Disember 13, 2013

Awkward Agama : Kau Takkan Tau Kalau Gambar Kau Jadi Bahan Modal Pemuas Nafsu Lelaki Sis!

Syurga.

Bila sebut pasal syurga, apa yang kau terbayang? Untuk orang lelaki aku tau satu benda aje terus ada dalam kepala otak dia...

Bidadari. Bidadari syurga yang sentiasa dara. Yang seksi. Yang hot. Emma Maembong + Izzara Aisyah + Fazura + Scarlett Johansson pun tak lawa camtu. Dah la lawa, 24 jam horny. 24 jam (aku tak tau syurga ada unit waktu atau tidak) merayu merintih manja. Dah la dia akan layan lelaki seperti raja, kita pulak boleh berjimak bila2 masa kita nak dan bidadari ni takkan menolak. Dikhabarkan pulak inzal di syurga ni jauh lebih dahsyat berbanding inzal di dunia yang aku jelaskan kepada kau, adalah satu perasaan yang TERBAIK yang kau boleh rasa...

Sebab jelas dan terang, inzal dengan isteri adalah nikmat paling hebat dalam dunia. Inzal dengan awek kau still ada rasa bersalah lepas tu, betul kan? Hahaha.

Kita akan dilayan macam raja, akan disuap dengan buah2 yang nikmat, diberikan makanan dan minuman yang sebegitu lazat dan paling penting, semua lelaki syurga diberikan kekuatan 100 orang lelaki untuk makan, minum dan yang paling best, berjimak. Kalau di dunia kau hanya mampu kekal gagah 2 minit, kat syurga, kau boleh berjimak punyalah lama. Dan kemudiannya kau dianugerahkan pulak dengan multiple orgasm yang hanya perempuan nikmati kat dunia.

Kemudian adalah beberapa benefit lain macam kau boleh jumpa Rasulullah, kau boleh jumpa Allah, kau boleh jumpa Nabi dan Rasul. Tapi benda first sekali kalau siapa2 nak ceritakan pasal nikmat syurga, benda first sekali yang dia akan sebut adalah "Bidadari" dan "Orgy All The Time."

Kau tak rasa pelik ke dengan benda tu? Selama ni dari aku pandai berfikir sehinggalah sekarang, aku pelik kenapa bila orang Melayu yang Islam sebut kenapa perlu buat perkara wajib dan kejar Syurga, semua benefitnya adalah benefit seks, seks dan seks.

A Male Oriented benefit. Cuba kau bagitau aku apa benefitnya perempuan bersungguh2 nak ke syurga? Tolong jangan sebut nanti dia boleh dijimak oleh suami syurga dia berkali2 tanpa mengandung dan dia sentiasa ada dara!

Kau tak pelik pasal benda tu?

Mungkin ada satu masa dulu, umat Islam ni dah teruk sangat dan terlalu gilakan seks sehinggakan ada tokoh agama yang terpaksa gunakan seks sebagai fokus utama kenapa kita perlu kejar syurga. Aku tak tau, aku kata mungkin.....Pada aku jika seks adalah jawapan pertama yang akan kita jawab kalau budak2 tanya "Abah2, kenapa Amin perlu solat?" tak ke agak malu perangai kita sebagai orang Islam?

Nampak benar umat Islam ni pervertnya.

Ada something wrong mengenai cara orang Islam ajak umat Islam patuh Allah sebab kita mendahulukan benda2 yang berorientasikan seks sehingga kita membelakangkan benefit paling penting sekali....bertemu Allah dan Muhammad. Aku tak terkejut lah kalau ada alim ulamak kita ni yang hari2 solat dan beribadat hanya sebab nak beromen di syurga. Kita boleh tengok lah refleksi benda tu dekat masyarakat Islam sendiri macam mana kita treat perempuan...

Kat India perempuan ni adalah komoditi. Kat Bangladesh, perempuan ni pelacur tepi jalan. Kat Kazakhstan (ke Krygystan aku tak sure), perempuan Islam dibenarkan diculik oleh siapa2 yang suka untuk dijadikan isteri tanpa kerelaan dia. (kau boleh Google pasal benda ni, benda ni dah jadi custom diorang) dan di Malaysia pulak, gadis2 bertudung dah jadi bahan lancapan ramai anak muda sehinggakan anak gadis sendiri merasakan menjadi object of lust lelaki adalah satu perbuatan mulia dan up to date....sebab tu gadis Melayu masih lagi letak gambar seksi kat Facebook.

Adakah semua ni berpunca sebab dalam Islam kita diajar, kita perlu taat dengan Allah, buat benda baik, jangan buat jahat, penuhi rukun Iman dan Islam sebab nanti di alam sana, kita akan dapat bidadari dan bidadari ni akan penuhi segala kemahuan nafsu serakah kita? Romen dulu baru lah jumpa Rasulullah, melawat Allah....

Aku cukup pelik. Memang ada ayat Quran menerangkan pasal benda2 seks ni TAPI kenapa bila kita belajar dan bila kita berfikir pasal syurga, benda first sekali yang kita fikir adalah berjimak dengan bidadari? Pada aku benda tu tak betul lah....aku pelik. Umat Islam cukup malu nak cerita pasal hal bilik tidur, hal penis, hal vagina dan hal posisi apa kau buat anak tapi bila cerita pasal apa reward ibadah....terus tanpa segan silu kita kata "sebab aku nak tibai bidadari syurga."

Lagipun, kalau budak kecik tanya, kenapa perlu kita usaha ke syurga, bukan ke lebih senang kalau kita cakap "nanti boleh kita jumpa Allah dan Rasulullah serta tengok siapa sebenarnya Nabi Isa ni" berbanding "nanti Amin boleh ada bidadari dan bidadari ni akan penuhi apa saja yang Amin mau, cuma sekarang ni Amin tak paham lagi lah apa yang Amin mahu.."

Kalau kau lelaki, tanya diri kau sendiri. Kenapa kau nak masuk syurga? Jawab dengan ikhlas. Kalau kau perempuan, tanya soalan yang sama. Jawab dengan ikhlas.

Fikirkan, kenapa jawapan lelaki dan perempuan sangat jauh berbeza, sedangkan kita ni, satu agama, satu Tuhan, satu Rasul Penghulu Umat Akhir Zaman?

60 ulasan:

Ismarvcelo Safuan berkata...

Aku rasa aku dpt first lg kali ni. Hehehe

Tanpa Nama berkata...

ko ada rasa macam tu ke Mantot?

Sejujurnya aku tak sebab aku tak didik dengan bidadari syurga memang ada ganjaran dan ustaz cakap kadang tapi tak masuk dalam minda aku untuk seks.. mungkin aku tak normal..

tapi aku kalau dapat nak masuk syurga nak jumpa Allah jumpa nabi Muhammad S.A.W kalau layak le.. tapi saban hari merenung diri macam masih tak layak nak bau syurga ni :(

Ya Allah ampun dan maafkanlah hambamu yang lemah dan lalai ini.


Tanpa Nama berkata...

Apsal pelik benar kau ni mantot? Haha

Aku pompuhakita_guzel@yahoo.coman dan aku nak masuk syurga sebab nak dekat dgn tuhan, dgn kekasihNya. And sebab syurga is a better place than neraka.

Kalau kau memang niat camtu, bukan sarcasm, aku rasa ko pervert gila. Patutla hg against public breastfeeding walaupun bertutup hijab pun

Seriously 1st time aku dgr camni. Hopefully jantan lain tak sama dengan hang..

Tanpa Nama berkata...

Shit aku terpaste emel kawan ak. Ko baca ni ko delete la mantot. Kesian kat dia nanti kena harass dengan reader hg.

-nadz

Foster berkata...

Entah lah mantot..aku rsa kalau masyarakat Islam begitu mudah untuk berkahwin dan poligami, mungkin org lelaki x de la kemaruk seks sgt

Lg satu aku sdg fikir, org non-muslim pun ramai je yg entot2, berzina, tp mereka x de pulak yg mengandung..kalau mengandung pun x de la smpi buang bayi

Tp org Islam yg berzina, mudah je mengandung dan kemudian buang anak...aku rsa kempen agama menjauhi zina tidak berkesan, kita kena fikirkan cara lain

jang berkata...

Aku tak penah pikir camtu pun..

Selalu rasa segan nak baca ayat al-Quran yang cerita pasal 'kehebatan' bidadari.

RieNa berkata...

aku cuma tak nak masuk neraka. aku tak sanggup disiksa. sbb tu aku kena berusaha utk ke syurga wpun rasa nak cium baunya pun tak berapa layak. yg aku tau, aku takmau diseksa di neraka. jd kot mana pun aku kena masuk syurga. tak pernah terpikiaq nak bidadara kacak ka apa. kdg2 ja teringin nak tgk mcmana rupa sungai yg mengalir dr nya susu dan madu. :)

faizul fadzullah berkata...

Aku mahu beriman dan menyembahnya sebab aku ciptaannya..syurga neraka semua atas perhitungannya..aku redha..

Tanpa Nama berkata...

Jom Terjah : Siapa Sebenarnya Eridy?

Aril berkata...

Aku bukak Quran, cuma ada 9 ayat jer yg cerita tentang bidadari. Ayat Quran ada lebih 6000 ayat, jadi cerita bidadari hnyalah 0.15% sahaja .

Tp ayat Quran yg menceritakan tentang menentang kezaliman, melakukan keadilan, berbuat baik, menyuruh utk berfikir sgt byk...

Tanpa Nama berkata...

dah semakin merepek la mantot ni. otak penuh dgn nafsu seks je, sampai nak masuk syurga pun fikir seks lagi. hidup ko ni kiri kanan asyik fikir pasal seks ke? sorry to say tp artikel kali ni mmg sampah gila

Sicher berkata...

Hemm, sebab tu la Ummu Jah gunakan seks untuk tarik orang masuk ajaran sesat dia. Sebab dia tau umat kita ni horny all the time kot.

Annakholat Atastokhdevishizar berkata...

syurga adalah tempat segala beban nafsu diangkat daripada manusia. penghuni syurga takkan mahu apa2 lagi sebab mereka sudah berasa sempurna. maknanya, seks bukanlah isu di sana.

FYI, idea2 romen bidadari di syurga setiap masa ni asalnya hanyalah fantasi lucah pak2 arab yg mmg perangai mereka mahukan perempuan utk diromen seramai mungkin.

NowPhal berkata...

Pa Dia!!?

(org kedah ja tau expression ni...)

Bulan Bintang berkata...

siyesly, post kali ini sangat sampah la mantot. sedih aku :(

Tanpa Nama berkata...

Normal la lelaki akan fikir tentang seks spnjang tentang walaupun dia memakai serban yg besar...bila nmpk perempuan cantik jer, mula la lelaki berfantasi...

Yg membezakannya adalah kemampuan seorang lelaki menangani keinginan seks mereka...ada yg tidak ckup dgn seorng perempuan..lelaki yg jahat ada potensi utk merogol..lelaki yg tidak bersosial cenderung utk beronani...perempuan x kan faham perasaan lelaki tentang seks

Tanpa Nama berkata...

terbukti pervert tahap tertinggi.
aku xpnah dgq owg nk msk syurga pasai nk bersenggama dgn bidadari.
aku cadangkan ang krgkan blogging dan tingkatkan amal ibadat
supaya nafsu seranah ang dapat dikurangkan atau dibendung sebaiknya.

Mantot berkata...

Firman Allah:
“Sesungguhnya penghuni-penghuni syurga pada hari kiamat sibuk bersetubuh dengan bidadari.”(55: Yasin)


Kemampuan seks yg amat hebat
Imam Tirmizi telah meriwayatkan hadis drpd Anas bin Malik r.a; Nabi s.a.w bersabda:

“Orang beriman akan diberi kekuatan jimak seratus kali ganda di dalam syurga.”(Hasan sohih)
Ada yang bertanya kepada Nabi s.a.w: “Adakah kami akan bersetubuh dgn isteri-isteri kami di syurga.?”


Berjimak dengan berapa bidadari sehari?

Nabi s.a.w menjawab:-
“Sesungguhnya seseorang lelaki itu ada yang sehari bersetubuh dengan 100 orang bidadari”(Hr Tirmizi-sahih)


Di mana ahli syurga bersenggama?
Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya org yg beriman di dalam syurga memiliki khemah yang diperbuat daripada permata yang berongga dimana panjangnya 60 batu. Disitu terdapat isteri-isteri dan bidadari-bidadarinya dan dia dengan berjimak satu persatu mereka kesemuanya.”(Hr Bukhari dan Muslim)


Abu Hurairah berkata “Ya Rasululallah adakah kita akan bersetubuh di syurga?

Baginda menjawab “Ya. Demi diriku dalam kuasanya; akan berlakunya persetubuhan demi persetubuhan. Bila selesai sahaja hubungan maka akan menjadi bersih dan dara semula.”(Hr Ibnu Hibban-hasan)


Baginda ditanya “Adakah penghuni syurga menggauli isterinya di syurga?”

Nabi menjawab: “Ya; dengan zakar yang sentiasa tegang tidak kendur, faraj yang sentiasa sempit tidak longgar dan keinginan nafsu syahwat yang sentiasa memuncak.”(Hr Thabrani-hasan)

Nabi s.a.w ditanya “Adakah ahli syurga berjimak?”

Baginda menjawab “Berlakunya jimak demi jimak; tetapi tanpa ada air mani dan tanpa ada kematian.”(Thabrani-daif)

.........

Serius shit aku terkejut ramai yang tak tau pasal benda ni atau buat2 tak tau.

Mantot berkata...

tapi kau jangan ambik sangat la translation yg aku copy paste tu sebab aku just copy mana yg ada. buku yang aku baca, penceritaan dia sangatlah dan memang dah menghampiri porno...walaupun buku tu buku agama yang menceritakan pasal nikmat syurga.

Tanpa Nama berkata...

aku ni perempuan. dan secara jujurnya, aku xpernah fkir nak ke syurga sebab nak seks nak minum arak nak tibai brapa ramai lelaki semua tu. bagi aku, syurga tu....satu tempat yang cukup tenang. Yang sangat tenang dan sangat indah. Sungguh, cuba fikirkan benda tu, xka rasa sangat tenang hati? bahagia sungguh fikir yang tu saja. Dengan pemandangan indah, semua

Cili Pedas berkata...

Kursus kawen oleh Ustaz bertauliah dgn jawatan sekian2 pun ajar bab jimak. Sikit2 hal jimak. Bab tanggungjawab laki bini selain jimak die sebut sikit2 je. As if org melayu xtau ape tu jimak dan perlu diajar, n dah khatam ilmu rumahtangga selain jimak so x payah belajar. Pdhal org skg bab jimak tu dah advanced, bab rumahtangga selain jimak tu yg failed. Sbb tu skg ni budak skola dah reti group orgy tp yg kawen pulak tahan kejap je..


Aku nak masuk syurga sbb aku penah mimpi tengok satu land kosong warna hijau sejauh mata memandang dan aku xnak bgn tdo dan aku ckp 'if this is heaven then I don't want to wake up'. Tanah kosong je pun. X nampak bidadari, malaikat, sungai2 syurga, pintu, dinding, batu permata ke ape.. tanah je.. tp memang rasa dah nak lupekan je dunia ni. Tu blom lg kalo nampak syurga dan segala isinya. Blom nampak byg nabi. Kalo nampak mmg kompem lg xnak bgn

Tanpa Nama berkata...

Dah lama suspect mantot ni pervert. Cuma dia ingat orang lain sama pervert macam dia.

Tanpa Nama berkata...

ramai readers ko in denial arr tot...closet pervert belaka...hahaha

Mantot berkata...

suspect aku pervert?
memang aku pervert pun.

kalau orang lelaki ni tak pervert, takkan wujud sbnrnya rasa nak kahwin tu.

Tanpa Nama berkata...

Untuk pengetahuan, tiada had masa semasa di syurga..

Tahulah lelaki pervert, tapi agak-agaklah. Balik-balik sebut seks,seks,seks dalam artikel.

Ke ko yang nak jimak dalam syurga tu nanti huh tot?


Kalau macam tu, ko kata semua lelaki yang kahwin banyak tu sebab pervert lah ya?

Actually, org kahwin atas dasar cinta. Bukan semata-mata nak buat seks. Haihh, aku tengok ko ne mantot, pandai sangat cakap dalam artikel but letak gak picture dedah aurat .

Nak tegur tapi letak gambar seksi.

Tak caya, ko tengok balik artikel lama ko tu..

Laki memang pervet. Perempuan pun sama pervert especially budak sekolah yang baru nak up.

Tanpa Nama berkata...

Untuk pengetahuan, tiada had masa semasa di syurga..

Tahulah lelaki pervert, tapi agak-agaklah. Balik-balik sebut seks,seks,seks dalam artikel.

Ke ko yang nak jimak dalam syurga tu nanti huh tot?


Kalau macam tu, ko kata semua lelaki yang kahwin banyak tu sebab pervert lah ya?

Actually, org kahwin atas dasar cinta. Bukan semata-mata nak buat seks. Haihh, aku tengok ko ne mantot, pandai sangat cakap dalam artikel but letak gak picture dedah aurat .

Nak tegur tapi letak gambar seksi.

Tak caya, ko tengok balik artikel lama ko tu..

Laki memang pervet. Perempuan pun sama pervert especially budak sekolah yang baru nak up.

Tanpa Nama berkata...

Ala mantot..crita bab lain la.. aku rasa kurang sikit la crita hang kali ni.. byk lg crita lain yg bole jd bacaan org lain.. at least bole le kongsi dgn kawan2 or ank2.. kalau crita bab ni mana la sesuai.. bkn semua laki asyik pikiaq bab tu ja..

Tanpa Nama berkata...

"org kahwin atas dasar cinta"?
Kalau la manusia tiada nafsu seks, aku x fikir manusia akan bercinta dan berkahwin

Mantot berkata...

ramai betul wanita melayu yang merasakan cinta tu tak sama dengan nafsu...

kah kah kah.

Cik Kak,
Semua benda kat dunia terjadi, punca dia adalah nafsu. SEMUA!

Ada orang guna nafsu ke arah baik, ada yang ke arah jahat.

Cinta juga puncanya nafsu.
Cinta berlandaskan nafsu yang baik membawa ke arah perkahwinan.

Cinta yang hanya ikut nafsu punya pujukan, terjadilah kes2 perempuan mengandung atau balak pegang tangan awek dia.

Meh sini aku terangkan beza dia ; asas dia sama. Nafsu.

Ada lelaki nak kahwin dgn kau. Itu nafsu
Ada lelaki nak ajak kau romen. Itu juga nafsu.

Jangan la buta sangat tak nak mengaku nafsu adalah cinta..

Sebab kalau cinta ni tak ada nafsu...takkan terjadi lah malam pertama suami isteri ni.

Kalau tak ada nafsu, tak ada cinta kak...

Mantot berkata...

masalah orang Melayu adalah bila kita sebut nafsu..kita ingatkan benda buruk aje.

Ibadat, perlu nafsu.
Doa itu juga nafsu. Kau mintak itu ini dengan Allah tu, mana punca permintaan tu?

Kau mintak rezeki tu cinta ke?
Itu jugak nafsu.

Nafsu bukan sekadar benda buruk je cik..

Tanpa Nama berkata...

mantot ni semua benda dia je yg betul, orang lain salah. pusing kot mana pun dia je la yg paling betul. mana pernah nak terima pandangan org lain.

satu satu je masalah si mantot ni adalah dia suka generalize semua benda. bg dia semua lelaki adalah sama mcm dia. sbb tu artikel ni mmg sampah. tp cam biasa, dia mmg xkan setuju punya & akan reply la komen aku ni utk memberitahu juga yg dialah yg paling betul

Mantot berkata...

kau baca ke tidak apa aku tulis ni sbnrnya? ni perenggan last...ke korang ni baca tajuk dah terus nak emo tak tentu hala?

patut la Shahrizat Jalil boleh jadi Ketua Wanita UMNO sampai skrg...

"Kalau kau lelaki, tanya diri kau sendiri. Kenapa kau nak masuk syurga? Jawab dengan ikhlas. Kalau kau perempuan, tanya soalan yang sama. Jawab dengan ikhlas.

Fikirkan, kenapa jawapan lelaki dan perempuan sangat jauh berbeza, sedangkan kita ni, satu agama, satu Tuhan, satu Rasul Penghulu Umat Akhir Zaman?"

Tanpa Nama berkata...

Emm...serius ni pertama kali baca hadith2 yg ko tulis tu mantot. Tp mungkin sbb aku prmpn atau aku jahil.

Tp aku secara automatik juga pergi buka tafsir Surah Yasin tu dan juga tafsir dari quran.com. Macam lain sket tafsir dia.

"Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan".
quran.com

Tidak begitu spesifik di situ maknanya.

Lg sorg blogger yg agak berterus terang tentang seks adalah keretamayat. Aku pn tak tau sama ada aku rasa tu ok atau tak. Mula2 buku dia psl perkahwinan. Aku mcm..okey. Tibe yg 2nd psl kisah laki bini. Aku rasa mcm emm...is dat ok? Tp artikel2 dia yg awal2 bagus juge.
Tp dia ada kata, "buat ibadat sungguh2 sampai penat nk buat mksiat (mungkin nasihat utk org tak kawin lg)" dan "rahsia nk kekalkan nikmat jimak ialah dgn jaga pandangan mata (mungkin utk org dh kawin)". So nampak isteri sendiri jelah best sbb ko tahan pandangan mata dr tgk pmpn2 seksi.

Pd masa yg sama aku mcm blh generalize kan yg laki yg agak pervert ni dia juga agak seksis,hihi,betul tak? hee..
Generalize adalah suatu benda yg best jugak.

Gagak Itam berkata...

Ustaz & lelaki in general selalu kaitkan syurga dengan bidadari sebab sebagai manusia, kita tentulah mahukan diri kita di 'reward' kan di akhirat nanti atas segala usaha kita mengelak dari melakukan kerosakan / kejahatan di dunia ini. Macam budak kecik la, kalau kau tak nak dia buat nakal, of coz kau akan janjikan budak tu macam2 reward kalau dia berkelakuan baik.

Tapi untuk orang yang berfikiran matang, dengan jiwa yang tenang (nafsul mutmainnah) sudah tentu janji bidadari tu tak cukup buat diri dia. Dan dia tentu mahu berjumpa dengan Pencipta dia dan para anbiya termasuk Nabi Muhammad.

Aku rasa buku yang kau baca tu Tot untuk orang yang baru cenderong untuk kenal Islam, especially lelaki. Tu pasal dia janjikan bidadari yang cantik. Macam kita janjikan gula2 & mainan untuk anak2 kecik kita supaya berperangai baik la.

Mantot berkata...

ahaa..akhirnya, nasib baik kau respon sbb aku ingat aku sorang aje rasa camtu..pelik gak aku sbb yg respon semua pempuan padahal kalau ikut ceramah, ustaz2 ni pun camtu la pervertnya..

patuh + tunduk + baik = syurga + bidadari + ehem2..

aku rasa perempuan tak tau sangat pasal benda ni sebab diorang tak expose kot dengan pendedahan nakal ni...

masalahnya skrg, aku pelik...

dikatakan, perempuan masuk ke syurga, dia akan jadi bidadari. Bidadari ni pulak punyalah cantik dan dekat dada dia akan tertulis nama suami syurga dia...

aku pelik sebab aku rasa benda tu lopsided. cthnya, kau tanyalah ustaz2 ni apa nikmatnya syurga diorang akan cerita pelbagai nikmat yang tukang enjoynya lelaki...sebab kebanyakan nikmatnya adalah wanita/bidadari.

aku terasa ada something wrong dengan cara kita mengajar orang ramai bila kita terpaksa gunakan wanita untuk ajak orang beribadah ni...

tapi cuba kita tanya Ustazah pulak, kenapa kita kena usaha masuk syurga. Aku sure Ustazah tu takkan jawab guna jawapan bidadara atau apa saja yg berkaitan pasal inzal ni...tapi dia akan jawab "Sebab nanti kita boleh jumpa dia ni,dia tu...hidup bahagia dll.."

Ajar agama kpd perempuan = kebahagiaan
Ajar agama kpd lelaki = seks, jimak dan inzal

Mungkin naluri lelaki suka benda2 camtu jd ustaz2 ni pun target ke arah tu tapi mungkin jugak sebab tu lah nafsu lelaki Islam ni lagi liar berbanding orang yang agama lain? Duk teringat bidadari dan syaitan duk bisik suruh layan video klip Kpop...berat la dugaan dia.

Aku tak tau la. Ni hipotesis aku je.

Gagak Itam berkata...

Aku pun dulu pelik jugak la sebab setiap kali ceramah agama pasal syurga, ustaz2 ni mesti kaitkan dengan bidadari. So aku buat la teori aku sendiri:

Yang banyak buat kerosakan kat dunia ni ialah lelaki. Jadi untuk divert attention lelaki daripada membuat kerosakan kepada membuat kebaikan, ustaz2 ni cerita la pasal syurga dan segala rewardnya, termasuk la bidadari.

Tapi ada jugak la ustaz2 yang sengal masuk bab seks bagai. Pastu anak2 muda pun jadi salah faham dengan apa yang ustaz2 sengal ni cuba sampaikan..

firdaus m berkata...

eh?

bukan ke nak masuk syurga tu pasal takut neraka?

neraka panas woh.

nak pikir bidadari tanpa pikir panas api tu mcm x balance.

dalam agama, Imam Ghazali kot perkenalkan ni...takut dan harap.

bukan pasal bidadari. tapi pasal takut dan harap dapat lepas.

Tanpa Nama berkata...

kita ada 2 option je.. samada syurga atau neraka. buat baik, ibadah, dakwah kat dunia ni nak mengelakkan neraka la.. aku rasa mana la ramai org pikir nak masuk syurga sebab bidadari sgt. mantot je lebih2.. haha..

firdaus m berkata...

tu sebab belajar agama style zaman dulu2, ada emphasise bab tasawuf..org tekankan konsep takut dan harap.

citer2 bidadari tu sampingan tapi tu bukan main core dia.

tapi klu ko anggap kepuasan tu as a main core nak masuk syurga...mcm lari sikit dari spirit agama.

Tanpa Nama berkata...

aku nak masuk syurga sbb tak sanggup nak masuk neraka, bkn sebab nk berjimak dgn bidadari.

dan aku beribadah adalah semata2 kerana Allah Taala, bukan sbb nak masuk syurga utk berjimak dgn bidadari.

period!

TumpangLalu berkata...

Sebab zaman berbeza, mmg zaman aku muda2 dulu dgr ceramah antara nikmat syurga paling banyak di cerita bab bidadari, buang sampah dari masjid ganjaran bidadari, jihad boleh dapat bidadari dll. Takfer masaalah aku rasa, sebab benda tu halal. Tapi zaman sekarang kalau layan ceramah penekanannya dah lain skit, mgkin zaman sekarang manusia lebih terbuka pemikiran, pastu suka argue pasal logik dan tak logik, perbandingan dll. Bagi aku biar ko pervert kejar benda halal dari ko pervert benda haram jadah.

Tanpa Nama berkata...

Ni jwpn ikhlas dari aku.. sbb ko suruh jwp dgn ikhlas.

Aku xpenah tepikir layak masuk syurga.
Just mengharapkan rahmat Allah agar bg aku masuk syurga nnt.

Pe yg aku slalu tepikir, aku akn disiksa di neraka sbb dosa yg aku wat kat dunia.

So, pikir azab neraka lebih dr pikir nikmat syurga.

Ko hebat sbb amik yang berita baik. aku lak sbb amik peringatan dan azab seksa yang pedih.

Sad...

muhammad hatim berkata...

mantot aku setuju dgn kau , kemon la lelaki2 sekalian , kita lelaki en ? cume beza leh kawal atau tak . and lagi satu tot tahap keimanan seseorg tu berbeza beza , mungkin kau kene byk bace pasal ihtisab (beramal mengharapkan ganjaran Allah ) so dgn crita bidadari tu , manusia yg iman senipis bawang seperti aku , akan lebih dekat dengan Allah , yes mula2 memang niat nak berjimak je , then lama2 ble kte byk belajar pasal agama , niat kite akan berubah , kita mula mencintai Allah , mula merindui Rasulullah s.a.w ....haaaa , nmpak tak kemanisan nye , mula2 mmg keinginan yang tiggi nak bjimak , then akan tertwist dgn sendirinya btw bidadari mmg baek weh .. perghh , so mari la kte belumba lumba membuat kebaikan ,

kpd yg len2 , tak salah pon kalau tanam niat nak bjimak dgn bidadari

mungkin dengan ganjaran syurga itu menjadi asbab kita mendekatkan dengan maha pencipta

p/s : syurga itu makhluk Allah , kita beriman dgn janji Allah , dan janji Allah itu sesuatu yang ghaib

wallahualam

Hanz Edison berkata...

PERHATIAN KEPADA Anonymous December 13, 2013 at 6:29:00 PM dan RieNa December 13, 2013 at 2:35:00 PM.

tak ada istilah bidadara. yg ada bidadari yg perempuan untuk lelaki sahaja. perempuan hanya akan mempunyai satu suami sahaja. iaitu suami dari dunia atau suami terakhir di dunia. sekiranya perempuan semasa di dunia tidak berkahwin, di akhirat nanti dia akan dikahwinkan saudara lelaki yang terdekat selain dari bapak. itu kata ustaz. so perempuan jgn nak berangan boleh berjimak dgn byk lelaki di syurga.

nikmat berjimak dgn byk orang hanya untuk lelaki sahaja sbb lelaki yg dikurniakan isteri dunia boleh sampai 4 dan byk isteri dari golongan bidadari.

apa yg mantot cakap tu betul sbg lelaki, mmg byk lelaki dari tahap cikai agama sampai la ke tok imam or ustaz akan sebut pasal bidadari dlm hal nikmat syurga.

jang berkata...

Dah fitrah lelaki cenggitu.. so ganjarannya itu ler.. ustaz pun suka la umpan pakai cerita bidadari tu..

Pengajarannya, kita kena berhati2 sbb mmg ade ramai pervert sekarang so pandai2 ler jaga diri. Jangan nak tonjolkan aurat ye wahai pempuan.

Terimakasih sebab jujur pasal kepervertan ko mantot. atlis aku lebih berhati2 b'depan dgn lelaki.

Tanpa Nama berkata...

Aku selalu dalam hati teringin nak ber orgy...tapi jangankan nak orgy atau berparty seks nak gi clubbing pun aku taknak...takut beb, azab kubur, azab api neraka.... jadik soalan ni aku penah tanya pada ustad aku kat U dulu...

'kenapa orang islam tidak boleh orgy ustad, maksud saya kalau kawin 4 pun masih tak boleh orgy?"

ustad tanya balik... kalau dibagi peluang awak nak...

aku jawab... hati nak je ustad tapi haram tu macam mana...

ustad jawab... kalau macam tu sabar, jadik orang islam yang taat, kuat kan iman, pegang teguh pada tali agama... kalau kita layak masuk syurga Allah, buatlah apa yang kita suka masa tu...

aku jawab...yesssss!

cilakak lu mantot...buat aku teringat pulak...

-kirk hamid-

firdaus m berkata...

salam mantot.

sorry, view aku mungkin offend ko sikit.

aku rasa cara lelaki melayu view pervert ni dah semakin misleading. closet pervert, etc.

pada aku, semua lelaki mmg pervert tapi, gentleman don't tell the world that they are pervert, they just tell it to themselves.

sebab, kalau pervert ni, walau apa pun, ia adalah satu keaiban. Tuhan tu Ghafur, bersifat tutup aib.

tapi dgn word closet pervert, kebanyakan lelaki melayu rasa ok untuk mengatakan "ok saya pervert". pastu boleh cerita melucah depan perempuan, etc.

macam lelaki melayu sudah hilang malu dan respect. x macam lelaki melayu dulu2.

bukan apa, sekarang benda ni look harmless, pikirkan generasi depan kita, future muslims yg rasa ok declare to the world that he's a pervert.

ramai ada anak2, ko pun sama. benda ni akan affect future generation

firdaus m berkata...

salam.

aku rasa tak boleh kita justify "dah fitrah lelaki mcm tu" untuk citer openly sangat benda2 nakal ni.

citer seks ialah citer bilik tido husband and wife.

aku pun nakal dan buat salah, tapi aku ada rasa malu nak cerita kat orang yang aku buat salah dengan detail.

dia mcm, pakai spender kat luar tapi muka bangga gila puas dan kata "oh ini fitrah saya sebagai lelaki memakai spender"

mmg lelaki pakai spender, tapi pakai kat dalam dan tak bagi org tunjuk.

aku tak nak menghabiskan usia tua aku (insyallah amin) dengan tengok future generation yang rasa bangga cerita "open" dan pakai spender kat luar tanpa malu.

asha k berkata...

Creative.. ambil yg baik, fikir positif. first time dtg sini and terbaca post ni pulak.. maybe tu nafsu utama lelaki.. mcm pompuan akak ni ha, sibuk nak handbag, rumah yg awesome, kecantikan.. di syurga pun ada semua tu.. kat dunia ni, Allah nak uji kita macam mana kita taat pada dia. utamakan dia atau nafsu.. contoh simple, bila azan tu still nak sambung tgk cite korea ke or nak bergegas solat?

SembangKongkang berkata...

astaghfirullah...setiap ayat yg keluar melambangkan akidah kita.jgn samapi org kafir label kita org islam sbgai pervert/kaki seks.masuk syurga utk seks...syurga itu terlalu nikmat sehinggakan diceritakan dlm hadis semua yg di dunia kita sukan akan ulang balik dlm syurga tapi berkali ganda.ko suke wat rumah,Allah sediakan istana.ko suka tgk pompuan bogel,bidadari menunggu ko.bkn pasal kita gile seks atau pervert cume nk bagitau kalu di dunia ko ikut ajaran islam,patuh perintah Allah dan ikut nabi,buang dunia dan syurgalah sebaik2 ganjaran....tapi syaitan takkan putus asa ikut kita utk tarik ikut mereka masuk neraka nauzubillah..tot,ayat ko kene jaga...seolah2 melambangkan Islam ini pentingkan seks

Tanpa Nama berkata...

Actually jangan berangan ngat nak jimak ngan bidadari coz Allah tentukan kita masuk syurga or neraka. Belum tentu kita masuk syurga ke tak..
So better ingat neraka dari syurga..
Coz itu boleh buat kita rajin beribadat but biar ikhlas kerana Allahlahkan..

Rojak berkata...

Cik/ puan anon,
Kau ni paham ke tidak point sebenar si tot ni? Please la. Kalau x faham, baca 10x ke 100x ke pun xpe. Asalkan bila kau comment x nampak akal kau pendek

Tanpa Nama berkata...

Salam Tot,

Aku nak kejar ganjaran syurga sbb aku taknak masuk neraka dan dimalukan di hadapan Allah, Rasulullah dan umat manusia di padang masyar nanti apabila dosa2 aku dibentangkan di khalayak.

Ganjaran berjimak tu aku tak amik port. Kalu itu ketentuan yang Allah bagi, siapa kita untuk say no?

Tapi buat masa sekarang, fokus ibadah bknlah untuk ganjaran berjimak. Tapi untuk taknak masuk neraka dan untuk kepuasan hidup dlm keredhaan di atas dunia ni.

Tanpa Nama berkata...

Uncle mantot, srjujurnya sblm tido sy slalu terbyg klu2 ni mlm terakhir sy n klu sy mninggal kt mn tmpt sy nnt. Sy pernah diberitahu tntg pedihnya sakit bersalin. Sy cuma boleh bygkn. Tp br2 ni sy dh lalui. N yes, it is real pedih. Boleh mngalir air mata klu terbayang.

N bila org ckp pedihnya azab neraka, i wont question more nor trying to imagine. I know its gonna be real pedih.so jwpn sy, i hv to get into jannah otherwise .... x sggup nk tulis.

Tp klu bab mrmbayangkn syurga, sy cuma teringin nk tgk keindahannya, sungai madu sungai susu n the best part is makanan!. Kinda funny tp isnt it gonna be fun seeing makanan kegemaran muncul sebaik sahaja kita wish for it?

zizo berkata...

Salam,
Mantot! dlam terjemahan surah Yasin ayat 55 takde pun metion terang2 sebut bersetubuh.

dari Quran Android apps:
Yasin ayat 55:
English: Verily, the dwellers of Paradise, that Day, will be busy with joyful things.
Melayu: Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan.

kalu buka http://www.quranexplorer.com/quran/ sama gak la tak metion pun perkataan "bersetubuh".

ko je pandai2 beri penerangan "menikmati kesenangan" sebagai "bersetubuh".

kena blajar lagi berkata...

mantot, aku trtarik dgn soalan terakhir tu, yes secara ikhlasnya sbg dri aku yg jahil bab tasawuf apa semua ni, mmg niat aku nk masuk syurga sbb nk berjimak.. since aku umo 7 thn mak apak aku slalu pesan blajar semayang, nnt bley masuk syurga then nak mkn apa pun mkn la, lagi advance dr kfc la apa lantak la.. yg penting semuanya advance.. then masa aku belasan, masa tu bru nk tau apa itu horny ustaz aku plak bgtau reward yg ada kat surga adalah bidadari yg cntik lawa, hari2 nak.. dn benda ni buat aku terpikir logikalnya kita semua ni buat utk dpt reward, dan mgkin tok2 guru dulu guna teknik ni utk tarik org ramai utk minat dgn agama.. ala.kemon la.. mcm kita dlu msa bebudak kalau dpt posa sehari so reward yg mak bg msti 5kupang atau singgit.. then sma jugak mcm semayang, msa awal buat sbb taknak kena beleter dgn mak.. dan smp harini smyang tetap buat even tak tau apa pengertiannya,.. dan lama2 kelamaan benda ni akan jd tertwist dgn sendiriny.. maksud aku kat situ ko akan jumpa pengertian disebalik ap yg ko buat..

kita hidup semua ni atas nafsu kot.. sbb tu aku ckp nk jimak je dgn bidadari nnt.. maybe sbb aku diajar dpt reward mcm tu, .. TAPI, at the end, ada something yg lebih bermakna dr semua tu..

Tanpa Nama berkata...

Fikirkan, kenapa jawapan lelaki dan perempuan sangat jauh berbeza, sedangkan kita ni, satu agama, satu Tuhan, satu Rasul Penghulu Umat Akhir Zaman?

Pokoknya...jantina berbeza akan menghasilkan jawapan yang berbeza. Tidaklah sama lelaki dan perempuan, tak caye tanggal pakaian masing2 cer tengok sama tak ?

Tanpa Nama berkata...

Cuba berfikiran positif sikit Mantot...sejujurnya kalau aku diberi kekuatan 100 orang lelaki, aku akan membina tamadun aku sendiri, buat rumah sendiri, motosikal sendiri, kereta sendiri dan mungkin kapal terbang sendiri...boleh jimat kos, takde risiko dan yang paling best tak mati...enjoyyyyyy

Tanpa Nama berkata...

Cuba berfikiran positif Mantot, kalau aku diberi kekuatan seratus orang lelaki aku akan membina tamadun, rumah, kereta, motosikal dan mungkin kapal terbang sendiri, tak perlu buruh binaan dan boleh jimat kos. Aku tak perlu risau kematian dan yang penting enjoy...

Mohd Norman berkata...

Sbb aku x mau kena seksa dlm neraka...