Oktober 23, 2013

Orang Bangladesh Mana Boleh Meniaga Kat Malaysia! Tapi Kalau Orang Jerman Kami Alu-Alukan

Sekarang ni ramai orang sedang memainkan isu mengenai kebanjiran perniagaan bangsa asing yang making menjalar di merata tempat. Isunya mungkin sebab ramai orang Melayu terkejut kenapa orang Bangladesh ada kedai sendiri...membuatkan orang Melayu tak dapat mencari rezeki.

Yang memelikkan aku, tak ada pulak orang yang jadikan isu kalau orang Arab bukak kedai, atau orang Iran (orang Iran tak mengaku mengaku diorang Arab) atau orang Korea. Yang jadi sasaran adalah orang Bangladesh, orang Indo, orang Vietnam, orang Myanmar, orang Kemboja.

Kenapa benda tu terjadi begitu?

Aku rasa sebab expectation orang kita, bila sesuatu bangsa tu "sepatutnya" jauh lebih susah dari kita, mereka tak ada hak nak bukak perniagaan di Malaysia. Tapi kalau orang yang kita kategorikan lebih kaya berbanding kita, kita anggukkan sahaja. Sebab itu bila orang putih nak bukak company di Malaysia kita bend over terbaik punya....pelaburan masyuk. Tapi company Bangladeshi? Tak standard la.

Aku pun memang ada kecik hati pasal tengok lagi banyak kedai bangsa asing berbanding bangsa Melayu tapi aku lebih pelik, macam mana orang Bangladesh dan Indo ni boleh bukak perniagaan, sedangkan orang Melayu tak nak bukak. Radius satu kilometer rumah, kedai makan Melayu ada satu, kedai makan Siam ada 4, kedai runcit Indo ada 2, kedai karpet Bangladeshi ada 1.

Cuba kau tanya diri sendiri, perlu ke kau marah dengan benda ni? Perlu ke benda tu nak dijadikan isu? Jika kau rasa benda tu perlu nak dijadikan isu..isunya bukannya mempersoalkan kenapa bilangan kedai bangsa asing makin banyak....tapi..............kenapa tak ramai orang Melayu nak berniaga?

Adakah apa yang bangsa asing buat apabila meniaga di Malaysia ni salah? Tak. Tak salah. Adakah apa yang diorang niagakan tu haram? Tak. Tengok balik sejarah negara kita, dari dulu lagi orang Pakistan dan orang India adalah orang yang dah meniaga dari awal. Orang Pakistan jual karpet, orang India jual roti. Itu identiti perniagaan yang kau boleh nampak sampai sekarang. Cuba beritahu aku, apa identiti perniagaan Melayu?

Aku tunggu kau fikir...ambiklah beberapa minit........

Identiti bisnes Melayu - MLM? Bisnes ubat dan air ajaib? Gelang magnetik yang lebih efektif berbanding sebuah hospital? Ubat kurus yang menyuruh kau jaga makan kau?

...................

Fikirkan kenapa kita perlu marah pada orang perniagaannya halal dan sah. Yang meniaga tu Islam kan? Bangladesh yang kau nampak hari2 tu, Islam kan? Jadi, kenapa kita perlu jadikan isu? Isunya bukan kenapa bangsa asing makin ramai berniaga.

Isunya kenapa kau hanya marah kalau Bangladeshi bukak kedai tapi kau suka pulak bila kompeni Perancis masuk Malaysia bukak pasaraya? Inferiority complex barangkali? Samalah jugak kalau expatriate Europe diberikan taraf penduduk tetap, pasti tak ramai yang membantah, kan?

Aku simplifykan di sini, "kenapa susah benar nak carik makanan Melayu malam2 dan lebih mudah nak dapat tom yam di Malaysia, tanah tumpah darahku" ? Mulut aku bukan mulut orang Siam. Aku nak makan nasik campur malam-malam damn it! Tapi semua kedai yang jual nasik campur Melayu malam2 yang aku jumpa, semua stop jual.....sebab rugi. Tak ada orang nak makan nasik campur malam2...

Orang Melayu tak sapot ke?

Mungkin sebab kita dah terbiasa sangat makan kedai Thai malam2, kita sendiri rasa lebih natural makan masakan Thai waktu malam ke? Entah la. Kalau kau tau ada spot makan malam2 masakan Melayu tulen Malaysia (bukan nasik padang, bukan tom yam, bukan nasik kandar) yang bukak malam2 area Selatan Kuala Lumpur, bagitau la aku.

Dan paling penting, ya, isu kebanjiran pendatang asing ni memang patut dikawal.
Tapi..... (bersambung esok)



18 ulasan:

Carlos Santiago berkata...

tapi tak terkawal.

mr edz berkata...

orang Iran tak mengaku mengaku diorang Arab- itu aku setuju

WaiRai- berkata...

Orang Iran asal dari Kerajan Persia,
mana nak ngaku arab walaupun duk area Semenanjung Arab.

Tanpa Nama berkata...

perniagaan warga arab tak semeriah perniagaan warga asing.apa tujuan sebenar kerajaan mengimport warga asing sebenarnya?? untuk mereka membuka perniagaan sendiri atau untuk tenaga buruh ??

Tanpa Nama berkata...

Ada orang kata indon2 & bangla2 yg berniaga tu tak bayar tax, betul ke? Maju diorang meniaga, kat tempat aku pakai kereta waja.

Jumizah Samsudin berkata...

Semua negara maju akan lalui sinario ini.

Tanpa Nama berkata...

kalau kat langat boleh ke? nasik campur original N9. sedap mcm masak sendiri punya. banyak, murah dan sedap. kalau balik keje lambat aku singgah situ je. RM 7 aku boleh dapat 4 jenis lauk. rendang hati lembu besar tapak tgn, asam pedas pari, lemak pucuk paku, reandang hati & pedal. semua setengah plastik standard. ikan ayam daging semua pesen besar2 je tak main kecik2. kalau masa lunch mmg ramai org. ikan ayam daging semua besar2. ulam pun byk. jering yg selalu org minang masak pun ada. tapi taktau la kot sebab laki aku pandai ckp minang dia bagi murah =P tapi yg pasti mmg sedap.

Emogiler berkata...

Warga asing bukak kedai pun kecoh. Hahahaha. Melayu ni elok mampus jer semua. Biar jadi minoriti baru ada akal sikit. Yang rasuah korang nak undi. Yang tak undi pun dok doakan bala. Bala tu kalau nak diturunkan semua sekali kena tak kira yang baik ker jahat. Berapa baik korang rasa diri korang ni. Hahahaha. In distant future i see my child sit in the class with bangladesh, african, indonesian and so on. Hahahaha

Gaara Kazekage berkata...

orang melayu ni takut rugi sebenarnya..sebab tu tak nak bukak bisnes..tak sanggup main risiko untung-rugi bisnes..bab nasi campur mlm2 tu aku setuju..susah nak jumpa nasi campur jual malam2..mana pergi orang melayu? hahaha

Tanpa Nama berkata...

Makanan kegemaran di UK?
Kari.
Angkara Bangla juga.
http://www.bbc.co.uk/worldservice/specials/177_food/page5.shtml

Tanpa Nama berkata...

Memang bila susah kita pergi ke tempat orang kita tend do do anything to survive.. berjimat cermat dan berushaa nak maju..

Ada orang melayu pergi ke US juga London menjadi peniaga yang berjaya..

Sama macam ada bangla sehelai sepingan masa datang Malaysia sekarang ada beberapa kedai bundle di seluruh malaysia.. Malah siap import berkontainer barang dia.. :)

Kita nak berjaya kena rasa susah baru semangat untuk survive tu tinggi.. Kalau tak memak lemak komplain aje tau.. Lepas tu salahkan orang..

lol berkata...

jangan makan lewat malam nanti BOROI kah kah kah..

honey bedazzled berkata...

xtau ko dok mana. kat taman melati ada nasi campur lazat. masakan org kelantan. perghh layan

Tanpa Nama berkata...

dekat rumah aku ada nasik
belauk duoploh jam

Tanpa Nama berkata...

kat kg baru ada kedai nasi campur bukak malam2. Pak Lang Ikan Bakar xsilap. selalu gak makan situ.

Tanpa Nama berkata...

Aku baru balik dr korea.org dia layan org malaysia sama la mcm sesetgah org kita layan org indon kat malaysia.so pndapat aku.mana2 negara pn sama.kalau ko rasa negara ko lg hebat dr negara lain.ko akan pandang rendah rakyat negara tu

Tanpa Nama berkata...

saya ni keturunan pakistan..datuk saya dulu sebelum merdeka datang..ngan british force lawan jepun....lepas tu jadi polis malaysia..saya warganegara malaysia..tapi muka memang cam pakistan..9 tahun saya kerja bawah company cina..memang mereka pandang rendah kita pekerja islam..tak respek..member melayu ada yg sampai gaduh ngan bos cina...tahulah perangai bos cina yg pro dap cam mana..kalau pernah kerja dngn mereka tahulah...saya letak jawatan n skrng kerja sendiri online..alhamdulillah..lebih rezeki..lebih berkeyakinan..siap bayar income tax..boleh pakai keta mahal tapi saya tak pakai keta buruk je..rumah saya pentingkan dulu..keta janji boleh jalan..saya berniaga sebab saya tak nak kerja ngan bos cina..tak mampu nak kena buli..tak tentu pasal..saya pernah kerja gaji sebuanrm300 sebagai mekanik lepas sekolah...saya ingin menasihat adik2semua kerja dulu timba ilmu lepas tu berniaga..slowly mesti berjaya kalau ada minat...

Tanpa Nama berkata...

Pasal bangla berniaga kalau ade passport aku tak kisah.tapi yang geram pasai mengorat anak dara orang lepas tu kahwin dapat anak dapt ic kalau tak kena kat anak sendiri tidak mengapa contoh kalau kita ade anak perempuan caple ngan bangla lepas nak kawin mahuu tak sakit kepala.melayu kite yang tak lepas spm tak dapat kerja sebab bangla dah konker. Polis kite pun bagi rasuah okey jalan.bangla yang tak berpasport tak balik kampung ,nak naik kapal terbang tak boleh takde passport .nak naik kapal ade pengawasan navy,nak bapak depa dok tunggu bilalah nak balik menitis air mata, dah dapat dosa