Disember 31, 2013

Satu-Satunya Cara Untuk Kita Berubah Baik Adalah Membuang Sifat Takut Nak Berbuat Baik

Bayangkan;

Kau dan family kau, tengah drive kereta, meletup enjin berasap temperature naik. Asap penuh tapi nasib baik kau still bole navigate kereta ke tepi. Kau dengan pasangan kau pun turun kereta, dengan anak2 duk merengek. Kau cek air, tengok2 kering, rupanya ada leaking bawah kereta yang keluar menitik sikit2.

Anak2 kau nangis, tengah panas, tak tahan kena haba. Kereta laju lalu lalang tepi kau membuatkan kau rasa risau takut anak kau berlari ke tengah jalan. Bukak boot tengok tak ada air kosong sebotol, boleh buat isi sementara, mana tau boleh jalan. Botol pun tak ada. Ada la air untuk buat susu anak tapi itu pun sikit aje.

Kau pun cuba la tahan kereta. Tangan kau diangkat setinggi yang kau mampu mengharapkan agar ada orang berenti, boleh tolong pinjamkan air dekat kau asal kau boleh jalan carik bengkel. Sambil tu kau try call member, tapi tak ramai yang berada dekat lokasi kau. Kau on the way balik kampung.

Anak kau merengek panas. Kau letakkan dia dalam kereta dan turunkan tingkap tapi bahang matahari masih lagi menyucuk kulit. Kau sendiri rasa panas apatah lagi anak kau yang kulitnya tak cukup tebal lagi...

Tak ada pun orang berenti nak tolong kau.
Kau mula panik.

................

Aku tengah drive sorang diri sambil dengar lagu rock. Dengan kepala terhenjut2 aku headbanging sorang2 dalam kereta.

Aku nampak dari jauh ada kereta tersadai tepi jalan. Nampak kau mengangkat tangan mintak tolong aku berenti. Aku jugak nampak sisteri kau tengah gelabah menenangkan anak kau yang tengah menangis meraung. Dalam kepala aku, aku teringat benda2 yang aku baca dalam Facebook, family menyamar gunakan anak, mintak tolong orang berenti tepi jalan kemudian tipu dia, rompak dia. Pancing orang yang nak membantu gunakan budak kecik...sebab bila ada budak kecik, automatically kita assume orang tu orang baik.

Aku rasa serba salah. Nak tolong ke tidak? Mana tau kau memang sebenarnya dah pakat suruh geng kau nyorok dalam semak, aku berenti turun kereta kau ambush aku...

Akhirnya, aku pilih jalan selamat....buat2 tak nampak dan teruskan perjalanan aku.


.....................

Ramasamy dan Velu naik motor dua orang. Memang penat diorang sebab baru aje setel loading buah kelapa sawit dalam lori nak dihantar ke kilang. Lalu dekat satu jalan diorang nampak family kau tersadai tepi jalan. Velu suruh Ramasamy berenti tanyakan apa halnya kereta kau, mungkin kereta rosak ke atau ada masalah lain ke.

Ramasamy pun memberhentikan motorsikalnya. Nampak la engkau sedikit terkejut tengok ada orang India berhenti nak tolong.

...................

Kau pun kaku sekejap.  Nampak dalam bakul motorsikal ada parang. Perasaan mula cuak.  "India, bawak parang, habis la kena samun."

Kepala otak kau mula ligat pikir semua video rompakan yang kau tengok dalam Internet. Majoritinya dilakukan oleh orang India. Senyap2 kau bisik dekat isteri kau, masuk dalam kereta, bawah seat ada hammer.

................

Ramasamy pun berjalan ke arah kau. "Ni leaking ni bang!Berasap! Nasib baik saya tak minum habis air saya tadi...." kata dia sambil menghulurkan botol Coke berisi air kosong yang tiga suku penuh. Velu hanya tersengih melihat kawan dia yang dari dulu suka tolong orang tanpa banyak soal.

..................


Sempena kedatangan tahun baru ni ; apa kata kita cuba ubah sikap kita, jangan bersangka buruk dengan orang.

Bila kita dah mula simpan perasaan curiga dengan semua orang, benda tu takkan membantu langsung dalam pembangunan masyarakat kita. Kita akan hidup dengan perasaan curiga, takut dan was-was aje sepanjang masa.

Kalau kau Melayu dan kau Islam, kau kena ingat satu benda; asas manusia ni semuanya baik-baik belaka. Tapi oleh kerana kita selalu menumpukan kepada respon yang buruk sahaja, perasaan ingin saling bantu membantu kita dikikis oleh sifat tidak mempedulikan orang lain untuk lebih pentingkan keselamatan diri sendiri.

"Tidak mahu jadi busybody, kau buat hal kau, aku buat hal aku."

Dengan kedatangan tahun baru ni, kita boleh ubah pemikiran kita supaya betul2 ikut apa yang agama kita anjurkan, jangan racist, jangan bersangka buruk dan jangan takut nak membantu. Tu paling penting. Jangan takut nak membantu orang dalam kesusahan. Itulah peliknya orang Malaysia, kita pakat2 bantu mangsa banjir macam2 tapi keluarga stranded tengah jalan kita takut nak tolong....

Mungkin sebab nak tak nak, kita tak nak akui, Malaysia bukanlah sebuah negara yang selamat? Sebab itu kita takut nak turun bantu orang lain? Sepatutnya, kalau kau nampak orang dalam susah, at least cuba berenti tolong. (kalau kau lelaki lah, perempuan aku tak galakkan melainkan kau ramai)

Kalau kita takut nak tolong orang kerana kita bimbangkan keselamatan diri kita, once benda tu jadi dekat kau, kau akan wish orang akan berenti tolong kau.

Aku pernah tolak motor aku dari Putrajaya ke Dengkil dan halfway perjalanan (masa tu mana ada bengkel langsung kat Putrajaya ni, stesyen minyak pun takde), seorang lelaki India tumpangkan aku dan motor aku naik lori dia. Kalau dia risau aku rompak dia, mesti dia tak berenti. Kalau aku pulak takut dia rogol aku ke, mesti aku tak naik. Dah la motor aku berat nak tolak.....

Memang akan ada orang jahat tapi janganlah sehinggakan semua orang susah yang mintak tolong, kita tak tolong dia sebab kita takut dia orang jahat. Tak berbaloi kita korbankan sikap tolong menolong hanya sebab ketakutan macam tu. Kalau kita amalkan sikap camtu, kebaikan sendiri akan luntur dari jiwa kita sebenarnya. Jumpa orang dalam kesusahan, tolong! Jangan takut. Kalau kau takut nak tolong orang, kita akan jadi satu masyarakat yang takde culture, tak ada warmness dan tak ada relationship.

Kita akan hidup tanpa rasa harmoni sebab antara sesama kita, kita dah simpan rasa curiga dan wondering," dia ni jahat atau tidak, dia ni mungkin perogol, dia ni bla bla bla.."

Itu yang kita semua rasakan sekarang, kan? Rumah kena ada alarm. Kereta kena ada security measure. Hidup pun rasa tak tenteram. Ini semua perasaan yang timbul bila sesebuah masyarakat tu dah tak mementingkan berbuat baik tapi lebih mementingkan keselamatan dia aje.

Tengoklah sekeliling kita, kita sanggup biarkan jenayah berlaku hanya sebab kita risaukan keselamatan diri kita. Berapa orang yang berani kejar peragut secara sorang diri? Tak ramai. Tapi bila yang sorang tu dapat kejar dan dapat tangkap, berapa ramai yang masuk belasah peragut tu? Tak terkira. Mana kau? Kau bukan hero...kau hanyalah pembelasah. Tak ada apa yang noble pasal orang yang belasah peragut ramai2 sebab kau hanyalah pengecut yang hanya tau belasah, lepas kau yakin kau akan selamat.

Itu lah dia sifat yang Syaitan nak kita rasa, takut dan was2 sesama kita lalu menjadikan kita semua berprasangka antara satu sama lain. Kita takut nak buat baik, takut nak lawan benda salah tapi bila ada peluang lepas geram, kita tadah tangan. Tanpa kita sedari, sifat tersebut senyap2 memecah belahkan masyarakat kita. Tiap2 orang antara kita mesti ada rasa nak belasah seseorang yang buat jahat tapi tak ramai pun yang nak volunteer buat benda baik. Kelakar kan?

Benda ni bukan berlaku antara Melayu dan bangsa lain aje, Melayu dengan Melayu sendiri pun kita ada rasa camtu. Orang jahat memang akan ada tapi kalau orang baik tak berani buat baik, macam mana perkara baik nak terjadi, kan?

Lihatlah apa yang kita laporkan dalam suratkhabar, berita dan rancangan 999. Jenayah, bunuh, rompak, ragut, tikam, gosip, rogol, cerai, kahwin lari, pelacur, kongsi gelap, gangster. Semua benda2 buruk belaka. Kita sendiri membudayakan gangster, meraikan budaya samseng dalam filem. Gangsterism adalah cool. Ini, aku salahkan orang2 yang buat filem gangster....kau perlu tanggung beban ni sebab kau mempopularkan gangster. Kita orang Malaysia. Kita bukannya triad Hong Kong atau Ahli MP Taiwan. Gangster2 ni tak perlu pun dalam masyarakat kita.

Kita perlu berubah, perlu lebih berani tolong orang lain. Target kita, biarlah sampai jadi seperti negara Arab, berani tinggal kedai untuk pegi solat. Biarlah sampai macam negara Jepun, beratur elok naik LRT tak berebut langsung. Biarlah sama macam negara Norway, rakyat gembira bayar cukai sebab tau semua itu berbaloi untuk semua orang. Biarlah sama macam Finland, education bukannya pertandingan tetapi lebih kepada perkembangan minda budak2. Tapi masyarakat kita, semuanya adalah untuk diri sendiri semata2. Semua nak cepat. Semua nak dia dulu. Semua dia nak dapat lebih.

Itulah benchmark yang kita perlu capai.
Tapi kerajaan nampak hanya gemar statistik2 crap yang sebenarnya tak membawa langsung pembaikan.

Tanyalah diri sendiri, adakah kau takut duduk di kawasan perumahan kau? Kalau setiap masa kau perlu risau mengenai keselamatan diri sendiri, apa solusinya? Dah jelas undang2 sekarang tak membantu mencegah jenayah2 ni sebab makin lama, makin ramai pulak yang makin berani.

Tapi ini ajakan aku.
Kalau orang jahat jadi lagi berani, kita kena jadi lagi berani. Kalau orang kita suka share video2 yang menakutkan kita, kita jadi orang yang berani lawan benda2 yang terpapar dalam video tu. Sebab kalau kita sekadar share video, kita hanya sebarkan ketakutan, tapi kita tak buatkan orang nak bangun melawan.

Kita tengok video bukan untuk rasa takut, tapi tanam dalam diri, kalau nampak jenayah, jangan takut nak melawan. Kau tau apa rewardnya mati mempertahankan hak sendiri? Kau tau apa rewardnya mati mempertahankan hak orang dianiaya? Pencuri akan masih berani mencuri kalau dia tau orang tak berani lawan dia. Kalau kerajaan tak wujudkan sesuatu yang menakutkan orang nak buat salah, kitalah yang kena protect diri kita sendiri.

Selamat Datang 2014 dan bangunlah melawan.

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bro, turun tak mlm ni?

Mrs.Critical Thinking berkata...

Nice one... At least artikel ni membuka mataku juga. :) Keep on writing!!

Tanpa Nama berkata...

terkena pula atas batang hidung aku. memang selalu aku berfikiran macam tu sebab badan tak berapa nak besar, kang kalau apa2 berlaku susah nak lawan balik. Jadi aku selalu amek jalan selamat dengan buat2 tak nampak je. bila ko buat artikel aku nampak yang aku buat selama ni memang salah. aku akan buang sikap ini

-khairul-

Xeno berkata...

aaaaaaaaaaaaa

nazrul ali berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nazrul ali berkata...

insyallah azam..

tq atas peringatan ni bero..

btw, tolong orang akan buat hati kita rasa senang sebenarnya:)

Tanpa Nama berkata...

Aku doakan agar spesis tolong ambilkan gambar mangsa ragut, kemalangan, buli/belasah, bencana manusia semakin kurang.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih bro...

1 penulisan yang cukup baik dengan pesanan yang mulia.

Niatkan pertolongan kita kerana Allah Ta'ala. Segala urusan lepas tu berserah pada Allahmoga ada berkat dan keselamatan.

Saya selalu teringat stetment 'kita tolong orang nanti Allah akan tolong kita balik...'

Semoga segala urusan kita selepas bejalan lancar.. InsyaAllah.

-hitamputihijau-

Mantot berkata...

aku tak turun.

hari ni aku sokong dr jauh aje la. mlm tahun baru...serik aku keluar KL.




Nayanconi berkata...

Aku memang kena sentiasa fikir negative pasal aku pernah kena rompak sebab ingat orang tue nak tolong aku. Sekarang aku jadi paranoid. Setiap kali jalan sorang malam2 balik kerja memang aku sentiasa berjaga2.

Tanpa Nama berkata...

dulu mak aku fikir positif..Bes tertipu duit oleh adik sendiri..
Sorry, zaman bahaya ne kita kena jaga-jaga. Jangan caya sangat orang. Lainlah ne zaman dulu..

Tanpa Nama berkata...

Aku risau malam ni banyak benih luar nikah yg terhasil

Tanpa Nama berkata...

aku kena berubah debgan sikap aku sekarang.Sebab aku sentiasa curiga dengan semua orang tapi Harap tahun depan akn berubahlah sikap aku ni

Tanpa Nama berkata...

Tahun depan lg bberapa jam je lg abang syg.

Tanpa Nama berkata...

Awak free ke mlm ni contact sy 01134566788 nadia

Tanpa Nama berkata...

Ckp pasal tlg org tepi jalan ni, tringat aku cite aku ni..yg gila bila aku igt balik.

Aku balik keje hr tu lewat sket, 9malam lbh krg. Hujan renyai. Dekat satu selekoh yg agak tajam dan agak gelap, nampak lampu terkelip2 side jalan sebelah sana ..Tgk2 ada 2 ke 3 org mamat ngn motor, tak pasan sgt, gelap..Motor rosak kot. Nampak mcm tgh tak tau nk buat ape diorg tu.

Aku takut tapi at the same time aku mcm..what if diorg mmg perlukan bantuan. Minyak abes, bateri kong, dok tepi jalan kt selekoh bahaya camtu, keta mlm2 laju taknampak kelip2 lampu diorg tu,mmg boleh melambungg tu dgn motor tu.

Aku dah jalan masa tu,boleh aku patah balik g tmpt td.

Handbag aku alih kt side aku and stand by steering lock,haha..Yer, Aku PEREMPUAN, tp takla pakai menjolok mata. Aku g brenti blakang diorg, tp tak berani turun n diorg pn tak dtg kt aku..So aku g kt side diorg at the same time aku mcm kt tgh jalan. Aku nyala hazards n tawakkal gila2 jgn ada keta dtg balakang.

Aku bukak tingkap sikit n tanya, ada masalah ape..
Mamat sorg tu mcm blur n terkejut kot, suara tak bape kuar n ckp "takde ape, takde ape". Aku mcm..ok. And cepat2 blah,haha...Kawasan tu pon blh kata ada mat2 gian jgk..

Aku wat camtu sbb ada penah lori rosak,aku blah n aku rasa bersalah sgt. So dis time aku redah jer...

Tp aku tak galak prmpn bt camni, aku mmg gila sket.

Penah jgk org2 yg aku tak kenal yg sgt baik ati tlg2 aku and aku rasa berterima kasih sgt2 mcm tumpangkan keta masa aku kt bus station sorg2 masa blaja dulu. So I think just pay it forward. Just fikir kita tlg org, Allah mudahkan urusan kita. Jgn hrp org balas. Buat ikhlas. Kurangkn prasangka. Tp waspada tu still kena ada.

Aku malu dgn omputih yg akhlaknya sgt Islam. Berenti keta n tlg makcik melintas, alih kucing ke tepi. Kalo kita, mampoih kena hon. Tak pon anjing dn kucing tergolek2 n mereput di tepi jalan.

Alamak sori, terpanjang lak.

Toshio (Zharfan) berkata...

Paranoia menguasai rakyat Malaysia akibat jenayah tinggi... Saya tak salahkan sesiapa tak menolong sebab paranoia, saya salahkan jenayah yang tinggi, jenayah ialah akar umbi kepercayaan terhadap orang lain... Selagi jenayah di Malaysia masih tinggi, paranoia dan hilang kepercayaan akan menguasai rakyat Malaysia...

Memang betul indeks jenayah Malaysia memang tinggi...

Tanpa Nama berkata...

buto mantot.cakap nak lawan kerajan..baru jam sikit dah goyang,bajet la kau.blum tahap pegang pistol acu kat org lagi..keyboard warrior yg mengharap dunia jd perfect dgn tulisannya..oh baru aku teringat kau ni org melayu....

Toshio (Zharfan) berkata...

Ini bukan fikiran positif atau negatif, ini soal kepercayaan, apabila hilangnya kepercayaan akibat sesuatu punca (jenayah), masyarakat paranoia terbentuk, saling tidak mempercayai...



Tanpa Nama berkata...

fikiran ko memang geliga la tot,nape dari dulu aku tak baca blog ko,sentiasa di luar kotak . yang penting ko bukan macai, aku tabik kat ko tot...

Tanpa Nama berkata...

ko ade...

Tanpa Nama berkata...

Bukan mcm tu la. Sebut, "ko hado??"

Tanpa Nama berkata...

Allah dah bagi cara untuk tangani jenyah tapi pemimpin bongkak taknak ikut. Buat undang-undang ikut kepala otak dan nafsu sendiri.
Yakinlah wahai sahabat, andai hukum tuhan dilaksanakan, pasti kadar jenayah akan TURUN dengan mendadak. Tak percaya? Tepuk dada tanya iman.

Tanpa Nama berkata...

aku pernah tolong sorang aci india..sekalinya dia nak pau aku..sampai skrg aku takkan tolong bangsa aci-aci ni...terpulang la org nak ckp aku ape.

Amir Yugi berkata...

Salam.

Ni sama kes dgn orang2 yg minta sedekah kat KL.

Secara rasional, memang ak tahu ada sindiket pengemis kat KL. Lagi ak buat kiraan kutipan, roughly dia mesti bole dapat RM50++ per day. Kerja 20 hari, sebulan dapat RM1000. Lepas tu, ada yang bawak anak. Fine, nak tinggal anak dia kat mana kan?

Tapi, kalo ak jumpa, kalo ada duit RM1, ak mesti bagi. Bukan sbb ak nak show off, tapi Nabi Muhammad SAW kata, bagi jer sedekah walau kepada orang kaya, pelacur dan perompak. Sbb kita akan dapat apa yg kita usahakan, dia akan dapat apa yg dia usahakan.

So, jangan pikir banyak. Kalo was2 bagi jer RM1. Kalo mmg kenal dia susah, bagi lar lebih :D

Tanpa Nama berkata...

Allah maha besar ! lps bc entri mantot yg ni, aku tekad ~ tolong org yg meminta tolong ~ tawakkal dan berdoa mohon perlindungan Allah ~ redha andai di timpa dugaan buruk semasa menolong ~ Allah ya rabbi ~

wak sam berkata...

jerk ramai, asshhoole pun ramai, yg ngikut2 ramai. Sebab tu sekolah kena ada pengawas round. Kalu cikgu displin dia x shallow, dia akan ambik pengawas yang tak poyo sangat, bole campur rakan & rajin. Kalu kes kete contoh, kalu pengawas round, dia mesti jumpa dulu, kalu ada asssshhooole mesti cabut, xbole carik makan tepi jalan, jadik kalu ada security mcm tu org berani tolong. Zaman aku kecik2 dulu, kalu ada org tepi jalan bapak aku pick je kalu sejalan, sebab biasa ttinggal bas. Dinegara yg civilize, pengawas ni senang jumpa dimana2 & quite nice. Kalo ko tengok cite hong kong polis bejalan berdua, tu la ko jumpe kat sana, mcm dlm drama hehe, gi la sana.. So bila pengawas ni bagus, jerk tadi jadik golongan minoriti, xbole carik makan, dia korek2 dalam tong sampah je. Kita tak boleh ubah manusia, tapi boleh ubah budaya. Kalau ada sebilangan kita yang sedar, kita tak akan sangka mudahnya mengubah budaya, kuncinya ialah rantaian, buat jahat berantai, buat baik pun berantai.

Ps kalau rasa aku ni ckp byk, aku ckp la ni, bukan belagak, tp buat panduan, korang pun bukan tau aku sape. Haritu ada orang tua menolak basikal roda 3, tua sangat la org tu, tolak pasal tayar bocor bergelong2, berapa jauh dia tolak tak tau, bepeluh2, xde sape ambik tau. Aku baru keluar simpang nampak rasa nak manangis, igt mak aku yg dah tua. Aku park je kete, soh bini aku takeover, aku tolong tolakkan ke kedai basikal, x la jauh sgt dlm 500m, tp kena lintas jalan 4 lane, tu pun xde sape simpati nak berenti bagi laluan, aku jalan bodo je la, ko nak langgar sukati, last2 berenti juga. Sampai kedai tu pun aku soh tengokkan rosak & bayarkan siap2, berapa ringgit je la, x luak duit aku. Kalu igt2 masih rasa nak menangis, apalah nasib org dah terlampau tua kita, masih kena pergi pekan carik barang. Utk anak2 aku biasakan, makan igt org lain, sampah bawak buang dalam tong, lg x jumpa bawak, makan mcd/kfc clearkan meja terus buang dalam tong dia. Pelan2 buat dalam lingkungan sendiri, family members, kawan2, nanti dia akan merebak juga.