Disember 20, 2013

16 Contoh Kezaliman Kerajaan Barisan Nasional Kepada Malaysia

1. Majalah Mangga, UTRV dan sisipan Pancaindera masih lagi diterbitkan. Suratkhabar, majalah dan buku yang mempunyai pandangan politik berbeza sekejap sahaja diharamkan.

Zalim kepada ; golongan wanita yang jadi bahan tatapan lelaki satu Malaysia. Merendahkan martabat wanita dan agama dan rakyat yang cuba mendapatkan kedua2 pihak punya pandangan. Orang Melayu gemar berposing depan kamera untuk melariskan suratkhabar yang penuh dengan artikel karut belaka.

2. Menghalang perbincangan politik di masjid.

Zalim kepada ; Ahli agama yang nak memperbetulkan negara.

Kenapa perkara ini dilarang? Sebab kerajaan tahu, jika dibandingkan dengan apa yang agama anjurkan, kerajaan sudah jauh menyimpang. Lagipun, kau fikirlah, cuba kau berbincang pasal politik negara dalam rumah Allah ni...kau tak rasa ke ada perasaan perlu menjaga lidah dan hati semasa perbincangan? Kalaulah BN dan Pakatan boleh duduk dalam masjid dan berbincang....kan ke lagi dipercayai? Setakat ni masjid hanya diguna oleh kerajaan untuk sumpah liwat sahaja atau bagi peluang wakil rakyat berucap pagi Raya....selain daripada tu? Takkan itu aje fungsi masjid pada BN ni?

3. Melarang pelajar IPT melibatkan diri dengan parti politik atau menyatakan sokongan kepada pembangkang tetapi jika pro Barisan Nasional, boleh pula.

Zalim kepada ; pelajar yang punya pandangan berbeza.

Bagaimana pula seseorang yang sudah boleh diberi kelayakan mengundi tidak dapat menyatakan pendapat politik secara terbuka? Asalkan belajar tak terganggu, apa salahnya? Yang pelik, kalau kempen UMNO, tidak pula dikenakan tindakan disiplin malah diberikan bantuan kewangan.

4. Menggunakan kuasa untuk menghalang kebebasan suara dalam parti.

Zalim kepada ; orang penyokong UMNO dan ahli UMNO yang cuba untuk menyuarakan pandangan yang dirasakan lebih baik dan selalunya berakhir dengan keluar parti, tindakan disiplin atau digelar sebagai "pengkhianat Melayu."

5. Melagakan dan menggunakan isu perkauman setiap kali berlakunya ketidakstabilan kuasa pada Kerajaan.

Zalim kepada ; seluruh Malaysia. Kita seolah2 dilatih untuk mempunyai sikap prejudi dan skeptik terhadap bangsa lain.

6. Tidak melaksanakan apa yang disebut di dalam manifesto tetapi melaksanakan apa yang berlawanan dengan manifesto dan menggunakan alasan "semua ini lebih baik untuk rakyat Malaysia" padahal, sebelum PRU, bunyinya berlawanan pula.

Zalim kepada; seluruh rakyat Malaysia yang bukan kroni.

7. Mengutuk pembangkang dengan mengatakan "pembangkang takkan mampu memenuhi manifesto PRU13 yang dijanjikan sebab tidak realistik dan tidak berpegang kepada realiti, sebab itu rakyat kena pilih Barisan Nasional!"

Zalim kepada ; pembuat manifesto Pakatan, seluruh rakyat dan diri sendiri kerana telah meungkiri janji yang tidak ditunaikan.

8. Mencipta satu propaganda yang cuba menutup kemunculan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 5.

Zalim kepada ; Pakcik Abdullah Badawi.

Kau tak perasan benda ni? Benda ni memang berlaku. Diorang tak nak kita ingat legasi Pak Lah sebab pada UMNO, Pak Lah adalah titik hitam sejarah UMNO dan UMNO cuba menutup sejarah ni. Mungkin pada waktu tu, aku masih lagi mentah jadi aku tak dapat berfikir dengan betul, tapi betul ke Pak Lah bodoh dan tak buat kerja seperti yang digambarkan? Atau sebenarnya, apa yang Pak Lah buat tak selari dengan cara UMNO bekerja dan orang2 dalam UMNO tak suka benda tu berlaku? Wallahuallam...banyak cerita yang aku dengar menunjukkan Pak Lah sebenarnya adalah mangsa keadaan dan kini, propaganda dah berjaya membuatkan ramai orang anggap, dia lemah dan kuat tidur.

9. Melantik ahli-ahli agama yang menggunakan agama yang sudah diputar belitkan untuk memenangkan kerajaan dalam isu2 agama.

Zalim kepada ; Ahli Agama yang diconvert jadi macai, rakyat jelata dan agama sendiri.

Ahli agama UMNO ni punyalah bising pasal pelbagai benda yang berkaitan dasar kerajaan tapi masalahnya, kadang2 small issues macam point nombor 1 aku tak ada pulak dia nak tegur. Mungkin dia rasa benda tu small matter tapi untuk aku, benda tu lah sebenarnya perosak masyarakat ni.

10. Memutarbelitkan isu hudud.

Zalim kepada ; orang ramai yang semakin risau kadar jenayah yang teruk dan  orang bukan Islam kerana ditipu dan mereka jadi takut dengan hudud.

Fikir la sendiri...orang Melayu, takutkan bukan Islam, supaya takut dengan hudud, sebuah undang2 Islam, padahal, dia sendiri Islam...tak kelakar ke?

11. Memaksa orang miskin merayu dan penggunaan wang zakat sebagai pusingan perniagaan.

Zalim kepada ; orang susah.Orang yang berhak terhadap wang zakat.

Lihat sendiri prosedur macam mana nak dapat duit zakat. Susah. Memang susah. Tah-tah kos nak uruskan benda2 tu (transport, kos makan bila keluar rumah) dah sama macam bantuan zakat bulanan.

Dan kau tau tak sebenarnya, wang zakat ni takleh digunakan sebagai modal rolling untuk apa2 benda sekalipun? Sebab orang yang hak untuk dapat wang zakat dah dinyatakan mengikut ayat "Sesungguhnya sedeqah-sedeqah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir, orang-orang miskin, ‘amil yang mengurusnya, orang muallaf yang dijinakkan hatinya, hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang-orang yang berhutang, untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang terputus) dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang difardhukan oleh Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah: 60).

Jadi, apa rasionalnya wang zakat digunakan sebagai modal perniagaan kalau wang zakat boleh digunakan untuk menghapuskan pelbagai lagi masalah lain? Apa perlunya bangunan tinggi untuk pejabat zakat kalau masih lagi ada orang miskin kat Malaysia?

Kalau dah tak ada orang miskin, nak bina bangunan elok sikit, binalah. Tapi bantuan zakat perlulah diberi kepada mereka yang paling berhak, iaitu orang susah sebelum wujud sebarang perancangan nak bina apa2 untuk Lembaga Zakat ni.

Kau percayalah, kalau zakat digunakan dengan betul, tak ramai orang Islam ni susah, tak ramai orang Islam ni berhutang. Tapi sistem kita sayang riba...nak buat camna?

12. Undang-undang dibahagikan kepada dua ; undang2 untuk orang ramai dan undang2 untuk kroni.

Zalim kepada; semua orang.

Proses keadilan tidak dapat dilaksanakan dengan baik kerana campur tangan politik. Pihak Menteri dapat menggunakan pengaruh untuk menyelamatkan diri jika mereka didakwa atas kesalahan rasuah atau pecah amanah manakala rakyat yang curi sikit2 dihukum sekelip mata.

13. Menganggap majoriti rakyat Malaysia bodoh dan hanya geng2 diorang dan anak2 diorang pandai.

Zalim kepada ; semua orang Malaysia dan Universiti yang memberikan kelulusan kepada Menteri2 ni.

Kau tengok sendirilah macam mana menteri2 ni respon bila ada isu...nampak benar diorang ingat kita ni " manusia tahap ayam yang suka baca URTV dan Harian Metro hari2, otak penuh dengan drama cinta dan filem seram, suka bergosip pasal minah yang dapat gambar konek pelakon lelaki dan gembira benar dapat BR1M sebab kerajaan adalah savior umat Melayu."

Bila kita dah tengok Menteri punya statement bangang, kita akan tengok pulak, dia ni belajar mana dulu. "Ohhh...ada PHD dari Universiti ni...memang takde kualiti punya PHD dia ni..." Habis jatuh reputasi. Sapa sini masih lagi memandang slack Oxford masa KJ buat perangai bangang dia satu masa dulu? Panggil orang ramai beruk? Seorang graduan Oxford panggil orang ramai beruk? Apa standard dia ni?

Tapi tu kisah lama la. KJ pun nampak improve sikit skrg tapi masalahnya, bila dia improve di mata rakyat, di mata ahli UMNO dia ni pengkhianat. Adakah lagi beberapa tahun KJ akan dianggap bodoh, nyanyuk dan suka tidur macam Pak Mentua dia? Kita tunggu dan lihatlah.

14. Siapa orang Kerajaan yang lawan Kerajaan, dia akan dijatuhkan.

Zalim kepada ; kerajaan sendiri.

Jika ini adalah mentaliti yang dipegang, Kerajaan Barisan Nasional akan jatuh secara semula jadi. Tak sempat PRU14 pun boleh jatuh. Pada waktu tu, percayalah, jika Najib kata 1+1=11 semua orang UMNO akan terpaksa kata benda tu betul. Sebab dalam sistem kerajaan sekarang, berfikir di luar kotak tidak dibenarkan. Dari atas ke bawah, semua orang mesti mempunyai pemikiran yang sama. Bodoh atas, bodohlah bawahnya. Najib nak semua jadi macai, macai lah dia. Sebab itu, barang naik, minyak naik, tol naik, letrik naik...orang2 ni masih lagi cuba justify yang semua itu baik untuk diri sendiri padahal, poket makin lama makin ringan dan hidup perlu diubah turun. Ada kepimpinan UMNO buat camtu?

15. Oleh kerana protokol, Islam ditolak ke tepi.

Zalim kepada ; Islam, Mak Ayah, orang UMNO dan orang biasa.

Kenapa ramai benar orang UMNO yang lelaki jumpa Rosmah cium tangan dia? Kau pernah terfikir tak kenapa benda tu kerap berlaku? Aku tak pasti sama ada ini adalah arahan pegawai protokol, arahan tidak rasmi Rosmah atau diorang sendiri assume kena cium tangan Rosmah kalau tak dianggap tidak hormat.

Come on bro. Jangan zalim dengan diri sendiri. Kau lelaki. Kau ada telur. Kalau kepimpinan parti dan kerajaan pandang slack dengan kau hanya sebab kau tak cium tangan pemimpin pujaan kau, tak kiralah lelaki ke pempuan ke, kau perlu keluar daripada organisasi tu secepat mungkin. Kalau kau masih lagi duk cium tangan pemimpin2 kau macam dia mak ayah kau, kau zalim dengan diri sendiri, kau zalim dengan mak ayah kau dan kau zalim dengan Tuhan bang.

Yang penting, kau kena ingat, bukan Rosmah Mansor yang beranakkan kau.

Tunduk hormat sudah la dan biarkan situasi tu jadi awkward macam mana pun. Biarlah Rosmah Mansor tarik muka masam dengan kau. Kenapa nak perlu rasa takut? Kau tak ada buat salah pun. Kau menghormati aurat dan batas dia sebenarnya. Mana tau, lama2 dia berubah berenti salam dengan lelaki lain dan berenti peluk Lee Chong Wei? Mana tau kalau ada orang berani lawan dia, dia berubah?

16. Membelakangi Mufti

Zalim kepada ; Mufti yang bersidang, semua rakyat Malaysia, semua yang penghisap rokok, semua terlibat dengan majalah Mangga, URTV dan apa saja majalah/penerbitan/karya/hiburan yang memaparkan maksiat dan manusia yang tak menutup aurat yang tanpa disedari menggalakkan maksiat.

Kau nampak ada banyak rokok yang dijual dekat kedai? Semua tu dah sah-sah difatwakan haram. Kau bukak TV kau tengok drama Melayu kita. Aku berani kata 90% drama Melayu yang ada, haram belaka. Bukan sekadar drama, apa2 rancangan hiburan Melayu lah. Kau boleh baca guideline dia kat sini dan sini.

Apa kerajaan buat untuk sokong apa2 kata mufti ni? Jemput KPOP masuk menari untuk belia. Kerajaan untung Rm140 juta.Woo hoo!

Ada banyak lagi...kau nak tambah, tambahlah.

...........

Jadi, bila kau dah baca dua link JAKIM yang aku bagi tu, pandai2 la fikir sendiri. Kalau kerja kau adalah grafik designer kepada majalah Mangga, kau paham2 la kau sebenarnya elok berenti kerja dan carik kerja lain. Tak percaya cakap aku? Tanya Fathul Bari.

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KAu buat aku tambah sakit kepala bila baca post ini. Bilakah kita sebagai rakyat akan dikembalikan kuasa untuk pilih kerajaan yang kita suka kalau selamanya BN boleh main2 tipu masa pilihanraya? Aku tetap yakin PR menang PRU13 tapi kalah disebabkan penyelewengan dan penipuan sana sini. Walaupun Allah yang izinkan benda ni berlaku tapi tak dpt dinafikan jiwa aku sebagai rakyat terluka

Tanpa Nama berkata...

aku rasa mcm baca blog pro pembangkang la... dah tukar ka... boring le cerita asik pasal umno la bn la... buat cerita lain yg tak semak kepala bleh tak mantot.....

NowPhal berkata...

Memang masanya untuk kita semak kepala pikiaq benda ni. Bukan sebab aku sokong Mantot (haram tak kenai pun), tapi itu la hakikat yang kita kena terima.

So, semakkan la kepala nak cari jalan mcm mana nak berusaha bukak pintu rezeki pada masa2 duit kita jadi makin kecik, peluang kerja makin susah.

p/s: Tolong na, aku bukan macai. This is the reality that we're facing.

Tanpa Nama berkata...

aku suka entry mantot kali ini. ini bukan pasal pembangkang, ni pasal KEBENARAN. dia nak kutuk gomen ke, kutuk PR ke, dia punya pasal la. mana2 yg tak suka, ada 1.68 billion website lain yg boleh diliwat, opsss, lawat, haha.

Tanpa Nama berkata...

8. Mencipta satu propaganda yang cuba menutup kemunculan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke 5
apa pandangan saudara cara Pak Lah menukar dari industri kepada pertanian.. mengujudkan karidor yang gagal dilanjutkan pembatalan projek yang telah dijalankan?
satu aspek kita lihat adalah kesan sekarang kerana tindakan beliau yang lepas .
.

najihah berkata...

Aku sokong point #8...aku n encik suami fikir malaysia akan jadi berbeza if paklah jadi pm for a few more years.....dia bawak ideologi islamic dan ramai umno/bn xsuka...pru12 jadi tempat diaorang kenakan paklah coz they put all the blame on him....terpaksalah paklah kena tanggung semua kesalahan parti,letak jawatan n suddenly najib naik with tagline 1malaysia untuk ambik hati semua pihak(baca:kroni umno/bn),n ketepikan semua islamic ideas yg paklah keluarkan n tabur duit suka2(brim) untuk pancing umdi...kesian paklah....mangsa keadaan....

Tanpa Nama berkata...

aku rasa penat sangat dah duduk negara ni. dah sampai masa kita carpool dengan najib untuk elak kesesakan dan jimat minyak. harap najib yang 'mesra rakyat' tak teragak-agak

Tanpa Nama berkata...

Idealogi sekarang ni banyak yang dah terbalik...sepatutnya yang jadi menjadi benda lain pulak...rakyat pening kepala pemimpin pulak sedap lena tidur beralaskan duit haram...mungkin dorang semua ni patut kembali meneliti cara kepimpinan Rasullulah SAW bukan meneliti cara pimpinan Firaun.

Tanpa Nama berkata...

aku sedih bace tang no 8 tu. i'm not sure for the fact, but it might be true. kalaulah pak lah bertahan beberape tahun lagi, we might see a different malaysia... but oh well, ketentuan tuhan... Allah nak tunjuk betapa UMNO makin tak releven untuk dunia yang dah x berape nak lame lagi ni.. Yuk berubah!!

bende2 gni kite kne sekolahkan orang2 sabah sarawak sbnrnye, sebab?? sebab dorang la PR kalah GE13 aritu...it's not about kelebihan bumiputera anymore..it's about their own pocket. xpaham kenapa dorang xpaham with all umno drama.. haiya!! byk sgt digest drama/filem melayu yg xde moral ni...

*aku rase aku komen lari topik.. but oh well

Tanpa Nama berkata...

kalau boring, pi lah baca mangga ke, urtv ke ... melayu... melayu... semua nak yg senang aje...

Tanpa Nama berkata...

Aku faham perasaan ko kawan.. lepas keputusan pru lepas aku siap demam 2 hari psl kecewa.. aku x sure aku bleh harung lagi benda ni untuk pru yg akan datang..

Tanpa Nama berkata...

16. FAM

zalim kepada; pemain2 bola sepak, kelab2 bola sepak, peminat2 bola sepak, orang yg bcita2 nk jd pmain bola sepak..

diorang gunakan psatuan2 bola sepak negeri utk kpentingan politik diorang sdri...

Unknown berkata...

thumbs up mantot

aku tulis komen ni just utk tunjuk sokong apa hang tulis

dan x perlu tambah apa2 point.

Tanpa Nama berkata...

Love this post Mantot, keep it up!

Tanpa Nama berkata...

Apa yang dapat aku simpulkan dari artikel ni... Pemimpin kita sekarang masih lagi mengamalkan DASAR PECAH & PERINTAH sebagaimana yang pernah di amalkan pada zaman British Kolonial lagi..sampai bila Malaysia harus begini?

Tanpa Nama berkata...

yeahhhh aku 1st!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Tu lah tu..sesiape yang amalkn kebaikan..maka teruskn ...sesiape yg melakukn maksiat suka hati koranglah...di alam dunia ni di takdirkn kita ni bercampur....tampi bila sampai di alam akhirat yg baik masuk syurga..yg jahat masuk nelake...maka tak akn bercampur lagi..kekal di tempat masing2...jadi dialam dunia ni pilih lah jalan yg mana kite suke...

Unknown berkata...

tak kebulur nak cium tangan Rosmah...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum bang. Saya budak baru hidup, banyak yang tak tahu. Saya nak Tanya, kenapa pas geng dengan pkr dengan dap? Karpal terang2 kata langkah mayat saya dulu bila ditanya tentang hudud. Saya nak Tanya, macamana pas nak handle benda nih? kenapa tak jadi parti solo, kene join pkr dengan dap? boleh ke pakatan yang berlainan ideology ni menghapuskan kezaliman ini? sorri kalau bahasa dan ayat tak sesuai untuk pertanyaan.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum bang. Saya budak baru hidup, banyak yang tak tahu. Saya nak Tanya, kenapa pas geng dengan pkr dengan dap? Karpal terang2 kata langkah mayat saya dulu bila ditanya tentang hudud. Saya nak Tanya, macamana pas nak handle benda nih? kenapa tak jadi parti solo, kene join pkr dengan dap? boleh ke pakatan yang berlainan ideology ni menghapuskan kezaliman ini? sorri kalau bahasa dan ayat tak sesuai untuk pertanyaan.

Tanpa Nama berkata...

Wallahualam....Allah shj yg mngetahui x baik mmfitnah wahai saudaraku sekalian

Tanpa Nama berkata...

Pak lah islam hadhari, bini dok promote kebaya nyonya. Last2 bini mampos kena kanser tetek, hah ambik kau endon. Lepas tu pak lah kawin ngan jin. Najib perjuang islam konon, bini tak tutup aurat rambut cam samy vellu. Dapat "derma" tapi tak kena cukai ke? Aku ni pulak kena bayar cukai, siap ada penalty lagi, pakai istilah riba ajelah senang. Rasuah orang pakai istilah BR1M, terlepas. Cuba aku buat benda sama, dah lama kena bungkus. TV1 tunjuk dokumentari promote evolusi manusia dari beruk pulak. Utusan malaysial pun sama bangang, aku simpan keratan tu sampai hari ni. Utusan pejuangkan islam konon, dok letak mcm2 gambar... hai senang2 aku blah pi mekah je terus. Bosan ngan spesis2 dajal ni.