Januari 28, 2010

30 Hari Mencari Syampu Bahagian 02 - BAWANG


Sedang aku duduk dan membaca-baca,member aku balik sambil meninjing satu beg plastik."Yo,apa kau beli tu?"tanya aku.

"Yo,wassup my bradah!Aku beli syampu ni...awek aku suruh aku pakai.Dia kata dia dah geli geleman tengok kelemumur aku yang teruk.Kadang-kadang kulit aku yang gelap ni menjadi cerah akibat daripada diselaputi kelemumur,"kata housemate aku dengan slang-slang Jamaica nya.

Dikeluarkan daripada plastik tu satu kotak bergambar Jackie Chan."Ni ha,BAWANG!BAWANG!" kata dia.

"Apa kebenda bawang kena letak dalam kotak ber-Jackie Chan ni?"Pada detik itu barulah terfikir kenapa bila aku tanya pasal syampu hari tu ada dua tiga orang yang kata "PAKAI BAWANG!PAKAI BAWANG!" dan yang paling legend "JACKIE CHAN PUN PAKAI BAWANG!" Mati-mati aku ingatkan korang suruh aku :

1. Gi kedai beli bawang dua tiga ulas
2. Balik rumah buang kulit bawang tu dan potong halus-halus
3. Rendam dalam air dan tuang atas rambut
4. Yakin dengan Jackie Chan

Aku tak pernah dengar langsung ada syampu brand "BAWANG."
Jadi dengan eagernya aku terus meluru ke bilik air untuk mandi.Terus aku basahkan kepala aku yang dah dua hari tak bersyampu sebab aku tertinggal syampu dekat rumah mertua.Dalam hati aku,aku dah tak peduli lagi,rambut macam Jackie Chan pun takpelah asal bebas kelemumur.Aku tuang atas tangan dan bau syampu tu."Bau dia sungguh pelik...tak semacam syampu langsung.." fikir aku.Aku lumurkan ke kepala,gosok2 kepala aku sampai berbuih...kemudiannya...

Tiba-tiba aku dapat merasakan wujud satu kenikmatan yang hebat bermain-main di kepala aku.Seolah-olah ramai amoi-amoi Hong Kong sedang mengusap kepala aku dengan jari jemari mereka yang lembut di tepi pantai yang bersih dan berangin,sambil Jackie Chan meniup nafas lembut ke dalam telinga aku.Lembut sekali perasaan ini.Nafas aku menjadi tenang.

Lalu aku biarkan syampu itu meresap ke dalam kulit kepalaku.Biarkan herba-herba itu meresap masuk membunuh semua fungus dan kutu babi yang ada.Indahnya perasaan ini.Oh Jackie Chan,esok kita jumpa lagi....

Syampu "BAWANG" boleh didapati di pasaraya-pasaraya terkemuka dengan harga RM15.00 satu botol 200ml.Disahkan halal daripada JAKIM.Walaupun packagingnya agak "sangat tidak menarik" tetapi aku dapat merasakan pengurangan kegatalan kulit kepala aku dalam nilai yang minimum.Dipakai kali pertama baru sekejap tadi dan setakat ini tidak ada tanda kesan2 sampingan.

22 ulasan:

Najatun Khairiyah berkata...

HAHAHAHA dua ulas bawang potong halus2!!!
XDDDDDD

Tanpa Nama berkata...

pompuan pon leh gune sabun tu ke?

Muhammad Fahmi berkata...

good to you. masalah kelemumur ni tak setaruk masalah botak. antara penyebab kelemumur ini ialah masa rambut basah terus pakai helmet/kopiah/songkok. lap la dulu rambut basah tu... dlm keadaan basah lembap tu la kelemumur senang membiak, tu belum campur bakteria dan kuman2 lain lagi...

Ainee Cumi berkata...

bau dia mcm mana? aini baru je beli shampoo sunsilk nak hilangkan kelumumur tu..igt laki je ada, perempuan pun ada kelumumur tau

our stori mori *_* berkata...

haaa maksudnya tu syampu bawang ni ok ke tak?

Tanpa Nama berkata...

hahahha over tull la ko ni nak ceritakan feel pun

Syahril berkata...

Shammpoo bawang ni aku kenal sangat orang yang bawak dia masuk Malaysia... Org tu dari Melaka... aku tak penah try lagi.. nanti aku nak mintak free dari dia

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) berkata...

peh, bau bawang ke bro? konpem aku takleh tahan.

tapi marketing stailmu sgt menjadi. teringin nak torai.

4. Yakin dengan Jackie Chan ---> apakah?!!!

ehh, ko dah dok umah bujang ke, bradah?

keh keh, saje nak bikin gosip di sini.

McGuard berkata...

lu try syampo brand 'sebitar'..aku lagi kes berat dr lu...sekarang dah ok..satu botol je...gerenti..mahal lah sikit ..dlm RM27/botol

Mantot berkata...

iye..aku duduk rumah bujang.jauh dari bini..kdg2 malam2 aku windu bini aku sebab aku tak biasa dah tido sorang2..

jadi aku menyelinap masuk kat bilik member aku.selalunya kena halau..

lambat nak mintak transfer gomen ni.

McGuard,

SEBITAR?Mane nak dapat syampu tu?kat guardian ke watson ke ada jual tak?

Aslina berkata...

hahaha...aku la pencadang terawal suh guna bawang haritu...wahahahaha....

Johann berkata...

ape lg tot jadikla salesman shampoo bawang tu mesti ko kaya raya cm jackie chan kang!!

McGuard berkata...

Sebitar syampoo..biasanya aku beli kat farmasi..farmasi melayu jarang jumpa benda macam ni..kebanyakan farmasi bukan melayu...kalu lu g spital pun..doc akan rekomen syampoo ni pada lu..aku pun suka pakai kalor itam time ngajar..bila berabuk atah belakang aku..budak tanya..aku jawab kapur..sekarang ni sekolah baru aku tak guna papan itam..pakai whiteboard..abis apa aku nak jawab ngan anak murid aku..jeling aje le..yang suka bertanya pulak tu ..anak murid pompuan..lu paham je le....aku mmg hensem tp..kepala berabuk..

Mantot berkata...

bro,samelah masalah kite ni,mmg payah nak bergantung kpd rupa paras aje padahal bahu putih

McGuard berkata...

Aku pun mmg minat ngan blog lu...hari2 mesti bukak...belum lambat lg...selamat pengantin baru..jangan lupa..naik belah kanan...berenti la lama sikit..pah tu turun belah kiri..gerenti dpt anak lelaki...(aku dah 8 anak)apa2 hal misscall aku d...
mcguard7378@yahoo.com

Othman Juliana berkata...

erk, McGuard kasi petua kurang kelemumur #02!!! haha~

pe2 pun mantot, aku br try guna bawang-bau dia mcm syampoo follow me kaler itam. best gk eh. sblm aku ada mslh kulit kepala ni aku guna Bodyshop Halia-berangin mmg best & kepala pun rasa ringan-utk aku yg migrain, rasanya mmg wallah!! la. smpi skang aku guna bodyshop halia lg, bawang tu aku beli testing sbb kagum dgn pakcik Ba Wang-ada pulak yang tnya farmasi syampu tu buat dr bawang merah ke putih~ wakakakakaaa.... (mcm aku le lbih kuang kot~ wahahahaha)

saye ingin tahu berkata...

eh nk tanye la.penat cari syampu bawang uh kt seluruh pasaraya.xjumpe2.hang bli kt ne ekh.haha

nurul huda berkata...

elok ker?

nak jugak try!

mane boleh beli syampoo bawang ni

Honeys berkata...

'4. Yakin dengan Jackie Chan'
hahahah!!!

so far ilang x dandruff tu bro?
i pun prob gak ni, aiii...
ade gak tringin nk beli tp takut bau xbest rugi la..

saye ingin tahu : ade kat Watsons, Guardian, Caring...senang ckp farmasi la..

swk berkata...

memang terbaik la bro syampu bawang ni lain dari yang lain lah bro.....
aku dah pakai seminggu... kelelemumur lesap gitu sajer... perh bagus betol... aku beli yang hijau punya skali ngan conditioner dier...

Tanpa Nama berkata...

eh,syampoo tu ade kt kedai runcit apek depan kampus aku..huhu..

Baby =) berkata...

bang mantot, tadi org search pasal syampu bawang ni. ada pla link kat blog abang.
still guna syampu tu lagi x?
buat lah review lagi...pls?