Ogos 25, 2009

Sebuah Cerita Kanak-Kanak Generasi Masakini



Ini sebuah cerita benar dan ini bukan cerita rekaan.

Tunang aku adalah seorang cikgu sekolah rendah di kawasan yang agak jauh dari pembangunan.Kawasan sekolahnya dikelilingi dengan kawasan penempatan Felda yang sangat dibanggakan oleh anak Tun Razak sekarang ini.Mungkin kerana nasib guru-guru muda kebanyakannya masih baru nak belajar menjadi guru,kebanyakan guru-guru muda dihantar ke kawasan2 pedalaman.

Pada awalnya mungkin kelihatan lebih relaks dan lebih tenang,maklumlah,sekolah dikelilingi kawasan kampung dan boleh dikatakan satu komuniti kampung kenal semua cikgu-cikgu sekolah.Yang paling penting,ibu bapa di sini masih lagi berpegang kepada prinsip lama,guru mempunyai tanggungjawab mengajar dan apa saja yang dilakukan oleh guru adalah untuk kebaikan anak mereka.

Kuranglah kes ibu bapa datang ke sekolah menyerang guru yang merotan anak mereka.Tidaklah juga kedengaran maki hamun mak bapak bila anak mereka bersalah kes disiplin.Mungkin taraf hidup yang lebih rendah berbanding mereka di bandar membuatkan ibu bapa ini berasa bersyukur dan lebih menghargai usaha yang dilakukan oleh cikgu-cikgu sekolah situ.

Banyaklah jugak tunang aku bercerita mengenai perihal yang terjadi dalam kelasnya.Ada budak terberak dalam seluar,dia kena cucikan.Ada budak menangis sepanjang kelas.Ada jugak seorang bapak yang terpaksa ponteng menoreh getah untuk memastikan anak dia dapat belajar.

Minggu lepas,tunang aku menceritakan kepada aku mengenai satu kes seorang pelajar perempuan darjah 6 yang ditangkap kerana menyimpan RM200 lebih dalam beg sewaktu spot check.Bila ditanya nak buat apa duit tu,pelajar itu mendiamkan diri.Baik budaknya,kata tunang aku.Belajar rajin dan tak pernah buat hal.

Soal punya soal akhirnya mengaku lah budak perempuan itu dari mana datangnya sumber duit dia.Duit itu dicurik daripada salah seorang cikgu sekolah nya,salah seorang cikgu di situ.Terkejutlah mereka semua.

Cikgu disiplin sekolah,dengan misai kucingnya pun menyoal,"Nak buat apa dengan duit tu?"

Pelajar itupun menjawab,"Nak bayar repair motor."

"Motor sapa?"tanya cikgu tu lagi.

"Motor kawan.Boifren saya eksiden masa bawak motor tu.."jawab dia lemah.

"Eh,awak ada boifren dah?"terkejut cikgu disiplin itu,membuatkan misainya sedikit bergoyang.

"Ak aah.."

"Siapa dia?" tanya lagi cikgu itu.

"Hafiz" jawab pelajar itu.

"Hafiz mana ni?" tanya dia lagi.

"Hafiz yang belajar sini dulu."

Lalu cikgu-cikgu di situ pun menyoal lagi sehinggalah mereka dapat mengenal pasti siapa Hafiz itu.Hafiz adalah seorang bekas pelajar sekolah rendah itu yang kini sepatutnya berada dalam tingkatan 5 tapi telah pun menamatkan zaman sekolah lebih awal,mungkin kerana malas dan kurang motivasi.

"Awak darjah 6,awak ada boifren umur 17 tahun?"tanya cikgu tu lagi.

"Iye cikgu."

"Macam mana awak boleh berboifren gelfren dengan dia?"

"Dia hensem cikgu..muka macam Zahid AF.." (jawapan rekaan aku)

"Sepanjang awak jadi gelfren dia ni,apa lagi dia mintak awak buat?"

"Saya curikkan duit untuk dia je cikgu," jawab gadis tu.

"Apa lagi awak dah buat ni?"

"Ada lagi cikgu.."terketar-ketar dia jawab.

"Buat apa?" tanya cikgu tu lembut,kononnya mengunakan taktik untuk memujuk.

"Saya dah tidur dengan dia.." jawab pelajar tu.

"Bila last awak tidur dengan dia?"

"Minggu lepas.."jawab dia.

"Dah banyak kali dia ajak awak tidur ngan dia?"

"Ada lah dalam 4,5 kali cikgu.."

Pihak sekolah akhirnya terpaksa mengambil keputusan berat untuk memanggil ibu kepada pelajar sekolah tersebut untuk diceritakan mengenai kisah anak dia ni.Menangis meraung mak budak ni mendengar nasib anak perempuan dia.

Kesimpulannya; kadang2 seolah-olah kisah yang aku dengari tak berapa dapat dipercayai.Ye lah,aku masa umur aku 12 tahun,masa tu aku baru aje berjinak2 untuk suka tengok gambar perempuan seksi.Tapi tak pernah pun terlintas dalam fikiran aku nak tidur dengan perempuan melainkan rasa-rasa seronok yang tiba2 muncul dalam kepala apabila melihat gambar perempuan2 seksi.

Tapi dengan zaman global yang makin pesat,mungkin pendedahan awal kepada bahaya gejala seks perlu diterapkan kepada perempuan.Satu masa dulu aku nak tengok cleavage pun punyalah susah tapi sekarang ni bila aku bukak aje MTV akan terpampang lah dua bukit besar bergoyang-goyang di depan mata aku.Mungkin pendedahan awal dapat menakutkan gadis2 remaja daripada melakukan hubungan seks.Bila timbul rasa takut,ia akan membuatkan seseorang gadis itu berfikir dahulu sebelum menyerahkan tubuh mereka.

Sekarang baru 2009,generasi muda zaman sekarang sudah menjadi se-advance ini,bayangkan bagaimana hebatnya mereka 20 tahun lagi.Adakah kita akan terus menyalahkan kapitalisme dan penyebaran pemahaman barat waktu itu?Atau mungkin sudah sampai masanya kita mengaku yang kita sebenarnya hanya mampu berbangga dengan adat resam Melayu yang gah tetapi apabila wujud kejadian yang melanggar hukum adat dan agama,kita hanya mampu menyalahkan orang lain.

Adakah kejadian dan kes seperti ini salah orang barat?
Atau sebenarnya ini semua salah kita yang sebenarnya tidak peka dengan perubahan budaya yang makin menjunam?


17 ulasan:

Obefiend berkata...

lek la mantot

kalah salah hukum syariah ke.. kena tangkap hukum civil ke boleh APPEAL zaman skang apa?

kantol merempit dan langgar lari? chill beb... lepas jatuh hukum APPEAL je

kalau Kartika boleh appeal orang lain jugak bisa donk!

btw mantot

dulu orang cakap islam ni kontol dan mundur pasal benarkan budak akil baligh kahwin. tak bertepatan dengan zaman moden katanya. Nah.. sekarang terbukti masih relevan. kalau sudah gatal nak menusuk dan ditusuk kawinkan aje lah. nak sangat main masak-masak versi realiti..

aku kagum dengan skill mencukur si Hafiz. muda muda dah mantap pimping skill dia. maju dah melayu sekarang. siapa kata kita tak maju. maju area yang salah pun masih boleh dikatakan maju!

Tanpa Nama berkata...

Bro tot, depend on how we put it in perspective. There will be pro n con, selalunya we blame on parent for not educating to the children.. I mean sex subject is still a taboo .. Kenalah start kat rumah dulu.. Ckp slow2 dulu. Baru budak faham mana salah or betul mah. Peace bro tot.

sKywAlkeR berkata...

Budak skolah darjah 6 skang ni pon da lagi tinggi dari aku.Mungkin disebabkan pertumbuhan hormon yang melampau,diorg jd cenggini;kegatalan yang melampau..
Aku stat wt bangsat[Tengok 'wayang kulit'] pon lpas form 5.Dak2 skang ni gile advance.Silap2 aku lak yg kne berguru ngn diorg..

kyo_9 berkata...

pergh.. dah ganas bdk skola rendah skang..

AuRorA DiAnA berkata...

ish3....dah ramai yg mcm gini....pelajar university, matrikulasi..belajar pandai2 pun tapi akal tak guna....dunia kan dah nak kiamat..

N berkata...

memang btol pun..serius aku cakap, ramai la orang simpan rahsia nih..bla dah kantoi, desak btol2..baru ngaku pnah peluk2,cium2..raba2..bt lebih lagi..padahal skolah lagi..yang laki plak dah tua bangka, cari mangsa dak2 skolah..aku dah dpt pengakuan dr bebrapa org dah..mmg truk ar zmn skrg..

Aizat berkata...

gila advance..aku masa darjah 6 nak bercakap ngan perempuan pun takut takut.. btw, i lol at "hensem macam zahid" tu..tak leh blah sial..

Tanpa Nama berkata...

Innalillah....kpd mangsa

tudc berkata...

Islam hadhari..woi mantot bila ko amik PTK..aku jadi pengawas exam ni

Uchiha Tobi berkata...

gua time darjah 6 nk bagi surat cinta pon terketar2..

seorang setiausaha yang brutal berkata...

salah pada kemodenan tanpa batasan. malah, di malaysia sendiri, VJ TV pakai baju tanpa lengan, blonde rambut...walhal mengaku islam...jadi, salahkah budak2 yang tak mampu lagi fikir baik dan buruk itu ikut jejak langkah begitu? islam sekadar nama...

sepol utusan berkata...

so bila nk bwk ke parlimen neh?

ainee si ketua pari2 berkata...

darjah 6??teruknya..adik i darjah 5 so kena jaga dengan baik..

kalau boleh jgn r kasi anak tu kuar tak tentu arah..

terpekikterlolong berkata...

dah nk kiamat...

Ladynoe™ berkata...

2009? dulu masa aku form 1 tahun 1997, aku kenal sorang perempuan, kelas sebelah. cantik. dia cakap dia start couple pada umur 9 tahun - darjah 3.

Dasat aku rasa. Jakun pun ada.

Aku time darjah tiga baru nak belajar main rekoder.

Mr_aMAd berkata...

leh kenal ngan hafiz tu x?nak bg penampor..
rosak anak bangsa..
bukan satu jer buat dosa tuh!
menipu,mencuri,seks luar nikah...
ape dah jadi?pk la sendiri

Tanpa Nama berkata...

haish~ sius jd cuak nk msok skola ngaja bce ur n3. youths msti jd 100x more advance dlm bnde2 cani within d next 5 years kn? mnyesal x amek course pra sekolah je. huhu

-teacher2b-