Januari 19, 2010

Adakah "Raja Lawak Astro" Satu Scam SMS Yang Dihalalkan?



Aku tengok Raja Lawak hari tu,saje aje la sebab aku suka tengok pengacara dia.Lagipun aku takde benda nak tengok tunggu game Arsenal pukul 12.00.

Mula aje rancangan keluar la dua orang pengacara dia.Sorang tu memang la lawak dan seorang lagi tu macam malaun mana tah.Tak lawak sangat pun dia.Habis diorang merepek2 dalam beberapa minit keluar la ranking kedudukan undian "Bakal Raja Lawak" ni.Lepas tu terus la pengacara2 ni announce;

"Okeh,anda boleh mulakan undian anda sekarang."

Keluar la peserta2 ni cuba membuat lawak.Ada la yang kelakar...ada la jugak yang membuatkan aku dengan member aku saling pandang memandang kemudian mengeluarkan ayat "Apa ke bangang mangkuk ni punya lawak?" Ada la jugak seorang peserta yang give up tengah2 buat persembahan.itu adalah benda yang paling kelakar dibuat antara semua peserta malam tu.

Habis aje peserta terakhir,break iklan kejap.Kemudian habis aje iklan..pengacara announce "Undian kini telahpun ditutup.."

Aku duduk situ dan termenung kejap.Benda2 yang aku fikir :

1. Apa benda semua tu?

2. Kenapa undian SMS dibuka ketika persembahan sahaja?

3. Apa guna penonton mengundi kalau diorang terpaksa "blind voting" ?Pilih satu peserta favorite kemudian undi ajelah masa rancangan.Kalau dia punye lawak macam haram dan tak menjadi pun takpe la,orang dah undi awal2.Sama la kalau macam kita nak mengundi calon pilihanraya tapi kita tak tau dia tu ok ke tak.

4. Apa guna peserta bertanding?Katakanlah peserta yang mendapat undian paling hampas berusaha untuk menjadikan diri dia lawak malam tu dan nasib dia pulak giliran dia last,maknanya time frame dia untuk convince penonton yang dia mampu jadi Raja Lawak sangatlah singkat.Jarak masa persembahan last dengan time voting ditutup hanyalah 5 minit.

5. BOB LOKMAN?BOB LOKMAN?LAWAK?

6. Mana pegi geng2 Raja Lawak yang tak berapa "marketable" dulu?Kenapa sekarang ni yang tinggal ni yang "muka ada market" aje yang Astro terus ketengahkan?

.................

Aku rasa undian2 SMS ni sepatutnya diharamkan aje oleh kerajaan sebab benda macam ni dah keterlaluan.Tapi aku tau harapan aku takkan kesampaian sebab ehem..ehem..kroni bang.Orang ramai tak nampak ke "loophole" dalam sistem SMS tu?

Rancangan tu seolah-olah dibuat bukan untuk menonjolkan bakat-bakat baru komedi,tapi seolah2 membuka ruang supaya masyarakat/peminat spend duit mereka dengan mengundi "calon pilihan" mereka dan membuka ruang kepada seorang dua Melayu menjadi glemer.(Glamour = Impian Majoriti Orang Melayu).

Dah la sekarang kononya untuk memudahkan penonton,boleh vote 20 undi terus!

Banyak kali jugak la pengacara dua orang tu mengingatkan penonton supaya "mengundi" peserta kegemaran mereka,dengan nada sedih mengingatkan akibat kemungkinan terkeluarnya mereka.

Nak undi undi la.Dia menang jadi Raja Lawak,anda pulak?
Jadi bahan lawak.Jangan lah perabih duit anda dengan benda2 camni.Ananda Krishnan suka betul duit masuk tanpa perlu berusaha keras ni.

Tengok boleh,SMS jangan!

Yang buat lawak bodoh orang Melayu.
Yang SMS dan rugi orang Melayu.
Yang makin kaya orang India nama Ananda.
HIDUP UMNO!

18 ulasan:

IntanBerlian berkata...

hmm aku x pernah dan xkuasa mengundi.tgk sudah.

femme fatale berkata...

well, astro..

but i like Alex...
he's awesome.

femme fatale berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
a Sense of Scents berkata...

agree... mmg style lah hang mantot... sempoiiiii

Aslina berkata...

raja lawak dah mula ke?

kyo_9 berkata...

yup.. jangankan SMS, ak nk tgk rancangan2 yg sibuk suruh orang undi pon dah malas.. ;)

Xora berkata...

Satu sen SMS pun aku takkan bagi mereka!!! (even SMS tu undi2 ni paling murah 50sen)

Tanpa Nama berkata...

kan haritu da cakap. undi sms tu kira haram. hish. ngundi sms lagi ke?

Tanpa Nama berkata...

karut arh mender2 nih..smua nk kutip duit jer..kalau diaorang nak, try la wat program realiti tanpa undian sms, profesional punya..dem,aku benci program realiti, tambah2 AF..menghasilkan sampah..dah la banyak sampah kt industri hiburan skrang,tambah lagi sampah..

syamzari berkata...

undi sms tak pernah, sbb buat perabih duit, baik aku telefon mak ayah aku, tapi TOT, aku suka ayat hg yang last 'Hidup Umno' sat aku tambah sikit, 'Hidup Melayu' hehe sekian terima kasih

aina hazuani berkata...

kenapa tak boleh like entry ni. ok. ai laik!

Tanpa Nama berkata...

haha...aku raso kalo ko msk RL ko leh juare ar mantot,ko mcm byk modal je

'AQILAH berkata...

tak payah undi dan tak payah tengok..bosan.

tubelawak berkata...

undilah amir!!

Tanpa Nama berkata...

haprak yg amat...lg kedepan lg haprak
bengong tahap gaban

cakap kosong berkata...

setiap 5 tahun,kite dapat peluang untuk mengundi.yang ni tak potong kedit prepaid pun.tapi sorang boleh undi satu je.dan sorang ada dua benda nak kena undi.cume kena register bile cukup 21 taun.tapi macam biasalah,orang melayu kite memang kalau bab2 macam ni tak angak kesah punya makan tak register la mereka.dan dengan tak register maka tak layak mengundi la mereka.yang best lagi pulak pasal mengundi ni,kalau dari kalangan "ahli-ahli" datang mengundi,siap dapat duit lagi tu.dari mana datang duit tu,tak taulah kan.cuma ingat satu bende je.duit tu bukan duit diorang.so jadilah ahli berdaftar.tapi jangan pangkah dia.ingat kepten jack sparrow cakap "take everything u can and give nothing back".dan bagi anda2 yang tak register,atau tak balik mengundi sebab "minyak mahal" atau "satu undi je,takde beza pun",ingatlah bahwasanya inilah undian yang kalau korang tak buat atau silap buat,anda lah yang akan membayarnya..selama 5 tahun anda kena bayar..sayang minyak balik kampung satu trip,anda kena bayar minyak naik rega setahun sekali,tak campur tol lagi.maka sesiapa yang tak register lagi ingat ingat la,the battle is just around the corner.be prepared or be doomed. p/s;sori comment panjang sangat.tapi sebab ko banyak reader,maybe terkesan jugak sorang dua nak g pejabat pos register daftar pemilih....one vote does matter...

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) berkata...

igt tak dulu dalam america funniest home video, masa kat hujung tu audiens ada diminta buat undian video paling kelakar utk dijadikan juara mingguan.

kenapa sistem neh tak digunapakai sekarang?

teknologi yg terlampau canggih ke?

dalam who wants to be a millionaire versi melayu juga dah ada sistem audiens voting ini.

tapi, sekarang, semuanya KERANA DUIT!

hahahahahah!

Tanpa Nama berkata...

rancangan tu semua buat duit atas orang melayu.pesera melayu.penonton melayu.pengacara melayu.yang menang melayu.yang kalah melayu.karang yang mengata melayu jugak.
Selepas kejayaan Raja Lawak..ada pulak IMAM MUDA...dah habis imam muda ada pulak Ustazah Pilihan.

tu semua orang buat $$$$ tahukah kalian orang Melayu merupakan penyumbang ekonomi terbesar yang ada di malaysia ni? Orang Islam merupakan ekonomi terpenting di malaysia

Sistem perbankan pun guna nama Islam atau Islamic.kenapa Islam? kenapa tak guna nama lain?