Mula-mula sekali,kita tengok dulu 10 prinsip Islam Hadhari:
Faith and piety in Allah
A just and trustworthy government
A free and independent People
Mastery of knowledge
Balanced and comprehensive economic development
A good quality of life
Protection of the rights of minority groups and women
Cultural and moral integrity
Safeguarding the environment
Strong defenses
Jadi bila anda baca 10 prinsip Islam Hadhari tersbut,mungkin anda sendiri terfikir "Mana bezanya dengan prinsip Islam Ordinary?" Maksud aku Islam Ordinary itu ialah ajaran Islam yang kita pakai sebelum Islam Hadhari diperkenalkan.Tengok prinsip nombor 3.
Bebas dan merdeka?Jadi kenapa masih ada rakyat yang kena tindakan ISA?Apakah hak kerajaan Islam Hadhari untuk menangkap sesorang itu tanpa dibicarakan?
Kerajaan Pak Lah memang pandai mengeluarkan prinsip2 baru untuk mengambil hati rakyat tapi sayangnya mereka sendiri tak mengamalkannya.Sekarang pulak masalah lain dah timbul,kita sebagai rakyat nak pulak kena pilih nak ikut bawah Islam Hadhari atau Islam Ordinary.
Pada pandangan aku,Islam Hadhari ni hanyalah satu cubaan Pak Lah untuk menciptakan satu trademark yang akan diingati oleh masyarakat Malaysia akan datang.Sekarang ni,Islam Hadhari dah mengakibatkan wujudnya confusion kepada masyarakat Islam negara kita.
Bukan confusion sebab kita tak tahu mana satu Islam yang betul tapi sebab masyarakat telah confuse siapakah Pak Lah sebenarnya?Adakah dia hanyalah seorang Perdana Menteri,anak kelahiran Kepala Batas atau dia adalah seorang yang istimewa dan telah mendapat wahyu,membolehkan dia mencipta lagi satu label kepada Islam yang telah sekian lama wujud.
Aku paling confuse kenapa ada seorang Perdana Menteri yang boleh dikatakan ada akal,seorang Islam tapi pandai2 mencipta lagi satu genre kepada Islam yang boleh dikatakan tidak ada langsung bezanya dengan Islam biasa.Mungkin wahyu2 tersebut diperolehi semasa beliau sedang tidur sewaktu mesyuarat kabinet.
Jadi apa perlunya label "Islam Hadhari" tersebut,melainkan untuk menaikkan dan mengingatkan masyarakat nama pengasasnya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan