Januari 09, 2010

Lawak Perdana Menteri KIta Hari Ini Supaya 1Malaysia Bergelak Ketawa

Kadar baru tol lebih memuaskan



SUBANG 8 Jan. - Kerajaan melalui agensi berkaitan kini dalam peringkat akhir melakukan kajian menstrukturkan semula pakej baru kadar tol lebuh raya yang munasabah dengan kualiti perkhidmatan.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kadar baru itu akan mengambil kira mutu perkhidmatan sama ada ia memuaskan hati orang ramai atau sebaliknya, termasuk memastikan kurang kesesakan dan tahap kualiti yang tinggi.

Dalam pada itu, Najib berharap, PLUS terus menyediakan kemudahan lebuh raya yang selesa dan bermutu kepada pengguna termasuk menambah bilangan lorong Beliau membayangkan kos penambahan lorong-lorong baru itu mungkin boleh dikongsi antara syarikat pemegang konsesi dan kerajaan untuk manfaat pengguna.

"(Dengan penambahan lorong baru itu), kalau kadar tol dinaikkan sedikit, orang tidak akan marah sebab perjalanan akan menjadi bertambah lancar dan tiada kesesakan," katanya.

Menurut Najib, syarikat dan badan kerajaan lain yang banyak berhubung dengan orang ramai juga harus mencontohi PLUS yang meletakkan standard tinggi terhadap kemudahan termasuk menyediakan tandas yang bersih.(link asal)


Kata negara Islam,orang Islam,kan kebersihan tu sebahagian daripada iman.Tandas bersih bukan stended mangkuk,tandas bersih tu wajib,keperluan. Orang tak marah?Hahahahahaahahaha.Aku balik Kedah kena tol dekat seratus dengan tempoh perjalanan 12 jam setiap kali aku balik raya,naik motor cepat sket...8 jam.Adakah pemimpin kita ni deluded sebenarnya?Adakah mereka syok sendiri menganggap ekonomi orang Malaysia ni sama hebat dengan Eropah?Dengan orang Arab?

Kau umumkan benda ni masa waktu pelancaran "Ibu Pejabat Baru Management PLUS" mangkuk.Tak ke itu menunjukkan betapa fuckup nya Malaysia ni?

20 ulasan:

AcanCapik berkata...

sesungguhnya mereka itu memang tolol... hape punya statement la...

khair 3rd berkata...

adoiya, mangkuk....mangkuk...

bukan nama sebenar berkata...

nanti kuar adiah mangkuk jamban.

macam khir toyo bagi award penyapu dulu2.

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) berkata...

aku dah letih gelak semenjak malam semalam.

"Adakah mereka syok sendiri menganggap ekonomi orang Malaysia ni sama hebat dengan Eropah? Dengan orang Arab?"

tak perlu disoal. sebelum ini pencacai bole laa guna defense 'ia cuma satu persepsi'. kini bukti dah depan mata.

paraxixth berkata...

gua rasa si najib tu tak pernah hadapi kesesakan kot.

macam haram sungguh. setiap kali naik kereta, ade orang tolong cover jalan 12km dihadapan. memang la selesa macam celaka!

Johann berkata...

mai ler pakat2 tumbangkn BN 2012 kang!

AcanCapik berkata...

cuba bg peluang katkat pihak lain utk mentadbir. dah terlalu lama, sampai diorang selesa nak buat rakyat sengsara...

Khairi berkata...

sapa pangkah ameno weh haha. tambah lorong nak bantu rakyat ke nak tambah pendapatan budus.

hafizshinchan berkata...

Terima kasih PM kerana hadiah tahun baru yang tak seberapa ini.

Kami tak kisah jika lepas ni dinaikkan harga semua barang.

Tidak mengapa...

Kap berkata...

cakap banyak tak guna sekarang,
time undi apa lagi........
kita 1negara kasi ajar sama depa.

Tanpa Nama berkata...

seluar aku selalu terlondeh bila sampai kat R&R. Pasal apa ko org tau..? nak terkencing le punya pasal.. he! he! he! Jangan marah eh! Nanti kena jual! Izinkan aku nak ketawa sikit lagi. Hah! Hah! Hah!

tobek berkata...

hahahaha kadar tol baru lebih memuas kan? hahahuhuhaa....


rossy: siapa kat sini nak jadik isteri perdana menteri? ahahahaha

tubelawak berkata...

ada tol la best.. boleh mengorat awek

currentlife2u berkata...

woiiii...naik lg laaa harga budu kat keee elll ni,tegok...aku dah agak..tol blk melaka lebih tinggi dari kos minyak blk melaka..

melalak laaa rakyat pasni...

kesan baik kenaikan kadar tol...heheheh..aku ingat selepas ni dah takde jemmm lagi kat seremban setiap hari jumaat dan ahad...hahahahahaha..cara mengatasi kesesakan yang lalulintas yang efisenn..huhuhuhu

sepol utusan berkata...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm mantot buatla story psl ni

Mr Somebody berkata...

dari dulu lagi aku pernah dengar, bayar tol lagi mahal dpd bayar minyak nak balik kampung. minyak pun mahal, tol pun mahal. hadiah merdeka naik minyak, hadiah tahun baru naik tol pulak. semua nak naik. kan3x?

-J- berkata...

x lme lgi rakyat naik minyak la pasni...
hahaha...

azka berkata...

semakin hari semakin banyak dasar kelakar.. baru² ni spr jaga budak sekolah.haha.(yg ni tak bole blah)

patutnya rakyat dah faham, nak atau tidak berubah.

salam mantot
selamat pengantin baru

Umar Zakir Abdul Hamid berkata...

satu je saya ajak pikir
lagi 10 tahun wawasan 2020.

Tanpa Nama berkata...

haih....bila....lah rakyat malaysia nak "transformasi" nih...budus tul PM kite kuat membazer.