Mei 25, 2008

Pekan Sungai Besi :Satu Enigma Kuala Lumpur

Aku tak pernah pun ke pekan Sungai Besi walaupun dah lama aku duduk KL.Tahun lepas,aku ke sana untuk first time ikut member aku,dia nak balik Bandar Tasik Selatan jadi dia masuk la ikut situ.


Bila masuk Pekan Sungai Besi,aku jadi terkejut sebab pekan tu memang pelik.Nampak tak diusik langsung oleh pembangunan,nampak seperti pekan ni masih lagi hidup dalam tahun 80 an.




Jadi minggu lepas aku pun pergi la ke situ mengharapkan agar dapatlah aku try Nasi Ayam OK yang member aku cakap sangat famous dan sedap.Sampai aje kat kedai nak duduk je brader tu terus bagitau,"Dik,nasi dah habis la.Ni pun cukup-cukup nak buat 3 hidang je lagi.Diorang dah order dah,siap fon lagi booking!"

Arghh,frust dan pelik aku jadinya.

Frust sebab tak dapat makan nasi ayam special tu dan pelik sebab time tu baru pukul 2 tengahari.Ada ke kedai makan dalam Malaysia ni yang nasi ayam dia habis pukul 2 tengahari?Ada ke kedai yang nasi ayam dia pernah habis dijual?Booking?Mungkin nasi ayam ni memang tersangat special kot.Takpe,minggu depan aku pegi lagi dan aku akan report kat sini.


Pusing lah aku kat pekan Sg.Besi tu.Memang aku rasa seolah2 aku bukan dalam kawasan Lembah Klang.Rasanya macam aku berada dekat pekan Koadiang (sebutan Kok~diang),Kedah.Seolah-olah pekan ni tak nak terlibat sama dengan pembangunan pesat Kuala Lumpur.Masih ada lagi deretan kedai-kedai kain,bazar2 lama yang menjual barang2 murah,pasar yang takde nampak usaha pemodenan dan gerai buah yang menjual MANGGIS.Susah bang nak dapat manggis kat KL ni.

Yang seronoknya,aku boleh nampak banyak family yang bawak anak2 diorang makan kat kedai mamak.Nampak muhibbah.Aku tak boleh nak terangkan macam mana perasaan yang aku rasa masa aku lepak kat situ.Perasaan tempat tu,aura dia membuatkan aku rasa tenang.Kita boleh lagi nampak suasana seperti ini kat negeri-negeri lain tapi kita takkan dapat suasana tu kat KL ni.


Kalau anda seorang penduduk kampung,pasti anda teringat macam mana perasaannya pergi ke pekan nak beli barang2 persiapan hari Raya masa kecik2 dulu.Ingat tak macam mana perasaannya bila sampai kat Pekan,masuk kedai baju,ada nyonya Cina jadi salesgirl,lepas tu bila dah habis shopping mesti pegi lepak dulu dekat kedai minum air ke sambil pekena ABC ke Cendol ke.



Mungkin kemodenan banyak kebaikannya tapi sedikit-sedikit,jiwa kita sebagai seorang Malaysia terhakis.Nak rasa jiwa Malaysia sebenar yang suci tanpa Mid Valley,tanpa Coffee Beans di KL?
Silalah ke pekan Sg.Besi.

5 ulasan:

sniper berkata...

wa pun pernah pergi .. ntah mcm mana tersesat, singgah solat jap kat masjid ..masa tu dah malam ..so, tak banyak yang boleh citer ..cuma masa tu wa & member UPM layan roti canai banjir & teh tarik .. gambar pun tak der .. masa tu mana ada h/phone camera .. hphone pun jenis adam (tapi nombor 017 rasanya..entah, dah tak ingat. saiz separuh ketul bata ..)

Kandaq berkata...

Mantot,
ko jgn hina tempat lepak aku! aku duduk kat sg besi before aku kawin, 2 tahun aku dok kat area situ, pekan tu la tempat aku selalu carik makan. info aku, nasi ayam tu takde la special mana pun, aku pun tak tau boleh call, aku pernah makan pukul 4 ptg, ada je lagi. dia mungkin taknak jual kat ko kot. Cendol kat tepi lonkang tu, aku suka, sedap. tapi kalau ko tgk cara dia sukat air gula tu special sikit, kalau ko nasib baik, ada mamak jual rojak naik motor, sedap gak, tapi dia habis awal. Kalau musim durian, ko gi la pekan ni kalau nak carik durian murah, tak tipu. mmg murah dan sedap sebab durian kampung. kalau ko halakan ke arah bandar tasik selatan lalu jalan dalam tu, ko akan jumpa deretan air tebu, kat sini special beb, air tebu RM2 je satu jag, dia bagi ais free! kat tempat lain, tak dapat even kalau aku beli kat Melaka! disebabkan competition ni, setiap kali bulan puasa, peniaga pasar ramadhan terpaksa jual RM2 satu jag free ais, untungla pengguna. ko gak akan perasan kedai jual mee sup, yang ni pun layan gak. sedap beb, macam2 jenis sup ada. sederet dengan mi sup dia ada gerai nasi lemak ayam berempah and also nasi kukus. well, aku rasa aku cuba cari kesamaan biler aku pindah puchong 6 bulan lepas, tapi aku rasa Pekan Sg Besi is still the best. lagi satu, ada kedai buah kat simpang, kalau buah dia tak sedap dia inform ko, kalau sedap dia recommend ko beli. mana nak ada dalam KL beb...

Mantot berkata...

skamdur,
aku bukan kutuk aa.aku sapot la tempat tu.sume tempat nak modenkan jd nanti org kita seniri lupa asal-usul

kandaq berkata...

so ko try la apa yang aku cadangkan tu ek..

FAIZMIN berkata...

25 tahun saya membesar & bersekolah di sana, sebelum berpindah setelah berkahwin

Pekan Sg Besi mmg pekan Koboi & Klasik, cuma ada 1 bank di sana (BSN), cuba pekena mee sup dlm pasar, cendol kat pejabat pos mmg sedap gile, dulu masa bujang mmg melepak kat kedai mamak smpai 2 pagi,