Oktober 22, 2013

Berakhirnya Sandiwara UMNO Membolehkan Aku Menonton TV Semula

1. Dua tiga minggu ni aku sedaya upaya jauhkan diri aku daripada menonton TV.

2. Berlangsungnya proses pengundian UMNO.

3. Waktu ini adalah waktu di mana semua penjilat tegar berbunyi lantang. Waktu inilah macai bermaharajalela.

4. Kalau kau bukak TV, seolah-olah media rasakan semua berminat nak tau apa jadinya dengan UMNO.

5. Ada text rollover kat bawah skrin, ada pengumuman khas dalam berita, berita terkini pun lapor pasal UMNO.

6. UMNO, UMNO, UMNO.....kokok berita. Hebat benar ke UMNO ni sampai begitu sekali liputannya?

7. Seronok membaca ulasan orang yang kalah. Yang lebih seronoknya, membaca ulasan orang yang kalah dan tidak berpuas hati.

8. Semuanya adalah komen orang ramai yang boleh didengari lepas pilihanraya umum.

9. Kelakar betul rasanya bila melihat makcik2 membaling mikrofon dan pakcik2 bergaduh sesama sendiri.

10. Puak yang sama ni jugak la yang mengajak Melayu2 bersatu.

11. Kelakar! Bila kau berebut jawatan, kau pula boleh terlupa nak bersatu ke?

12. Kau tanya ahli UMNO macam mana nak wakilkan diri jadi pemegang jawatan level cawangan?

13. Semuanya akan jawab "paling kurang kena sediakan sekian2 RM berapa juta sebagai modal.. bahagian cawangan sediakan la berapa ratus ribu..."

14. Semua Ahli UMNO tau nak pegang title dalam UMNO kena ada duit. Kelayakan utama mereka adalah ada duit. Kacak? Ada ilmu? Kuat solat? Imam? Podah! Duit nombor satu!

15. Bila dah ada duit, mereka akan ada nama, bila dah ada nama...mereka akan ada pengaruh. Dengan pengaruh datangnya kuasa....

16. Selama ini aku ingatkan untuk jadi pemimpin Melayu kau kena ada akal, ilmu, agama dan ketokohan memimpin....miskin pun tak apa asalkan hati kau murni betul ikhlas nak memimpin. Tapi pemimpin zaman sekarang kena kaya.....

17. Tak percaya, kau tanya ahli UMNO sendiri, apa "syarat tidak rasmi" nak bertanding merebut jawatan ni. Diorang tau pasal benda ni. Semua akan jawab benda sama.....duit. Kena ada modal.

18. Tapi takde pulak yang berani akui, modal tu untuk apa sebenarnya? Modal nak memulakan perniagaan? Atau modal nak membeli hati manusia?

19. Jadi, tak perlulah dipelikkan macam mana orang tah hapa2 boleh pimpin parti. Yang zalim, bodoh, bahalol, otak sempit, baghal...asal ada duit, dia ada chances.

20. Politik kita adalah politik duit. Kalau pemimpin kerajaan dah kata main wang itu halal dan satu keperluan, siapalah kita nak sanggah, kan? Kita rakyat.

21. Begitulah kisahnya bagaimana orang2 tak layak boleh jadi layak jadi pemimpin masyarakat setempat. Kau tengok keliling kau sendiri sudah la.

22. Asal orang tu ada title, mesti ada aje orang yang nak calonkan dia jadi somebody dalam organisasi kau. Sebab orang ada title,ada duit, ada pengaruh, ada kuasa. Kalau ada title, kepakaran tak ada pun orang akan tanya pendapat dia tentang hal yang tak sepatutnya dia bagi pandangan.

23. Itulah budaya UMNO. Ramai orang masuk UMNO sebab mereka nak buat duit. Semua orang bersemangat masa pemilihan UMNO sebab mereka nak tengok siapa boleh bagi mereka duit. Sedangkan UMNO asalnya adalah parti politik yang memperjuangkan nilai2 Melayu. UMNO dulu dengan UMNO sekarang rasanya sangat berlainan.

24. Orang ajak aku masuk UMNO...aku jawab "Urmmm....No."

25. Mana hilang pemimpin Melayu yang jiwanya Melayu agamanya Islam? Dari atas ke bawah semua berlumba nak kejar duit semata2.




9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bersatu kita bersatu
dengan setia berganding bahu
tipu terus menipu
kita tipu melayu.......

o yeah!

Master Yoda berkata...

masuk UMNO = last resort tuk gua jadi kaya...hahahaha


TAPI.......






















































time tu mesti IQ gua lagi rendah dari itik jiran mak gua kat kg...

Gagak Itam berkata...

Well, like they say, money makes the world go round..

Duit! Duit!
Di mana kau duit?

Tanpa Nama berkata...

Alip mim nun wau .. Bunyinya?

Tanpa Nama berkata...

Sarkis!

Tanpa Nama berkata...

rata-rata sama je sekarang.. Selain BN UMNO, DAP, MCA... PAS, PKR, DAP pon perlu duit nak menang jadi ketua atau wakil bahagian..

Kalau takda duit payah nak pengaruh lain la kau memang ada karisma pemimpin orang ikut cakap ko tanpa apa-apa imbuhan..

Tapi dalam banyak2 pemimpin berapa kerat ada skill dan kebolehan macam ni..? Macam nik Aziz atau mungkin Ustaz Azhar Idrus yang boleh ajak dan pengaruh beratus beribu juta2 orang?

miss teri berkata...

Yeah...dah boleh tanggal kertas yang aku tampal kat tv untuk tutup rollover mengupdate berita pasal UMNO. Cerita pasal pemilihan UMNO menggalahkan berita lain yang jauh lebih penting kat Mesia ni.

ABU= Aku Benci UMNO

Tanpa Nama berkata...

umno untuk orang yang mengejar duit dengan mudah

Tanpa Nama berkata...

Haha. Yg ni style. Aku dl sokong jgk umno ni. Tp skarg cm dh xmasuk je gaya.