Mei 13, 2008

Malaysia,Their Second Home,Locals,Please Go Away

Aku tgh buat kajian pasal perbezaan taraf hidup kat UK ngan Malaysia sebab ada member aku cakap tangga gaji kat sana lagi rendah dari Malaysia kalau kita ambik nilai dia 1:1 tapi aku takleh nak buat kesimpulan lagi.Nanti aku updatekan.

Sambil2 surf2 tu terjumpa la pasal kempen Malaysia My Second Home yang digembar-gemburkan kerajaan kita tapi mungkin kurang promosi kot dalam Malaysia ni.


Baca-baca,tengok banyak betul insentif kerajaan kita bagi dekat orang luar supaya datang duduk kat Malaysia.dahlah target dia orang US,UK yang duit dia jauh lagi mahal,dia punya insentif huhu,memang bagus punya pancing supaya orang luar tertarik.


Baca tu,tengok tu.Aku ambik dari website official dia.Duit diorang mahal,jadi kalau dah tak kena tax tu,maksudnya memang macam beli basikal la pada diorang.Tu baru satu part,belum masuk insentif2 lain lagi.

Aku tak paham,kenapa kerajaan boleh usaha bagi insentif dekat orang luar sampai macam tu sekali.Kenapa kita,rakyat Malaysia dibebankan dengan hutang 7 tahun,9 tahun.Member aku,kereta dengan minyak punya pasal,makan megi tiap2 hari walaupun gaji dah cukup besar,kereta dia pun bukannya tahap mahal sangat pun (mahal sebab tax je).Aku,kereta pun aku tak berani beli sebab takut nanti bebanan banyak sangat.

Baik aku simpan duit aku daripada bagi dekat syarikat2 tol.Kenapa aku tulis banyak pasal ekonomi seminggu dua ni?Sebab aku risau.Kalau kahwin ada anak,pampers bulan2 RM400.Kalau dapat kembar?Kereta mesti ada sebab tak nak bagi bini risau.Jadi kalau gaji kau RM1800 sebulan dan bini kau tak kerja,pecahan dia camni lah:

Belanja dapur - RM400 sebulan
Belanja anak - RM500 sebulan
Kereta (Saga baru paling basic) - RM350
Minyak - RM300 sebulan
Tol - RM100
Sewa/Beli rumah (Flat) - RM350
Bil (Air tak tumpah setitik,lampu pasang satu je) - RM50
Telefon (prepaid laki bini) - RM30+RM30

TOTAL - RM2110

Dah hutang dah tu.Tak tolak EPF lagi.Tak tolak loan study lagi.Tu tak masuk lagi duit nak gi jalan2.Baju dalam bini takkan tak nak beli yang seksi2 sikit.

Wajib suruh bini kerja.Tapi kan sepatutnya isteri tu tak dibebankan?

Kepala buto la ko Perdana Menteri Malaysia.Suruh orang berjimat.Ko takde pun nampak berjimat.Beli kapal boleh pulak.Minyak kapal tu duit tu besan ko bagi ke?Tah lah,aku marah.Sebab memang bila aku pergi UK tu mata aku dah terbukak.

Hoi Orang Malaysia!Belajar komplen!Belajar lawan balik.Jangan la tunduk je.Hormat tu hormat le jugak.Tapi bila dah kena pijak camni,mulut je kata nak lawan tapi bila pangkah,nak jugak terpangkah dacing.KITA DESERVE BETTER.

Malaysia ni kaya.Semua negara maju jeles dengan apa yang tanah kita ada.Tapi kenapa kita biarkan penyangak2 ni dok kaut semua hasil penuh poket depa.

Boikot orang Belanda sebab dia hina Islam?Dia orang Belanda!
Boikot la orang Islam yang dok hidup makan duit haram tu dulu.

3 ulasan:

JinChrist berkata...

cilaka betoi !. rakyat disisih. kera dihutan disusukan anak sendiri dibiar mati kelaparan. lagi2 main racist bagi rakyat bergaduh.

Tanpa Nama berkata...

sambil-sambil lepak kutuk kerajaan. apa salahnya kita boikot barang belanda jugak. tak rugi apa pun kita betul tak.

and jangan lupa boikot Karpal Singh sekali.

Tanpa Nama berkata...

wa respek lu mamat. wa syok gile kat blog ni. teruskan memblog.