Ogos 05, 2009

Aku Beruntung Lahir Dalam Tahun 80-an


Sejak kebelakangan ni,bila aku melukis ke bila aku membaca komik ke,aku selalu terfikir,kenapa hiburan2 untuk budak-budak satu masa dulu jauh lebih matang berbanding sekarang.Contohnya kartun-kartun yang aku tengok dari kecik dulu.AGAK BANYAK KARTUN yang aku tengok campur-campur dengan cerita-cerita Jepun yang tak banyak lagi dibuat sekarang ni :

Kartun -
Tranformers
Thundercats
Silverhawk
Grandizer
Visionnaries
Spiral Zone
Saber Rider
Macross
Mospeada
Ghostbuster
He-Man
Jem
My Little Pony
Care Bears
Smurfs
MASK
dan bermacam lagi lah..

Cerita Jepun :
Kesatria Baja Hitam
Space Cop Gaban
Maskman
Flashman
Moero Attack (ni terbaik!)
Oshin
Akantare

Cerita Bangang sket tapi kostum dia kool (pada zaman 80an) - Captain Power (habis rancangan boleh tembak2 kat TV kalau ada permainan dia)

Hahaha.Kalau nak kira dalam kartun ke,dalam cerita Jepun tu,kebanyakannya theme yang ditonjolkan agak berat.Contohnya dalam Mospeada ada satu karakter gay dan bila hero tu tersentuh mamat gay tu,muka dia blushing-blushing.Masa tu aku memang tak paham apsal tapi selepas masuk ke sekolah asrama,barulah aku mengerti maksud yang tersirat itu.

Selain daripada tu,kanak-kanak generasi tu juga belajar bermain game sewaktu zaman kemajuan pesat teknologi komputer.Waktu tu,main game adalah satu cabaran yang amat besar,sebab :

1. Tak boleh save,tutup Micro Genius,padam semua benda
2. Game yang maha susah.Tapi sebab masa tu katrij game mempunyai harga yang agak premium,habiskan jugak walaupun game tak best
3. Berapa ratus kali aku dimarah suruh makan sebab aku duduk depan TV dan main game sampai mata aku jam dan terpaksa pakai spek tebal (zaman tu main game memang merosakkan mata)

Yang paling seronok menjadi kanak2 tahun 80an adalah bila kita terlepas zaman fesyen tahun 80an kerana sebagai seorang kanak-kanak,kita tak terikut dengan dunia fesyen waktu itu.Ketahuilah,pada tahun 80an,fesyen dan trend yang happening pada waktu itu adalah TRAGEDI KEPADA SELURUH DUNIA.

Dan sebagai kanak-kanak tahun 80an,aku membesar selaras dengan tumbesaran teknologi dunia dan selaras dengan impian arwah bapak aku yang mengimpikan nak ada internet kat rumah dengan alasan tak nak beli paper lagi dah,aku dapat merasai internet agak awal.Mula-mula memang kagum dengan IRC tu sambil chat2 kat channel "#Kampung" yang kononnya tempat paling happening satu masa dulu padahal aku hanya sekadar masuk nak try2 mana tau ada gadis2 yang inging bercyber sex dengan aku,kerana aku ingin mencuba waktu itu (daya pemikiran pervert aku agak cepat matang).Siap menggeletar bila ada nickname awek msg nak ajak borak sambil otak berfikir macam mana nak pesongkan awek tu ke jalan yang serong.Bila pikir2 balik,CYBER SEX?!Apa kejadah seronoknya?Hahaha.

Yang paling penting sekali adalah generasi-generasi yang lahir pada tahun 80 an dan selepasnya adalah generasi-generasi yang terdedah dengan maklumat-maklumat yang pelbagai.Membolehkan kami mendapatkan sumber berita daripada pelbagai sudut dan pihak.Ini membuatkan kami lebih partikular dengan sumber-sumber berita kami kerana kami agak mampu menilai mana berita kelentong dan mana berita palsu.

Hakikatnya,cara kerajaan menjual propaganda mereka masih menggunakan cara lama mereka yang dipraktikkan semasa zaman mereka membesar dahulu dan cara itu tidak boleh digunapakai lagi sebab pada aku,seorang bayi comel yang lahir pada tahun 1981,cara kerajaan nak memujuk kami dah tak boleh dipakai lagi.Setakat hulur bantuan seguni dua beras lepas tu nak dapat sokongan?Jangan harap.

Orang-orang lama yang masih tak sedar,bolehlah kerajaan perbodohkan.
Untuk kami,kanak-kanak yang lahir dalam tahun 80an,usahlah dianggap taktik kerajaan itu tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas.Dah lekang,dah lapuk,dah luruh.

Berenti2 kan lah berita2 bangang dalam media massa.Hanya orang bangang aje yang percaya berita tu bulat2.

Nota kaki : Aku tak tau macam mana tiba2 terlari topik.Mungkin emosi aku terganggu semasa menulis.Memang aku nak tulis pasal benefit lahir tahun 80an je tapi entah kenapa selepas membuka Utusan Online membuatkan mood untuk menulis menjadi berapi-api.

10 ulasan:

syamzari berkata...

mantot..

sungguh pun aku tak kenal ko...tapi kita sezaman hehe...selain daripada citer katun2 ni...yang aku ingat masa tu kalau citer2 melayu...perghh bukan main dia punya seksi...pahtu kalau citer2 seram...memang betul2 seram...teringat aku citer toyol waktu tu....

psl irc pulak...semua yang ko bgtahu tu lebih kurang ngan aku...siap masa tu dpt jer internet...nak cari gambar-gambar yang takde kain...hehe aku ingat lagi bukak browser kecik gila...takut org lain nmpk hahahaha...

Sang Hangin berkata...

sebab ko x jd tulis aku dgn x malunya tolong smbng tulis. faedah2 membesar di zmn 80'an:

- x perlu bnyk gajet (hp, psp etc)
- nasik lemak 50sen betul2 nsk lemak
- x hbs duit dkt cc.
- mempunyai otak yg kudus lg suci
sebab komputer x de. x boleh
d/load 3gp lucah.
- semangat setia kawan tinggi.skrg
ni berkawan melalui cyber. mudah
offline.
- cikgu masih pailang.

tu je. ada nk tmbh?

razifembi berkata...

memang kita sezaman tuan,

apa pun bersabar dan yang penting cintai negara kita.

salam singgah dr relaxjom...

Unknown berkata...

generasi membesar tahun 80an mesti dah lali dengan suara Mat Sentul...
tengah sedap tengok katun petang2 mesti ada iklan...

"TORA DATANG LAGI DENGAN PERMAINAN BARU....GASIIIING TERBANG"

rasanya sekarang pon ada lagi kot

Tanpa Nama berkata...

aiya, y so emo??? lu jgn pikir manyak2 lah... lu pikir lagi, lu punya hati tarak senang.

kelembai berkata...

hang dah tau utusan mcm tu..sapa soh baca..jgn la baca..baik hg layan majalah mangga lagi best..tgk awek2 seksi di situ.. mata yang mengantuk pun akan segar..

austenite berkata...

malam2 layan isma halil kat radio muzik..

sepol utusan berkata...

isma halil kat radio musik jam brp austenite? hari apa? aku dh lama x dgr dia neh

SUXX berkata...

aku ingat lg Silverhawk tu.


gila klasik,ramai yg xtaw.

Tanpa Nama berkata...

aku pn mcm ko gk, Moero Attack mmg bes gile...........
SUMMERSAULT BERPUSING!!!!!!!!!!!!!!!