Jun 30, 2009

Selamat Bertemu Kembali!

Ahah,sorilah.Lama aku menghilang,baru sekarang ni aku ada masa sikit nak menulis.Banyak benda nak kena setelkan dan baru dalam minggu ni aku boleh rilek goyang kaki.Hehehe,rasa agak bahagia sikit.

Bila difikir-fikir balik,kehidupan kat Malaysia ni seolah-olah memaksa semua jadi hamba masa dan duit.Terkejar sana,terkejar sini,sampai kadang-kadang kita lupa pasal orang tersayang atau family yang sepatutnya kita sayangi gila babi.

Aku selalu terfikir pasal benda ni lepas baca pasal member aku cerita dia duduk kat Norway dan tiap2 hari Ahad,semua pusat membeli belah WAJIB tutup untuk menggalakkan family keluar berjalan-jalan,bersantai-santai untuk menggalakkan terpupuknya keharmonian hidup.Ye lah,kita baca dalam majalah,dalam paper,kes cerai,gaduh merata-rata.Adakah itu salah satu akibat yang berlaku bila suami isteri kena mementingkan kerjaya berbanding kehidupan mereka sendiri.

Aku bagi contoh,seorang member aku yang sudah berkahwin.Isteri dia bekerja kat GOmbakdan dia kerja dekat Putrajaya.Tiap2 hari wife dia akan balik lambat dan dia akan balik on time.Jadi bila malam menjelang tiba,si suami ni akan merasakan ada timbul sifat2 horny dan ingin bermanja dengan isteri.Tapi isteri kata,dia penat,dia nak rehat.Nak tak nak terpaksa la tahan dulu walaupun dalam hati dah macam Gunung berapi nak meletus.

Mula2,boleh tahan,lepas tu terasa perasaan salahkan isteri yang balik lambat.Lama2 mula terfikir nak ringan2 dengan perempuan lain.Haha,aku bukan sexist,cuma ini cerita yang aku dengar dan aku ceritakan kat sini.Kita hidup di Malaysia seolah2 hidup untuk bekerja.Untuk mengejar duit. Sampai kadang2 kita terlupa ada orang yang tunggu kita balik. Aku pun mengalami perasaan yang sama,kadang2 sampai awek aku...eh tunang aku kena maki sebab kacau aku buat kerja.

Oh,untuk beberapa bulan akan datang,janganlah muntah kalau artikel2 aku lebih berunsur kepada kekeluargaan dan kebapaan,hahahaha.Hidayah menyeru,aku ikutkan aje.Mungkin lepas ni update2 porno akan berkurangan,ada dua sebab,satu,aku dah matured sikit dan dua,industri porno Malaysia dah semakin berkurang.Serius shit,berkurang.Yang ada dalam circle pengedar2 ponro Melayu sekarang ni hanyalah rehash porno2 lama.Yang baru?Tak banyak dah. (Jangan tanya mana sumber aku).Jadi,sorilah kepada 300+ orang yang setiap hari mencari porno tapi tersesat masuk ke blog maki hamun ini.

Berbalik kepada cerita kejar duit tadi,aku keluar dengan tunang aku makan dekat Putrajaya tempohari.Jadi turunlah dekat food court bawah Masjid Putrajaya tu,aku tak tau nama dia.Ingat nak minum aje,aku pun duduk la dekat kedai nasi campur kat situ,ingat nak tolong Melayu sebab yang jual tu Melayu.Mintak air tin Kickapoo dengan air mineral.

Pakcik tu kira la.Total dua benda tu,RM5.50.Nak terberak aku kat situ lepas pakcik tu tunjuk cash register.Aku ambik resit,aku tengok air mineral Rm2,air tin RM3,service charge 50 sen.SERVICE CHARGE 10% UNTUK APA?Untuk ambikkan air tin dari peti ais dan bagi kat aku?Straw aku kena ambik sendiri pulak tu,tin tu aku kena bukak sendiriMana servis nya?Ke ni Government punya tax tapi taruk situ service charge ni,hehehe...

Nak marah kat sape aku pun tak tau.Kat Pakcik tu ke yang CEKIK DARAH gila atau kepada tuan punya tempat yang sewa kedainya CEKIK DARAH penduduk Putrajaya dan pelancong atau kepada penduduk Putrajaya yang tak sedar diorang di CEKIK DARAH.Nak aje aku pulangkan balik air tin tu beli kat kedai buku hujung tepi jamban tu. Adik tunang aku datang,order NASIK GORENG KAMPUNG kena bayar Rm9.90.Dia student jadi duit tak cukup terpaksa la pau kakak dia.Aku tengok takde la best mana nasik goreng tu,cuma ada karipap aje sebijik.Makan la dia dengan muka tak puas hati sebab dapat nasik goreng kampung biasa tapi harga macam hotel punya rate.

Tapi sebab semangat Melayu punya pasal aku tahan aje la dan komplen dalam ni.Kutuk belakang2 cukup la.Aku memang suka tolong orang Melayu yang bijak berniaga camni untung besar.Kepada pembaca2 sekalian khasnya penduduk Putrajaya,aku suggest korang pegi try makan situ.Nasi goreng dia takde la sedap luar biasa pun,air tin dia pun RM3.Tapi yang penting,kita mesti pastikan orang Melayu untung besar.

Yeeha!

Jun 21, 2009

Oh Indahnya Dunia Satu Masa Dulu



Diambil daripada Dokumen Rasmi Kerajaan Malaysia mengenai Peristiwa Memali satu masa dulu.Aku tengah buat research sebab aku ada projek pasal benda ni.

Jun 20, 2009

Aku Ingin Memberi Sumbangan Kepada Penduduk Manek Urai


Kepada mana-mana sekolah yang berada di dalam kawasan Manek Urai yang memerlukan perkhidmatan membuat website rasmi sekolah,aku dengan ini menawarkan perkhidmatan aku secara percuma dengan syarat-syarat di bawah :

1. Aku berharap didirikan tugu peringatan aku dekat pintu masuk sekolah diperbuat daripada ukiran batu berskala 1:1.Maknanya ketinggian tugu tu sama tinggi dengan aku.

2. Aku mintak jasa baik pihak Guru Besar sekolah untuk memaklumkan perkara tersebut kepada pihak2 media khasnya yang popular mengenai jasa baik aku itu.

3. Aku mohon agar Cikgu perempuan paling lawa dekat sekolah tu diperkenalkan dengan aku,mesti pakai tudung.

Itu aje syarat-syarat aku.
Ingat,aku buat semua benda ni free.Takyah bayar apa-apa,sesen pun takyah keluar.

Muhyiddin Yassin Pun Boleh Masuk Syurga Kerana Kebajikannya Memberi Kerusi Roda

Undi BN boleh masuk syurga juga

KUALA KRAI 19 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam masuk syurga.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

Muhyiddin hadiah kerusi roda

KUALA KRAI 19 Jun - Sejak lima tahun lalu, Yusoff Awang, 76, sukar untuk membawa isterinya Rogayah Samad, 75, yang terlantar akibat lumpuh untuk ke hospital mendapatkan rawatan atau mengambil angin di luar rumah.

Dulu dia menggunakan basikal tuanya yang disediakan palang khas untuk membawa isterinya yang uzur kerana sakit tua keluar rumah, namun basikal itu sudah rosak.

Hari ini pasangan itu ternyata begitu gembira dan terharu apabila tanpa diduga, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menziarahi mereka di Kampung Sungai Sok, Manek Urai dekat sini hari ini.

Selain bertanyakan khabar kehidupan seharian, pemimpin negara itu menghulurkan sumbangan peribadi di samping sebuah kerusi roda.

"Saya tak sangka hari ini ada orang besar datang ke rumah saya dan memberi sumbangan. Sejak saya tinggal di sini belum pernah ada sesiapa yang beri sumbangan.

"Selepas ini tidak perlu lagi angkat isteri saya sebab kerusi roda ini sudah ada untuk digunakan. Saya ucapkan terima kasih dan syukur dengan pemberian ini," kata Yusoff.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran hari ini meluangkan masa kira-kira setengah jam di rumah pasangan warga emas itu untuk meninjau kehidupan masyarakat setempat dengan lebih dekat.

Beliau yang dalam rangka lawatan kerja sehari di Manek Urai turut diiringi oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.


Apa benda ni?Takkan la bila ada pilihanraya baru nak bagi bantuan?Bukankah kau KERAJAAN dan tugas kerajaan adalah tahu kewujudan orang2 susah dan bantu diorang.Itu sudah memang kerja anda,bukan?.Pada pandangan aku,makhluk yang berbuat kebaikan dan kemudian menghebahkannya adalah golongan orang2 yang angkuh...dan kononnya nak menunjukkan kerajaan PAS lemah.

Masuk syurga asalkan undi mana2 parti?Dah memang kepercayaan orang Islam,kita akan masuk syurga kan?Tapi berapa lama nak kena duduk dulu kat neraka tu yang kita tak tau lagi.Apa benda yang kau mengarut nak kaitkan pilih parti dengan masuk syurga ni oi?

Pakcik yang dapat kerusi roda mesti bersyukur gila sebab pilihanraya tu dah jadi satu nikmat kepada dia.Masalahnya,kerajaan akan menunjukkan kepada "mereka-mereka yang buta" itu sumbangan kerajaan.Itu bukan sumbangan!

5 tahun dia merana,alih2 bila ada pilihanraya baru ada bantuan dihulur.Kalau takde pilihanraya kecik apa nasib dia?Mana bantuan kerajaan negeri?Kalau kerajaan negeri tak mampu tolong,apa yang kerajaan pusat buat?

Itu memang tanggungjawab anda.Kenapa kerajaan Malaysia hanya berbakti pada masa yang menguntungkan mereka aje?

Sila jawab penyokong tegar kerajaan?Aku tulis benda ni bukan ikut semangat pembangkang ke apa.Benda camni,fikir pakai common sense aje.

Dan ingat..bila aku kata pasal KERAJAAN MALAYSIA..itu adalah gabungan semua kerajaan yang memerintah negeri2.

Jun 18, 2009

Apa Yang Utusan Nak Capai Dengan Berita-Berita Bodoh Macam Ni?

Perpecahan Melayu teruk
PUTRAJAYA 17 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memberi amaran perpecahan orang Melayu ketika ini terlampau teruk sehingga golongan majoriti itu kelihatan terlalu lemah. Membiarkan orang Melayu sendiri mentafsirkan apa yang dimaksudkannya daripada pengamatan suasana hari ini, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu percaya hanya kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas sahaja boleh mengembalikan semula kewibawaan orang Melayu di Malaysia.


Pelihara semangat perpaduan
LEDANG 14 Jun - Masyarakat berbilang kaum di negeri Johor disaran untuk terus memelihara semangat perpaduan yang dinikmati sejak dahulu hingga kini bagi membolehkan keamanan terus terjamin.Menteri Besar Johor,Datuk Abdul Ghani Othman berkata, persefahaman yang telah diwujudkan antara kaum Melayu, Cina dan India di negeri ini perlu dikekalkan bagi memastikan Johor terus memacu kemajuan.

Menteri Besar turut mengingatkan semua anggota masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan segelintir pihak yang cuba membawa perubahan di negara ini secara radikal tanpa menghormati keharmonian masyarakat."Sama ada berasal dari kampung atau ladang, kesusahan hidup kita dahulu telah pun diatasi dan kita kini menjalani kehidupan yang lebih baik.Lebih penting, kita sudah menerima antara satu sama lain dengan penuh rasa hormat dan percaya antara satu sama lain," katanya.Sementara itu, pada majlis berkenaan, Abdul Ghani turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 daripada kerajaan negeri bagi membantu menampung kos pembinaan pintu gerbang Kuil Subramaniar serta memperluaskan dewan serbaguna kuil berkenaan.Menurut beliau, komitmen kerajaan bukan sekadar membantu pembinaan masjid-masjid, malah memelihara kepentingan kaum lain yang memerlukan kuil dan tokong.


Jangan khuatir perpaduan Melayu
PETALING JAYA 13 Jun – Rakyat negara ini yang berbilang kaum dan agama tidak harus khuatir dengan cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO kerana ia adalah baik untuk kestabilan negara.Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata,perpaduan antara dua parti Melayu yang terbesar di negara ini tidak akan mengancam kaum-kaum lain."Sejarah negara ini membuktikan bahawa apabila kaum Melayu bersatu dan mentadbir negara ini, mereka akan menjaga kebajikan semua pihak tanpa mengira kaum dan ajaran agama,” katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Rakyat PJS8 di sini hari ini.


Melayu di ambang perpecahan
ALOR SETAR 11 Jun - Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Aziz Deraman berkata, orang Melayu sedang berhadapan dengan perpecahan dan pelbagai masalah berikutan perkembangan politik dalam negara yang "kacau bilau".

"Kepimpinan baru negara memperkenalkan gagasan '1Malaysia' dengan matlamat utama mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara. Perpaduan tidak mudah dicapai tanpa menekankan kepada nilai-nilai budaya.

"Keberanian baru orang bukan Melayu akhir-akhir ini sudah tidak terbendung dan penentangan berterusan tanpa tindakan akan hanya membawa kemusnahan kepada negara," katanya.Beliau berkata, seluruh pemimpin dan lapisan rakyat Malaysia perlu menghayati dasar-dasar nasional khususnya perlembagaan dan Rukun Negara selain faktor geografi dan demografi serta sifat-sifat negara bangsa untuk mencapai impian 1Malaysia.


Jangan biar peristiwa 13 Mei berulang
PADANG BESAR 10 Jun - Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada kejadian 13 Mei 1969 agar peristiwa hitam yang berlaku akibat salah faham kaum itu tidak berulang.Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, peristiwa terburuk perselisihan kaum itu wajar menjadi teladan kepada semua pihak terutama masyarakat majmuk hari ini.Katanya, golongan muda perlu menjadikan peristiwa tersebut sebagai teladan hidup dan berusaha keras agar ia tidak akan berlaku kali kedua.

"Pakatan tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India yang memerdekakan negara pada 1957 mestilah dikekalkan. Kini, kita semua hidup dalam serba senang di tanah air sendiri."

Beliau membuat peringatan itu kepada rakyat ketika berucap merasmikan program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Seri Aman di sini malam tadi.Sehubungan itu, Md. Isa meminta rakyat agar jangan sesekali terpengaruh dengan sesetengah pihak yang mahu mencetuskan konfrantasi kaum kerana pihak berkenaan memiliki kepentingan politik tersendiri.Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis mengajak rakyat supaya sentiasa menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sekian lama terbukti menjaga kepentingan rakyat seluruh negara.

"Sekarang macam-macam usaha parti tertentu kononnya mereka adalah pakatan yang baik. Ketahuilah bahawa parti pakatan yang terbukti baik di Malaysia adalah BN.Ini bermakna rakyat seluruh Malaysia mesti mendahulukan BN di setiap negeri.Jadi, kenalah kita kembalikan pentadbiran di Perak, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan kepada BN,"tegasnya.

Pada majlis itu juga, Menteri Besar turut menyampaikan bantuan bernilai kira-kira RM3,000 dari Unit Khidmat Penyayang Perlis kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan miskin.Bantuan itu adalah makanan harian dan tuala kepada 30 keluarga miskin dan empat kerusi roda kepada orang kurang upaya (OKU).Para penerima terdiri daripada Melayu, India, Cina dan Siam.


YA ALLAH...BODOHNYA BERITA-BERITA YANG DITULIS OLEH AKHBAR NASIONAL MALAYSIA.PIHAK APA?SIAPA YANG NAK PECAH BELAHKAN MELAYU?SEBAB ORANG TAK SOKONG UMNO JADI MELAYU PECAH?HABIS BERITA AJE MESTI ADA BAGI BANTUAN DEKAT SEMUA KAUM.INGAT RAKYAT NI MANGKUK KE?DAH LA AYAT TU ADA YANG BERBUNYI UGUTAN...

DAH LAMA DAH AKU PERHATI BERITA-BERITA UTUSAN NI MAKIN HARI MAKIN MENGARUT.ARTIKEL TAKDE NAMA PENULIS PUN BOLEH SIARKAN.TAH AMBIK KAT BLOG MANA TAH.

Ni Haa Ketuanan Melayu Kau!


Sebuah syarikat animasi Bumiputera yang baru ingin melangkah maju,berharap penubuhan mereka dapat memeriahkan industri multimedia negara.Apatah lagi dengan seruan kerajaan yang menggalakkan usahawan bumiputera menceburi bidang multimedia kerana negara ini perlukan pendedahan multimedia yang lebih tegar.

Jadi,pemilik syarikat animasi ini pun berharap agar mereka dapat merebut tender yang dikeluarkan oleh Radio Televisyen Malaysia.Proposal sudah pun siap dibuat,watak2 kartun dan skrip untuk 13 episod sudah pun siap dikarang.Harapan menggunung tinggi disimpan dalam hati,untuk melihat hasil karya sendiri tertayang di RTM1.Hehehe.

Sampai saja di RTM,pegawai yang berkuasa mengarahkan pemilik syarikat itu menghubungi sebuah syarikat lain yang berada dalam level Konsortium di bawah RTM.Maknanya semua tender2 animasi yang dikeluarkan oleh RTM tidak boleh dipohon terus ke RTM,mesti melalui Konsortium2 ini.Jadi melangkah lah pemilik studio animasi itu berjumpa dengan pemilik Konsortium tersebut.

Bincang punya bincang dapat lah pemilik studio animasi itu satu slot 13 episod animasi di RTM tapi...tapi...dengan syarat bayaran yang diterima daripada RTM dikongsi bersama 50 / 50.Kira punya kira,pemilik studio animasi itupun dengan berat hatinya terpaksa bersetuju walaupun untung yang akan diperolehi boleh dikatakan tidak langsung wujud.Hak cipta untuk animasi tersebut juga berjaya diambil oleh syarikat Konsortium itu.

Untuk mendapatkan rolling money,bilangan pekerja terpaksa diminimakan dan beberapa faedah untuk pekerja juga terpaksa dipotong.

Begitulah yang berlaku dalam Malaysia.Yang keluar tender,orang Melayu.Yang nak rebut tender,orang Melayu.Yang sakit hatinya,orang Melayu yang keluar tender jual tender dekat konsortium...bukan Melayu.

Tah kenapa tah benda ni berlaku.
Bila hak Melayu dikacau,bising tak ingat.Bila nampak untung terus terlupa orang Melayu yang nak maju ni.Macam tu la RTM ni berfungsi satu masa dulu.Tender-tender ni bagi kat member,yang kaya-kaya,yang ada pangkat,yang banyak duit.Habis,sampai bila bumiputera nak maju?

Ni cerita lama.Aku tak tau yang jaga tender animasi RTM sekarang macam mana modus operandi dia.Aku rasa sama aje kot sebab makin lama makin kurang kartun2 Malaysia yang keluar.Tak berbaloi bang buat kartun kat Malaysia ni.Guideline RTM mengarut.Contohnya,orang jahat takleh pakai baju askar kaler hijau sebab takut nanti budak2 ingat askar semua jahat.Bodohnya pemikiran kau oi...tak berbaloi nak deal dengan orang2 camtu tapi kebanyakan usahawan bumiputera ni terpaksa.Ambik aje la,layan aje la kerenah diorang yang handal2 ni,dapat la untung seribu sebulan buat bayar bil.

Mulut aje lantang suruh jaga bangsa,hati tengah fikir lubang untung paling besar.Siapa boleh bagi untung paling besar dialah member sekatil.Terlupa dah Ketuanan Melayu,hahaha.

Itulah dia kepala pegawai2 kerajaan RTM ni.
Ketuanan Melayu la sangat.Tu ha,gambar tu la contoh terbaik Ketuanan Melayu.Tah bersih ke tak Najib basuh tangan dia lepas berak?

Bhgn 02 - Apa Yang Tak Kena Dengan Malaysia?


Aku akan menulis ni daripada apa yang aku dah lalui sendiri.Kenapa Malaysia ini mengamalkan prinsip rasuah secara halal?

Aku seorang 3D animator satu masa dulu.Kerja aku,buat software budak-budak.Bersengkang mata sampai pagi2 buta buat kerja dari Isnin sampai la ke Isnin minggu berikutnya.Ada la lagi kerja2 lain sebelum tu tapi aku nak ceritakan kenapa Malaysia ni korup sampai ke akar umbi.Bukti depan mata.Hahaha.Nak dakwa,dakwa la.Aku ingat muka kau.

Bila tiap2 kali sampai deadline,orang Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) akan hantar orang dia (staff yang sekurang-kurangnya reti pegang mouse macam mana) untuk pantau kerja-kerja yang dah disiapkan. Seperti kebiasaan lah,sebab dia ni ada kuasa nak approve kerja kitorang ke tak,dia akan gunakan POWER yang dia ada tu sehabis mungkin.

Jangan harap dia nak approve kerja yang disubmit selagi tak hulur duit bawah meja dan belanja KFC!

Bos aku memang dah kenal perangai dia ni,suka makan duit suap.Jadi,pada satu hari deadline,bos aku tiba-tiba berkeras pulak tak nak hulur duit;Bos aku kata padan muka dia,biar dia tunggu.Sampai malam dia tunggu,9 malam,sanggup tu! Sambil dia tunggu,tetiba banyak la pulak benda yang dah approved nak kena tukar.Kitorang yang buat kerja ni memang hangin la sebab KEPALA BAPAK KO INGAT SENANG NAK TUKAR BENDA-BENDA INTERAKTIF NI!

Mungkin sebab bos aku pun dah hangin tengok keazaman Minah ni yang sanggup overtime semata-mata nak duit kopi tu.Jadi bos aku bagi KFC dan panggil dia masuk ofis.Tak tau la berapa bos aku hulur tapi keluar aje minah tu muka HAPPY NAK MAMPOS dan terus semua benda approved.

Itu baru pegawai kerajaan yang ada kuasa nak approve atau tidak courseware untuk budak sekolah rendah.Belum pegawai kerajaan yang ada kuasa nak meluluskan projek2 mega atau menteri2 yang punya kuasa mutlak semua benda.Contoh yang aku bagi tu,applykan la dekat mana2 tender yang kerajaan bukak.Hasil dia mesti sama.

1. Kerajaan keluar peruntukan dekat kompeni melalui orang tengah
2. Orang tengah akan carik pembekal
3. Orang tengah akan adjust atau mintak duit sebab dah bagi projek dekat kompeni
3. Orang tengah akan makan duit free
4. Kompeni2 akan kekurangan untung

Adakah kita ni memang semulajadi korup?Sebab budaya middleman tu memang ada.Tapi kat Malaysia,middlemen ni dah macam kaki pau dekat Petaling Street.Yang bezanya cuma dia pakai kemeja bertali leher.Camne kerajaan nak ada duit kalau duit yang keluar banyak habis dekat orang tengah?Sebab tu kot kita kena bayar tol?

Jun 15, 2009

Bhgn 01 - Apa Yang Tak Kena Dengan Malaysia?


Undang-Undang Jalan Raya Kita Pelaksanaannya Macam Gampang!

Undang-undang kita elok aje,cantik,lengkap,tapi pelaksanaan dia tak betul.Terlalu banyak loophole dan bukaan-bukaan yang membolehkan seseorang itu bawak kereta atau motor macam orang gila atas jalan raya.Kenapa kita tak takut dengan undang-undang jalan raya?

1. Sebab kita tau kalau kena tahan,kita boleh beli Polis yang tahan tu (aku rasa majoriti kot sbb selama yang aku pernah lalui,tak pernah pun polis tu terus bagi surat saman.Mesti nak lengah2 kan dan tunggu respons kita)

2. Saman tu hanyalah sikit aje kuantiti dia untuk sesetengah pihak,bagi mereka yang pakai BMW besar atau Rolls Royce.Jadi,biarlah kena saman asalkan boleh pegi 220km/j.

3. Bawak motor ni tak ada undang-undang kat Malaysia. Pegilah selaju mana yang anda suka,undang2 yang perlu diikuti hanyalah berenti di lampu merah. Pasti anda pernah nampak superbike atas jalan raya,biasa berapa laju dia pegi?Biasanya mesti atas 140km/j.Alasan nak menghalalkan kelajuan tu?Superbike tak sedap bawak slow.Sama la jugak macam kereta-kereta mahal.Mentaliti kita,kita akan pelik nampak kereta mewah bawak slow2.

4. Hukuman tak berat. Member aku pernah rasuah polis lepaskan dia walaupun dia bawak kereta takde lesen.Maksud aku,dia memang tak pernah pegi belajar kereta,bukan lesen mati.Lepas aje.

5. Undang-undang jalan raya Malaysia takde pun rakyat yang takut.Nak potong queue,potong aje.Nak langgar lampu merah?Langgar aje.Nak suruh kereta yang slow dekat lorong kiri pegi laju sket sebab anda tak nak masuk lane kanan untuk potong?Hon dan bagi jari hantu.

Salah siapa benda ni?Ini salah kerajaan.Pelaksanaan perlu dilakukan oleh kerajaan.Apa gunanya undang-undang kalau rakyat tak patuh dengan undang-undang atas jalan?Kita takde perasaan takut nak buat salah sebab kita tau undang-undang jalan raya Malaysia ni HANGAT-HANGAT TAHI AYAM.

Selagi rakyat tak takut nak buat salah atas jalan raya,ini adalah bukti Kerajaan Malaysia masih gagal.

Jun 13, 2009

Dua Peristiwa Seram Kompleks Membeli Belah Yang Aku Alami


Tahun lepas,mungkin ada antara korang terbaca pasal cerita seram aku dekat Mines.Tapi hari ni aku nak tulis lagi sekali sebab aku memang suka kongsi benda2 bizarre yang aku nampak setiap hari,agar kita dapat memastikan anak cucu kita tak jadi mcm mangkuk2 ayun ni.

Tahun lepas,aku pegi Mines,tengahari,dalam pukul 3 lebih camtu.Jadi aku nak beli barang sket,park motor,aku pun gi la beli barang.Habis beli barang,bila aku nak turun tangga menghala ke parking,aku nampak ada sorang minah tengah diri depan pintu exit tu.Pelik gak aku sebab AWEK CUTE diri sorang2 depan pintu dekat kawasan yang agak tak bercahaya cerah.Mungkin awek ni menawarkan perkhidmatan seks,fikir aku sambil tangan menyeluk poket mengira berapa sen aku nak bayar untuk perkhidmatan awek ni.

Aku lalu depan awek tu dan awek tu nampak serba salah nak stop aku.Aku masuk pintu tengok ada budak (aku panggil budak sebab aku dah tua) tengah kencing dekat tangga.Yes.Tengah kencing dekat tangga.Sambil ada satu tompokan air yang makin besar.Mamat tu pusing,muka takut2,aku sound dia dengan satu ayat yang agak dramatik tapi still ada perasaan prihatin (sebab masyarakat Melayu prihatin nasib golongan camni) dan aku blah.Hancing GILA!

Cerita seram kedua aku,baru-baru ni,bila aku pegi beli barang kat Jusco,setel beli barang dan nak balik sambil jalan nak pegi kat parking motor.Dekat aje dengan motor aku,ada awek tengah peluk balak dia.Balak dia berdiri atas motor sambil awek tu peluk balak dia dari tepi.Lepas tu..bila aku dah makin dekat...DIA CIUM MULUT MAMAT TU!

Lancau betul fikir aku.Tak reti adab langsung.At least cium mulut masa atas motor yang bergerak ke takde la orang perasan sangat.Dah la dia park sebelah motor aku.Mamat tu muka pecah rumah dan awek tu muka kapal korek.Memang sesuai sangat la dua orang tu,seperti pinang dibelah dua.Mungkin diorang rasa lagi thrill kalau dapat dipertontonkan aksi hangat diorang dan bila ada orang tengok,rasa orgasm yang dihasilkan bertambah dua kali ganda,fikir aku waktu tu.Mamat tu bawak motor LC135 kaler merah bernombor plate WKA 52**.Hahaha.

Tah la.
Aku tak tau apa yang jadi dengan orang Melayu sekarang.Katakanlah,aku terajang mamat yang tengah kencing tu lepas tu mamat tu dakwa aku.Konfem dia menang kes sebab aku serang dia.Kalau aku pegi tarik rambut minah tu ke balai polis,aku jugak yang akan kena dakwa sebab aku berniat nak menyakitkan dan menyerang dia.

Habis,nak buat apa?
Takkan nak biarkan aje.

Apa yang diorang suka sangat beromen dan buat benda tak senonoh dekat parking shopping kompleks?

Jun 10, 2009

Panduan Untuk Menubuhkan Boyband Anda Sendiri

Dalam setiap boyband,paling kurang mesti ada 5 ahli.

Dalam 5 orang tu,mesti ada 2 yang paling glemer,sama ada yang paling hensem atau yang paling hebat menyanyi.


Contohnya,kalau kita ambik Backstreet Boys,kita paling kenal sekali Nick Carter dengan penyanyi dia,ape tah nama,Brian kot.Kalau kita ambik Nsync pulak,kita paling kenal dengan Justin Timberlake dan ape tah name mamat yang muka poyo tu,JC Chazes,Jasey Chasez?Kalau kita ambik boyband Malaysia pulak,4U2C dulu2 zaman pakai CD,kita kena AC dengan Joe.Yang lain2 tu anak2 gadis tak gila sangat.


Yang lagi 3 orang dalam boyband tu?
Itu sekadar mencukupkan korum.Asalkan ada muka sikit,asalkan boleh memenuhkan background vocal dan boleh buat gadis tergila2 sket,cukupla.Yang penting peminat paling suka 2 orang penting tu.Aku rasa kalau aku tanya nama lagi 3 orang budak2 Backstreet Boys (bapak2 orang sbnrnya) tu haram orang tak tau.

Katakanlah,
3 orang lebihan dan bukan focal point Backstreet Boys (BSB) tu yang beridentiti unknown itu,tiba-tiba berhasrat ingin menubuhkan satu group baru dengan Justin Timberlake dengan harapan mereka dapat berkongsi spotlight bersama Justin Timberlake dengan hasrat untuk menjadi setaraf Justin Timberlake,adakah gadis-gadis itu akan dapat menerima ketiga-tiga orang yang tidak diketahui nama itu sama taraf dengan Justin Timberlake?


Sudah pasti spotlight masih lagi terarah ke muka Justin Timberlake dan ketiga-tiga bekas ahli BSB itu akan masih juga dikenali sebagai "Penyanyi Latar Justin Timberlake" walaupun sesedap mana mereka menyanyi pun atau sehandal mana pun mereka berposing macho dalam video clip.


Jadi,jika anda sudah pun menganggotai sebuah boyband dan anda bukanlah tumpuan utama,janganlah cuba pandai2 keluar boyband anda mencari anggota yang jauh lebih popular daripada anda. Sebab anda kemungkinannya anda akan makin tenggelam dek populariti orang yang lebih popular atau gilakan publisiti.Lebih baik anda terus memperjuangkang irama boyband anda dan terus stick dengan group anda tanpa menukar haluan kerana,hakikatnya,anda akan masih jadi Penyanyi Latar jika anda keluar.

Kalau nak popular jugak,buat2 la perkara gila atau tak masuk akal.
Mungkin anda akan popular kejap dan kemudian peminat anda akan lari.
Teruskan perjuangan irama muzik yang anda percayai.




Jun 07, 2009

Mari Belajar Bersenggama Daripada Televisyen


Kalau korang teringat satu peristiwa satu masa dulu masa kumpulan Search top gila,kerajaan tiba-tiba keluarkan akta artis yang nak keluar TV dan radio kena berambut panjang tak melebihi bahu untuk lelaki.Jadi,benda tu jadi kontroversi gila babi.Search berdegil jugak tapi lama kelamaan diorang pun mengalah dan setuju dengan syarat kerajaan tu.

Akhirnya,pada satu pagi yang aman damai,berlakulah satu upacara bersejarah di mana kumpulan Search memotong rambut mereka dan disaksikan (ke dipotong?) oleh Menteri Penerangan waktu itu,Datuk Mohamad Rahmat.Siap ada siaran langsung sebab waktu tu ada 2 kumpulan rock Malaysia yang tahap2 gergasi iaitu Search dan Wings yang melawan tapi akhirnya diorang setuju.Pada pagi itu,habislah rambut Amy Search dipotong.Selamatlah rambut panjang mereka yang dibela bertahun2 lamanya.

Kenapa aku menulis pasal benda ni?

Semalam sambil tengok TV kat Astro,aku layan tengok TV sambil ada anak buah aku seorang tengah tengok2 gak.Lepas tu keluar satu promo Star World yang tunjuk perempuan bukak baju dari belakang tapi ditutup la "bahagian2 tertentu" dengan grafik.Perempuan berbikini?Tak payah cerita.Bukak aje MTV penuh berlambak2 dengan cleavage yang dalam sehingga mampu membuatkan aku lemas keseronokan di dalamnya.

Aku takut jugak kalau tiba-tiba anak buah aku bukak mulut dan tanya,"Pak Ngah,Pak Ngah,tu ape tu?" Nasib baik persoalan tu tak pernah keluar.Biarlah Kakak aku dengan abang ipar aku yang berpeluh jawab persoalan tu satu hari nanti.Biarlah aku hanya baring menikmati keindahan tubuh wanita yang ditonjolkan secara membabi buta itu.

Kalau kita tengok,pendirian kerajaan dalam benda2 macam ni tak pernahnya tetap.Lelaki punya rambut,punyalah diorang berkeras sehinggakan sanggup berkeras macam gitu sekali tapi bila perihal bab-baba penyangan tubuh badan perempuan,tidak pulak wujud akta yang membendungnya.

Kalau kita tengok zaman sekarang ni pun,kalau korang ada baca pasal majalah Mangga aku tulis dan letakkan gambar dulu2,tak ke lagi teruk impak negatif dia berbanding rambut panjang Amy Search tu?Seolah-olah kita menghalalkan yang lebih buruk dan mengharamkan yang tak berapa buruk.

Kenapa tak diwujudkan akta "kalau perempuan itu nampak cleavage" atau "perempuan itu pakai seluar ketat",BANNED dia dari TV,biarkan dia hanya di radio di mana hanya suara dapat didengari.Kalau kita tengok sekarang ini pun,imej2 yang dipaparkan di kaca televisyen sangat2 la menonjol sehingga kadang2 aku sendiri tidak pasti adakah ini soft porno atau hardcore Triple X.Apa yang aku sedar hanyalah biasanya selepas menonton televisyen,nafas aku turun naik dengan lajunya membuatkan aku menyesal tak kawin awal-awal.

Kepit cleavage di TV,
Agar Datuk minat jadikan isteri,
Kalau Datuk tu dah beristeri,
Mana tau dapat menteri

Kain batik disingkap-singkap,
Tali bra dilayang-layang,
Nafasku habis tercungap-cungap,
Satu Malaysia dadaku tayang


Jun 05, 2009

Kesilapan Bodoh Utusan - Sejak Bila Chin Peng Masuk PKR?


‘‘Sepatutnya, Chin Peng diadili dengan hukuman yang setimpal dengan kekejaman yang sudah dia lakukan ke atas kami bekas tentera,’’ katanya yang kudung kaki kiri.

Kata Razmi Mat Sharif, 52, dia akan menjadi orang pertama untuk membalas dendam ke atas Chin Peng sekiranya pemimpin PKR itu tetap berdegil untuk kembali ke negara ini.

‘‘Namun, saya kesal kerana masih ada di kalangan rakyat negara ini yang sengaja ingin mengguris perasaan kami, bekas tentera, elok-elok kami pendam sahaja luka ini tetapi mereka sengaja ingin menoreh kembali luka lama ini,’’ katanya.


Patutla takut betul diorang.Orang kuat Anwar Ibrahim rupanya.Hehehe.R dengan M dekat keyboard tu punyalah jauh.Ataupun sebenarnya Chin Peng ni Setiausaha kepada Parti Komunis Rusia.

Link Asal

Siapa Melayu ? - Bhgn 03


Apa warna Melayu?
Gelap,cerah,sawo matang,maroon,putih?

Apa budaya asli Melayu?
Kuda kepang,ghazal?

Siapa lagi Melayu?
Kita atau Indonesia?

Apa pakaian tradisional orang Melayu?
Samping,baju melayu,songkok,kopiah,baju kurung,kebaya?

Kenapa orang Melayu rasa kagum jumpa orang Melayu yang tere berbahasa English?
Kenapa orang Melayu lagi hormat dekat orang putih berbanding orang Melayu sendiri?

Kenapa pemimpin Melayu satu masa dulu yang bertuankan British disanjung sekarang?
Kenapa pemimpin Melayu yang menentang British satu masa dulu dikeji?

Siapa berani kata,dia Melayu tulen?
Siapa berani kata dia 100% darah Melayu?
Siapa berani kata keturunan dia takde campuran Cina atau India?

Kalau mata anda sepet dan kulit anda cerah,anda pasti punya darah Cina.Kalau kulit anda gelap dan nenek anda India Muslim,anda ada darah India.Tapi anda masih lagi Melayu kan?

Habis,mau dihalau bukan Melayu ini balik ke China balik ke India?Mahu buat perangai macam Jamaluddin Jarjis?
Sebab mereka bukan Melayu?
Kalau satu masa dulu Datuk Nenek Moyang anda bukan Melayu,kenapa anda Melayu?

Mahu lawan asal anda?
Lawanlah.Anda bukan Melayu sangat pun pada asalnya.

(Gambar itu gambar seorang wanita Melayu bernama Mariam Murni Adam,bukan orang Arab)

Sebuah Cerita Kemalangan Tipikal - Bhgn 02


Ada satu hari masa aku nak pergi kerja,aku tengah lalu kat satu simpang,nampak satu motor terlekat kat bawah divider.Brader tu terbaring kat tengah jalan.Aku pun cilok masuk ke situ sebab aku memang nampak mamat tu sorang2 terbaring kat situ takde orang tolong.Jalan tu pun tak banyak orang lalu.Tengok brader Cina tu ok la.Try nak tarik motor dia keluar daripada bawah divider tu,stuck pulak.Jadi aku tunggu kejap,nasib baik ada sorang lagi brader India berenti tolong aku.

Jadi kitorang tarik motor dia dari bawah divider jalan tu dan lelaki India tadi pegang kaki brader Cina tu,cek2 kalau ada patah."Ok,takde apa patah,kata dia.Brader Cina tu pun try la berdiri,alhamdulillah ok.Dia call member dia suruh datang sebab motor dia rim sudah bengkok.
Datang peronda lebuhraya,letak kon kat tepi jalan.Sempat la kitorang hisap rokok sama-sama sambil borak2.Dia kata jalan ni memang selalu orang masuk bawah divider,tak tau apa sebab.Aku pun gerak ke ofis lepas habis rokok sebatang.

Ni cerita betul.Apa yang tak kena pasal cerita aku?

Jun 01, 2009

Artis Bertudung atau Berserban = Artis Contoh


Satu masa dulu,aku suka GILA BABI Waheeda,hehehe.
Tapi lepas aku jerit-jerit panggil dia dan dia buat tak layan dekat Pahang,perasaan jatuh hati aku dekat dia makin kurang.

Kalau korang layan gosip2 artis,mesti korang ada baca pasal gosip pasal Waheeda dengan "Ustaz" Akhil Hayy.Aku tak tau pun sapa Akhil Hayy ni,tapi bila nama dia dah ada gelaran Ustaz tu,aku rasa baik-baik la orangnya.Bila gosip ni baru keluar,mati-matian si Waheeda ni dengan "Ustaz" kita ni menafikannya.

Siap keluar statement,"Tak baik fitnah orang."Siap marah lagi si Waheeda ni kepada mereka2 yang bawak mulut tak tentu pasal.Aku fikir kerana diri mereka yang kelihatan "baik dan beriman" tu,boleh lah percaya cakap diorang ni.AMBIK KO,bini si "Ustaz" kita keluar TV bagi penjelasan kata laki dia memang main kayu tiga dengan Waheeda.Siap dah tanya dekat "bini lama" dia,"Boleh ke ana madukan awak,kerana saudari Waheeda sudah bersedia dimadukan."(ayat rekaan aku tapi maksudnya sama)

Statement Hipokrit Artis
“Soal bila mahu kahwin memang sering diajukan kepada saya. Saya pun tiada jawapan yang pasti. Jujur saya akui apabila saya lebih dekat dengan Allah, soal kahwin langsung tidak terlintas di fikiran. Janji tanggungjawab saya sebagai anak, wanita dan hamba-Nya tidak diketepikan."kata Waheeda.

Pecah tembelang.
Jadi,untuk menyelesaikan gosip ni,apa kata saudari Waheeda..kau jadi aje bini aku.Setel cerita.Takyah nak gosip-gosip lagi dah.Buat malu orang aje camni.Dan orang-orang Melayu sekalian,jangan la mudah sangat percaya,bila artis tu bertudung,berserban,berkopiah,dia kuat agama.