Disember 12, 2013

The Solemnization of My Ass

Minggu lepas aku berborak dengan seorang member aku kat ofis. Saja aje la borak2 sebab lama jugak aku tak nampak dia. Dia menghadapi satu masalah yang aku rasa ramai hadapi lepas kahwin. Isteri dia gaji lagi besar berbanding dia. Membuatkan dia rasa malu, rendah diri dengan mertua dan dia try nak tukar kerja tempat lain sebab anak pertama nak muncul di dunia.

Aku rasa semua lelaki mengalami masalah ni. Rasa rendah diri bila isteri kita jauh lebih berpangkat dan bergaji lebih besar dari kita. Kes macam ni akan jadi lebih teruk kalau si suami mula rasa yang sebab isterinya punya amaun lebih besar, dia patut biar isteri dia decide.

Ada jugak yang kes akhir zaman bila isteri yang kerja, suami duduk rumah tunggu isteri bagi duit, tapi itu kes lain la. Ini kes orang kebanyakan kita, yang suami kerja kerani, isteri kerja manager dan lain2 lah. Ini kes suami yang ada kesedaran tapi terasa rendah diri sebab isteri dia punya wang lebih banyak. Suami rasa dia tak mampu provide sama macam isteri dia boleh provide.

Untuk merungkai persoalan ini ; aku tanya lah, kenapa perlunya rasa rendah diri?

Aku rasa lah, rasa rendah diri tu muncul sebab dalam masyarakat zaman sekarang ni, kita dah ambik nilai duit dan nilai kekayaan sebagai value of somebody. Banyak duit, orang itu lebih bernilai. Jadi kaum lelaki ni mempunyai rasa malu sebab pada kamilah, bila kau kaum hawa punya gaji lebih besar, itu seolah-olah merendahkan nilai ketua keluarga. Ketua keluarga sepatutnya orang yang paling hebat, paling bagus dan paling pandai. Macam kita nilai kerajaan lah, kan?

Tapi bagaimana pula kalau aku katakan perasaan rendah diri tu salah sebenarnya, sebab kalau kau rasa rendah diri gaji kau lagi kecik berbanding isteri, kau salah!

Sebab dalam sesebuah keluarga, tugas membentuk keluarga itu jatuh ke atas tangan suami. Bukan atas tangan dan kuasa isteri. Jadi, kalaulah kau seorang buruh kasar dengan gaji RM1300 tapi isteri kau gajinya RM5678.00 lepas tolak EPF....janganlah kau bentukkan keluarga kau ikut apa yang isteri kau boleh provide, tapi ikutlah apa yang kau boleh provide.

Masalah zaman sekarang ni, suami kerja kerani, isteri nak pakai kereta Toyota Vios. Suami kerja tukang kebun, isteri nak hidup macam Rosmah Mansor. Ada kes camtu? Ada. Aku tak kata semua aa. Di sinilah pentingnya peranan isteri agar memahami satu benda....lelaki paling susah hati kalau ego dia rendah. Kalau gaji kau besar berbanding suami kau, kau perlu paham satu benda yang sangat penting......

....Kau kena adjust hidup kau supaya sesuai dengan apa yang suami kau boleh provide. Tak kiralah gaji kau 5 kali ganda gaji suami kau pun. Kadang2 permintaan perempuan ni tak realistik, kan? Kau ingat kenapa Najib susah payah kerja keras sebagai PM? Nak majukan Malaysia? Kah kah kah.

Kalaulah kau belum berkahwin, meh sini aku bagitau kau satu benda. Kalau gelfren kau sekarang ni punya impian yang tak munasabah pasal hari perkahwinan sehingga kau terpaksa buat loan bank untuk penuhi impian wedding day dia, dia takkan stop mintak benda2 camtu lepas kau kahwin.

Waktu tu, lepas kau dah buat, kau dah tengok semua benda, apa lagi inisiatif kau nak guna cuba penuhi impian isteri kau kalau hantaran perkahwinan dia kau dah bagi beg tangan bertatah permata? Paling penting, kau kena ingat, kalau dari awal perkahwinan lagi kau dah bagi dia bulan dan bintang, isteri kau takkan cukup dengan bulan bintang lagi lepas tu...dia nak planet, dia nak matahari.

....Lepas kahwin kau masih lagi tanggung hutang kahwin, macam mana kau nak build up daripada apa yang kau dah provide untuk dia dari awal?

Meh sini aku jelaskan dengan kau secara terang dan jelas; Perempuan yang meminta2 sesuatu di luar kemampuan kau sebelum bergelar isteri, dia tak layak kahwini kau. Ditch her fast man. Nanti2, apa yang dia akan buat adalah membuatkan kau rasa kau tak layak untuk dia.

Aku tak tau kenapa orang Melayu terpengaruh sangat dengan budaya orang putih yang mendewakan sangat wedding day. Sedangkan wedding day dalam Islam ni sangatlah mudah sebab apa yang perlu kita usaha bersungguh2 adalah hari2 selepas wedding tu. Kadang2 aku tengok wedding orang Melayu ni dah jauh lebih mewah berbanding orang putih sendiri dengan gaun putih ala English, reception, solemnization, what the fuck....kau takleh ke panggil benda tu akad nikah ijab kabul majlis kenduri? Solemnization my ass. Kau melayu!

Kembali kepada persoalan asal, perlukah lelaki rasa rendah diri jika isteri kau gaji lebih besar berbanding kau?

Satu masa dulu, ada seorang pemuda. Pemuda itu digajikan untuk meniaga di negeri mereka oleh seorang janda yang sangat hartawan. Janda itu pula sebenarnya telah lama jatuh hati dengan pemuda itu lalu dia pun cuba merisik2 untuk berkahwin dengan pemuda itu lalu mereka pun berkahwin dan mempunyai ramai anak.

Siapa janda itu? Siapa pemuda miskin itu? Aku bukan bercerita mengenai Rozita Che Wan aaa!

Kenapa perempuan sekarang lebih memilih bakal suami yang kaya sedangkan dirinya sendiri tak punya apa2? Kenapa lelaki sekarang perlu ego yang cukup, duit lebih banyak untuk menjadi ketua keluarga? Semua tu duit punya cerita. Kalau betul cinta, miskin papa kedana pun harunglah sama2.

Ekonomi sekarang pun makin teruk kan? Dah la kos membesarkan anak mahal nak mampus. Kita pakat2 la kurang meminta2 bersama-sama. Kalau tak perlu berjalan, takyah la pegi berjalan. Dah la sekarang ni kau berjalan mana2 ada timer......timer parking.

Lagi sekali...sapa panggil kenduri dan akad nikah ni "solemnization" adalah seorang douchebag. Douchebag!

ps - Baju kahwin kain net yang jarang2 ni patut diharamkan lah oleh JAKIM.


36 ulasan:

Unknown berkata...

salam tot

tq tot sbb meluahkan apa yg terpekung dalam hati aku , tq tot

peace!

Tanpa Nama berkata...

bab ni aku nak komen. selalu aku jd silent reader je.

apa yang difikirkan betul.

mcm aku gaji lebih tinggi dr suami even gaji aku biasa-biasa je.

honestly, aku masih makan dan minum pakai duit die.

dan ttp jalankan kewajipan die ikut kemampuan die.

bila aku hidup cara die, sbnrnya takde mslh pun.

bile kita tak nilaikan value duit, tu lah kebahagian sebenar...

nazrul ali berkata...

Mindset orang sekarang berpaksikan materialistik..

Siapa ada duit lagi banyak, dia lagi ada nilai..ao sad but that is the reality nowadays..

Btw, pemuda yang kahwin dengan janda jutawan tu ialah Nabi Muhammad SAW..

hikari berkata...

marah betul ko ni..

solemnization.. haha.. aku cadangkan lepasni ko tulis entry pasal solemnization vs akad nikah

Zulhilmi berkata...

saja nak inform yang ps tuh..

kami masa dalam kelas islam dan isu semasa (UTMSPACE) dan ustaz yang mengajar tuh salah sorg dari mufti johor.. kami bertanya soalan mengenai kenapa mufti tak fatwakan haram untuk renjis2 beras kat pengantin bagai tuh..

ustaz jawab.. menda tuh dah terang-terang haram, membazir. buat apa nak keluarkan fatwa lagi.

so jawapan tuh boleh lah samakan untuk kain baju pengantin pakai net bola tampar tuh. hehehe

Tanpa Nama berkata...

kerja keras nak bagi bini duit halal tak apa.ni jangan bagi bini sewa private jet pergi 'kerja' pakai duit rakyat.itu jatuh haram masuk neraka

Tanpa Nama berkata...

musti ada rasa rendah diri punya la tot kita manusia

Tu Islam ada rekomen "SEKUFU" sama taraf.. untuk mengelakan benda macam ni..

Boleh je nak kawin isteri jutawan laki miskin etc.. takda masalah dalam Islam pon tapi ada cara dan adabnya.. suami juga isteri..

buat isteri yang gaji besar atau suami la yang tangung isteri segalanya ada tak ketikanya pasangan buat hal kecewa sangat terdetik kita ni lebih baik kita penat lelah hasil usaha tapi pasangan tak hargai.. :)

kalau ada fikir balik ko buat untuk apa untuk suami/isteri atau untuk Allah.. :) kalau kau buat semua tu untuk pasangan ko untuk manusia ko takdan dapat balik apa yang ko harapkan.. Sebaiknya buat la untuk Allah.. inshaAllah tuhan akan balas dengan sebaiknya kalau bukan dari pasangan kita dari mana-mana yang kita tidak akan sangka.. jadi ikhlas la kerana Allah S.W.T.

Tanpa Nama berkata...

Hahahahaha... aku suka ni... A++ untuk hang mantot. solemn solemn pelaq apa.. palabutoh melayu yang bajet urban.

Tanpa Nama berkata...

Well said.well done.aku suka ayat terakhir.ustaz ustazah cakap riuh sekampung keluar tv patut baca ini.sibuk keluar hadis itu ini pasal melayu.tapi yang nikah kain baju jarang tak pakai tudung tak de orang keluar hadis

Tanpa Nama berkata...

wedding of the year yang dikejarnya tottttt...pastu tukang komen ni kemain betul like like like kat page blogger gossipers tu..pastu bergaduh2. hahaha

Susie berkata...

I like this post. Sangat2 suka dan sangat2 setuju. Sebenarnya, lelaki harus bertindak lebih tegas dalam hal2 mcm ni. Jangan kelihatan terlalu lemah hanya kerana bergaji atau berjawatan lebih rendah. be confident.

Bila perempuan tu tahu yang lelaki pilihan dia bergaji/berjawatan lebih rendah dan masih meneruskan perhubungan sehingga berkahwin, maknanya gaji/jawatan bukanlah penentu kasih sayang dia. Maknanya dia mmg betul2 sayangkan lelaki tu.

i left someone that i love the most, sbb hari2 bergaduh pasal benda mcm ni. Hari2 dia meluahkan rasa down dan malu sbb bergaji dan berjawatan lebih rendah. sampai hati rasa nak menjerit 'heyyy, aku pilih kau bukan sbb harta la!!!'
dek kerana sayang sangat kat dia, aku lepaskan dia. Xnak dia terus menerus rasa down.
(xde jodoh agaknya)

Is marcelo berkata...

I beg to differ mantot

Jika cerita pemuda yg ko bawak tu merujuk kpd Rasulullah, aku x stuju jika ko mgatakan bahawa Rasulullah seorg yg miskin sblum berkahwin dgn khadijah.

Sbb apa?
1. Nabi ialah seorg anak dr kalangan bangsawan di kota mekah. Atoknya abdul mutalib ialah ketua mekah. Bapak sedara dia abu talib ialah seorg pembesar mekah. Jd x logik mengatakan nabi seorg miskin sdgkan keluarga sekeliling dia adalah dr kalangan keluarga yg kaya-kaya. Kalo ikut sjarah, nabi ni cucu kesayangan abdul mutalib. Gila ko abdul mutalib nk biarkan cucu dia nabi miskin papa kedana?
2. Bapa nabi abdullah ialah seorg hartawan, wafat ketika pergi berniaga luar dr kota mekah
3. Dr kecik nabi diajar bapak sedara pegi berniaga ke syam. Ko agk2 berapa jauh mekah ke syam? Jauh beb. Naik unta plak tu. Skali pergi berdagang dgn puluhan unta. Berbulan baru sampai syam ok?
4. Nabi dah disediakan sebuah tempat special di tepi kaabah oleh atok dia. Bkn calang2 org boleh dpt kedudukan terbaik mcm tu
5. Nabi dihormati msyarakat kerana kedudukan dan akhlaknya yg terpuji. Baginda digelar Al-Amin, satu gelaran yg punya tahap yg tertinggi dr kalangan org mekah.
6. Diagkat jadi hakim pd usia yg muda smpai boleh selesaikan masalah perletakan batu hajarul aswad.
7. Kota mekah wktu tu dah jadi pusat ibadat dan perniagaan. Stiap tahun org dtg mgerjakan haji di mekah. Dah maju pun. Ko xleh samakan kota mekah maju dia mcm pekan pontian kt kg aku tu.

Tukarlah mindset kita. Nabi x miskin mcm yg kita fkir. Nabi dilahirkan kaya, tp wafat dlm keadaan miskin sbb harta dia habis dikorbankan utk islam n umat mcm kita semua. Aku dr kecik dh diajar mcm tu tp bila dh besar kita spatotnya dh boleh fkir apakah yg kita blajar tu benda yg btul ke x. Entah2 kita blajar dr ustaz yg dh dijajah otak dia mana ko tau? Hahaha

Tanpa Nama berkata...

aku depress pasal masa depan, gadis aku punya gaji komfem2 beza dkt rm2k ngan gaji aku nnt, dah lama dok fikir mende nih tot, dlm 2mggu aku rse mcm nk breakup jerk ngan bakal doktor

then terbaca ko nyer post nih hari nih. aku rse Allah nk tunjuk kt aku harta bkn segala2nya kot, tuh yg ko ter-ilham nk tulis post nih.

thanks for this blogpost, aku rse ramai laki mcm aku akan tersedar balik perempuan yg diorg syg xkisah pon pasal gaji laki

Tanpa Nama berkata...

pakai rantai 13 juta.jangan cerai sudah

Tanpa Nama berkata...

Kain net jarang2 tu namanya lace...ehehe..

NH berkata...

perempuan sekarang mahukan seorg lelaki yg menghormatinya..bukan yg naik tgn..maki maki...jadi..kalau gaji suami kecik pun xpe.asalkan dia sayang n lindungi kita seikhlasnya..alhamdulillah...

plain83 berkata...

Anon yang komen psl 'SEKUFU', komen kau terbaik kat sini ^^

Tanpa Nama berkata...

Kalo suami yg fikir duit bini utk sesak bg kemudahan die je nak kire mcm mane 2...nak berkira sgt dah suami tp kalo wat kt mcm bank besar non paying 2 rase2nye...antara rase hormat pd suami @ menipu perasan sendiri bahawa jgn la berkira ngan suami sendiri

Ah Beng berkata...

Tolak ansur tu penting dalam situasi begitu. Both of the pasangan perlu tau peranan masing2.. like Mantot tulis lah.. jgn jadikan jumlah yg tertera dalam slip gaji tu sebagai ukuran utk siapa control siapa. Sebab tu dalam agama pun kriteria pertama adelah agama :-)

Tanpa Nama berkata...

saya bernikah dengan suami dulu bukan kerana gaji,suami hanya hospital assisstant saja dan saya senior manager sebuah bank.bercerai bukan atas bezanya gaji,tapi celupar mulut mak mertua.selepas bercerai kami lebih saling sayang menyayangi.kami tidak rujuk kembali sehingga sekarang[duda dan janda] dan anak kami seorang pensyarah dan seorang lagi dokter perubatan.pembuktian sayang itu datang dari hati yang ikhlas dan bukan gaji.

Haris Zuhaina berkata...

http://zakariasmini.wordpress.com/2013/12/09/a-week-in-the-malaysian-hell/

Mrs.Critical Thinking berkata...

Well can't agree more with you this time. Keep on writing!!

Tanpa Nama berkata...

Kahwin ni betul kalau boleh di buat.. buat secara sederhana dan tak membazir. Tapi bagi saya, kalau pasangan yg kahwin tu kalau mampu nak buat majlis yg sedikit meriah, contohnya di hotel jikalau mampu dan tidak berhutang, apa salahnya admin?? Kau punya artikel ni sedikit sebyk mengguris hati pasangan2 yg dah kawin yg melangsungkan perkahwinan mereka yg mgkin pada pandangan org lain dilihat membazir dan rugi, tetapi tidak dari segi kemampuan mereka. Jadi jgn la bersikap double standard di sini.. nnt nmpak sgt dengki tu. Satu lagi.. berkenaan sebutan akad nikah, ikut individu la nak panggil akad nikah ke, solemnization ke.. ikut bahasa india ke, german ke janji maksud dia tu sama. Jangan lah jadi katak bawah tempurung sgt, kalau kau ni betul la nak fight melayu ni nak guna produk melayu je, kau pergi buang skrg brg2 import yg ada kat rumah kau. Kasut onizuka kau ke, kereta buatan jepun ko ke... dan kalau boleh jgn langsung guna bahada inggeris. Baru lah tak hipokrit. Jangan lah jadi melayu bangang yang bersikap dengki. Bergembiralah utk mereka yg dh berkahwin. Mereka mampu. Ko ado???? Puihhhhhhhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

x kesah pon bakal suami gaji rendah, hati tu yg penting..ikhlas. Ikhlas saja semata pon xleh gak kn..malas nak berusaha bagai xley jln gak..atleast lelaki tu kene lah berusaha bersungguh2 sebagai bakal ketua keluarga,mula2 berdua..ti dah ade anak2..mula2 makan berdua ayam separuh kongsi berdua...abes tu dah de anak dua tiga..xkan nak beli ayam separuh gak kn..contohhh...haaa..xkan nak mcmtu je..atleast berusaha la kn supaya lebih maju demi masa depan keluarga...macam ayah saya..;)
tp bak kata nasihat ayah saya...dah kawin ti..InsyaAllah rezeki lebih murah..;)
tapi terpikir gak..admin kate si isteri kene pandai2 ADJUST dengan kemampuan si suami....then si suami yang EGO nye setinggi-tinggi nyer tuh..ape salah nyer rendah kn siiiiikit je..kn demi kebaikan bersame..kn..peace yer..;)

Fara Abdul berkata...

aku cuma nak komen pasal gambar artikel tu: KAHWIN LEBIH UNTUNG

secara ekonomi aku setuju kahwin lebih untung tapi dengan syarat: KAHWIN TAKDE ANAK (x kira anak sendiri atau anak angkat)

sebabnya spt yg ko bgtau, kos menanggung anak sgt mahal dan makin meningkat. jadi, kalau kawin dan beranak sebenarnya lagi rugi (termasuk stress) daripada bujang.

Tanpa Nama berkata...

Tau x pe. Cuba guna bangsat ke, bajingan ke, daripada douchebag. Hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Setuju. Kalau dah berkemampuan tu x salah rasanya asal kan niat bukan untuk bermegah atau menunjuk2. Kita mana tau mereka mungkin kerja keras untuk berjaya. Tapi jangan la berlebih lebih yang obvious dan buat orang mengata itu ini. Lagi satu. Lelaki ni kalau dah tahu kedudukan dia x separas wanita dari segi kewangan dan kerja, pandai2 lah berusaha lebih sikit. Jangan la duduk selesa sangat macam xde inisiatif nak majukan diri. At least nampak dia bekerja keras untuk kehidupan yang lebih baik. Kadangperempuan ni x meminta pun atau mintak yang pelik pelik. Tapi give and take tu kena ada la. Just my two cents. :)

Tanpa Nama berkata...

Bagus punya post! Kepada kaum lelaki - tak semua perempuan yg gaji lebih banyak dr lelaki menilai dari segi wang/jumlah gaji. Lelaki perlu lebih yakin tentang kesediaan perempuani untuk melayar bahtera bersama lelaki sugguhpun gaji kecil. Yg penting ada komunikasi baik & sefahaman agar dpt jadikan perkahwinan itu utuh & kekal spjg hayat :)

Tanpa Nama berkata...

Ko ada point. tapi ko kurang adab ketimuran. cara cakap ko.... ko tak layak bercakap tentang ini. Mesej ko baik.. cara ko tidak. Ko mengajar orang menjadi kurang ajar, kurang berbudi bahasa.

bertanggungjawablah sikit bila menjadi penulis. Hanya kerana tak ada siapa review kau, tak semestinya kau tak perlu bertanggungjawab kepada apa yang kau salurkan dan ajarkan kepada orang ramai.

kalau tak mampu memberi kebaikan, diam.

Tanpa Nama berkata...

Mcm bagus pulak mamat ni, super sensitif sangat. Suka hati mantot ler nak tulis macam mana. Kalau x suka pergi buka blog sendiri.
Kalau nak baca yg sopan santun, baca lah warta kerajaan. Kalau x lebih baik diam

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkahkah. Ada kebenaran disitu. Kalau nak dengar cakap sopan dengar najib berbicaralah. Apa yang penting adalah mesej yang nak disampaikan. Cara penyampaian yang bersahaja atau cakap lepas menghiburkan dan buat orang rasa nak baca.

Kalau nak serius baca suratkhabar bang.

black novel berkata...

tapi cuba tengok lelaki pun nak gegirl yang macam mana.kena tanya hat tang laki jugak
duk tengok laki pun takmau hat gegirl besa2.depa pun pilih nak gegirl cantik,hot,anak orang kaya pastu belajaq pandai lagi dari depa.depa susah la kalau duk pilih gegirl hat high maintenance ni.

Tanpa Nama berkata...

Pompuan kalau dah gaji besar dari laki, lagak dia lain macam, aku tengah merasa sekarang ni.

Tanpa Nama berkata...

Yup.lelaki sepatutnya lebih berusaha meningkatkan diri.bukan mengadu tentang kedudukan rendah bagai.kalau ramai perempuan boleh belajar tinggi tinggi,pegang jawatan besar kenapa lelaki tak boleh berusaha.zaman sekarang kena faham.bukan soal cinta, kasih sayang je penting.makan, pakai, belanja anak semua pakai duit.sebab tu org belajar tinggi tinggi supaya dapat kerjaya bagus in the future.dalam islam pun cakap cari pasangan sekufu.so if you think your partner is sekufu then just go with it

Tanpa Nama berkata...

Yup.lelaki sepatutnya lebih berusaha meningkatkan diri.bukan mengadu tentang kedudukan rendah bagai.kalau ramai perempuan boleh belajar tinggi tinggi,pegang jawatan besar kenapa lelaki tak boleh berusaha.zaman sekarang kena faham.bukan soal cinta, kasih sayang je penting.makan, pakai, belanja anak semua pakai duit.sebab tu org belajar tinggi tinggi supaya dapat kerjaya bagus in the future.dalam islam pun cakap cari pasangan sekufu.so if you think your partner is sekufu then just go with it

Tanpa Nama berkata...

camana pulak kalau suami gaji lebih tinggi daripada isteri tapi kedekut taik idong masin...kebanyakan benda isteri yg bayar dan uruskan..
pastu duit sendiri entah buat apa..
sampaikan kereta pon nak pakai toyota vios, isteri yg bayar tapi suami yg pakai...hahaha~