Kau masih ingat lagi kali pertama kau jatuh cinta dan cinta kau dibalas?
Seronok bai waktu tu. Lagilah pulak kalau kau jenis macam aku, kerap benar kena rejek dengan perempuan sehinggakan kadang2 give up dan nak declare diri gay bidan terjun atau gay terpaksa @ gay poyo.
Paling penting, bila kau jatuh cinta dan cinta kau tu dibalas, secara automatik dalam kepala otak kau, kau dah congak dah macam mana masa depan kau dengan dia. Seriously, jujur ikhlas, semua perempuan yang rejek aku, aku tak pernah nampak masa depan aku dengan dia...cuma mungkin sebab nafsu punya pasal aku try approach perempuan2 tu.
Bila kau jatuh cinta dengan seseorang, kau akan nampak semua benda yang kau nak nampak. Benda2 yang kau harapkan dia dapat penuhi satu hari nanti. Membuatkan kau optimistik dalam hidup yang kau sedang buat the right choice. Aku pernah rasa benda ni satu masa dulu. Dalam tahun 2002. Cuma seperti orang selalu kata, langit tak selalu cerah....jadi bercinta ni ada naik turun dia. Kepada yang tak tau apa rasa bercinta, aku maklumkanlah, proses cinta ni tak best. Sebab itu agama larang kau bercinta sebelum kahwin. Banyak faedahnya kalau kau dengar cakap agama dalam bab ni. BANYAK! Kau Islam? Kau nak jadi Muslim sejati? Jangan bercinta sebelum kahwin! Kau nak berkenal-kenalan, kenallah seberapa ramai pun kau nak.
Tapi jangan lah declare hati kau hanya untuk dia tanpa sebarang lafaz nikah.
Hari Khamis minggu lepas, aku pun ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk daftarkan nama anak aku. Secara jujurnya, aku tak tau nak taruk nama penuh dia apa. Aku dah decide dua nama dari first day aku tau wife aku mengandung tapi aku tak tau nama penuh apa nak bagi.
Aku pun duduk aje la dekat JPN, tak sure nama apa nak isi. Kemudian aku bukak balik tengok gambar anak aku dan bertanya dengan dia...nama apa aku nak bagi dekat kau?
Hormon emosi femina aku tiba2 menyerang aku dengan tiba-tiba dan dengan tak mampu dikawal, fikiran aku mula terfikir pasal masa depan dia macam mana, dia sekolah mana, kalau dia sekolah asrama nanti macam mana, masuk universiti mana, nanti nak kahwin masa tu lembu seekor berapa, waktu tu kenduri adakah akan menggunakan teknologi laser ala2 Pink Floyd dan bermacam2 lagi lah.
Hinggalah last sekali aku terfikir, mampu ke aku, satu hari nanti, passkan beban dan tanggungjawab jaga anak aku ni dekat lelaki lain? Mampu ke aku?
Serentak dengan tu, depan kaunter JPN tu, dengan kerani tu duk tengok aku, air mata aku mengalir. Tapi nasib baik sikit aje. Memang macam haram jugak la rasanya nak cover.
Buat sementara ni, first step yang aku boleh buat adalah pastikan nama dia elok maksud dia. Aku pun tuliskanlah nama dia dekat borang JPN tu, "Asma Aisyah..."
Apa yang jadi lepas2 ni, harung aje la step by step. Hopefully dia membesar elok, tak tanggal tudung bila aku tak ada, tak bagi lelaki peluk dia, tak pakai short, tak jadi lesbian, tak jadi Miley Cyrus, tak join Puteri UMNO. Tak join Sisters in Islam. Tak belajar bercinta sebelum kahwin. Jadi wanita Solehah yang memperjuangkan feminism yang betul, bukannya feminism ala2 whoring yang banyak dijaja masa kini. Takyah nak berangan nak jadi model sebab aku sure dia akan membesar jadi hot sebab aku hensem. Hijabista pun takleh!
Paling penting, kalau dia dah kahwin, dia tak menyusu cucu aku di khalayak ramai depan kamera, suruh orang ambik gambar dengan alasan nak raise up an issue. Dengan suami2 dia pun aku tampar kalau dia bagi keizinan dan galakan buat camtu.
Itupun, kalau aku hidup lagi la waktu tu.
Oh, tidak, air mata aku mengalir lagi.

.............

26 ulasan:
hehehe terbaik laa :)
Awwww...anak perempuan selalunya pengarang jantung bapa
tahniah encik Mantot :)
Very deep la...
hensem apa kalau manjangggg kene rejekt? muahaha....
Mesti ayah aku dulu macam ni kan.
kena rejek pun sib baik kawin hahaha.. :)
Apapun takniah dapat anak perempuan kalau didik dengan baik memudahkan mak bapak dekat padang masyar esok.. Semoga dipermudahkan..
berat tangungjawab jadi manusia ni.. risau setiap kali bangun pagi adakah aku dapat harungi hari ini dengan baik :| berat tangungjawab nak kena pikul dan laksanakan sebagai manusia.. setiap masa setiap saat :| kadang aku memang rasa kenapa masih hidup kalau kehidupan ni akan banyak kumpul dosa dan buat maksiat.. tak terdaya nak menjawab esok kat sana..
Apapon selagi tangungjawab ini belum ditarik balik laksanakan sedaya upaya kita.. semoga Allah yang maha pemurah pengasih penyayang maafkan segala kesilapan kelemahan kita.. dan permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.. :|
p/s: buat la.. solat taubat dan sujud syukur.. yang termampu.. Semoga kita mendapat keredhaanNya..
dalam sungguh dalam...bile bace bnde ni aku terus terfikir mase depan mcm mne...bile aku kawin n ade anak xkire laki ke perempuan mcm mne aku didik die..mcm mne mase dpn die..hurmm
Oh man,kau buat aku sedih.
Agak-agaknya ni kut apa yang Papa aku fikir tentang anak-anak perempuan dia since kitaorang ada 3 perempuan dan 1 orang lelaki.
haih,tapi memang betul pun orang kata bela anak perempuan lagi susah daripada bela anak lelaki.Hrmmm.
Anyway,congrats Tot:) and sedap nama anak hang Asma Aisyah and don't worry in shaa Allah,dia akan membesar dengan elok.Ameen.
Tahniah Encik Mantot.
Pasal anak ni, bapak yang baik sure akan cepat tersentuh. Tambah pulak bila tengok anak baru lahir yang masih lagi suci ni, memang senang air mata jatuh berlinangan.
Semoga Asma Aishah menjadi anak yang solehah dewasa kelak.
Congrats, bro. Lu cover2 apasal plak? Tak lelaki la kalo tak nangis mengenang anak2
Sorry to say, tapi jangan berangan sangatlah yang akan datang. The world is ending...
Encik Mantot, you're not alone.
Aku tengah ajarkan anak aku Alif Ba Ta daripada banyak-banyak video dekat youtube, bila aku tengok muka anak perempuan aku yang baru 5 bulan aku risau kalau dia tak boleh baca fatihah dan solat bila dah besar, dan aku terus menangis...nasib tak kantoi dengan mak dia
mantot...tahniah...
aku baca ngan mata berkaca-kaca...
sentiasa doa agar Allah sentiasa lindungi dia.
Ini bby kedua kn...congrates anyway....make sure ur daughter x buat video couple seminggu jgk...
kau biarkan lah dia nak jadia apa pun asalkan dia berguna untuk semua
yes mantot..you are not alone.. aku yg belom kawin pon selalu pikir benda2 camtu...kadang sampai x bole tido malam beb. serious aku x tipu.
Asma dan Aisyah anak Saidina Abu Bakar.
Bila ada sorang ustaz ni ckp, baru aku perasan yang sebenarnya dlm Quran byk cerita nasihat/teladan bapa pada anaknya berbanding ibu mcm Nabi Ibrahim pd Nabi Ismail, Nabi Yaaqob ngan Nabi Yusuf dan luqman pada anaknya.
Besar tanggungjwab bapa ni. Mungkin seberat ibu yang mengandungkan.
Cuma bapa ni tgjwb dia nampak mcm virtual sket, ibu pulak mmg agak nampak mcm mengandung,menyusu dan berkorban mcm Siti Hajar mencari air tu. Bapa pula tak byk ckp, ibu yg byk ckp,hee...sama2lah berusaha menggunakan kekuatan masing2.
Seberat mana pun ia, hargailah anak2,plg kurang boleh bermanja dan didik anak mungkin sampai 12thn, lepas tu dia masuk asrama,dgn kwn2,dah jauh,sob sob...
Aonymous
Sorry to say, tapi jangan berangan sangatlah yang akan datang. The world is ending...
October 7, 2013 at 4:00:00 PM GMT+8
................................................................................................. Yes the world is ending,dr zaman Rasullulla s.a.w dah memang tahu pun kita idah akhir zaman, parent ko pun tahu kan..tapi still gak ko lahir kan...the world is ending so muslim stop producing babies..
tot,
tahniah dapat lagi sorang! semoga anak kau jadi orang yang solehah...
by the way, aku bayangkan ko nangis kat jpn, out gile tot, out...
congratz En. Mantot! sepasang sudaaa
Salam.
Entah kenapa, semalam saya mimpi Mantot kahwin lagi satu, pakai baju kahwin jenis songket warna purple.
Btw, sedap betul nama Asma Aisyah tu.Semoga jadi anak yang solehah, tutup aurat dan solat penuh2. Semoga dia dapat suami yang soleh juga. Amiin.
The best la mantot!congrates for the newborn.aku suka catatan ko yg perenggan last tu..haha!
good luck tot..moga berjaya didik anak ko..
Memang susah jaga anak pempuan, tapi aku teringat pulak blogger mana ntah sorang ni cakap, "ko ingat senang jaga anak laki, nak didik dia supaya jangan main tebuk anak dara orang?". mendalam gila maksud dia.kalo aku gila pun aku xlupa ayat ni.
anak pompuan ni memang special ckit, rapat ngan bapak. kadang2 ko sentimental cam ni best gak bro.hahaa
Congrats!! all the best in raising ur kid...aminnn to all your prayers...:)
Silent reader
Catat Ulasan