

deqnamalu berkata...

itula malaysia.

Badidu berkata...

Air Asia,model sistem penerbangan murah yang pertama di dunia <-- pembetulan. AirAsia ikut business model SouthWest Airline dr US. Dorang yang pioneer.