Oktober 09, 2013

Kalau Kau Tak Mampu, Buatlah Cara Tak Mampu. Duduk Rumah Jangan Keluar Rumah

Satu hari dalam minggu lepas, aku singgah Petronas, beli air. Dah masuk tu aku lepak tengok produk Upin-Ipin sekali kalau ada yang berpatutan untuk anak aku. (dah tak ada, semua yang murah2 aku dah beli, tinggal yang mahal aje)

Takpelah, takde la rezeki untuk anak hari tu nampaknya. Aku pun melangkah ke peti sejuk nak ambik air. Ada budak lelaki umur dalam 4-5 tahun camtu terus mendekati display produk Upin-Ipin tu sebab dia takut nak tengok aku berdiri duk usha kot. Dari jauh dah boleh dengar dia panggil mak dia.

"Mak mak, nak Upin-Ipin..." jerit dia. Budak2 terjerit tu biasa la kan.

Aku nampak budak tu berlari tarik tangan mak dia yang tengah ambik roti kemudian ajak mak dia tengok. Mak dia pun melangkah longlai sebab dah malas nak layan agaknya...."hari tu kan dah beli dah?"

"Alaa..boleh la mak, boleh la, kali ni aje!" jawab budak tu menggunakan ayat tipikal budak2 yang annoying.

"Tak payah!" Mak dia jerit agak kuat. Budak tu terus tarik muka, mencebik. Aku ingat dia nak nangis. Dia tak nangis!

"MAK BODOH! MAK BABI! MAK BODOH!" jerit dia kuat-kuat.

Woah! Ni sah-sah pengaruh filem2 gangster Melayu, fikir aku. Sekejap lagi mesti budak ni start cakap macam taiko Melayu cuba berbunyi macam Cina.

Tapi harapan aku tak kesampaian sebab mak dia terus tarik anak dia sambil membebel. Aku pun tak perasan apa jadi lepas tu tapi bila nak bayar, secara kebetulannya, diorang beratur nak bayar depan aku.

"Kau ni kenapa aa? Degil sangat!" bebel mak dia sorang2 sambil pegang tangan anak dia. "Bukan ke dah beli hari tu? Baru aje beli minggu lepas!" Anak dia diam aje la. Rupanya anak dia ambik jugak produk Upin-Ipin tu, rasanya stationery set.

"Lepas ni dah takyah dah! Kau menangis air mata darah pun mak tak bagi!" bebel mak dia lagi. Woah! Rupanya anak dia jadi camtu bukan sebab pengaruh filem, tapi sebab mak dia pun mulut gangster! Jadi, tidak terkejutlah aku lagi "Bodoh" dan "Babi" diucapkan oleh budak tu. Mesti ada ketikanya perkataan2 tu digunakan untuk sebagai kata ganti diri untuk mak atau bapak dia.

Walau bagaimana pun, siapakah "Babi" sebenar dalam cerita ni?

"Babi" adalah mereka yang letak permainan dekat tepi cashier sebab tau mak bapak akan beratur kat situ bersama dengan anak-anak mereka. Mereka ni golongan "Babi Pandai."

Pandai menyusahkan orang lain.

Yang kaya akan terus kaya, yang miskin akan terus miskin. Kalau kau pemilik stesyen minyak, kau takkan paham macam mana stressnya mak bapak yang bawak Kancil nak isi minyak sambil anak meraung-raung mintak permainan ni. Mak budak tu? Bawak Kancil. Harga stationeries tu? RM12.90 tak silap aku. Budaya ni, kita boleh nampak merata2 tempat. Semua bisnesman fikir macam mana nak maksimakan keuntungan semata2 tanpa ada etika walaupun dia Islam.

Adakah dia menyusahkan orang lain? Ya. Cuba kau fikir, kalaulah Rasulullah pemilik kedai, dia letak tak permainan overprice piece of crap made in China supaya anak2 berebut nak beli, walaupun tujuan asal customer ke situ, adalah untuk isi minyak, Touch n Go dan beli makanan,minuman ringan?

"Bukan masalah aku," kata semua bisnesman. "Anak kau meraung sebab nak alat permainan yang aku jual? Pandai2 kau la setel sendiri. Aku just cuba nak dapatkan duit kau." Mentaliti tu, aku rasa tak kenalah dengan pemikiran cara Islam ni.

Aku harap satu hari nanti kalau kau bawak anak kau pegi showroom Ferrari, anak kau meraung nak Ferrari sebijik dan tak nak balik selagi kau tak belikan dia satu.

28 ulasan:

BLOG ANAK MAMA^^ berkata...

kami dulu adik beradik kalau pergi kedai xpernah merengek nak mainan ke nak gula2 ke sebab kami tahu mak bapak kami susah..ada mak bapak xpernah tunjuk susah depan anak..maybe sebab tu anak xtahu..risau pulak sb dah ade anak ni..masa kecik comellah...

Sylarius Yusof berkata...

Common practice kat dunia kapitalis termasuklah kat Malaysia ni. Sekarang ni kat mana-mana pasaraya akan letak satu rak letak barang-barang macam gula-gula or something yang akan menarik minat bebudak.

Kadang-kadang parent tak sedar yang anak 'seludup' benda ni ke dalam troli. Time nak bayar, ada setengah parent segan nak letak balik barang tu. Nak tak nak bayar jugaklah sekali.

Andytanimoto berkata...

Kalau pi Giant atau Tesco barang mainan depa letak depan-depan pintu masuk. Belum sempat tengok list barang yang nak beli, anak dah merengek nak mainan.

Tanpa Nama berkata...

Durex pun patut kena blame juga sebab selalu letak 'produk' keluaran dorang kat tepi cash register. kat 7E, kat tesco, kat KK, merata2. menggalakkan remaja tuk mencuba. dah la habis $ kat rokok.....

Tanpa Nama berkata...

Biasa la budak-budak payah juga nak mendidik tak semua budak boleh terima kalau kau kata tak boleh. Tapi kadang-kadang kena kata tak boleh supaya mereka faham.

Kalau dapat anak yang reti bahasa ok la jenis tak reti bahasa bukan tu aje pakat meraung dalam supermarket haru juga..

Elakan dari bawak anak-anak ke kedai supermarket etc.. Tapi kadang tak boleh elak juga kalau pergi isi minyak ada iklan boboyboi doraemon ke apa.. Dulu stesyen isi minyak isi aje takda kedai sekarang macam-macam ada.. menyenangkan juga kadang menyusahkan kalau tak kena tempat.. apalagi kalau dapat anak yang macam tu..

didik dan doalah semoga mendapat anak yang faham bahasa.. kalau tak mampu tu reti2 la tak mampu.. Mak & Ayah bukan chop duit nak oii..

Tanpa Nama berkata...

bodoh babi ni mungkin pengaruh dari mak/ayah atau rakan-rakan nurseri.. Anak aku aku observe dapat perkataan bodoh dari pergaulan dia.. jenuh nak betulkan.. kalau dia cakap tu pelan2 nasihatkan dia.. babi tu setakat ni takda lagi..

Mak ayah selain kawal percakapan kita kena juga perati pergaulan.. percakapan anak.. banyak benda mereka ni mudah meniru..

Kalau rasa penat marah elakan dari memaki hamun dan keluarkan perkataan2 yang tak sepatutnya.. diam dan beristifar kepada Allah.. semoga ALlah permudahkan urusan seharian kita lebih baik..

Carlos Santiago berkata...

org bisnes mana ada pikir ni semua. mereka sibuk kira keuntungan. tu yg penting.

Tanpa Nama berkata...

itulah marketing tot

Tanpa Nama berkata...

lol for durex comment.

aku nak tmbah sket. last time, few years back,kat 1 of kedai 24 hours ni.aku tgh q-up nak byar. Depan aku sorang apak ngan anak lelaki, umur dlm 6-7 tahun. cashier tu sorang adik manis, baru lepas sekolah kot.

Anak: abah, ni benda apa? gula2? ke jajan? (sambil memegang kotak 4segi produk durex or yg sewaktu dengannya, aku tak berapa nak ingat. dan aku tak sure mana dia rembat benda tu) Amin nak 1(!!)

Apak sambil mengira $ nak bayar pandang anak sekali imbas.bila nampak anak pegang benda tu, dia jadi tak keruan dan serba salah. mata pandang aku sambil muka tak tau nak letak mana....Anak pulak bila apak tanya tak jawab, bertanya untuk kali kedua dengan suara yang lantang! orang kat line q sebelah dah start pandang....
apak nak tak nak kena jawab.

Apak: eh, letak balik! tu gula2 tuk orang tua je.budak2 tak leh try, nanti sakit perut! sambil ambil dan letak semula kat tepi register mesin dan berlalu pergi.

Aku terkebil2 dan sengih2. Aku nak gelak sebenarnya. orang lain ada yg gelak terbahak2.Ada yang geleng2 kepala. Adik manis jaga counter tu muka bertukar merah.

Those akward moment! damn!

Master Yoda berkata...

Hindarkan belikan toys depan anak2 masa kite shopping bulanan (beli brg dapur) dgn harapan diorg senyap/leka....

Lg bgus, hang pa berdua (laki bini) je gi beli brg dapur... KALAU BOLEH LA


Tanpa Nama berkata...

Mslhnya showroom ferrari tu org ada2 je yg pegi. Stesen mnyk tu org miskin pn pegi...

Tanpa Nama berkata...

Haha...i like your style

Tanpa Nama berkata...

huh,, salahkan stesen minyak.. ? mcm terkebelakang jer pemikiran mcm ni..

Tanpa Nama berkata...

kau terlupa bawak botol susu anak kau masa pegi jalan-jalan, lepas tu salahkan mak kau yang kat kampung.

Tanpa Nama berkata...

aku mcm tersakit jantung jap dgn "mak babi,mak bodoh" tu..adohai anak..

Kdg bdk ni nak perhatian..kalau dgn marah tu dpt perhatian mak, dia rela kena marah..

Jie berkata...


Salam.

Di stesen minyak, pastikan cuma suami je yang keluar isi minyak dan beli barang di kedai. Isteri tunggu dalam kereta jaga anak.

Tanpa Nama berkata...

True.kadang2 mungkin drpd pengaruh nurseri.sebab benda ni sndiri berlaku dekat adik saudara aku.memang betul susah,dan jenuh sungguh nak nasihatkan dia yg prkataan bodoh etc tu x elok.nak2 dia pula kanak2 yg ada ADHD lagilah susah.hrmmm anyway aku setuju dengan anon di atas ^ .blajarlah bersabar dan istighfar instead of cussing,maki hamun semua.

Tanpa Nama berkata...

Marketing strategy yg menyusahkan.. Nak beli roti kat 'babu' yg bwk motosikal tu pun serba-salah dibuatnya. Roti disimpan dlm tong, yg bergayut keliling motor semua jajan n kotak mainan.. Mmh hampeh tul..

dukun berkata...

aku tak penah komen post mantot walau berkurun aku baca,tp hari ini aku nak komen.bila baca kes study mantot,aku teringat makcik aku cakap.

makcik aku citer,masa dia diuni,dia penah buat marketing analisis dlm course dia.dia amek perniagaan tani tahun 89.

dia bagitahu paper dia pasal iklan.dia bandingkan bebudak kayu ara dan taman tun.bebudak dari keluarga kaya/senang tak menganggap din-dang tu makanan,tp lebih suka baju fesyen,beg,jam dan kasut.bebudak laki suka kereta kontrol,buku cantik,jeans,tees dan komik.

bebudak kg kayu ara sukakan din-dang dan keropok yang ada mainan kecik2 dalamnya.diorang tak berminat dgn baju2 baru,kasut,komik,jam dan kasut.

sori lau tak related.

Tanpa Nama berkata...

Lol. Good marketing vs bad parenting

Tanpa Nama berkata...

Takde kena mengena dgn kapitalis pun. Banyakkan membaca ilmu yang berguna ye mantot..jangan hidup asyik menyalahkan orang..semua benda ko rasa salah..dahtu kau je yg betul..?

Tanpa Nama berkata...

Maybe makcik tu stress kot ada anak yg byk tanya dan byk mintak. Dah tak kuasa nak explain/membebel. Bila dopendekkan, jadilah ayat gengster cmtuh... Kdg nk slahakan makpak 100% pun x bleh sbb faktor stress tu tadi. Lgpun budak2 lbh lama kat sekolah. Lg best kalau kat rumah pun asyik mengadap tv. Memang tak kemanalah pendidikan dan akhlak tu. Kita nak tgk kat anak2 24jam pun rasa mcm mustahil jgk. Kdg terlepas ckp gak. Kita pun tak perasan. Lagi kalau jenis yg anak berderet ramai, kena kerja 8 jam sehari, pastu takde maid, balik jd maid sendiri, pastu duit tak pernah nak cukup....blablabla... so kesimpulannya, kalau tak cukup duit nak belikan apa saja utk anak, memang betul, kena duduk rumah atau pegi main kat padang/tmn permainan. Kalau terpaksa nak isi petrol, make sure anak tu x yah ikut masuk. Kalau boleh la... sekian.

Tanpa Nama berkata...

Ko pn penah kena cmni kn Tot?anak ko mintak itu ini, tp ape yg ko jwb kt anak ko?

Mak ayah skrg da tkt nk marah n psiko anak kot..huhu

Cik Puan Rara berkata...

terjadi sama mcm kes anak sy dan belon hello kitty yg 5rm tu.tapi sy x kisah sbb anak sy 1st time beli belon tu.tapi lepas ni tak nk ajar dh,sbb 5rm pon.kalo asek beli je.bankrup mak! haih xpatut dorg ni.

Tanpa Nama berkata...

"Babi" tu memang betullah, diorang kata business strategy and skills, tapi menyusahkan orang. Dan anak2 ni perlu di didik. Saya pun kadang2 kesian mengalah jugak tapi kena letak limit and educate them do n donts. Kadang2 tu rasa simpati gak sebab diorang tak dapat apa yg di mahukan. Ada kes satu family ni, parent dia sgt manjakan anak, dan alaways fulfill apa yg diorang nak, samapai tahap sekarang ni, kalau tak dapat mengamok sakan dan apa2 sahaja barang budak2 lain dia anggap dia punya dan perent tadi still pujuk budak2 lain untuk berikan barang yg anak dia nak. So dlm pandangan saya tak elok la macam tu. Infront of my own eyes this thing happen, so sapa2 yg ada anak tu fikirkan lah cause and effect....

Tanpa Nama berkata...

some couples should just get themselves castrated before marriage....seriously...stop breeding trolls of generasi tahi

Ami Scott berkata...

Selalu gak kena camtu...tapi tak layan sangat...kita sebagai parent kena tegas sket...tapi aku tak kata aku berjaya totally tapi ada masanya dorang akan menurut...mampus kalau nak beli mende2 merepek setiap kali bawak dorang jejalan...rabak poket...dan dorang akan faham yang mak bapak dorang ni bukannya banyak duit pun...my doter yang sulung mesti tanya aku dah gaji ke bila aku treat dorang something nice tiap awal bulan dan pandai simpan duit belanja dia sendiri sebab dia ada goal dia sendiri apa dia nak buat ngan duit tu and she just 7yo

Tanpa Nama berkata...

Ingat lagi adik sy dulu pernah dibaling remote tv tepat kena mulut dia, sbb sebut 'babi'. Prkataan tu smua mak memang xbole terima. Fast forward sepuluh tahun, slalu terdengar anak2 kecil mncarut dan mak bapak diorg gelak aje?