Januari 07, 2010

Borak-Borak Bergaduh - Proton Suck atau Aku Yang Suck?


Suatu petang di Cyberjaya...

"Ko ni,apasal suka sangat kutuk Proton?"kata Jimmy (bukan nama sebenar)."Dah terang2 pengusaha lain buat kereta ambik kos lagi murah dan lagi elok,nak buat macam mana.."jawab aku tersipu-sipu.

"Tapi kau tak bangga ke Malaysia ada kereta sendiri?" kata dia lagi.

"Bangga memang bangga tapi aku rasa kalau kereta lain sama harga macam kereta Proton,barulah orang nampak kualiti Proton tu macam mana sebenarnya,takdelah wujud rakyat Malaysia yang bengap kata kereta Proton murah," jawab aku dengan cool.

"Stended aa negara lain ada cukai.Kau tau kan negara lain kereta murah tapi cukai pendapatan tinggi," kata Jimmy lagi."Tapi negara tu takde la merata-rata ada tol." jawab aku."Harga gula pun takde la dinaikkan dengan alasan separa bangang.."

"Tu lah kau,reti komplen,komplen.Kutuk aje tau. Bangga la sket kita ni negara pengeluar kereta!Bukan semua negara mampu buat kereta!" sambung Jimmy sedikit mengherdik."Kita kena sabar la sementara Proton nak membesar,kau tengok la Toyota,Honda,berapa lama diorang nak sampai level tu...kalau kau komplen aje tau,sampai bila diorang nak maju.Bagi la support.Jangan la reti nak komplen aje."

"Ye lah.Lepas ni aku akan support Proton sepenuh hati mengikut saranan Mahathir Mohammad,"jawab aku.

Sampailah makanan yang diorder.Aku order nasi goreng biasa,Jimmy order nasi goreng cina dengan telur dadar.Kitorang pun mula la makan sambil mata aku melilau mencari gadis cantik untuk direnung ketika makan.

"Bang,bang," Jimmy memanggil brader kedai air."Apsal bang?" tanya brader itu dengan sopan.

"Air saya tak cukup manis.Tambah gula boleh bang," jelas Jimmy kepada brader tu.Brader tu pun ambik balik air Jimmy dan tambahkan gula sket.

"Aaaahhhh.Macam ni la baru sedap,"kata Jimmy dengan muka puas hati gila memandangkan cuaca waktu tu agak panas."Cayalah bang." Brader tu pun sengih2 lepas Jimmy puas hati dengan air teh o ais dia.

Aku pun sengih aje la.

50 ulasan:

milo boyd berkata...

si baby skin paksa ko tulis ke beb? hahahaha

Johann berkata...

Aku sama pndpt ngan ko. Bg aku bdoh la sape skong buta2 P1 n P2 tu. Kalo nk ckp sebab2nyer byk,dulu aku pkai kenari asik mnyumpah je hari2 ngan kualiti cam haram. Bler aku pkai GETZ trus puas hati,kualiti,senyap,myak sama mkn ngan kenari aku dulu. Ko byg la enjin 1.4 tp full tank leh g 650km. Kenari dulu pn 600 lebih sket jek. Kalo kter asik sapot p1 n p2 bler drg nk blaja bdiri ats kaki sdiri n bler nk bersaing ats padang yg sama btul x? Skang ni ko naikkn rega keter luar kaw2,rkyat tpaksa la beli jgak p1 n p2. Bg aku sori la selagi drg x improve anything,mati idup balik aku boikot p1 n p2. Btw p1 tu proton, p2 tu perodua ;)

Amak berkata...

tak hairan.
orang jepun pun kutuk honda.

JohnLabu berkata...

org jepun kutuk honda pun tapi org luar tetap beli.. org mesia kutuk poton tapi org luar tak beli.. camner cita??

Exarina Scherbatsky berkata...

sape kate org luar x bli proton..even proton saga pon ader kat uk..tapi ntok keluaran international buatan dier lebih bkualiti.n even kat malaysia skarang pon kalo kiter tengok kebanyakan foreigners guna proton..kebanyakannya saga n satria.

balqissy berkata...

dalam citer ni hahaha

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) berkata...

the thing is, didikan dan polisi yang menjadi persoalan. seolah-olahnya polisi automotif negara neh mcm nak mendidik rakyat jadi bengap. macam mantot cakap "takdelah wujud rakyat Malaysia yang bengap kata kereta Proton murah".

option yang kita ada tak meluas. sempit. aku pun terasa sama sebab semenjak join blogging baru mata terbukak luas mendalami perkara2 ini. dulu duduk menonong je depan tv, setakat tau bayar road tax, mengidam nak pakai proton etc.

sehingga laa ia menghasilkan watak seperti jimmy yang pandai bagi nasihat suruh redha dan ikut je perintah kerajaan tapi diri sendiri pun tetap banyak komplennya.

bila bercakap pasal kereta, kualiti dan keselamatan harus diutamakan sebab kita nak pakai bertahun2 (sebab nak byr installment kat bank) dan kita juga nak merempit atas hiway. kalo salah satu pun tak cukup syarat, maka tak gunalah kamu memiliki kereta itu; apatah lagi kalo dua2 pon cam lahanat...

HafizChan berkata...

rakyat membeli proton kerana terpaksa...
baik takyah ada pengeluar kereta nasional pun...
kononnya pengeluar kereta nasional penting untuk memberikan bisnes kepada industri sokongan, tapi sapa yg dapat kontrak? kualiti barang yang disupply? hampeh...

Exarina Scherbatsky berkata...

sebenarnye no such thing as terpaksa kot..sebab kita pengguna,kita ada kuasa ntok buat pilihan..kalo nak bli yang elok lagi,kene usaha lebey la..rather than just mumbling kan~

Xs berkata...

apa susah, ada duit beli la yg mahal, takdak duit dok diam2...merungut tak abes2

gary berkata...

yerp, mmg kita ada pilihan. tapi, manufacturer kena provide yg terbaik memandangkan ia produk tempatan.

secara logiknya, kalau harga dah sama kualiti pun kena sama. tak kira produk tu luar atau tempatan.

hormat dan bangga biar kena gaya, bukan melulu sahaja biarpun ia produk tempatan.

apapun, kita semua berhak menyuarakan pendapat. dok gitu mantot? :)

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) berkata...

keh keh, ada jugak yang guna hujah defense "just shut up if u don't want to comply" walaupun mantot secara sinis telah memperkenalkan watak jimmy.

lalalala...

Muhammad Fahmi berkata...

senang je nak smash si jimmy tu. ko tanye je dia "kalau ada cash RM90k kau nak beli Pesona/Gen2 atau Honda City?"

cakap kosong berkata...

www.thoughtofnothingness.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

"sape kate org luar x bli proton..even proton saga pon ader kat uk..tapi ntok keluaran international buatan dier lebih bkualiti."
-kenapa rakyat negara sendiri mesti dianaktirikan?

"...n even kat malaysia skarang pon kalo kiter tengok kebanyakan foreigners guna proton..kebanyakannya saga n satria."
HAHAHAHAHAHAHAHA. biar betik. aku keje kat area yg penuh dgn mat saleh. tak penah lgsung aku nampak diorg drive proton cokia2. perdana maybe penah nampak didrive oleh foreigner sekali dua, but.... saga n satria???????? REALLY?

Other Malaysian berkata...

kahkah.
proton berkualiti?
*ptuih!*

Nabila Abdul Mukthi berkata...

Aku study kat Auckland dulu ada a few Wira aku nampak omputeh pakai.

HafizChan berkata...

Hikhik...
Kalau kita mampu untuk memiliki kereta buatan asing, tidak semestinya kita mesti berlagak & menganggap masalah kereta nasional ini bukan masalah kita


Mumbling, menrungut tidak boleh? "Owh kereta nasional paloi...hmm tidak mengapalah, aku kan 1Malaysia, tidak mengapa, aku beli je"


Bukan semua orang mendapat peluang untuk berbelanja melebihi 50k untuk satu kereta...

Khairi Mohd berkata...

Sapot proton beb. tapi apa kaitan ngn air tak cukup manis si jimi?

Meh lepak blog gua tengok cerita pasal proton.

Kisah kereta proton

Tanpa Nama berkata...

this is my personal pov, xde kena mengena dgn yg hidup dan juga yg mati.

rakyat yg beli proton, sbb mereka xde pilihan, sbb proton je harga yg mampu dibeli, sila igt bukan semua rakyat msia kaya raya boleh beli apa shj sesuka hati mereka.

and mostly mereka ialah student, kereta mak bpk yg belikan. so tkn nak belikan anak2 baby merc dah kalau x mampu?

and i think mat salleh yg pakai kereta local tu, sbb dia just nak merasa quality kereta buatan msia and SANGAT MURAH utk compare dgn imported cars.

dan masalahnya, kalau dia nak kt support msian punya business, boleh of cos, tp tgk la worthy or not. kalau dia boleh hasilkan product setaraf dgn kereta2 imported, why not? tkn kt tnk support. malaysia tanah tumpah darahku kot.

sy pakai wira, aritu accident dgn motor yg sikit je padahal, sekali tgk sampai berlubang pintu! apa kes! and kalau org berbdn bsr sket sandar kat pintu, lekuk kot! x ke offended kat situ??

when people are more focused in quantity rather than quality.

ini adalah kritikan membina, bukan nya mengutuk ke hape, tp at least boleh la nak improve kan industri tanah air sendiri.

Exarina Scherbatsky berkata...

HAHAHAHAHAHAHAHA. biar betik. aku keje kat area yg penuh dgn mat saleh. tak penah lgsung aku nampak diorg drive proton cokia2. perdana maybe penah nampak didrive oleh foreigner sekali dua, but.... saga n satria???????? REALLY?

firstly:: i'm not provoking anybody

secondly:: if u dont sees what other people sees,is dat mean what other ppl says aint true?

think about it.

Johann berkata...

Rkyat msia kebanykan xde plihan. Nape aku ckp cmtu? Kdg2 ada org x berkemampuan bli keter luar,tp tpaksa ada keter sbb nk bwk ank2 xnk berpanas,faktor kslmtan n sbgainya. Lg satu contoh cm aku dulu la,keje aku mmrlukan aku slalu outstation,cmpany x provide any trnsport,gaji aku lak ciput time tu. So ape plihn org2 cani? Bli keter P1 or P2 la ape lg? Sape yg kata xde duit jgn bli keter bg aku tu org blagak n x pnah rs mslh2 cm org lain. Serius keter dh jadi satu keperluan, kalo india bleh kuar keter Tata Nano yg gler anjing pnya murah,xkan NEGARA ISLAM n 1MALYSIA ni x bleh buat kot?

PKU berkata...

yang dok cakap banyak nih apakah sumbangan anda kepada industri kete nasional?

Nak harapkan PR make things better, dapat Selangor nih pun tah bila nak tutup kilang arak, pub, ladang babi, baiki jalan, etc2..

cuba perhatikan, even worse jer..

pilihan A, kerajaan tak bape baik
pilihan B, kerajaan lagi bukan2

pilih..

patriot berkata...

oke, at least jimmy cakap depan, request bukan komplen.. dapatla ape dia nak..
Kalau komplen je kat belakang2, merusuh baling batu pe sume.. ada manfaat tak? watlah sumthing thru proper channel.. jangan komplen nmerusuh tak tentu pasal..

ps: negara lain kete murah tapi cukai pendapatan dan kos hidup tinggi.. tapi cukai pendapatan n sara idup mana leh pilih..
kita kos idup agak tinggi tapi taklah setinggi negara ko nak bandingkan tadi, ko ada pilihan pakai kete sorong ke apa..

dudae_simboyo berkata...

.

hidup proton.... pakai 2 protons and 2 peroduas. ok je? or is it me? hehehehehehehe.

.

Muhammad Fahmi berkata...

loan kete pun gomen kasi max RM65k, nak tau kenapa? sebab nak suruh beli p1 & p2 la. kalau dibagi RM100k habis la tak laku p1 & p2

Johann berkata...

Aku dulu keje ngan vendor wat parts proton n perodua. So byk cter2 dlm p1 n p2 aku tau. aku x slhkan org2 bwh,kbykkan diorg nk wat keje btul,tp TM,mngment,sumer mcm haram so drg tpksa ikut la. Sumbangan aku ialah tekan QC cmpany aku supya wat keje btul2. Tp mslhnyer QC supplier dh ok,time psg kat P1 n P2 plak drg main blasah jek.
Bab kerajaan kalo nk bdebat mmg x sudah,yg pnting kna phm mana bdang kuasa kjaan negeri mana kjaan pusat.

Tanpa Nama berkata...

ada, aku penah jmpe mat saleh pakai satria. boss aku dulu-dia british. satu kete perdana, wife dia pakai. dia pakai satria. sbb apa dia x pakai kete import? simple, murah. dia kata-dia bkn permanent nk tinggal sini, klu yea-ok gk la. almklm bak kata dia, kete kite (kite tu~ huhu) mcm tin susu, langgar sket trus kemek tak hingat.

tak bleh komplen ya?
jadi, biarlah kualiti takde haram sikit pun-diam je la. ckp je la bersyukur, at least ada kete tin susu gk kan dari takde langsung (lame!!).

yea, kami takde sumbangan utk kete p1 & p2 ni. jadi kami tak layak utk berkata haram kejadah pun. nanti bila kami dah jadi menteri, baru kami ckp. lagipun time tu dah byk dpt $$ yang tak tau asal mana-biarlah lpas ni klu rakyat komplen pun-diorg mana ada bg sumbangan. aku je sbg menteri yg bg sumbangan. rakyat? terutama yang level bawahan tu-MANA ADA SUMBANGAN!! **gitu ek? haha~

yea, aku terima aje laaaaaaa..... hahahahhahahaaa *bodo piang!*

Tanpa Nama berkata...

aku study kat turkey tengok banyak jer proton.dorng x komplen pon.0.o?

Mantot berkata...

ko kene tau..kereta eksport dengan kereta local lain sebab proton kena buat ikut spesifikasi negara luar.mcm eropah,law kereta dia sangat ketat...safety situ,ini mesti ada...body mesti kuat macam ni..

aku tulis bende ni bukan nak kutuk proton sebenarnya.

jom membudayakan komplen secara general.

selagi kita accept customer service mcm haram,produk macam haram,servis nak tak nak...sebagai pengguna kita kena bukak sket kepala jangan "terover patriotik"/"terover fanatik bangsa" bila produk/servis orang Melayu aje kita sanggup ambik aje apa kita dapat.

tak puas hati dengan karipap sardin yang rasa tepung?KOMPLEN AJE KAT MAKCIK JUAL KUIH.

Kalau tak sampai bila Makcik tu nak jual karipap yang TAK SEDAP SELAMA-LAMANYA?Macam mana bisnes nak maju kalau produk takde pembaikan dari segi kualiti?

orang Melayu dilatih untuk "menerima" sejak zaman British lagi.Apa salahnya kita belajar menilai dulu sebelum menerima?

Tanpa Nama berkata...

aku sokong usaha en mantot yg gigih menyedarkan puak2 'lembu kene cucuk idung' kt msia ni

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) berkata...

haha, aku pon 'ter'pakai iswara sejak 3 taun lepas. nak campak lombong takut takleh claim insuran. nak jual tade harge. nak nyesal pon ade 3 tahun lagi installment.

yeah, aku takde sumbangan terhadap proton. sokong anonymous january 8 01:56.

betul kate mantot. kalo takde komplen camne nak maju? o yeah, melainkan anda suka di-kuku besikan/dimonopolikan.

Nur Diana berkata...

XD

ada tersirat, ada tersurat..

terpulang nk faham yg mane.

Kap berkata...

semua merungut.

PM kita lagi lah.

tobek berkata...

menteri2 kat malaysia semuanya patriotik,semua sekali support industri kereta negara....sebab tu pakai pon untuk urusan rasmi je.... sebab tu semua anak anak mentri semua pakai savvy, pakai BLM,pakai Juara.... diorang takde komplen pon

yang kita semua ni nak komplen apasal ...tak patriotik langsung

Tanpa Nama berkata...

aku sokong mantot.

frhn berkata...

pemahaman saya yg umur belas2 ni.

1: en mantot komplen proton --> jimmi suruh diam and bersabar tunggu proton membesar.

2: en jimi dpt air tawar --> dia komplen dkt org kedai and dpt air manis yang dia idamkan.

sama je konsep dua dua tu, komplen. kalau x komplen, org tak notice kesalahan dan pastu org akan buat perkara yang sama (x maju. statik je)

tp mungkin ada perbezaan sikit, antara kutuk dan komplen. kutuk = bahan kaw kaw,ckp je lebih. komplen = untuk kebaikan.

mcm tu kot.

harap2 la spm saya dpt a1 nnt. hihihihi.

PKU berkata...

Baguslaa klu komplen utk kebaikan, tapi suarakan pada channel betol.. kalau ikut kan sangat nak berontak underground.. last2 merusuh tak tentu pasal.. gereja dah kena bakar dah..
boleh tgok, ni laa bahana org suka sgt memberontak.. tah pemimpin parti mane didik nih.. jap gi kena cucuk hidung dgn Yahudi lak.. sape petulun yg cetuskan chaos baru2 nih.. kalau dia naik.. Anyway, tahniah laa B.A.B.I dah berjaya wat org M'sia huru hara..

Johann berkata...

En PKU? Cuba beritau aku mana saluran yang betul? Proton, perodua dh terima berbakul2 surat komplen dr dulu ader diorg buat ape2 perubahn? Aku slama 4 taun pkai kenari tu tiap2 kali servis ada borg aduan pelanggan aku kutuk je kaw2,xde prubahan pn? Ataupun setiap komen,surat,aduan tu masuk le kubg jubur saiful agknyer tu yg syp jek tu? ;)
Mr tobek : ank mnteri mana pakai keter msia? curious gak aku nk tau.

tobek berkata...

aha ha ha ha...tu hanya sarcasm je.. khas utk manusia2 yg marah kalau org komplen pasal proton....

mana ada anak menteri yg nak pakai proton...anak madey pn tak pakai...agaknye jeling pon tak kat kete proton...

jadik untuk sesapa yg hangin kalau dgr org komplen pasal proton,cube le korang suruh pak2 menteri belikan anak diorang proton juara dulu.....aha tengok menteri2 ni patrioik ke tak

Tanpa Nama berkata...

Aku tak nak kutuk banyak2 pasal proton ni.. tapi yang pasti kebanyakan kereta yang rosak tepi jalan and accident sampai mati kebanyakan kete proton.. huhuhu..tak percaya..tanya polis statistik kete yang accd.. takut plak aku sebab laki aku pakai proton.. ( on the way tukar kete eropah walaupun 2nd hand..safety first..not 1 malaysia first)

Tanpa Nama berkata...

kenapa cuma rakyat aje yang diseru supaya menyokong proton untuk menzahirkan rasa patriotik....

kenapa menteri yang dok buat dasar untuk proton tak tunjukkan rasa patriotik mereka dengan memakai proton sepenuhnya....baru paham masalah yg rakyat marhaen komplen pasal proton...

kenapa keluarga, sedara mara vip, vvip dan vvvip yang memerintah malaysia ni tak pakai proton Juara atau Savvy untuk menyokong produk buatan malaysia dan tanda patriotisme.... bole le kita tau diorang akan komplen ke tak.... asik pakai kete import je seme, kenapa? kete proton takdek standed ke.... atau proton hanya standed untuk rakyat....

kalau rakyat komplen dan tak beli proton.... munkee kata ia sangat tak patriotik..
tapi kalau menteri dan kaum kerabat tak beli proton.... takde org nak label dorang ni seme tak patriotik.....

rakyat hanya disuruh terima aje tak kira ada kualiti ke tak.... harga nak mahal, tapi kualiti sampah....

zaman dulu boleh la

GR33N berkata...

hr tu aku pg Hyderabad india, dh merase le naik TATA NANO, ok le, sedap lg dr naik kancil. Air Cond ada, radio pun ada. Yang paling penting hon, kat sana sume tekan hon.

Proton klau nak buat kualiti dgn kos yg murah mesti boleh, kata org Hendak Seribu Daya, Tak nak seribu dalih.

Orang marah kereta nasional ni psl harga die mahal, kualiti untuk tempatan lain, kualiti export lain.

Johann berkata...

Aku sokong ape gr33n ckp.Yang penting buat ape2 pn kena ikhlas.Mmg la mniaga sape nk rugi?Tp berpada2 la pkirkan rkyat yg x mmpu nk beli keta psl mhl sgt. Psl ape mhl-sebab ader keta msia la.Aku rs nilai keter gen2 4k je,itupn dh mhl agknyer.

Nad berkata...

proton salu buat product copy n paste. skg mereka da ade persaing-> perodua. so da toley men cut cost da..

myvi jualan tertinggi tahun lepas..

aku benci PROTON berkata...

myvi the best!! perodua the best!!!
why aku cakap cmtu..????
coz sebelom ni aku pakai myvi, tukar je PERSONA..mcm2 problem aku terpaksa hadapi.. Batery kereta dah 2 kali kena tukar x sampai 1 tahun lg.. baru 7 bulan. aiyaaa, apa crita ni PROTON..?? memalukan. pg hantar PROTON COE yang konon2 nya hebat nk MAMPOS tu, last2 dia cakap kereta ok je, xde problem.. just batery yg rosak. amboi2 senang je cakap.. aku blk 3 hari..kereta susah nk start blk. pe ke jadahnye ni wahai PROTON???
bodoh la PROTON! PROTON SUCKS!!

Ntah apa yg "DATO SYED ZAINAL" buat. Sebelom ni aku dok backup proton dpn2 memember.. bla dh kena, mmg sakit hati. kereta x boleh start tgh2 mlm. pg hantar P1 COE pkl 1pg. Proton I-care kena bayar RM31.50. x boleh nk claim walaupon mmg confirm salah proton.. aiyaaa

Tanpa Nama berkata...

aku rase kereta proton terbaik bagi aku, sbb kereta proton buatan anak melayu. aku rase bangga ank melayu leh buat..

Tanpa Nama berkata...

kerata proton mahal dan sampah...engin pun sampah, design hodoh dan bodoh...

bila cakap nak kualiti, mrk cakap nak money...semua datuk2 yang cakap sampah patut sokong proton dan patriotism, semua pun guna kerata BMW, Mercedes...mana ada proton?

proton tetap sampah spt dulu...semua krt potong pun adalah rebadge. tat's y semua rakyat suka kutuk konon ttg proton...

rakyat terpaksa beli proton kerana tak mampu beli kerata eksport yg cukai tinggi. cakap Topgear, company Proton ni hanya mau duit, tak payahlah susah bikin kereta yg berkualiti dan lasak...semua tu hanya cakap MOENY

Tanpa Nama berkata...

yes i agree its all about to enrich those pahalo datuk2 from umno even after high taxing the imported cars the price of potong still high and wtf. even then the quality are kanasai. proton u can eat shit. yes some might think the government create proton has establish vast job opportunities locally but in reality rakyat yang terpaksa beli barangan bodoh. we are a resourceful country enrich with petroleum and mines and other natural resource we can make malaysia better if we are capable in handling our capita. dont let singapore which has nothing look down at us!

Faiz_Iskandar berkata...

always like laa ko punya cursing.haha!