Kau perasan tak satu benda kalau kau mak bapak?
Kualiti barang yang dijual dekat pasaraya kita makin menurun overallnya. Yang paling jelas pada aku, makin lama, makin banyak pasaraya yang naik tapi gunakan template Econsave sebagai rujukan.
Maksud aku, apa yang aku perhati selama ni, kita ada beberapa kasta pasaraya. High End, macam yang dekat Bangsar Shopping Center yang aku tak pernah pegi, lagi satu dekat Publika. Aku rasa la tu high end sebab aku takut nak masuk. Kemudian kita ada Parkson....Cold Storage, kemudian AEON (dulu Jusco). Bawah sikit ada Tesco....kemudian Carrefour, Giant....lepas tu Econsave, pasaraya Hiro.
Perbezaan antara semua pasaraya tu adalah
1. Presentation diorang. Kita boleh tengok dari segi logo dah tau mana satu yang agak upscale dan yang mana agak "cheapskate."
2. Shopping experience berbeza. Kau pegi beli barang dekat Econsave ni macam kau pegi pasar. Bising dengan suara warga asing promote "murah murah, mari beli murah murah."
3. Lighting kedai pun berbeza. Aku rasa ni psikologi tapi mana2 pasaraya yang banyak main dengan lampu kuning mesti rasa mewah sikit. Mana yang lampu dia terang benderang tu la yang rasa cheapskate sikit. Kau try pasang lampu kuning kat rumah kau, kau rasa macam orang kaya aje...tapi kau pasang pendaflour, huh. (Rumah aku penuh pendaflour sebab aku cheapskate)
4. Staff. Kebanyakan pasaraya yang agak cheapskate ni, customer service dia memang out. Lagipun sebab nak lower down the cost, kebanyakan staff yang dihire adalah orang luar yang kebanyakannya tidak dapat membantu kalau kau tanya diorang apa-apa.
5. Faktor kebersihan. Ni yang paling aku pentingkan sebenarnya. Kadang2 pegi Eoncsave ni ada lecak air. Aku tak pernah pegi Hiro tapi adik aku promote kaw2 sebab dia kata murah.
Itu adalah antara beberapa faktor yang membezakan pasaraya pada pandangan aku. Yang menyedihkan aku, makin lama makin menurun kualiti perkhidmatan pasaraya ni, khasnya lepas Carrefour berhenti melabur di Malaysia dan semua kompleksnya dibeli oleh Aeon dengan label baru, Aeon Big.
Aku tak tau kalau kau perasan tapi sebab aku memang pengunjung tetap Carrefour dari dulu jadi penurunan mendadak kualiti produk dan servis tu memang dirasai. Apatah lagi Aeon Big ni adalah label Aeon yang target marketnya adalah untuk affordability, bukan a good shopping experience.Kau comparekan Aeon dengan Aeon Big, ada beza yang sangat ketara dalam branding dia, lighting dia, even staff punya uniform pun kita boleh nampak beza mana satu kos besar sikit.
Itu yang menggusarkan aku.
Semakin banyak pasaraya terpaksa downgrade level diorang itu bermaksud kuasa membeli kita makin lemah. Jika sebelum ni kau mampu beli barang dekat Cold Storage, mungkin sekarang ni kau dah tak mampu lagi sebab memang aku akui, barang situ mahal sikit. Tapi the degrading process bukan setakat berlaku kepada branding pasaraya, malahan...produk pun makin lama makin menurun kualiti dia.
Sebelum ni susah kau nak nampak permainan2 ciplak dijual secara terbuka tapi sekarang ni semua pasaraya jual barang ciplak untuk budak2. Barangan yang Mickey Mousenya nampak macam Mickey Mouse cacat dan spastik. Even aku perasan, susu budak yang aku bagi anak aku dulu (brand Similac, memang mahal tapi aku sanggupkan aje sebab dia anak aku) dah kurang availablity nya compare 2 tahun lepas. Harga pun dah RM100! Gila. Aku beli dulu RM68. Tah macam mana boleh naik hampir double harganya.
Tu tak masuk lagi pasal pakaian. Sekarang ni semua pasaraya yang dulunya mid level barangan diorang agak ok kini digantikan dengan pakaian2 yang nampaknya agak kurang berkualiti. Macam mana la kita boleh jual tali pinggang Live's dekat pasaraya padahal semua barang tu barangan bootlegged?
Secara individu, aku akan ke Econsave kalau aku nak beli baju anak yang murah. Cuma bila murah tu, kau paham la design dia macam mana. Semua kaler dia nak taruk kat situ, kalau ada design mesti rupa character dia terencat dan ada tulisan Engrish yang grammarnya salah. Memang mencabar nak carik baju murah yang nampak berkualiti. Nak beli baju dekat Anakku tak mau aku. Bukan aku tak mampu tapi sebab pada aku tak berbaloi. Gila kau jual budak RM50 sehelai. Pakai sebulan dua.
Bila nak cantik sikit aku gi Tesco. Baju budak kat Tesco memang magical. Murah. Design cantik dan aku suka design baju dia. Tak ada ayat Engrish yang grammar berterabur. Character dia pun lawa. Cuma sekarang ni kualiti dia agak menurun...aku tak tau kenapa. Makin lama makin banyak pulak baju yang tak lawa dan tak ada design sense menimbun.
Kau ada rasa ke tak apa yang aku rasa sebagai seorang mak atau bapak?
Aku tak tau kau perasan atau tidak benda ni tapi pada pendapat aku, benda ni terjadi sebab jurang antara high income, middle income dan lower income makin membesar. Orang high income macam menteri takkan alami benda ni. Orang low income dari dulu dia dah di takuk tu...tapi untuk orang macam aku dan majoriti rakyat Malaysia macam kau, kita ni makin lama makin terpinggir. Kerajaan sendiri acknowledge dari bajet yang diumumkan, we are on our own.
Kau sanggup ke nak gi beli baju dekat butik macam orang kaya? Tak sanggup. Kau nak ke pakaikan anak kau baju bertulisan Engrish dengan gambar kartun terencat atau baju crossover Upin Ipin vs Boboiboy yang tak patut wujud tapi wujud? Tak nak jugak.
Habis, kita nak lari mana?
Bila dah cut cost tu maksudnya, staff yang dihire pun akan dikurangkan la. Sebab itu queue makin lama makin panjang sebab cashier pun tak ramai yang diambil. Nasib cashier dia still utilize orang local. Tapi, berapa lama lagi sebelum cashier foreign ambik tempat cashier local? Ikut law, rasanya takleh tapi kalau business Cost cutting akan dilakukan sebab our purchasing power is going lower and lower. Waktu tu, apa jadi dengan orang local yang nak kerja?
Ni hanyalah pemerhatian aku aje lah. Aku concern sebab aku rasa makin lama, tak lama lagi, aku kena bayar premium untuk barangan bottlegged ni. Macam mana la diorang boleh jual barangan ciplak dengan harga mahal? Aku sangat pelik. Aku kerap ke Alamanda. Kat situ ada Aeon Big. Kadang2 bila datang situ, aku rasa macam dekat Petaling Street. Penuh dengan warga asing. Penuh dengan barang ciplak yang dijual secara longgok.Crocs palsu? Semalam ada sale RM10. Berebut orang beli. Kualiti, memang dah menurun bila compare dengan zaman Carrefour dulu.
Padahal, aku dekat Putrajaya.Bandar kebanggaan Malaysia. Intan payung Kerajaan. Ini belum GST lagi. Orang yang menyokong GST kata, "harga barang akan menurun." Kita tunggu dan lihat lah sama ada harga barang itu menurun, kualitinya kekal atau tidak.
28 ulasan:
memang pon perasan...mcm makin bangang lak pasaraya skrg ni..harga dah la semua overprice
adik aku keje kat satu outlet jual aiskrim kat shopping mall.Dia bgtau..sales store dorg makin merudum.Begitu jugak restoran sekitar mcm Papa John,Nando's (area Mall tu la..tempat lain x tau)..
Org dah kurang makan kat luar atau beli makanan yg anak anak suka such as Baskin Robbin dan Tutti Fruitti.Macai yg mmg dr azali SUKA hidup susah demi nak bagi laluan utk pemimpinnya kumpul harta x rasa sumer ni sbb mereka sanggup ikat perut.
Bkn sahaja rakyat dh x mampu nak makan kat luar /shopping,kedai pun byk bakal tutup sbb xde sambutan.
Tak lama lagi...org yg pergi TESCO pun akan dianggap org kaya....
Kualiti dah turun.
Sayur Cameron Highlands cantik cantik export ke Singapore. Kalau jual sini, harga mahal.
Untuk consumption rakyat import yang dari China atau Indonesia. Kobis daun pucat putih saja. Langsung tak hijau cam dari Cameron.
Ikan laut Malaysia pi mana? Awat duk bawa dari Thailand yang beku dan mata merah?
Nak nanges merasa tekanan hidup cmni..huhuh
Aku selalu beli sayur2 kat hero. Murah. Barang2 lain ada murah ada gak mahal. Tapi aku puas hati dgn kadar kebersihan kat situ. Aku tak suka beli barang fake. Biar jenama tah hape2 dari konon2 crocs tapi crocs cap ayam. Tak mampu tak yah beli.
Ukur baju badan sendiri la...
Aku dah lama rasa dah mantot..kualiti brg semakin menurun. Kesian dgn parents pendapatan rendah, hanya mampu pakaikan anak dgn baju2 mcm kau ckp.
Smlm aku baru blk beli brg dapur dekat NSK. terasa bai dia punya beza. 4-5 tahun dulu, aku bawak 200 pi shopping kat tesco pun da cukup dah.skrg, belanja bulanan rumah aku nak cecah 350. itupun x complete lagi barang. Penat aku carik rezeki, pagi sampai petang, tak smpi setengah bulan duit dah kiok. kenkadang aku rasa ini masalah diri aku sendiri tak tau nak save duit, tapi hakikatnya, mmg x boleh nak save langsung.
aku tak tahulah apa nak jadi in future. prinsip aku 1, biarlah aku takde duit, asalkan susu anak2 aku dpt beli dan yuran sekolah anak2 aku setel. yang lain, aku dah berusaha dan berserah pada Allah.
adakah aku kategori x bekerja keras untuk dptkan duit supaya aku bole enjoy mcm nora danish dan nedim?
B4 april 2015, byk brg akan naik dan kualiti akan makin turun sbb pengilang/pengedar dn adik beradiknya akan kena tax...takkan diorg nk kena sesaje je...mst nk impose cost kt end user jgk kan..jd kita akan tetap rase kenaikan harga,aku nk tgk ape yg turun...
Dan aku harap yg plg terseksa macai2 yg dok pangkah dulu, biarpun mereka itu org kpg yg naif. Keji ke aku berharap begitu?
Kalo tgk sistem GST tu lg bagus dr SST, tp nk implement skrg mmg giler!!
Diorg nk kekalkan gaya hidup org kaya, pastu perah rakyat sampai kering.
Kita ni kena bala "negara aman". Tak perang tak ape, tp dpt pemimpim b**g**g.
Pastu kata suruh compare dgn middle east yg bergolak.
Kalo tak bergolak pun, jurang antara rakyat dia pun tinggi, nak beli roti pun susah. Dan aku mcm rasa kita ke arah tu pulak. tak perang tp mcm tu lah...
aku dah lama rasa dh lama prasan.aku tinggal kat selatan..tmpt paling kuat dacing..duduk kira luar bandar tapi kos hidup tinggi..hage umh sini pun 300k tapi kategori luar bandar yang cola 150 je..barang semua mhl. ko kira untung dpt berbelanja kat pasaraya..kalu kt sini hrp pasar mini..brg hage mhl bganda mmg x sama dgn hage kt econsave..org kaya bnyk kebun bole la senyum..mkn gaji cam aku ni banting tulang keja demi keluarga..hage umh mhl..tanah pun mahal.
aku dah lama rasa sesak dalam sistem kapitalis ni..kau baru skrg ke rasa?
pasal similac tu.haha ko pun terpedaya cam aku gak ank sulung bg similac..aku pun sama susu mhl pun sanggup bg padahal sama je kalu bg susu murah pun..kata x de alahan lah itu lah ini lah..soya kan..ank 1st aku tu lama gak mkn similac mhl sgt x larat pastu aku try dutch lady 123 alhmdulilah ok..pastu ank strusnya sampai ke4 ni aku lnsung x mulakan dgn similac aku terus start dgn dutch lady alhamdulillah semua sihat jarang demam..mungkin mereka fhm ayh umi diorg bukan org kaya..
ok selamat ber GST ye semua
kat tmpt aku ni xde gst pun brg semua nak mahal kalu ada nati tah cmne..
Aku rasa aku dah taknak baca blog kau dah Mantot sebab setiap hari kau buat aku rasa kehidupan rakyat Malaysia ni sangat ditindas oleh kerajaan.
Argh. Tensyen tensyen.
tu la realitinya kau x rasa sbb tu kau x mau tau semua ni..
hadapi realiti..kau hidup senang sbb tu ko ckp camtu..
mmg ditindas..kalu kau x rasa maknanya kau ni org kaya atau kau masih muda dan blum bekeluarga..
Memang apa2 mahal la sekarang tak bole tahan lor...I punya ada sekarang minum susu similac 1tin memang betul u cakap 100 wo..malah lor...lagi sekarang tak tau mengapa semua pasaraya tak ada stock similac yg anak selalu minum then no choice beli yg kotak kecik..mahal wo 46rm itu pun hanya boleh tahan 1week sahja...betul betul tertekan la dgn keadaan yg macam ni..cari duit susah sangat barang semua naik naik..
bini aku perah susu badan buat stok x payah bli susu..jimat!
memang betultu tpi aku rasa rakyat kita x kan mungkin hidup tanpa restoran segera ni semua sebab dah menjadi kebiasaan walaupun mahal berdasarkan apa yang aku lihatlah .Mungkin mereka anggap dengan mkn katsitu nampak tinggi statusnya walaupun sebenarnya x mampu
Skang mereka pergi lagi..but tak lama lagi..kalo keadaan x berubah..mereka xkan abihkan duit lagi kat tempat mcm tu.
Aku sendiri pun dh x pergi lagi KFC,McDonald etc walaupun aku peminat tegar fastfood
Biskut Oreo makin kecik...sekali nap suda habis.
saya tak faham kenapa orang suka pakai barang tiruan.. baik beli benda ori walaupun cap ayam yang murah.. confirm kes nak berlagak biar orang cakap "dia pakai croc tu" padahal tiruan... baik pakai jam casio dari pakai rolex petaling street...
Hiro tu murah sbb dia beli kt pasar borong kl.kalo korg nk brg basah n sayur murah.g beli sana.dulu aku meniaga kedai mkn mmg ctu port aku.selalu selisih ngan lori pasaraya hiro.tp dlm korg kata murah tu bnyk gak dia up.contoh udang sekilo rm 15-16 je kt sana.masuk pasaraya fah up rm 22-24 sekilo.sayur sekilo rm 3-4 je.masuk pasaraya sekilo tu blh bg dlm beberapa ikat then seikat rm 2-3 gtu.untung ko.aku kalo kaya dah lama g borong ctu bukak pasaraya jugak.hihihi
Mydin murah! Barang kering dan basah not bad laaa harga. Aku yang bujang dan duduk sewa sendiri pun pergi beli barang rumah dekat mydin. Nsk pun ok jugak untuk family sebab banyak barang di pack dalam kuantiti yang banyak. Untuk orang bujang macam aku tak sesuai laa kot sebab rugi. Beli nanti tak habis.
Mydin murah! Barang kering dan basah not bad laaa harga. Aku yang bujang dan duduk sewa sendiri pun pergi beli barang rumah dekat mydin. Nsk pun ok jugak untuk family sebab banyak barang di pack dalam kuantiti yang banyak. Untuk orang bujang macam aku tak sesuai laa kot sebab rugi. Beli nanti tak habis.
Mydin murah! Barang kering dan basah not bad laaa harga. Aku yang bujang dan duduk sewa sendiri pun pergi beli barang rumah dekat mydin. Nsk pun ok jugak untuk family sebab banyak barang di pack dalam kuantiti yang banyak. Untuk orang bujang macam aku tak sesuai laa kot sebab rugi. Beli nanti tak habis.
Tak suka sila keluar negara!
setuju mantot... low & middle class akan ditekan lagi... baran2 skrg ni mmg banyak gile low quality.. nak beli dkt anakku mmg akan menipis la poket, aku beli dkt tesco je baju anak aku.. susu pun cari yang murah2 je... pampers pun beli yang bundle punya, takde beli mamy poko, etc.. bila la aku nak kuar dari malaysia nih...
Aku pun sekarang ni rasa cam heran kenapa tiap hujung tahun aku dah tak cukup bajet nak bawak anak-anak pergi makan angin. Beberapa tahun nan lalu.... tiap hujung tahun aku pasti tak miss bawak famili pergi melancong, tapi sekarang memang dah rasa beza sangat... adakah sebab aku tak berjimat seperti yang pemimpin selalu laung-laungkan!!!???
Ni dah nak masuk cuti sekolah, anak-anak dah mula bertanya... aduhai...
Kalau nak beli baju anak yang murah dan stailo, ko pergi lah ke FOS wangsa walk kat wangsa maju.
Memang berbaloi lah. Legging budak rm15. Tshirt budak pun banyak choice.
beli kt bazaar or pasar malam lagi murah. baju dan legging dapat rm5 sehelai. kualiti xdela teruk sgt. ok je anak aku pakai. setakat utk pakai basahan ok la.
Baju budak2.. econsave agak mahal sebenarnya.. aku selalu borong kat the store yg sunbaby tu brand lain pun kadang the store murah.. tesco pu okay gak. nak cantik sikit parkson affordable gak. barang makan econsave la.. terpaksa..rasa dulu selalu je ke giant dan tesco tapi sekarang mmmg tak mampu dah.. reality bites.. it is so hurting.. kurangkan expense makanan dan keperluan lain, tapi insyaAllah untuk pendidikan anak2 tetap yang terbaik.
KLIK LINK NI; GAMBAR AWEK COMEL
Catat Ulasan