Mei 21, 2008
Tun.Mahathir dan Dr.Siti Hasmah Keluar UMNO
Ada teori mengatakan yang UMNO akan berpecah dua setiap sepuluh tahun sekali.Memang nampak ada kenyataannya
1988 - UMNO & Semangat 46
1998 - Geng Mahathir & Geng Anwar
2008 - ?
Tak nampak lagi UMNO akan berpecah kepada berapa.Mungkin 2,3 dan mungkin juga 4.Begitulah UMNO,terlalu taksub dengan teori2 politik,seperti juga dengan teori RAHMAN,mungkin itu juga dijadikan guideline untuk melantik Perdana Menteri kita juga.Apabila sudah kekurangan calon yang layak untuk dilantik sebagai PM,mereka pun merujuk kepada teori RAHMAN tersebut lalu memandang sekeliling.Mungkin begini dialog tersebut,
"Yo bro,lepas ni siapa pulak kita nak support?"tanya Penyokong A
"Entahlah,aku pun tak tahu,"balas Penyokong B
Penyokong A menyambung "Kalau ikut teori,kita kena carik pemimpin yang namanya bermula huruf N"
Jawab si B balik "Aku rasa baik kita sokong je Najib Tun Razak sebab dia je lah kot yang paling layak sebab nama dia mula huruf N"
Pada aku,memang dalam UMNO tu sendiri takde nampak pun siapa yang paling layak mengambil alih kerajaan.Wahai rakyat,nak kah kamu Najib Tun Razak sebagai PM anda?Nak kah kamu Datin Rosmah sebagai "wanita nombor 1" negara?
Jadi,berbalik kepada topik asal,Dr.M keluar UMNO.Apa kesannya?Kepada UMNO dan kepada negara?Mungkin kesannya lebih dirasai oleh penyokong-penyokong setia dia pada mulanya
tapi kita tahu dalam dunia politik negara kita,kesetiaan tu takde sangat gunanya dan setiap orang ada harganya.Bila anda sudah tiada kuasa,apa faedahnya kepada penyokong2 dibawah anda?
Dr.M pun begitu juga.Kita sendiri tak tahu dia menyebelahi siapa sebenarnya.Mula-mula dia yang angkat Pak Lah naik mengharapkan Pak Lah si Kaki Tidur memerintah satu penggal dan menyerahkan kerusi kepada Najib.Pak Lah rasa syok pulak lalu nak sambung sepenggal lagi.Dr.M marah lalu mula mengkritik Pak Lah dan menyokong Najib.
Najib pulak tiba-tiba menjadi seorang penyabar dan sanggup menungggu Pak Lah menyerahkan takhta kepada dia.Mahathir tiada orang yang hendak diangkat lagi.Dia pun tender la surat resign keahlian UMNO.Apa taktiknya berbuat demikian pun entahlah kerana kita tahu Mahathir seorang yang memang bijak berpolitik dan kita tak tahu kekuatan sebenar suara penyokongnya.Siapa penyokongnya dalam kabinet pun kita tak tahu kerana kebanyakan penyokong kuat beliau sudah habis ditolak keluar Kabinet oleh
taiko2 di Tingkat 4 Putrajaya.
Kesan paling kuat mungkin dirasai oleh anaknya,Mukhriz.
Setia kepada parti atau setia kepada ayahnya.jelas Mukhriz akan terus duduk didalam UMNO tetapi akan tetap setia kepada ayahnya.Jika Mukhriz terus duduk dalam UMNO,janganlah kita ambil Mukhriz sebagai seorang yang derhaka kepada ayahnya kerana itu adalah satu taktik perang saraf oleh Tun Mahathir.Attack dari luar dan attack juga dari dalam.Semua ini mungkin satu smoke screen yang dicipta untuk mengaburi mata sesetengah pihak.
Jadi,siapa yang cuba dikaburi oleh Mahathir?Kepada siapa Mahathir akan menghulurkan suara dia?Adakah nama Mahathir masih relevan dikalangan ahli2 UMNO dan Kabinet?
Persoalan yang paling penting dan paling meniggalkan kesan kepada kita,rakyat biasa ialah,jika UMNO terus memerintah; Siapa dalam UMNO yang paling layak menjadi PM?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Saya cadangkan ambik semula Mahathir. :) At least dia bijak! tak kiralah taktik ape dia pakai, mesti menjadi. Malaysia menjulang naik dibawah pemerintahan beliau.
rakyat semua dah matang... cuma yg x berkenan tu... pd yg fanatik gila pd PR... naper nak ngutuk lebih2... mcm kutuk mengutuk tu... resam kehidupan masing2... apa2 pun... kita x leh nafikan kemajuan malaysia semenjak 51 tahun dahulu...semua nie... hasil usaha org BN yg di kutuk2 tu lah... peh tu... kita yg muda, yg kuat nyokong PR nie... dari mula kenal dunia smpi la nie... ttp nikmati apa yg dah diorg lakukan... so x perlu lah nak ngutuk kaw2 ek... syukur pd yg esa... dan doakan moga hati2 pemimpin PR nie... x tergelincir
P/S:- lebih suka wakil PAS jd PM daripada ANWAR... dah nyata... dia dulu dari BN. dan ada juga khilaf dia yg lalu yg kita x sedar... so jgn agungkan sgt dia tu... bahagia klu Hadi Awang jd PM... sah2 besederhana... anwar... dr dulu kata dia benar2 jatuh... tp tgk gaya hidup dia dgn family dia... mcm x susah jer.. mana lg dtg harta dia slps byk digunakan masa anwar di penjara... terfikirkah kita..
Catat Ulasan