Mei 19, 2014

Masyarakat Yang Progressive Mesti Lah Pakai Common Sense dan Logik Akal

Komen 1

Raja, sultan serta keluarga mereka tak kena hudud, jadi adakah mereka lebih tinggi dari hukum Allah? Anak kau kalau ditangkap zina sanggup kau suruh dia kene rejam? Cakap boleh lah brader.. Be careful what you wish for.. Kita orang melayu la, aku tak rasa ada yg tergamak nak tengok, apa lagi nak rejam orang sampai mati.. Lagi satu kalau anak lu kena rogol, lu rasa lu atau anak lu bole dapat ke 4 saksi lelaki yang beriman, yang menunjukkan kejadian rogol tu berlaku? Menolak hudud tak bermakna menolak Islam.. Tak boleh guna common sense ke brader..

Jawapan aku untuk komen 1.

Ada satu kisah diriwayatkan, ada seorang wanita dari kalangan keluarga berada yang telah mencuri, kemudian ditangkap. Lalu dia di bawa menghadap Rasulullah dengan harapan agar diberikan kemaafan atau pengampunan.

Jawapan Rasulullah terhadap permohonan itu? "Jika anak aku Fatimah ditangkap mencuri, aku akan potong tangan dia." Jadi wanita yang ditangkap mencuri itu pun kudung lah tangannya selepas itu.


.................

Komen 2

Pelik kenapa negara2 yang fokus pada pemulihan pesalah daripada hukuman berat lebih kurang kadar jenayahnya daripada negara2 hukuman berat.

Pasti sangatkah kau hukuman berat tu boleh turunkan kadar jenayah? Ada siapa2 dah buat kajian? Sokong dan laksanakan membuta tuli tanpa fikir kebersanannya pun tak boleh. Mana datang keyakinan kau tot?

Lagipun, undang2 Tuhan sempurna macam mana sekali pun, dilaksana setan tak guna. Luar cantik, dalam? Fikir balik betul2. Kau salah faham kenapa orang tak sokong. Kau tak dengar. Kau ingat diaorang serang agama kau. Diaorang cuma lindung diri diaorang. Cuba jangan emosi sampai jadi rasis.

Jawapan aku untuk komen 2

Ini video persembahan "seni" di Cologne, Germany.



Berbogel bukan jenayah di Cologne, Germany. Mengambil gambar bogel menggunakan kamera DSLR di Cologne,Germany bukan jenayah. Melukis menggunakan pantat atas nama seni di khalayak ramai juga tidak salah di Cologne, Germany.

Jadi, tidak mengejutkan bukan, jika jenayah di sana rendah? 

18 ulasan:

K.A. berkata...

Dorang rasa dorang besar.

Tanpa Nama berkata...

Tot tu seni.......

abg ayam berkata...

plup...plup...creeeetttt.....

Tanpa Nama berkata...

Dekat barat sana walaupun hukuman tak berat tapi moral diorang rosak weii..Dah tak terkawal..

Tanpa Nama berkata...

setakat ini hudud masih lagi rhetoric yg mengikat sokongan dihujung jari ulama. ia bukan masalah rakyat kurang kefahaman. tapi pemimpin sudah lama mengetahui hakikat sebenar. umno juga sudah lama mengetahui kelemahan ini. membuka jalan dalam masa yg sama mengheret hudud ke mahkamah. Dalam malaysia hanya mahathir saja yg mampu mendisplinkan sultan. semasa zaman mahathir dia punyai kuasa mutlak dengan sokongan padu melalui politik kuku besinya. masalah politik dlm negara ini adalah masalah berpunca dari nafsu dan bukannya kekurangan ilmu. Dua ikon Mahathir dan Nik aziz adalah tokoh yg paling lama memegang jawatan. kedua-duanya mempunyai nafsu yg berbeza. Nik Aziz dikagumi kerana berjaya mematikan nafsunya. cara mematikan musuh politik adalah melihat kepada nafsunya.

1. terlalau bernafsu utk mengawal kekayaan negara.
2. terlalu bernafsu melakukan kebaikan diluar kemampuan.

Sekali lagi kita akan melihat hudud law akan diperam. kali ini untuk tempoh yang lebih lama. terlalu banyak kekangan. dengan masalah sistem kehakiman yg goblok, dengan rasuh, dengan kenaikan taraf hidup kekangan dari sistem perlembagaan itu sendiri. semuanya mudah dimanupulasi pihak yg punya kuasa. Adakah pemimpin pas terlalu dungu? sudah tentu tidak mereka juga bernafsu dan punya agenda sendiri. Tanda orang beriman, mereka tidak akan jatuh kedalam lubang yg sama dua kali. Apakah mereka tidak bersolat hajat, istikharah memohon petuntuk? terlalu bernafsu melakukan kebaikan diluar kemampuan adalah satu alasan yang sungguh bersopan dan menjaga hati.

Tanpa Nama berkata...

Tot, aku tunggu entri kau pasal dyana sofya yg hot tu. Cepat laaa pls.

DRshairah berkata...

geli!

Tanpa Nama berkata...

Yeah implement the whoodood now.. Why wait? Afraid of the perlembagaan? Tun M? They are bigger than Allah? Implement it to the whole Tanah Melayu la all you Arab wannabe..

http://www.malaysia-today.net/hudud-is-a-four-letter-word/

lokie berkata...

Arab wannabe?what the f*ck are you talking about??

Unknown berkata...

Nampak sangat bongoknye ko ni. Simpan sket utk anak cucu. Haha

Tanpa Nama berkata...

Quote *Anonymous said...
Yeah implement the whoodood now.. Why wait? Afraid of the perlembagaan? Tun M? They are bigger than Allah? Implement it to the whole Tanah Melayu la all you Arab wannabe..

http://www.malaysia-today.net/hudud-is-a-four-letter-word/*

haha kelakar lah pakcik british wansabe, nmpk sgt ignorance sungguh post tu, haha2

dr komentar2 tu pun dh tunjuk ada lagi tak percaya ada lagi dlm ilusi rahib kristian menguasai ekonomi haha2

Tanpa Nama berkata...

Betulla blogger OSTB bgtau..malaysia will join club of the doom soon..buatlah whodude yg korg nk tu..nk jd negara milik taliban pn xpe..yg pasti cina, india dan melayu sekular intelektual nk berhijrah ke negara2 maju..progresif..brain drain la korg...masa tu jgn melalak psl ekonomi jatuh..pelabur x nk dtg..bla3

Tanpa Nama berkata...

Semua agama adalah man made..
Rujuk kitab2 bagus, rujuk buku2 lain pun bagus.. Apa ingat melayu/Islam je bagus.. Sebilion lebih ada umat Islam dlm dunia ni lah.. Sadly most of them fight with each other dgn retorik aku lebih Islam dari puak sekian2..
Dok diam2 dan fikir sedalamnya.
Jangan malas! Dah la belajar semuanya pemalas.. Think!

Tanpa Nama berkata...

Kita umat terbaik?
http://keretamayat.blogspot.com/2010/10/betul-ke-kita-ni-ummat-terbaik.html

Tanpa Nama berkata...

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/05/21/hudud-pas-tidak-tahu-apa-yang-mereka-lakukan/

PAS and the stupid hudud..

Tanpa Nama berkata...

pelajr sekolh:
aku takutla nengok video last ni..aku rasa nak nangis tak tau kenapa. aku takutt

Tanpa Nama berkata...

alaaaaa ingatkan bijak la sangat... kalau kopipes web org pastu pong pang aper jadahnyer . lol

Tanpa Nama berkata...

Sebagai komentar kedua yang kau balas dalam post ni, sumpah kau tak menjawab soalan aku. Retorik semata, tak menjawab soalan. Red herring, strawman fallacy semua keluar. Hampa. Cakap ikut emosi. Tak tengok fakta. Ada beran tengoklah statistik jenayah BERAT, bukan misdemeanor. Tapi kau rasa kau dah cukup bijak jawab camtu. So terpulanglah. Tak payah lah tengok kes curi, rogol semua. Diaorang buat seks, bogel khalayak ramai, kisah apa kan. Tu yang penting.