Ogos 21, 2009

Pencarian Sebuah Kenderaan Yang Praktikal Adalah Mustahil di Malaysia


Aku saja nak merungut.First sekali,aku keluarkan dulu pendapat aku,"SEMUA KERETA DI MALAYSIA ADALAH KERETA MEWAH!"

Dalam seminggu ni,selain daripada berpusing-pusing mencarik baju pengantin,aku juga melakukan survey sesuatu yang aku cukup tak suka,iaitu membeli kereta di Malaysia.Kalau lama korang ikut apa yang aku tulis,mesti anda akan perasan,cukai kereta adalah satu sebab utama kenapa aku menentang kerajaan.Ya lah,bila kita terpaksa berhutang sampai 9 tahun dan bayar ratus-ratus bulan-bulan (tak masuk minyak lagi) semata-mata untuk mendapatkan pengangkutan,itu menunjukkan kerajaan kita sebenarnya tak berapa bijak.

Kita takde choice sebab bagi yang dah berkeluarga,mereka TERPAKSA membeli kereta.Sistem pengangkutan awam kita yang bertaraf dunia ke-empat membuatkan kereta adalah satu2 nya cara untuk rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia tidak ada pilihan.Kita adalah rakyat yang ditekan untuk memastikan ada golongan lain naik.Tidak ada kenderaan yang praktikal di Malaysia.Semua kereta adalah kereta mewah.Proton Saga kah,Perodua Viva kah,Naza Sutera kah,semua itu kenderaan mewah.Kita "mampu" membelanjakan Rm500 sebulan untuk installment kereta dan Rm300 untuk minyak.Dan jika RM800 dibelanjakan hanya untuk kenderaan,bagaimana pula golongan mereka-mereka yang hanya bergaji RM1200,RM1600,majoritinya begitu kan?Dulu aku interview RTM aku jumpa seorang brader penerbit rancangan yang berumur 43 tahun dan gred gaji nya B17.Kepada sesiapa yang tak tahu pasal gred gaji government,gred 17 bermaksud gaji anda ialah RM900 lebih basicnya.Dan dia dah berkahwin dan pakai Proton Wira.

Ada seorang pembaca aku yang aku borak2 ngan dia pasal kereta,dia mengeluh sebab bayar RM500 lebih hanya untuk sebuah Perodua Viva.Haram tak berbaloi.

Jadi,bila aku survey pasal harga kereta,pilihan yang praktikal tu takde.Anda nak kereta yang safety features nya lengkap?Tambah lagi 10 ribu.Tak mampu?Beli yang basic je.

Kalau benar negara kita hendak menjadi pengeluar automotif,kenapa tidak diwujudkan akta kereta-kereta kita wajib ada safety features macam ABS,EBD,air bag dua?Kenapa semua tu masih dijadikan bahan-bahan optional?Those are safety features and SAFETY SHOULD BE COMPULSORY.Dan aku selalu ulang ayat ni,Jangan Anggap Kereta Tempatan Murah.Kerajaan mewujudkan akta yang menjadi ilusi membuatkan kereta tempatan nampak murah.

Jadi,nampaknya dah sampai masanya untuk aku give up dan beli kereta.Choice yang aku ada,hanya dua.Yang menyedihkan,dua pilihan yang aku ada tu bukannya pilihan aku sendiri tapi pilihan yang dibenarkan untuk rakyat Malaysia.Tak nak bayar cukai mahal?Beli kereta sekian dan sekian.Nak pilihan banyak?Pegi duduk negara lain.

Pilihan,pilihan,pilihan.Untuk orang yang macam aku,pilihan memang tak banyak.Savvy,Viva,Sutera,Forza,Kancil,Kelisa semua aku takleh masuk.Habis,apa lagi pilihan yang aku ada?

Yang paling penting,jangan biarkan sebuah kerajaan yang membuatkan keputusan untuk hidup anda terus berkuasa.Kenapa nak bangga dengan kereta nasional jika harganya sebenarnya tak sepadan dengan nilai yang kita bayar?Dan kita semua sudah sedia maklum,kereta nasional yang dieksport keluar adalah jauh lebih baik dan murah berbanding kereta di sini.

Adakah masyarakat kita terlalu mudah diperdaya dan ditipu?
Adakah kita ni sangat senang berpuas hati?
Kita suka ke menjadi masyarakat yang berhutang?

Argh,aku jadi susah hati sebab dah sampai masanya aku terpaksa pakai kereta.

Tukar mentaliti anda (yang masih tertipu).

Kita kerja bukan untuk bayar hutang.Kita kerja untuk support hidup kita.Kita tak sepatutnya dibebankan dengan hutang 9 tahun untuk satu benda yang bernama kereta yang tak sepadan dengan nilai yang kita bayar.

Aku jadi emosional bila fikir balik dulu mak bapak aku beli Toyota Corolla baru CASH RM18,000 dalam tahun 1980.Adakah kita makin miskin sebenarnya?

27 ulasan:

gary berkata...

entry nya bagus!

jom tot, kite migrate n bukak studio sama2. projek or tender takde org tgh. pg keje leh naik tube or beskal.

amacam?

:D

just wondering, klu kita sumer ada mentaliti mcm ko ni kan, mcm mana kerajaan nk handle....

iLIkeBudu berkata...

good entry bro...stupid government, for stupid people who vote them!

EQUILIBRIUM berkata...

nak tahu kita murah ke mahal ke kita kira gini je. berapa peratus gaji anda dihabiskan utk bayar kereta? 25%? atau cuma15%?

sbb teman selalu merungut harga dvd dan cd ori kat malaysia ni mahal? bayangkan kalau teman 3 keping dvd ori sebulan je dah rabak 5% gaji teman.

mr. hafis berkata...

jadi bikers pun rabak. beli kereta pun rabak.

apa yang kerajaan nak sebenarnya?

diorang mati nanti kasi tanam sekali dengan duit ah.

semak.

xordy berkata...

dude. inflasi. rm18k masa 1980 lain kot kalau nak disamakan dengan sekarang

Sre berkata...

ye kite mmg miskin.. sbb nye nak kayakan kerajaan..

kete nasional made in rawang = RM550 [9 years]
umah merpati bertingkat = RM500 [for 29 years - harga beli 79k saje]
ptptn= RM200
minyak, makan = RM 500
tol = 150
bil air, letrik, astro, streamyx, etc..

silap2 cukup bulan negatif je gaji tu.. bile kite nak kaya??

Mantot berkata...

dude.inflasi mmg main peranan..tapi diburukkan lagi dengan cukai.masa tu kereta semua ikut harga market

hoya berkata...

bukan takat kereta je... klu tgk early 80an dulu, duit kita sama level dengan singapore 1:1, tp skrg duit kite jauh lebih murah RM 1 : SIN 2.5++, tp dari segi rate gaji RM1000 : SIN 400 je, tu belum di compare dgn USD, EURO atau POUND, dahlah value duit kita makin rendah, tenagan kerja kat sini kira murah gile, klu UK pun standard engineer pun GBR 2000.00, malaysia RM2000.00, nilai sama value tak sama... mmg loser gile kita ni, diorang GBR 2000.00 Harga kereta GBR 15000.00++ tupun dah besar, tp kira RM 2000.00 kereta RM 35000+++, jadi kita negara miskin miskin yang semakin tertindas... yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin...

Tanpa Nama berkata...

that's what i've been trying to tell people. just like what hoya said.

gaji org uk 2000, tapi they still prefer to naik bas and tube, walaupun kereta murah bleh beli cash.

gaji org msia 2000, kereta mahal tak mampu beli. nak naik bas and lrt, macam sampah.

levisgolok berkata...

ni le kapitalis, diorg akan buat duit selagi ada peluang.

fungsi kerajaan sepatutnya buat duit dari company dan agihkan nye kepada rakyat.. bkn nye sesame diorg..

PRU-13 nnt rosakkan jer undi! pedulik!!

ape lg tot! riot!!! kite buat demo baru, " mansuhkan duti eksais dan duti import"
ok x? hehe...

Tanpa Nama berkata...

how about org belajar kat kolej or universiti??? they also pakai kereta... i mean obviously mak bapak mereka tolong bayar tol, minyak and every month car installment... they r not working at all.... forgot to add in every month bayar rumah sewa.... apa cerita pulak??? jgn sesiapa terrasa pulak, that's wat i c everyday. peace bro.

anti-illuminati berkata...

mantot,
ko nie betoi2 think out of box..
rasa2 ko patut masuk politik dan memperjuang rakyat tertindas.

Tanpa Nama berkata...

aa masuk lah politik .., lepas tu boleh bako lilin depan bangunan mana ke kalau tak puas ati..

Tanpa Nama berkata...

lepas tu boleh bikin tantrum depan polis, provoke orang lepas tu kena tibai dengan cota, naik court kena papah tak pun dengan wheelchair. macam drama queen sial.

zambri ghandi berkata...

bodo sial komen analnymous atas ni... aku rasa mesti mamat another malaysian ni... ko tak paham entry ke...bahalol betol

Syed .Z berkata...

yer mantot aku pun tgh pasrah nak beli kereta kat malaysia ni makin lama makin mahal padahal makin lama makin slalu aku dgr project JV comp malaysia ngan automatif luar la tp at last harga cam bedil gak.

Yang aku paling tak puas hati,kalau keluar facelift skit naik 5-10 ribu padahal tambah skirting ngan tukar lampu skit je bengong tul! Lama2 kete makin mahal gaji x naik byk tu skali..kok yer pun kerajaan x le turunkan lagi tax kete yg melampau2 tak hingat patut kerajaan bg tau kat semua comp kete ni kalau kuar facelift retain rege lama yg stock lama buat promo skit abihs kan kete takde la makin lama makin mahal aku nak beli kete!!! sial la..

ps-emo plak

kucai berkata...

yah mantot....
entry nie aku stuju gila...
jgan harap aku nk bli keta mlaysia made in rawang tue...
biaq la keta import jepun cukai 300% pon...yg penting aku nk bli keta mazda rx8...
kata mahathir.."jom pandang ke timur"
kepala tut dia....

sapa nk keta murah bli keta india..tata nano..nk menyelit pon senang..huahauhaua

Tanpa Nama berkata...

"Aku jadi emosional bila fikir balik dulu mak bapak aku beli Toyota Corolla baru CASH RM18,000 dalam tahun 1980.Adakah kita makin miskin sebenarnya?"

dah mak bapak ko dulu gaji berapa? Inflation la , ekonomi tak belaja ke...



analynomous

Tanpa Nama berkata...

"tapi diburukkan lagi dengan cukai.masa tu kereta semua ikut harga market"

Cukai apa yang kau cakap ni, personal income tax? corporate tax? road tax ? spesifik sikit? dah turun dah baiii...

analynomous (dang i am beginning to like this"

ANTI-KERAJAAN berkata...

kpd analynomous...

PEHAL KO NK TERIK2 KT SINI..
KLAW XSUKE POST NI PON SENYAP JE LA...
BKAN BLOG KO PON KO NK BISING2...
SEDAR LA CKET WEI...
STAKAT PKAI NME SAMARAN WT PE??
PENAKUT KE??
INI LAH BARUA2 KERAJAAN YG TAKUT TUNJUKKAN DIRI..
PNDAI CKP JE!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

anti-kerajaan, ko sure ke si anonymuos tu org kerajaan?

-yem

Tanpa Nama berkata...

aih, marah nampak? ada rasa pedas ke? apa fakta kau nak bagi kat aku?

"tapi tuan hakim, saya belum lagi memekik-mekik (memaki) saksi"

"anti-kerajaan, ko sure ke si anonymuos tu org kerajaan?"

satu observasi yang amat vagus..

"anal"ynomous
- aku takde masa kerja dengan kerajaan la!
- wokeh, sikit hari lagi aku pun nak buka blog juga baiii

Tanpa Nama berkata...

lagi satu sebelum berbuka?

Anti-Kerajaan

ko anti kerajaan mana? Kerajaan Amerika? Kerajaan Singapura? ke Kerajaan Pasir Dua Butir?

anal-analynomous

DSAI berkata...

bodo~! x mampu pakai kete naik motor la...jalan kaki ke..nak merunugut buat pe

Tanpa Nama berkata...

wey bro..jgn memarah ler bulan puasa neh..

btw tot..tp..aku rs vios j pun xda airbag..huhu

dayat berkata...

to all haters..

mantot ckp psl value for money la..
yang korang menyalak kt cni psl pe?
toksah komen n toksah bace la samdol..tk puas hati dtg cni la..
kiwak..tah2 korang pakai viva je dh nak kecoh...tiu~

DSAI berkata...

dayat...nak dtg mana? jom jmpe..bole minum2..pastu dgn gelas2 aku bg ko mkn...mcm bagus je dia ni