Ogos 18, 2009

Mengikut Utusan Malaysia,Calon PAS Adalah Seorang Loser

Biodata Calon BN

Rohaizat mula bergiat aktif dalam politik pada tahun 1996 dengan memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan Mengkuang Titi sehingga sekarang.

Menerima pendidikan awal di Sekolah Agama Al-Mashoor Pulau Pinang, anak jati Permatang Pauh itu melanjutkan pengajian dan memperoleh Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selain menjadi Pengerusi Koperasi Gerakan Desa Wawasan (GDW) Mengkuang Berhad, Rohaizat juga menjawat jawatan Exco Persatuan Homestay Malaysia sejak tahun 2003 dan pernah dilantik sebagai Pengarah Penerbitan Direktori Wakil Pilihan Rakyat.

Beliau turut aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan merupakan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mengkuang sejak tahun 2003.

Biodata Calon PAS

Salleh Man pula seorang ahli perniagaan dan merupakan graduan Universiti Malaya (UM) yang berasal dari Kampung Permatang Sungai Dua, Kepala Batas, dekat sini.

Pada pilihan raya umum 2008, Salleh Man yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang bertanding di kerusi DUN Sungai Dua, tewas kepada calon BN, Datuk Jasmin Mohamed dengan majoriti 535 undi.

Pada pilihan raya umum 2004, beliau bertanding di DUN Pinang Tunggal dan tewas kepada calon BN, Datuk Roslan Saidin dengan majoriti 6,288 undi manakala pada pada pilihan raya umum 1995, Salleh Man kalah kepada calon BN, Datuk Dr. Ibrahim Saad di kerusi Parlimen Tasek Gelugor.

Laporan yang SUNGGUH ADIL SEKALI!

PASTI RAMAI YANG TERTIPU!


7 ulasan:

paiseh berkata...

biarlah.. dah memang Utusan..
tadek berita yg benar selain nombor 4D

Tanpa Nama berkata...

dun wori tot..ramai org perasan dan tahu.

Tanpa Nama berkata...

Utusan adalah perosak utama perpaduan orang melayu. Berita penipu banyak ampu.

dayat berkata...

lagi teruk berita skg dr zaman paklah..
kompem kalah lg ameno..tiu

austenite berkata...

kalau wat esei BM PMR leh dapat D ni...

Tanpa Nama berkata...

Ok. Rohaizad tu dulu ada bertanding pilihanraya ke? belum pernah kan?


An utusan malaysia reader

KambingRider berkata...

ckap la ape pon...kalah jugak