Februari 13, 2008

Surat Cinta - Kenangan Bersama Nurul Izzah


Ke hadapan Nurul Izzah Anwar,

Seingat aku,
satu ketika dulu,di Food Court UNITEN,
pernah lah aku makan dengan member2 aku.

Tiba2 nampak seorang gadis yang agak tinggi (utk wanita Melayu) tengah bawak tray duduk terus sebelah meja aku.

"Eh,tu mcm Nurul Izzah,"fikir aku.

Waktu tu,memang tengah hangat kes perbicaraan abah dia,Datuk Seri Anwar Ibrahim pasal kes "Homoseksual" dengan lelaki2 yang tak logik pilihannya nak dijadikan gay (Gay mana la nak si Munawar tu?Logik la sket)

Aku terfikir gak,bagus gak kalo aku pegi depan die dan tanye "Betul ke bapak awak gay?" tapi memikirkan takut kena pelempang aku batalkan la niat aku tu.Lagipu masa tu semua mamat2 kat Uniten tengah kecoh pasal El Regina Tajudin (Gimnas negara Sukan Komanwel) dengan kereta Citroen - nye.

Mungkin aku sorang je mase tu minat kat Nurul Izzah ni walaupun die pangkat Kakak pada aku.Sebab aku memang penakut nak cakap dengan perempuan jadi aku pun pendamkan je la niat aku nak borak2 dengan Nurul Izzah.

Bila terbaca pasal Nurul Izzah nak bertanding pilihan raya nanti (Insya Allah) aku terasa mcm kecik betul.Siapa lah aku ni,hanya seorang lelaki yang lemah dan hanya mampu meraung2 dalam blog sendiri dan dia..huh..nak bertanding pilihan raya.

Itu je lah kenangan aku bersama Nurul Izzah.
Good luck kalau bertanding.Baik kau jadi Perdana Menteri termuda.Jangan bagi kat Khairy Beruk.

Dari peminat mu,
Mantot

(Bersama ini aku letakkan sedikit gambar Nurul Izzah yang aku ambik kat internet.Takpe kan pinjam gambar dia?)

Ni hah link blog die "Zeitgest - Semangat Zaman"

3 ulasan:

a w e n g berkata...

tott..ko nak pi beraya umah die tahun nih..sound aku..aku bleh kate annually gak aku pi..hahaha family kenal.jiran.. pastuh classmate mase sekolah mengah..kalo mau sound..gua bleh hook lu up bebb.:P

Mantot berkata...

kepale hotak ko
bini orang tu

nak mampos kene parang ngan bapak die?

Tanpa Nama berkata...

mantot, sesungguhnya anda tersangat best. hahahaha!