Mei 28, 2014

Hobiku Adalah Mengambil Gambar Mayat Untuk Dikongsi Bersama

"Psst psst.."

"Yo! Kau! Kau yang sedang pegang smartphone ambik gambar tu! Hoi! Sini-sini."

"Kenapa kau ambik gambar mayat aku?"

"Apa yang kau dapat bila kau ambik mayat aku? Kau wartawan ke?"

"Adakah kau perlu ambik gambar mayat aku sebab kau nak rasa diri kau cool ada kamera boleh ambik gambar mayat aku mati kemalangan?"

"Apasal kau geleng pulak? Tu aku nampak kau tengah update status Facebook kau siap upload gambar mayat aku kan! Bodoh! Kau bukan wartawan! Kau hanya orang biasa yang ada kamera!"

"Ni lah bahananya bagi monyet pegang teknologi canggih!"

"Dah habis dah kau upload gambar mayat aku? Kau tulis apa? "Kemalangan di jalan raya seorang lelaki terkorban akibat dari digilis lori?""

"Berapa orang dah "Like" kau punya status? Ramai? Bagus la."

"Bila mak abah kau mati eksiden nanti, aku harap ada orang tayang gambar mayat diorang dekat Facebook macam kau buat sekarang ni. Baru lah kau rasa macam apa aku rasa ni!"

"Apa? Kau buat ni untuk pengetahuan dan menyampaikan info terkini? Bullshit!"

"Kau pernah tengok filem Saw? Atau filem Hostel? Atau filem Cannibal Holocaust? Salo 120 Days of Sodom? Audition?"

"Kau tak pernah tengok? Kau rasa kenapa kebanyakan cerita tu kena banned dekat banyak negara?"

"At least semua benda tu lakonan semata2. Yang kau pegi share tu real life punya gambar! Bodoh! Aku doakan kau mati nanti ada orang tangkap gambar mayat kau untuk share dan kejar like dekat Facebook!"

"Hish! Bukan untuk dapat Like? Habis tu kau nak buat apa gambar mayat aku tu? Onani? Kau ada fetish dengan mayat? Kau seorang necrophiliac?"

"Apa lah kau ni! Suka ambik gambar mayat tapi tak tau apa necrophiliac!"

"Necrophilia tu adalah penyakit yang ramai orang Malaysia ada. Aku pun tak tau kenapa ramai benar yang suka simpan gambar mayat dalam fon diorang."

"Ni lah penyakit social media sekarang ni. Semua benda yang sepatutnya banned subject pun nak disharekan. Asalkan popular dan ramai orang Like aje...dah rasa diri macam mini selebriti."

"Okeh! Aku ciow dulu. Memandangkan aku dah mati, kau cuba pesan dan tanya dekat mangkuk2 ayun yang sama macam kau ni..."

"Apa pasal diorang ramai bersungut pasal cerita hantu, tahyul dan seram dalam TV tapi bila bab share gambar mayat orang betul dalam Facebook, diorang ok? Cuba kau tunjuk mayat bersepai dalam KL Gangster ke, dalam filem hantu ke....tengok apa reaksi diorang."

"Gila ke society sekarang? Dah la LGBT. Necrophilia pun ramai yang ada! Tapi itu yang aku pelik, tak ramai suka tengok filem torture porn tapi suka tayang real life necro porn. Ada masalah ke dengan society kita ni sehinggakan benda2 camtu pun takleh nak fikir?"

"Common sense diorang campak ke laut ke?"

8 ulasan:

suria lekatlekit berkata...

SPESIS yang jenis tak kena celah kangkang sendiri lagi memang enjoy la buat benda yang mengundang kesedihan orang lain.
>>NAK TAHU SEJAUH MANA BENAR CICAK DALAM KICAP ABC SILA BACA

The God That Failed berkata...

"Hoi kau yang dah mati tu. Bukan aku yang patut kau risaukan. Tapi soklan Munkar Dan Nakir yang patut kau risaukan" jawab si monyet smartphone..

Tanpa Nama berkata...

dunia makin tua, manusia makin sakit, sakit otak.

air gunung berkata...

Semayang 2 rakaat lg mudah.sanggup susah2 utk penyakit.kekadang redah selat sampai x solat.aduhai...apsal bersusah pyh nak masok neraka.

Unknown berkata...

Mengikut pemerhatian aku... Bila ada accident yang ngeri, kita akan jumpa 3 jenis manusia

1) 90% yang perlahankan/berhenti kereta nak tengok
2) 9% orang yang datang dekat nak tengok atau ambil gambar
3) 1% yang betul betul tolong mangsa

Dan Aku tergolong dalam manusia yang pertama....

Tanpa Nama berkata...

Golongan no 1 ni la yang penyebab jalan jammed...vangang!!!

Tanpa Nama berkata...

Mengikut pemerhatian aku...

1) 1% yang perlahankan/berhenti kereta nak tengok
2) 9% orang yang datang dekat nak tengok atau ambil gambar
3) 90% yang betul betul tolong mangsa

Bila lori beras terbalik atau lori bawak duit syiling terbalik.... pastu syukur dapat rezeki.. .aduihhh... sad but true...

lkjhgfdsa berkata...

http://saifulislam.com/2013/04/schadenfreude-menikmati-paparan-tragedi/

(eh dah ade comment moderation, wow)