Februari 19, 2008

Review Album : Saturnine - Grey


Lama dah aku nak tulis review ni.

Review ini aku akan tulis dalam BM,bukan sebab aku malas nak tulis Orang putih,tapi sebab aku rasa anda semua orang Malaysia patut dengar album ni.Masa tu zaman OAG,zaman Butterfingers masa tu baru nak start,tapi album ni keluar senyap-senyap,promosi pun sikit-sikit,aku rasa ade kot iklan dia dalam URTV sekali.Album ni bahasanya orang putih,tapi itu bukan bermakna dia orang putih.

Ini group orang Melayu.Tunjangnya dua orang,Reza ngan Nan,drummer Zairi.Kenal Reza?Sape2 yang sempat tengok rancangan Alternatif satu masa dulu memang pernah tengok dia.Nan?Siapa yang tak kenal Nan?Salah seorang gitaris Malaysia yang sebaris dengan Hillary Ang.Nak tengok dia tengok la konsert artis-artis Malaysia,kalau ada seorang mamat muka macam Aqasha (pelakon) ada misai tapi lagi macho,dia la tu.


Saturnine.group ni datang macam tu dan hilang macam tu aje.First album dia ok jualannya tapi second album dia aku rase kurang.Lirik macam takde idea dan melodi yang lebih kurang sama tiap-tiap lagu.

Tapi first album dia adalah satu album masterpiece yang tak pernah dihargai oleh semua.Perlu diingatkan,aku buat review ni ikut kaset yang aku ada jadi aku rasa susunan dia lain.Kaset aku pun dah lama sangat sampai tinggal kaset dengan inlay je,kotak dah hilang.



Side A
Bermula dengan single pertama,"Half" yang pada aku agak ok je,terus masuk lagu "Liquid Love"version akoustik.Antara slow rock terbaik dalam album ni yang pernah aku dengar dan boleh kata setaraf dengan band-band luar.Masuk pulak dekat "Only Hurts" yang memang boleh rasa kepedihannya dan terus layan hayun kepala dengan lagu "Closing Act"

"No Way Out" main dengan irama rock yang agak straight forward."The Red" agak haru biru dan agak mendatar tapi bila masuk lagu "Dreams" anda akan dibawa ke satu tempat yang agak unik dan pelik dengan melodi yang amat catchy tapi sungguh syahdu.

Side B
Start je side B,terus dia main lagu berhantu "Break The Silence" yang aku rasa antara lagu terbaik Saturnine."No Way Out" menampilkan irama yang agak bingit tapi melodi Saturnine tu still kelihatan."Stake" mengalami nasib yang sama macam "The Red" pada side A,lagu yang agak mendatar.

Tapi untuk 2 lagu lepas tu yang membuktikan betapa geniusnya Saturnine ni."Relief" adalah lagu yang aku tak pernah sangka anak Malaysia akan buat,dari segi riff gitar dan melodi yang SUNGGUH CATCHY.Rindu betul aku nak dengar lagu2 macam ni.Penutup "Surrender" mempunyai aura yang melankolik dan membuatkan aku berada underwater.Version kaset ni ada "Liquid Love" version elektrik tapi aku rase album tu macam dah ditutup dekat "Surrender" sebab lagu ni mcm letak sebagai bonus track.

Itu je lah yang aku boleh cerita pasal album ni.Mungkin ramai yang kenal OAG dan Butterfingers tapi Saturnine dah buat album yang jauh lebih matured dan memang tak sesuai untuk pasaran Malaysia.Kalau suka "Guitar Oriented Rock" dan slow rock yang tak mendayu-dayu,cuba-cuba la carik album ni kalau still ada lagi.Kalau nak download pun aku rasa ada,tapi pandai-pandai la carik.
Kalau ada link postkan la kat komen,nanti aku updatekan.

Satu masa dulu,orang Malaysia ni memang boleh kan?Kaset pun mase tu aku beli Rm12.50,dapat diskaun sebab baik ngan tauke Victoria Music Sg.Wang.

Recommended :
Liquid Love (Acoustic)
Only Hurts
Closing Act
Dreams
Break The Silence
No Way Out
Relief
Surrender

Rating - 9/10

11 ulasan:

myownmind berkata...

ko terlupa satu band lagi..

APPLE GREEN.. sodap gak tue..

malahan beberapa band lagi..

NAKED BUTTERFLY> our own RHCP.. perrghhhhhhhhh...

Tanpa Nama berkata...

wah.. APPLE GREEN.... sape ade lagu die?

badang berkata...

apple green bagi aku ok gak...first album lagu song for friend mengancam jugak..tapi ada juga lagu yg pakai programmig...tak silap aku band ni keluar dgn 2 album...saturnine satu band projek..best...first dgn second album aku memang minat...lagu yg aku minat mist...second album aku rasa lebih cool dari first album...try ko dengar...

Mantot berkata...

aku dengar single "raining grace" tu terus jd down (aku rase name die raining grace..tak ingat la..dah lame)

mane nak dapat 2nd album?
aku takde,dulu dengar pun pinjam kaset member takpun gi kat tower record dengar kat situ..zaman mude..takde duit byk.

myownmind berkata...

ha ahh.. nak beli kaset kena tahan lapar.. x pergi makan masa rehat..

myownmind berkata...

saturnine kedua tue yg kaler oren tue eh?

Tanpa Nama berkata...

UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF.

12 TERAS UTAMA MANIFESTO PAS UTK RAKYAT MALAYSIA.

* Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih
* Pengurusan Berhemat (Pruden) Kekayaan Negara
* Jaminan Keselamatan Nyawa, Kehormatan dan Harta Benda dengan Membenteras Jenayah.
* Pendidikan Menyeluruh Pemacu Perubahan
* Jaminan Perkhidmatan Kesihatan Rakyat
* Kebajikan Pekerja Sektor Awam dan Swasta
* Pembelaan Kebajikan Menyeluruh Mesra-Rakyat
* Tawaran Istimewa Bagi Kaum Wanita
* Memajukan Industri Pertanian sekaligus Membela Kaum Petani dan Nelayan
* Dasar, Etika dan Amalan Media Massa Adil, Bersih dan Demokratik
* Pemuliharaan Alam Sekitar
* Dasar Perpaduan Nasional

DAPATKAN MAKLUMAT DAN INFO TERKINI DI LAMAN WEB BERIKUT:

http://pru12.pas.org.my/manifesto/ManifesFinalDetail.pdf
http://pru12.pas.org.my/
www.harakahdaily.net
www.no2umno.blogspot.com
www.detikdaily.net
www.tranungkite.net
www.suarakeadilan.net
www.sanggahtoksago.blogspot.com
www.n32.blogspot.com

MALAYSIA YANG KITA SAYANGI, TANAH TUMPAH INI ADALAH MILIK SEMUA RAKYAT MALAYSIA. ANDA SEBAGAI PENGUNDI BEBAS MEMILIH SESIAPA PUN YANG ANDA FIKIR LAYAK UNTUK MEMERINTAH MALAYSIA. TETAPI KAMI MERAYU ANDA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG BEBAS MEMBERI PELUANG UNTUK BA(PAS DAN KEADILAN) MEMERINTAH MALAYSIA SELAMA 5 TAHUN INI. JANJI KAMI UNTUK MEMBERIKAN KHIDMAT YANG TERBAIK KEPADA ANDA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA. DAN JIKA BA GAGAL MENUNAIKAN JANJI BA DALAM TEMPOH TERSEBUT, ANDA SEBAGAI RAKYAT YANG BEBAS MEMILIH BN SEMULA PADA PRU 13.
BERSATULAH KITA RAKYAT MALAYSIA…

Sebarkan kepada semua rakyat Malaysia..


copy n paste pastu sebar kt semua..

abangsahar berkata...

carik saturnine?

http://lanzmp3.blogspot.com/2009/09/saturnine-grey-1995.html

Tanpa Nama berkata...

Saturnine played 3 songs at RTW9. =)

Tanpa Nama berkata...

I really like when people are expressing their opinion and thought. So I like the way you are writing

Tanpa Nama berkata...

lagu saturnine break the silence pernah masuk top 20 billboard hong kong..walaupun billboard hong kong tapi kejayaan itu sememangnya manis..heran kenapalah masa tu ramai yang tak bukak mata...