Oktober 21, 2013

Pengguna Genius : Jika Anda Menipu Orang Melayu dan Anda Berbangsa Melayu, Anda Lah Manusia Durjana

Aku just nak ingatkan kepada semua orang Kuala Pilah yang bergembira sebab dah ada Giant kat situ. Semenjak beberapa bulan lepas aku selalu pulak ke situ jadi aku just nak ceritakan lah sesuatu yang aku sure ramai jugak orang Kuala Pilah tak sedar lagi.

Dekat situ, ada satu kedai kecik tapi penuh dengan promoter. Promoter tu kerja dia approach customer yang dah habis beli barang sambil pegang flyer. Offer diorang "Bang, kak, isi nama, takyah bayar, dapat free gift!"

Nama kedai tu aku tak sure apa tapi syarikat dia Kitzware Sdn.Bhd.

Hari tu aku nampak ada sorang makcik tengah duduk isi borang yang diorang bagi tu. Aku pun tunggu aje la makcik tu abis sebab aku nak sound makcik tu yang tu semua scam aje tapi lama benar salesman dia bergebang kat situ, aku pun belah aje la.

Rasanya, ramai jugak orang kita yang mudah tertipu jadi aku cuba penuhi tanggungjawab aku, tolong, tolong, pesan dekat nenek kau, mak kau, makcik kau supaya kalau diorang ni orang Kuala Pilah dan kerap singgah Giant tu, jangan la terpedaya dengan kedai pukimak tu. Aku memang hangin dengan orang camni sebab...ini bisnes gampang. Legit, tapi gampang.

Modus operandi diorang mudah, tarik pelanggan guna free gift. Bagi kad gores menang yang pasti menang. Wahhhh! Abang dapat kad yang special tu! Kemudian tawarkan satu pakej barangan elektrik yang kononnya terbaik dalam dunia dengan brand ala-ala European. " Wow! RM3000 boleh dapat pakej barangan elektrik banyak ni?" Jerit seorang Makcik dari Kampung Melang, Kuala Pilah. "Makcik nak belilah!"

Barangan yang diorang ni jual kebanyakannya barangan cap ayam yang tak ada brand, tak tahan dan tak tahu selamat ke tidak penggunaan dia. Semua advance features yang diwar-warkan tu semuanya hanya bullshit semata-mata. Tapi orang Melayu, bila kita dengar benda miracle, ajaib dan diluar hukum alam, kita jadi suka.

Apa yang menyedihkan, si salesman ni semuanya adalah orang2 Melayu. Kau pegi la tengok sendiri macam mana bodohnya dan mudahnya diperbodohkan orang Melayu di semua level. Yang salesman satu level bangang, yang belinya satu lagi level bangang.

Kau tak kesian ke tengok makcik2 tu beli barang takde kualiti dengan harga melampau tu bro? Kau fikir komisyen kau aje kan mangkuk? Tak ada moral ke kau ni?

Yang lagi menyedihkan...bisnes diorang ni legit. Scam...tapi legit. Tak salah! Apa yang diorang buat ni tak salah! Menipu tapi protected by law. Kau pegi report polis pun tak salah! Sebab urusan perniagaan tu berlaku atas persetujuan pembeli tu sendiri. Kenapa kau nak dakwa company yang caj kau harga overprice sedangkan kau sendiri setuju itu amaun yang kau akan bayar? By law, apa yang company ni buat tak salah...kau bawak mahkamah, kau takkan menang, sebab dia tak break any law at all.

Cuma morally, memang salah. Tapi zaman sekarang, berapa kerat sangat la orang yang uphold moral dulu before profit? Tolong, tolong, kalau kau baca benda ni, tolong pesan kat sapa2 sedara kau yang duduk Kuala Pilah, kedai tu, tolong lah jauhi. Janganlah sampai kita kena scam buta2. Aku tak sempat nak warn makcik aku pasal "mesin elektrostatik Al Jabbar" jadi I have learned my lesson.

Jangan biarkan keluarga kita diperdaya dengan orang-orang Melayu yang tak ada akhlak. Golongan macam ni kian hari makin ramai. Akhlak adalah bukti sukses orang Melayu...bukan duit. Ingatkan diri kau benda tu hari2. Biarlah kerajaan,media dan propaganda canang bukti sukses adalah kekayaan yang menggunung tapi dalam diri kita, simpankan yang jika kau jaga akhlak, jaga moral, takut nak buat salah, takut nak menipu, songlap dan sebagainya...kau adalah manusia yang sukses.

Jangan kena scam. Jangan scam.
Jangan biar scammer hidup senang.

31 ulasan:

Carlos Santiago berkata...

wohohoho...

Afiq berkata...

Haha..tabik spring kt ko tot kalau ko nampak bnda ni sblm kena. Aku dah kena br nampak..

Ape aku dapat? Microwave, dapur(macam dapur gas) elektrik ngn pengurut vibrator mcm dildo. Lupa, 2 mug. Price? RM2k..yeay bebeh. RM2k. Aku korban duit kahwin..haha

Dia pggil, bagi free gift dua mug(masa tu ngn tunang la), ngan dua kad gores. Gores 1 kad dapat diskaun RM100, 1 lg gores akan dapat free dapur karen tu kalau beli microwave. Dildo tu pn dia kata free gift.

Nak kawin biasa la, rasa nk penuh kn rumah ngn barang dapur. Kena pulak microwave ngn dapur karen tu punya la high-tech. Aku yg bo*** ni tak tfikir nak tanya pasal company brand tu. Tunang aku hepi, aku pun sgkut skali...Hightech smpai blh goreng kopok lekor ngn telor mata kebau dalam microwave tu tanpa minyak. Demo depan mata kau..
Siap dia baut2 call manager, gi balik gi balik macam resah sebab betul ke kad gores yg aku dapat tu wujud. Dia kata dalam malaysia ada lima ja kad tu. Da macam ayam aku kena kotak katik dengan muka bangga. Last skali bawak balik, aku research brand tu cap ayam..hahahahahaha

da dekat stahun da. Nasib baik bini aku jenis cermat guna. Takat la tak rosak lg so aku ade jugak rasa berbaloi lg.

AND YES, yg jual tu semua MELAYU.

Cili Pedas berkata...

Goreng keropok tu aku tak pernah try. Tapi goreng telur tu aku dah buat semenjak 10 tahun lepas. Microwave jenama national yg dah lama berkhidmat (dah lama kiok) aku ajar adik aku masak telur goreng sebab dia suka makan tapi takde sape rajin masakkan tambah2 pulak budak kecik xleh main api kat dapur. Lepas dah terer masak telur pakai microwave dia masak sosej pulak. Hahahaha.. tp memang boleh pakai mana2 microwave pun..

Tanpa Nama berkata...

yang pasal dapaur electric tuh kat AIO puchong pun masih ada .. (dulu carefour) - masih beroperasi dengan selamatnya .. sama jer mcm ko cerita tpi aku punya cuma 6 org jer kat malaysia nih ada. siap call manager ckap sendiri . mujur diorang melampau promosi barang tuh baru aku mcm suspek .. aku amik mug 2.. pastu ckap nak amik anak kat sekolah .. selamat duit aku ..

badai berkata...

Afiq, gaya hang cakap macam utagha ja. Kat tesco seberang perai ka? Atau carrefour pun ada baru rasanya.

Aku pernah kena jugak, alhamdulillah mujur tak beli. Melayu. Stail pemakaian macam 'rempit' sikit. Taktik dia satu lagi, dia mintak nak pegang baby pastu bawak main, sambil member dia bukak sales. Lepas tu dia bagi 2 kad cabutan bertuah, yg 1st tak kena. Yg kedua kena. Lepas tu dia call manager buat2 macam tak percaya, nak confirmkan betul ke kupon tu valid. Memang jack abis. Lepas tu dia tunjuk microwave dia boleh goreng keropok tanpa minyak. Induction cooker. Penapis air. Semua ni item yang senang scam sebab kebanyakan orang tak mahir dengan spec dia. Bini aku yang awal tadi marah sebab anak kena amik & anti scam ni pun serba salah nak 'lepaskan' peluang. Mujur aku pernah tengok2 harga barang tu. Tolak dengan baik. Balik rumah, baru tau sales macam tu jatuh bawah kategori scam gores dan menang.

Sedih sebab yang jualnya melayu, yang dia target pun melayu.

Jie berkata...


Salam.

Selama ni tak tahu pun orang2 kat situ buat ape. Tapi pernahlah suami cakap, "jangan layan.suruh isi nama je konon tapi nanti macam2lah dia paksa."


yang saya perasan, lelaki2 yang jadi promoter tu mostly good looking dengan penampilan kemas. agaknya itu faktor orang tertarik.

Tanpa Nama berkata...

Aku pun pernah kena banyak kali ntah memang bodoh kot hahaha..

1) masa aku kecik, diaorang kenakan mak aku.. sekolah menengah ada orang datang rumah kes gores ni gak la.. dapat itu ini.. maklumla orang kampung.. aku denagr je dia pujuk rayu diaorang.. dapat brang harga ribu.. pastu nak leaps kastam ke apa.. mintak duit pendahluan.. gila tapi ntah macam convince je dia cakap haha mak aku bagi la ram 450.. lepas sebulan takda apa pun.. memang kena tipu la.

2) ni masa kat univ.. ada orang jual komputer murah lepas kastam ke apa.. bawak la member aku ni ke sana sini.. lepas tu tingal kat mana ntah.. kata nak ambik komputer leaps dapat duit.. sekali orang tu lesap.. hahaha.. sib baik la kami tak diapa-apakan..


3) Ni dah kawin.. masa tu dudk umah sendiri sama juga doreng menang ntah kat bangi kedai apa ntah.. gores dapat 4 set barang vacum, periuk, water filter, tv ntah apa lagi.. rm2k barang.. Ntah kena pukau atau kena sampok pakai cc bayar.. water filter tu ada lagi pakai.. tv ok lagi tapi dah sedekah kat orang.. vacum ada lagi tapi tak pakai.. leceh vacum apa pakai air hahaha..

4) selepas kes 1 & 2 lebih berhati2 pernah ada juga kena pujuk orang goress.. masa sebelum gores tu dia kata free.. goress dapat apa ntah.. lepas gores dia kata kena bayar pulak.. gila la.. menipu aje kerjanya.. aku cakap mana ada duit tadi kata free ni kena bayar jugak.. aku berkeras taknak.. last dia blah..

Ceh.. nak duit mudah je.. perdaya orang.. Biasa diaorang ni manis dimulut perdaya orang.. free la barang berkualiti la dsb.. padahal kalau ko selidik benda murah jual mahal macam MLM juga la..


takpe la.. tunggu la akihirat kelak susah payah la ko hantar balik duit orang tu pikul ke sana kemari..

aku? aku redhakan la buat pengajaran atas kebodohan sendiri.. Tapi yang kesian mak aku tu la tak dapat apa barang pon kena tipu idup2.. gores tu ada juga la barang aku dapat walau barang cokia..


Tanpa Nama berkata...

woah! segala p**kiayam keluar tot?! marah tul hang eh? ke hang dah terkena jgk ni, wat2 cover? hahaha...

Tanpa Nama berkata...

tot, promoter tu kerja cari makan, pukimak jugak ke? hehehe

dia dah 'kulukilir' cari kerja, itu jer kerja yg ada, how aa??

hehehe

Afiq berkata...

To badai..

Hahahahaha...ang da jumpa ka yg kat tesco sberang perai tu? Dia la tu..lama aku xp sna da.

Ada lg rupa nya..Tot, jom teman aku p bakaq sekor2 dorang tu..hahah

Tanpa Nama berkata...

WOHOIIIIIII apehal banyakkkkkk ngat org dok baca blog ni pon dah terkenaaaa!!!PEOPLE PLEASEEEE WAKE UPPPP!!aku nak print bende ni n pass kat mana2 kaki kencing yg ak jumpa-boleh?..bnyk diorg ni wujud kat shopping mall..mmg tahi betol peniaga mcm ni..ak pon prh try dgq dia pitch sale kat ak kt giant plentong jb sbb nak tgk camna modus operandi n its the same act they are playing over n over again!! .sakan pongpangpongpang dok muhong org.buat2 tekejut call manager konon tahi kucing..ko kluar dari carefour/giant/tesco kan kat sana kan ada section electrical appliance yg ko boleh compare warranty/brands/feature n such yet people fall to this scam so freakin easily!!!! gerai mcm ala2 booth cikai nak juai brg mega rm2k n above..kan dah tak logik tuuuu..anything that sounded too good to be true mesti ada unsur2 kencing kat mana2..tolong pakat2 print bg kat depa baca biaq rasa insap sket..aku pon rageeeee sgt tgk kaki kencing cenggini n from the comments here it seems they are all over the country!!imagine bape ramai org dah kena kencing???... *emosi betoi ak naip

Tanpa Nama berkata...

Tak pandai undang undang.
Apa tu 'Profiteering'?
Kenapa peniaga kecil boleh dihukum? Company besar dan scammer dilepaskan?

Malah ada menteri cakap 'willing buyer, willing seller'.

Tanpa Nama berkata...

seriously sebijik mcm carlos ckap.. penah layan gores dan menang...pandai betul punya percakapan mula2 suruh isi survey jer,, tup tup masuk kedai bagi kad gores dan menang. Dapat set dapur eletrik dan beberapa brngan elektronik lain..kena bayar RM5k heh/.. dah ckap aku ni student x mampu, diorg kata x per leh ansur2 bayar ( aku x suka hutang klo bleh). sibuk tepon manager nak sahkan apa yg aku dpt, kunun la x penah lagi ada gift cam gitu org dpt.. kui kui pastu siap ckap aku leh jadi duta diorg.. tapi mmg dah x minat nasib baik x setuju n trus blah...hehe pujuk rayu diorg langsung x leh blah dan ada kat mall sabah, skrg x sure masih ada.
spesis ni mmg tukang belit..so kena hati2...

Tanpa Nama berkata...

Kat mana2 pasaraya besar biasanya mmg ada la kdai ni.aku pun penah kena kat carefour klang (skang aeon big), dpt mug,tnjuk demo msak kropok dlm micRowave,pastu gores kad. dpt dapur elektrik tp oleh krn aku student masa tu (yg diorang tak tau,mungkin ingat aku ni dah bekerja) mana ada duit rm3k tu beb..So aku pun cakap tak nak,jadinya selamat la aku..nasib baik aku yg kena time tu bukan mak aku..kalau tak memang hangus cam tu jela rm3k.

Evagurl berkata...

sama lah dgn aku haritu. Jln2 dlm 1 Borneo, terus org dia 2-3 org dtg kerumun pung pang pung pang ckp reg free dpt brg ke hape ntah. Aku cakap elok tak nak, baru nak blah. Tetiba salah sorang geng dia (guy) tarik aku punya beg galas (dgn aku sekali tertarik) bawak pi duduk kt meja dia. Dia bg kupon and explain mcm2. Bila aku nak lari diorg mcm sekat x bg, berdiri dpn aku sambil tunjuk demo alat2 diorg. Cuak gile aku rasa, mcm nk kena harass pn ada. Last2 aku lari sambil maki sepatah dua. Baru rasa lega. Haha

Tanpa Nama berkata...

Saya da tgk gak kt giant pilah tu.dia soh beli siap gores2 lg tp da tau tipu so xterkena la.saja nk tgk cane org tu nk goreng customer.xsangka ramai tertipu lak..

Tanpa Nama berkata...

Yang ni aku setuju, memang kalau aku pun pikir jugak tak sampai hati nak menipu orang suruh beli benda yang kita pun tahu tak berbaloi semata mata komisen. Bukan apa, kesian weh

ruggedmom berkata...

"Tapi orang Melayu, bila kita dengar benda miracle, ajaib dan diluar hukum alam, kita jadi suka."

like!

aNiS tHe BumbleBee berkata...

mak mertua aku pernah kena.kompeni ni dia ada geng2.kena kt tesco seberang jaya.kt giant kulim pun ada aku tgk.aku fight balik kt tribunal dan dapat semua duit mak mertua aku tu balik.

yg baru2 terkena,blh follow cara aku buat.ramaila jugak yg pm tnya aku,dan ikut cara ni,berjaya dapat duit depa balik.

ni aku bg link blog aku utk hampa refer,kut2 kalau dh terkena,xtau nk buat apa.

http://anisthebumblebee.blogspot.com/2011/12/perhatian-kepada-yang-suka-pegi.html

aNiS tHe BumbleBee berkata...

ni plak yg part 2.pengalaman sebenar aku handle kes mak mertua aku.

http://anisthebumblebee.blogspot.com/2012/02/update-mangsa-cabutan-bertuah.html

Nini berkata...

Haah..mana2 microwave pun boleh buat camtu.. Nk goreng keropok, spray minyak sikit pastu masuk microwave..siap goreng keropok..

Tanpa Nama berkata...

Sebijik taktik budak kat tesco kapar. Konon kad gores aku tu dh tersilap letak skali.patut dh xde. 1 in a lifetime chance katernyer.. Mmg xkan la alu beli.microwave bagai tu, duk rmh mak.lagi. Aku.amik mug.dia je haha..ganti balik masa aku yg tbuang kat ctu.

Tanpa Nama berkata...

kampung mantot kek kolo pilah...

Tanpa Nama berkata...

Hai Anis the BumbleeBee. No wonder hang berani pertahan hak n lawan depa, bawak gi tribunal bagai, hang kan BumbleBee the Transformer! respek ah....

eh? apakah?

sisanizu berkata...

kat tesco kajang pon hado ni.. suami sy nk beli,ms dia approch suami, sy xde kat situ..,bila sy dtg, sy halang,,sy masam muka..sy tak suka,..suami insist nk beli jugak..isi form bagai..pastu nasib baik kad kredit kene tendang mase tu..kah kah....memang penyelamat betul. takperlu kot microwave canggih. no need no need..nk goreng kopok, pakai kuali je boleh..tp kaedah dia bukan gores menang rsnya mase tu..dia promot brg je.canggih katanya..RM3000 mahal gilerss

Tanpa Nama berkata...

Anak ko bagi org x dikenali pegang? Bahaya Oo

ROSILA FAIZAN berkata...

Saya pun pernah terkena kat Carrefour Seberang Jaya dlm tahun 2011 mcmtu, dia panggil kita isi borang dpt free gift, saya pun isi la, free gift dia tisu je.pastu dia bagi kad gores tu, gores tgk dapat barangan eletrik harga RM2k, pastu dok sibuk demo mirowave bleh goreng telur dengan keropok..saya dh rasa mcm scam dh masa tu sebab harga tak masuk akal, jenama pun tak pernah dengar..then saya cakap la elok2 saya tak nak beli, depa pujuk gila2 punya..kita dah la tengah pregnant..dia suruh saya bayar RM300 ja, pastu bayar ansur, manalah saya bawak duit banyak masa tu, ntah mcm mana dia pujuk, dia minta kad bank saya untuk debit RM300 tu, saya bagi pastu dia terus swap..then dia bagilah semua barang tu, saya tak sedap hati saya pi check kat mesin ATM, tgk semua duit dia ambik, menangis call suami, on the spot dia mai, tanya mcm2 kat depa..suami cakap nak report polis lagpun saya tak sign apa2 perjanjian pun..depa gelabah, terus masuk duit tu balik..alhamdulillah..la ni bila jumpa geng macam dok approch kami, suami terus sound hampa dok menipu org tak habis2..memang berhati-hati la lepas kejadian tu..

adam berkata...

mak aku pernah kena...8k kot dia byr...mmg pedajal org tua pnadai golongan rakus ni.
Nsb baik mak aku berterus terang, terus kitorg report tribunal. yes, walaupun dorg legit protected by law..tp benda mcm ni still boleh bawa bincang kat tribunal. alhamdulillah, dpt balik duit mak aku.

mmg yang buat ni orang MELAYU. orang ISLAM. geram rasanya....aku doakan dorang ni insaf...tp biarlah dpt balasan dulu sebab pedajal org gaya itu...

nasihat aku kita mmg kene peringatkan ahli keluarga,,,adik beradik, terutama mak bapak kita yang semakin tua yang kurang membuat penyelidikan ni.

Husband Aloq Staq berkata...

Buat je macam aku...sapa2 mai aku ulang cakap..
1)Xpa ada dah..
2)Xpun aku geleng kepala...
3)Xpa lain kali la..
4)Just senyum blah dengan buat muka xnak tau

Tapi paling lawak sekali aku pernah sekali..dah ada dah..walau promoter tu x cakap apa lagi..dah la promoter pondan..dia balas jawab sampai hati abg..x sempat cakap apapun...sampai bini kat sebelah aku ngn aku sekali tergelak...

Scam ni sampai skrg ada..tang mydin kt rumah aku bersepah2..aku selalu dok tegur mak ayah aku supaya tak layan sangat diaorg ni...bkn nk bg barang free pun..keje menipu orang..kepala hotak diaorg betul..

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul la promoter2 tu smua dipergunakan oleh bos mereka sendiri... ksian jgak. Klau depa tu mmg menipu x taula... memang depa smua tu aniya orang ramai....doa2 org teraniya ni makbul....depa tnggu la pmbalasan Allah dok menipu dan aniya org ni...

Tanpa Nama berkata...

aku bru kna pd 5/2/2014... rm1799 aku melayang , aku kna kt the store sg buloh, aku g maybank mintak dorg kesan duit tu di transfer ke akaun mna mmg sah dorg transfer ke akaun kitzware , aku bwa surat tu g tribunal pg td blk dr ctu aku trus g tmpt dorg serah surat kes , aku kna g mahkamah tribunal 6/3 ni , dorg mintak settle luar , aku mtk duit full jgn tolak2 tp dorg nk bayar cek aku ckp sory cek2 aku x trima aku nk ucap trima ksh bnyk2 kt anis the bumblebee sbb ada ajar mcm mna nk wt klu kna , dorg cakap sblum ujung bulan dorg akan bg duit aku cash , barang2 tu aku suruh dorg dtg umah ambik sndri n bg duit aku trus by hand tma ksh bnyk2.