Januari 30, 2014

7 Stigma Melayu Mengenai Orang Cina Yang Boleh Kita Perbaiki

1. Semua orang Cina kaya

Ni satu2 nya punca paling besar orang Melayu marah atau jaki sangat dengan orang Cina, sebab ramai2 pakat assume Cina = Kaya. Mana ada! Kau nak tau kenapa diorang nampak kaya dan mampu berbelanja? Orang Melayu naik gaji, dapat increment, terus plan nak tukar kereta yang masih elok. Cina dapat pertambahan pendapatan dia simpan. Cikgu kimia aku dulu, tiap2 hari pegi sekolah naik van yang tak ubah macam van penjual sayur dekat pasar. Ada dia kisah orang kutuk? Tak ada. Tapi orang Melayu pentingkan benar penampilan diri ni, kita suka kalau orang lain tau kita mampu. Kita naik gred 44 dah terus simpan azam nak tukar kereta baru! Ni penyakit Melayu

2. Semua Cina bawak kereta macam lanciao!

Ye lah. Semua Cina bawak kereta macam haram. Semua Melayu bawak kereta lemah lembut, sopan santun. Yang potong queue? Cina. Yang suka high beam2 orang? Cina. Yang bawak elok sambil berwirid dan berzikir dalam kereta lalu langsung tidak pernah menunjukkan sikap kurang sopan atas jalan adalah orang Melayu. Memang betul. Semua Melayu bawak kereta sopan santun. Aku tak pernah jumpa lagi pemandu Melayu yang bawak kereta macam anak haram. Mat rempit tu pun kebanyakannya Cina, kan?

3. Matlamat Hidup Orang Cina Adalah Menjatuhkan Melayu

Kenapa kita rasa camni? Aku tanya kau jelas kenapa kita rasa camni? Kau boleh bagi jawapan? Ini sebenarnya natural instinct tiap2 orang. Tapi orang Melayu ambik benda ni sebagai satu masalah personal kerana kita ada sejarah 13 Mei 1969. Aku pun tak hidup lagi time tu jadi kenapa aku perlu judge orang Cina menggunakan pandangan2 yang aku sendiri tak sure macam mana kesahihannya.

Ni sama lah macam kau kata semua orang Cina yang baru lahir semalam matlamatnya adalah menjatuhkan orang Melayu. Orang boleh berubah. Manusia berubah. Orang Cina bukan semuanya buruk2 belaka. Ada yang buruk tapi lebih ramai yang baik. Manusia bang! Asal manusia semuanya baik!

4. Semua Cina gangster!

Ni aku rasa ramai yang ambik benda ni secara sah. Semua Cina ada protection kongsi gelap. Semua orang Cina ahli kongsi gelap. Mana ada! Apa kau ingat semua Cina ni nak join gangster sebab nak buat duit? Cubalah bukak mata sekeliling kau, ramai gila orang Cina yang kais pagi makan pagi. Yang hidupnya kerja 9-5 sama macam orang lain.

Mungkin sebab kau tak bergaul dengan ramai Cina, tapi sebenarnya ramai orang Cina yang normal ni mengalami masalah yang sama yang kau dan aku hadapi. Kita takut dengan ancaman keselamatan diri sendiri dan keluarga yang sama-sama kita tengah hadapi sekarang....apa yang orang Melayu lalui, sebenarnya kalau kau tak tau lagilah...turut dirasai oleh diorang. Dah satu negara....takkanlah tak rasa.

5. Semua Cina Bersatu Untuk Satu Matlamat

Kita selalu dijual pepatah "orang Cina boleh bergaduh dalam bab politik tapi bila bab bangsa mereka cukup bersatu." Cuba kita lihat balik sejarah China sendiri dan betapa teruknya pergaduhan sesama diorang dan benda yang sama juga berlaku di negara kita satu masa dulu bila mana dua puak Cina bertelagah dan menghuru-harakan negara. Itu pergaduhan sesama bangsa yang berlandaskan politik perkauman internally.

Kau cuba tanya diri sendiri, bolehkah Melayu bersatu, punya satu pandangan yang sama, punya cara kerja yang serupa? Jawapannya mudah, benda tu mustahil! TAK LOGIK! Adakah Mahathir bersetuju 100% apa yang Najib buat? Kenapa sekarang ni banyak penulis2 pro Mahathir mula attack Najib secara terbuka?

Kita boleh ada visi yang sama tapi cara kita achieve benda tu mesti berbeza. Dekat office pun kau boleh tengok sendiri manager2 kau punya cara kerja, matlamat dia nak manage pejabat, tapi cara dia kerja mungkin kau suka atau kau benci. Ini naluri kita. Kita takkan bersatu. Kita takkan punyai pandangan yang sama! Orang Cina pun sama! Ada Cina ala kapitalis, ada Cina ala sosialis, ada jugak Cina pemikiran Komunis.

6. Cina cekik darah Melayu Bila Part Meniaga

Ni trauma paling besar masyarakat Melayu. Aku tanya kau sendiri lah, kalau kau meniaga dan kau jual barang dengan orang Melayu Islam, kau ada terasa lembut hati sikit tak nak bagi dia diskaun lebih sikit? Ada kan.

Habis tu kenapa kau marah kalau Cina buat benda yang sama sesama diorang? Pada aku benda ni tak ada masalah, sebab.....semua orang akan buat macam tu. Aku nak selit sekali bab Melayu cekik darah duit kerajaan bila rebut tender, tapi tu bab lain lah sebab topik tu, sangat menarik untuk diulas lebih lanjut.

Melayu cekik Melayu boleh, apa salahnya Cina cekik darah Melayu? Kau cekik lah balik dia kalau dia beli barang kau. Willing buyer willing seller. Dalam bisnes, pelanggan yang tak tau apa dia nak beli adalah pelanggan yang layak dicekik. Jadi, study dulu sebelum beli. Lagipun, kenapa kau ingat Cina tak cekik darah Cina lain bila diorang melakukan urusan jual beli?

7. Cina, mesti kurang ajar dan tak ada adab...

Berita paling gembira orang Melayu suka dengar adalah kalau ada orang Cina masuk Islam. Serta-merta semua pandangan orang Melayu terhadap Cina itu berubah menjadi sangat positif. Semua benda buruk dan stigma diorang dekat orang Cina hilang. Lihat sendiri bagaimana seorang Cina yang dulunya model seksi kini sudah berani bertudung, dipaparkan dalam TV-Al Hijrah dah beberapa kali untuk jadi inspirasi kepada semua orang.

Orang Melayu adalah masyarakat yang confuse. Kita perlukan sesuatu yang dapat kita relate sebelum kita dapat accept seseorang itu sebahagian dari kita. Dalam hal model tersebut, dia cuba menerima  identiti Islam membuatkan kita menerima dia dengan tangan terbuka. Tapi pokok pangkalnya, dia masih lagi Cina, kan?

Orang Melayu kena belajar yang agama dan bangsa tak mencerminkan identiti. Orang itu adalah seorang yang kita perlu lihat sebagai satu individu yang berdiri sendiri. Bangsa dan agama tak menjamin akhlak seseorang. Ramai aje orang Melayu lingkup, bergaduh aje negara Islam sekarang ni. Kita perlu belajar terima orang yang baik bukan semestinya datang dari bangsa Melayu dan beragama Islam.

Kalau kita terus kekal dengan mentaliti 13 Mei 1969 ni, sampai bila2 la Malaysia akan terus kekal dengan racial tensionnya. Nak tengok betapa kalutnya pemikiran Melayu...bila kes Cikgu pakai tudung kat sekolah Cina, ulasan dalam televisyen menyebut "ini boleh jadi isu perkauman."

Padahal...cikgu tu Cina! Itu ayat stesyen TV. Skrip itu ditulis oleh seorang yang sepatutnya peka dengan benda2 pemahaman camtu. Dia seorang professional!

8. Cina semua suka makan babi

Melayu pula semua suka drama cinta-cintun....betul ke sangkaan aku tu?

.............

Kalau tak ada bangsa lain kat Malaysia ni, berapa hari sangat la kita dapat cuti umum?

Satu benda yang kau boleh fikirkan ; Cina ada sambutan bangsa diorang. India ada sambutan bangsa diorang. Kenapa Melayu tak ada perayaan yang berasaskan bangsa?

Gong Xi Fa Cai!

Januari 29, 2014

Adakah Anwar Bakal Merosakkan Legasi Reformasinya?


1. Apa yang Anwar cuba buat sekarang ni? Entahlah.

2. Aku paling takut kalau Anwar Ibrahim pilih side dan cuba membuatkan anak buah dia Azmin Ali memegang kuasa.

3. Aku tak tau kenapa...dari dulu aku tak berapa gemar dengan Azmin Ali. Dia....nampak bukannya berjiwa rakyat. Tapi tu pandangan aku aje la bila tengok dia berucap depan mata. Aku bukan kenal dia pun personally.

4. Dari semua kawan aku yang kerja jaga pentadbiran Kerajaan Pusat dan Negeri, semua sebut satu benda yang sangat konsisten, tak kiralah dia aliran BN atau Pakatan, "Tan Sri Khalid Ibrahim sangat professional."

5. Orang UMNO selalu kutuk dia gagap lah, lemau lah, slow lah, tapi cuba tengok balik siapa yang Mahathir yang dipuja2 mintak tolong masa kita nak ambik balik aset negara dari London dulu. Takkanlah sebab dia politician Pakatan sekarang kau lupakan terus jasa2 dia dekat negara?

6. Aku bukan ahli PAS tapi aku ada tergerak nak jadi ahli PAS seumur hidup cuma sampai sekarang aku tak sempat lagi nak gi hantar borang dekat pejabat PAS.

7. Aku cukup suka bila dengar PAS akan boikot PRK Kajang ni. Ni PRK yang tak perlu. Ini percaturan kuasa yang melanggar semangat demokrasi pilihan rakyat.

8. Apa yang Anwar cuba buat adalah dia terlalu konfiden orang ramai akan undi dia balik sebab dia percaya pengundi Kajang akan pilih apa sahaja, asalkan bukan calon BN.

9. Kalau aku jadi pengundi Kajang, apa yang aku akan buat, adalah ajar Anwar dan pengikut dia.

10. Jangan bagi dia menang. Kenapa?

11. Sebab dari awal lagi Anwar dah pesan dekat BN, "kalau boleh janganla BN bertanding. Nanti menghabiskan duit rakyat dan perbelanjaan meningkat."

12. Untuk seorang yang mulutnya selalu memperjuangkan prinsip keadilan dan keharmonian, apa kata Abang Anwar kita tolong diam dan biarkan pengundi Kajang pilih sendiri. Siapa keluarkan arahan suruh bekas ADUN letak jawatan? Tolong jelaskan? Takkan dia volunteer kot kan?

13. Jika pilihanraya berlangsung, pengundi berhak menilai semua calon yang ada dan memilih calon yang mereka rasakan layak.

14. Jika Anwar menggesa tidak ada pencabar, mana dia hilangnya tiba-tiba semangat demokrasi yang selalu dilaungkan Pakatan?  Biarlah rakyat memilih. Yang kau pegi join berarak Bersih hari tu kenapa kalau time ni kau sendiri tak nak demokrasi berlaku secara telus.

15. Adakah Anwar takut dia tersalah atur?

16. Rakyat Malaysia selama ini apabila berfikir pasal politik, mereka akan pilih satu side dan terus kekal dengan perjuangan itu. Jika dia UMNO, dia akan percaya apa saja yang UMNO buat contohnya.

17. Politik sedemikian sebenarnya agak mundur kerana tidak melahirkan masyarakat yang kritis.

18. Dan di sinilah silapnya Anwar Ibrahim. Ramai orang sekarang ni dah tak pegang politik sedemikian rupa. Sekarang ni apa yang dinilai adalah prinsip. The right principles. Bukannya party principles lagi.

19. Jika Anwar merasakan orang akan undi dia hanya kerana dia Anwar Ibrahim dan menggunakan kebencian orang terhadap BN, Anwar Ibrahim is riding the wrong wave lah. Apatah lagi dekat kawasan Kajang di mana penduduk Cina ramai dan memang aku akui, political maturity orang Cina jauh mendahului orang Melayu.

20. Jika aku pengundi Kajang, aku akan pilih bukan Anwar dan sah-sah la aku takkan pilih Barisan Nasional.

21. Ini adalah masa paling sesuai untuk jadi calon Bebas yang mempunyai chances paling tinggi untuk menang.

22. Jika ada di antara anda yang opportunist, sila bertanding di Kajang menentang Anwar Ibrahim. Ada kemungkinan yang cukup tinggi anda boleh menang kerana Anwar Ibrahim.

23. Jika pemimpin PAS bijak, letak calon anda. Besarkan lagi majoriti dalam Selangor. Tutup mulut orang2 yang terlalu bercita-cita besar ni.

24. Politik ni memang boleh diatur dan dirancang tapi keputusan masih lagi atas tangan kita. Sampai bila nak biar politician pergunakan kita untuk kepentingan diorang, kan orang Kajang?

Januari 28, 2014

Masalah Anak-Anak Akhir Zaman

Penyanyi dan pelakon popular Ziana Zain, 46 mendedahkan anak sulungnya Muhammad Aiman, 14, yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor ada memintanya memakai hijab serta menutup aurat.

Jelas Ziana, Aiman malah turut berpesan kepadanya jika mahu melawatnya di asrama atau sekolah, dia perlu memakai hijab sebagai tanda menghormati status sekolah anaknya itu.

“Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; “bila Mama nak pakai tudung’? Terkejut juga apabila dia suarakan perkara itu. Tapi, saya jelaskan kepadanya, jika saya mengambil keputusan untuk bertudung, biarlah ia datang dari hati dan ikhlas. Bukan kerana terpaksa. Jadi dia faham. Namun sempat juga ingatkan yang kita tidak tahu tentang tarikh kematian kita.

Pesan Aiman lagi, kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana,” kongsi Ziana perihal anak sulungnya itu.

Dalam masa yang sama, Ziana juga turut berkongsi tentang pengalamannya beberapa kali berada di sekolah anaknya. Jelasnya, ramai juga rakan-rakan anaknya yang seronok bertemu dengannya.

Januari 22, 2014

Menteri-Menteri Sendiri Terpaksa Cari Duit Lebih Dengan Menjadi Duta Produk

1. Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini mendakwa isu kenaikan tambang bas sekolah juga berpunca daripada kesanggupan ibu bapa membayar kadar baharu tersebut.

2. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) itu berkata, tidak timbul isu kedegilan pengendali bas sekolah yang tetap ingin menaikkan kadar tambang sebanyak 40%, kerana akhirnya ibu bapa terpaksa akur apabila tiada alternatif lain untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Beliau berkata, Spad membuka talian bebas tol untuk ibu bapa membuat laporan, agar tindakan dapat diambil.

3. "Kadar kenaikan ini tidak akan berlaku kalau tidak kerana ibu bapa yang sanggup membayar, dan selama ini pun yang kedengaran hanya rungutan namun tidak ada tampil membuat laporan," katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan program kempen kesedaran dan pematuhan Spad ICOP di Stesyen Bandar Tasik Selatan.

4. Sebelum ini Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) tetap akan menaikkan surcaj tambang bas sekolah bermula Januari ini sebanyak 40%, walaupun Spad masih tidak membuat keputusan tentang tambang baru bas sekolah.

5. Presiden PPBSM Amali Munif Rahmat berkata, kenaikan itu merupakan satu keperluan setelah kerajaan mengumumkan kenaikan harga diesel sebanyak 20 sen pada September. Oleh kerana tiada ibu bapa yang tampil membuat laporan, beliau berkata Spad tidak dapat mengambil tindakan terhadap pemilik bas sekolah yang menaikkan kadar tambang.

6. Katanya, keadaan pasti bertambah sukar bagi ibu bapa sekiranya Spad bertindak menggantung lesen bas sekolah.

7. Kalau kita ambil tindakan batalkan lesen pengusaha bas sekolah jadi bagaimana budak hendak pergi sekolah? " soalnya.

8. Salah satu cadangan yang mungkin dikemukakan adalah penggunaan iklan bergerak sebagai pendapatan lebih bagi pengusaha bas, supaya mereka tidak menaikkan tambang bas sekolah, katanya.

..............

Ucapan itu aku ambil dan aku pecahkan satu2 mengikut turutan supaya kau nampak bagaimana bercelarunya pemikiran Pengerusi SPAD kita ni.

a. SPAD suruh orang buat aduan
b. SPAD sendiri mengaku "rasa bersalah" nak buat apa tindakan
c. Kalau SPAD ambik tindakan menggantung lesen pengusaha.....
d. SPAD boleh tanya balik "macam mana anak2 kau nanti nak pegi sekolah?"

Apa kejadahnya kau berhujah dengan diri sendiri wahai Menteri? Kau nak mak bapak buat aduan atau tidak? Kalau mak bapak buat aduan kau nak ambik tindakan atau tidak? Apa ini wahai Menteri ku? Aku cukup tak memahami apa yang cuba disampaikan ni. Kau suruh orang buat aduan dekat SPAD pasal pemandu bas yang menaikkan harga, suruh call hotline.

Tolong sediakan hotline rakyat nak buat laporan pasal Kerajaan....apa kerajaan nak buat? Dah tau minoriti aje penyokong dia, takde nampak pun titik2 perubahan?

Sebagai kerajaan cubalah kira sendiri...kita cuba ambik pengusaha bas kecil-kecilan yang hanya ada satu bas dan driver dia pun, tauke dia. Satu bas boleh muat berapa orang. 30? 40? Minyak total satu hari berapa? Kalau satu bas bawak 30 orang dan tiap2 orang dikenakan caj RM60, satu bulan bas tu hanya mampu collect RM1800. Sekolah dua sesi dapatlah RM3600.

Berapa kos minyak? Tak tolak lagi. Berapa kos tenaga pemandu? Tak tolak lagi. Berapa kos pembantu driver? Mana tolak lagi. Maintenance? Kalau ada budak berak dalam bas? Road tax? PUSPAKOM inspection? Berapa belanja masa?

Akhirnya apa yang pengusaha bas akan buat adalah sumbat bas tu sehabis boleh, sehinggakan macam sardin budak2 dalam tu. Kau boleh tengok la macam mana situasi ni berlaku di mana2. Budak2 sampai terkeluar kepala dari tingkap sebab van disumbat selagi mampu...

....................

Jadi aku usulkan hujah membalas pandangan orang kuat kita ni.

1. Pengusaha bas sumbat budak2 dalam bas macam sardin.

2. Itu berlaku kerana untuk sustain perniagaan, itu perlu dilakukan untuk tampung kos perbelanjaan yang tinggi.

3. Terjadinya eksiden, ada budak meninggal.

4. Kerajaan dan masyarakat mula blame pengusaha bas sekolah.

5. Pengusaha bas sekolah tanya balik "aku kena buat camtu sebab kalau tak sumbat budak, bisnes aku tak jalan. Bila bisnes aku tak jalan, siapa nak hantar anak2 kau gi sekolah? Apasal kau tak hantar sendiri? Kenapa tak bagi aje budak2 sekolah naik pengangkutan awam?"

6. Kau sebagai wakil Kerajaan, kau nak jawab apa? Takkanlah semua benda kau nak jadikan iklan? Tak cukup lagi ke iklan dalam hidup kita?

7. Adakah pengeluar2 kangkung dan teh tarik sebenarnya telah membayar kerajaan supaya mempromosikan produk diorang dan pihak Menteri ni sebenarnya telah dilantik menjadi Duta Rasmi produk tempatan?

8. Apa kata ucapan Tahun Baru Cina PM Najib kita nanti dimulakan dengan "perutusan Tahun Baru Cina PM Malaysia ini ditaja oleh..."

9. Ada beberapa yang pada aku better untuk sekat kenaikan ni sebab memang betul nak tak nak mak bapak akan terpaksa bayar jugak, tapi kalau menteri yang sebut, macam haram jadah rasanya kan?

10. Cadangan : Wujudkan tender supaya pihak sekolah buat MOU dengan pengusaha bas. Libatkan sekali pihak sekolah dalam hal bas sekolah ni. Pengusaha akan ada customer tetap dan sekolah boleh pantau kualiti bas sekolah yang ada.

11. Cadangan : Jika Persatuan Pengusaha bas masih berdegil, Kerajaan melalui SPAD sendiri membuat satu syarikat bas sekolah ala2 LLN dan Pos Malaysia zaman dulu kala dan driver2 yang ada dilantik sendiri melalui penjawat awam dan kerja penyelenggaraan ditanggung oleh SPAD melalui wang cukai. Maksud aku jadikan perkhidmatan bas sekolah sebagai satu bentuk perkhidmatan ala2 macam MyEG sekarang ini. Boleh refer macam mana Kerajaan British publickan public transport diorang. Bolot? Kroni? Monopoli? Jika kerajaan mampu membuat sistem yang dapat dikawal mereka, apa salahnya? Orang bayar cukai pun rasa puas hati sebab nampak apa yang kerajaan buat. Ini balik2 penswastaan...lepas tu kerajaan kena tolong support bisnes sebab tak mampu nak sustain..

12. Cadangan : Pengusaha bas sekolah diberikan rebate atau voucher untuk penyelenggaraan kenderaan. Ini sangat membantu dalam memastikan mutu bas terpelihara.

13. Cadangan : Skim baucar tayar 1Malaysia perlu diperluaskan kepada syarikat bas sekolah juga.

14. Cadangan : Kita kasi turun kerajaan sebab nampak jelas kerajaan sekarang dah takde grip langsung pasal ekonomi sebab kerajaan sekarang tak ada jalan langsung nak control cost of living. Alih2 bagi contoh kangkung, gula dalam teh tarik dan hari ni, iklan dekat bas.

15. Teruk benar mismanagement ekonomi kita ni sampaikan bas sekolah pun dah dicadangkan supaya jadi papan iklan, kan? Simbol childhood kita pun dah nak dikomersialkan.

16. Tu kereta Proton Perdana baru tu, apa kata kita kasi taruk iklan macam teksi. Menteri nak naik?

Januari 21, 2014

Kajian Terperinci Akan Dilakukan Untuk Menentukan Harga Sebutir Kacang Rebus dan Tidak Puas Hati Dengan Vitagen

Earlier in his speech, Najib also said he has instructed the Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs to determine how much sugar is used in an average glass of teh tarik, a popular milk tea drink.

According to him, Putrajaya will then calculate a reasonable price for a glass of the drink favoured by Malaysians, which the public could use as a guideline to compare with prices at restaurants.


............

Translation : Dalam awalan ucapannya, Najib juga mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna menentukan jumlah sukatan gula yang diperlukan dalam segelas teh tarik, sejenis minuman popular.

Menurut beliau, Putrajaya kemudiannya akan melakukan perkiraan untuk menentukan harga yang sesuai untuk segelas minuman kegemaran rakyat Malaysia, kemudiannya boleh dijadikan kayu ukur perbandingan harga dengan harga di restoran.

..........

Kalau kau tak percaya ini adalah kerja Kerajaan kita, kau boleh baca artikel penuh di sini. Kerajaan kita memang betul2 concentrate dan fokus effort diorang dalam membantu rakyat tau...diorang lah kerajaan paling caring dalam dunia malahan kasih sayang mak abah kau tak sama macam kasih sayang Kerajaan BN ni dekat kau, so...tolonglah bersyukur wahai Melayu.

Memang Kementerian kita ni agaknya terlalu canggih sistem diorang sehinggakan boleh melakukan perkiraan gula dalam teh tarik ni. Sebab aku seorang rakyat yang baik dan cuba berbakti untuk negara, aku juga berharap agar KPDNKK juga turut sama melakukan kajian terperinci ke atas harga barangan yang aku paparkan di bawah.



GILA KAU LESS SUGAR LEBIH HARGA, PADAHAL LESS SUGAR LA HARGA MURAH, KAN?

Adakah kenaikan harga Vitagen berlaku kerana ;

1. Gula sudah dikurangkan jadi laktobasilus perlu ditambah?
2. Packaging berbunga memerlukan kenaikan perbelanjaan?
3. Packaging bersalut emas memastikan produk premium?

Aku harap Kementerian kita dapat menjawab pertanyaan aku ni sebab aku pelik trend kat Malaysia, makanan yang sihat akan dijual lebih mahal berbanding makanan yang kurang sihat. Kat mana2 kau pegi pun sama.

Walau bagaimanapun, dalam hal lain, aku cukup pelik pasal minuman susu kultur ni. Kita tau manusia adalah ciptaan sempurna yang dah tak payah nak modify apa2 lagi dah. Tapi kenapa aku disyorkan minum vitagen untuk membantu proses penghadaman? Dari sekolah dulu lagi Vitagen dan Milo dipromote habis2 an sebagai "supplement" kepada badan. Kenapa aku merasakan semua itu bullshit aje semata2? Placebo aje kot semua ni.

Sejak bila pulak kita disyorkan minum kuman sedangkan kuman tersebut tak perlu pun kan? Kita dah ada ada air liur dan kita dah ada chemical reaction dalam perut. Mintak tolong kerajaan jelaskan kenapa vitagen dibenarkan masuk ke sekolah2 untuk dijual kepada budak2 sekolah.

Masa aku dulu kitorang siap isi borang beli vitagen, listkan nak beli perasa apa. Sekarang ni aku tak tau la ada lagi ke tak kempen tu. Mungkin dah tak perlu kot buat camtu sebab semua orang dah terima "minum vitagen = menjaga kesihatan."

Januari 20, 2014

Berjuta Tak Makan Tengahari Kalau Pendatang Asing Tak Tolong Masak Kangkung Goreng Belacan Kau

Hari ni aku gi makan kat Terminal Bas Cyberjaya, aku tengok banyak kedai tutup. Lauk2 pun dah tak ada. Nak makan pun susah. Aku boleh pilih nak gi makan tempat lain tapi memandangkan situ adalah tempat makan paling murah dekat Cyberjaya dengan harga air masih lagi berada dalam lingkungan munasabah, aku tibai aje lah apa ada situ.

Nampak ramai orang jual sotong kangkung. Terdengar juga beberapa pelanggan tengah makan, telefon berdering dengan nada dering "Lagu Kangkung."

Aku pun tinjau aje la beberapa kedai yang ada jual makanan situ. Kedai aku selalu makan, tutup, kedai nasik campur sebelah dia, tutup. Dua lagi kedai nasik campur dah tinggal kuah aje. Nasib baik ada ayam masak lemak cili api...aku pun ambik la seketul, makan dengan nasik putih.

"Kak, apasal ramai tutup ni?" tanya aku dekat acik tu sebab aku selalu jugak la borak dengan dia masa dia mula2 bukak kedai dulu.

"Ada spotcheck PATI.." jawab dia. "Esok lagi teruk kot sebab esok tak ada langsung pekerja dia," jawab makcik tu.

Kau bayangkan, nak run kedai makan, pekerja dia hanyalah seorang diri. Dia tukang kira, dia tukang bungkus, dia tukang hidang lauk atas tray. Pekerja langsung tak ada!

Dekat Terminal Bas Cyberjaya ni ada satu kedai makan Cina dan ada satu kedai makan India. Kedua-dua kedai ni berfungsi macam biasa sebab pekerjanya juga adalah tauke sendiri. Mungkin itu kot perbezaan antara macam mana Melayu run bisnes dan macam mana rakyat Malaysia bangsa lain run perniagaan diorang. Orang Melayu ramai yang meniaga nak jadi tauke...mungkin? Aku tak sebut semua aa. Ramai kawan2 aku yang hands on perniagaan sendiri sebab itu cara nak jimatkan kos. Ada jugak yang belum hapa2 terus nak berlagak jadi tauke besar....nak rasa macam mana ada pekerja sendiri.

Dua hari lepas, PM Najib "Pakar Penjimatan Belanja" Razak menyebut tindakan keras akan diambil ke atas peniaga Melayu yang menyewakan tapak perniagaan mereka kepada pendatang asing. Dengan gaya cakap mengajuk loghat Negeri Sembilan yang boleh dikatakan agak annoying, PM Najib menyebut mereka2 yang berbuat demikian akan dikenakan tindakan keras.

Kita cuba tengok balik, kenapa industri dan negara kita sendiri terlalu bergantung dengan pendatang asing secara sah atau tidak sah ;

1. Kos menggaji pekerja dapat dikurangkan
2. Kos belanja yang besar MEMERLUKAN peniaga menggaji pekerja asing

Semua bisnes secara naturenya akan carik jalan macam mana nak cut down cost. Samalah seperti banyaknya company lebih willing nak hire fresh grad dan intern berbanding orang yang berpengalaman, peniaga2 kecik ni memerlukan pekerja asing kerana mereka tak mampu hire pekerja local. Even saudara mara sendiri pun akan demand lebih berbanding apa yang pendatang asing mintak kan?

Cuba kita renung sejenak kenapa lambakan pekerja asing berlaku di Malaysia. Pada mulanya pekerja asing masuk kerana syarikat2 dalam negara memerlukan lebih ramai tenaga asing bekerja kerana kekurangan tenaga asing yang boleh bekerja. Kemudian benda tu evolve menjadi "Tenaga asing perlu dibawa masuk kerana kos dapat dikurangkan.."

Kini kita dah sampai satu tahap di mana tanpa pekerja asing, Malaysia tak mampu run! Kedai makan dekat Cyberjaya akan lumpuh kalau terjadinya spotcheck penguatkuasa mencari pendatang asing tanpa izin. Ada kedai kat rumah aku terus tutup sebab semua pekerja habis lari lepas kedai kena rush dan baru bulan lepas dibukak balik.

Pendatang asing tanpa izin dah jadi satu kemudahan perlu kerana tidak ramai peniaga yang kecil2 ni mampu melalui proses mengambil pekerja asing yang sah kerana kosnya yang tinggi dan peluang risiko untuk rugi amatlah besar. Kau pun paham2 la sendiri macam mana complicatednya nak hire pembantu rumah dan bayaran yang perlu dijelaskan, kau bayangkan la kau kena hire 2-3 orang untuk dijadikan pekerja kau.

Semua kesan buruk ini berlaku kerana satu masa dulu, kita ambik jalan mudah, bawak masuk pekerja asing kerana kita nak accelerate growth negara kita dan selepas berpuluh tahun dah ni, mereka dah jadi SANGAT PENTING dalam ekonomi negara kita. Takkan kerajaan tak fikir benda2 ni dulu atau kerajaan takut nak admit, gejala pendatang asing di negara kita sebenarnya dah tak mampu dibendung oleh pihak berkuasa?

Pada aku, apa yang perlu dibuat, adalah pastikan pihak berkuasa buat spotcheck hari2 sehingga ke satu tahap di mana peniaga2 ni akan carik jalan untuk pastikan bisnes diorang terus sustain tanpa perlunya pendatang asing bekerja di Malaysia. Jika perlu ditutup kedai berapa ribu pun, mungkin itu satunya pengorbanan yang perlu dilakukan, untuk menghilangkan kebergantungan kita kepada pekerja luar.

Projek bangunan sangkut sebab pekerja takde? Go local! Bayar la banyak sikit. Company pun duk fikir nak cut cost sendiri, naik lemak la diorang hire pendatang asing ni sebab nak rendahkan overhead. Kerajaan bising benar nak saman peniaga kecik yang sewakan tapak dekat pendatang asing, apa kata saman lah sekali syarikat2 besar yang ambik jalan mudah guna pekerja asing tanpa izin ni?

Kita push balik peniaga kita hire orang local tak kiralah berapa kos yang perlu dibayar. Gaji minima dah dilaksanakan RM800 dan RM900, aku rasa dah sampai masanya kita stop bergantung dengan pekerja asing lagi. Berapa bilion duit Malaysia keluar Malaysia setahun? Tah la...walaupun gaji minima tu pada aku sangatlah tak padan...tapi it is a start...not the best start though.

Pegi makan aje, yang tukang masak, orang luar. Tukang buat air pun orang luar. Isi minyak, yang tolong isi, orang luar. Aku bukannya pandang  rendah diorang ni cuma aku rasa better kalau orang Malaysia sendiri yang buat benda2 tu sebab ia memberikan aku warm fuzzy feelings. Even kat negara maju sendiri diorang tak bergantung sangat dengan pekerja asing macam kita ni...

Kau cuba fikirkan sendiri lah situasi ni ;

"Pegawai imigresen kita, kalau diorang buat kerja yang sepatutnya dibuat, tangkap dan hantar balik semua pendatang tanpa izin, boleh membuatkan ekonomi negara kita jatuh."

Is that a sign of a good nation atau itu petanda kita adalah sebuah negara yang sangat kelam kabut pentadbirannya? Kita, dapat makan tengahari, hanya kerana ada orang sanggup langgar undang-undang negara dan masuk Malaysia secara haram, kerja tanpa permit dan ada orang berani ambik dia kerja kerana tau, dia tak mampu hire orang local....Alih2 akhirnya penguatkuasa pun terpaksa pejam sebelah mata walaupun nampak undang2 kena langgar depan mata.

Bagus atau tidak situasi tu?



Januari 17, 2014

Ustaz Harussani, Aku MIntak Tolong, Keluarkan Arahan Benarkan Qisas ke Atas Pembunuh 3 Beradik Ni JIka Ayah Dia Mahu



Mufti2 sekalian, tolong minta kerajaan
jalankan qisas ke atas binatang ini jika dia
disabit kesalahan dan ayah dia mahu qisas dilakukan.

Januari 16, 2014

Hallelujah! Ya Ilahi!




Aku tak tau lah, kenapa aku merasa sangat pelik...

Mendengar lagu "Hallelujah" ciptaan asal Leonard Cohen dinyanyikan semula
oleh kumpulan nasyid Melayu, yang cuba bercerita mengenai keagungan Allah SWT
tetapi melodi asalnya diambil dari sebuah lagu bertemakan agama Kristian.

Kalaulah ada orang yang ambil lagu "Puji-Pujian" dari Raihan
dan kemudiannya dinyanyikan sebagai memuji
Buddha, Jesus, L.Ron Hubbard atau Diego Maradona,

adakah perlu aku berbangga
atau perlu aku merintih?

Entahlah.
Tapi agak pelik mendengar Hallelujah versi Islamik.

Januari 15, 2014

Adakah Sebenarnya Malaysia Tidak Punya Undang-Undang Jalan Raya?

Sila baca dengan tenang. Siapa terasa dialah terasa...

Aku drive setiap hari ke ofis, pergi balik ada la dalam 60 km lebih.

Bila petang, nak balik, jalan memang macam haram sesaknya. Especially kalau kau nak lari tol. Kau tak nak lari tol pun sesak tapi aku tengok ramai jugak yang menggunakan "jalan alternatif " yang disarankan kerajaan.

Oleh kerana traffic jam ni sesak dan kadang2 aku balik ke rumah aje memerlukan hampir sejam setengah untuk perjalanan 30km lebih, aku perasan ramai jugak la yang menggunakan taktik yang cukup anak haram dalam mendapatkan laluan. Kau pernah perasan ada orang letakkan macam lampu siren kecik yang menyala biru merah atas dashboard dia dan dia buat2 kononnya dia ni "pegawai berkuasa" ?

Aku perasan banyak kali kereta menggunakan siren tidak rasmi tu untuk membuatkan orang ramai ke tepi. Aku sure benda tu tak legal tapi masalahnya mana pegi pemantauan pihak berkuasa dalam penjualan benda2 camni?

Ada beberapa benda lagi yang aku perasan orang gunakan atas jalan raya untuk "kesenangan" dia.

1. Sticker kod daerah Polis dekat belakang kereta.

Kalau kau tengok kereta polis, belakang kereta diorang ada sticker biru bertulisan putih menyatakan kod daerah kereta peronda tu bertugas. Sekarang ni aku nampak ramai benar tampal benda tu belakang kereta diorang. Sejak bila pulak Kancil buruk kaler merah jadi kenderaan polis ni? Tak ada apa tindakan ke diambil kepada orang2 yang tampal sticker camni? Aku tak sure sama ada boleh atau tidak tapi pada aku,  benda ni dah menyerupai polis dan mampu mengelirukan orang ramai.

2. Sticker windshield PDRM

Yang ni aku selalu nampak sehinggakan aku pelik, ramai betul polis dalam masyarakat kita ni. Aku tak tau la betul atau tidak tapi itulah masalahnya...kita dah tak tau sama ada betul atau tidak kereta itu dipunyai oleh seorang polis atau tidak. Betul atau tidak sticker ni?

3. Siren palsu

Aku rasa benda ni dijual dekat grey market. Aku pernah nampak orang pakai lampu yang kaler merah biru dan ada jugak yang style satu lampu merah pusing-pusing.

4. Penggunaan Jacket Fluorescent Palsu

Mat motor ramai yang terkena ni dulu. Waktu aku bawak motor dulu, ada kes 3 orang lelaki menyamar polis trafik tahan orang dekat jalan menyusur tol motorsikal untuk melakukan rompakan. Kalau "polis" dah suruh kau jalan masa road block, apa yang penunggang selalu fikirkan adalah ciow dari situ cepat2 padahal sebenarnya masa tu sedang berlaku kes rompakan.

5. Penggunaan logo negeri atas nombor plate

Kau pernah nampak kereta-kereta yang menyamar nak cuba jadi wannabe kereta kerajaan? Makin lama makin ramai yang letak.

6. Kereta Kerajaan Bawak Macam Jalan Raya Ni Abah Dia Punya

Ni trend yang aku nampak dari dulu. Kereta ada logo Kementerian, jata Malaysia atau apa saja label kementerian ditampal atas badan kereta, akan bawak kereta macam jalan ni abah dia punya. Kau bukannya polis, bomba atau apa saja yang memerlukan kau bergegas ke mana2. Aku selalu jalan Putrajaya, antara kereta2 kerajaan yang bawak macam ni yang laju adalah Kementerian Asas Tani, Kementerian Kewangan dan pelbagai lagilah kementerian yang kadang2 bawak kereta seolah2 kita tak ada undang2 trafik. Mungkin diorang nak cepat sebab ada pokok nak mati gamaknya? Tapi pikirlah kenapa maintenance kenderaan kerajaan ni tinggi belaka?  Kereta Kerajaan..kasi lenjan la!

7. Geng Motor Besar Bajet Dunia Ni Dia Punya

Aku seorang mat motor satu masa dulu tapi aku cukup anti perangai geng2 motor besar ni yang bajet dia ramai, dia boleh parking mana2 dia suka. Kau nak tau kenapa diorang buat camtu? Geng motor besar ni kalau boleh dia nak parking setempat. Barulah nampak best, nampak exhibitionist. Motor kecik bolehla parking jauh2 tapi motor besar, kenala parking satu tempat sekali.

Jadi diorang ni parkinglah mana2 yang diorang suka....dekat parking kereta ke, parking lori ke, tempat yang no parking la..tempat parking orang cacat la. Pada diorang, apa2 hal pun, diorang kena parking setempat, beramai2 dan boleh dijadikan parking cum superbike exhibition. Come on la bro. Motor kau besar tak semestinya kau boleh parking suka hati kau.

Ikut peraturan la...motor EX5 boleh parking dekat tempat sepatutnya kenapa kau punya 15 bijik Hayabusa takleh bang?

8. Tinted Cermin Gelap

Ni antara benda yang aku paling marah dengan penguatkuasa. Mereka wujudkan akta cermin kereta tak boleh tinted lebih dari sekian2 kegelapan dia tapi dia hanya laksanakan undang2 tu untuk orang biasa. Orang biasa ni lah yang kalau kena inspection JPJ habis ditorehnya tinted punya layer tapi cuba anak menteri, cicit Sultan atau apa saja yang berkaitan dengan VIP semuanya dipejamkan sebelah mata. Pada ku, kalau nak buat law, laksanakan betul2. Nak bagi pengecualian, bagi dekat kereta rasmi kerajaan, kereta rasmi "kerabat" dan kereta rasmi Menteri.

Selain daripada tu, macam anak menteri, kawan baik menteri, business partner menteri, semuanya tak boleh lari dari undang2 ni.

Kau nak tengok betapa prejudisnya penguatkuasa dalam benda ni? Usha2 la sendiri time ada inspection. Kereta mahal harga Rm150 ribu tinted gelap susah gila nak kena tahan..tapi Kancil tinted gelap? KOYAK!

9. Geng Motor Besar Bajet Dia Boleh Bawak Laju

Bercakap pasal undang2 perlu dikenakan kepada semua tak kira peringkat, sampai sekarang ni penunggang motor besar masih lagi merasakan "jika saya memandu motor berkuasa tinggi, saya ada hak untuk memandu melebihi had laju yang dibenarkan." Kau boleh tengok la merata2. Cuma masyarakat kita pandang diorang ni lain sikit berbanding mat rempit sebab diorang bawak motor besar, padahal sama aje. Dua2 bawak melebihi had laju dan dua2 langgar peraturan...

Siapa yang terasa, silalah terasa...

Adakah ini berlaku kerana kita adalah negara dunia ke tiga? Jika di negara maju, majoriti penunggang motorsikal biasa (biasa di negara maju tapi di Malaysia berkuasa besar) boleh memandu mengikut had laju tapi kenapa di Malaysia tidak boleh? Aku pernah nampak dekat England seorang lelaki bawak Kawa Mickey Mouse 70km/j mengikut aliran trafik....boleh aje bawak, tak semput pun enjin.

Kau takyah la nak bagi alasan kata motor besar kena bawak laju baru la enjin running sedap la apa lah..yang penting, kenapa penunggang motorsikal besar tak nak ikut had laju? Macam mana sebenarnya aplikasi undang2 trafik ni? Lagi laju enjin lagi dibenarkan bawak laju ke?

10. Penambah Bilangan Lorong Atas Jalan

Kau tengah sesak atas jalan, kemudian ada seorang start tambah lane atas jalan, dari 2 jadi 3, dari 3 jadi 4. Daripada jam yang sepatutnya tak sarat terus jadi jam tahap keparat. Lepas tu nak himpit2 orang lain suruh ke tepi bagi kau masuk.

Kalau kau adalah golongan yang menambahkan bilangan lane atas jalan semata2 sebab kau bajet kau adalah orang paling penting dalam Malaysia membuatkan kau perlu ke depan lebih awal berbanding orang lain, aku syorkan, tolong tolong tolong faham kenapa orang marah dengan kau dan jangan kau nak ajak bertumbuk kalau ada orang bagi jari hantu dekat kau.

Kau salah! Kau dah la salah dan kau juga bodoh, tak sedar diri dan bangang tahap kangkung.

11. Geng Wartawan Kemalangan

90% jam teruk berlaku akibat kemalangan berpunca daripada pemandu yang slow down nak tangkap gambar eksiden tu untuk dipaparkan di Facebook dan Instagram, bukannya akibat daripada kenderaan yang kemalangan itu sendiri. PLEASE....kalau ada eksiden yang dah selamat dialihkan, tolong lah teruskan perjalanan macam biasa...

Januari 13, 2014

Januari 10, 2014

Apa Salahnya Penduduk Putrajaya Mabuk-Mabuk? Bukannya Dia Kacau Orang Lain Pun Dengan Minum Arak

1. Setengah negara Arab melaksanakan larangan berpakaian seksi dan minum arak kepada pelancong. Ini menjadikan negara tersebut kurang kemasukan pelancongnya.

2. Kita pula tidak ada restrictions sebegitu diperkenalkan sehingga ramai pelancong datang untuk langgan pelacur dan minum arak kerana Malaysia adalah "syurga" benda2 tu.

3. Apa yang aku nak sebut, kita terlalu memberikan kebebasan kepada pelancong kerana kita mahu mereka datang ke sini.

4. Mungkin kerana kerajaan mengharapkan lebih ramai pelancong hadir ke Putrajaya, jadi Hard Rock Cafe ingin dibuka di situ dalam tempoh 4 bulan. Anda sedia maklum, arak memang dihidang di HRC.

5. Adnan "Tak Ada Duit Jangan Beli Rumah" Mansor menyatakan, HRC Putrajaya akan dikenakan larangan khas menghalang penjualan alkohol di situ.

6. Aku tak percaya benda tu akan dilaksanakan, mungkin sebulan dua mula2 tu aje kot, jadi bila dah reda penjualan akan tetap diteruskan.

7. Siapa nak pegi HRC dan minum Coke dan orange juice berharga RM8? Tak ada siapa. Pelancong pun takkan nak pegi HRC Putrajaya jika tidak ada apa2 benda yang menarik untuk mereka tengok.

8. Apa yang menyedihkan aku adalah kenapa Putrajaya yang sepatutnya menjadi simbol kemajuan Malaysia telah menjadi bukti betapa kuatnya kapitalis pegang negara kita.

9. HRC sudah punya branding yang cukup gah sehinggakan kalau kau ke mana2 pun, kau ada rasa nak beli tshirt dia dan kau nak bergambar depan kedai dia. Apa faedahnya? Entah....dari dulu aku tak nampak apa faedahnya kumpul tshirt dia tu.

10. Jadi, jika diwujudkan HRC Putrajaya (yang aku rasa dah konfem) tidak dibenarkan penjualan arak di situ.

11. Wow. Boleh pulak kerajaan kawal penjualan arak ni eh? Bila bab Putrajaya, mampu pulak diorang bantah dan mampu pulak diorang keluarkan arahan...tapi bila part daerah lain, effortnya kurang pulak.

12. Apa yang lebih kelakar adalah punyalah ramai Menteri, orang kenamaan dan Ex-PM sendiri memberikan pendapat, hujah dan justification berhubung kenapa perlunya HRC Putrajaya ditubuhkan.

13. Adnan "Tak Ada Duit Jangan Beli Rumah" Mansor menyatakan, muzik seperti nasyid akan dimainkan di situ. Kau pun paham kenapa dia cakap camtu kan? Tak nak orang bantah.

14. Pelbagai cara disebut, dicadangkan dan diberikan oleh Menteri2 kita ni hanya sebab diorang NAK Hard Rock Cafe Putrajaya ditubuhkan.

15. Alangkah bagusnya kalau ada jugak idea2 dikeluarkan oleh orang2 yang sama ni bila kita ajak berbincang kenapa hukum hudud sepatutnya diperkenalkan? Nak bincang hudud aje...membantah aje tau. Idea? Tak ada pun keluar.

16. Kelakar benar kerajaan kita ni bila dioang boleh pakat ramai2 nak orang ramai terima Putrajaya perlu Hard Rock Cafe.

17. Tak mati pun Malaysia kalau tak ada Hard Rock Cafe ni.

18. Ada Ustaz kata, kerajaan Malaysia sekarang ini terlalu sibuk nak memenuhi kehendak dunia. Itu sangatlah betul.

19. Aku cuma pelik kenapa Menteri kita ni berkobar2 betul nak cerita kat semua orang Hard Rock Cafe boleh diubah, pasang lagu nasyid, tak ada tarian itu ini, tak ada arak akan dijual sedangkan, aku rasa, pada aku, aku tak nak ada Hard Rock Cafe langsung dalam Malaysia. Tapi sebab Menteri kita ni nak sangat.....aku pun cukup curiga melihatnya.

20. Mungkin dia yang nak ada Hard Rock cafe dekat Putrajaya sebenarnya? Ada kepentingan kot ni?

21. Sekarang ni, baca paper, seorang kata tak bina, seorang lagi kata akan dibina dalam 4 bulan. Sama2 la kita tengok. Mengikut amalan biasa Malaysia, jika ada rumour akan dibuat dan ada Menteri dah sebut, selalunya benda tu akan dijadikan realiti.

22. Tahukah anda, dalam Islam, arak dilabelkan sebagai najis mutawasittah dan jika terkena pakaian, perlu dibasuh mengikut cara kita menyucikan najis mutawasittah?

23. Kalau kau minum  arak, kau sebenarnya minum najis. Wohoho!

24. Kalau ada staff gomen mabuk2 masa ofis hour nanti, tolong salahkan orang Cina.

25. In the future, kalau HRC Putrajaya dah tertubuh dan larangan penjualan arak ditarik balik, jom la kita gi pakat bantah ramai2 depan HRC nanti.

26. Aku sure waktu tu polis dan FRU akan dikerahkan untuk tangani pen-demonstrasi yang membantah penjualan arak di Putrajaya.

27. Jika berlaku perkara sedemikian, tolong jangan pangkah Adnan "Tak Ada Duit Jangan Beli Rumah" Mansor dan partinya lagi.

Januari 08, 2014

Bertemu Artis Kpop Sudah Jadi Detik Bersejarah Buat Negara


Malaysia Major Events?
What kind of bullshit this country have become?
Investment? LOng term gain? RM140 juta duit masyuk?
(Link)


Januari 07, 2014

KItab Bapa Moden Melayu : Bab 01 - Kami Takut Matang

Dah hampir 2 tahun 6 bulan aku membesarkan anak aku dan 3 bulan lebih anak perempuan aku, aku dapat belajar beberapa perkara yang aku rasa aku boleh sharekan dengan kau supaya kau lebih prepare dan tak terkejut dengan beberapa benda. Harap2 nya dapat mudahkan hidup kau sikit.

1. Jika kau rancang sesuatu untuk anak kau, buat seawal yang boleh

Benda simple macam nak ajar anak duduk stroller, nak ajar anak minum botol atau nak ajar anak duduk dalam car seat, benda2 ni seeloknya kau start awal sebelum akal anak kau dah mula pandai nak memilih. Semua benda ni kau kena ajar dan train dari awal. Kalau kau tunggu 3 bulan, 4 bulan dah anak kau, besar kemungkinan waktu tu dia dah pandai memilih dan dia akan pilih tak nak sebab selama ni mungkin dia rasa dah selesa duduk dalam pangkuan mak berbanding duduk dalam stroller.

Paling penting, kalau isteri kau breastfeeding, jangan tunggu anak kau dah sebulan,  2 bulan usianya  baru nak ajar botol sebab isteri kau nak kena pegi kerja nanti. Ajar minum botol lepas dia dah pandai minum breastfeeding dan bagi dia botol hari2 sampai dia pandai.

2. Rancanglah pembesaran anak dari awal lagi

Apa bezanya orang Melayu dengan orang Cina dalam hal ni adalah, orang Cina akan cuba hantar anak diorang ke tadika seawal usia 4 tahun. Orang Cina akan fikir nak terapkan aktiviti ko-kurikulum contohnya masuk kelas ballet, belajar main piano dan belajar main muzik dari umur diorang kecik lagi. Apa yang cuba diterapkan dekat sini adalah disiplin. Mentaliti orang Cina dalam bab anak ni senang...diorang akan spend duit tak kiralah berapa ribu pun untuk anak asalkan anak dia learn something useful.

Orang Melayu, kita gunakan apa yang kerajaan dah tetapkan dan kita ambik benda tu aje la dan kita ikut. Anak umur 6 tahun kena masuk tadika, anak 7 tahun masuk sekolah. Sebelum2 tu pada ibu bapa Melayu adalah waktu di mana anak-anak perlu main, belajar berkawan dan membesar. Kita tak pentingkan disiplin sangat sebab pada waktu ini, kanak-kanak harus diberikan kelonggaran kerana mereka masih budak2 lagi. Macam orang tua selalu kata," biarlah, dia kecik lagi tu.."

3. Kau tak perlu takut anak ramai sebab kita akan dapat catch up

Instinct kita sebelum ada anak adalah takut takleh handle anak nanti. Ramai yang hold off dulu. Lepas dah dapat sorang, rasa kepayahan dia, mula rasa takut nak tambah anak lagi sorang. Hold off dulu. Tengok orang lain anak 5-6 orang atau 13 orang, hati bertanya "macam mana la diorang ni handle anak seramai tu padahal aku seorang pun tak mampu nak handle.."

Semua tu memang satu perasaan normal. Tapi bila kau dah jadi mak bapak, kalau lah kau "ter-dapat" anak sorang lagi tanpa planning, mungkin sebab teknik pancut di luar tidak sempat dilakukan, jangan takut. Kau akan adapt. Kau akan berjaya. Jangan risau. Mesti boleh.

Even dalam bab financial pun Insya Allah boleh sebab aku tak tau macam mana nak cakap, tapi akan ada punyalah. Tuhan tolong bang benda2 camni. Ini beza kita dengan orang bukan Muslim ni, kita digalakkan anak ramai, bukan Muslim kontrol bilangan anak diorang. Sah2 la anak lebih ramai lagi baik.

4. Beli baju unisex untuk anak

Baby ni, bila dia lahir, pakaian dia tu sekejap2 aje pakai. Kau tengoklah dia punya membesar tu macam mana nanti, kau paham la. Beli baju yang kaler neutral. Putih, cream, hijau, biru muda adalah warna yang dua2 jantina boleh pakai. Baby ni bila dah sampai umur 2 tahun camtu dia akan slow down sket pembesaran dia dan waktu tu barulah kau beli baju eksklusif untuk diorang.

Selagi kau boleh recycle baju untuk anak kau dan adik2 dia nanti, recycle aje. Buat apa nak malu? Orang kutuk kau miskin pun tapi kalau yang kutuk kau dapat BR1M buat apa, kan? Jangan membazir hanya sebab nak melawakan anak. Seluar jeans dan kemeja baby yang cantik ni kau tau tak berapa harga dia? Lebih kurang samalah dengan harga baju mak bapak dia.

5. Jangan manjakan anak gila-gila

Kau tau apa tanda2 akhir zaman? Anak jadi tuan kepada mak bapak. Anak mintak itu, dia bagi. Anak mintak ini, dia bagi. Anak nak buat apa2 pun, dia bagi. Sebab sayangkan anak punya pasal.

Akan sampai satu masa bila anak kau dah besar, 4 tahun 5 tahun camtu, bila mak bapak akan jadi sangat menyampah dengan permintaan anak sebab dah melampau sangat. Waktu tu, kau takleh nak salahkan anak-anak kau sebab dah memang macam tu lah kau besarkan dia. Kau dah bagi semua yang dia nak, tiba2 satu hari, kau nak cut off semua benda tu macam tu aje? Confuse la budak2 tu.

Disiplinkan anak dari awal. Kalau tak perlu, cakap kat dia, tak perlu. Kalau dia menangis, biarkan...benda ni yang paling ramai mak bapak lemah sebab takut anak menangis. Biarkan! Kalau dia tau dengan menangis dia akan dapat benda yang dia nak, dia akan menangis untuk dapatkan benda tu. Orang kita ni anak masa kecik, manjakan habis2 an sehinggakan bila waktu nak perkenalkan disiplin dalam hidup diorang, semua tu terjadi tiba-tiba aje.

Macam mana nak disiplinkan anak kau solat kalau selama ni kau bagi aje dia pegi main kat playground bila2 masa dia mintak?

6. Kematangan anak sepatutnya tidak perlu mengikut garis panduan sesiapa

Ini, adalah pandangan aku yang paling tak masuk akal tapi, aku merasakan, ada logiknya kat sini. Kau tengok balik macam mana aturcara orang Melayu besarkan anak; dalam kepala kita dah tersimpan 0-2 tahun, dia buat apa. 2-5 buat apa. 6 tahun buat apa. 7-12 sekolah rendah. 13 ke 18 sekolah menengah...

Jadi apa yang kita buat adalah kita simpan expectation kita agar selari dengan garis panduan yang dah ditetapkan. "Anak aku sepatutnya boleh membaca pada umut sekian2, anak aku akan matang pada umur sekian2..." Apa yang aku nak sebut; kita membesarkan anak2 menggunakan template yang dah tersedia ada dan digunapakai oleh majoriti orang.

Masyarakat kita zaman sekarang dah terima sehingga umur seseorang itu 18, dia masih lagi belum matang, masih lagi mentah dan masih lagi boleh dikategorikan sebagai "anak hingusan." Bagaimana kalau aku cuba sanggah mentaliti tu dan aku katakan pada kau, benda tu sebenarnya tak perlu kau ikut dan anak kau boleh matang lebih awal berbanding "peringkat2" yang dah ditetapkan tu?

Jika kau nak anak kau matang lebih awal, apa masalahnya? Tak salah kan? Malah lebih bagus lagi kalau anak berumur 12 tahun lebih matang berbanding budak tingkatan 5? Tapi oleh kerana kita dididik supaya ikut peringkat2 yang dah ditetapkan ni, expectation kita pada anak2 kita sama aje macam orang lain. Kita semua membesarkan anak2 ikut acuan yang sama dan kita melahirkan orang yang sama aje level dia, melainkan special cases lah.

Tengok balik kisah anak yatim piatu yang terpaksa jadi mak dan ayah kepada adik2 dia. Kes-kes macam tu membuktikan sebenarnya kematangan akan dibentuk jika situasi tu memerlukan budak2 jadi matang. Selagi situasi tidak memerlukan kematangan, selagi itulah budak2 dibenarkan untuk jadi budak2, seperti mana yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang.

Nenek kau kahwin umur berapa?

Kau akan jawab "itu semua kerana waktu itu masyarakat kita lain, sekarang ni lain.." jadi apa yang aku cuba cakapkan di sini adalah....corak pemikiran zaman sekarang ni, kita dibentuk menggunakan template2 tertentu, supaya tempoh kematangan kita datang lebih lambat. Lelaki disibukkan dengan video games atau pergi berclubbing, perempuan disibukkan dengan apa saja yang perempuan nak lah. Bila kita tak ada semua benda tu yang distract kita, apa jadi pada kita? Kita akan fokus kepada apa yang perlu.

Adakah aku salah kalau aku katakan, kita lambat matang kerana pelbagai distraction yang timbul membuatkan kita rasa rugi kalau kita jadi matang?

Aku dan generasi 80 an,90 an dan 2000 ni takut nak matang awal sebab lebih seronok jadi budak2, remaja dan budak muda. Sedangkan nenek kita, atuk kita, waktu diorang remaja diorang dah berani bina keluarga? Siapa lebih matang sebenarnya, mereka pada 16 tahun atau kita pada 16 tahun?

Itulah dia hujah yang menyokong pandangan aku yang sebenarnya, kematangan akan berlaku jika situasi tu memerlukan kita matang. Tapi oleh kerana tempoh matured kita dah tetapkan 18 tahun baru matang, jadi budak2 ni kita biarkan kekal sebegitu sebab kita tau apa yang kita buat tu norma semua orang.

Kau nak anak kau matang cepat? Silakan. Dalam agama sendiri dah ajar, apa yang kau nak anak kau jadi, itulah yang dia akan jadi. Kau nak ikut template orang lain atau kau nak gunakan template kau sendiri, terpulanglah kepada kau. Kau nak anak kau umur 3 tahun dah pandai kemas rumah? Boleh! Semua benda tu possible sebab otak diorang sangatlah cekap masa ni.

Januari 06, 2014

Adakah Dibenarkan Menurut Islam Merampas Buku Kepercayaan Orang Lain? Aku Mencari Jawapannya

Hati aku kadang2 gundah gulana jugak la bila melihat apa yang terjadi kat Malaysia. Aku Melayu. Aku sayang Melayu. Aku sedih tengok Melayu jadi macam pengemis dalam TV menuntut bantaun orang2 bangsawan Melayu. Tapi yang ramai Melayu risau takut Malaysia jatuh dekat Cina. Dari dulu sampai sekarang, isunya sama aje.

Aku terpaksa akui, walaupun aku menulis macam aku tak sayang Melayu, tapi sebenarnya aku tak sayang apa yang definisikan sebagai "Melayu UMNO." UMNO bukan Melayu. UMNO adalah parti politik tapi oleh kerana UMNO cukup hebat dalam menjenamakan perjuangan mereka, kita orang Melayu sudah assume, UMNO adalah Melayu.

Bila aku jalan lalu hutan, nampak ada perkampungan Melayu ceruk mana, nampak orang Melayu duduk kampung yang airnya pun kadang2 tak ada, aku selalu terfikir, macam mana la parti pembangkang nak jual ideologi diorang dekat orang2 ni? Diorang tak kisah pasal kemajuan. Diorang hidup memang 100% bantuan BN. Diorang hidup tanpa ada cita2 besar.

Living a simple life yang tak peduli pasal the rat race atau development of the nation. Pada diorang, as long as BN kekal, nasib diorang terbela. Buat apa nak kerjasama dengan orang Cina pulak kan sebab orang Cina dah ada everything? Buat apa nak baik dengan Cina, dengan India, apa faedahnya? Pemikiran macam ni masih berlaku di banyak kampung2 di seluruh Malaysia, yang dihuni oleh orang2 yang lahir situ belaajr situ, kahwin situ, berkeluarga kat situ.

Hakikatnya, tak ada faedah langsung diorang sokong pembangkang sebab pada diorang, as long as hidup diorang kekal, kenapa perlu take risk bekerjasama dengan Cina? Cina dilhat sebagai musuh. Cina juga masih dilihat sebagai bukan orang Malaysia (tapi dia sendiri tak nak admit BN adalah gabungan pelbagai parti)

Aku selalu tertanya2; adakah Melayu dihukum sebab kita ni sebenarnya kejam dengan bangsa lain? Agama saja Islam tapi hatinya Melayu. Budak2 Cina dan budak2 India ramai yang jauh lebih layak masuk IPTA tapi mereka dihalang atas sebab kerajaan nak orang Melayu masuk IPTA. Ini kes yang selalu ditimbulkan berkenaan isu ni.

Cuba kita pandang dari sudut seorang Melayu. Memang betul Melayu terkebelakang. Ya memang betul Melayu perlukan satu bentuk perlindungan. Memang betul Melayu perlu masuk IPTA jikalau tidak, macam mana nak majukan Melayu? Tapi yang menghairankan, orang Melayu sudah ada hak istimewa masuk IPTA tapi yang betul2 layak nak masuk tak ramai. Pelik kan? Jadi graf peperiksaan ditukar,ditarik ke bawah, tahun demi tahun. Melayu makin ramai dapat A. Gred A seolah2 dah jadi satu benda yang expected. Kalau dapat B, mengecewakan.

Ada juga kes di mana pelajar bukan Melayu mendapat keputusan yang jauh lebih baik tapi dia dapat tau, ada rakan sekelas dia, keputusan borderline, boleh masuk IPTA tapi yang bukan Melayu ni pulak tak dapat langsung tawaran ke mana-mana.

Jika benda ni dilihat dari seorang Melayu, memang kita akan rasa bias dan mengatakan Melayu perlu masuk IPTA. Semua benda yang dibuat kerajaan akan dirasakan betul....tapi masalahnya benda betul tak semestinya betul. Betul pada kau mungkin salah pada lain. Betul pada kau mungkin salah pada agama kau..

Tolong bukak kepala otak kau sikit dan fikir, adakah boleh seorang Muslim buat sebegitu demi menjaga kepentingan orang sebangsa dia? Kalau kau rasa benda tu boleh, tolong tunjukkan aku buktinya, mengikut telunjuk agama....bukan bangsa, bukan berdasarkan kepentingan peribadi.

Memang sedih nak diakui tapi adakah itu antara punca masyarakat Melayu ni terlalu lemau pemikirannya? Sibuk dengan gosip, drama, cerita hantu, gaduh pasal bolasepak...trait orang Melayu zaman sekarang. Dengan pelbagai bantuan yang diberikan dan pelbagai halangan dah dicipta supaya kekang bangsa lain terus maju, yang makin mundur, adalah orang Melayu.

Sehinggakan sekarang ni, ramai yang perlukan BR1M untuk hidup! Itu bukan simbol kemajuan! Itu adalah simbol sebuah masyarakat yang makin lama makin mundur! Kita lagi 4 tahun negara bverpendapatan tinggi ni bang! tapi kerajaan kena produce cash bagi dekat kau!

Sekarang ni, sibuk pulak isu Bible dimainkan. Bila kau selidik2, semua tindakan dilakukan bukan atas dasar agama tapi atas dasar bidang kuasa dan peruntukan kerajaan yang ingin melindungi orang Melayu. Aku tak tau sama ada nak sokong atau tidak pasal isu ni sebab aku tak tau! Aku rasa ramai jugak yang tak tahu pasal satu benda penting ni...

Apa yang aku tak tahu?

Aku tak tahu adakah apa yang dilakukan oleh Kerajaan, Jabatan Agama dan "pejuang2 Islam" ni selari dengan pandangan Islam sendiri? Kita rampas buku agama orang lain dengan alasan buku itu ditulis dalam Bahasa Melayu tapi baru dua hari lepas aku tengok Dr. Zakir Naik bagitau, "Tidak ada benda langsung dalam Islam yang menekan hak kemanusiaan sesama manusia.." jadi aku tertanya2, betul atau tidak tindakan kita memerangi pengaruh agama Kristian ni?

Adakah tindakan merampas buku agama orang lain sebenarnya salah di sisi Islam? Adakah memberi keisitimewaan kepada orang Melayu yang resultnya tak berapa elok untuk masuk IPTA dengan menutup peluang pelajar bukan Muslim ke IPTA adalah selari dengan pandangan Islam?

Tapi setakat ni perbahasan dan jawapan yang aku baca semuanya pusing hadis, pusing ayat nak menangkan pihak yang dia nak menang. Sorang keluar ayat kata "Islam mengajar umatnya berlaku adil dengan semua orang" tapi pihak lawan kata "Islam juga mengajar umatnya supaya saling bantu membantu sesama Islam dan mementingkan kemajuan seorang Muslim terlebih dahulu.."

Aku tau ramai jugak yang mengalami masalah ni. Kita Melayu....kita nak tolong Melayu tapi tertanya2 adakah apa yang kita buat tu sebenarnya salah?

Aku bukan nak salahkan Melayu cuma lama dah aku carik jawapan, "adakah apa yang Melayu buat selama ni sebenarnya salah?"

Meh sini aku rank-kan 3 amalan terbaik dalam Islam mengikut ranking kebaikan dia pada Allah SWT.

1. Solat
2. Menjaga hati ibu bapa
3. Berjihad memperjuangkan Islam.

Berapa ramai yang fail nombor dua tapi berapi nak buat nombor tiga?


Januari 03, 2014

Kenapa Industri Hiburan Kita Suka Benar Pondan?

Dah dekat sepuluh tahun aku kerja ni, apa yang aku perasan makin tua aku dan orang2 sekeliling aku, akan makin ganas lah politik dalam ofis sebab semua orang berebut nak naik pangkat.

Kerja aku sebelum2 ni memerlukan kitorang bekerja sebagai sebuah team yang sama level, jadi aku takde la rasa benda2 bullshit sangat. Apa yang direbutkan sangat kalau kau kerja sebagai seorang pembuat kartun animasi, kan?

Tapi bila kau dah join bahagian management, sedikit sebanyak kau akan nampak beberapa jenis orang.

1. Orang yang bila ada kuasa, dia jadi gila kuasa (kalau ada peluang, kau tumbuk orang camni dan lari)
2. Orang yang kerja bawahan, tapi dia punya kipas supervisor melampau
3. Orang yang dah diangkat jadi manager tapi takut nak influence orang bawahan dia
4. Orang yang tak tau apa, tah hapa-hapa, tak tau apa dia buat selama ni, tiba2 dia jadi bos kau
5. Orang yang tak ada cita-cita, macam aku.

Serious shit, aku tak ada cita-cita dalam karier. Pada aku, kerja adalah kerja. Aku kerja cikgu, aku suka buat kerja cikgu dan aku tak nak dah jadi cikgu yang kena buat hal-hal management. Tapi makin tua kita, kita akan seolah2 secara automatik akan didorong untuk involvekan diri dengan kerja management ni walaupun asalan aku adalah seorang pembuat kartun untuk budak2.

AKU TAK SUKA EVOLUSI TU SEBAB JIWA AKU BUKANNYA CAMTU! Aku tak suka arah2 orang (kecuali dalam blog ni, haha) dan aku akan rasa bersalah kalau aku terpaksa anggap seseorang sebagai sub-ordinate yang aku boleh arahkan buat macam-macam. Ada orang suka bila dia ada kuasa tu....kau boleh kenal la dia macam mana. Muka pun nampak berlagak aje. Orang2 macam aku, memang takkan berjaya dalam bisnes sebab aku tak cukup kejam. Bisnes dan management memerlukan orang yang tak ada hati perut. Kau pernah kena bagitau siapa2 dia kena pecat? GILA KAU. Beban betul aku beberapa tahun dulu lepas aku tau kawan aku nak kena buang.

Selama ni, environment aku cuba bentuk aku jadi seorang Manager. Aku cuba hadapi dan ubah hidup aku sikit2 supaya dapat terima yang aku adalah seorang white collar worker, yang memang destined untuk jadi seorang manager. Tapi jiwa romantik aku selalu memberontak. Sekarang ni wife aku tengah kusut dengan kusut dengan aku sebab aku simpan rambut panjang.

Aku simpan rambut panjang sebab aku tak nak gi join segala meeting bodoh yang banyak buang masa dan langsung tak mengubah apa2 pun. At least kalau rambut aku panjang nanti diorang nampak aku tak sesuai la nak join meeting sebab siapa nak "manager" serabai, kan? Kepimpinan melalui tauladan.

Apa yang aku nak buat sebenarnya? Dari dulu lagi aku nak simpan rambut panjang macam Ramli Sarip. Aku nak buat lagu. Aku nak perform depan orang ramai macam dulu2 masa aku sekolah, tak kiralah main band ke, berlakon ke. Aku cukup suka mengarah pantomine kat sekolah aku dulu sebab itulah satu2 nya peluang kutuk warden secara rasmi dan warden boleh gelak tengok. Aku dah main satu single yang pernah jadi soundtrack drama TV. Kartun aku buat dah keluar kat TV. Tapi pada aku, benda ni still tak cukup sebab objektif aku tak tercapai lagi...

Di Malaysia ni, culture kita memang tak menjamin masa depan orang2 macam ni. Kat luar negara, kau boleh tengok orang tua buat kartun, ramai gila animator Disney tua2 belaka. Dekat Malaysia, bila umur kau dah 29-30, kau tau kau terpaksa lupakan minat kau untuk dapat jaminan membina keluarga.

Dan dari situlah negara kita akan terus ke belakang, hari demi hari, sebab kita dah latih talent, kita dah produce bakat2 yang dah ada pengalaman, kemudiannya talent2 tu hari demi hari akan terus diubah menjadi seorang manager, seorang organizer, seorang korporate yang akan terus lupa semua benda yang dia dah belajar, diganti dengan fresh grad yang baru nak paham macam mana nak kerja.

Semua ni berlaku dekat kawan2 aku, yang belajar advertising, belajar graphic, belajar animation, belajar seni pentas, bikin drama, bikin short film, alih2 jadi Pegawai Kerajaan yang kerjanya merangka minit mesyuarat. Sayang pulak sebab skill development secara personally terganggu, skill dia untuk produce pada negara pun sangkut.

Adakah itu sebabnya kita boleh nampak development industri kat negara kita, khasnya bidang filem, bidang muzik dan bidang seni ni agak slow? Kita ada banyak kolej dan universiti yang produce graduate berkelulusan benda ni tapi by 30 tahun umur diorang, ramai yang sedar, cycle di Malaysia ni, once kau dah tua, kau akan dibuang diganti dengan fresh grad. Buat apa kita teruskan lagi promote industri2 ni kalau market tak mampu nak support pekerja2 berumur, betul? Lastly, bukak company sendiri. Berapa ribu company kat Malaysia ni nak ada sedangkan permintaan bukannya banyak pun...alih2 semua terpaksa jual kat RTM....berapa orang yang tengok RTM dekat bandar ni?

Aku tau kat luar sana ramai yang nak menyumbang kepada benda seni ni tapi sayang sebenarnya, orang2 yang berhaluan kiri ni terpaksa jugak pakai tie dan pakai kemeja semata2 sebab nak hidup. Dari aku mula menulis sehinggalah sekarang, benda tu sama aje. Masyarakat kita memang menghargai seni, tapi seni untuk orang IQ rendah. Gosip, drama cinta, filem hantu, lagu melalut, lagu macam mana nak kaya, artis tak ada bakat tapi gosip lebih...semua tu seolah2 dah jadi standard seni mainstream negara kita. Kau nak cari real artist, kau kena carik, kau kena discover.

Pada aku lah, the lowest point untuk industri seni tahun lepas, adalah apabila aku baca "artis" Youtube yang dikenali dengan nama Bobo, ditawarkan untuk menjadi artis oleh sebuah production house, atas bakat dia menyanyi dalam Youtube....COME ON LA. Artis undergorund, media kita tulis kata "perangai buruklah, suka minum darah kambing la", tapi kalau artis2 standard macam tu, yang bila ditonton hanya mampu menaikkan tekanan darah penonton, diorang sokong pulak. Pelik!  AKU CUKUP TAK PAHAM KENAPA INDUSTRI MALAYSIA SUKA BENAR PONDAN WOI!

Mana pegi orang2 yang betul talented?

Ramai jadi white collar worker. Blue collar worker. Pakai tie. Buat kerja office. Tapi dalam hati wishing kau dekat atas pentas, main gitar lagu sendiri, Adakah kita takut nak take risk sebab kita Melayu atau kita takut nak take risk sebab memang di Malaysia ni, taking risk dan pilih jalan yang kau nak takkan bawak hasil yang kau harapkan?

Aku rasa, orang Melayu ni, hanya akan berani take risk, bila dia dah betul2 desperate. Makin tua kau, makin terjerat lah kau dengan office politik sebab makin tua kita, makin desperate kita nak dapatkan sesuatu yang kita nak.

Januari 02, 2014

Salah Satu Benda Yang Aku Cukup Panas Bila Ke Agensi Kerajaan



OH MY EYES! 
HOW CAN I RESIST LOOKING AT THE DATA!




YES. INFORMASI! KALAU KAU TENUNG LAMA2 KAU AKAN
NAMPAK JALUR WARNA TU BERGERAK KE ATAS KE BAWAH.

INI ADALAH TEKNIK YANG SANGAT HEBAT SEBAB TANPA VIDEO,ANIMASI DAN DISPLAY ELECTRONIC, ILUSI PERGERAKAN TELAH BERJAYA DIHASILKAN!



WOW!

ADAKAH INI SAMA DENGAN WARNA JERSI PASUKAN KEDAH ATAU ADAKAH VINCENT TAN AKAN MEMBELI PASUKAN MAN UNITED DAN DIPAKSA PAKAI WARNA NI? THE MIND BOGGLES!



MASYA ALLAH! GRADIENT ITU! GRADIENT ITU! WOW! 

GRADIENT ITU MEMBUATKAN SEMUA DATA MENJADI LEBIH MENARIK UNTUK DITENGOK!



RAINBOW! YES. RAINBOW!
DALAM HOSPITAL! 

.................

Mungkin pada kau benda2 ni tak penting, 
tapi sedarlah, benda2 kecik camnilah yang membantu mengekalkan budaya 
dan tradisi logo buruk dan design berkulat kerajaan.