Ogos 01, 2009

Tahanan Tanpa Bicara


Aku selalu terfikir;undang-undang itu ciptaan manusia.Jenis manusia yang mencipta undang-undang - mereka yang berkuasa.Jadi,katakanlah :

Anda terlihat seorang lelaki menembak mati seorang lelaki lain di satu kawasan yang sunyi.Anda sempat bersembunyi dan melihat lelaki itu beredar menaiki Mercedesnya.Anda catit nombor plet kereta itu dan cuba menghafal raut wajah lelaki itu.Kemudian anda terus ke balai untuk membuat aduan.Selang beberapa hari,anda dipanggil ke mahkamah menjadi saksi pendakwaraya.Dalam perbicaraan,banyak bukti yang keluar untuk menafikan dakwaan anda.Akhirnya,hakim percaya bukti yang anda kemukakan tidak kukuh dan dakwaan anda tidak diterima hakim kerana mungkin,mereka mendakwa anda tidak mempunyai penglihatan yang sempurna.

Lelaki itu didapati tidak bersalah,walaupun anda sedar dia pembunuhnya.Fikirkan,adilkah undang-undang sebegitu?Lelaki itu didapati tidak bersalah,sedangkan anda pasti betul jarinya yang menarik picu melepaskan peluru ke kepala mangsa.Terlalu banyak lubang-lubang yang ada dalam sistem undang-undang yang tidak telus memberikan faedah kepada mereka yang berkuasa.

Apa itu undang-undang?Adakah bila seseorang itu menjadi suspek sesebuah kes,dia sudah layak ditahan,dibelasah,diherdik,dihina?Yang lebih menyedihkan,apa kelayakan manusia-manusia yang bergelar "pihak berkuasa" ini untuk menangkap anda tanpa sebarang alasan munasabah?

Aku sudah nampak secara dekat kesan kecil akibat daripada pelaksanaan "tangkap dulu dan siasat kemudian" yang diamalkan oleh polis-polis dan menteri-menteri Malaysia.Apa yang terjadi kepada orang-orang yang sekelilingnya,dari segi emosi dan psikologi yang membelenggu emosi.Menaikkan rasa marah sehingga mengakibatkan wujudnya sifat "polis itu binatang."Pada aku,tidak salah kita samakan polis itu dengan binatang jika mereka kurung kita dalam penjara tanpa ada apa-apa tindakan kita yang menyalahi undang-undang.

Jangan kita hanya tertumpu kepada ISA saja.ISA itu benda besar,tapi sebenarnya banyak kes-kes kecil yang kita tak dimaklumkan mengenai "kecekapan" polis-polis Malaysia mengurung manusia-manusia lemah yang tidak pun bersalah atas alasan untuk menjalankan siasatan.Satu siasatan seminggu yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan satu email atau satu panggilan telefon yang ringkas.Mengakibatkan hilangnya 2 minggu dari hidup seseorang kerana terkurung dalam lokap di sebuah balai polis di Kuala Lumpur.Apa gunanya ada E-Government?Susah benarkah hendak diangkat telefon untuk memastikan kebenaran tersurai dengan mudah?

Seorang manusia yang tidak bersalah meringkuk dalam penjara selama seminggu semata-mata kerana protokol penyiasatan yang hancing,sama hancing dengan bau nafas polis-polis yang keras kepala dan keras hati.Ini kisah sebenar yang berlaku.

Jadi,biarkan anjing-anjing yang mengatakan YA KEPADA ISA itu terus berkata begitu.Mereka itu bodoh dan tidak reti berfikir,biarkan akal mereka terus dirantai balaci-balaci syaitan itu.Doakan agar ada saudara mereka dihumban masuk ke Kem Kamunting,agar dapat kita tonton mulut mereka "bertasbih" "YA KEPADA ISA!YA KEPADA ISA!YA KEPADA UNDANG-UNDANG SYAITAN".Kepada kita yang lemah dan tiada berkuasa ini,fikirkan,jika anda tidak bersalah dan anda dihumban ke dalam lokap selama 2 minggu;Siapa yang akan ganti 2 minggu anda yang telah hilang itu?Cuba 2 tahun,4 tahun,11 tahun.

Pada mereka,hidup anda tiada nilai.Pada anda?Rasakanlah azab bagaimana pun.Mereka bukan peduli.Hapuskan hukuman kepada tahanan tanpa bicara.

27 ulasan:

Krx berkata...

Akta HAram JAdah ni x kena lg kat depa,mak pak depa,sedara mara depa,adik beradik depa...
Sebab tu depa duk cakap pandai..

MAk bapak,suami @ isteri kena penjara tp xtau bila akan dibebaskan?

CUba kena kat batang idung depa sendiri tengok...

antijk berkata...

Seorang lagi al juburi yang menarik untuk diperhatikan http://jamilismail.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

That's y I tak respect the undang2 kalau normal people memang mereka tangkap tanpa sebab if org2 vvip pejam mata lah.... Come on lah vvip can buy the law mah that's y vvip buat suka hati loh. So how we gonna stop it???

Tanpa Nama berkata...

Orang yang menyokong ISA itu bodoh. Orang yang melaksanakan ISA itu samseng. Orang yang membenarkan ISA dijalankan itu SETAN.!!! ISA adalah senjata pemimpin ZALIM.

Tanpa Nama berkata...

Daripada sibuk pasal ISA, baek alang wat demo anti rempit skali.. sial la rempit..

tudc berkata...

Allah pun akan hisab kita di padang masyar even org tu penuh dosa..tak gitu

Tanpa Nama berkata...

undang2 british memang mcm ni, mengamalkan konsep sama atau equality. Huh, kalau negara kita mengamalkan undang2 islam yg mengamalkan konsep adil, xkan jadi hal2 yg jadi mcm skrg. Adil dan sama adalah satu hal yg berbeza.

Tanpa Nama berkata...

then, aku x paham knp nk protes ISA secara rusuhan, buat malu je. Aku penyokong PAS tp aku malu dgn cara rusuhan mcm ni. Sungguh memalukan. Xkemana pun korang riot2 mcm ni.

Tanpa Nama berkata...

hen, aku x paham knp nk protes ISA secara rusuhan, buat malu je. Aku penyokong PAS tp aku malu dgn cara rusuhan mcm ni. Sungguh memalukan. Xkemana pun korang riot2 mcm ni.-

ALA...AKU TAHU LA...KO BUKAN PENYOKONG PAS...KO PENGECUT TAKDE TELOR...MMG LA KO TAK NAK PI...SUDAH LA...KO TAK NAK MNYUMBANG TAK KISAH PUN...

Tanpa Nama berkata...

Gayah Lawa punya komen >> Sungguhpun aku tk sokong mana2 parti politik yg special tapi Gayah memang bantah ISA ni...Sian la anak2 besar tk der bapak..Dan sibapak pulak miss the moment when their children are growing up... Isteri pulak susah payah buat tggungjawab sbg bapa dan ibu...
Dari segi batiniah pasangan suami isteri pun aku tumpang sedih... Sukarnya menahan RINDU SENGSARA PALING INDAH tu... KASIH SAYANG CINTA yg terindah pun bagai bayu di angin malam..
Apa pun aku Gayah Lawa tetap bersyukur sbb ada ayah...
Ayah aku garang tau..!!! Hee...but i luv him very muchooo...hee..

mantul berkata...

tot, gayah lawa ni sape ngan ko? semcm je dia posting komen..ex-awek ko ker? lawa ke? huhuhu...

Mantot berkata...

ntah..aku tak tau.
aku rasa laki tu,hahahha.nak kate ex-awek,aku tak pernah ada ex-awek.

Tanpa Nama berkata...

ikut la telunjuk cina baru ade telor.

SYED NAZMI NICHOLAS berkata...

erm mansuhkan je lah skali interest ptptn... takyah nak nak interest interest sekarang nie pun aku keje untuk bayar intrest je buat penat aku blaja ..lagipun pinjam ptptn wat belaja bukan wat bisnes tapi untuk prestasi negaraku malaysia...

mansuh ptptn lu baru mansuhkan isa..

Tanpa Nama berkata...

To Mantul>>>
GAYAH LAWA SAID >>
Wehh..aku pempuan tulen dan tk penah jadi ex-awek Mantot yer...
Ohh..kalau pempuan takkan tk leh guna perkataan 'aku' yg selalu para lelaki guna kot..pehh...
Takkan nk jadi pempuan lemah lembut jer... Sometimes kasar jugak.. tak reti aku nak lemah lembut setiap masa...
Pempuan zaman skrang kena jadi pempuan yg TAK mudah dipijak ranap oleh lelaki...HUhhhhh..!!!
Aku lawa sbb mak aku pun cantik lawa gak...Bapak aku hensem hee...
KECANTIKAN & KELAWAAN ADALAH HAK MILIK SEMUA INSAN...hehe..

aKU pun tak hingin jadi awek sesaper... Sbb setia ku pada ex bf aku yg dah meninggal tetap dlm hati aku..tu sbb aku tk kawen lagi..Sb lelaki mcm ex bf aku makin pupus di muka bumi...huhu...
RINDU ADALAH SENGSARA PALING INDAH..

sepol utusan berkata...

SNN,

sokong lu brader mansuhkn interest PTPTN, BANK RAKYAT, KETE< RUMAH hahahhahaha sume2lah...

shirin berkata...

aku rase aku boleh relate la dgan posting kau ni...huhuhu persetankan mereka yg pendidikan rendah tapi ade kuasa sikit lepastu menindas rakyat...screw the current system and those who adhere to it. amen

Tanpa Nama berkata...

mansuhkan la bile korang x berjaya, mansuh itu mansuh ini la. Bile gagal, dan2 rasa x puas hati la ape la. Sndr x mau maju then nak cari salah org. Tp memang ye system skrg corupt. Haha. Saje menyakat, jgn marah ye.

kucai berkata...

aku fuck ISA..
tue ja aku nk ckap ari nie..

Tanpa Nama berkata...

aku pun fuck ISA walaupun aku x tau ape benda sbnrnye ISA. Tau pun sket2 je. Aku maki ISA pun sbb pemimpin aku pun maki ISA aku ikut je. Jom fuck ISA dengan fuck yg kuat skali. Ikut je ape yg pemimpin kite buat. Dorang maki, kite pun ikut maki. Tikam n ludah sesama islam n melayu. Yg penting penyatuan dgn kafirs. Baru best n baru MALAY + SIA2 = MALAYSIA.

Tanpa Nama berkata...

aku dengar beer kat selangor tu bukan arak. betul kerrr???

Tanpa Nama berkata...

arak bukan untk di dengar tapi untk di minum.

Tanpa Nama berkata...

"arak bukan untk di dengar tapi untk di minum."

okaaayyy...

Maka diberitakan pula oleh al-Ustadz Ronnie Liu bahawa beer di wilayah Shah Alam itu bukan arak. maka ianya boleh diminum.

Adakah berita ini betul?

Kes ini kena bakar lilin dan berarak (arak lagi..) juga ke?

Kuda tunggangan (tonggang lagi..) boleh bakar lilin ke?

mantul berkata...

to gayah yg rase lawa,

seyes arr ko ckp camtu? gle ko, laki2 mcm mantot ni 2 org je dlm 10 kat M'sia ni..(1 lagi tu aku kot!)=P

rugila idup klu nak sengsara je..baik g berdemo, dok dlm lokap ISA tu baru betul2 azab & sengsara..tp itu kat dunia je..

akhirat kite taktau camnekan?

Tanpa Nama berkata...

wth?ape pn kerajaan buat , mmg akan ada org x puas ati..so let it be.hahaha

hud hud berkata...

aku pun fuck ISA walaupun aku x tau ape benda sbnrnye ISA. Tau pun sket2 je. Aku maki ISA pun sbb pemimpin aku pun maki ISA aku ikut je. Jom fuck ISA dengan fuck yg kuat skali. Ikut je ape yg pemimpin kite buat. Dorang maki, kite pun ikut maki. Tikam n ludah sesama islam n melayu. Yg penting penyatuan dgn kafirs. Baru best n baru MALAY + SIA2 = MALAYSIA.

>> ni la yang terjadi kat student student yang bodoh sombong sekarang ni.

ira berkata...

saya setuju ISA tak baik. langsung. cuma saya rasa ISA telah disalahgunakan oleh kerajaan yang menaungi ISA. lubang2 (lacunae) yang wujud dalam ISA kalau diperbetulkan memang molek lah sangat. Sebab utama ISA situbuhkan dalah untuk menghalang ketenteraman awam diganggu (read; terrorism) tetapi BN guna untuk tangkap individu yang bangkang mereka. Niat ISA elok cuma dianjingkan oleh BN.

Saya cuma nak kongsi :)