Disember 31, 2008

Pengalaman Pilu Seorang Bapa

Hanya untuk peringatan:

Pada 30 jun 2008, uncle bertolak dari KL dengan keluarga untuk menghantar anak yang dapat belajar di UTM skudai. Sampai di R&R sebelah seremban, uncle sekeluarga berhenti untuk sarapan. Setelah selesai sarapan kereta uncle tak boleh start. cuba jumper ngan kereta sebelah, tak berjaya juga.

sebentar kemudian uncle didatangi oleh seorang india yang mengaku seorang mekanik dan menawarkan perkhidmatannya dan mengatakan kereta uncle hanya rosak starter. Kos tarik dan alatganti dalam RM200. Kerana tiada pilihan, uncle setuju membawa kereta uncle ke workshopnya di Seremban 2.

Sesampai di workshopnya ( NS Pawer Auto ) beberapa orang mekanik datang ke kereta uncle dan terus membuka bahagian bawah enjin, keluar habis minyak hitam dan mengatakan kereta uncle terpaksa di overhaul. uncle tak boleh berbuat apa-apa kerana semua yang ada di situ berlagak gengster belaka. Uncle bersetuju menyerahkan kereta uncle untuk di overhaul. Uncle bergegas ke JB dengan kereta anak uncle yang keseorangan memandu dari KL ke Seremban untuk membawa uncle ke JB.

Pada 2 julai 2008, workshop berkenaan menelefon uncle yang mengatakan kereta uncle telah siap. uncle ke seremban dan mengambil kereta tersebut dengan charge RM2100. Sesampai di Kelantan pada 4 Julai 2008 uncle merasakan kereta uncle tak ada sebarang perubahan. uncle bawa ke workshop yang ada authority Honda, mekanik workshop berkenaan mengatakan kereta uncle tak di buka langsung. Kesan yang ada hanyalah penukaran starter.

Uncle merasakan tertipu dan membuat laporan ke Tribunal Tuntutan Pengguna JPDN & HEP. Pada 11 September 2008, perbicaraan dijalankan. Pihak defendan tak hadir dan award kemenangan diberikan kepada uncle. Setelah surat penghakiman dihantar, NS Pawer Auto melalui peguamnya K.T. Param & Co mengaku bersalah dan sanggup membayar balik wang uncle sejumlah RM2050 tetapi secara ansuran RM200 sebulan bermula pada November 2008.

untuk makluman dan peringatan anak-anak / dan rakan-rakan, inilah alamat dan pemilik workshop berkenaan.

N.S. PAWERAUTO ( NS 0030833-K )
No. 132, Jalan S2 C4
Green Technology park,
Seremban 2,
Seremban

Pemilik: M. Marimuthu

Komen : Aku ambik dari forum Malaysianbikers.com.my.tempat aku selalu membaca.Untuk bacaan lanjut lawati MBC Forum (tapi ni tempat bincang pasal motor la

1 ulasan:

Brandonlkw berkata...

I had a similar experience with this workshop on 30 March 2009 when my radiator top cover cracked and caused my car to overheat but not upto the redline yet. They towed my car to their workshop and immediately dismantled my engine said that my engine gasket was burnt and the repair had caused me RM1,030.00.