Julai 22, 2009

Tips-Tips Untuk Menekel Awek Daripada Seorang Yang Beberapa Kali Kena Rejek


Dalam seumur hidup aku,3 kali aku kene rejek bila aku tekel awek.

First sekali,aku kena rejek waktu aku berumur 19 tahun,sebab aku try tekel awek orang.Hahahaha,mana aku tau dia dah ada boifren waktu aku jumpa dia masa tu.

Second time waktu aku dengan seorang member aku buat muka tak malu tekel awek secara jujur dan ikhlas.Menggeletar aku first time aku makan dengan dia tapi lepas aku makan dengan dia,aku sedar,aku terlalu konservatif untuk dia Aku takde benda nak borak ngan dia masa tu sebab dalam kepala otak aku,aku duk terfikir pasal motor pertama aku yang kesejukan.Last sekali aku dengar cerita pasal dia,dia kena tinggal dengan boifren lepas boifren dia dah kerjakan dia beberapa kali.Yang tak sedapnya,aku kenal boifren dia ni dan boifren dia dengan bermegah-megah menceritakan apa dia dah buat dengan minah ni.Last2 dia boring,dia blah.

Kali ketiga,aku tak nak cerita.Aku rasa bangang gila sebab aku tak suka sangat pun kat minah tu.

Jadi berdasarkan pengalaman aku kena rejek 3 kali tu,aku ingin menyampaikan amanat kepada mereka2 yang lonely seperti aku satu masa dulu supaya jangan putus asa.Jangan putus harapan.
Ini adalah langkah2 yang perlu diambil oleh anda :

TEKNIK2 MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

1. Aim lower!

Semua lelaki nakkan wanita yang fabulous ala-ala Intan Ladyana dan masalahnya bila nak tekel awek,anda pegi carik awek yang iras2 Intan Ladyana.Salah tu!

Teknik yang betul adalah membina perasaan konfiden dalam diri anda untuk bercakap dengan kaum hawa.Aku mulakan latihan aku dengan flirting2 dengan Kakak food court MMU dulu atau mana-mana makcik/adik cleaner yang ada.Ini untuk membiasakan anda bercakap dengan gadis.Bila anda mendapati wujudnya tanda2 flirting anda dibalas,maksudnya anda sudahpun berjaya untuk ke tahap yang seterusnya.Masa aku dulu,training aku ikut peringkat macam ni :

Kakak food court > Makcik Guard > Minah Siam Restoran kat Dengkil

Percayalah cakap aku,jika kita aim lower,kita akan hilang rasa gugup untuk menekel awek.

2. Cuba tekel pondan/lelaki

Jika perempuan mengatakan seorang lelaki itu sangat kacak,itu adalah perkara biasa.Tapi,katakanlah,jika lelaki lain mengatakan anda kacak,itu bermaksud anda memang sangat hensem sebab itu dah melawan arus normal.Jika mahu pengiktirafan yang lebih tinggi,cuba buatkan kawan baik anda yang normal dan sama jantina jatuh cinta dengan anda.

Kalau anda berjaya buatkan seorang lelaki normal suka kepada anda,sudah tentulah tiada masalah bagi anda untuk cuba mengorat gadis-gadis di jalanan.

3. Fahami pepatah ini,"Cinta itu buta" dan "cinta tak mengenal rupa"

Jika anda betul-betul mengerti maksud pepatah ini,sudah pastilah anda sedar,perempuan mahukan lelaki idaman mereka tetapi bila berkata mengenai cinta,perempuan sebenarnya tak kisah pun lelaki macam mana yang diorang dapat.Walaupun anda tidak mempunyai rupa yang ala-ala Brad Pitt atau Jehan Miskin,tidak mengapa,jangan risau,fahami pepatah itu sedalam-dalamnya dan sudah pasti akan timbul keyakinan dalam diri anda.

Satu aje pesanan aku! Jangan sesekali anda menyedapkan hati member2 anda yang mengalami masalah mendapatkan cinta dengan pepatah di atas kerana jika pepatah itu sebutkan oleh seorang lelaki kepada lelaki lain,atau oleh seorang perempuan kepada perempuan yang lain,ini akan melukakan hati mereka dan mungkin juga melukakan bibir anda.

4. Belajar Menjadi Seorang Yang Tidak Disukai Lelaki Lain

Mungkin kurang jelas maksud aku tu,tapi cuba tengok dalam circle kawan2 anda,mesti ada seorang dua member lelaki yang kalau buat lawak,semua perempuan gelak tetapi anda merasakan lawak tu sebenarnya sangat2 bangang,ada kan?

Katakanlah,ada 12 orang,6 lelaki,6 perempuan lepak sekali.Kemudian salah seorang member lelaki anda itu membuat lawak dan semua gadis2 manis itu tergelak berguling-guling padahal member2 lelaki yang selebihnya sependapat dengan anda,lawak tu takde kualiti langsung dan anda merasakan anda best sebab anda sependapat dengan geng-geng lelaki anda yang maskulin gila.Apakah kelebihan lelaki itu berbanding geng anda yang macho itu?Kelebihan dia,dia satu-satunya lelaki yang berjaya membuatkan member2 perempuan anda bergelak ketawa tapi anda?

Walaupun anda merasakan bila anda berada dalam kumpulan majoriti menunjukkan anda best tetapi perempuan mudah tertarik dengan lelaki yang mampu membuatkan mereka ketawa.Jadi,turunkan ego anda dan cuba belajar lawak2 yang disukai oleh perempuan kerana anda perlu sedar,lawak2 yang disukai oleh golongan lelaki sangat2 lah tidak disukai oleh kaum perempuan sebab lawak kita kasar gila.

Cubalah sekali,ketepikan perasaan geng2 lelaki anda dan cuba tarik perhatian kaum hawa dengan lawak2 pasal anak kucing,baby atau handbag.Jangan hiraukan pandangan geng2 lelaki anda.

5. Cuba belajar menjadi romantis

Ini adalah benda yang paling susah hendak dibuat oleh aku sebab jiwa aku yang keras dan kasar ini membuatkan aku selalu mencarut keseorangan bila teringat balik ayat2 cinta dan kasih yang pernah aku luahkan untuk memikat si dia.Selain itu,pandangan member2 aku yang memandang serong kepada geng2 jiwang kaki gayut telefon sehinggakan suara pun bertukar lembut dan manja membuatkan aku geli nak belajar menjadi seorang lelaki yang sesuai untuk bercinta.

Pedulikkan pandangan rakan sebaya anda yang menggelarkan anda mat jiwang atau mat bunga.Cuba latih diri anda untuk menuturkan frasa2 romantik seperti "Saya sayang awak" atau "I miss u" di depan cermin sehinggalah anda merasa tidak wujud langsung perasaan malu ketika berbuat demikian.

Cara yang paling baik untuk melembutkan jiwa anda adalah dengan menonton filem2 komedi romantis seperti "You've Got Mail","Sleepless in Seattle","When Harry Met Sally" atau apa-apa filem yang ada nama Meg Ryan satu masa dulu.Jika anda mahukan rujukan filem yang lebih funky dan muda,sila tonton "10 Things I Hate About You" dan tengok macam mana perubahan watak Heath Ledger (RIP) dalam filem tu,daripada seorang yang berfikiran "GIRL SUCKS" bertukar kepada seorang mat jiwang yang berbunga-bunga.

..........

Satu masa dulu aku dan 3 orang member aku menggunakan frasa "Girl Suck" setiap kali nampak member kitorang bergayut dengan awek.

Bila difikir-fikirkan balik sekarang ni,perempuan itu tidak suck.Sepatunya ayat tema kitorang berbunyi "Girl Hate Us Because I Sucks". Sebab ego punya pasal (dan takde awek nak kat kitorang) membuatkan kitorang menipu diri sendiri mengatakan Girl Suck.Padahal kitorang yang tak indah di mata perempuan.Jadi,tunggu apa lagi,tingkatkan keyakinan diri anda dan belajarlah menjadi romantis dan caring,sebab itu aje cara untuk anda mendapatkan bakal teman hidup anda.

Jangan ego untuk berubah.Ganas2 macam mana pun,balik rumah anda makan nasik jugak.

29 ulasan:

Kentut berkata...

bro, no 2 tu geli siot. muahahaha.

Auww berkata...

I like your idea...brabus.

mArc The Great berkata...

hahaha...serious sh*t ngam....hahaha

kucai berkata...

mantot,aku kalu ganas balik mkan meggi mee..hahaha...

slalunya lelaki punya ego mmg tinggi gila..mmg tamau kalah la wlaupun mmg kita yg salah...

cuba try rendahkan skit ego, tpi jgan smpai orang pijak kepala..

slamat beramal....

kyo_9 berkata...

hahaha..
weh, citer la reject no 3 skali~
nk dengar gak la.. hahaha..:)

a w e n g berkata...

ayat prektis depan cermin tuh cam prektis cium depan cermin ko tulis dulu tuh ke?

"belajarlah menjadi romantis dan caring" - Bro, cant imagine u saying this in real life man.. sure geli tahap muntah hahah.

Good post.

aLiN_aZa berkata...

hahaha,...

lawak btol entry nih...

hurm..
jadi diri sndri, jujur n ikhlas n yg plg penting hati...

slmt mcari awek..bukan aweks yewr..
=]...

eyucks berkata...

this article is not sucks.. hehe

Tanpa Nama berkata...

From Gayah Lawa >>
Nomot 2 tu buat aku rasa nak demam kura la...haha..
Yg nomot 3 >> Yeahhh!!! Aku setuju wehh.. Sbb mamat yg tak hensem sgt selalunya ayat lagi best walaupun tk jiwang karat...hihi...

Tips aku >> Guna la perkatan saya sayang awak..
Saya rindu awak..Selalu igt awak..
(ayat mcm ni buat aku tk leh lena dan letak foto lelaki tu sebelah aku haha...best wooo...)
Drp dok i luv u..da tak best arr... bgi aku la...

Tanpa Nama berkata...

yes... no.3 tu betul sgt, sbb ku tak penah kisah pun tp kepantangan ku cuma satu aje.

bila aku tawarkan diri utk belanja...dan ku mmg maksudkannya pd WAKTU ITU... bukan utk waktu2 seterusnya.org dah belanja sekali pastu mulalah 'mua' kata org utara.

Lepas tu pinjam duit sekali dan nak pinjam kali ke2... sedangkan hutang yg 1st dulu tak bayar,walau $10 tp nilainya sgt tinggi o... pd ku, blh buat mkn seminggu(kudap2) kat hostel (beli meggi ayam sepeket+- $3.50,roti paun+- $2, snap wafer cloud 9 perasa coklat +-$3, eskrem nestle lemon 5posen). sbb dr situ le aku menilai tahap kebertanggungjawaban kamu.

jantan yg suka kelepet duit ni mmg ku rejek walau muka hensem tahap Robert Pattinson.x guna loh... dan aku akan ckp, kita cuma blh jd kawan aje.pegilah cari pempuan lain.

so far... aku pun dah 5 thn ++ kawin dgn laki yg pd org lain mungkin muka so-so tp aku x pandang hal itu.

ok, chios.

Ku Intan.

Tanpa Nama berkata...

pasal cinta ke2 awak tuh.

jantan yg bangga citer pasal hal dia 'tebuk' awek dia mmg jantan sgt x guna sgt2. ku ada kawan2 yg dpt bf buta usus camtu.dan masalah kebykan kwn ku ini, dorg ni kdg tu terpaksa terus go on dgn bf dorg yg mcm lahanat tu sbb di ugut akan didedahkan skandal kpd umum.nasib aje zaman tu xde h/p berkamera... 3gp, etc.

sbb stigma masyarakat yg sgt bias gender, sgt jarang mendgr kutukan kpd sang jantan.dan kpd kwn ku ada yg berjaya ku pengaruhi utk tinggalkan je jantan x guna mcm ni, bygkan si jantan ni mmg peras ugut zahir dan batin... x dpt duit ugut... x dpt nak cucuk ugut... x basuhkan kainbajuspender ugut.suck giler jantan camni.

giler membuak darah, kalau ingat balik... jadik2 ku cuma ckp, "ini belum kawin dia buat korang sampai camni, kalau dah kawin maka mmg jd kain burok sungguh le... pikirkan pasal masa depan anak2 yg bakal di lahirkan nanti. mmg korang dah tercemar tapi TUHAN itu pengampun, penyayang dan segalanya."

Ku Intan

EverGreen berkata...

sebagai insan yang bergelar perempuan aku setuju dengan kupasan mantot...dan aku sangat menyampah dengan lelaki yang ego meninggi mengalahkan langit ketujuh...hahaha...kepada kaum lelaki jangan sesekali merosakkan perempuan kerana anda adalah ketua kepada mereka bukannya perosak...

mantul berkata...

Salam, aritu aku dengor kuliah maghrib adala ustaz tu cakap.." org lelaki ni nk masuk syurga nanti, ada 2 tgn yg menghalang langkahnyer ke syurga..

1-tgn2 isterinya..
2-tgn2 anak2nyer..

bile t/jwb sbg khalifah itu terabai ke atas mereka..Masya-ALLAH, gerun rasenya nk jadi org lelaki ni!"

Tanpa Nama berkata...

tips sampah...(mesti ko x hensem...)

lpas tekel, dh dpat, jaga elok2 ok aaa... ini klau dh buat mcm2 kt awek tu, then, lepas mcm tu jer, mmg sampah...
jgn pandai tekel jer bro...
cermin2 diri, rupa ada ke, ilmu tinggi ke, agama cukup ke... ko lupa letak smua tu...
n, tekel seriously, pikir biar sampai perkahwinan...

Mantot berkata...

isk,
mesti ada jugak sorang yang buta-buta ambik serius apa aku tulis..

terpekikterlolong berkata...

hahahhaha..kalau nk tekel ex gf yg skrg dah jadi awek org mcmaner plak bro??haha

sepol utusan berkata...

tot org yg amik serius tu ad pnglmn xdpt tekel awek lebih truk dr ko kot hahahahhahaha tu yg amik siyeeee...

ming2 kate INI SERIUSSSSSSSSSSS

good entry tot, nnt aku suh bini aku baca hahahahaha

tudc berkata...

aku bukan setakat pompuan tu reject..ngan mak bapak pun reject aku..hehehehehehe..

unwanted berkata...

x leh blah no 2 tu..
gersang siot..hahahaha

lidah berkata...

i pon rasa macam ni. kawan2 perrempuan i suka kan lawak tentang piryed dan alat vital

Buruh berkata...

Selamba cakap mantot tak hensem!
gila doh!

Mantot tahap european guy, 'anonymous'tak jumpa lagi cakap tak hensem.
mantot cakap je dia kena rejek ngan 3 awek.tapi awek yang lekat, dia tak cerita pun.

Sebenarnya 3 awek tu apalah sangat
(Kakak food court, Makcik Guard, Minah Siam Restoran kat Dengkil)
+ Waheeda

Ni tips mantot kasi, paling cikai pun 5 awek dalam tangan. Tak caya? Try a.

Mantot berkata...

buruh,terime kasih aa bekap aku.
aku dah hilang keyakinan diri dah dengan paras rupa aku,nasib baik ko ada.

dah berapa hari aku tak mandi sbb aku fikir mandi pun apa guna,bukan hensem pun

Tanpa Nama berkata...

selambe ckp mantot tak hensem. muke macam esma daniel kacak weehhh...

yem

Tanpa Nama berkata...

Mantot ensem woo....aku pon pernah terpikat...bukan sebab dia ensem..tapi sebab dia macho...
haha...dah..dah..pegi mandi..busuk dah

mantul berkata...

tp yakuza kat jepun ganaz2 lik umh makan sushila tot!

Mr_aMAd berkata...

hohoho
caramu dan caraku lebey kurang..
sesapa kat lua tu ley try..
jdik siot

Miko Yamaguchi berkata...

mantot, entri ko ni paling gila kool la. aku paling setuju bab lawak dikalangan budak2 lelaki ni sebenarnya adalah lawak kasar dan bukan semua perempuan boleh terima lawak kasar. kalau ada yang boleh terima pun, balik nanti mesti cerita dekat member2 lain sebab xpuas hati dengan lawak kasar tu.

p/s: aku berusaha menghabiskan membaca semua entri ko yoh!

Tanpa Nama berkata...

http://connections.blackboard.com/people/1755b9ba7d Buy amoxil online
http://connections.blackboard.com/people/d3f4f89d59 Buy Cheap Bactrim
http://connections.blackboard.com/people/76b8b13755 Buy Celebrex Online

Tanpa Nama berkata...

bro....aku prob la ckit ngan no1 tu......
aku dah aim dah makcik2 cuci....akak food court...
tapi bila jmpa yg aku suka....smua k'branian tu ilang....
jdi gugup truss...
bnyk kali cuba.....tpi x leh wat gak...