Februari 10, 2014

Pendidikan Kini Semakin Dekat Dengan Ilusi Optikal

Setahun lepas negara kita digemparkan dengan kes budak tak dibenarkan masuk ambik UPSR (tak silap aku) atas arahan guru besar sekolah dia dengan alasan budak tu kedatangannya tak mencukupi. Semalam pulak keluar berita ayah buat laporan polis anak kena rotan sebab tak siap kerja rumah, wahaha.

Benda2 camni berlaku kerana ada terjadinya dasar perubahan ke atas corak mendidik yang mengubah sistem dan mentaliti pendidik2 di Malaysia. Anak2 makin dimanjakan, diberikan protection dan "kekebalan" manakala pihak sekolah khasnya guru2 dimandulkan dengan pelbagai larangan yang agak menyekat kebebasan guru dalam mendisiplinkan anak murid.

Tak boleh sentuh, tak boleh rotan,  tak boleh cubit, tak boleh ketuk pakai pembaris, tak boleh penampar, tak boleh itu tak boleh ini...last2 cikgu jadi macam robot. Robot yang dah tak peduli apa jadi dekat anak2 murid dia sebab takut kena tindakan disiplin. Hasilnya...kau boleh tengoklah video2 couple cium mulut tepi tasik atau pegang kemaluan teman lelaki dan memasukkannya dalam mulut dekat Tasik di Bangi. Itulah hasilnya.

Yang dipersalahkan?
Cikgu.

Selain daripada perubahan tu satu lagi perubahan yang berlaku adalah sistem pentaksiran berdasarkan sekolah. Tidak ada lagi periksa besar. Semuanya bergantung kepada sekolah! Cikgu nilaikan anak murid tiap2 satu dan cikgu sendiri bagi grade sama ada anak murid dia ni cemerlang atau tidak.

Naluri manusia ni mudah aje; dia nak semua orang tengok dia cekap buat kerja. Seorang educator yang baik, dia tau dalam satu kelas, kalau ada 10% yang cemerlang, dia dah terbaiklah. Educator yang corrupt ni, dia target percentage tinggi,  dia nak A ramai, dia nak result kelas dia lah yang paling terbaik...sebab dalam kepala otak dia, makin ramai dapat A makin hebatlah dia. (benda ni berlaku dekat univerisiti2 kebanyakannya tapi dah mula menyelinap ke sekolah).

Pada orang macam ni, good class result means success in teaching.
Padahal naturally kau tak boleh expect macam tu pun.

Sebab benda macam ni akan menggalakkan kes2 yang terjadi dekat budak yang nak ambik UPSR tapi dihalang tu.

Aku tak tau apa jadi dengan dia dan pihak sekolah tapi aku ingin jelaskan dekat sini; ramai yang tak tau sebenarnya Pengetua dan Guru Besar serta pihak sekolah akan diberikan ganjaran wang ringgit JIKA keputusan pihak sekolah mencapai tahap kelulusan tertentu yang telah ditetapkan Kementerian. (tahun ni aku tak tau ada lagi ke tak) jadi ada Pengetua dan Guru Besar yang dengan sengaja menghalang anak murid supaya mereka tidak duduk dalam peperiksaan JIKA pelajar tersebut berisiko untuk menjatuhkan percentage lulus.

Faham tak apa aku tulis? Jadi apa yang berlaku sekarang ini adalah pihak sekolah sendiri berebut2 nak menjaga statistik sekolah supaya peratusan markah kelulusan mereka meningkat atau maintain on par.

Di sinilah besar kemungkinan akan berlaku marking simulation antara pihak sekolah dan jugak pihak guru sendiri. PIhak sekolah berebut nak percentage bagus dan pihak guru pulak nak kejar anugerah cemerlang, jadi marking dibuat bukan untuk mengajar....tapi untuk dapat imbuhan.

Mengajar kerana nak dapat statistik bukan mengajar untuk develop manusia itu.

AKU SURE ini akan berlaku tahun ni selepas pengenalan kepada sistem pentaksiran berdasarkan sekolah dilangsungkan kerana tidak ada cikgu yang mahu dilihat sebagai failure.

Selain daripada itu, sistem database yang perlu diisi oleh guru2 juga seolah2 menggalakkan cikgu2 ambik jalan mudah.....tah apa tah istilah dia, aku tak sure tapi setiap pelajar perlu melalui peringkat2 tertentu yang perlu diselia oleh guru week by week rasanya. Band 1, Band 2 Band 3 dan seterusnya....Apa yang cikgu2 malas ni akan buat adalah bagi aje kelulusan awal kepada semua pelajar dalam kelas dia dan lepas2 tu tak payah peduli lagi nak isi  atau tidak database tu.

Isi awal2 semua budak lulus dengan keputusan cemerlang kemudiannya berebut nak dapat anugerah cemerlang sebab result budak2 semua bagus2. Padahal, budak2 darjah, 5 darjah 6 pun kadang2 ada yang tak reti membaca lagi. Dalam bab ni, cikgu lah yang perlu belajar bertanggungjawab.

Apa yang aku harapkan adalah pada pihak pentadbiran sekolah, khasnya pihak pengetua dan guru besar, janganlah sekali2 letak tekanan kepada cikgu2 supaya simulate-kan grading diorang untuk naikkan prestasi sekolah sebab itu hanya akan create illusion our education system are doing well. Cikgu2 pulak, tolonglah fikir balik, kenapa kau jadi cikgu. Adakah untuk mendidik? Atau kau hanya pandang profesion cikgu sebagai satu kerja? Jika kau pandang profesion cikgu sebagai satu kerja yang kau perlu buat untuk dapat, tolonglah, resign dan gi buat MLM. You deserve it.

Saban hari kita tengok result periksa makin lama makin hebat. Makin ramai yang dapat A, semua A, berbelas A, berpuluh A pun ada. Tapi risau jugak sebenarnya sebab melalui apa yang aku nampak sekarang ni, kita dah jadi terlalu menekan kepada budak2. Pagi pegi sekolah, petang pegi sekolah agama, balik dah terlelap. Masa dengan family pun dah tak ada. Jumpa mak ayah pun masa makan malam aje.

Seolah2 budak2 tu dah kena ikut office hour.

36 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Exam bertulis Pmr tukar nama jadi Ppmr...tetap ada..tambah 3 yg lain; Pbs, psikometrik dan kokurikum, semua ada penilaian.....insyaAllah, kebanyakan guru adalah jujur dan ikhlas....keruntuhan akhlak murid , salahnya salah semua juga, termasuk guru, kerana guru juga manusia..huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Sedap tangan kau menulis je. Cikgu hanya ikut arahan, kau tanyalah kementerian. Lepas bagi band mesti ada bukti. Sebab tu di sek2 skrang ada bilik simpan evidence sebesar bilik darjah . Bukti2 kerja murid ni akan di audit pemantau luar. Keputusan peperiksaan bukan examiners yg bagi. Tugas examiners bagi markah ikut skema. Gred terpulang pada kementerian. Klu kementerian kata 20 markah lulus, luluslah pelajar tu. Tak caya tengok trial exam sek dgn real result std pasti jauh. Kekadang std tu pun x sangka dia lulus. Eg trial pmr 4 org je A bila resl exam jadi 14 org. Lain kali siasat dulu baru cakap. Jgn tunjukkan kebodohan diri sendiri.

Tanpa Nama berkata...

apa ko merepek nih mantot? kalau x tahu buat cara x tahu. jgn fitnah cikgu2/pengetua/guru besar

Mantot berkata...

Anon,
Mintak tolong bagi aku nama dan sekolah mana anda mengajar supaya aku boleh forwardkan isu yang anda sebutkan ni ke Kementerian Pendidikan.

Email aku ultramantot@yahoo.com.my

Tanpa Nama berkata...

cakap la apa pon pendidikan malaysia memang dah macam hampeh pon...

mana mungkin menteri yang bodoh boleh membina kementerian yang bagus

jgn tgk kat dalam malaysia jer tolong bandingkan kat luar sekali ye cikgu..

pilih sendiri antara syok sendiri atau katak bawah tempurung

kamu tak terasa ker sistem yang ada sekarang hanya menyusahkan diri sendiri dan murid murid jer?

Tanpa Nama berkata...

Mmg sistem skrang menyusahkan tapi cg blh wat apa? Ko lah yg salah tpt menyalak. Patutnya ko tanya menteri ko tu apa dia buat pada sistem pendidikan. Bongok.

Tanpa Nama berkata...

kita kena ubah sistem pendidikan leseluruhan biar seimbang dari segi smeua aspek.Kalau x kita boleh nampak mcm mana yang kau boleh tengok pada zaman sekarang

Tanpa Nama berkata...

kita kena ubah sistem pendidikan leseluruhan biar seimbang dari segi smeua aspek.Kalau x kita boleh nampak mcm mana yang kau boleh tengok pada zaman sekarang

TENGKU berkata...

Great Teacher Onizuka

Tanpa Nama berkata...

Setau aku budak makin bodoh sekarg ni wlapun result makin gempak (ikut kementerian pendidikan)

Prince of Noob berkata...

mohon menteri2 semua buat lawatan sambil belajar ke finland dan tiru sistem pendidikan kat sana.

hafyz berkata...

TENGKU, aku suka tengok cite Great Teacher Onizuka tu...

Tanpa Nama berkata...

'Mmg sistem skrang menyusahkan tapi cg blh wat apa? Ko lah yg salah tpt menyalak. Patutnya ko tanya menteri ko tu apa dia buat pada sistem pendidikan. Bongok.'

''Mmg sistem skrang menyusahkan tapi cg blh wat apa?''

""" Mmg sistem skrang menyusahkan """

tu jer aku nak ko mengaku...Bongok bukan aku suruh ko buat apa apa pon..

Tanpa Nama berkata...

Guru Jangan Ajar Sambil Lewa Di Sekolah Tetapi Serius Di Kelas Tuisyen

PULAU PINANG, 12 Sept (Bernama) -- Guru di sekolah diingatkan supaya tidak menjadikan sekolah tempat mereka mengajar secara sambil lewa sahaja tetapi serius ketika mengajar di kelas tuisyen.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar berkata, adalah menjadi satu kesalahan bagi guru yang meminta anak murid mereka menyertai kelas tuisyen bagi memahami secara serius subjek yang diajarnya di sekolah.

"Tindakan seperti ini adalah tidak beretika dan kementerian akan mengambil tindakan jika menerima sebarang aduan mengenai guru yang meminta anak murid mereka menyertai kelas tuisyen dan tidak mengajar bersungguh-sungguh di sekolah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Serantau Pendidikan Bahasa Melayu ke-2 di sini Isnin malam.

Beliau berkata kerajaan telah menyediakan sekolah untuk semua orang belajar dan guru hendaklah mengajar bersungguh-sungguh serta bersikap adil dalam memberi ilmu pelajaran.

Menurutnya kelas tuisyen sebenarnya adalah tambahan sahaja dan bukan semua murid berkemampuan untuk menyertai kelas seperti itu dan guru seharusnya mengajar semua murid dengan yang terbaik di sekolah.

"Jika terdapat guru mengajar sambil lewa di sekolah, kita meminta ibu bapa membuat aduan dengan memberikan nama guru terbabit dan kita akan ambil tindakan terhadap guru itu," katanya.



-- BERNAMA

Tanpa Nama berkata...

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pisa-kedudukan-malaysia-di-belakang-vietnam-dalam-pendidikan-mengejutkan

Tanpa Nama berkata...

http://www.sinarharian.com.my/nasional/pelajar-vietnam-lebih-ke-depan-berbanding-kita-1.233143

Tanpa Nama berkata...

haritu ade program bantah..yg dtg 50 org je kan..


mmg sistem pendidikan skarang dah mcm hape..yg jdi cikgu sebe salah..
yg jd mak bapak terlalu spoilt anak.tak boleh cuit..sikit2 saman..

cikgu2 nak lawan takut kena tindakan..jd bertagak je la..
key in dalam system pukul 3-4 pagi sebab server slow..

pakat2 bantah la...
kalau ramai2 buat, mesti ada impak..

Tanpa Nama berkata...

dah lama sangat berada dalam zon selesa....

Tanpa Nama berkata...

dah lama sangat berada dalam zon selesa....

Tanpa Nama berkata...

to anon 2..45

Apa yg mamtot tu tulis mmg ada benarnya. Aku setuju..bukn Sedap tangan mantop menulis je.

Kata kau : Lepas bagi band mesti ada bukti.
Kata aku : Apa buktinya?? Setakat kertas2 kerja tu, cikgu2 sekolah anak aku fotostat je dr buku2 latihan yg melambak kat kedai buku. Or mereka buat sendiri soalan2 evidence. Ada pontensi x cikgu2 tu buat saoalan senang2 utk bg anak murid mereka lulus band? P/s: Kalo ramai anak muris x lulus kang,prestasi tahunan cikgu tu drop lak kan?

Kata kau :Sebab tu di sek2 skrang ada bilik simpan evidence sebesar bilik darjah
Kata aku : Tipuuuuu..jgn kata bilik simpanan sebesar kelas..Utk pgetahuan kau, kat sekolah anak aku bilik simpan pun xde okeyy..!!

Kata kau : Bukti2 kerja murid ni akan di audit pemantau luar.
Kata aku : Diaudit pemantau luar?? Huh..tipu lg kot?? Tak pernah pun kerja anak2 aku diaudit..

Kata kau : Keputusan peperiksaan bukan examiners yg bagi. Tugas examiners bagi markah ikut skema. Gred terpulang pada kementerian. Klu kementerian kata 20 markah lulus, luluslah pelajar tu. Tak caya tengok trial exam sek dgn real result std pasti jauh. Kekadang std tu pun x sangka dia lulus. Eg trial pmr 4 org je A bila resl exam jadi 14 org.
Kata aku : Yg ni aku setuju..mantop pun bkn hentam cikgu rasanya. Gred dan kelulusan murid tu bkn pd tgn guru pemeriksa. pd tgn KPM dan kat sini la kelemahan KPM..

" Jgn tunjukkan kebodohan diri sendiri" <--- aku tak rasa mantop bodo sbb..apa yg dia luahkan adalah pendapat dan keresahan kebanyakkan ibubapa juga.

KPM gariskan mcm2 larangan. Mcm ikat tgn kaki guru2..tp result kemenjadian murid harus meletop. Klu murid x jd, prestasi guru akan dipersoalkan. Kerjaya guru yg akan dpt kesan..

P/s: Aku makpak budak yg bersekolah rendah dan menengah yg jd tikus putis perubahan sistem pendidikan ini. Dan aku jugak kerja di sekolah..so apa yg aku luahkan adalah apa yg aku tgk dan apa yg aku lalui

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua apa yg mantop ckp ada kebenaran. Cikgu hanya ambil sambil lewa, xde serius lagsung. Ini realiti. Sejak kebelakangan ini aku ada pergi ke sekolah anak sedara aku. akibat kegagalan diorang dalam permbelajaran. Masalah yg di hadapi oleh sekolah rendah 50% dari sekolah tersebut membaca mengira Sifir semua gagal termasuk anak sedara aku. Darjah berapa dia tue. Darjah 5 yea. Masih x pandai baca mengira mengaji kenal huruf. Selepas tahun ke 5 baru cikgu panggil ibu bapa dia kata minta anak2 mereka di tukar skolah. cari sekolah khas. Selepas 5 Tahun... Baru nak detect apa masalah student. Selepas 5 tahun sistem band di jalankan baru nak ckp.. apasal?? Takut nama sekolah jatuh???

ada anak sedara aku juga sekolah menengah tingkatan 3 & 2 matemaik tingkatan 1 masih gagl nak selesaikan. Bahasa malaysia kurang paham.. bahasa English apa ntah lagi.Biler ditanya. anak sedara aku ckp cikgu jarang masuk kelas, Aku x per caya cikgu jarang masuk kelas, aku jumpa cikgu siasat. cikgu sendiri akui staff guru tidak mengcukupi. sehinggakan cikgu yg mengajar subject lain harus ambil ganti mengajar subject bukan bidang dia. Wajarkan sistem pendidikan buat sebegini? Alasan guru2 kebanyakkan guru2 perempuan n baru2 n baru kawin. so byk lahir baby. cuti selama 60 hari.

Aku bukan nak buat cerita. tetapi ini lah aku watkan . aku sediri attend PIBG. aku sendiri mengintai diorang di sekolah dan aku sendiri amik tindakkan mengajar diorang kiler subject. Cikgu2 zaman skang nie pun aku salahkan.. X macam cikgu2 zaman dulu.. Hardcore ajar. dan parent skang nie takut anak. Aku sendiri dah tgk anak sedara aku. Mak bapak takut anak percayakan anak.. last2 bengap.

nie terjadi kat anak sedara aku, Now aku rule semua org. termasuk mak bapak dia sbb dah melihat kegagalan anak sulung nak PMR taun nie. tingkatan 2 pemikiran x mcm tingkatan 2.. yg darjar 5 x reti membaca. Itu bab education. PR antara kengkawan n sosial life pun x bergaul. nowdays, aku amik diorang ajar diorang pelajaran ajar dia how to communicate ngan org lain, gain knowledge n experience

Sekolah mengajar student how to be a human being. not to be rubish.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Dahlah paksa aku ambik sains tulen.Pastu keputusan aku teruk kena marah2 pulak dgan cikgu.Dah tentu aku lemah subjek sains dari aku Form 1 lagi.Pastu bila aku nak tanya balik apa yang aku tak faham suruh cari sendiri.Ok,aku terima sebab mungkin nak suruh aku berusaha cari jawapan sendiri.Cikgu,saya mohon jangan buat saya benci nak belajar subjek yang saya tak minat.Aku rasa down gila nak blajar sekarang ni.Dulu aku semangat gila nak belajar tapi sekarang tak hampeh.Budak klas aku ada yang malas nak datang sekolah sebab diorang pun tak tahan nak pergi sekolah.Padahal dulu kelas aku kehadiran selalu penuh je.Sebab kelas Sains so kitaorang kenalah dapat Straight A.WTF?Dan marah kitaorang bila peratus jatuh sebab takut malu.Aku rasa macam belajar sebab nak kena dapat keputusan cemerlang pastu boleh dapat kerja yang baik dan gaji yang besar.Tapi aku rasa lifeless gila.Kau tak dapat buat apa yang kau suka.Kau teringin nak belajar benda yang kau minat pastu kembangkan lagi apa yang kau minat tu.Tapi tak dapat.Aku sakit hati dan marah.Tapi aku kena bertahan sebab tahun ni aku SPM.Kalau aku tak dapat result cemerlang apa akan jadi dgan aku nanti.Lagipun cikgu2 ni meletak harapan tinggi kat aku.Frust!Ingat aku ni pandai ke?!Dan aku paling menyampah kalau cikgu2 ni langsung tak nak membantu budak2 Sastera.Dah lah tak mahu mengajar budak tu betul.Dibiarkan lagi budak2 tu macam tak ada arah tuju.Pastu compare kan kelas Sains dgan Sastera.Aku tahu mmang berbeza.Tapi aku kesian tgok kawan aku dari kelas Sastera.Diaorang sebenarnya nak sangat cikgu ambik berat pasal dieorang.Dipuji macam yg budak Sains selalu dapat.Aku benci dengan perbezaan klas dengan kedudukan.
Maafkan aku kalau ada cikgu2 yg tak suka denagan apa yang aku tulis.Aku mintak maaf sangat .Tak semua cikgu macamtu.Aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa.Sekolah dah tak dapat lahirkan lagi ramai pelajar yang berkualiti.

HaloCar Admin berkata...

zaman aku belajar dulu penah je kena lempang baek punya sampai pekak seminggu...elok je membesar sampai skang...takde la plak nak cerita kat mak bapak...cumanya kalau aku jumpa balik cikgu tu,aku pasti akan lempang balik la..tu aje

Tanpa Nama berkata...

tot..tahniah buat entry ni..bukak mata aku yg reader ko bukan je dr kalangan org bekerja..tpi budak skolah pon ada..
sampai sesi luahan hati ..
kesian aku nengok..


kementerian pendidikan sucks

Tanpa Nama berkata...

Kbnykkan sekolah.. Cikgu menjadi admin jugee.. Pagi petang sturuggle.. Krmurungan berlaku sebb kepenatan.. Kesiaan.. Aku berada di skolah hari2 pon terasa walau seorang tukang kebun...

Tanpa Nama berkata...

mana mamat yang ckp orang menyalak dan bongok hari tu, senyap jer...ker dia masih blur lagi siann....

Tanpa Nama berkata...

dulu nak sangat tukar sistem pendidikan malaysia yang based on examination semata. dah tukar.
ini pulak.
penatlah.
aku cikgu.
apa kau nak sebenarnya mantot?
apa tangan kau ppernah lakukan untuk ini.hanya menulis semata kah?

aku doa anak-anak kau baik2 sahaja.

Cikgu Abah berkata...

saya juga seorang guru...
saya agak kecewa dengan penulisan saudara kerana saudari harus selami dulu kehidupan seorang guru sebelum menulis artikel seperti ini...
walau apa pon saya anggap ini adalah salah satu pandangan masyarakat terhadap kerjaya guru..

Cikgu Abah berkata...

disini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara/saudari yang menyatakan anak saudaranya dikesan bermasalah pada tahun 5..

saya tidak memihak pada sesiapa..apatah lagi saya tidak mengetahui keadaan di sekolah itu..

cuma sekadar pandangan saya..kemenjadian anak-anak bukannya 100% bergantung kepada pihak sekolah/guru-guru sahaja...

saya rasa ibu bapa juga sedikit sebanyak perlu aktif...saya tidak mahu berikan contoh yang saya tidak tahu...ibu bapa saya seorang yang tidak berpelajaran...namun sejak dari kecil beliau akan kesekolah bertanyakan perkembangan pelajaran kami adek-beradek...tidak hanya hadir apabila dipanggil..ini yang dinamakan tanggungjawab dan keprihatinan..

Tanpa Nama berkata...

masa zaman aku ramai cikgu yang teruk- teruk dari yang bagus, malas mengajar rajin menampar...nak angkat tangan tanya pon takut, garang macam jeneral perang, murid bukan takat susah nak belajar, lagi suka kalau cikgu tu MC sakit perut aman skit kepala otak... sudahnya keputusan teruk...ambil jalan mudah cakap murid yang malas belajar.

sekarang mungkin dah lain kot...lebih lebih lagi kerajaan dah tunjukan who the bos!

jadi sekarang fair lah cikgu kena anak murid pon kena

yang kena bayar yuran pakai duit syiling lagi ada siapa siapa nak ulas, ianya bekisar dalam kerangka kehidupan kecikguaan apa tak rasa apa apa ker...jangan terasa hati ek sedara sepupu sepapat aku ramai yang cikgu dan aku tau dorang bukanya power rangers....


Tanpa Nama berkata...

housemate aku cikgu..aku nengok dia kesian...tak macam cikgu zmn aku blajo dulu yg boleh balik satu van ngan aku....

aku x slhkan cikgu...aku slhkan system..

system pendidikan yang hanya nak best result tp tiada qualitt..by right..cikgu hanya ikut perintah..soal dia ikhlas ngajar sepenuh hati atau tak tu urusan dia dengan Allah.

Tanpa Nama berkata...

masa aku sekolah dulu ada gak aa cikgu yang compare2 ngan budak sains tulen. aku budak teknikal. masa form3, bila dah ramai sangat 8a, cikgu letak budak2 7a ke bawah masuk kelas teknikal. pastu masa form4 form5 compare2 pulak.

paling aku tak suka cikgu pempuan yang suka melayan budak laki.

tapi ada jugak cikgu yang bagus. bagi semangat, ajar kami jadi manusia. tapi tak ramai cikgu camtu. sapa dapat cikgu camtu beruntung.

Cili Pedas berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Si teNang berkata...

saya jadi guru ganti kat sekolah rendah..mula awal tahun aritu..ganti cikgu cuti tanpa gaji untuk 3 bulan..
emm..saya memang tak paham ngan sistem PBS ni..kat sekolah tu ada buku latihan PBS..so bagi budak2 buat latihan tu..kata cikgu senior, bincang jawapan dengan dorang, baru tak banyak kali kerja nak tunggu dia buat betul semua...the thing is, kalau buat macam tu...budak2 hanya akan salin or tiru jawapan dan dia sebenarnye tak paham pon ape benda...macam mana kita boleh bagi benda tu sebagai evidens yang budak tu dah menguasai sedangkan dia sekadar tiru jawapan..
saya buat ikut suka saya..haha..tak bagi dorang tiru, n suruh buat sendiri...tapi saya akan guide untuk awal2 soalan dan mereka selesaikan sendiri..mungkin macam leceh sebab semua nak tanya soalan. tapi buat macam tu, lebih puas hati sebab in the end, dia dapat la jugakkk walau sikit pon ape yg diajar..daripada 'tunggu jawapan turun dari langit'..

dan masalah utama...budak2 ni super bising dan tak dengar cakap...tak boleh duduk diam...mesti nak usik kawan...mesti nak berjalan...macammana nak bagi PnP berjalan lancar?????

Tanpa Nama berkata...

Kes student sains dgn student sastera kena banding2kan tu mmg selalu sgt. time aku blaja dulu pun mcm tu. sian gila kat kawan2 aku kelas sastera. Cikgu dia acuh x acuh je nak mengajar. Kesian2. tp cikgu dulu best2. denda hardcore mcm mana pun, ada bg suntikan moral, nasihat berguna. igt sampai sekarang, thus, semua kengkawan aku alhamdulillah, jadi manusialah senang citer.

Tanpa Nama berkata...

Mmg nmpk sgt beza nya...aq ni yg sulung and thatt mean aq la yg awal abis sekolah...tpi dlu aq skolah still bleh spent mse dgn family n adk2 aq..tpi sekarng nak blik rumah nk jumpa adik pun pyah...bkn ckgu je busy..tpi bdak pun sama...pagi sekolah,petang kafa,nk senja main bola,malam tuisyen...mmg gila aq rase..blum bab buku lagi..