Februari 24, 2014

Wahai Hijabist-Hijabist Melayu.....

Tiap2 minggu aku layan rancangan "Saffiya" lat TV9 sebab aku memang suka tengok apa yang hijabist2 ni tengah trendingkan.

Aku banyak genetik feminin dalam diri aku kot? Nasib baik wife aku selalu bukak jadi aku ada la alasan kata wife aku yang nak tengok padahal dia tak tau, bila dia tak ada pun aku akan tengok.

Kau pernah tengok rancangan tu?

Kalau tak pernah tengok,  rumusannya camni.."Majalah Hijabista dalam bentuk rancangan TV." Tak pernah baca majalah Hijabista? Cuba fahami bagaimana nama majalah ni boleh berlaku...

1. HIJAB - perlindungan, penutup, cover.......
2. STAR - bintang....seseorang yang nak attention. Seseorang yang suka glemer. Seseorang yang terkenal?

Jadi bila kita gabungkan dua2 kita dapat ;
"Seorang perempuan yang nak tutup aurat tapi dalam masa yang sama juga tergila2 kan perhatian atau nak jadi terkenal atau nak publisiti atau layak jadi idola."

Berlambak kat luar sana orang camni sekarang. Adakah ini benda yang bagus? Entah. Bergantung kepada ke arah mana pemikiran itu ditujukan barangkali....ada yang negatif ada yang positif. Tapi kalau muka depan majalah dah kena Photoshop kaw2...aku rasa tujuan dia dah menyimpang lain sikit kot...

Aiseh, macam mana aku boleh terkutuk majalah ni lebih2 lak.

Aku mengerti kenapa rancangan2 dan majalah yang "hijabist-hijabist" ni makin berlambak di pasaran tapi entah lah...kadang2 aku tengok apa yang korang jualkan ni hanyalah jual imej....Imej berhijab tapi sifatnya langsung takde hijab. Produser buat sebab dia nampak ada market dan peminat. Nak ajak orang tutup aurat ni dah tak berapa berkepentingan sangat.

Jual imej dan produk semata2. Makin lama bab2 agama tu dah tolak ke tepi sebab hijab ni dah dinilai sekadar fesyen item semata2. Itu yang aku nampak la.

Minggu lepas, ada segmen seorang hijabista ni menggayakan gelang.  Hijab dah cantik dah, takde bonggol unta, dada dah tutup...tapi sebab nak jual gelang punya pasal, dia singsing lengan. Tu dah spoiled....

Minggu lepas jugak...ada segmen hijabista ajak hijabist-hijabist lain "ber-selfie." Ya aku tak salah taip tu. Rancangan Saffiya cuba mengajak hijabist2 ini berselfie. Siap ada lakonan family kena tunggu sebab anak nak selfie sambil buat muka duck face. Apa kebendanya ni? Kenapa kau cuba galakkan wanita Muslimah tangkap gambar selfie dan post dekat internet ni oi?

Come on lah...kau dah tak ada isu sangat ke sampai kena ada segmen nak panggil hijabist2 yang suka berselfie ni buat interview ceritakan kenapa hijabist2 ni tak perlu malu berselfie? Aku tak pernah nampak apa substance nya sehinggakan orang2 yang suka berselfie pun boleh masuk TV dan bagi opinion dia pasal berselfie ni....

Aku tak rasa benda tu cukup penting untuk dijadikan satu topik dalam rancangan televisyen yang nak popularkan bertudung cantik kepada gadis2 Melayu...

Semalam, ada segment tah apa tah tujuan dia tapi dipaparkan seorang hijabist ni yang memakai tudung ala2 moden gitu lah....tapi yang memakaikan tudung tu kepada dia adalah seorang lelaki lembut....

What the hell hijabist? Niat dah cantik dah....hijab pun dah cantik dah...tapi kalau lelaki yang pakaikan tudung kau, apa pointnya pakai tudung tu? Core dan fundamental pun dah songsang. Tak kiralah dia lelaki lembut ke atau kau takde rasa malu sebab lelaki itu pun part of the hijabist....tapi dia still ada buah zakar yang mampu menghasilkan sperma, kan?

Lelaki yang pakaikan tudung seorang hijabist.....
Kau tak rasa benda tu sangat kelakar ke?

Janganlah biar diri anda dieksploitasi dik...hijab ni bukannya sekadar pakaian aje senonoh....

Nota : Gambar Heliza sekadar hiasan sebab dia cute.


139 ulasan:

INNANIE ARIFFIN berkata...

sangat bersetuju dengan awak. saya jugak perasan majalah ni cuma memperalat kaum wanita yang berhijab dengan over make up dan fashion style! Hmmm...

Unknown berkata...

adohai hijabist malaysia

anyss berkata...

Assalamualaikum,
Kadang2 tertengok jugak rancangan ni tapi rasa macam malas nak tengok. Entah apa2 pesen depa pakai pun aku tak tau...sekali pandai macam pokok krismas, dua kali pandang macam tiang tepon...entahlah labu!

Tanpa Nama berkata...

Akhir zaman dimana ada satu hadis ckp bila tiba akhir zaman nanti kaum hawa lh yg paling banyak trmakan umpan dajjal yg mana kite trpaksa ikat isteri dan anak dari keluar rumah...ape maksudnye ni...ni lh dia gerakan feminism....biar mata buta..jangan sampai hati buta

Tanpa Nama berkata...

layan felixia yeap je la..

Tanpa Nama berkata...

hahha..cayalah tot..
gua mmg banned bende2 mcm ni..

like u said, berhijab tapi nak perhatian...


pastu tengok cara hijab atas pale, mcm arwah nenek gua balut kain batik atas kepala masa jemur belacan.

JaNnAh berkata...

Sy x pernah baca hijabista tu... n x berapa minat nk tgk program safiyya tu.. x tau la kenapa... mungkin sbb yg encik cakapkan ni kot... topics for discussion is not really appropriate..

Tanpa Nama berkata...

sex sells

H M berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
H M berkata...

setujuuu ! masa first sekali majalah hijabstar keluar saya teruja sangat nak beli . beli la sekali selak selak , langsung takde manfaat membazir beli . rugi duit rm10 . hehe

Azean Azman berkata...

Apa pulak pendapat encik mengenai bekas model playboy nak jadi hijabista felixia yeap.

Tanpa Nama berkata...

at least dengan adanya ikon2 wanita hijab tu dapatlah menarik adik2 dan para remaja untuk gemar menutup aurat. mula2 mungkin niat nak ikut ikon mereka sahaja, tapi slow2 mereka akhirnya akan menutup aurat itu kerana Allah. kau ni mantot semua benda nak kondem. baikla ko kondem majalah mangga atau perempuan2 yang masih tak menutup aurat yg lebih ramai kat luar sana tu. bangang punya mantot

Tanpa Nama berkata...

Well said! Especially those hijabis yang suka selfie and tayang muka on internet with the help of filters! Oh..and OOTD?? Kalau dah pakai hijab and baju cantik duk aje diam diam..tak yah nak tunjuk tunjuk.
So..unappropriate!

Siti berkata...

Allah tak suruh kita tutup aurat SAHAJA, Allah juga suruh kita elakkan tabarruj.

Takda maknanya kalau kita buat salah satu, tapi abaikan yang lagi satu, kerana kedua-duanya perintah Allah dan RasulNya, dalam Surah an Nur, dan dalam hadith sahih.

Anonymous di atas, sampai bila kita akan menghalalkan perkara yang ALLAH LARANG, semata-mata kerana menggunakan alasan lame "sekurang-kurangnya mereka tutup aurat"? Kenapa kita tak boleh ajak ke arah perkara yang 100% baik instead of 50% baik, 50% HARAM?

Tau tak Rasulullah pun mencela perempuan yang TUTUP AURAT tapi TABARRUJ dalam hadith? Nak kata Rasulullah s.a.w "semua benda nak kondem" atau "bangang" jugak (wa iya zubillah)?

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)

Aidazura berkata...

sy setuju dengan semua pendapat pemilis...semoga entry ni bakal membuka mata semua hijabista di luar sana..

Unknown berkata...

Setuju!! Rsenye plg penting mse nk kawen... mekap nikah pon mat2 lembut yg duk makeover sedangkan bakal2 pengantin sume mesti berwuduk kn.

GTR berkata...

makin lama makin merapu aku tengok fesyen hijabista. pakai tudung, tapi buat muka ghairah dan pose gersang.

Unknown berkata...

saya sgt setuju dengan artikel ni..ehh artikel ke?? ke entry...hehehehe...
base on pengalaman saya penah buat lawatan sambil belajar kt karangkraf.. saya ada tengok sendiri pengembaraan hijabista dan majalah dara.com.. sgt xmasuk akal. sbbnya yg tukang stylish tu most of them adalah golongan pondan a.k.a bapuk.. thats is true. so no point if kita tutup aurat mcm mana pun kalau tukang stylish tu a man! sudah lari dr niat dan tujuan sebenar sbagai muslimah.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn pendapat hijab + fashionista tu

Cuma sedikit pendapat

Majalah bergerak dgn permintaan. Sbb ia bentuk perniagaan. Jika tak nak majalah hijabista diteruskan, jangan beli. Kurangnya permintaan dan pendapatan drpd majalah tu dgn sendirinya akan sbbkan karangkraf tak keluarkan lagi hijabista.

Unknown berkata...

Setuju sgt...aku dah xleh nk tgk program hijabista ke safiyya ke lg.sebabnya rasa rimas tgk org yg dimakeover..pakaian dan tudung warna warni dan agak menonjol gitu..bukankah Islam menyarankan pakaian utk muslimah dgn warna yg tidak menarik perhatian? Kalau kepala tu dh berbolot2 dgn kain dh mcm bandage pun ye jgk..habis sume kain nk bubuh kat kepala,sekali tgk dh mcm org sewel pun ade jgk..dgn aksesorinya yg terlampau mcm Negro jual jam..aduhai...tu belum mekapnya lg nk cerita...kasi fening kepala ana lahh!!! Tapaya sume ni...hijab tu sendiri dh memberi makna kita menutup keseluruhan aurat bermakna kita melarang org dr melihat aurat kita sekaligus melarang org dari tertarik pd kita..ada betul??

Tanpa Nama berkata...

I love fashion, and since when I'm wearing a scarf like 1 year plus ago, i never put a limitation on myself in fashion, but still, there was one time i tried to watch safiyya or watsoeva they call it, it makes me say, "what is this?? Makeup for 1inch?? Heels to make yourself have a nice posture on tv? Fake eyelashes till i can't even recognise your real face?".. Well, that is not how you portray as someone whose wearing a HIJAB. when you put a hijab on your head, meaning you choose to put a hijab in your attitude, in your social life, in every aspects as a muslimah. Hijab does not only brings a meaning of :"a cover on your head" but giving you a meaning of covering yourself to be a better muslimah.

Fira hilwa berkata...

Lagi sedih bila dorang mula menggunakan istilah 'Fesyen Muslimah'. Kendian muncullah pula IFF (Islamic Fashion Festival) kat Malaysia ni. Motif? aku pn xtahu sebab penganjurnya adalah seorang LELAKI & pertunjukan fesyen itu dihadiri oleh lelaki juga. Apakah? adakah itu juga blh dikira sebagai meng-eksploitasi kaum hawa? tapi paling2 sedih fesyen yg bersandarkan nama muslimah tu tidaklah semuslimah mana pun. dok pakai legging, baju ketat sendat & padat nak muslimah amenda? tapi ramai yg suka... sedihhh lagi..

Atiqah Abdullah berkata...

Mantot. Haa, ni betoi dah ni. Betoi sgt setiap ayat yg kau taip tu. Setuju gile

"Ala, biarlah. At least ikon hijabista tu boleh jadi contoh utk para remaja yg baru nak berhijab. Lame lame nanti diaorg tutup lah aurat krn Allah"

Ayat cliche drpd penggemar rancangan mcm safiyya ni. Yg lebih layak dijadikan contoh utk para muslimat yg nak menutup aurat adalah isteri2 nabi. Bkn yg ade dlm rancangan tu. Pakai shawl, kemeja ketat pastu tie in dlm seluar skinny. Contoh yg baik ke tu?

Hijab is modesty. Not fashion.

Tanpa Nama berkata...

Felixia Yeap tu pun kira icon fashion berhijab la, if dia ikhlas tentang Islam patutnya convert dulu belajar dulu sebelum dia tiba2 berhijab demi menarik perhatian dan disebabkan controversy ini berlumba2 butik muslimah nak hire dia as model dan few Produser mengambil kesempatan ni scout dia untuk berlakon as muslimah.

Tanpa Nama berkata...

Sebab nak jadi star jugakla Felixia Yeap ni gedik berhijab tanpa convert dan ramai pulak yang Bela dia atas nama menyokong saudara baru which is she's haven't convert yet. Kalau dia ikhlas tentang Islam rasanya tak perlu kot nak post segala benda tentang agama yang dia baru belajar dan masih lagi dangkal dan atas controversy ini tiba2 dia menjadi icon muslimah even she's not yet.

*geli baca komen2 jantan Islam desperado pasal Felixia nih,mentang2 la gambar pose playboy dia dlm page tu dia tak mau delete lagi. Sib baik gua tak terpengaruh

Syuhadah Maarof berkata...

Cetek nya otak. Ada buah zakar dan sperma...so? Dia bawak keluar kan ke? Reality Islam banyak pakai mentaliti Arab yang cenderung pada pemikiran sehala (one track mind) dan malas berfikir secara mendalam. Kita ikut membabi buta. Jangan marah jika ada Melayu kita yang menolak ugama disebabkan kesempitan pemikaran penyampai agama.

Tanpa Nama berkata...

Dia bukan muslim....why bother? Dia menutup aurat kerana dia rasa selamay dan sopan, bukan kerana dia nak convert ke islam. Paderi wanita kristian pun tutup aurat. Jangan la anggap tutup aurat je tu muslim saja.

So apa yg kita heran sgt dgn felixia? Patut kita heran dgn wanita yg mengaku muslim tapi xtutup aurat ataupun tutup aurat tapi langgar hukum2 wajib seperti dinyatakan oleh artikel inj. Alangkah baiknya jika semua wanita di dunia ini tanpa mengira agama menutup aurat. Pastinya dunia menjadi lebih indah.

Tanpa Nama berkata...

I think it's sad that you had to pick this at the topic. It's come to a point where right now there are ladies out there who want to wear hijab but are now being flogged just because they appear to be "seeking attention" ? Dude, these " attention seeking" hijabistas may help attract more ladies into wearing the hijab. Which comes to.. are you helping society change with your opinion? If you're not, you've just comitted a sin by posting this opinion of yours condemming people who might have had influence on other ladies into wearing hijab. Don't be so shallow my friend.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju apa yg Cik/Puan Siti katakan diatas.kita kena tegur yg tidak baik atau membetulkan yg silap/salah semoga perkara itu tidak berlarutan d lakukan.
Islam mengalakkan kita mencegah yg mungkar dan mengajak/menggalakan ke arah kebaikan sebagaimana di perintah dlm Al-Quran ikut cara Nabi saw ( sunnah Rasullillah saw(.

firdee adilla berkata...

saya tak suka gelagat seorang pengacara dalam ni.. gaya dan mimik muka dia x sesuai dengan imej bertudung dia tu. kadang2 rasa menyampah pulak tengok.

Tanpa Nama berkata...

Felixia yap pun masuk??? Sukati mak bapak dia la nk pakai. Itu pun ko nk kondem

Tanpa Nama berkata...

Lu pesal dengki ngam felixia? Dia nk bogel wa suka. Nk hijab wa syukur. Apa lagi lu mau? Lantak tok nenek dia nak stail apa pun

Tanpa Nama berkata...

kalau awak bagus sgt, apa yg awk dah buat utk membanggakan bangsa melayu? emm.. maybe awk berjaya utk menambah kemunduran melayu je kot.. good job!

Tanpa Nama berkata...

suka betul kau perlekeh org melayu yg buat silap kan.. kau perfect sgt kot.. setanding org kapir yg pandai n genius tu kot.. kalau kau xsehebat tu, xpayah la nak pandang rendah kat bangsa sendiri.. bantula kaum kau yg 'bangang' ni utk naikkan martabat kaum kau ni.. mmg mudah memperlekeh n mengutuk, tp pkirla bijak xbijak tindakan tu..sekian

Fyda Noh berkata...

Memakai hijab tu wajib. Semoga Allah bagi hidayah kepada mereka kerana cuba mengajak orang tunaikan perintah Allah

www.sitinurafidanoh.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Yup...betul jugak tu...saya pun dulu x berhijab..bila ada rancangan mcm ni saya berhijab n suka berfesyen..lama2 in shaa Allah dgn sendirinya hati terbuka utk berhijab lebih labuh..ikhlas dan berfesyen ala kadar...bukan berlebihan..

Tanpa Nama berkata...

kau sama je mcm pakcik guard kat tmpt aku.. pemikiran kau maksud aku,, kalau melayu buat silap skit, tegur mcm berani sgt. kalau cina, hampeh.. takut lak nak tegur kan.. bangsa lain kan MULIA sangat pd mata kau.. bangsa kau ni je yg HINA n LAYAK. tau x cina maju sbb dia support bangsa dia.. bkn mcm typical malay mcm kau.. yg malu dgn bangsa sendiri.. bina la jatidiri dlm diri kau tu ye..

Tanpa Nama berkata...

Abis kau lebih suka tgk org x pakai tudung ke? Boddoh punya blogger!!!!

ddjfr berkata...

dulu dulu aku pun suka tengok safiyya.mungkin masa tu aku tengah syok tengok style awek awek baru nak bertudung,so aku pun boleh tengok style macam macam tu kan.

tapi lama lama aku rasa safiyya dah banyak mengarut.sama macam magazine hijabista tu la.rasa macam terlalu berfesyen sampai aku rasa,muka2 celebriti blogger yang sama je dalam tu.

dan terus aku rasa down.sebab sekarang ni,style bertudung dah macam bersepah sepah kat luar.takpayah tengok tv pun takpe.

Tanpa Nama berkata...

yang meroyan kat atas ni agaknye dia perasan hijabista kot...hihihih

noorul izzah berkata...

kesian bila ada yang xtau halal & haram. beri pendapat ikut al quran dan sunnah kak. matlamat xmenghalalkan cara.

Tanpa Nama berkata...

Macam mana melayu nak maju, bila kita nak beli barang orang melayu pun kena tipu dengan melayu sendiri. Bila tegur dengan niat nak betulkan kesalah pun kena tengking, kena umpat. Bila kerja dalam kumpulan selalu lari, missing in action. Macam mana lah melayu nak maju? Memang patut kena kutuk pun sebab melayu selalu perasan bagus padahal fundamental agama pun tak jaga. Solat kelaut, arak kat tangan, rokok yang terang2 haram tu jugak yang dia hisap. Kata miskin tak ada duit tapi mampu beli rokok, langgan astro beyond. What the fish la melayu. Tolong ubah sikap, jaga agama, hungan dengan Tuhan, hubungan dengan manusia, baru boleh maju. Oh pasal hijab, memang macam tahi pun style hijab zaman sekarang. Yang baru nak pakai hijab, please dont hesitate, just go on. Cuma nasihat aku, pakai sesimple yang mungkin. Nak make up pun pakai light make up je. Kamu akan kelihatan lebih sopan dan cantik. Trust me.

V_21 ™ berkata...

Hahah. Syok baca. Aku dari dulu cakap, mcm UAI cakap. Mana ada kata wajib pakai tudung... xnaknpakai xpe tak salah pun. Setuju?

Tapi wajib tutup aurat, tudung hanya alat nak tutup aurat yang nampak mudah dan buat orang pelik. Kalo xnak pakai tudung bile pakai baldi. Plastik sampah hitam.

Tapi otg skang? Pakai tudung mcm bogel je semua. Aku jumpa depan mata ngn wife. Baju sendad abes. Tapi tudung cakap kau, perghhhh bininaku pn tgk tudung tu tau mahal. Tapi baju? Mcm miskin sgt nk beli. Sampai bos aku yang cna pn kutuk, tanya aku. Miskin sgt je xmmpu beli pakain tutup sikit.

V_21 ™ berkata...

Ada sikit typo ek.buat org x pelik tgk*

V_21 ™ berkata...

Hahah. Syok baca. Aku dari dulu cakap, mcm UAI cakap. Mana ada kata wajib pakai tudung... xnaknpakai xpe tak salah pun. Setuju?

Tapi wajib tutup aurat, tudung hanya alat nak tutup aurat yang nampak mudah dan buat orang pelik. Kalo xnak pakai tudung bile pakai baldi. Plastik sampah hitam.

Tapi otg skang? Pakai tudung mcm bogel je semua. Aku jumpa depan mata ngn wife. Baju sendad abes. Tapi tudung cakap kau, perghhhh bininaku pn tgk tudung tu tau mahal. Tapi baju? Mcm miskin sgt nk beli. Sampai bos aku yang cna pn kutuk, tanya aku. Miskin sgt je xmmpu beli pakain tutup sikit.

Tanpa Nama berkata...

ala..heliza pon hijabist2 yg nak ada star jugok....dia pon slalu berselfie gak...kuh kuh kuh...senang cite...sederhana je

kcai berkata...

Secara positifnya kita mmg memerlukan hijabist yg boleh dikatakan berpengaruh dan mempunyai nilai akhlak dan moral yg boleh dicontohi..utk menjadi ikutan oleh anak2 muda..mmg agak khilaf bilamana para hijabist ni diguna pakai oleh kaum kapitalis..yg ingin mggunakan mereka ini demi sedikit keuntungan..tp sy bersetuju ttg kesilapan para modelist berhijab ni yg membenarkan pemilik zakar ataupun lelaki utk mengayakan hijab ni kepala mereka..dan menggelar sesetengah hijabist yg cuma ingin menambah pendapatan dgn menjadi duta produk sesambil mendedahkan sedikit aurat yg pastinya boleh menjatuhkan imeh si pemakai dan imej suci hijab itu sendiri..wallahuallam..semoga mereka terhindar dri godaan meterial.

Azean Azman berkata...

Hello anonymous..
Saya x kondem.felixia..saya nak tahu apa pendapat dan tulisan en.cursing malay saja.. Be chill beb haha.. Saya suka apa tgk dia nak pakai hijab.. Cuma saya terkkmen felixia sebab ada komen org kat atas sebut nama dia.. Jafi terus nak tanya pendapatlah..bukan nak kondem siapa2 ok... Bersangka baik..bersangka baiklah sentiasa.. Peace :)

Tanpa Nama berkata...

tak tutup aurat korang kutuk berkati-kati. kalau tutup aurat (nak berfesyen) pun kutuk berkati-kati. Memang dah nature wanita suka fesyen tak kira agama mana pun, bior je le

Just jangan le minta lelaki lembut pakaikan atau tunjuk pergelangan tangan (posingkan gelang) atau kaki (posingkan kasut)...tambah dosa ada la

Dan juga, kepada orang yang kata 'eh baik xyah pakai tudung' korang salah...pakai tudung tu wajib. Cuma adik2 hijabsters ni perlukan lebih bimbingan....terutamanya daripada muslimin dan akak muslimah. Diorang dah on the right track...

- abang usrah

Tanpa Nama berkata...

MANTOT..zaman sekarang zaman islam tunggang langgang serta diberi nafas baru sesuka hati mereka..contoh konsert amal....kutipan derma melalui pertunjukkan fesyen..MENUTUP AURAT SAMBIL MENARIK PERHATIAN LELAKI..??..aku pernah dengar ceramah minyak wangi pun x leh pakai..tumit tinggi yang menarik perhatian lelaki pun x leh pakai..sebab tu juga diharamkan memakai loceng kaki..sebab menarik perhatian..tapi jangan pelikla..akhir zaman..esok2 zaman cucu kau lagi pelik ko jumpa..

ShasbeeCollection berkata...

Agreed! Should really understand how we should dress as muslimah, not simply take it as fashion/trend!

ShasbeeCollection berkata...

Agreed!

ShasbeeCollection berkata...

Agreed! Should really understand how we should dress as muslimah, not simply take it as fashion/trend!

Tanpa Nama berkata...

Nak termuntah tgk ramai yg baru bertudung dgn fesyen terkini..
Designer makin ghairah buat rekaan muslimah yg MELETOP.. Mula dari Niat desinger tak betul, org yg pakai pun terjerat sekali. Org sekeliling si pemakai pun ternoda sekali.
Insaf lah wahai kaum hawa. Tutup hanya sekadar untuk mencari keredhaan Allah.
Tinggalkan dunia fesyen jika kamu ikhlas.

-Lelaki Tampan-

Tanpa Nama berkata...

setuju sangat.. esp tang adik-adik yg pakaikan tudung tu.. membuatkan teringat masa hari perkahwinan saya di majlis bertandang ke rumah mertua... memang saya serhakn je kepada mertua uruskan.. tup-tup bila yang datang tu... adik-adik.. saya memang mintak keluar kejap dari bilik persalinan.. saya nangis puas-puas... baru sambung... memang la tak bersanding bagai... tapi saya memang sedih sangat-sangat... saya tak kata mak mertua saya salah, salah saya sebab saya percaya yang dia akan jaga saya, hakikatnya, kitalah yang kena jaga diri sendiri... sekarang nak bercantik-cantik pun untuk suami je... bila keluar bersama suami pun bercantik-cantik juga, cuma masih dalam batasannya...

KakChah berkata...

Atoii... nafsu perempuan 9 akal 1, nafsu lelaki 1 akal sembilan. Hendak bertegur tidak salah tapi ada cara. Bukan dengan kondemkn.. nak bg pendapat pn tidak lah slh. Tapi biarlah kne dgn cara. Jika begini dan begitu, ayt kasar, cara tidak betul. Wahai pemilik blogger, andai entry ini mewujudkan pergaduhan antara sesama Islam maka haruslah dipadamkan sahaja. Mereka dpt dosa dan kamu berkati-kati akan dpt. Fikir dan renung. Saya membaca pun dah naik pening. Kalau hidup cara Islam tahu akan batasnya. Maka fikirkanlah ye? Maafkan saya atas teguran ini.

Unknown berkata...

Yg baik diteladani..yg tidak dijadikan sempadan..bersangka baik itu lebih indah.. doakan yg terbaik buat semua..buat yg baru, n telah berhijab..samaada yg belum mengikut syariat islam dan yg menepati kehendak islam..berusahala mengejar keredhaan Allah..setiap perkara yg diarasakn salah anda boleh menegur, melalu surat atau emel, n sebagainya dgn alasan agar tidak menrosakkan periuk rezeki masing2..berusahala menjauhi 3 penyakit hati takabbur, riak dan hasad..semoga kita berroleh keampunan..insha Allah
.

Unknown berkata...

Yg baik diteladani..yg tidak dijadikan sempadan..bersangka baik itu lebih indah.. doakan yg terbaik buat semua..buat yg baru, n telah berhijab..samaada yg belum mengikut syariat islam dan yg menepati kehendak islam..berusahala mengejar keredhaan Allah..setiap perkara yg diarasakn salah anda boleh menegur, melalu surat atau emel, n sebagainya dgn alasan agar tidak menrosakkan periuk rezeki masing2..berusahala menjauhi 3 penyakit hati takabbur, riak dan hasad..semoga kita berroleh keampunan..insha Allah
.

lkjhgfdsa berkata...

lulz. Banyak komen ha!

Tanpa Nama berkata...

Setuju..sy x pnah tgk sbb meluat..ntah apa2..hampehhh

Syerra Shoppe berkata...

Bagi saya tiada salahnya berfesyen. cuma perlu ditekankan adalah Aurat dan Hayaa (rasa malu). itu concept dalam Islam. Pihak kami ada menjual baju renang Muslimah. Namun kami menggalakkan berenang di kolam tertutup bagi memenuhi konsep aurat dan Hayaa. Ia jauh lebih baik dari berbikini. wallahualam. Jom dapatkan Baju renang Muslimah dari Syerra Shoppe

Tanpa Nama berkata...

Setuju. Haritu ade pertunjukan fesyen pakai telekung. Tp telekung lycra n nmpk bntuk. N duk barisan hadapan ade lelaki. Mcm x patut sgt. Pihak safiyya , hijab stailista n majalah hijabista should take note.

` berkata...

assalamualaikum lawak saya tergelak sbb memang btol pon. nantu tengok rancangan sis lagi lawak. ajar jadi muslimah hipster..haaa ternganga chek tengok.kipidap!!

Tanpa Nama berkata...

apela si mantot org condemn pasal majalah tu tapi bukan majalah mangga sbb majalah hijabista tu mcm jual agama.gunakan islam untuk halalkan semua benda yang diorang tunjuk tu.tabarruj bagai.mangga tu confirm2 xpayah nak ditengok.mana gambaran seorang muslimah yg dia janjikan utk dijadikan contoh??

Tanpa Nama berkata...

Apa ko merepek ni. Aku paham je apa dia cakap. Dan aku setuju dengan apa yg dia sampaikan walaupun aku sendiri perempuan.

Tanpa Nama berkata...

salam..sy amat bersetuju dgn ape yng admin katakan..islam xmelarang berfesyen tp bkn berlebihan..btl rncngn sperti ini dpt menarik org bertudung menutup aurat..tp sgt2 berlebihan..skrng yng berniqab pon berfesyen sgt berlebihan bkn kerna nk menutup aurat..berniqab tp pakai eyeliner tebal..pakai eyebrow pekat2..pakai contct lense sbb nk nmpk mcm arab..so what the point berniqab bagai if highlight giler2 bhgian yng trbuka..amalkn ape yng disuruh islam..berwasatiah lah..insyllh tenang hdpnyer..

Anis Farhana berkata...

well, that is why i don't buy those mag.
what i dislike the most is the high 'sanggul'
its obviously not allowed in islam. i'm no ustazah or that perfect,
but it's just so obviously wrong, that it's impossible to be missed.

Tanpa Nama berkata...

We bother coz it can confuse others sama mcm why we bother about kalimah Allah nak digunakan dlm Bible, speak your mind.

Tanpa Nama berkata...

setuju sgt2....skrg ni lg pelik telekung pn dh berwarna warni.....kalo dl g sembhyg kt masjid sume cantik je warna putih suci....skg dh warna warni bagai....x lme lg adelh kain telekung dr songket ke,sutera ke...hehe....sori lari topik....

Tanpa Nama berkata...

Sekali je beli majalah hijabista ni......xde pengisian...fesyen semata2.... Jom beli majalah SOLUSI!

Tanpa Nama berkata...

bab telekung pun sama....ntah kawan2 mungkin ingat saya konservatif sbb xterima telekung colorful....to me, putih itu lagi sesuai untuk solat....bukan untuk berfesyen menunaikan solat....

Tanpa Nama berkata...

rugi nya perempuan dalam islam.

uols kena berbungkus dua puluh empat jam supaya x menaikkan nafsu lelaki

Tanpa Nama berkata...

Assalam...yang tertutup itu lebih baik dari yang terbuka...Amatilah. Dan usah melemparkan kata dusta & nista...ia jauh lebih berdosa daripada membunuh. Semoga anda diberi hidayah olehNYA. Banyakkan mengucap....

Abg Jamil berkata...

Taat dalam engkar namanya gitu.

Sarah Zulkifli berkata...

Agree

Tanpa Nama berkata...

Muslimah...
Tutup aurat dan bukan balut aurat,
Berpakaian yg sempurna kainnya bukan berpakaian tetapi telanjang,
Tidak berlebih lebihan... Tabarujlah tu,
Bersedarhana dalam penampilan, takyahlah over... Bersifat malu (dah cantik dan elok berpakaian sopan nak posing posing tunjuk kat org, tak malu lah tu...) nnt takut jadi riak plak bila sesiapa yg tengok komen cantik..
Dan yg hakikatnya... Setiap wanita itu adalah aurat!!! Dan bila die keluar maka syaitan akan berlumba lumba nak menghiasnya.. seandainya wanita itu berhias sebelum keluar maka memudahkan lg kerja syaitan... (paham ke tidak ni? Kalau tak paham pi belajar!)

akashiseijurou berkata...

Kadang aku bce gak mjlh cm dara etc...kire nk try la jgak cre lilit bru ke ape...tp sedih gak sbb sgt tk practical time consuming lg satu yg pntg, lilit punye lilit jd pndk dah tudung tu, hadoi aku tk bese pndek2 tudung tu, klo buleh nk lilit yg fully tutup tang dada tu..conclusion mjlh2 cm tu sume bullshit, jauh mnyimpang, mnggalakkm sume muslimah bertabarruj bhs modennye gile publisiti...better lg bce mjlh cleo or sumthin

Tanpa Nama berkata...

m.youtube.com/watch?v=OjmPYGbKpa8

Pls view video from Ustaz Zul...tq

Tanpa Nama berkata...

Alo macai,sini orang citer pasal ugama ...bukan bangsa.ada paham macaiiiii?

Tanpa Nama berkata...

Tul tuh .aku kena baca 5 6 kali still tak paham motip dia...lolz

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa post ni dapat komen paling panjang kot...kah kah

Tanpa Nama berkata...

Dia tegur atas dasar sayangkan melayu islam. Any problem with that? Dan cuba mnyumbang dgn cara penulisan. Eheh,

Azizul berkata...

Kelakar. Baca apa yang tersurat. Tidak guna otak untuk baca yang tersirat. Maksud ayat tu boleh ke lelaki dok dekat2 solek2 gayakan tudung kita? Dahla untuk tatapan ramai plak tu. Mungkin akak lagi suka kot laki sentuh2 dekat2. Haih

Azizul berkata...

Aik. Tegur pun salah? Tak tegur pun salah? Lagi kelakar yang ini

Tanpa Nama berkata...

Btul tu sis... sy tgok pn x suka.mungkin la dia nk menghayati konsep mngu tu kot.. tp mmg tersgt2 la tak bkenen.

Tanpa Nama berkata...

Kan..

Tanpa Nama berkata...

Betul tu. Saya setuju. Saya penah tengok jugak maybe 2 or 3 kali. Tapi yang saya ingat ade skali tu, saya tengok host Safiyya ade yang macam OVER bila bercakap. Tersangat lah OVER. Lebih kurang macam terkinja-kinja orang melayu cakap. Tolong la malu sikit. Walaupun awak tu artis dan ramai peminat, awak rasa awak comel, tapi tolong la jangan tarik perhatian orang sampai macam tu skali. Yang OVER sorang, lagi 2 orang tu takde la sangat. Ok je.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum semua..
tak perlu nak komen bagai-bagai...
back to nature...back to fitrah...
lihat saje apa perintah Allah dan Rasul...
itulah ruginya jika wanita bekerja diluar rumah...banyak mengundang fitnah dan keburukan...
Tempat wanita hanya di dalam 4 penjuru rumahnya dan kerjanya adalah bagaimana ahli rumahnya dpt amalkan agama dan zuriat yg lahir dpt menjadi da'ie da'ieah,'alim 'alimah dan hafiz hafizah...
Amalnya terpelihara didalam rumahnya...tak perlu org lain tahu wajahnya cantik...hijabnya dari ajnabi dan kecantikkannya utk suaminya sahaja...ini adalah lebih manis...

Kita juga tak perlu kondem penulis atau bintang2 fesyen ni...jika mereka tahu dan sedar kesilapan mereka,sudah tentu mereka tidak berbuat demikian...

So sekarng, tugas kita adalah mendoakan sahaja mereka ini diberi hidayah...doa dengan Allah kerana hanya Allah shj mampu menegur setiap kesalahan dan hanya Allah mampu memberi kesedaran kpd mereka...kita ni makhluk yg lemah...apa yg boleh kita buat,,yaqin dgn doa...doalah pd waktu mustajab...

sayangkan islam...buatlah dakwah...sayangkan islam tinggalkan lagho...

Tanpa Nama berkata...

hello. menarik topik ni. saya pun nak komen lah.tapi sebelum tu nak minta maaf.takut2 ada yg sentap kan? pakai tudung mmg sdh cantik.bagus.tutup aurat. tapi tudung kaler striking yg amat, satu. dua, rupanya tudung ada size.size kecik tutp kepala, tak tutup dada. kadang2 smpi cap renda2 bra kat bju.adeiiii...maaf komen teruk sangat ni. kalau ternampak kat mana2, cepat sy toleh tmpt lain sebab malu.

Tanpa Nama berkata...

Kau confuse apabila nampak wanita berhijab??? Better don't go out of the country then, hijab doesn't belong to Islam, dalam Bible pun ada kata untuk berhijab, banyak agama yg menggalakkan berhijab, kalau sikit-sikit dah nak confuse, begitu rapuhnya iman engkau.

Tanpa Nama berkata...

Agreed with you.

dulu masa magazine Hijabista ni kuar pasaran sy setiap bulan beli. Tapi masuk bulan ke5 sy beli, sy mula rasa meluat dan menyampah sbb mcm tak relevan muslimah pakai leggings byk sgt dlm magazine tu.

Ditambah pulak dgn balik2 muka geng yg sama 'the scarflets' tu mcm magazine ni cuba nak up or famous kn geng ni. I am not saying they are bad persons but most of the time rancangan sfiyya n magazine hijabista ni bias.

Mula2 je sy rasa magazine tu n program safiyya ni menarik lama2 semakin mengarut. Jadi sy dah tak pernah beli n tgk lg sbb sy tak dpt apa2 manfaat pn.

Monkey.D.Luffy berkata...

*baca semua komen sambil makan popcorn

Tanpa Nama berkata...

The kind of people who trying to find other people mistake, and when people does, he exploit it. There so many other people who bertelanjang, but he have to comment on these humble women who love fashion. Bro, we are just human being, if u have to point to such mistake, what to ur eyes those who doesnt wear hijab looks like? Does ur wife berpurdah, tutup atas bawah, semua cover,.and never did any mistake? Does ur daughter wear tudunf since a very small age? Dont be a negative voice to this such programme when there is so much naked programme out there u can comment on. What a.disgrace

Tanpa Nama berkata...

and you know what? rancangan S.I.S pun sama dah aku tgok. kata icon muslimah tiga perempuan tu. tapi aku tengok pakai shawl terbelit-belit mcm apa dah. mcm alien pulak. nak tutup aurat dgn sempurna atau fesyen semata-mata? si heliza pulak, masuk tv alhijarah blablabla, icon muslimah blablabla, tapi pakai contact lens? apa kebendanya? berdosa la pakai contactlens. adoyyyy. dunia akhir zaman. nauzubillahiminzalik.

Tanpa Nama berkata...

ok,kita minum dulu..........

Tanpa Nama berkata...

Siapa kata perempuan haram pakai minyak wangi? Sebenarnya perempuan boleh pakai minyak wangi ASALKAN IANYA TIDAK MENARIK PERHATIAN ORANG!!!

Tanpa Nama berkata...

Ada ke minyak wangi tak mnarik perhatian org? Fikirlh sikit bila nk berckp. JGN NAK IKUT HAWA NAFSU KAU JE!! Tpi tak adalh smpai bdn tu berbau busuk. ISLAM PENTINGKN KEBERSIHAN BUKN SIBUK NAK BERWANGI-WANGI DENGAN MAHRAM!!

Tanpa Nama berkata...

Maaf, dengn bukn mahram. Fahm-fahm je lh ya.

Tanpa Nama berkata...

Huhuu best punya description..

Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt. Serabut je tengok. Beli sekali trus pangkah. Kalau mamak xseal mag tu xde la melayang sploh hengget aku!

Unknown berkata...

Sis, bukan memakai hijab wajib.. menutup aurat tu wajib.. hijab adalah satu cara utk menutup aurat..

Unknown berkata...

Sis, bukan memakai hijab wajib.. menutup aurat tu wajib.. hijab adalah satu cara utk menutup aurat..

Cili Pedas berkata...

Kat malaysia ni memang typical mind org2 melayu yg rasa privileged sbb dia islam ialah 'kau kena convert/mengucap dulu baru kau boleh buat apa org islam buat'.. contohnya berhijab. Or belajar quran. Duhhh.. ape masalahnye kalau belajar dulu baru fikir nak commit or not? Kat US/UK ramai je yg dtg belajar agama, belajar mengaji, belajar solat, belajar puasa dulu baru mengucap. Yg amik masa 3-5 thn pun ade. Lps mengucap ilmu pun cukup utk jadi muslim, xde la terkontang kanting solat tunggang langgang n baca bismillah 10x ganti surah alfatihah. Siap boleh jadi imam, activist, wakil interreligious dialogue pulak tu. Kat malaysia ni je yg sibuk 'kau mengucap dulu, yg lain2 nnti kau belajar slow2' sbb targetnya ialah 'aku nak islamkan org' sudahnya ade yg kena tinggal terkapai2 xde org guide lps mengucap tu, pastu balik semula kat cara hidup and/or balik kat agama asal. Pilih agama ni mcm kawen jugak. Kau mesti nak kenal dulu before commit. Dlm bab kawen pun walaupun islam x kasik bercouple2 dating bagai tp islam suruh kenal dgn bakal suami/isteri dgn keluarga sekali. Agama is a far bigger commitment than kawen so xkan nak suruh nikah (mengucap) dulu, baru kenal (amalkan), kalo x suka boleh cerai (murtad).

Tanpa Nama berkata...

apa yg awak cakap tak salah
ada benarnya

tp 'on the positive side'
berhijab semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat
masyarakat semakin berminat untuk menutup aurat walaupun cara mereka salah

cuba lihat masyarakat melayu zaman dulu
lagi ramai yg tak pakai tudung
tak tutup dada
terutama sekali mak nenek kite sendiri
betul tak?

at least berhijab semakin femes dan semakin diamalkan
cara yang salah tetap harus dibetulkan
tp cara yg salah tu tak patut kita salahkan lagi dengan mengumpat dan mengata
dakwah bukan dengan menyalahkan orang yg kita nk dakwah
bab yg sikit2 tu
better kita fokus nk biar si ukhuwah, wali yg betulkan

drpd fokus benda ni
lebih baik lg kita fokus berkenaan isu murtad
isu nk sebarkan islam pada yang bukan islam
isu nk betulkan akidah mereka2 yg sesat

insyaAllah
sama2 kita mengejar redhaNya :)

Arisza berkata...

Agreed!

Arisza berkata...

Saya ok jer berbungkus 24 jam :) kecuali bila berdua dengan suami ekeke..
Daripada tak bungkus 24 jam tak kira depan siapa..lemau macam biskut yang dah terdedah..

Tanpa Nama berkata...

kita bole ajak ke arah 100% kebaikan tu
betul kata awak

dan hidayah itu milik Allah
kita bole berusaha membimbing mereka
mereka boleh berusaha mencari

tp jgn kita terlalu sibuk nk 100%
sampai lupa bab2 agama yg jauh lebih penting
seperti isu2 murtad, akidah dan umat islam yg tertindas kt luar sana

yg sikit2 tu
insyaAllah akan membaik biarpun perlahan2

bersangka baik lah
"sekurang2nya mereka menutup aurat"
walaupun salah, drpd memaki hamun di sini
lebih baik berdepan dengan empunya diri untuk menegur

jzklh :)

Tanpa Nama berkata...

jangan sampai korang yang sibuk mengata mengumpat di facebook dan seumpamanya menjadi penyebab mereka yang mula menutup aurat semakin menjauh kembali

seharusnya kita gembira dan mengajak lagi mereka ni untuk membetulkan lagi cara mereka berhijab

bukan menghentam

“Disebabkan rahmat Allah-lah engkau berlemah lembut. Sekiranya engkau berkeras hati nescaya mereka akan lari dari sekitarmu. Maafkanlah mereka dan minta ampun untuk mereka.” [Surah Ali-Imran 3:159]

Tanpa Nama berkata...

jangan sampai kita yg extremis ni menjauhkan lg mereka dari Allah gara2 kuat mengumpat dan mengata serta menghentam sekaligus menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri yg sebenarnya menganjurkan lemah lembut dalam dakwah dan bersangka baik !!!

Tanpa Nama berkata...

jangan sampai kita yg extremis ni menjauhkan lg mereka dari Allah gara2 kuat mengumpat dan mengata serta menghentam sekaligus menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri yg sebenarnya menganjurkan lemah lembut dalam dakwah dan bersangka baik !!!

betul kalau nk kejar 100% tu, tp jangan terlalu fokus sgt kat situ sampai kita lupa isu2 islam yg lg penting seperti akidah, murtad, ajaran sesat dan sebagainya

lgpun hidayah itu milik Allah, kita boleh berusaha mencari dan mengajak orang ke jalanNya

err berkata...

Anonymous said...
kita bole ajak ke arah 100% kebaikan tu
betul kata awak

dan hidayah itu milik Allah
kita bole berusaha membimbing mereka
mereka boleh berusaha mencari

tp jgn kita terlalu sibuk nk 100%
sampai lupa bab2 agama yg jauh lebih penting
seperti isu2 murtad, akidah dan umat islam yg tertindas kt luar sana

yg sikit2 tu
insyaAllah akan membaik biarpun perlahan2

bersangka baik lah
"sekurang2nya mereka menutup aurat"
walaupun salah, drpd memaki hamun di sini
lebih baik berdepan dengan empunya diri untuk menegur

jzklh :)

roslisalem berkata...

mmg semua manusia akhir zaman bukan maksum...klu salah tetap salah..cuma jgn terlebih komen hijabist lebih daripada komen yg freehair.. sblm komen hijabist..kira dulu brp byk yg dah komen freehair...jgn lak join anti hadis kata rambut bukan aurat...

Tanpa Nama berkata...

Ape kebenda ni grammar ke laut. Cakap melayu sudey. Sakit mata pulak aku baca

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah namanya wangi mestila secara tak langsung menarik perhatian orang. Apa punya reasoning la ko ni. Ada ke minyak wangi yang tak wangi? Apa daa

My Journey berkata...

Aku suke note last..heliza cute..hahaha

dR.elle berkata...

well said bro..patutla mula2 citer tu tayang aku tak berkenan...means..tajuk macam dah sedap..tapi content dia...sadis....banyak yang menyimpang....semua pon nak cari glemer dunia semata...glemer akhirat ? harap jangan dilupalah...

Sikkigoh berkata...

Tabiat semula kemanusiaan duniawi suka bergimbira(happiness) tak suka kepahitan(sufferings), suka dipuji(praise) tak suka dipersalahkan (blame), suka keuntungan (gain) tak suka kerugian (loss), suka glamour/'fame' tak suka kehinaan(disgrace).

Tanpa Nama berkata...

Rancangan TV kononnya mengajak wanita Muslim menutup aurat tetapi gagal memahami tujuan kenapa disyariatkan menutup aurat. Bertabarruj (berhias-hias) secara berlebihan dengan menggayakan fesyen atau perhiasan sudah tentu menyimpang daripada niat asal menutup aurat sedangkan menutup aurat adalah kerana perintah Allah. Perkara inilah yang disukai oleh Iblis sebab dah masuk perangkapnya (Talbis Iblis). Tipu muslihat Iblis boleh berlaku walaupun perkara baik kononnya mengikut syariat tapi hanya sekadar mengikut tuntutan nafsu dan bukannya kerana Lillahi Ta’ala.
Harap penerbit rancangan lebih menitikberatkan kesedaran berpakaian menutup aurat dalam hal ni.Tidak salah memperbetulkan kesilapan.

Bahrain berkata...

Popular semata-mata.

Tanpa Nama berkata...

Rase risau plak bila bace ni.. Betul la... ia bisness semata2.. Klo betul muslimah x yah tangkap gambar..x yah bnyk2 icon pun xpe..skrg besepah.... Kelas modeling la..kelas make up la.. Mcm2 utk menggalakkan wanita2 teruja nk jd model.. Cukupla..da bnyk kot..x perlu lagi.. Lagi satu.. Yg ketara..bkn semua dorg pilih..dorg pilih muka mix.. Skarang da trend pilih muka ala2 arab aka anak mami.. Utk apa... Xfaham.. Kadang rase pelik bkn lak makne aku benci dorg..cume aku rase x perlu kot... Muslimah..tp bg laki make upkan.. Muslimah tp baju jubah ketat..muslimah tapi pakai munjol2 tu. Ape yg islam larang banyak dorg buat. Adakah ini harus? Bila bnyk lelaki pun x tahu jaga mata. Sebelah isteri pun pandai usha. Dlm fb ape la lagi. Adakah ini perlu??? Kita pk pk kan.. Ramai sgt da yg glamor..smpai perkara ni da biasa. Bkn perkara yg best lg. Ia da jd meluat. Sekian

Tanpa Nama berkata...

Lagi satu aku nak tambah.. Bulu mata....kan haram... Cukur kening...kan haram.. Banyk yg islam larang dorg buat.. Betul la.. Salah satu hadis mengatakan.. Dlm neraka nnti ada golongan wanita yg x kan bau syurga..aku x ingat full version.. Tp dorg ni yg suke pakai munjol2 tu mcm bonggol unta.. Aku takut sebenarnya.. Aku takut ini la fitnah yg dikatakan..

Tanpa Nama berkata...

Hahaha tergelak jugak.. ye baru teringat arwah nenek saya pun balut kepala mcm tu.

Tanpa Nama berkata...

Agree

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.. kembalilah kpd fitrah. Krn yg fitrah itu dari Allah. Kita sbgai hamba Nya maka sbgai hamba wajib kita wajib mengikut perintah dan mencegah kemungkaran. Saya fhm maksud penulis. Apa2 pun kita kembali kpd Allah. Klu benda yg tak baik tak salah utk kita tegur menegur dgn cara yg baik.

Tanpa Nama berkata...

The kind of people? Please do NOT SHOW YOUR LACK OF ENGLISH PLEASE.
PS: The writer just whining about these "stylo" looking hijabsters, with hipster. Which is so BS.

Tanpa Nama berkata...

Ketahian apakah yg korang marah sgt kat mantot ni. Dh point dia bnyk yg betul, so jgn sentap sgt diiikkkkk...

Nani Badai berkata...

Cayalah mantot..moga yang jd cover page atau undangan dlm rancangan tu baca entry ni.

Izrin berkata...

Sangat setuju exactly wht I think. Tp tk berani nk ckp sbb sy blom berhijab. Nnt org kata sy sesat plak. But good point.

Tanpa Nama berkata...

sebab ni lah makin bnyk ajaran sesat ado.
dan yang join tuh orang bijak pandai.

Tanpa Nama berkata...

Isu murtad,akidah dn umat Islam yg tertindas lebih penting? Isu tidak menutup aurat dgn sempurna jg sama penting krn xmnutup aurat tu hukumnya haram.

Makanan ad halal dan haramnya. Begitu juga pakaian, ad pakaian yg halal dipakai dan haram dipakai.

Tp bila bersuara,dikatakan ekstrimis Islam. Maka nabi dan para sahabat jg ekstrimis kalau begitu. Kita hya perlu didik hati utk trims kenyataan, yg halal ttp halal(klo ckap gini org xkata ekstrimis) dan yg haram ttp haram(tp bila sbut2 psl haram org ckap ekstrimis)

Tanpa Nama berkata...

Tau knp ad Melayu susah maju? sbb ad Melayu xleh terima teguran.

Bg sy in some way, die tgh cuba slmtkn mrtbt bgsa die lah tkot kene gelak dek org sbb pakai kole air kat ats kpala.

Tanpa Nama berkata...

'These humble woman who love fashion'?

Humble woman xkn menarik perhatian org dgn brpakaian as described above I reckon.

Tanpa Nama berkata...

Knp kita perlu fokus bnda kecik2 jgk?

Krn org bukan Islam xkan kenal Islam melalui org Islam. Bnde yg kcik2 mcm ni pon xsetel.

Kita penting knp smkin ramai org murtad, tp kita lupa dia memilih agama lain krn dia xrasa lagi Islam tu indah.kabur keindahan Islam, krn org Islam sndiri xfaham,. Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Agree..

Tanpa Nama berkata...

Setuju. Menutup aurat tu wajib. Xnak pakai tudung xde hal. Tp guna lah alternatif lain utk tutup aurat tu. Guna baldi besar pun xjadi masalah asalkn buat lubang kat baldi utk tgk jalan.

Tanpa Nama berkata...

Blogger ni xcakap pn die suka org xpakai tudung kan? Anon kat atas ni punn..kurang akal tu jgn tunjuk sgt la.buat malu je.

Tanpa Nama berkata...

baik ko beli majalah autocar. ade gak kebaikan.
atau pun beli kutaib sifat solat nabi, sifat wudhu nabi, dan amalan harian seorang muslim. 3 rm10. sampai mati bleh pakai

Sharifah Baheyah berkata...

Apa yg awk luahkan 200 % setuju,

? berkata...

Again, matlamat tidak menghalalkan cara, my friend 😉