Mei 08, 2014

Setiap Keluarga Perlukan Powerbank

"Tu lah ayah. Alia pesan beli powerbank tak nak belikan.." rintih Alia, sambil memandang ibunya yang duduk di depannya.

Faizal diam sahaja. Rahimah pun sama. Kedua-dua anak mereka sedang duduk di atas sofa melunjurkan kaki. Alia hanya merenung siling dan kipas yang padam. Ahmad pula sedaya upaya membaca buku dalam cahaya samar2 yang diterangi lilin.

"Mad, baca apa tu?" tanya Rahimah.

"Buku Upin Ipin mak.." jawab Ahmad dengan pelat budak 3 tahun yang baru nak bercakap fasih.

"Tu bukan yang dah lama ke?" Faizal berminat kerana dia teringat kembali detik dia dan Ahmad membeli majalah tersebut. "

"Haa.." jawab Ahmad.

"Ayah ayah, nanti ayah belikan Alia powerbank ye. Kawan-kawan Alia semua dah ada powerbank. Pegi sekolah pun boleh cas smartphone, bukan mahal pun bah," pinta Alia.

Rahimah memandang Faizal sambil menggeleng kepala sedikit. Faizal paham benar kelakuan isterinya. Dia tak setuju Faizal memanjakan benar anaknya. Tapi anak perempuan punya kesan dengan ayah, bukan semua ibu faham.

Faizal duduk di sebelah Ahmad. "Ni siapa?" tanya Faizal sambil jarinya menekan wajah karakter Upin. "Upiiinn!" jawab Ahmad.

"Ni?" tanya Faizal lagi.

"Jarjit!" jawab Ahmad. Faizal senyum. Rahimah bangun lalu duduk di sebelah Alia.

" Hari sukan Alia minggu depan kan?" tanya Rahimah. Alia menggeleng. "Bulan depan la umi."

"Oh, umi ingat minggu depan. Kasut sukan kita tak beli lagi kan bang?" tanya Rahimah kepada Faizal.

"Belum lagi. Saya rancang hujung minggu hujung bulan ni," jawab Faizal.

"Awak ingat ye tarikh hari sukan dia? Saya dah terlupa!" kata Rahimah. Faizal hanya senyum. Semua benda ada direkodkan dalam smartphone beliau. Dari sekecil-kecil benda hinggalah tarikh cuti-cuti awam negara. Tapi pada ketika itu, dia tak ada tempat rujukan. Baterinya dah habis dipakai.

"Ayah ingat minggu ni kita gi beli Pesta Buku Antarabangsa, nak?" tanya Faizal.

"Tak payah lah. Rimaslah saya orang ramai. Nak browse buku pun tak selesa," jawab Rahimah. Alia kecewa melihat reaksi ibunya. Dia berharap benar dapat ke sana untuk membeli novel remaja terbaru tulisan penulis kegemarannya, Mawar Impian.

"Ada Upin Ipin tak mak?" tanya Ahmad tiba-tiba.

"Tak tau la. Ada kot. Jom la kita gi tengok?" tanya Faizal kepada Rahimah. Rahimah mengangguk mengiyakan sahaja. Dah terbayang emosi sesak dengan manusia dalam kepalanya.

Cahaya lilin bergoyang apabila ditiup angin. Hembusan malam sekurang-kurangnya menyejukkan sedikit suasana malam yang sedikit hangat selepas hampir 5 jam duduk dalam kegelapan apabila malam berlabuh.

Rahimah memandang suaminya yang duduk sambil memangku anaknya yang sedikit terbuai lena. Faizal senyum. Alia pula duduk sambil menayndarkan badan pada Rahimah. Dah lama mereka tidak berpeluang duduk sebegitu bersama-sama.

Lampu menyala terang. Kipas mula meningkatkan kelajuan. Televisyen kembali menyalakan lampu stand-by.

"Yes! Dah ada elektrik!" Bingkas Alia bangun. Alia laju menapak ke biliknya sambil tangan menjinjing smartphone yang padam.

Faizal memandang isterinya," Mah, charger mana?"

Rahimah menjuihkan bibir. "Saya dah cucuk fon saya dulu awal-awal, hihi..." Faizal menarik wajah mencuka. Dia bingkas bangun mencari pengecas simpanan.

Ahmad terus nyenyak di sofa sambil memegang komik Upin-Upin di dada.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

POWERBANK

P-powerbank
O-orang ramai
W-wajib
E-empunya...
R-rasa disaat
B-black-out
A-anda
N-nampak
K-kebaikanya...
Ha.ha.ha...hampeh umngok!

Tanpa Nama berkata...

just want to share a useful link

www.stopphubbing.com

lets share :)

Tanpa Nama berkata...

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2014/05/boko-haram-brunei-suffer-same-delusions.html

typo berkata...

beli powerbank kecik dengan h/p kecik,boleh letak dlm poket. ini beli yang besar2 pastu kena pegang selalu buat apa?
semak aku tengok org ke hulu ke hilir tangan dok pegang powerbank tengah cas h/p. buatnye jatuh ke tertinggal ke...

Tanpa Nama berkata...

Aku pernah baca tulisan isham rais..macam ko tulis juga.kita sekarang sudah dikawal oleh teknologi....

Tanpa Nama berkata...

Aku pernah baca tulisan isham rais..macam ko tulis juga.kita sekarang sudah dikawal oleh teknologi....

Tanpa Nama berkata...

apa maksud cerpen ni? tak faham?

lokie berkata...

Baca dengan hati, teliti dengan minda dalami betol2, apa yang mantot nk sampaikan adalah pada masa kini, manusia dah leka dengan kecanggihan teknologi sehinggakan ada segelintir yang tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan keluarga,seolah- olah smartphone dah menjadikan manusia ni zomba...

lokie berkata...

Seriusnya wabak smartphone hingga ada yang cakap budak-budak umur 5-6 tahun dah wajib ada smartphone, sedangkan itu hanyalah alasan sesetengah manusia yang malas nak main-main atau melayan karenah anak-anak yang dambakan sesuatu kerana sel-sel otak mereka sedang berhubung. Haha. Tapi aku faham, cabaran hidup sekarang amat memerlukan kita untuk fokus pada kerja. Demi mencari segumpal kertas yang dipanggil duit.

Tanpa Nama berkata...

bila kita guna teknologi kawal hidup kita sepenuhnya. otak pun dah jarang berfikir.