Mei 13, 2008

Untitled 02 - Mencari Benda Tersembunyi



Dalam gambar di atas yang diambil di Clapton Pond,London ada sesuatu yang mengingatkan anda tentang Malaysia.Ada sebuah kedai syarikat pengedar kereta dan sebelahnya ada sebuah BMW.Tengok berapa harga BMW tu.Convert kan duit kita berapa?

Aku takde benda nak tulis sangat sebab aku tengah tunggu dan nak tengok apa betulkah rumours Rabu ni akan ada satu kejutan elektrik deras kepada Kerajaan Malaysia sekarang.Aku tak dapat nak letak gambar2 pemandangan London lagi sebab file aku tak dapat lagi.

Sementara ni aku hanya akan letak porno dan kutuk2 orang sikit.Contohnya,Khairy Jamaluddin yang buat perangai beruk dia lagi dengan menyatakan PKR maksudnya "Parti Khinzir Raksasa"

Nasib baik ada pulak orang pembangkang yang lawan dia punya statement dengan menyatakan BN "Babi Negara." Walaupun aku kurang gemar dengar orang PAS cakap benda camtu tapi aku rasa mungkin itu je la caranya nak ajar Beruk supaya berspoan santun sikit.

Tunggu je lah hari Rabu ni sebab Anwar Ibrahim dah pun buat press conference LINK

Bila aku ke London hari tu,barulah aku nampak bezanya Malaysia dari dunia luar.Nampak sebab2 ramai rakyat Malaysia yang berhijrah ke sana.Nilai satu pound kat sana besar.Tambah 49 pence ko bole dapat 6 ketul chicken wings,french fries dengan air setin.Satu ringgit kat sini,paling kuat pun segelas teh tarik atau sekeping roti canai.

Mungkin akan ada yang menyangkal kata duit pound sterling mahal,mmg la benda tu betul.Tapi diorang negara pengimport.Kita negara pengeksport.Jadi sepatutnya barangan keluaran tempatan dijual lagi murah di pasaran tempatan untuk membantu orang tempatan.

Buat kempen belilah barangan buatan Malaysia tapi kenapa selalunya barangan import ni lagi murah dari barangan keluaran Malaysia tu sendiri,terpaksalah kerajaan kita yang prihatin kenakan cukai2 ke atas barang import untuk membuatkan barangan Malaysia tu nampak murah.

Meh aku bagitau anda semua berapa kos kenduri adik aku hari tu dekat UK untuk makanan 100 orang.

60 pound sterling plus minus.

Takyah nak gatal2 nak convert sebab diorang yang keluar belanja tu kerja sana.Apa dapat?Berapa ekor ayam tah,banyak gak la,beras Basmathi Taj Mahal berapa kampit,air kotak dan botol berapa gelen tah dan banyak barang2 lain.

Kalau aku offer sesape RM60 buat kenduri untuk 100 orang kat Malaysia ni,ada sesape berani?
RM0.60 satu kepala?Beras pun belum tentu dapat.Ayam pun tak cukup kot,ayam kena langgar dapat la kot.Kat Malaysia ada ramai kan orang bela ayam?Kat Malaysia banyak kan sawah bendang?

Jadi kenapa orang Malaysia sendiri takleh nak afford hasil bumi diorang sendiri?
Kita ada tanah,kita ada macam-macam.

Kenapa harga yang kita bayar macam haram?

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul cakap ko tu mantot. Kita miskin di bumi yang kaya-raya.

Tanpa Nama berkata...

ha jom kita pindah uk. boleh buat kenduri 60 pound je. 300 ringgit.

Tanpa Nama berkata...

tu lah pasal korang.. baru 60 pound pun dah bising.

kalau kau buka e-bay, kau tak boleh expect nak beli iPhone harga 60pound dengan membayar RM60. and i'm sure kau pun tau.

kau banding dengan RM60 buat apa. memang lar tak masuk akal. Orang kampung aku pun tau main forex, tau nak tukar kadar pound ke ringgit.

RM60x6.3(pound)=RM378
RM378/100=RM3.78sen

kau pun cakap lebih kurang 60pound. so aku pun cakap sekitar RM4.Kalau aku buat kenduri cukup sangat satu kepala RM4.

yang kau nak pakai beras Basmathi tu apasal. mana ada orang kenduri pakai Basmathi. Kau anak lord?? Yang penting masak lauk sedap, beras apa pun jadi sedap.

as'kum

Mantot berkata...

hah!
apsal ko cakap kalo makan beras basmathi tu anak lord?

ko ingat beras tu beras utk org kaye je ke.Orang lord2 je deserve nak beli Beras Basmathi?habis org miskin dan sederhana takde hak ke nak rase?

kat situ kenape diorang pakai beras basmathi?sebab kat situ,beras basmathi ni je yg ade dan harga dia murah je

beras basmathi kat UK = Beras Jasmine gambar Abang Jalaluddin Hassan kat Malaysia

barang mewah kat Malaysia=barang harian kat UK (cth - Baju brand Topman,kopi STarbuck,kasut Nike,ayam KFC)

Tanpa Nama berkata...

Maksud aku, bila kita buat kenduri, kita mesti pikir nak berjimat. Tak pernah sekali pun kat kampung aku orang kenduri makan beras Basmathi pasal ada beras lagi murah. ini bukan masalah hak. Ini berkaitan dengan keperluan kenduri.

Kalau kau dapat berjimat dengan beras 15% hancur buat apa kau nak beli beras basmathi bila kau tau kau jimat jauh lagi banyak. Kau kena lah bijak berbelanja. That's why aku cakap anak lord je pakai Basmathi dalam kenduri. sebab diorang tak payah pikir nak jimat². Apa nak semua ambik.

Untuk keperluan harian, selama ni ramai je pakai beras Basmathi, aku pun kadang² beli jugak beras tu.
So tader masalah lah.

Dengan RM400. Aku still boleh buat kenduri untuk 100 orang dengan lauk ayam kari sama sayur ngan air kordial sarsi. Baru bulan lepas aku buat kenduri anak sedara bercukur & adik aku tunang serentak bro.

Barang² branded tu mahal aku pun hangin. tapi kalau tak buat camtu orang memang tak beli barang tempatan. orang sibuk memperkatakan tentang pasaran bebas, free trade lah. Bebas cukai lah. susah bro. SME suma boleh mati kalau camtu. Susah bro mentadbir negara, kau nak pikir macam². pembeli nak murah je, pengeluar nak profit, nak jaga SME bumiputera lagi, pada masa yang sama nak tarik pelabur, petani nak sara keluarga, cikgu² makin tak berkualiti, kestabilan kaum lagi. kalau bagi aku pun aku tak sanggup.

orang london berkata...

part mane yg kau tak paham dia tulis "kita ambik nilai dia 1:1"

orang kat UK average gaji fresh grad sama je dgn fresh grad kat Msia. Lets say RM1800-2000. Kat UK pun sama. GBP1800-2000. Ok? Paham??

Tapi kau boleh ke buat kenduri RM60 utk 100 orang, macam org kat UK buat kenduri pakai GBP60? Paham tak soalan aku ni?

Kat UK takde sawah padi luas tebentang pun. Tapi apsal beras dia murah? Beras basmathi plak tu. Beras orang kaya la bak kata kau kan.. Kat Msia sawah padi bersepah2, tapi yg kau mampu cuma beras hancur2 untuk jamu orang makan. Kan?

Memang la hujan emas kat negeri orang, lagi bagus hujan batu kat negeri sendiri. Tapi kau tak tepikir ke kenapa ramai rakyat Malaysia taknak balik?

Next time, before you say anything, read thoroughly, and give it a thought first. Jangan nak hentam orang je.

Mantot berkata...

wow..orang london mane pulak tolong jawabkan ni

Tanpa Nama berkata...

Bro, wa slalu baca blog lu pasal wa rasa apa yg lu tulis ada betulnya (depend dari sudut mana kita lihat) berbeza pendapat x salah, yg salah cara mengutarakannya. Kalau betul kenapa malu nak mengaku kan?

Berbalik pada topik nie. Alhamdullillah wa pun jauh dah berjalan, dah byk tmpt org wa tgk. Slalu gak compare ngan M'sia dari segi ekonomi n buying power. Bagi wa, wa cukup x setuju kalau kita compare buying power 1:1 ngan M'sia, lebih2 lagi kalau compare ngan negara maju. Seperti yg kita tahu buying power dorang lagi power dari kita. Nilai wang dorang lagi tinggi, walaupun dorang x tanam padi atau bukan p'eksport minyak still duit dorang tinggi. Dorang leh dapat barang berkualiti dgn nilai matawang dorang yg tinggi x menjadi satu masalah. Itu kita x leh nafikan.

Dan satu lagi yg kita x boleh nafikan adalah kerajaan masih mempunyai ruang untuk memperbaiki nasib rakyat selain dari mementingkan diri dorang sendiri. Bagi wa, sapa pun kerajaan yg memerintah... sedikit sebanyak kita tetap akan susah. 3 perkara yg merosakkan seorang lelaki itu 1. Kuasa 2. Wang 3. Perempuan. Kuasa kunci segala2nya. Bagi wa, org jujur dah x wujud lagi zaman broadband nie. Semua ada kepentingan diri masing2. Kita kena selamatkan diri sendiri dulu sblm selamatkan org lain. Yang lain lu org pikir laa sendiri.
-My2cen...

Mantot berkata...

thanks bro reply,

mmg buying power diorang lebih bro,tu mmg aku takleh sangkal.

tapi - kite ambik contoh kereta sebab aku rasa ramai pakai kereta dan secara generalnya hutang kereta mmg membebankan


kalau ko tgk kat satu posting aku,aku ada letak satu gambar kereta BMW kat london.second hand,harga dia 6000+ pound camtu.

kalau kita convert ke duit kita,tu lebih kurang 48 ribu ringgit camtu.

kereta tu jadi mahal kat Malaysia sebab ada cukai yang bermacam2 dan rakyat kita membayar Rm52,000 untuk sebuah kereta nasional.aku percaya dari segi kualiti kita nak BMW tapi kita hanya mampu membeli sebuah kereta nasional kita.

adakah kita still membayar road tax?adakah perjalanan kita toll free?

kita merungut bila kena bayar cukai pendapatan tapi sedar tak bulan2 bayar kereta tu,kita sedang membayar cukai jugak?

dan road tax setahun sekali kena lagi.

semua duit cukai tu mana pegi?dari situ kita punya buying power dah ilang sebab kita risau nak berbelanja sebab nak pastikan kereta kita berbayar dan road tax dijelaskan

Tanpa Nama berkata...

walaupun tak relevan, tapi saja nak beritahu. saya ada seorang kawan PTD yang baru je dapat DUA (2) AP percuma dari kerajaan. dia akan transfer 2 tahun pegi dubai bulan 9 ni tapi dah dapat AP siap2. under kementerian pertanian.

fair ke?

Tanpa Nama berkata...

Bro Mantot,

My2Cen lagi ek,
Ttg harga keta dipasaran orang berbanding dipasaran kita. Persoalannya kenapa laa harga keta kita sungguh x berbaloi dgn apa yang kita dapat compare ngan keta luar.

Wa tgk ini disebabkan perangai org kita sendiri bro, org melayu. Org buat keta, kita pun nak buat keta. Alih2 kena protect industri sendiri dgn menaikkan tax pada keta import. Cuba bayangkan kerajaan x protect harga, lu ingat ada ker org kita nak beli keta tin milo tu? Wa rasa x de langsung. Akhirnya kita hanya mampu beli keta buatan sendiri yg kita sendiri x berapa nak bangga.

Bila harga dah mahal, installment secara tidak langsung akan meningkat. Itu x leh dinafikan.

Silapnya kat mana? Wa nampak ada 2:
1. Keta kita langsung x der kualiti pasal nak kejar sgt kononnya negara pengeluar kereta, nak setanding ngan negara luar, nak setapak kedepan dr negara membangun lain dan yang paling besar sikap org kita sendiri (malu gak kena admit kalau bangsa lain baca, tapi dah betul nak wat camne). Org kita x ukur baju kat bdn sendiri, x berani bersaing secara terbuka dgn org lain. Pendek kata org kita penakut, kerja sikit untung nak banyak. Tu la jadinya.

2. Bagi wa cukup bagi Proton support, biar dia compete ngan negara pengeluar lain. Dah lebih 10 tahun Proton dalam market. Bg wa dah cukup matang dan dewasa tuk berdiri atas kaki sendiri. Buat transformasi, bukan x der org melayu yg pandai berniaga. Bagi chance to prove yang kita sebenar-benarnya boleh. Tingkatkan kualiti kereta, buat rekabentuk sendiri (asyik amik design org, kalau lawa x per). Tgk perodua, walaupun amik teknologi and still share byk company jepun tp still ada kualiti. Penah nampak keta perodua sangkut tepi jalan berbanding proton? Jarang kan... Pengguna x kisah sgt nka kuat duit lebih skit asal berbaloi ngan apa yg dia dapat. Lagipun jauh disudut hati kita still support barang kita tp kena laa pada tempatnya.

Soklan yg bagus, mana pegi sume duit cukai? Wa x nafikan duit cukai digunakan untuk pembangunan infrastruktur negara tuk kegunaan kita juga sebagai rakyat tp masalahnya:

1. Kemudahan yg ada compare ngan duit tax macam x cukup. Sure ada hilang kat mana2. Itu wa x nafikan, duit beb. Apa cara 1x pun mesti ada cara nak make own profit bila tiba bab duit.

2. Kita x kan marah kalau duit tu sampai balik kat tgn rakyat. Sbg contoh untuk pembinaan infrastruktur project2 yg kecil2 dibahagikan sama rata ngan kontraktor bumiputra. Secara tidak langsung ia akan membantu org bawahan lain. Ni balik2 org dia, balik2 org dia. Sapa x marah, kalau ia pun dia connection bagus tp agak2 la... Mengkayakan 1 org membuat org lain benci.

Bro Member PTD,
Amik tu sebagai saguhati pasal dia akan berkhidmat diluar negara. Cam amik hati. Lu x leh salahkan dia, itu rezeki dia. Kalau lu, sanggup gi kerja kat tmpt org? Student pun dapat AP, ni kan pulak Gomen servant. Lu nak AP, Jadi student Overseas @ Jadi PTD. Good Luck.

-MING-

Mantot berkata...

thanks bro,
itu sebab nya aku posting pasal tu.kita tau negara kita ada banyak cukai.

tapi pak lah cakap kita tak cukup duit,yg tu minyak naik harga..bla bla bla

pastu dia buat monsoon cup,dia beli kapal utk diri sendiri,dia anjurkan parti peribadi belanja ratus2 juta.gaji basic Pm campur elaun kalau kira annual income tak sampai pun sejuta setahun

kan lagi baik duit tu guna untuk tolong murahkan lagi kos hidup rakyat?ada ka dia suruh kita berjimat?

lu ade blog ka bro?

Tanpa Nama berkata...

Bro Mantot,

Tu pasal wa suka baca blog lu, ada perkara yg menarik nak komen@share kita wat dalam suasana muhibbah. Wa kena respect apa lu nak cakap and sebaliknya. Wa x brapa suka org yg posting ikut hati perasaan n nak marah2 x tentu pasal. Lebih2 lg x wat research ttg topik. Lu nak emo x bertempat nape? Itu apa yg dia rasa, slagi dia x kacau periuk nasi lu, peduli apa. Kalau nak share x salah, bak kata M.Nasir "Lihat dari mata burung @ lihat dari dalam tempurung, mana satu kau pilih".

Ttg cukai, ttg x cukup duit @ ttg minyak naik nie bagi wa susah skit la bro. Wa x duk dalam industri tu so wa x berani nak membabi buta cakap. Bagi wa bila kita x tau, kita ngaku cakap x tau dari pepandai ckp tp salah. Takut jadi tong kosong jer nanti. Apa yg wa perhati this game (making profit from other ppl esp. poor ppl) nie involve many ppl. Not only the Politics or Government but involves Corporate Player (Not only domestic but International player) Sapa yg tekan sapa, wa x tau, tp yg ttp menderita tetap rakyat. Maybe ada solutionnya, but that solution hanya menguntungkan satu pihak saja pun x gune i.e Untung pada rakyat, corporate merajuk x nak invest dlm ekonomi, still rakyat susah gak. u x mampu puaskan hati sume org. Bak kata wa sapa pun memerintah, kita tetap susah gak. Don't hate the player, hate the game.

Pasal moonson cup, beli kapal or party peribadi wa ulas lain kali la bro, lu wat research, wa wat research then baru kita sembang. Mungkin lu tau apa wa x tau dan sebaliknya. Keep up digging new issues bro. Sorry bro wa x de blog lagi at the moment. Sekarang nie blog tumbuh cam cendawan lepas hujan. Apa yang diperjuangkan pun wa x tau. Syok sendiri jer. Biasa laa perangai org kita, org buat kita pun nak buat. Cam Khir toyonyer blog, mati2 wa x caya dia yg tulis. Bukan sume org leh jadi penulis, semua kena ada bakat.

-Ming-

sniper berkata...

salam ..

menyampuk sikit .. hari ni selepas jump blog ke blog wa tersesat ke blog nih ..nampak mcm best .. mgkn lepas ni boleh join sembang .. setakat ni wa tak der komen aper2 ..just bertegur sapa .. (cewah..)

too short berkata...

bRO. mANTOT
Klau dah duduk London kena kira taraf hidup Londonlah, wa duduk Ostolia kalau nak CONVERT ikut RM maka tak makan HALIA,LENGKUAS dll lagi lah. Sekilo Halia AUD15.00 klau CONVERT RM 45.00 (bolehlah 5-6 ketol halia tuh), beras pula 10 kg 'Long Grain Rice' AUD9.90 (lebihkurang RM28.70).LAGI IKAN aud13-15/kg, daging,ayam (ayam daging murahlah)

kira kalau GBP60 cONVERT jenuhlah !!!

-Brisbane City-

Mantot berkata...

huhuhu....bro2 sekalian...

meh aku cite sket.kat sana,aku ade member,duduk sana illegal (haramlah ni),dengan gaji 150 pound seminggu sebagai seorang housekeeper hotel.

tapi kat sana,dia duduk dan hidup dengan senang dan berada,sangat selesa,siap hantar kat kampung 100 pound sebulan.Siap beli kereta Reanult 2nd hand (beli haram la,bwk pun kdg2 je) dan kereta tu di beli cash 800 pound.

Memang la kalo convert mahal,betol!Tapi kalo kita kat sini berapa ribu gaji nak cukup untuk hidup selesa dan tak kepala otak clear tak fikir pasal hutang?

Gaji 5ribu pun beli kereta pakai installment 7 tahun.Kenapa camtu?

too short berkata...

betul tu Mantot, kalau kira taraf hidup..ginilah nak melencong sikit negara yang tak 'Islam' lebih kuatkuasakan undang2 haram halal, sedangkan kita haram-halal hanya pada LOGO dan boleh dijual beli, ada company pulak katanya nak control logo tu?, buat duitlah..

pengalaman dah lihat Mesia dari Hemisfera Selatan ni rasanya kita masih tak kuat dengan Akta Haram-Halal, di UK,Australia bahkan SinagaPOrk sendiri bab halal ikut label sangat dikuatkuasakan...Habih camana nak elok taraf hidup....wah teringin pulak nak patahkan cabai melaka bersama belacan, campur sedikit asamjawa, makan bersama nasi panas dan ikan kering fuhhhhhhhhhh lamadah tak buat..