Ogos 14, 2009

Kenapa Anda Mahukan Gadis Yang Seksi Sebagai Pasangan Anda?


Kenapa Anda Mahukan Gadis Yang Seksi Sebagai Pasangan Anda?

Aku pernah ditanya tunang aku,"Tak malu ke saya pakai camni,tudung labuh,baju kurung je setiap masa?U tak rasa segan ke dengan kawan2 U nanti.Dah la ofis U penuh dengan orang2 tak berapa reti pakai baju? "

Aku tak berapa reti nak yakinkan dia masa tu yang aku takde rasa malu apa-apa pun.Jadi,aku menulis artikel ni untuk cuba mengolah alasan dan idea yang boleh aku gunakan untuk meyakinkan dia.

Sebagai seorang lelaki yang normal dan kadangkala abnormal,aku selalu membuka mata aku LUAS2 bila aku berjalan.Tujuan aku membuka mata luas2 apabila berjalan adalah kerana aku suka melihat lurah dada yang ditunjukkan oleh masyarakat sekeliling.Apatah lagi bila yang menunjukkannya adalah gadis Melayu kerana pada pandangan aku yang sangat konservatif,gadis Melayu terkenal dengan adab sopan dan gaya yang suci murni,membuatkan agak susah untuk melihat dada gadis-gadis Melayu.

Tetapi kini idak lagi,aku tidak lagi perlu membuka mata luas2.Kadang-kadang apabila mata aku tidak ingin melihat tubuh gadis Melayu,akan adalah seorang dua gadis Melayu yang berpakaian agak menjolok mata tiba-tiba muncul di depan mata aku.Seolah-olah syaitan tahu benar keinginan tersembunyi aku.Selalunya bila muncul gadis2 Melayu yang seksi di depan mata aku,kebiasaannya akan adalah teman lelakinya yang bergaya agak stylo ala-ala pengunjung kelab malam,dengan rambut berwarna emas dan rantai,gelang yang sangat bling-bling.

Dan lelaki itu tersenyum bangga mempamerkan gadis yang rapat dipeluk pinggangnya.

Naluri aku yang sentiasa suka mencari gaduh akan pantas merayap ke dada atau peha gadis itu membuatkan teman lelakinya perasan lalu merenung aku.Marah muncul di muka,hilang riak bangga di bibir tadi.

Apa kebangang nya sifat kau itu mangkuk?

Kalau ikut sifat aku,aku pun nak gadis yang SUPER SEKSI sebagai peneman hidup.Aku pun tentu akan rasa gembira jika tahu teman wanita aku mempunyai ukuran badan 34DD - 24 - 26.Tapi itu semua untuk aku.Bukan untuk pandangan umum.

Jadi,berbalik kepada tajuk asal tadi,semua lelaki mahu wanita istimewa mereka seksi.Tetapi mereka marah apabila ada mata-mata pervert yang menjeling ke arah tubuh teman mereka?

Kenapa nak marah?Kau yang bagi dia tunjuk!

Jika anda,seorang wanita dan malangnya,menjadi isteri aku,aku akan pastikan :

1. Bila anda keluar rumah,JANGAN HARAP ANDA BOLEH MEMBUKA AURAT

2. Tudung di pakai untuk cover muka dan DADA.Bukan untuk dilit dekat bahu.JATUHKAN TUDUNG ANDA dan TUTUP BUAH DADA ANDA sebab itu untuk aku dan baby kita nanti.

3. Segala pakaian yang menampakkan tubuh,ketat dan mampu merangsangkan nafsu hanyalah boleh dipakai kemudian dilihat oleh aku dan aku sahaja.

4. Jangan berangan nak memperjuangkan hak wanita untuk kelihatan cantik ketika keluar,hak wanita untuk merasakan diri mereka seksi,hak wanita untuk bergaya di mata masyarakat.Kau isteri aku,aku yang tanggung dosa kau.

5. Segala perbuatan seksi,manja,geli,pervert,romantik dan segala-galanya yang berkaitan hanyalah boleh dilakukan di depan mata aku.

6. Last sekali,biasa2 kan lah pakai baju kurung bila keluar.Baju kebaya adalah diharamkan apabila keluar dari rumah,sebab aku suka tengok perempuan pakai baju kebaya.

7. Kenapa nak malu pakai tudung labuh?Kenapa nak malu pakai baju kurung?Takde sebab seseorang perempuan itu perlu rasa malu bertudung.Ada sesetengah perempuan yang jumpa,asalannya tak pakai tudung adalah sebab PANAS.Tudung mesti setiap masa di kepala.Bila dah masuk rumah dan kunci pintu,tutup tingkap,nak bukak tudung bukak lah.Nak bukak semua pun lagi digalakkan.Nak sidai baju kat luar?Pakai tudung!

Kesimpulannya,isteri kepada aku nanti adalah seorang perempuan yang baik diluar tetapi nakal di dalam (aku harap2).Hahaha.Bukankah perempuan sebegitu yang diinginkan oleh semua lelaki?

Jadi,aku agak bersyukur sebab tunang aku pakai tudung labuh.Kadang2 bila aku cuba-cuba tengok,tak pernah nampak.Sangat terbukti,tudung labuh sangat berkesan untuk mengelakkan mata-mata liar merayap pada badan anda.Cubalah.

108 ulasan:

MK berkata...

"Dah la ofis U penuh dengan orang2 tak berapa reti pakai baju?"

LOL.

Tanpa Nama berkata...

tidak semestinya org yg bertudung tu jenis yg baik2.
walaupun saya tak bertudung, lebih elok drpd yg bertudung (tidak semua, certain aja)

Tanpa Nama berkata...

aku setuju tot. buat masa ni. baik atau tidak bukan isu.

yang penting tutup aurat.

Gula "gulaley" Kapas berkata...

Haha~! Pendapat kau sama hampir serupa dengan aku & tunang aku :D.

Selamat memperjuangkan misi&visi kau :D. All the best to bakal wife kau :D.

Tanpa Nama berkata...

"tidak semestinya org yg bertudung tu jenis yg baik2.
walaupun saya tak bertudung, lebih elok drpd yg bertudung" alasan std org x bertudung.

Tanpa Nama berkata...

tidak semestinya org yg bertudung tu jenis yg baik2.
walaupun saya tak bertudung, lebih elok drpd yg bertudung (tidak semua, certain aja)

kpd 1st anonymous yg cakp cam kat atas sama2 kita renung ni...

"wanita yg bertudung tak semestinya beriman tetapi wanita yg beriman semestinya bertudung"
nampak x ayat ni 'kena' kat dua2 skali, bertudung & tak bertudung?

Sue Anna Joe berkata...

Posting yang baik tanpa terlalu berceramah. Nanti dah kahwin, semoga kamu & isteri bahagia di dunia dan akhirat. :)

Pada yang beri komen "tidak semestinya org yg bertudung tu jenis yg baik2. walaupun saya tak bertudung, lebih elok drpd yg bertudung"" I suggest you read this article by Ustaz Zaharuddin, sangat bagus > Aurat : Apa Sudah Jadi ?. Aku pon masih banyak kelemahan, banyak membuka mata dan minda bila membaca artikel ni.

Dan pada penulis, cuba baca entri ni Perempuan yang fikir pakai payudara

azreen berkata...

hanya ada 3 kes bagi lelaki di haruskan memakai gelang.
1.gelang tandanama penyakit seperti epilapsi,diabetes melitus etc.
2.gelang pengenalan jemaah haji ke mekah,dah balik kena cabut.
3.gelang yang berpasangan.(hadiah daripada kerajaan...percuma kalau anda di serkop,macam waktu demo isa dulu;
selain gelang diatas,aku belajar ia haram kerana gelang adalah aksesori wanita.

Wani berkata...

menyahut teguran2 motivator yang menyuruh berlapang dada,maka perempuan itupun BERLAPANG DADA.

tubelawak berkata...

"tidak semestinya org yg bertudung tu jenis yg baik2. walaupun saya tak bertudung, lebih elok drpd yg bertudung"

bertudung tak semesti hati baik
x bertudung tak semesti hati tak baik

bertudung lebih baik dari tidak bertudung (dr segi pemakaian)(kwajipan)

kalau bertudung dok buat maksiat, dia tanggung dosa maksiat..

kalo tak bertudung tak buat maksiat, dia tanggung dosa dedah 'aurat..

macam mana boleh ngaku diri lebih baik dari yang bertudung? syurga neraka tuhan tentukan..

shafiqshahari berkata...

ustaz aku cakap,

bertudung tak semestinya baik,
x bertudung tak semestinya jahat

bertudung x tentu masuk syurga
x bertudung SUDAH TENTU masuk neraka
(disebabkan kesalahannya x bertudung, itupun kalau belom bertaubat)

- bagi aku, pakai jer la tudung. sebenarnya perempuan lagi cantik & cute bila pakai tudung. x lawa dedah2 rambut, dedah2 lurah, itu semua utk suami jer. kalo x boleh tudung labuh pon, tudung biasa pon ok. asalkan bawah bahu..

kyo_9 berkata...

btol tu bro..
ak pon harap dpt bakal isteri cam ko nyer..

Tanpa Nama berkata...

poyo la tetiba wat kenyataan ni padahal keje kat Limkokwing yg ramai pompuan separuh bogel. Nape u sendiri tak jaga pandangan mata u dan menyuruh wanita menjaga aurat. Pompuan perlu sempurna utk u tapi u sendiri biasa2 aja..

austenite berkata...

Tot,
Anon 11:15 x faham maksud kau..
haha...

EverGreen berkata...

"memang kite tak nak jadi hipokrit tapi kita boleh berubah untuk menjadi lebih baik"...pesanan untuk diriku...

Tanpa Nama berkata...

ko lupa tot....takdir penentu segalanya....

Obefiend Weiland berkata...

banyak lak troll arini

Mr. Bubble berkata...

JIka kita malu aurat kita dilihat manusia, maka pada ALLAH harus lebih kita merasa malu..

Terbaik Tot...

Nice entry~

Snowflake berkata...

Salam Tot,
Padat entri loe kali ni. Pada kaum Hawa, bila melakukan solat untuk memohon kepadaNya pun kita wajib bertutup aurat, apatah lagi kepada yang bukan muhrim. Menutup aurat, No Compromise!
Thanks tot

Snowflake berkata...

Salam Tot,
Padat entri loe kali ni. Pada kaum Hawa, bila melakukan solat untuk memohon kepadaNya pun kita wajib bertutup aurat, apatah lagi kepada yang bukan muhrim. Menutup aurat, No Compromise!
Thanks tot

Tanpa Nama berkata...

laki yg sluar pendek main futsal camne lak?

Xeno berkata...

Tot, ko cube la tgk Gadis Melayu. Ramai gile org yg berfikiran cam anonymous pertama di atas....

Analogi camni tot, ustazah aku pernah bagitau. Kalau ko beli gula2 atau apa2 barang kat supermarket, ko mesti ambik yang dibungkus rapi, kemas, dan ala-ala kiut gitu. Ko tak beli gula2 yg xde dalam bungkusan, terdedah, takpun pembungkus dia tak cukup nak tutup sume, kan???

Bila dalam bersih, luar pun bersih. Kita ekspresikan iman kita kepada tuhan mengikut pakaian luaran kita. Nabi kita pun mane pakai selekeh....miskin2 pun kemas apa. Itu kan yang dituntut.

Tapi ni aku nak cakap, kebarangkalian nak dapat awek yg perangai dia sosial, dan ntahpapa jauh lebih tinggi di kalangan freehair berbanding yang menutup aurat..........

Sekian dari aku (ex badar skolah)

mun berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mun berkata...

hehe,
marah sungguh org yg xpakai tudung.
well dgn bertudung itu melambangkan dignity.
kalau dah mengaku islam kenala ikut apa yg telah digariskan oleh islam. Islam tak menyusahkan umat dia. pakai tudung xpanas, sbb Allah bg aircond special punya nnt. sila cuba :)


okies suka post ni :)
simple n keep rocking all days

Mr_aMAd berkata...

tot...
aku pon suka ngn ciri2 ko tuh..
malang la sape jd bini aku..hahaha

ilham pawaka berkata...

mmm...sependapat...gud2..

Tanpa Nama berkata...

tudung is just a piece of cloth..
x menjamin syurga pn..

Aizat berkata...

tapi yang tak pakai tudung dijamin neraka. reti?

lad berkata...

ko takyah la tgk kalau pun nampak perempuan sexy. Pejam mata rapat2!sgt berkesan

Aizat berkata...

entry kali ni macm blog obefiend pasal cheerleader aritu..tapi ni mengundang marah yang tak bertudung.hahahahaha

hafiz berkata...

solat- perintah Allah bole buat.(bg mereka yg solat)
Puasa- perintah Allah bole buat.
zakat- perintah Allah pun bole buat.
tudung/tutup aurat- perintah Allah... kenapa xbole buat?

- utk pengetahuan kaum hawa... dah memang body perempuan tu Allah buat daya penarik dan indah bg kaum adam(tp utk suami), jadi Allah juga bagi solution untuk tutup dan tdiak didedahkan...

kena paham konsep jadi xtimbul isu
yg bertudung xjamin masuk syurga, bertudung xsemestinya baik... pokok pangkalnya itu arahan, arahan Allah...

isy... byk plak berceramah...heheheh

lizz berkata...

ek? my frenz yang pakai tudung labuh tu ade love bite tau kat leher die. tak kahwen pun lagi:P

Mantot berkata...

dia pakai spanar kot buat love bite.tak nak nanti member2 kata takde org nak kat dia,

almaklumlah,pengaruh rakan sebaya dan pengaruh filem holiwood kan kuat kat masyarakat kita

Tanpa Nama berkata...

i mcm x fhm nape pompoan x bertudung mati-matian nk halalkan ape yg dh haram.dlm quran pon dah sebut semuanya.mcm org kafir la,baek cmne pon masuk neraka jugak..tulis guna akal,bkn guna lutut.peace!

Tanpa Nama berkata...

Mmg style post u bro.. pakai tudung kerana kewajipan = wajib.. tutuop aurat = wajib...

dak2 laki men futsal yg tak tutop aurat= sama hukum ngn pompuan yg x pakai tudung / x tutop aurat..

pompuan pakai tudung = belum tentu masuk syurga

pompuan x pakai tudung = akan disoal nape x pakai, probably akan ke neraka dlu..na'uzubillah..

dak2 pompuan yg pakai tudung tp buat maksiat.. " Lu pikir la sendiri!!"..

dak2 pompuan yg Tak pakai tudung n wat maksiat.. mintak2 Allah bg Hidayah..

dak2 pompuan x pakai tudung n Tak buat maksiat.. mintak2 Allah bg hidayah spaya tutop aurat..

ade akal beb, pikir beb.. laki pon same.. tutop aurat tuh..

kalo x percaya benda2 ni, ISLAM kah kita? Islam x leh amek cebis2 beb..

salam n peace to all bros n sis..

MIA H berkata...

pendapat yang bernas skali..
tabik same u..
bnyk memberi keinsafan....
doakan sy dpt hidayah dri Allah utk pkai tudung pula...
:)

a w e n g : berkata...

"Kesimpulannya,isteri kepada aku nanti adalah seorang perempuan yang baik diluar tetapi nakal di dalam (aku harap2).Hahaha.Bukankah perempuan sebegitu yang diinginkan oleh semua lelaki?" ~ Word. nakal2 sesama suami isteri aja.

Post Salaz - Co-sign.

Cool post tot. Makin femes ko nih, sampai kt melb pon ade org familiar ngn 'cursing malay'.
So, TV? bile lagi? aku nak tgk ko bace berita BN segala. haha

Buruh berkata...

hahahah..
Aweng, kalau la mantot baca berita, konfem Farid Esmeth takleh cari makan dah.

European look + suara husky..

Hasbullah Awang pun surrender!

(aweng, ko pun suara husky gak, tapi mantot punya package lebih sket aa.. dia boleh main deram.. haha.. ko balik kl kita gi jamming tempat bob! ko jangan sesat lagi sudah la)

Lisalis berkata...

u can list whatever you want but that doesn't mean you can get it.life is not that simple.maybe Tuhan akan bagi jodoh you yg x bertudung sejak kecik melainkan ke kelas agama je.that's the challenge on how you can make her the one like on the list.besides, your list is too good to be true, nobody is that perfect, including you.

sepol utusan berkata...

tot enty mu ini mbuat aku girang lagi2 ayat ini >>> Kesimpulannya,isteri kepada aku nanti adalah seorang perempuan yang baik diluar tetapi nakal di dalam (aku harap2).Hahaha.Bukankah perempuan sebegitu yang diinginkan oleh semua lelaki?

aku berjaya memperolehinya hahahhaa

Unknown berkata...

aku, perempuan yg pakai tudung untuk certain2 majlis n ikut mood..if aku rasa aku nak pakai,aku akan pakai dgn sempurna (baju x kecik,suar x sempit n menampak kan alur bontot, n always comel)..aku paling pantang bile:-
1.perempuan2 melayu yg pakai tudung, baju sempit,lengan pendek,pastu duduk nampak seluar dalam...
2.bertudung tapi bercumbuan dikhalayak ramai..

bukankah tudung itu boleh mencegah kita drpd melakukan segala maksiat??

ade org kata anak2 gadis skrg tiada rasa malu kerana mandi telanjang..
ade kebenarannya...

hafiz berkata...

memang la, sebab :
- xpaham kenapa dan mengapa perlu pakai tudung.(mungkin mak/bapak xpernah bgtau kenapa ataupun hanya kerana ikut2ikutan)

- xbelajar dan jahil dan xsemestinya yg bertudung tu warak.
kadang2 diorg ni pun confuse, pakai tudung/tutup aurat ni culture ke... arahan agama.

- pengaruh kawan2 yg xbertudung yg pakai ketat metat. dan terlalu ikut fesyen xcukup kain...

- Islam keturunan, bertudung ni hanya ikut-ikutan, bukan kerana hati yg ikhlas dan rela. dah xde choice sebab dah keturunan....

Tanpa Nama berkata...

saya yg beri komen itu..

alasan saya ckp mcm tu is ramai yg bertudung tp buat dosa. begitu jugak yg x bertudung. yg paling penting is hati budi and kelakuan kita baik.

mmg btul tudung itu diperlukan tapi sesetengah org buat buruk ketika pakai tudung. itu memalukan orang islam..ramai kawan2 saya yg penganut agama lain sering point that out to me.

"kenapa yg sepatutnya baik kerana bertudung tp buat hal2"

and knp orang laki sering ckp tudung itu tudung ini sedangkan mereka jugak yg gatal tgk benda2 yg tak sepatutnya tgk.

fikirkanla, jgn tunjuk baik tp buat jahat. agama islam tak perlu itu suma..memalukan kita

Tanpa Nama berkata...

tudung is just a piece of cloth..
x menjamin syurga pn..????? hamba mane la yg lantang sgt tu.

omg. pathetic. semua ibadah wajib cukup, sunat rajen buat tapi tak pakai tudung..u rs, layak ke org tu masuk syurga? sy bukan org baek, atau sempurna. sy juga bkn seorg yg bertudung. sy cuba. tapi jiwa tak sampai. mungkin belom smpi hidayah dan sy perlu mencari sehingga ditemukan.

yea tudung itu hanya secebis kain. tapi kain tu mempunyai satu nilai yg tak semua boleh faham. sampai suatu mase nnt, i hope u will take back ur word. it is just not a piece of cloth baby. think wisely b4 u make an assumption.

Tanpa Nama berkata...

Diulangi......

"wanita yg menutup aurat tak semestinya beriman tetapi wanita yg beriman SEMESTINYA menutup aurat"

Untuk memotivasikan diri sendiri & mendapatkan hidayah.... "mcm mana ek, if sekejap lagik nyawa aku melayang???!!" tak sempat dah weih aku nak menyesal bab2 tak tutup aurat nih........

(aku berjaya menakutkan diri sendiri dgn merasai kematian itu di depan mata setiap saat+membayangkan seksaan2 seperti rambut tergantung sambil otak menggelegak beribu ribu tahun lamanya,YA ALLAH......sungguh menginsafkan)....sesungguhnya cantek ujian allah itu di mana, aku sering terjaga sebab terkejut ada lembaga itam masuk mimpi...(aku membayangkan seolah olah malaikat maut nak menjemput....)


cerita ini adalah dari sorang pompuan yg sgt liat nk tutup aurat selama 30 tahun.....(wow, lama tuh kena balasan neraka...sehari di neraka bersamaan seribu tahun)

KIBA kline berkata...

tapi kadang kadang yang disorok dalam tudung labuh tue lagi kita nak tengok.
betul bukan?

nice share bro
:D

hang nadim berkata...

salam...nanti dah sampai usia macam sheila majid atau aida radwil diorang sampai laa hidayah nak pakai tudung tuu, sekarang ni almaklum la muder lagi...tak abis joli lagi. Jom minung dulu lawakla klip ni...ishh ishhh

Tanpa Nama berkata...

yah..tu pon kalau umur panjang...mase aku skolah dlu ustaz aku ckp malaikat maut jenguk muka kita 70 kali sehari semalam setiap hari.. tatau la hadis dhaif ke x.. tp yg penting,
"Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum/ individu itu selagi mereka/dia tidak berusaha utk mengubah diri sendiri"...

so akak2 adik2, jgn la tggu hidayah tu nak dtg ye, usaha la dulu ye akak2 adik2...takot2 tggu hidayah nak dtg, Maut pulak yg datang..ye x..?

"Perempuan baik adalah utk lelaki baik, Perempuan jahat adalah untuk lelaki jahat"... aku slalu igt ayat ni.. lelali skrg pon bnyak yg bangang2...aku x tau la ape nk jadi ngn org melayu ISLAM ni..

Semoga Allah ampuni kita, dan supaya kita bertaubat kepada- Nya..

Peace bro n sis :-)

zzztidola berkata...

aku kalau beli roti putih (gardenia ke, mighty white ke...), mesti make sure lama lagi nak expired, bungkusan plastik dia takda berlubang. Barula makan dengan kompiden.

Roti putih x berbalut plastik x semestinya xpired & x semestinya x sedap, tapi kenapa orang x beli?

violet_abbey berkata...

please read my blog too..also same topic..which i think you guys and girls should think and know..thanks!

Tanpa Nama berkata...

salam bro.
saya tertanya, kamu ni mahu isteri menutup aurat kerana tuntutan islam atau kerana kamu tidak mahu orang lain melihat isteri kamu?
kalau betul kerana tuntutan islam, kenapa kamu sendiri tidak menjaga pandangan kamu? saya tidak menolak hujah kamu tentang tudung kerana saya seorang yang bertudung. tapi tidak perlulah kamu marah orang lain dan mahu isteri kamu menjaga itu dan ini sedangkan kamu sendiri tidak menjaga mata kamu sebagai lelaki muslim. islam itu menyeluruh. jika benar mahu isteri menutup aurat kerana tuntutan dan bukan kerana tidak mahu mata orang lain menikmati dia, mungkin kamu juga mahu buat refleksi diri sendiri, baik dari segi pandangan mata atau penggunaan bahasa yang baik yang DITUNTUT dalam islam. sekian.

Tanpa Nama berkata...

salam...
congratz kat blog writer ni krn timbulkn isu yg org anggap sensitif ni(pdhal mmg tuntutan Islam kene tutup aurat)
betul kan,if Allah nk bg hidayah tu,kat sape2 je yg Allah nk...sebab tu ad yg still lg nk perthnkn xbertudung tu pun baek..ye la,asyik sgt bg alasan...xtau ke org munafik tu byk bg alasan...ish3...
kenapa amik contoh org yg bertudung tp wat maksiat???amik la contoh org yg bertudung yg menjg akhlak mereka...pelik2 tp benar..
nk wat cm mane,dh xsedar diri kan...hope Allah will give us hidayah...amin..

Tanpa Nama berkata...

"Solat wanita itu tidak diterima kalau dia tidak menutup aurat"

Itu yang diajar oleh ustaz aku masa sekolah dulu.

So, kalau tak tutup aurat, sia-sialah ibadat kamu..

Wallahualam

anonymous 99 berkata...

hmmm... the idea's good, but the post is not.

interesting topic.IMHO, the author is correct. all girls should cover their 'aurat', no matter what. but i think your approach is wrong. you are asking too much from them! besides, too much of sarcasm were used, hence angers them, and that's not good.

be wise dear Brother. Rome wasn't built in a day. and so does the Islamic Empire. what you should have done is to ensure that all girls wearing hijab give good image to all. The reason why they use the argument "tidak semestinya org yg bertudung tu jenis yg baik2. walaupun saya tak bertudung, lebih elok drpd yg bertudung" is because of the bad image that was brought by girls wearing hijab. and that statement is SOOO true. how many girls out there wearing hijab does things that arent allowed by Islam? how many of you are bad mouthing other Muslims? think my Brother. Think.
your post wont bring anything good if it's like this. they'll say, 'owh, how childish this dude is..ada hati nak tegur... yada yada yada'
so STOP criticising them. be more positive. promote what's good, and show them the right way. remember, it takes time for people to change.
so, hopefully this helps.

Tanpa Nama berkata...

pkai tudung la..nk tnjuk rambut nape? ingt ko uptown sgt?? mkan nasi je pown..neraka la ko nanti..xnk bertaubat..cis..mantot,all the best!

Mantot berkata...

argh,
I hate it when someone try hard to sound really intellectual asking me to write in a more "intellectual" way.

we live in a confused society where woman covering up themselves as an optional choice.some felt that they have the right not too cover themselves just because they want to.

we even have some Woman NGO's fighting against Islamic bodies that are taking their right to wear what they want.

This post is directed FOR MEN.Because if men (husband) take it as their duties to correct what is not right,it's all for the better,right?

And for those who ARE ANGRY at me for writing something like that,maybe you felt that I should be writing like this..

"I and many others, including liberal Malays and women are counting on PKR and DAP not to betray us to the PAS Taliban/Al-Qaeda wolfs (in sheep clothing though)! There're more urgent things for the good of all rakyat, rather than just to focus on women and girls' clothing (the veil is not compulsory in Islam anyway!)and other so-called laws! They keep on wanting to primitively and barbarically implement religion by the "sword"! And these Mullahs should know that Malays and Muslims are diverse, besides Malaysia is not an Islamic nation-state! And we should be thankful that we have such dynamic multiculturalism and diversity! But one thing we should not have is, and to stand up firmly against, is to be dominated by Taliban/Al-Qaeda homogenous way of thinking and life, which seemed to be increasingly influencing unhealthily these pathetic PAS youths!" Noor Aza Othman, Women for Justice Support Group project.

This is a comment posted by a muslim girl in a popular blogs.I posted a comment against her beliefs and what do I got after that,all the others are attacking me.

Wow.Talk about a confused society.

zunitaramli berkata...

chill laa.
it's just a discussion:)

btw, mtk maaf jika ada mengguris perasaan, slamat menyambut ramadhan esok:)

WanitaMustanir berkata...

Salam bro and sis esp to blog's owner, Mantot..

Nice entry. I really like it.

Many anonymous here, so dont know which one, (sis or bro).. Saome give gud comment and some not.. BUT the comments showed that Muslims nowdays lived in confused society. I really agree with Mantot.

For Mantot,
just to advised you. Not to condemn.

U wrote this,
1. Bila anda keluar rumah,JANGAN HARAP ANDA BOLEH MEMBUKA AURAT.

Anda betul, Mantot. Sebagai seorang bakal suami dan suami, arahan itu suatu yang perlu dipatuhi oleh seorang isteri. But u have to mentioned it, sebab ia adalah tuntutan agama. And u as a man, ditanggugjawabkan untuk meluruskan tulung rusuk yang bengkok itu. Not only u, but to all men.

U get what i mean, rite?

Salam Ramadhan Al-Mubarak to Mantot, fiance and all.

Wallahua'lam

zambri ghandi berkata...

jelas jelas yang bengkeng ko tuh seme SIS...yang nulis tu pon dah terkenal namanya dalm SIS....

pegi mati la sama SIS ni.... munafik gile babi..kelakar betul aku, kalau pompuan rambut kaler oren , pakai baju macam tak pakai, lurah lurah dan chamber bersepah sana sini nak bercakap pasal hukum hakam dalam agama....

kebanyakan anak bini dari parti 'kebangsaan' lah yang banyak jadik sukarelawan SIS ni.... sesat lagi menyesatkan....org munafik macam SIS ni la yang mnghancurkan akidah dan akhlak remaja islam secara halus dan terang terangan.... sis ni jugak la gerakan yang paling lantang mengkritik undang undang syariah sebagai 'barbaric laws'... bodoh mana la org non muslim nak hormat agama dan undang undang islam, kalau gerakan gerakan munafik macam SIS ni yang konon mengaku islam tapi menentang undang undang Allah.

jangan layan SIS ni mantot....

Unknown berkata...

kepada yg nk bertudung...nk pkai tudung..bia ikhlas pkai...jgn da pkai..g bukak..lg masalah...

Hijau Aman berkata...

Tot..tak sangka ko..blog bukan main la macam2 benda ada..tp piih yang pakai tudung labuh gak jadi bini..haha. tabik laa!!!

D sini aku nak tekankan pakai tudung tak semestinya masuk syurga tapi kalo tak pakai tudung memang ada hadis yg menyatakan pompuan ni akan diseksa dalam api neraka.

susah nak cari laki yg suka pompuan pakai tudung labuh..org selalu cakap ketinggalan zaman laa..tak ikut fesyen laa..pin2 la sket tudung tu..

aku masih mencari2 lagi org laki mcm ko yg suka org tudung labuh...time blajar kat u pernah kena tegur ngan org kolej..pakai tdg labuh macam mana nak buat eksperimen dalam lab???susah je nak wat keje?sakit hati laa..kita yg pakai tudung labuh kena tegur..yg pakai seksi takpe plak..

ape pun tot..tahniah. baarakallahu alaikuma!! :)

Tanpa Nama berkata...

hmm.jujurnya, aku suka pendekatan kau. pd pendapat aku, aku lagi rela kalau. post ni buat aku rasa nak baiki cara pemakaian aku.walaupun bertudung tapi tak sempurna.insyaallah.amin. terima kasih.

kepada yang tulis ni:
"u can list whatever you want but that doesn't mean you can get it.life is not that simple.maybe Tuhan akan bagi jodoh you yg x bertudung sejak kecik melainkan ke kelas agama je.that's the challenge on how you can make her the one like on the list.besides, your list is too good to be true, nobody is that perfect, including you."

allah menjanjikan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. and vice versa.

so ikut pi apa mantot ni dah buat la. dia akan dapat la ikut apa yg patut dia dapat.

Din berkata...

trasa nk komen plak..aku ingin nk komen yg da sorg 2 ckp npe laki xjaga mata dorg 2..okla meh aku jwb..

katala tuhan butakan sume mata org laki..nk bg laki jga pndagan..ps2 smue pmpn nk bkak r aurat ek..boleh dorg pkai baju dlm je kuar..pkai suar pndek lagi ketat..untung laki xyah tgk..

seksa woo laki tgk pmpn cmni..asik kna jga pndagan je..nmpk gaya kami ni kan tunduk r jln..bru nk agkt muka dah da org bkak aurat..tnduk lagi..nk tgk dpn ada lagi pmpn cm2..tnduk lg dan bnda ni berulng smpai la xda pmpn dpn mata dia..hahaha..

da yg ckp tudung ni bukan sekadar sehelai kain..mmgla sbb bnda ni yg tutup aurat..dan klu anda nk tau Allah x bg hidayah cm2 je..org ye trima hdayah 2 org yg slalu berdoa,cbe utk mnjadi yg baik..klu mmg lnsng xnk pkai tdung ape bnda nk dpt hdayah hidayah 2..hahaha..

ps2 da plak nk ckp psl dosa2 len plak...nk ckp dosa len buar enri len plak..hihi..klu anda xpkai tdung tp baik..bgusla 2 klu baik..tp cbela pkai tdung supaya lebih baik..

klu org laki xtutup aurat kata jela kt dorg..korg wat la entri bru lak..pe ssh..hihi..dan mne yg tnjuk rmbut ni dosa xttp aurat satu ps2 setiap hlai rmbut yg laki tgk msuk neraka bpe lme dah..

dan satu lagi nk ckp klu anda xttp aurat tp wat ibadah lain dpt phala tp mse korg wat ibdah jelsaa..ps2 tiap mse tnjuk aurat 2 lagi bnyk dosa..phala tolak dosa dpt lg bnyk dosa..hihi.

jgnla mrh sy plak..sy tau sy jht..tp sy klu org ckp bnda 2 dosa sy xbnkg..sbb klu bnkg blh jdi kufur yakini kafir..xnkla cm2..

so same2 la kita brubah..insyaAllah..

Aiman Amz berkata...

salute.. salute..

Tanpa Nama berkata...

bro..jage life sendiri bro...ko tulis dlm blog camni ramai kot yg TAK PAKAI TUDUNG akan DOA utk ko..SUMPAH SERANAH ko..nk nasehat ade cara di bro..x kesah la ko nasehat sape2 pon..laki ke pompuan ke..dulu aku x pakai tudung..tp aku bukan jenis yg tunjuk lurah bagai...tp aku pakai tudung sbb ade org yg pandai tegur aku...jd BIJAK sikit dalam berbicara bro..ingatlah...br bini ko je kot yg bertudung labuh..ANAK CUCU ko BELUM TENTU bagus lg..kan lebih baik kalau ko tulis benda2 yg wat org lebih respek ko..ok?

KO MENULIS n HOPE org tak pakai tudung x mrh ko..same la mcm aku komen n hope ko x mrh dgn ape yg aku tulis ni k...

SELAMAT berpuasa...berat la tanggungjawab ko pasni nk kene JAGE ANAK BINI ko baik2 sbb 1 malaysia kot PERHATIKAN ko..hehe

PEACE! bln pose x baik mrh2..hahaha

anooooooooooooooonymous berkata...

i agree with anonymous 6.45 and anonymous 99

u sendiri xjaga pandangan tp nak bini tutup aurat
bini u elok2 tutp aurat kat rumah
u miang plak tgk lurah dendam org kat luar

the idea is good
but the presentation is wrong
bukan kan kita di galakkan naihat menasihati dgn cara yg baik
nabi pun menyeru umatnya dgn cara baik

bukan cara mcm ni
u nmpk mcm seorg bakal suami yg ada ciri2 diktator

lagi satu
for those yg ckp xpakai tudung masuk neraka ,xpakai tudung dah ditebuk ulat,amalan/ibadah si takpakai tudung tak diterima tuhan
sapa korg nk judge
bukan hanya allah je yg berhak tentukan?
berhak antara neraka dan syurga
korg plak melebih

aku pakai tudung jugak tp
aku tgk kwn2 aku yg pakai tudung sume dgn bangganya belagak kat aku yg dorg ni dah buat ni buat tu
yg sampai mengandung pegi gugur siap pakai duit aku lagi

aku yg malu tau
org ckp angkara nila setitik rosak susu sebelanga
ada plak kwn aku xpakai tudung duk elok je
sopan santun
duk dlm bilik xklua2

bnda ni sensitive,dan randomness
xbleh la nk judge sebelah pihak je

Tanpa Nama berkata...

saya sbagai adik ingin bertanya pada akak2 yg xpkai tdung yg slalu ckp yg pkai tdung pon wat dosa itu ini..
itu mereka sndri yg tanggung..npe akak smue plak nk ckp cm2..

skag ni pnulis blog ini ingin akak smue pkai tdung je..xda plak dia ckp pasal dosa yg lain2..itu tanggungjawab msing2 r..sbb ni amal makruf nahi mungkar..jgnla perlekeh org yg cube ke arah itu..

sy pon xsempurna tp bile da org mnegur kita x kire care lmh lmbut atau tdak kita ptot amik yg mne btol..amik pe yg ptot kita ikut..jgn pduli ape yg xlok dr yg menyampaikn..

cmnila klu yg ckp kita bkn tuhan xleh gtau yg sape msuk neraka..
tp xkanla akal yg tuhan bg kita xleh guna..dah klu sy dan kamu smue terang2 wat dosa xkanla nk msuk syurga..xkanla jnji2 dr Allah itu tipu..snggupkah anda menidakknnye???

dan bg yg ckp anak cucu dia blom tntu lg pkai tdung ke x itu kita xtau..yg pntg dia brusaha utk brubah..untuk mndidik ank2 dan cucu dia..

dan sedarla spe yg xpkai tdung..ayh anda yg mnnggung skli dosa anda xtutup aurat 2..abg2 anda pon sme..knpe msih nk bnkg ckp yg pkai tdung pon prngai bruk..itu hal mereka..tgurla mereka plak..

dah bnyk hadis yg ckp wajibnye ttup aurat..npe msih nk bnkg..anda nk jd seorg doktor perempuan yg menidakkn hukum hudud??jgnla menidakkn kata2 Allah krna itu blh menyebabkn kufur..

saya ini bknnye baik tp ingin mnjadi lbh baik..sme2 la kita brubah..kiamat pon nk dkt dh ni..

Mantot berkata...

Cik-cik sekalian yang berang dengan aku...aku hanya nak bertanya..

Kalau suami anda mengahwini anda semasa anda tidak bertudung dan kemudiannya menyuruh (atau memaksa) anda bertudung dan menutup aurat selepas berkahwin,apakah yang akan anda lakukan?

Adakah ramai isteri akan memberontak dan melawan dengan alasan suaminya tidaklah semulia mana pun?

Apa salah suami itu?Aku hanya bertanya kepada mereka2 yang merasakan itu sesuatu yang tidak adil.

Kepada yang tidak nampak salahnya,takyah la jawab ye.

Jard The Great berkata...

syabas to ur fiance... ;p

kame berkata...

mana nak cari lelaki macam ini sekarang?saya tgh mencari calon.kan bagus bakal suami seperti ini.i can change little by little ;)

Tanpa Nama berkata...

to kame..there are another 3 vacancies for mantot. try la apply :)

-yem

kame berkata...

haha..i want yang single and available tetapi mempunyai pemikiran yang sama seperti di atas. ;)

Tanpa Nama berkata...

uish iklan diri nampaknye hihi ;-p

makin panjang lak post sini mase last visit aku haha..

aku x kenal mantot, tp aku suke mantot, ko mmg terus terang, baguih gila no..

wassalam..
p/s: kene tahan bnyak benda ni..nak2 dlm bulan pose..bukan lapa dahaga je!! hahaha!!!!

Tanpa Nama berkata...

aku pakai bju kurung pergi mall
satu kolej tgok plik.
aku pakai sluar bukan jeans naik bas balik kampung,org tgok plik.
dunia dah terbalik ke??

Tanpa Nama berkata...

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Amak Kongsi berkata...

saya nak jadi isteri yang baik diluar tetapi nakal di dalam :p,
saya pernah pergi One Utama nak tengok wayang dengan kawan-kawan sepejabat dengan memakai baju kurung, setiap orang yang lalu lalang (kebanyakannya perempuan lah) memandang pelik pada saya. pandang dari atas kebawah dengan pandangan yang jengkel. saya tanya kawan-kawan saya, buruk ke aku pakai macam ni. mereka cakap tak lah, kau sangat cantik sebab tu mereka pandang..hahaha

che lah berkata...

wah wah. bagus gile blog ko tot. ada banyak gist serta over the edge punye presentation.

iMHO, as any thinking human being, we should take the gist 1st over the presentation. kalu tak sume yg kita baca 1st layer tu kita akan percaya. its not the case anymore nowadays; is it? mantot punye presentation mmg la mcm ni, this the best of his way to send the message across. if it is not ur cup of tea, then its only his weaknesses la, or yours? ;) but then judging by the responds, its a definite advantage bro...haha

yg penting niat dia, apa yg nak disampaikan. tak semua yg pakai tudung tu baik atau tak semua yg tak pakai tudung tu tak baik tp yang pasti tak pakai tudung tu berdosa. kene ingat tak pakai tudung tu mmg la berdosa, tapi yg lagi besar dosa tu mempertikaikan hukum Allah tu.

yg tak pakai tudung, doa baik2 buka hidayah. baca diam2 takyah comment banyak2. lg banyak comment lagi byk dosa kot. huhuhuhu...

pka berkata...

Kenapa mesti nak setkan dalam otak, x semestinya yg betudung tu baik. x semestinya yg sexy tu x baik. Semua itu begantung dgn niat masing-masing. bukan dr pakaian. bukan munafik, tp ikhlas. jgnla terlalu cetek dalam berfikir.

~P U r P L e ~ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
teddd berkata...

saje nak menyebuk.

kalau belajar agama setakat darjah sekolah rendah, jangan rendahkan2 suruhan Allah. Pernah korang baca kisah israj mikraj tak?Allah dah gambarkan siap2 tu.

So, sape2 yg muskil tentang ni, silalah ke blog ustaz zaharuddin, kalau nak tambah ilmu la.kalau nak stay pada 'kemodenan' kepala otak cara berfikir dan liberal, modenisasi, ikut ske ahh.

Moga dapat rahmat nanti. Cuma kita tatau ajal kite bile kan, tak kire tua muda, takut tak sempat taubat.

kaynisa', akupun sll g jalan pakai bj kurung, org kay ell pandang aku atas bawah gak.hehe. Tapi teman aku cakap, sbb aku mahal, dats why org tgk.

teddd berkata...

saje nak menyebuk.

kalau belajar agama setakat darjah sekolah rendah, jangan rendahkan2 suruhan Allah. Pernah korang baca kisah israj mikraj tak?Allah dah gambarkan siap2 tu.

So, sape2 yg muskil tentang ni, silalah ke blog ustaz zaharuddin, kalau nak tambah ilmu la.kalau nak stay pada 'kemodenan' kepala otak cara berfikir dan liberal, modenisasi, ikut ske ahh.

Moga dapat rahmat nanti. Cuma kita tatau ajal kite bile kan, tak kire tua muda, takut tak sempat taubat.

kaynisa', akupun sll g jalan pakai bj kurung, org kay ell pandang aku atas bawah gak.hehe. Tapi teman aku cakap, sbb aku mahal, dats why org tgk.

Wanie berkata...

alaa..
sakit hati plak ngan anonymous 1st di sane.

saye juge freehair but plis jangan menafi kan benda wajib?
n plis jangan na tegak kn bende yg salah?

dok diam2 bace n amek pedoman k?
jangan na tuding2 jari kater org bertudung itu ini sedang kn kite lg terok?
okie?

puase. puase.
hehe

Tanpa Nama berkata...

Baik atau tidak baik bukan masalah asalkan kita dah melakukan tanggungjawab iaitu tutup aurat..itu jek, nak ckap lebih2 yang tak pkai tudung lagi baik lah apa, apa jadahnya..huuu

Tanpa Nama berkata...

congratz..sbb awk dah dapat perempuan yg memenuhi ciri2 idaman awk..but jangan bangga sangat..sebab hidop ni macam roda..tak semestinye yg baik tu akan kekal baik dan tak semestinya yang jahat tu akan kekal jahat.

and for someone yang cakap
"da yg ckp tudung ni bukan sekadar sehelai kain..mmgla sbb bnda ni yg tutup aurat..dan klu anda nk tau Allah x bg hidayah cm2 je..org ye trima hdayah 2 org yg slalu berdoa,cbe utk mnjadi yg baik..klu mmg lnsng xnk pkai tdung ape bnda nk dpt hdayah hidayah 2..hahaha.."

tak dinafikan amalan yang boleh kita buat untuk memperolehi hidayah ialah beribadat dan taat kepada Allah. tetapi jangan ingat orang jahat or tak menutup aurat tu takkan dapat hidayah.Allah tu maha adil..

wrotejak berkata...

I have no objection regarding to this post. All i want to say is that we--the readers, should be more rational on each article that you read. Don't be mad just because you are not agree. Take out the good points there and leave all the bad points behind[if there is any].

And to Mr.Mantot,
I understand what is the message that you're trying to convey here. I hope there are still other guys like you.

All The Best ya.

LaLaLovy berkata...

ala~
i ni xpakai tudung.. tp i de la ipu mak bapak i..bkn macam yang pakai tudung depan mak bapak then buang ble jumpa ngan boyfriend!!bukan sume camni.. not all.. tp memang terang2 ade..

yang pakai tudung xsemua baik ok. dun judge a book by its cover..

Tanpa Nama berkata...

kejadah?

GOODLUCK ler.

'luaran' tak semestinya menggambarkan dalaman.

Tanpa Nama berkata...

mmg x dinafikan pmpuan yg brtudung itu baik segala..ttp bukankah menutup aurat itu perintah dan arahan Allah SWT? mungkin sy sndiri slalu trsilap `terdedahkan' aurat sndiri.kdg2 sy prnah juga sinsing lengan baju, kaki selua trnaik ketika brsukan, tudung disilang ke bahu...n sbagainya.ttp sy masih sedar akan kesilapan sy dan sy cuba utk elak dr bt itu smua n alhamdulillah dr hari ke hari, saya brjaya mengelakkan kesilapan itu smua dr berlaku lg.

kpd wanita2 yg beragama islam, mengapa anda smua hndak mempertikaikan lg perintah Allah SWt ini?? oh mungkin diri anda smua masih belum mndapat hidayah dr NYA. ttp xkan nk tnggu hidayah je?? knp x mulakan sndiri?? apa yg anda smua tnjukkan dan dedahkan, sama shj dgn pmpuan2 lain di dunia ini.

so ksimpulannya, tiada bantahan jika anda benar2 sedar diri itu ISLAM. Islam tidak membebankan umatnya.trust me.pkai tudung tidak panas jika hendak dibandingkan di akhirat kelak kepala dan rambut itu akan dibakar2.wallahualam

Tanpa Nama berkata...

assalamualaiakum.
sebenarnya saya dah lama terfikir tentang bertudung ini. saya sudah hidup 23 thn dgn rambut terdedah sana sini, belum lagi dgn warna2 yang pernah melekat kat rambut ni. tapi lepas saya break up awal thn hari tu, saya rasa saya sudah dapat petunjuk. amin ya rabbal alamin. saya seorang kaki clubbing masa zaman muda dahulu, saya pergi masuk hampir ke semua club kat kl, jumpa ramai orang but i have my own life with my frens. saya pergi club sembunyi2, parents tak tau, bf tak tau. tp once bf saya tau, we all break up, alasan- dia nak perempuan2 baik utk menjadi isteri dia. saya redha. sepjg puasa thn ni sy doa mtk tuhan beri petunjuk kalau benar apa yg ex bf saya ckp tu. alhamudlillah, masa hari raya korban tu saya rasa macam teringin sgt nak berhijab. saya mtk pdgan org2 berilmu dan beriman, dan hasilnya positif! saya ikhlas bertudung hukan utk dia, tapi utk ALLAH.
memang ada kebenarannya- lelaki baik utk perempuan baik. saya mengharapkan yang itu dari Allah kerana Dia sudah menjanjikannya. kepada perempuan2 luar sana yang masih belum dpt hidayah dan petunjuk, berusaha lah. lelaki HANYA mahu perempuan yg HOT utk dijadikan GF,(saya selalu dilabel sbg hot chick semasa di kolej) dan igt, lelaki HANYA mahu perempuan BERHIJAB utk dijadikan isteri dan ibu kepada anak2nya.

Master Yoda berkata...

Isu tuk kaitkan pemakaian tudung ngan personaliti, itu dh melibatkan sikap dan peribadi si pemakai tudung...BODOH benar si pemakai tudung ini kerana sudah elok benar penampilan dirinya, tapi berperangai mcm TUT TUT TUT....

Isu dlm artikel Mantot ni melibatkan mende dh wajib dan terang2 ditulis di dlm Al-quran,namun dipersoalkan plak dengan alasan2 yang nampak KONONNYE logik (rujuk pd certain2 komen), ni lah tanda2 akhir zaman....

Kah kah kah...Jgn bg gua gelak dgn alasan yg nampak KONONNYE logik tu

WAJIB = WAJIB, WAJIB takleh jadi SUNAT, HARUS dan lain2...

Mcm mane nak menutup aurat, terpulang...

Nak start berubah sket2 pon ok...Tapi kene tunjukkan perubahan from time to time...

Start la ngan skarf kecik, and then tudung kecik, and then sederhana, and then bidang 60 and then besar (labuh)

Bagi aku, bidang 60 pon dah besar (pasal org umah pakai selalu)....

Just 2 cents from me...Maaf la klu terkasar...

CikOo berkata...

adeyh..bnyk nye komen x sempat nak bace sume la...

emm...bg saye, writer ni bukan nak tunjuk poyo la..dia cume nak menyatakan pada pmpuan2 di luar yg duk dedah2 tu spaya tutup la aurat. sebab, lelaki, kalo suka cmne pun dye ng pmpuan seksi2, last2 dye kawin ng pmpuan btudung gak..yg btudung labuh gak yg jadi pilihan..so,, sape yg rugi...btul x?..

tp bro, mulai skrg, pndangan mata sama2 la jage. k?

Rara berkata...

Terbukak minda pabila membaca feedback entri ni.
N kepada author blog ini,syabas kerana mengemukakan topik sebegini rupe.

Aini berkata...

Entri yang bagus. Ikhlas dari hati. Sebagai perempuan, ada ikhtibar patut kita ambil dari entri ni.

Tak perlu pertikai itu ini. Tangkap maksud sebenar yg nak di sampaikan penulis. =)

x-po berkata...

baik punya review!!!!!

ape2 jer berkata...

eh penulis tahniah dpt tunang yg bagus ;)..

dok bc2 komen mcm2 ada..tp ada gak yg dok tulis perempuan yg baik tuk laki yg baik kan..so kena la berhijab kan baru la org nilai baik kan..tp klu nk pakai tudung semata nk riak nk tunjuk aku perfect..aku baik..aku suci..aku nk dpt laki yg baik tp bkn sbb itu suruhanNya bkn sebab cinta padaNya..ape yg dpt..ingin kan pahala dpt dosa..yg penting buat ikhlas demi Dia..krn cinta Dia..tu jelah..ok la chow ngeeee

ZaridaIshak berkata...

erk... mr penulis... tumpang tulis jap...
orang selalu kata dan kita selalu dengar... tak pakai tudung (tak tutup aurat) apa kisah... asal hati baik... itu pandangan peribadi bagi orang yang hatinya "sakit"... hehehe
... apa-apa pun kita diciptakan berpasangan dan pasangan kita adalah pelengkap kepada hidup kita... perghh

Tanpa Nama berkata...

Setuju bro.

memangla laki2 kene jage pndgn.tp ibarat kau sedang lapa ade bnyk mknn sdap2 kat dpan mate utk kau mkn.ade kau tolak(mgkn tolak mule2 sbb malu)?

so kalau da terlalu rmi perempuan yg seksi-meksi buat FREE show,mmg xpelik kalau laki2(termasuk yg mgkn nk jage pndgn) sume nak tgk ye dok?

fikir-fikirla.entry ni mmg harsh,tp ade betulnye.*insaf*

p/s:saye wanita :3

Tanpa Nama berkata...

nice post.
sy ska post ni.
sy ade kwn yg btudung..dlu die sklh agama,tup2 srius sy tkejut die dh tlanjur ngn bf dia..bkn ape,die sorg yg xpenah tinggal solat 5wktu xmiss..yg sy kesal,sjak die knl ade guy ni..die dh brubah..
sy penah tego die,laki tu x elok..tp die mcm dh angau ngn laki tue..tgok2 dh serah kn diri mse mrka bjmpe d kl..sty d otel 4 one nite stand..
sy sdih dgn tindakan die..hurm..sy tego tp dia msih mcm tue,smpai kn ade la bnyk kli sy tgok lovebite d leher nya..sy bkn nya islam..tp sy tahu apa yg betol n x dlm islam..
sy xnak die tu tengelam..

Tanpa Nama berkata...

meh aku nk ckp plak

kalau korang x pakai tudung
pastu orang suh korang pakai tudung
panstu korang bagi alasan YANG PAKAI TUDUNG PUN BUKAN BAIK SANGAT
perlu ke suma yang pakai tudung tapi x baik sangat tu bukak tudung balik supaya sesuai dgn kelakuan dia yang x baik tu?
ke korang yang baik ni yang patut pakai tudung supaya makin jelas ketara yang hati korang baik?
sebab orang yang BERHATI BAIK ni mudah je nak terimaa nasihat orang
mana yang baik dia ikut,mana yang salah dia x ikut
ataupun mana yang baik tapi diaa xxnak ikut gak,sila la diamkan diri and malu pada diri sorang2..xyah kecoh2...
penulis ni berniat baik...korang xpyh la nk twist story smpai niat sebenar yang penulis cuba sampaikan iaitu POMPUAN SILALAH TUTUP AURAT terkebelakang hilang ntah ke mn hnya kerana diselubungi pendapat korang yang lain2 tu
nak ckp pasal pompuan bertudung jahat ke,penulis miang ke,tggu entry lain la..sila pahamkan soklan boleh x??

Tanpa Nama berkata...

tergerak hati nak komen ble bce komen2 yg agak "janggal" dsisi islam...
aku ni lelaki xde la baik sgt..tp mang aku idamkn pmpn yg bertudung labuh...aku xkesah la klu die nk berpurdah skali pn...aslkn die mnunaikn tggungjwb untuk menutup aurat...

n aku nk backup mantot..
ni blog die, pendapat die, yg korang nk tentang ape pasal?..xsuke pasal artikel nie...jgn bace..tp klu da mkn cili terase pedas??..xrety2 lg ker??...n then..PLEASE LA WEYH!!..jgn nk tegakkn benang yg basah...klu ko rase ko ISLAM dlm diri dan bkn ISLAM pada IC..bukaknlh minda dan hati korang yg sempit tuh!!!..

sorry la,aku pn bkn sempurna..semayang pn xckup waktu..tp people change..bit by bit...

mang aku respect mantot tuk artikel nie..

last but not least!..
u r ryte miss nuha!

mrsbifa berkata...

Easy je..LELAKI NAFSU NYA HANYA 1..jadi bukan mudah mereka nak jg pandangan mata mereka..jadi kita yang perempuan memainkan peranan yg kuat utk mereka jg pandangan mata mereka..yg bertutup itu lebih indah sebenarnya..
assalamualaikum (",)

Tanpa Nama berkata...

kpd yg x bertudung,yg bukak aurat(laki n pmpn) jgn risau azab Allah dh tersedia utk anda. hahaha..marah x?? benda betul npe nk mrh2 plak?? hahaha

Tanpa Nama berkata...

mantap...aku suke..

tegur menegur tu biase la..masing2 ada pendapat..yg elok kita amek,yg x elok buang jauh2...hehe..

Tanpa Nama berkata...

saya sgt setuju dgn encik mantot. sy pakai tudung tp dgn rendah hati nye mengaku sy x proper sgt. n eventho cara awak tegur nampak tegas dan kasar tp sy sgt insaf bila baca n nak cuba pelan2 ubah diri. n itulah tujuan kte nasihat menasihati kan. supaya yg dinasihati berfikir. x kesah la apa cara nya pun yg pntg maksud sampai. x guna belajar tinggi2 mende simple pun x boleh fikir. bangga ada org mcm awak

Tanpa Nama berkata...

mom started to wear tudung, then my father stopped her from coming to his social events, clubs, and even married sexy ugly lady :( sad..sad. i hope my husband won't do that to me when i wear tudung. i wanted to wear tudung long time ago. seeing this and that..watching him saying ee..ugly pompuan pakai tudung.. made me think twice.. :( help..

Tanpa Nama berkata...

anoy 08/03 10:37
ttg mak n ayah tu, mereka sedang diuji sebenarnya. alhmdulillah dgn perkembangan terbaru mak tu ye.
Allah dengar tau doa kita. byk2kn doa, kuatkn semangat n sentiasa berfikir dr sudut postif ye.
sy doakan yg terbaik utk awak :)

crazy_labelle berkata...

punggung 26?
wakaka

Tanpa Nama berkata...

tak bagi isteri pakai kebaya sebab sendiri suka tengok perempuan lain pakai kebaya?

BIG TIME PERVERT. u know that? now u know.

ini la orang cakap, mengajar ketam jalan betul diri sendiri? argh kau sambung sendiri la perv.