Oktober 25, 2013

Semua Orang Anti Kerajaan Nak Jatuhkan Kerajaan Tapi Ia Tak Semudah Yang Kita Impikan

Akhirnya...

Aku paham, memang tak patut kita bagi peluang kepada bangsa asing dapat IC. Warga asing boleh mengundi, warga asing boleh buka penempatan di Malaysia. Semua tu memang aku tak setuju dan tak sepatutnya berlaku, tapi.....semua itu sedang berlaku. Warga asing makin ramai akan dapat IC. Warga asing makin lama akan berkampung di satu tempat dan tempat tu jadi kawasan diorang.  Kau complain macam mana pun pasal warga asing, ia tidak akan mengubah apa-apa. Barisan Nasional masih lagi memerintah. Barisan Nasional masih lagi berkuasa dan kau tunjuk la bukti ada bangsa asing mengundi pun, semua itu no point untuk 4 tahun akan datang.

Sampai ke satu tahap, warga asing akan jadi tersangat ramai sehinggakan suara mereka dah mula kedengaran menuntut hak masing-masing dan surely, pada waktu itu, kerajaan akan terpaksa dengar permintaan diorang . Takkan kau tak belajar sejarah? Cuba refer balik sejarah dan fahami apa aku tulis ni. Zahid Hamidi pun keturunan luar kan? Semua orang Negeri Sembilan nenek moyangnya orang luar kan? Aku pun sama rasanya. Macam mana orang Cina boleh jadi warganegara? Macam mana orang India boleh ada di Malaysia?

Bukan ke situasi dia sama aje? British memerlukan pekerja untuk bangunkan Tanah Melayu ketika itu sebab majoriti orang Melayu prefer kerja kampung?

Orang Melayu perlu sedar kita sedang melalui proses sama yang berlaku satu masa dulu. Jika dulu proses ini menyebabkan orang Cina dan orang India mendapat kewarganegaraan, proses ini still berlaku dan besar kemungkinan akan wujud surur galur darah Bangladesh, darah Myanmar dan darah Nigeria yang bakal jadi warga negara Malaysia. Ini akan berlaku secara semulajadi melalui proses perkahwinan. Cuba tengok berapa ramai orang tempatan dah kahwin dengan warga asing? Cuba tengok berapa orang anak warga asing yang bersekolah di sekolah kita? Ramai! Kelas isteri aku, suku class dia budak luar berbilang bangsa sehinggakan dah takleh beza mana satu local.

Dan persoalannya, adakah itu satu benda yang salah dan perlu diperbetulkan? Adakah salah warga asing duduk di Malaysia dan berkongsi Malaysia dengan kau? Sehingga sekarang orang2 Ultra Melayu tak dapat terima yang orang Cina dan India adalah sebahagian daripada warganegara Malaysia. Adakah pada golongan camni (Ultra Melayu), kerajaan telah melakukan kesilapan dengan menawarkan kewargangeraan kepada diorang?

Pandangan kau? Kau nak diorang hanya sekadar datang Malaysia kerja aje kan? Kau tak nak diorang jadi lagi maju dari kita. Tapi kenapa kita bersorak kegembiraan bila ada anak Melayu berjaya jadi penyanyi di Amerika?

Setuju ke kau kalau ada penyanyi Amerika bangkang anak Malaysia menyanyi di US sebab menutup pintu pendapatan diorang?

....................

UMNO suka menjaja ilusi yang mereka adalah pejuang Melayu. Tapi pada aku, UMNO bukanlah penjaga Melayu sebab apa yang aku nampak, gagasan UMNO sekarang lebih kepada "open market." Siapa2 yang bawak keuntungan, dialah yang akan dapat privilege. Tak kiralah asal dia dari mana. Tidak wujud lagi kepentingan kepada orang Melayu sebab jelas sebenarnya, polisi UMNO bertentangan dengan apa yang mereka laungkan. Sebut benda lain, action benda lain. Ambik contoh ; Aaron Aziz dan Zed Zaidi..Aaron Aziz, pendatang....Zed Zaidi, Ultra Melayu.

Tak ramai pulak yang sokong Zed Zaidi waktu dia bantah pasal Aaron Aziz dapat award, siap kena kutuk adalah. Aku percaya mulut2 yang kutuk Zed Zaidi ni lah jugak yang bangkang perniagaan warga asing di Malaysia...tapi memandangkan dia peminat Aaron Aziz jadi dia sokong Aaron dapat award.(Ini kes lama tapi aku sebutkan sebagai contoh sahaja).

Aku tak kisah Aaron Aziz dapat award....tapi nak tak nak dalam hati ni, aku setuju dengan Zed Zaidi. Cuma masalahnya....Aaron Aziz berhak dapat reward sebab dia dah usaha! Nampak tak sebenarnya....kalau kau menyumbang sesuatu kepada Malaysia, everyone have a chances to be a certified Malaysian..

Kita kena siapkan diri kita. Aaron Aziz handal berlakon tapi mana pegi aktor Melayu Malaysia yang lagi kacak, hensem dan pandai berlakon berbanding Aaron Aziz? Mana Lee Chong Wei version Melayu? Zaman keluarga Sidek dah berakhir tapi dah berapa tahun dah ni. Mana Nicol David version Melayu?

Apa respon orang Melayu?
Adakah cukup dengan merasa jeles dengan bangsa lain, orang negara lain?

Kita kena redha buat masa sekarang yang Malaysia sudah jadi sangat global. Kita kena bersaing dengan diorang sebab kau complain macam mana pun, orang luar yang kaya dan miskin adalah sebahagian dari Malaysia.

Golongan pembangkang selalu laungkan yang perjuangan berasaskan bangsa adalah obsolete. "Kita sudah tidak sepatutnya memperjuangkan sesuatu mengikut nilai bangsa, " kata mereka. Tapi...kenapa bila warga asing banyak bukak kedai kat Malaysia, kau pulak yang mempunyai pendapat yang berbeza? Sebab dia bukan warganegara?

Kau sure ke dia bukan warganegara? Kalau dia keluarkan IC tunjuk, kau nak jawab apa?
Kau nak tuduh itu IC palsu pulak?

Kalau kerajaan dah bagi warganegara dekat dia walaupun dengan cara menipu sekalipun, undang2 protect diorang dan diorang ada hak yang sama dengan kau. Barisan Nasional perlukan warga asing untuk undi diorang sebab kau tak nak undi dia lagi. Diorang akan buat apa saja supaya dia kekal memerintah, tak kiralah sampai dia terpaksa jual kewarganegaraan kepada warga asing, menipu atau menyalahgunakan SPR.

Jika benar UMNO bagi kewarganegaraan secara mudah untuk pastikan diorang terus menang pilihanraya (aku tak ada bukti personally) dan kau tak suka benda tu, menjerit melaung takkan mengubah apa-apa. Apa yang kita boleh buat hanyalah jadi lebih baik, bersedia mempertahankan hak kita. Kewarganegaraan sudah jadi a valueable commodity yang boleh dijual beli.

Salah? Ya tetapi itu realiti negara kita.

Sedarkan orang2 yang pangkah BN masa PRU hari tu, there's no such thing as Malay Rights anymore dalam zaman masakini. Kepentingan bumiputera hanyalah angin2 lama yang masih berbunyi tapi sudah tidak lagi dipegang mesejnya. Topik yang masih dijaja sebab ini satu cara UMNO nak kekalkan kuasa. Kita, orang Melayu, rasa selamat bila kita tau hak kita terbela especially generasi2 yang terdahulu. Seolah-olah yakin ada Malay guardian angel! Kita tak boleh lagi berfikiran sedemikian.

Kita sendiri kena jaga hak yang kau rasakan hak kau, sebab jelas, kerajaan hanya akan tolong orang yang tolong diorang. Dah tengok dah borang2pinjaman perniagaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan? Kenapa perlu ada sokongan Ketua Bahagian UMNO dalam sesetengah borang?

Salah? Memang salah! Tapi itu sistem yang running di negara kita. Fucked up? Memang! Hidup kau hidup kau, hidup aku hidup aku. It's a dog eat dog world, now. Kau sokong UMNO kau dapat benefit, kau tak sokong, tak dapat lah kau apa2 benefit.

Sebab itu korupsi merata2.
................


Nak ubah semua itu?

Pastikan kerajaan bertukar. That will be a good start tapi jangan expect miracle dengan kerajaan baru. Semua yang pembangkang laungkan bunyinya adalah untuk spending kepada orang ramai tapi ingatkan diri sendiri, semua benda ada check and balance, pro and contra. Aku cuba jadi realistik dalam expectation aku...sebab aku mati2 percaya kerajaan akan bertukar masa PRU lepas.

Dalam 4 tahun akan datang ni sebelum PRU seterusnya, kita, orang Melayu Anti-UMNO kena jadi lebih kuat dari sekarang.

Katakanlah, magically kerajaan bertukar dan kerajaan baru ubah polisi pasal warga asing dan di hantar balik diorang ni keluar semua....persoalannya, waktu itu, ready atau tidak kau gantikan tempat warga asing dalam sektor yang diorang penuhi ketika ini? Kau kata kalau gaji tinggi kau nak la buat, kan? Berapa kau nak gaji supaya kau kerja buruh kasar? Katakanlah kau demand RM5000 untuk jadi pembancuh konkrit tiang MRT.

Pada ketika itu jugaklah Kerajaan baru pimpinan Anwar Ibrahim akan luluskan akta pengambilan pekerja import semula, sebab diorang tau, kalau diorang hire tenaga tempatan, bajet diorang takkan mencukupi dan kalau nak cukup, subsidi untuk bayar PTPTN perlu ditarik balik.

Kau kena pilih satu aje...Hahaha.

"Menyesal aku pangkah pembangkang!" jerit anak2 muda sambil berkhemah di Dataran Merdeka. Waktu tu Najib pun tergelak gembira dan berkata "I told you so" dalam Utusan Malaysia yang hanya dibenarkan dijual untuk Ahli UMNO sahaja.

.................

Walaupun aku menulis sedemikian, bukan bermakna aku berharap kerajaan sekarang kekal. Malaysia memerlukan a hard reset sebab sistem sekarang dah terlalu dalam korupsinya. Kawan2 aku pun ramai yang dah korup sebab nak carik makan punya pasal. "Terpaksa korup," beritahu seorang kawan aku. "Nak survive..kena ada politician backup."

Kita kena realistik dalam harapan kita. Aku ulang, menukar kerajaan adalah langkah yang besar sebab aku dah menyampah benar dengan menteri yang rasa diorang dah sehebat dewa kayangan. Cuma jangan harap keajaiban berlaku dengan cepat walaupun BN dah tumbang. Nak tukar mentaliti sesebuah negara memerlukan masa yang sangatlah panjang untuk menyemai budaya baru yang lebih baik. UMNO pun satu masa dulu pada aku visi diorang lain. Berapa puluh tahun berlalu sebelum UMNO jadi macam sekarang?

Nak reverse trend tu lagilah lama masa yang perlu. Meruntuh lebih mudah berbanding membina.

Jadi, kita start small. Ajar anak kau benda2 yang baik. Ajarkan dia pasal hukum hudud. Implement hudud dalam rumah kau secara kecil-kecilan. Beritahu dia kalau dia mencuri ayah akan potong tangan dia. Dua puluh tahun lagi, kau akan dapat tengok kebangkitan satu generasi yang semuanya menyokong hukum hudud...sebab diorang tau keberkesanan dan mana tau, kita bakal ikut jejak langkah Brunei waktu itu. Jika kau cikgu, preach! Jangan takut dengan tindakan disiplin! Ajar anak murid kau supaya diorang tak jadi pak turut yang hanya tau pasal K-Pop, program buat sesuatu benda yang terbesar untuk masuk buku rekod dan program senaman 36 jam berturut-turut.

"Mempersoalkan" adalah suatu tindakan kurang ajar dalam budaya kita. Mempersoalkan menteri bererti menentang kerajaan, sedangkan sepatutnya mempersoalkan menteri adalah satu budaya yang sihat untuk menjaga integriti kerajaan.

Najib dan kerajaan takkan nak hudud sebab benda tu tak pernah diterapkan dalam diorang dari kecik. Macam mana kau nak push supaya Malaysia laksanakan hudud sedangkan generasi pemimpin sekarang ni pun tak nak laksanakan dan tak percaya keberkesanannya? Kita ni macam salesman yang jual benda kepada target market yang salah.

It's a futile fight. Kita takkan menang. Tapi ...kita boleh buat small things that matter. Kita besarkan generasi yang sayang agama. Kita didik anak kecik yang tak suka korupsi. Kita didik anak kita supaya tak suka membazir macam Ibu Besar Program Permata.

Begitulah bermulanya revolusi. Semua revolusi bermula secara kecil-kecilan. Kau tak dapat jadi peserta revolusi, tidak mengapa, asalkan kau dapat jadi penyemai benihnya.

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

satu pandangan yg agak menyeluruh dan bersandar pada realiti...yup, tak mudah untuk menukar satu sistem yang telah berakar kuat dalam masyarakat sekarang...sebagai contoh, masih ramai MELAYU yang merasakan tanpa UMNO, orang MELAYU akan hidup susah...walau sibuk mengaku bertuhankan Allah, tapi sekali imbas macam dah bertuhankan UMNO pun ada...

NowPhal berkata...

"UMNO: dulu, kini dan selamanya"

"Saya sanggup bubar PAS kalau UMNO sanggup ikut ajaran Islam yang sebenar."

Bezakan la dua statement tu.

Tanpa Nama berkata...

err nicol david versi melayu tak boleh.... dia selalu pakai skirt pendek................

Tanpa Nama berkata...

najib dari kecik skolah kat england, mana ada diterapkan unsur islamik....

Nurin Iman berkata...

Agree with u..sistem bernegara is all in d Quran

Tanpa Nama berkata...

Patut lar cm pelik jer post ko sebelum ni.....rupanya bersambung daaa. Aku setuju dgn ko.

Tanpa Nama berkata...

The Quran..

Tanpa Nama berkata...

tot, maybe someday, anak pompuan ko ditakdirkan jatuh cinta ngan anak org nigeria, rmbut keriting, kulit gelap, bibir tebal tp badan ketak2, ko nak terima tak?

ko nak marah pun tak buleh sebab dia ada ic. cmner? ko terima kang, cucu ko besok cmner rupa dia pulak. smpai ko termimpi2...... (agak racist sket statement ni, tp sekadar pertanyaan)

Mantot berkata...

kenapa kau sebut Nigeria?
kenapa tak Europe?

Tanpa Nama berkata...

kalaulah bolasepak malaysia ada 3 4 orang cina...

tentu Malaysia dah ke Piala Dunia...

Tanpa Nama berkata...

dalam tulisan ko diatas, ko menyatakan darah bangladesh, darah myanmar dan darah nigeria. so secara harfiahnya, aku memilih nigeria sebagai contoh.european tak berada dalam senarai.

sebab yg bnyak berkeliaran kat sini dan jd sebahagian dari statistik jenayah mmg faktanya dari nigeria, ( yg digelar awang hitam.pernah ko dengar gelaran awang putih?) maybe sebab rakyatnya ramai dan melimpah ke sini.

kalau di sebut european, serta merta pemikiran typical kita akan terbayang mat salleh bukannya afrikan walaupun sebahagian dari mereka sudah berzaman menjadi warga europe. contoh: team bolasepak peranchis.

dan kalau aku sebut european, senang ko telan kenyataan itu. tp persoalannya, nigerian. mahukah kau?

Mantot berkata...

selain daripada rupa dan warna kulit, apa lagi yang membuatkan kau rasa aku susah terima jodoh orang nigeria berbanding orang europe?

apa advantage orang europe di mata kau?

aku tgh nak decide ni. tolong aku decide.

DRshairah berkata...

mantot, budaya dan cara berfikir mungkin? europeans dan caucassians biasanya dtg dr first world countries (negara maju), they would have different mentalities compared to those awang hitam who mostly come from third world countries:) err, african-american myb different case^^

Tanpa Nama berkata...

mungkin aku boleh bg ko 1 or sepuluh or seratus sebab untuk degrade those nigerian tp ianya adalah subjektif, sebab at the end of the day, ko sendiri yg harus memilih(or anak ko?). jgn jadikan reason aku sebagai punca.

yg paling penting disini, bukan kaler kulit yg legam itu sebagai alasan untuk pndang nigerian/afrikan dengan sebelah mata. sebab R.Surendran pun legam, Ambiga pun sama, Sivarasa pun 2x5 tp kita terima mereka2 ini dengan tgn terbuka. kenapa?

most n foremost, perangai! perangai x semenggah itulah yg buat kita mual. org mana yg penuhkan inbox fb setiap masa dengan message spam nk tolong kita share harta juta2 tp x boleh withdraw kunun2nya? dah tu nyamar pulak jd mat salleh(european?) dengan meletak gmbar yang hensem muka cerah mata biru. kalau betul dia hensem, kenapa x letak je muka sendiri? apa sendiri pun tak yakin dengan penampilan yg legam itu?

so, apa kata kau? kau jwab la dengan jawapan bukan soalan sebab taktik diversif itu cliche. jgn malu dengan pendirian ko. dan sebenarnya, ko tak perlu jawap pun kalau ko tak nak sebab ni bukan wajib.

or maybe, kalau aku tanya european instead of nigerian dari mula, ko punya jawapan dengan segera, maybe? ya mudah untuk membuat analisa umum, tp once kna kat kita, the truth, hurts......

Mantot berkata...

1. kau ada kena scam dengan orang nigeria?

2. semua orang nigeria kaki scam ke?

3. kalau kau takde kena scam dgn diorang kenapa prejudis dgn diorang?

4. melayu yang perangai tak semenggah macam mana? perlu aku cop semua melayu camtu?

5. kalau diorang takde buat apa2 dgn kau, kenapa kau perlu pandang rendah dgn diorang personally?

6. semua individu itu berlainan dan unik. ada scammer, ada yang hatinya baik.

7. rakyat malaysia pun ada yang racist,ada yang tidak. bukan semua orang malaysia racist, kan?

Tanpa Nama berkata...

uiks, jauh dah melalut ni. chil bro. soalan aku hanya berkisar pada samada someday ada anak mamat nigeria yg ada ic nk kawen dengan anak pompuan ko, ada kah ko akan terima? as simple as that.

persoalan itu terbit berdasarkan penulisan ko melibatkan nigerian, bangladesh dan myanmar. dan ko menjawab soalan bukan dengan jawapan tapi dengan soalan lain. itu diversive, ataupun mengelat. :)

well, kalau ko rasa susah nak jawab, boleh saja aku tukar persoalan dari nigerian ke bangladesh. jd maukah ko terima menantu bangladesh bila dia ada ic? simple kan?

p/s. aku tak pernah terpedaya dengan nigerian scam ni.just nk jadikan cntoh untuk menjawab pertanyaan ko. tp ko harus sedar yg scam ni sudah mnjadi wabak dalam diam di malaysia. nak tak tak, itu menjadikan perspektif kita towards them nigerian are very bad walaupun tindakan blame keseluruhan mereka adalah salah. Seekor kerbau mmbawa lumpur, habis semua terpalit sama. kinda.

Cheers.

Mantot berkata...

bangla ke myanmar ke nigeria ke orang kutub utara pun, kita dah diajar macam mana nak memilih jodoh.

negara mana asal dia bukan kriteria. aku tak melalut cuma aku malas nak jawab apa yang kau tanya sebab kau banyak guna perkataan legam.

pada kau "legam" tu sesuatu yang negatif, yang buruk.

Tanpa Nama berkata...

hahaha silap paham ni kawan. aku tak pernah or memang tak bermaksud untuk menjadikan 'legam' sebagai negatif. sorry kalau aku misleading. kalau ko rasa begitu, brader tukar tiub tu lagi obses dengan perkataan legam ni..kah kah kah.....

setiap org itu di nilai bukan dari keturunannya, kulit atau rupa tapi dari amalannya.enuff said.

well, juz drop off the conversation, shall we?

Cheers.

Mantot berkata...

soalan tu tak sepatutnya kau tanya, itu aje point aku

Tanpa Nama berkata...

Soalan kau dr awal dah pelik, pastu tiba2 tau plak jwpnnya..

Master Yoda berkata...

power tot...gua salute lu tahap peretakan atom 80 petala langit

Tanpa Nama berkata...

Menda yang belaku kat kita skang ni dah belaku lat negara maju (US, Europe) tahun 1800 lagi zaman hamba abdi dedulu kala...bangsa yang bajet dorang superior sesuka ati je tinda sbangsa lain yang dorang rasa tak bertamadun padahal zaman tok nenek moyang dorang pun sama pagan je ngan bangsa dorang kata low class sebab lain anutan ngan dia, sama gak ngan kita, pandang bangsa lain macam je....selagi ada takbur dan ujub serta assobiyah selagi tu la masalah ni berlaku...rasa cam bagus tapi sebenarnya haprak....sama samseng je ngan bangsa lain..nak kata bangsa sekian-sekian samseng bawak kete atas jalan cer check semula mamat sebangsa ngan kita ada tak buat perangai yang sama...ntah hilang mana santun yang kononnya budaya kita...abih budaya lain tak santun...kalau nak kata santun patut malu kat arab badwi tak kira nko nigeria ke, korea ke asal jumpa korang kat padang pasir bawak balik umah jamu makan...ada bangsa kita yang santun ni buat macamtu...leh bilang ngan jari tu pun tak habis jari dah habis kira...
Satu je...selagi korang dengan sikap rasis (tak kira la dalam sedar tak sedar) masih ada dalam diri selagi tu la rasa tak puas hati ngan bangsa lain tu ada...kita semua duduk atas bumi Allah...buat apa nak eksen sangat...

Tanpa Nama berkata...

Aku pernah ada kawan orang Afrika - luas afrika ni..(kena tengok negara mana ada yang bahasa ibundia mereka arab weh dan kebanyakan mereka memang islam). Aku juga ada kawan orang negro yang tak dok afrika tapi duduk eropah juga Amerika.. Mereka ni ada yang baik-baik.. takd amuslihat.. sedia menolong atau mambantu ko.. Jadi tak mustahil ko akan suka akan diaorang.. :)

Kat US atau eropah negara maju ni rata-rata mat salah ni bukan semua open pun.. walau bangsa negro atau afrika dah bercampur dalam masyarakat mereka berkurun lamanya.. Sifat perkauman ni masih ada dan agak subjektif atau bergantung.. kadang masih ada macam sifat perkauman melayu ultra dalam umno.. Padahal pemimpin mereka kongsi kemewahan dengan kawan-kawan dari MCA, MIC juga..

Masih ada orang puteh tak suka orang Itam dan sebaliknya.. jadi tak heran kalau kat Malaysia yang baru 50 tahun ni masih ada orang melayu tak suka cina dan india atau ataupun cina atau indiatak suma melayu..

Tanpa Nama berkata...

sampai bila pun boleh jadi bn pegang gomen. org sanggup buat apa saja asalkan terus berkuasa.

Hamba Allah berkata...

Assalamualaikum,

saya Setuju sangat dengan penulis..bukan atas dasar pemilihan mana-mana pihak parti. tapi setuju atas dasar pemikiran yg realistik.

Kepada sahabat "nigeria" kita yang tanya soalan yang dia sendiri tahu jawapannya, hentikan dari menunjukkan kebodohan diri sendiri dengan soalan pertikaian yang sia-sia. Jika niat utama mengajukan soalan kerana emosi, jauhi jari jemari anda dari keyboard. Tiada siapa akan mengaku dia emosi, tapi itulah realitinya macam penulis ni tulis. sedar dan terima.

Tak salah mengemukakan pandangan dan soalan, cuma biarlah ianya bersifat intelek / ada hujah dan tidak merepek. Ini adalah langkah pertama dari berlakunya pertengkaran sia-sia dan fitnah.

Kepada penulis mantot, tahniah saya ucapkan kerana berjaya menyampaikan apa yang ada dalam fikiran saya selama ini dengan tersusun dan menarik.