Mei 20, 2014

Penjelasan Kenapa Dyana Sofea Kelihatan Lebih Cun Berbanding Biasa Berdasarkan Teori "The Backdrop Effects"

Beberapa hari ni nama Dyana Sofea menjadi bualan hangat. Kita pun sebenarnya tau kenapa. Sebab dia hot la jugak jika dibandingkan dengan politician2 yang selalu kita nampak.

Aku jelaskan awal2, aku tak rasa dia hot...sebab pada aku dia biasa aje.

Tapi bila dah diletakkan sebaris dengan pemimpin2 pembangkang yang lain (sori bro, especially Mat Sabu!) membuatkan dia nampak macam bidadarilah. Ini pun ilusi sama yang terhasil apabila kau nampak satu grup perempuan jalan ramai2, mesti ada sorang yang hot dan yang selebihnya nampak seperti backdrop untuk "mencantikkan" lagi yang hot tu.

Adakah kau seorang backdrop?

Kau cuba la tengok siapa kawan2 kau dalam grup kau. Kalau kau nampak ada seorang yang macam outstanding sikit, itu bermaksud....kau backdrop dia. Kau nak konfemkan, kau perhatikan aa, bila dia nak pegi keluar mana2 aje, mesti dia ajak kau.

Apa yang aku gemar mengenai Dyana Sofea punya lantikan sebagai calon ini adalah menunjukkan yang parti belah Pakatan lebih mudah memberi laluan kepada orang muda berbanding parti BN kita tu. Sebab berdasarkan pandangan rambang aku aje la, aku nampak kebanyakan calon2 dari Pakatan jauh lebih muda berbanding calon2 dari BN. Jika kau ada statistik purata umur calon BN dan Pakatan bagitau aku, kita boleh compare betol2.

Itulah persoalan aku selama ni. BN cuba mendekati anak muda. BN buat konsert belia, hari belia, minggu belia, pertubuhan belia.....tapi bila waktu nak bagi peluang jadi pemimpin, yang dicariknya, adalah orang2 tua atau orang2 yang dah berumur. Dalam BN sendiri peluang Pemuda UMNO untuk naik ke atas seolah2 agak malap kalau aku lihatkan sejarahnya. Nak naik, kena tunggu tua, tunggu berumur, atau pemimpin yang lama KO. Bila dah tua, macam mana kau nak dekat dengan pengundi muda?

Setakat menari sikit2 dekat konsert tak dapat bang. Malu orang muda tengok. Kalau ada yang percaya pun, itu mesti yang jenis macai2 yang tak ada kemampuan berfikir sendiri dan suka dengan pendidikan spoonfeeding.

Sekarang ni kita tengok kerajaan selalu kata UITM adalah kilang pengeluar Melayu yang berjaya. UITM adalah pusat di mana Melayu2 masa depan dilatih untuk jadi pemimpin. Tapi kenapa pula graduan UITM perlu melalui tiket parti "Cina Komunis DAP" untuk dapat peluang jadi wakil rakyat?

Apa usaha BN untuk buka ruang lebih besar supaya pemimpin2 yang dah berhabuk ni diganti dengan orang2 muda yang lebih segar? Kau cuba tengok balik berapa umur pemimpin2 kita masa merdeka dulu dan comparekan dengan sekarang. Kenapa average age pemimpin sekarang ini jauh lebih tinggi? Sedangkan, pada satu masa dulu, belia2 berumur belasan tahun, 20 an, 30 an sudah mampu jadi suara kepada rakyat?

Sekarang ni golongan2 macam tu, Kerajaan BN ajak pegi konsert! Pegi layan KPOP! Aku rasa itu satu percubaan membodohkan rakyat untuk memastikan pemimpin berhabuk ni kekal berkuasa dan tak diganti selama mungkin.

Itulah yang aku persoalkan bila aku tengok si Dyana Sofea ni. Dia lulusan UITM dan itu pun jadi isu kepada macai2 BN. "Hoi! Belajar UITM HARAM lawan Kerajaan! Belajar UITM tapi lawan kerajaan bermaksud tak kenang budi!" Bodoh siot sapa yang fikir camtu. Apa yang sepatutnya kau persoalkan adalah apa yang dah jadi dengan BN sampaikan graduan UITM pun bangun lawan diorang?

Jadi berbalik kepada isu backdrop tadi. Jika kau isolatekan Dyana Sofea ni sorang2, kau akan sedar, dia sebenarnya takde la hot mana. Tapi, at least dia dapat la jugak shoulder the burden yang Nurul Izzah selama ni tanggung. Cuma letak sebelah Nurul Izzah, dah sah sah la pemenang dia sapa...


BN kena mula gunakan taktik backdrop ni secepat mungkin sebelum PRU akan datang. Kita bercakap mengenai first impression dan kebanyakan calon wakil rakyat pilihan BN ni ramai yang fail dari first impression, yang boleh membuatkan kerajaan BN jatuh. Memang aku akui ada cubaan oleh wanita2 dalam BN khasnya UMNO dalam menggunakan taktik backdrop ni tapi masalahnya....kau tengok la sendiri.

Bila bercakap mengenai Wanita UMNO....ini adalah benda2 yang terlintas first sekali dalam kepala aku. Aku bagi kau contoh sebab aku nak jelaskan secara visual apa yang aku fikir bila orang sebut "Wanita dan Puteri UMNO."

Gambar 1 - Puteri UMNO

Mengikut sejarah UMNO, kebanyakan pemimpin wanita mereka adalah jenis gempal dan free hair. Jadi kita dah tau siapa yang paling berkemungkinan akan naik jadi pemimpin Wanita UMNO dalam gambar di atas. Aku doakan kau berjaya dik.

Gambar 2 - Wanita UMNO


Aku tak pasti, adakah bila kau jadi aje ahli Puteri dan Wanita UMNO, automatically, kau hanya mampu buat 6 jenis raut wajah di atas? Tak boleh bersopan sikit ke? Itu wajah orang kuat bekas Menteri? Mak aih! Adakah selepas kau dah tak layak jadi Puteri UMNO, kau upgrade jadi Wanita UMNO...terus wajah kau pun jadi sedemikian rupa?

First impression matters! Dalam bab ni, BN memang agak ketinggalan berbanding Pakatan. Dari yang tua, sampai ke muda, aku tak tau lah kenapa imej lelaki gempal dan perempuan gempal yang mempunyai angan2 tinggi terlalu sinonim dengan Barisan Nasional.

Apa imej orang Melayu ni gemuk2 ke?

27 ulasan:

Zikri Husaini berkata...

Entahla.. Susah nak didahulukan orang muda.. Untuk bagi peluang

Rakyat yang rindukan tanah air berkata...

gambar wanita umno tu...aku nampak macam dia nak pakuk kepala sharizat dengan gigi dia..backhoe...

Teacher Basariah berkata...

lawak pon ada bila baca ni..tp bila difikir-fikir betul jugak..haha

fraser berkata...

Imej melayu dengan gemuk

saya budak baru belajar berkata...

Setuju

Tanpa Nama berkata...

yezza,teori backdrop ni aku mmg stuju..sbb aku dh observed dr zmn U lagi.mmg tepat!!

Unknown berkata...

Ada betulnya hujah2 yang kau berikan...

akuzle ayu berkata...

Kah3.. Wey, cakap gemuk ni saya terasa tapi saya paham sangat apa yg dimaksudkn so kali ni saya bagi muka..hihi.. Gambo kak jat n macai2nya tu tak sanggup nk tgk. Boleh bentan saya..miahahaha

PuteraOhtraBulan berkata...

Pergghhh..Statement yg sangat aku suka..

Eray Majid berkata...

gambar puteri umno boleh terima lagi, tapi gambar wanita umno....i am speechless

nota: aku yang pompuan pun malu

3v0.Malaysia berkata...

Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO., ingat senangkah hendak turunkan ketua yang sedia ada, yang berpuluh-puluh tahun jadi ketua cawangan.

Selalunya ketua cawangan akan minta diberi peluang sepenggal lagi bila tiba waktu pemilihan. Selagi belum mati dia akan minta sepenggal lagi.

Yang melawan alamat tidak akan ada peluang baginya untuk apa-apa pun.

Hal itulah antara penyebab agaknya, membujur jenama Wanita Umno, Puteri Umno dan Pemuda Umno.

Eh! engkau belum cukup umur, mana boleh jadi ketua cawangan. Engkau bergasak dulu dalam Pemuda Umno dulu. Tunjukan taring dan kehebatan engkau dulu dalam Puteri Umno.

Itulah sebabnya pemimpin-pemimpin Umno semua sudah tua-tua. Sebab yang muda-muda dipeti aiskan terlebih dahulu dalam dua jenama Pemuda dan Puteri umno itu tadi.

Penyakit ini lambat laun akan meresapi juga di sebelah Pakatan Rakyat (PR). Kalau tidak percaya, kita tunggu dan lihat.

Seumpama pemain bola sepak, badminton, squash dan segala bagai yang mewakili Malaysia. Berpuluh-puluh tahun, muka itu juga.

Tanpa Nama berkata...

Nak komen sikit gambat 2- Wanita UMNO, setelah di buat analisa dari beberapa sudut foto didapati takada seorang pun yg hot, semua nya backdrop belaka.

Fahmi berkata...

Perkongsian berita kajian syarikat pagi semalam mendapati Malaysia antara yang paling ramai orang gemuk dalam Asia Tenggara. Apa lah yang dihairankan sangat.

Yang penting, apa yang u cakap ni, memang masuk akal

ajimie69 berkata...

Memang lawak giler bila tgk foto wanita umno tuh.. Dulu Kini & Selama2nya.. tradisi umno nie selagi tak mati, jgn mimpi yg muda2 boleh jadi ketua..

AliBabaCakapDengar berkata...

muka2 cam mawas dalam gambar wanita UMNO tu patut bagi 'Samoan Backdrop' atau 'Stunner' je...

Tanpa Nama berkata...

Cuma letak sebelah Nurul Izzah, dah sah sah la pemenang dia sapa...??

Sape menang montot?jawbla..aku x leh tido ni..

1C2J3U4M5M berkata...

aku rasa nurul izzah yg menang sbb dulu mantot minat dia

Tanpa Nama berkata...

Buat itu salah buat ini salah....
http://www.malaysia-today.net/you-can-never-win-can-you/

Tanpa Nama berkata...

Bila tengok gambar wanita dan puteri UMNO, confirm : Old timer.

nurul iman berkata...

Hahahaha

Tanpa Nama berkata...

orang muda fresh banyak idea..bagi komen pun bersemangat..bukan macam menteri bn...cnth hassan malek ntah apa2 komen..

Tanpa Nama berkata...

ehem..pertama sekali muda atau tua
kedua cantik atau tidak..

sebenar ada satu benda yang org malaysia lambat nak pick up,dan pekara ni bukan mitos ianya benar...

'kecantikan dalaman'... hati kena cantik ianya akan efect pada lahiriah seseorang itu...

aku bagi contoh Nik aziz... cantik ker? kenapa aku lebih melihat nik aziz lebih cantik dari kak Rosmah?

dalam erti kata lain umno...tua atau muda cantik atau tidak, kedua duanya tak beri apa apa impak...pertama sekali kerana dalaman mereka kedua kerana otak mereka...




sunny berkata...

yg kiri bawah tu dah mcm hippopotamus pun ada gelak mcm tu

Tanpa Nama berkata...

Awk plg betul!

muzica berkata...

http://malaysianreview.com/54153/kenapa-dyana-sofya-kelihatan-lebih-cun-ini-sebabnya/

Tot artikel ko kena rembat

Mantot berkata...

takpe. takde masalah

Tanpa Nama berkata...

Lawak gile stetmen ni chor!hahaha..